Avatar for Feedage Forager
Feedage Fora...
Rating: 83
Member since: 2009-07-24
Feeds: 1
Share |
Subscribe: Pahang Daily Online
Pahang Daily Online (PDO) http://pahangdaily.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
akan  beliau  dalam  dengan  ini  itu  kepada  mereka  oleh  orang  pada  parti  rakyat  telah  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Sponsored Links:
Preview: Pahang Daily Online

Pahang Daily Online (PDO)





Updated: 2012-02-10T08:58:58.535+08:00

 






Haji Ekpress: Tabung Haji Di Gesa Siasat Siapakah Yang Urus "Orang Najib", Pergi Haji Tahun Lepas!

2012-02-09T19:31:52.304+08:00

Seorang juruanalisa sistem Tabung Haji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga tuduhan terlibat dalam pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji pada Jun 2010. Turut didakwa ialah seorang pegawai kerani Tabung Haji yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM6,750 sebagai upah menolong menguruskan nama-nama jemaah haji pada tahun 2010 yang tidak layak menunaikan haji. Hakim Rozilah Salleh menetapkan kedua-dua tertuduh, Afizul Md. Yasin, 34, dan Roslan Mohamed Som, 47, diikat jamin RM20,000 seorang. Bila diperkatakan soal "Haji Ekspres" , umum sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh tertuduh dalam kes ini. Sebelum ini kita sudah digemparkan dengan istilah berkenaan bila mana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berjaya mencipta "rekod dunia" dalam bab-bab urusan haji. Malah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya sendiri melahirkan rasa terkejut dengan laporan Najib dan isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. Jika diperkatakan bab-bab "Haji Ekspres" Tabung Haji juga perlu menyiasat, bagaimana Najib boleh membawa beratus-ratus Ketua Kampung (JKKK) dan Ketua UMNO di kawasan beliau (Parlimen Pekan) menunaikan "Haji Ekspres" tahun lalu. Difahamkan, gara-gara kuota milik orang lain diambil maka ramai dikalangan jemaah haji yang terkandas untuk menunaikan ibadah itu. Najib dikatakan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Tabung Haji memasukan senarai nama "orang-orangnya" sebagai hadiah persediaan menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka yang layak ialah Ketua Kampung dan Ketua UMNO yang belum menunaikan ibadah tersebut. Paling mengejutkan, ada diantara mereka yang tidak langsung menyertai apa-apa kursus haji ketika itu. Ini menyebabkan mereka gagal menjalankan urusan haji mengikut ketetapan yang telah difardhukan kepada umat Islam. Tabung Haji sepatutnya menyiasat, bagaimana Najib boleh memunggah orangnya pergi haji sedangkan mereka tidak pernah pun mendaftar sebelum ini. Sudah pasti ada "orang dalam" yang terlibat.Najib dan Rosmah cetuskan kontroversi bila buat haji dalam masa terpendek[Tabung Haji digesa jalan siasatan, bagaimana nama-nama "orang-orang Najib" ini boleh tersenarai sedangkan mereka tidak perlu menunggu lama untuk berbuat demikian. Maknanya, Najib telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pegawai Tabung Haji membuang nama bakal-bakal haji yang sudah berdaftar untuk digantikan dengan nama-nama orang beliau dari Parlimen Pekan. Perkara ini tidak perlu disembunyikan lagi dan sememangnya telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat Pekan. Ini jelas merupakan satu penyelewengan dan penganiayaan terhadap bakal-bakal haji yang sudah bertahun-tahun menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut. Apa yang berlaku jelas sekali merupakan "Haji Ekspres" yang sama dengan apa yang didakwa. Apakah, dek kerana ia melibatkan orang-orang PM maka mereka tidak berani bertindak malah menyiasat?. Kenapa bila kena kepada orang biasa mereka dengan pantas mahu mendakwa dan menyiasat siapa yang terlibat. Justeru, sila siasat siapa yang uruskan pemergiaan haji orang-orang Najib ini dengan kadar segera].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



"Himpunan Hijau 2.0", Semua Di Jemput Hadir !!

2012-02-09T18:47:50.851+08:00

src="http://www.youtube.com/embed/oHVegvkD_Eo" allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" width="420">

(image)
(image)

(image)



Eksklusif: Pemimpin PKR Pahang Dedahkan Zaid Berpolitik Umpama Kanak-Kanak Bermain Guli !!

2012-02-09T16:12:47.514+08:00

Susulan tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan pembubaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) baru-baru ini, maka ramailah pihak yang hairan dengan apa yang berlaku itu. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, sebuah parti politik dibubarkan dengan kadar segera seperti yang dilakukan Zaid. Persoalannya, kenapa jadi begini dan apakah motif Zaid sebenarnya. Ikuti kupasan yang dibuat oleh salah seorang pimpinan PKR Pahang yang amat mengenali Zaid iaitu Tuan Hj.Suhami Said (foto), selaku Ketua Cabang PKR Kuala Krau. Beliau mendedahkan di dalam blog peribadinya yang bertajuk "Zaid Berpolitik Macam Main Guli". Ikuti kenyataan dan kupasan yang cukup menarik dari pemimpin ini. Menurut Hj.Suhaimi, Kalau PKR, PAS atau DAP mengumumkan bahawa parti-parti itu akan dibubarkan oleh pimpinannya, maka seluruh Negara pasti akan gempar kerana parti-parti yang bergabung didalam Pakatan Rakyat itu hanya berada satu anak tangga lagi untuk mengambil alih Putra Jaya. Tetapi kalau parti-parti seperti KITA, Malaysian Democratic Party atau parti-parti nyamuk yang lain mengumumkan akan dibubarkan, tak terangkat pun bulu kening! Tidak sedikit pun hati saya tercuit apabila Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa parti itu akan dibubarkan. Sebelum Zaid Ibrahim membuat penguman itu sudah ramai pimpinan Pusatnya sudah pun keluar dari parti itu, bahkan KITA Negeri Melaka telah lebih awal dibubarkan dengan keseluruhan anggota parti itu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Orang-orang kuat Zaid didalam KITA sudah terlebih awal meninggalkannya. Hanya kita mahu tunggu apakah komen dari Raja Petra, sahabat Zaid yang karib didalam perkara ini!. Zaid berada didalam UMNO, pernah menjadi Ahli Parlimen UMNO, pernah digantung dari UMNO kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati beliau terlibat dengan politik wang walaupun dinafikan oleh Zaid. Beliau pernah juga dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Menteri. Diatas kononnya bahawa beliau tidak serasi dengan kepimpinan UMNO/BN diatas isu-isu yang melibatkan undang-undang kontrobesi seperti ISA, beliau meletakkan jawatannya, dan dengan tidak banyak membuang masa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), segala pujian diberikan kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Namun apabila beliau ingin melangkah terlalu cepat didalam parti sedangkan beliau tidak pernah diuji didalam PKR, beliau memilih bertanding bertanding untuk jawatan nombor dua didalam parti.Ke Mana Hala Tuju Orang Kanan Zaid Selepas IniSebagai seorang Anggota parti, memang beliau berhak bertanding apa jua jawatan didalam parti, tetapi beliau memilih untuk berkonfronatasi dengan pucuk pimpinan parti dengan menghemburkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya terhadap Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali. Azmin Ali dicop oleh penyokong-penyokong Zaid sebagai yang tidak ada pendirian tetapi sekadar menyokong Anwar Ibrahim dengan tidak merujuk kepada perjuangan Azmin yang berada bersama PKN/PKR dari peringkat awal parti itu ditubuhkan mengharungi segala suka-duka dan turun naik didalam parti, dan berhadapan dengan fitnah dan kezaliman dari UMNO/Barisan Nasional. Zaid tidak pernah berjuang didalam PKR dan tidak pernah menjadi akar umbi didalam parti. Beliau menyertai PKR dan terus diberikan penghormatan yang melampau-lampau didalam parti sehingga sikap Anwar Ibrahim yang nampak memberikan keutamaan kepada Zaid dianggap oleh ramai anggota-anggota parti sebagai tindakan yang tidak kena pada tempatnya. Kemuncak kepada keyakinan Anwar, Zaid dipilih pula sebagai calon di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Ramai anggota parti bersyukur bahawa Zaid tidak menang di Hulu Selangor, dan jika beliau menang, lebih parah parti menanggung risiko serangan dari Zaid dan kumpulannya serta semua media pro-UMNO/BN. Zaid menubuhkan KITA dengan tergesa-gesa kononnya untuk menjadi tenaga ketiga di Negara ini dan kononya bertujuan untuk menenggelamkan PKR. Ada beberapa pimpinan PKR di peringkat Negeri-Neger[...]



Paip Musnah: Penduduk Di Tujuh Perkampungan Orang Asli Bera Buat Laporan SPRM Isu Tersebut!

2012-02-09T16:23:58.083+08:00

TEMERLOH, 9 Feb - Para penduduk daripada tujuh buah perkampungan Orang Asli di Bera, semalam tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini bagi meminta siasatan kejadian memusnahkan saluran paip air akibat perbalahan antara kontraktor dan subkontraktor projek berkenaan. Mereka mendakwa, akibat kemusnahan tersebut menyebabkan penduduk yang terdiri daripada 240 keluarga Orang Asli Semelai di kampung-kampung Kuala Serting, Lubok Perah, Lengot, Patir, Lubok Tambangan, Pasal dan Bukit Ngeri terputus bekalan air bersih yang diperolehi mereka sebelum ini. Jurucakap kumpulan tersebut Bob Manolan (foto) berkata, kejadian merosakkan paip air oleh subkontraktor yang tidak berpuas hati kerana mendakwa tidak menerima bayaran daripada kontraktor utama itu, berlaku antara 6 hingga 12 Januari lepas. “Pada hari tersebut subkontraktor telah menggunakan jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam lalu dipecah dan dimusnahkan. “Bayangkan, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air tapi bila dah siap dimusnahkan pula. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja,” katanya. Tambah Bob, projek membina pam air dan saluran paip daripada sumber galian bawah tanah untuk perkampungan Orang Asli tersebut dianugerahkan kepada syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) pada 27 Julai 2009 melibatkan perkampungan Orang Asli seluruh Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM113.8 juta. Projek tersebut menerima peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW). Dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru turut menyebut tentang kelemahan syarikat RCSB ini untuk menyiapkan projek bekalan air luar bandar. Sementara itu Menteri KPLBW Datuk Shafie Apdal dalam kenyataan medianya disiarkan dalam TV3 pada 6 Februari lepas, berkata kementeriannya telah membuat pembayaran penuh kepada RCSB. Jelas Bob, sebelum itu pihak RCSB telah menafikan mereka tidak membuat bayaran kepada subkontraktor seperti yang disiarkan dalam TV9 pada 31 Januari dan New Srraits Times (NSTP).Terkilan, 'Semua Pihak' Kini Cuba Lepas Tangan“Persoalannya sekarang kenapakah subkontraktor mendakwa mereka tidak dibayar lalu memusnahkan paip-paip air yang telah dipasang sekali gus menganiaya penduduk? “Sebab itu kita mahu SPRM siasat di mana tirisnya kerana peruntukan ini melibatkan wang negara dan kementerian yang terlibat tidak berlepas tangan dan tanggungjawab mereka sepatutnya memantau projek dan syarikat yang dilantik. “Sekarang penduduk kampung yang dahagakan kemajuan dan keceriaan untuk menikmati air yang bersih tidak kesampaian disebabkan perbalahan antara kontraktor hanya kerana ketiadaan pemantauan daripada kementerian,” katanya. Tambahnya, laporan telah dibuat di Balai Polis Bera dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) minggu lalu walaupun dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan. Sementara itu Exco PAS Pusat Mazlan Aliman (foto) yang turut mengiringi penduduk, menganggap perbuatan memecah dan memusnahkan paip air sebagai harta awam adalah khianat dan pecah amanah. “Bagi saya yang paling utama dipersalahkan ialah Kementerian Luar Bandar kerana tidak bertanggungjawab sehingga berjuta-juta wang rakyat dibazirkan begitu saja dan inilah akibatnya apabila projek diagihkan kepada kroni. “Saya diberitahu untuk baiki kerosakan di Kuala Serting saja perlukan wang sebanyak RM2.1 juta. Jadi berapa banyak lagi wang yang perlu dihabiskan hanya kerana kelemahan kerajaan? “Yang pelik lagi, pihak berkuasa negeri seperti JBA dan Jakoa berkata pihak mereka tidak mengetahui tentang projek tersebut. Jadi siapa yang nak bertanggungjawab terhadap isu ini ?” soalnya.[Apa yang berlaku kepada penduduk orang asli di Bera ini sungguh memalukan. Tidak wajar projek yang telah disiapkan tiba-tiba di musnahkan gara-gara pihak terbabit tidak mendapat bayaran sepenuhnya daripada kontraktor[...]



Panas: Pemimpin 'Pembangkang' Di Tawar Projek Bernilai 'Jutaan Ringgit' Di Bintulu Port Sarawak!

2012-02-09T12:09:52.537+08:00

Ini berita panas yang baru saja kami terima. Jika selama ini, andainya pemimpin UMNO BN mendapat imbuhan dan projek-projek kerajaan pasti rakyat akan marah dan mengatakan ia adalah rasuah, korupsi dan penyelewengan. Lihat saja apa yang beraku kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sekarang ini. Namanya terpalit apabila keluarga didakwa menyalahgunakan dana kerajaan berumlah RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk projek National Feedlot Corporation (NFC). Heboh dibuatnya apabila satu persatu pendedahan dilakukan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maka, akhirnya Shahrizat sudah tidak dapat dan perlu berselindung lagi kerana semua pendedahan itu disertakan dengan bukti dan dokumen yang cukup kukuh. Shahrizat menuduh ada orang cuba untuk menjatuhkan karier politik beliau, walhal beliau yang telah khianat kepada rakyat sebenarnya. Hari ini, Shahrizat dikhabarkan telah mengadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes tersebut. Namun, apa yang kami ingin dedahkan disini ialah terdapat laporan terbaru seorang pemimpin pembangkang telah mendapat habuan yang cukup lumayan daripada kerajaan UMNO BN. Khabarnya syarikat beliau telah berjaya mendapat tender jutaan ringgit yang melibatkan satu projek di Bintulu Port, Sarawak. Pemimpin berkenaan khabarnya sudah berkira-kira untuk bergelar jutawan dalam masa terdekat ini. Apa yang mengejutkan, beliau sendiri mengakui mendapat projek tersebut kepada beberapa orang proksinya dengan tujuan supaya mereka jangan terkejut jika beliau menarik diri dari menjadi calon pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Malah, dari laporan yang kami terima, projek terebut diperolehi menerusi lobi seorang Menteri UMNO dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hasil perbincangan dan pertemuan sulit yang diadakan, maka akhirnya pemimpin itu bersetuju untuk berkompromi dan akan mengundur diri daripada politik pembangkang sebelum PRU ini. Kami masih menjalan siasatan yang rapi terhadap maklumat terbaru ini untuk didedahkan. Jika benar dakwaan ini maka kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama pemimpin berkenaan kepada umum. Ternyata apa yang disangka selama ini akhirnya bakal menjadi kenyataan akhirnya.Bintulu Port, pemimpin terbabit dipercayai mendapat projeknya di sini[Nampaknya, menjelang pilihanraya ini ramai pemimpin pembangkang akan membuat duit demi meneruskan survival hidup masing-masing. Mereka mula sedar, berjuang tanpa wang amatlah sukar untuk membela rakyat. Malah, hidup semakin tertekan dan berhadapan dengan berbagai masalah peribadi yang lain. Jalan terbaik ialah mereka membuat berbagai tawaran agar kerajaan UMNO BN menerima kembali mereka. Projek mewah ditawarkan oleh kerajaan untuk memancing mereka yang mahu "melompat parti". Inilah yang berlaku sekarang, jika pembangkang (Pakatan Rakyat) tidak berahti-hati nescaya kemenangan yang dicari akhirnya kekalahan jua akan melanda. Kami tidak akan mendedahkan lagi nama pemimpin berkenaan seperti yang didedahkan ini. Namun, kami mempunyai bukti-bukti kukuh yang beliau sudah mendapat projek tersebut dan akan bergelar jutawan dalam masa terdekat ini. Apa yang pasti individu berkenaan adalah merupakan pemimpin pembangkang dari negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia sendiri. Maka iatu, siapakah beliau?. Nantikan siasatan kami yang seterusnya menerusi beberapa orang sahabat yang berada di Bintulu Port sekarang. Nantikan info selanjutnya!].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: Rafizi Dedah Dua Lagi Kondominium Milik Keluarga Sharizat Bernilai RM34.5J Di Singapura!

2012-02-09T11:04:13.149+08:00

KUALA LUMPUR, 9 Feb - Pengarah Strategik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (foto) hari ini menggemaparkan lagi isu NFC yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil. Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Sebelum ini, kami telah kemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. "Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura. Kami juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi beli kondominium mewah di Singapura. Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Shahrizat Jalil dapat pembiayaan dari Maybank untuk beli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk kenalpasti unit-unit yang dibeli. Hasil siasatan mengesahkan selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Shahrizat Jalil telah beli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites dekat Singapura", kata Rafizi Ramli.Di sinilah keluarga Sharizat didakwa membeli kondominium terbabitButir-butirnya adalah seperti beriku; Kondominium Pertama beralamat di #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965. Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya oleh United Overseas Bank Limited (UOB); Kondominium Kedua beralamat di #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965, Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority) Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575 Tarikh dibeli pada 27 Mei 2010 dan pembiayanya ialah Malayan Banking Berhad (Maybank) Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse. Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Keluarga Syarizat Perlu Bayar RM173,000 SebulanPembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana itu diberikan tidak dipenuhi. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Shahrizat Jalil (foto) mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut. Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Datuk Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan se[...]



Panas: 'Kampung Pulau Tawar' Terus Terpinggir, Siapa Anak Jati Yang Akan Tamatkan Sumpahan!

2012-02-09T11:22:34.280+08:00

JERANTUT, 8 Feb - Seratus lima puluh (150) tahun dulu Kampung Pulau Tawar adalah ibukota Jerantut. Tempat bersemayam Sultan Pahang Wan Ahmad yang pertama di Istana Pulau Tawar. Beberapa mesyuarat EXCO Pahang zaman Inggeris diadakan di Pulau Tawar. Perancangan pembangunan negeri Pahang ditentukan di Kampung Pulau Tawar tapi kini itu semua tinggal kenangan. Pemberontakan pahlawan Pahang Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau membuatkan Inggeris berdendam kepada Kampung Pulau Tawar. Inggeris bertekad tidak akan majukan Kampung Pulau Tawar. Orang-orang Kampung Pulau Tawar disumpah tidak akan diangkat menjadi pemimpin. Faktanya kini 2012 dalam sejarah politik Jerantut belum pernah ada mana-mana pemimpin anak jati Kampung Pulau Tawar diangkat menjadi ahli parlimen dan ADUN baik BN dan Pembangkang. Sumpahan itu terus menghantui Kampung Pulau Tawar yang terus dipinggirkan. Kemudahan awam seperti gambar-gambaryang dipaparkan tidak diselenggarakan dan dijaga dengan baik. Tiada usaha untuk membaikpulih kemudahan. Bila perpustakaaan awam tidak dimenafaatkan, padang dan gelanggang sukan tidak dijaga maka itu boleh membentuk golongan anak-anak muda yang akan memberontak dan menjauhi diri. Kalaulah arwah pahlawan Mat Kilau masih hidup pasti sedih dia tengok Kampung Pulau Tawar sekarang. Perjuangan beliau langsung tidak dihargai, malah kampung beliau terus mundur ke belakang angkara pemimpin yang tidak perihatin. Bagaimanakah wakil rakyat yang dipilih iaitu Dato' Dr.Ahmad Shukri Ismail (foto), melaksanakan kerja yang selayaknya dilakukan atau hanya sibuk menguruskan harta kekayaan peribadi sehingga mengenepikan tanggungjawab sebagai ADUN Pulau Tawar. Pantang keadaan begini kalau berlaku di DUN Tahan. Akan turun segala macam peruntukan mencurah membaikpulih demi keperihatinan. Siapa anak jati yang akan tamatkan sumpahan ini? sumber[Sebenarnya apa yang beralku kepada Kampung Pulau Tawar ini sememangnya sungguh memalukan. kerana Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mahu menganggat sejarah yang terpahat di kampung itu. Malah, tempat-tempat bersejarah sepatutnya dijadikan destinasi pelancongan terus terbiar layu tanpa ada usaha untuk dibaik pulih. Apa yang ada hanya kawasan tanah perkuburan yang menenmpatkan jenazah Pahlawan Mat Kilau dan bondanya (Teh Mahda). Itu saja destinasi yang ada, sebaliknya rumah Mat Kilau, Masjid, kawasan permainannya, istana lama, kawasan perjuangannya semua tinggal sejarah semata-mata. Usaha langsung tidak ada untuk dimajukan. Ia berbeza sekali dengan kerajaan negeri lain terutamanya Melaka. Perigi Hang Tuah pun mereka bangungkan sebagai destinasi pelancongan di mana penduduk setempat di Kg.Duyong mendapat rezeki yang berlimpahh ruah akibat kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara. Walhal, Hang Tuah mungkin sekadar satu lagenda sahaja namun Mat Kilau pernah muncul pada zaman moden sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah tiba masanya ADUN Pulau Tawar yang ada sekarang ditukar dengan yang baru, kerana beliau jelas gagal memainkan peranan beliau itu sebenarnya].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Pilihanraya: SPR Mula Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Kedua 2011, Mulai Hari Ini !!

2012-02-08T17:54:11.015+08:00

KUALA LUMPUR 8 Feb - Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2011 mula dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sehingga Selasa di 937 tempat seluruh negara. Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13 (5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (117 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (48 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (191 tempat) dan tempat-tempat lain (23 tempat). Dalam satu kenyataan, Sabri berkata, dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2011, SPR menerima 212,826 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 83,846 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu. Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi bagi Oktober, November dan Disember 2011 dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 yang dipamerkan tersebut.[Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam rang daftar pemilih itu pula boleh mengisi Borang C. Borang-borang tuntutan itu hendaklah diserah kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan itu dipamerkan. Sabri berkata nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai pengundi pos, juga akan dipamerkan. Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri selain boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2011].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Seramai "148,196 Orang Layak" Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih Di Seluruh Negeri Pahang

2012-02-09T13:00:56.208+08:00

KUANTAN 8 Feb - Seramai 148,196 orang yang layak mengundi dikesan belum mendaftar sebagai pemilih di Pahang. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Othman Noh (foto) berkata, bilangan itu mewakili 17 peratus jumlah pengundi yang belum berdaftar di seluruh negara. "Bagaimanapun pendaftaran sebagai pemilih di Pahang menunjukkan pertambahan seramai 36,248 orang daripada 662,225 pada tahun 2010 kepada 698,473 orang sehingga suku tahun ketiga pada bulan November lepas. "Kami akan menjalankan pelbagai program selain usaha yang dibuat parti-parti politik untuk mendaftarkan pemilih baru," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, lebih 18,000 nama pemilih telah dibersihkan daripada senarai daftar pemilih atas sebab kematian dan sebagainya. Sementara itu, SPR Pahang telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. "Seramai 12,343 orang telah dikenal pasti untuk dilantik sebagai petugas pada pilihan raya umum akan datang. "Setakat ini semua persediaan besar telah kami sempurnakan dengan baik cuma perkara-perkara kecil yang masih dalam tindakan", katanya. Mengenai latihan untuk petugas, Othman berkata, ia telah dilaksanakan di empat kawasan Parlimen manakala selebihnya dijangka dapat disiapkan April ini. Beliau berkata, terdapat 515 pusat mengundi di Pahang dengan 1,528 saluran. Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Pahang ialah 42 kerusi, manakala Parlimen 14 kerusi.[Begitu ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi di negeri Pahang rupanya. Persoalannya, kenapa pendaftaran itu tidak dilakukan secara automatik untuk membolehkan mereka yang tidak berdaftar terus pergi ke pusat-pusat mengundi bagi membuat pilihan mereka. Apa yang berlaku sekarang ialah pendaftaran pengundi baru itu terkadang sengaja dilengahkan untuk menghalang mereka mengundi. Ini kerana kerajaan tahu bahawa majoriti pengundi muda memang akan menolak BN pada pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Apapun, kita amatlah berharap mereka yang masih belum berbuat demikian, bertindak segera!]. http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



'Diskusi Selebriti' Di KIPSAS Pada 16 Feb 2012 Ini

2012-02-08T16:43:19.459+08:00

(image)
(image)

(image)



Sokongan Kaum Cina Kononnya Kian Meningkat, Ternyata Adnan Yaakob Bermimpi Di Siang Hari !

2012-02-08T16:34:40.609+08:00

Selepas saban hari mengutuk bantahan Lynas didalangi oleh orang-orang Cina yang kononnya kecewa akibat tidak mendapat projek dengan syarikat itu, tiba-tiba Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) mengakui sokongan dan undi kaum Cina penting bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya kerajaan dapat meneruskan pembangunan bersama kaum-kaum lain di negara ini (klik sini). Menurut beliau, arah aliran sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dan perlu direalisasikan dalam pilihan raya umum itu nanti. Katanya, konsep perkongsian kuasa tidak meminggirkan kaum tertentu sebaliknya memberi peluang kepada semua menikmati pembangunan negara. Adnan berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada fakta kejayaan kerajaan meletakkan landskap ekonomi negara pada landasan betul dan mempengaruhi kualiti hidup rakyat. Soalnya sekarang, benarkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin meningkat?. Atau Adnan sengaja mahu menyedapkan hati berkata demikian. Umum mengetahui masyarakat kaum Cina begitu kecewa dengan tindakan Adnan selaku MB Pahang membenarkan kilang Lynas didirikan di negeri ini. Malah, bantahan terus dilakukan walau pun kerajaan sudah mengeluarkan lesen sementara (TOL) kepada syarikat terbabit. Malah, susulan keenganan Adnan membela rakyat dalam isu ini maka majoriti kaum Cina baik dalam MCA atau Gerakan di Pahang bersepakat untuk menjatuhkan BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Malah, Adnan secara tidak sengaja mengakui Fuziah Salleh akan terus kekal di parlimen Kuantan akibat isu tersebut. Ini bermakna, Adnan akui bahawa isu Lynas akan merosakkan kepercayaa rakyat terhadap kerajaan. Namun, akibat kedegilan beberap kerat dari kalangan mereka akhirnya projek itu terus dibiarkan. Walhal, mereka sendiri tahu risiko dan akibatnya kelak. Slogan "rakyat didahulukan" langsung tidak difahami dan diiukti, sebaliknya "Lynas diutamakan" dalam isu kontroversi ini.[Oleh itu, Adnan tidak perlulah mendabik dada kononnya orang Cina mula menyokong BN. Mereka sebenarnya hadir kerana Adnan mahu menghulurkan sumbangan tapi undi belum tentu. Maka, Adnan digesa menghentikan kenyataan kononnya orang Cina membantah Lynas kerana kecewa tidak dapat projek dengan syarikat itu. Padahal dia sendiri tahu, begitu ramai orang Melayu dan kaum lain turut membantah Lynas. Malahan, difahamkan satu perhimpunan besar-besaran untuk bantahan tersebut akan diadakan pada 26 Feb ini di Padang MPK 1, berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahamd Shah I dekat sini. Jika ini berlaku, sudah pasti satu dunia akan melihat kegagalan Adnan selaku Menteri Besar mendahulukan rakyat dalam isu ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Bersedialah berhadapan dengan suara majoriti rakyat pada PRU-13 nanti].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Video: Negara Berkebajikan Tidak Akan Bangkrap

2012-02-08T14:24:09.251+08:00

src="http://www.youtube.com/embed/-VDB4BMfaHs" allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" width="420">

(image)
(image)

(image)



Panas: Ramai Akan Protes Jika PAS Berhasrat Beri Laluan Kepada Zaid 'Jadi Calon Parti Itu' PRU Ini!

2012-02-08T11:23:20.998+08:00

Ramai ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) peringkat akar umbi yang kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) kononnya PAS bersedia menawarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan berbincang mengenai tawaran kepada Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) itu jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri. "Itu kita akan bincang, saya tak kata ‘no’ atau ‘yes’, kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PAS Kota Bharu semalam. Terdahulu, Mohamad semasa berucap di konvensyen itu berkata, beliau gembira dengan hasrat Zaid mahu membubarkan KITA dan memberi isyarat mahukan PAS Kawasan Kota Bharu di bawah Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah untuk mengadakan perbincangan dengan Zaid. Persoalannya, apakah kenyataan Mat Sabu ini dipersetujui oleh ribuan ahli PAS di seleuruh negara?. Inilah yang wajar difikirkan sebelum membuat tindakan yang mengejutkan ini. PAS perlu tahu bahawa Zaid adalah bekas pemimpin PKR yang kemudian keluar dari parti itu akibat krisis dalaman selepas pemilihan 2010. Benar, pemergian Zaid tidak bermakna Azmin Alu dan kunco-kunconya berada di pihak yang benar. Tambahan pula, Zaid bukan dipecat tetapi mengundur diri, satu tindakan bermaruah yang dilakukan pemimpin itu. Samalah juga dengan apa yag dilakukannya ketika berada dalam UMNO. Zaid satu-satunya Menteri UMNO yang berani meletak jawatan dan keluar dari parti itu ketika masih berkuasa. Walau pun begitu, tindakan beliau menubuhkan KITA dilihat satu langkah sumbang yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Majoriti penyokong beliau dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berani mengikut jejak langkahnya. Hanya segelintir sahaja yang berani mengikut beliau ketika itu. Zaid "terkontang-kanting" tanpa haluan. Dia mahu jadikan KITA sebagai parti pembangkang tetapi tidak bersama Pakatan Rakyat. Akhirnya Zaid umumkan dia akan bertanding di parlimen Petaling Jaya Selatan.Ramai "Protes" Jika PAS Beri Laluan Kepada ZaidBegitu juga dengan pemimpin KITA yang lain. Keputusan itu sedikit mencurigakan, hinggalah beliau umumkan KITA tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi melainkan memberi sokongan penuh kepada parti pembangkang pada PRU-13 ini nanti. Lantaran itulah akhirnya ramai pemimpin KITA kecewa dan gusar dengan kenyataannya. Tambahan pula, ramai pemimpin terbabit lebih gemar menyerang PKR daripada UMNO BN. Maknanya, mereka mahu menjadikan KITA parti yang bebas dan boleh merobek keegoaan PKR dengan sewenang-wenangnya. Inilah yang menyebabkan Zaid kemudian terpaksa undur diri dan umumkan pembubaran KITA, yang disambut dengan kemarahan oleh pemimpin PKR yang lain. Terbaru, ada yang mengatakan keputusan bubarkan KITA adalah pandangan peribadi Zaid semata-mata. Persoalannya, apakah penyokong dan ahli PKR boleh menerima takdir bahawa Zaid kini bersama pembangkang semula?. Sudah pasti mereka akan menolak Zaid. Begitu juga dengan sebahagian besar ahli-ahli PAS sendiri terutamanya "bukan penyokong Mat Sabu". Mereka pasti melihat kenyataan yangd ibuat itu tidak wajar sama sekali. Malah salah seorang penyokong tegar PAS menegaskan jika PAS beri kerusi kepada Zaid maka beliau tidak akan undi atau berkempen lagi untuk parti itu. "Perjuangan sia-sia, macam tak ada orang lain yang lebih hebat. Tak payah berkempen, tak payah keluar mengundi. Rasanya ini mula-mula cadangan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Biar Mat Sabu kalah bersama-sama Zaid. Kita protes besar-besaran sebel[...]



Panas: 'ADUN Lompat Perak', Si Jamaluddin Razi Berjaya Buktikan Dia Itu 'Orang BN' Sebenarnya!

2012-02-08T15:26:24.639+08:00

Di awal krisis rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak dulu, ramai yang mengesyaki kesemua "ADUN lompat" dari PKR dan DAP itu telah dibeli oleh UMNO BN. Namun, dengan bangganya mereka menafikan dan mengatakan mereka melompat atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan BN kata mereka. Namun, apa yang menariknya ketika Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) hilang, mereka dikatakan telah mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Pekan ketika itu. Soalnya, kepada mereka mengadap Najib?. Mungkin juga kerana ketika itu Najib ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan segala agenda ini adalah "rancangan jahat" beliau sebenarnya. Mereka menafikan tuduhan yang mengatakan semua itu adalah "konspirasi" dan akhirnya Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat telah tumbang dan Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin telah digantikan dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Malah, kecoh juga dibuatnya apabila seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat dari DAP iaitu Hee Yit Fong juga bersedia "lompat" jika dua orang ADUN PKR itu disahkan telah berjaya dibeli oleh BN. Semua ini adalah satu tragedi yang cukup malang buat rakyat Perak dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini sebenarnya. Namun, dek kerana mereka berkuasa di pusat maka akhirnya semua itu dihalalkan tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, benarkah kesemua ADUN yang lompat itu tidak mendapat apa-apa habuan?. Malah, benarkah mereka itu "wakil rakyat bebas" yang benar-benar bebas dalam erti kata "bebas" itu sendiri. Maka, akhirnya rahsia ini terbongkar dan ia mengesahkan lagi dakwaan dan firasat rakyat selama ini bahawa ADUN terbabit telah dibeli dan sebenarnya memang bersama UMNO BN. Cuma merek malu untuk mengumumkannya dan selesa atas nama "ADUN Bebas". Kini heboh diperkatakan tentang salah seorang ADUN lompat itu iaitu Jamaluddin Mohd Razi, sedang berkira-kira untuk bertanding atas tiket BN pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Beliau yang merupakan seorang Posmen dan kemudiannya menjadi Ahli Perniagaan sebelum menceburi politik, kini sering dilihat dalam mana-mana program UMNO BN. Nampaknya, beliau mula sedar yang hayat politiknya tidak akan ke mana jika terus berstatus "bebas" seperti sekarang. Akhirnya dia memberanikan diri untuk hadir sebagai "orang awam" dalam program-program anjuran BN di Perak. Maka, ini mengesahkan lagi bahawa sememangnya mereka telah lama "dibeli" oleh UMNO BN untuk melengkapkan konspirasi rampasan kuasa di Perak dulu.Terkini, foto yang sempat dirakamkan ketika Jamaluddin Razi hadir dalamsatu program anjuran UMNO BN Perak baru-baru ini, manakal didepannya ialah ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar DAP 15 Jun 2010[Jamaluddin tidak boleh berdolak-dalih lagi dan rakyat sudah mula sedar dan muak dengan beliau sekarang. Justeru, dia terpaksa menunjukkan muka dalam program anjuran UMNO BN agar namanya terpilih untuk dicalonkan pada PRU-13 akan datang agaknya. Rahsia sudah terbongkar, dan beliau nampaknya begitu selesa dengan T-Shirt "biru" berlambang "dacing" dan "satu Malaysia" itu sekarang. Apapunm syabas dan tahniah kepada YB Jamaluddin kerana berjaya mengesahkan siapa dia sebenarnya. Mengaku bebas konon, walhal sudah terang lagi bersuluh jiwa dan hatinya sudah lama bersama UMNO BN. Semoga rakyat akan menghukum perbuatan beliau yang telah menghampakan jutaan rakyat Perak yang memilih Pakatan Rakyat pada PRU12 dulu, Jatuhkan pemimpin khianat seperti ini dan jangan biarkan mereka terus menipu serta menyelewengan lagi. Riwayat politik ADUN lompat ini sudah pasti akan hancur selepas ini. Mereka akan terus dihina oleh rakyat buat selamanya].http://www.pahangd[...]



Lynas: Kerajaan, 'Lebih Rela' Pertaruhkan Nyawa Rakyat Untuk Teruskan Projek Kilang Berisiko Itu

2012-02-09T13:09:07.700+08:00

KUANTAN, 8 Feb - Keputusan tergesa-gesa kerajaan melalui AELB dalam meluluskan lesen sementara TOL kepada Lynas mengundang seribu satu persoalan. Bahkan tindakan tersebut menimbulkan gelombang baru kesedaran dan penentangan rakyat terhadap projek merbahaya tersebut. Menurut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad (foto) apa yang berlaku beberapa hari sebelum lesen tersebut dikeluarkan menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah benar kerajaan sekarang terpaksa menurut sahaja tuntutan Lynas yang begitu terdesak untuk memulakan projek mereka dengan segera. Katanya, jika tidak masakan Lynas kelihatan sedari awal lagi melaungkan keyakinan mereka untuk di berikan lesen sementara dalam tempoh terdekat. Tambahan pula, ujarnya kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang dikeluarkan pada 30 Januari iaitu pada hari yang sama mesyuarat lembaga AELB yang menuduh PAS menyokong kilang Lynas seolah-olah ada kaitan satu sama lain. “Tuduhan jahat beliau tersebut segera ditangkis oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang menerangkan bahawa PAS tetap teguh dengan pendiriannya menentang Lynas dan sama sekali tiada kaitan dengan individu ataupun projek di Lynas,” jelasnya. Mengulas perkara yang sama, Pengarah BADAR, Andansura Rabu melahirkan rasa kesal beliau di atas sikap semberono kerajaan dalam menangani isu sebegini besar. "Apabila kerajaan membuat syarat Lynas mesti membayar cagaran USD50 juta atau RM125 juta atas projek ini, ianya membayangkan 3 perkara yang amat menakutkan kita. “Pertama projek ini sememangnya merbahaya sebagaimana yang kita perjuangkan selama ini. “Jika tidak merbahaya mengapa perlu diletakkan deposit keselamatan? Kilang lain di Gebeng tidak perlu pun deposit sedemikian,” katanya. Kedua, tanya beliau, berbaloikah RM125 juta itu dengan kesengsaraan rakyat yang mendiami kawasan sekitar kilang itu. Jika sakit, katanya klinik swasta berhampiran jugalah yang akan mengaut keuntungan dan kerajaan pada masa itu entah apa alasan yang akan diberikan. Ketiganya, kata beliau penerimaan cagaran tersebut seolah-olah menjadikan Pahang laksana 'tandas awam' yang mana bayar 20 sen dapat melepaskan hajat dan sisanya akan diurus oleh tuan tandas, begitulah nasib Pahang dan rakyatnya nanti. Menurutnya lagi, dengan RM125 juta itulah juga akan digunakan andainya berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnahan terhadap kawasan persekitaran di situ dan duit itulah yang akan digunakan untuk membersihkan sisa-sisa yang bakal ditinggalkan nanti. “Rakyat yang sakit dan merana pandai-pandailah mencari ubat-ubatan sendiri. Yang kaya bolehlah ke hospital pakar swasta dan yang miskin tunggulah giliran di panggil petugas hospital kerajaan.“Apakah nasib yang menimpa penduduk Bukit Merah, Perak bakal berulang di sini dan adakah rakyat Pahang bersedia menjadi bahan uji kaji atau tikus makmal?” ujarnya. Justeru, ujarnya perhatikanlah bagaimana sukarnya proses menguruskan sisa di Bukit Merah. Beliau bekata, pelaburnya sudah tiada, yang tinggal hanyalah sisa merbahaya yang terpaksa dilitupi batu menggunung yang menelan belanja lebih RM300 juta untuk menguruskannya. Lynas, jelasnya adalah 10 kali ganda lebih besar dari ARE Bukit Merah dan sudah pastinya sisanya jauh lebih besar dan kawasan yang diperlukan tidak terkata luasnya. “Kawasan manakah dalam negeri ini akan dinobatkan sebagai 'bertuah' untuk dihuni oleh 'najis' ini? “Mungkinkah Pekan? Sekiranya Pekan sekalipun kita tetap menentangnya kerana ianya tetap sebahagian dari bumi Malaysia tercinta,” tegasnya. Sebaiknya, Lynas ditutup sahaja dan buatlah apa sahaja bahana di tempat asal galian itu datang (Australia).[Rakyat[...]



Hj.Hadi: "PAS Bantah Tindakan SPR" Mansuhkan Perarakan Calon Semasa "Hari Penamaan" Calon !

2012-02-09T13:54:24.613+08:00

KUALA LUMPUR, 9 Feb - PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (foto), menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti. “Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi. PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama. “Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. sumber[SPR nampaknya terus memuat tindakan yang jumud dan tidak masuk dek akal. Lain yang diharapkan oleh rakyat tapi lain pula yang mereka lakukan. Ternyata SPR nampaknya cuba untuk membakar semangat rakyat sebenarnya. Tindakan terhadap lapan perkara yang dilaporkan oleh Bersih 2.0 masih belum dilakukan lagi, tiba-tiba mereka mahu menghalang rakyat berarak pada hari penamaan calon. SPR tidak wajar membuat tindakan kebudak-budakan seperti ini sebelum mereka berusaha membersihkan amalan pilihanraya itu sendiri. Tindakan terbaru ini menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan SPR. Mereka melihat apa yang dilakukan adalah lebih kepada ketakutan kerajaan BN untuk berhadapan dengan rakyat. Justeru, rakyat perlu bangkit halang apa jua tindakan yang tidak wajar ini].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini !

2012-02-07T03:31:05.994+08:00

KUANTAN, 7 Feb - NGO Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu (foto). Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter). “Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0,” ujar Andansura. Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan UMNO BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu. Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan. “Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk jaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat,” ujarnya. SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada tahun lalu. Program yang melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7,000 penyokong pada hari itu.[Nampaknya, bantahan rakyat Kuantan terhadap isu Lynas kini sudah semakin memuncak. Bahkan, hanya majoriti penyokong upahan yang telah dibayar untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan projek ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kini rakyat Kuantan secara majoritinya menolak Lynas. Tidak kira apa jua fahaman politik kepartian, agama, bangsa mereka namun kini masing-masing bersatu hati dan sebulat suara untuk menyatakan bantahan. Dijangka, ribuan rakyat pelbagai bangsa akan datang beramai-ramai pada hari itu nanti. Padang MPK1 bakal menjadi saksi betapa memuncaknya bantahan rakyat terhadap isu yang paling kontroversi ini. Kerajaan yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat berdasarkan konsep "rakyat didahulukan" kini lebih berselera membela Lynas yang sudah kaya raya itu. Kini rakyat bangkit untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap isu ini. Soalnya, apakah pertembungan dengan penyokong yang dibayar akan berulang lagi?. Kini, segalanya terletak ditangan MB bagi menentukannya].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: Saman Parking, Ramai Kecewa MPK Terus Jalankan Operasi Mereka Pada Hari Cuti Umum !!

2012-02-07T02:19:07.476+08:00

KUANTAN, 7 Feb - Orang ramai kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terus menjalankan operasi "saman parking" membabi-buta walau pun pada hari cuti am dan cuti umum. Kami menerima banyak laporan dan rungutan daripada orang ramai yang begitu marah dengan tindakan tersebut. "Bayangkan, ketika cuti am (Ahad) dan Cuti Umum (Maulidur Rasul) mereka boleh menjalankan operasi saman parking tanpa belas kasihan kepada rakyat. Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya, Penguatkuasa MPK yang berbaju biru sanggup menyaman kenderaan biar pun ada pemiliknya yang merayu untuk alihkan kenderaan beliau ketika itu. Bayangkan, dia tunggu anak balik menaiki bas dari Kuala Lumpur... datang dari jauh (Chini), parking sekejap untuk jemput anak turun bas... tiba-tiba mahu disaman oleh MPK. Sedangkan dia sempat balik ke keratanya sebelum surat saman dikeluarkan. Dia bagi alasan untuk alihkan keretanya, tapi tetap di saman oleh pegawai terbabit", kata seorang pemandu teksi di Terminal Makmur kepada krew kami. Sementara itu, seorang peneroka dari Felda Bukit Goh dekat sini berkata, dia sudah lali dengan tindakan MPK itu. "Saya tak pernah bayar sebab marah. Takkan lah nak beli rokok sekejap pun di saman, nak beli top up prepaid di saman, nak beli pampers anak di saman. Apa kejadah semua ni.. Bukan ker hari ni cuti (Ahad) dan Cuti Maulidur Rasul ..Sepatutnay berilah kelongaran sikit.. atau bertimbang rasa.. Undang-undang dibuat untuk mengajar dan mendidik rakyat... tapi bukan mendera... Nampak benar MPK kemaruk nak kutip duit saman. Saya juga difahamkan, kerja pada hari cuit pegawai terbabit akan dapat elaun berganda, itu belum termasuk komisyen atas saman-saman yang dikeluarkan", kata beliau.Bukti, operasi saman terus dilakukan pada hari Ahad (Cuti Maulidur Rasul)pada 5 Februari baru-baru ini (lokasi depan pasaraya Alamoda Kuantan)[Apa yang berlaku ini adalah rentetan rungutan rakyat yang telah kami terima sebelum ini. Hujung tahun lalu (2011) satu memorandum rakyat telah dihantar kepada Yang DiPertua MPK berkenaan isu ini. Namun hingga sekarang ini tiada jawapan yang diterima oleh pihak terbabit. Janji untuk mengadakan dialog pun sehingga kini entah ke mana. Difahamkan, NGO yang begitu lantang memainkan isu "Saman Parking" ini iaitu People's Justice Voice (PJV) khabarnya akan mengadakan lebih banyak demontrasi dan kempen untuk mengajak rakyat Kuantan membantah isu ini. Malah, mereka juga khabarnya akan mewujudkan satu blog dan facebook khas bagi membicarakan isu ini. Soalnya, kenapa MPK terus menggila dengan tindakan mereka. Wajarkan duit saman dijadikan sumber kewangan Majlis Tempatan terbabit dalam merealisasikan hasrat mereka untuk menjadi sebuah bandaraya?. Justeru, pihak berkenaan digesa menghentikan tindakan keterlaluan mereka sekarang ini jika tidak mahu terus dibenci rakyat. Banyak lagi laporan isu saman akan kami dedahkan dalam amsa terdekat. Kepada mereka yang ditimpa musibah atas isu ini sila hubungi kami di pahangdaily@yahoo.com untuk membuat laporan terperinci].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: East Coat Mall (ECM) Bakal Hilang Identiti Bila Saham Syarikat Kini Terjual Ke Tangan Asing

2012-02-07T02:31:43.997+08:00

KUANTAN, 7 Feb - Orang ramai yang berkunjung ke Komplek Membeli Belah East Cost Mall (ECM) dekat sini pasti terkejut apabila terlihat lambang CapitaMalls kini tersergam indah di puncak bangunan terbabit. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan logo baru tersebut. Namun, kini rupanya sudah menjadi kenyataan. Walau pun baru sahaja dibuka, kini East Cost Mall sudah pun terjual ke pihak lain dengan harga RM330 juta pertengahan tahun lalu. Perkara ini mungkin tidak disedari oleh orang ramai, namun besar kemungkinan nama East Cost Mall (ECM) juga akan terpadam tidak lama lagi. Di awal kewujudannya dulu ECM menjadi daya tarikan warga Kuantan termasuk pelancong dari luar. Ini kerana lokasinya yang strategik dan menarik menyebabkan kawasan itu sering dikunjungi oleh orang ramai. Ia dikatakan syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur. Nama ECM semakin harum dan bertambah popular dan ia menaikkan imej bandar Kuantan itu sendiri. Namun, kemungkinan besar nama ECM akan hanya tinggal sejarah apabila ia telah terjual kepada pihak lain rupanya. Difahamkan, saham ECM telah dibeli oleh CapitaMalls Malaysia REIT Management Sdn. Bhd (CMRM) tahun lalu. Penjualan ini menyebabkan ECM sudah hilang pegangan terhadap komplek membeli belah terbabit. Lantaran itulah kita tidak hairan kini lambang CapitaMalls mula dinaikkan pada bangunan itu. CapitalMalls adalah anak syarikat kepada CapitaLand (Singapura) iaitu sebuah syarikat pembangunan hartanah yang terbesar di Asia. Antara lain-lain komplek membeli belah besar yang telah dibeli oleh syarikat terbabit di Malaysia ialah Sungei Wang, The Mines dan Gurney Plaza.Bukti, lambang CapitaMalls sudah mula dipasang di atas bumbung ECMKlik sini untuk lihat sendiri bukti dokumen jual beli ECM tersebut[Nampaknya, satu lagi tanah yang berada dalam kawasan Rezab Melayu Transit Point kini akhirnya terjual ke tangan warga asing (Singapura). Inilah jadinya apabila kuasa berada ditangan mereka yang tidak sayangkan negara. Transit Point dulunya merupakan tanah Rizab Melayu yang amat dibanggakan oleh warga Kuantan. Kini identiti itu sudah terhakis apabila ia dibangunkan sebagai Koridorraya Multimedia (MSC Kuantan) dan menjadi pengangan bebas. Namun, akhirnya satu persatu tanah terbabit terjual ke tangan warga asing. Apakah yang boleh dilakukan oleh rakyat Kuantan sekarang?. Mana perginya pemimpin Melayu yang kononnya berjuang untuk membela nasib orang Melayu. Tanah tergadai dan kini menjadi milik orang. Siapa harus dipersalahkan?. Apapun, orang ramai amatlah berharap agar imej East Cost Mall (ECM) akan tetap dikekalkan, kerana ia sudah sinoniom dimulut rakyat sekarang. Jika namanya juga bertukar, maka apa lagi yang boleh kita banggakan. Nasi sudah menjadi bubur, apa yang penting ialah melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika tidak, satu demi satu tanah rizab Melayu tergadai ke tangan asing].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: 'Bicara Ummah' Di Temerloh, Dr.Hasan Ali Mendakwa PR Mahu Jadikan Negara Ini Republik

2012-02-07T00:45:03.208+08:00

TEMERLOH, 7 Feb - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (foto) menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam. Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, PAS yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam. “PAS lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam. “Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam. Sehubungan itu, Hasan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik. "Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai Jati walaupun mereka ahli Umno, PAS, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP. "Saranan saya ini berdasarkan perjuangan Jati yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menjadi kenyataan. Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk hapuskan kuasa Raja serta keistimewaan Orang Melayu.“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik. "Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya. Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu. Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka. Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah PAS yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik. sumber[Nampaknya pasti ramai yang melenting dengan kenyataan terbaru Datuk Dr.Hasan Ali ini. Namun, beliau berhak mengeluar kenyataan sedemikian kerana dia kini adalah wakil rakyat bebas. Namun, kesilapan beliau ialah dia rela hadir bertemu rakyat menerusi pentas UMNO. Ini yang menjadi masalah sekarang. Seolah-olah Hasan merasakan UMNO itu lebih benar dalam memperjuangkan Islam selama ini. Walhal dia sendiri tahu yang dia digam oleh RTM atas arahan kerajaan UMNO BN gara-gara mengeluarkan kenyataan pedas ketika mengendalikan rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 dulu. Maknanya, kerajaan UMNO BN tidak mahu mana-mana pihak yang cuba berkata benar untuk mendidik rakyat supaya mahu kepada Islam. Bukan dulu saja, malah hari ini juga kerajaan masih mengenakan berbagai peraturan dan syarat untuk mengekang pihak yang cuba berdakwah dan mengajar Islam sebenar kepada umat Islam. Hasan juga telah terpalit dengan isu itu. Namun, kini segalanya sudah berubah. Dia mula mel[...]



Panas: Isu Tanah, MB Di Harap Tidak Tabur Janji Semata-Mata Untuk Tagih Undi Menjelang PRU-13

2012-02-07T03:36:49.913+08:00

KUANTAN, 6 Feb - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) diharap tidak membuat janji kosong kononnya Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan permohonan hak milik tapak rumah yang dimohon dalam tempoh itu secara automatik. Menurut Adnan, keputusan itu berkuat kuasa mulai pada tahun ini yang mana ia telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu. Kononya kerajaan negeri meluluskan keputusan tersebut kerana prihatin bagi membantu rakyat negeri ini mendapatkan tanah dan tapak rumah. Adnan berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada lebih 800 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dataran Pelangai Bentong baru-baru ini. Biar pun dinafikan Adnan, namun rakyat melihat janji-janji MB itu sekadar untuk meraih simpati dan undi pilihanraya sebenarnya. UMNO BN kini semakin terdesak dengan berbagai isu rakyat terutamanya Lynas yang bakal mengurangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka miliki selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Lantaran itulah, beliau terpaksa berjanji kononnya kerajaan prihatin nasib rakyat. Walhal, selama ini rakyat terutamanya orang-orang Melayu yang masih belum mempunyai tanah terpaksa merayu dan menghabis banyak wang untuk urusan terbabit. Bukan sahaja tanah yang dipohon tidak diluluskan, malahan permohonan terbabit "dilapis" pula oleh pemimpin UMNO. Inilah yang berlaku sejak sekian lama. Adnan hanya berselera meluluskan tanah untuk proksi dan kroni beliau sahaja, termasuk juga kepada "tokey-tokey Cina". Sebaliknya, tidak prihatin untuk membela nasib rakyat. Malah, ada yang sudah meninggal dunia menanti permohonan tanah atau lot rumah mereka diluluskan Kerajaan. Apakah MB sedar akan semua ini?.Ramai Kecewa Adnan 'Simpan Fail' Urusan TanahRakyat juga kecewa apabila, urusan jual beli tanah yang sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Tanah Dan Daerah, namun masih lagi memerlukan kekulusan Menteri Besar yang terkadang memakan masa bertahun-tahun. Adnan cukup marah jika ada orang-orang Melayu mahu menjual tanah atau rumah mereka kepada kaum lain terutamanya "orang Cina", tetapi anehnya beliau tidak marah pula bila UMNO sendiri menjual tanah-tanah ladang mereka kepada orang Cina. Malah, urusan jhual beli balak, bijih besi, pasir dan sebagainya semua dilakukan dengan orang Cina. Namun, bila rakyat mahu menjualnya beliau melenting dan memberi berbagai-bagai alasan untuk melambatkan urusan atau menghalangnya. Inilah yang berlaku sejak beliau mentadbir negeri ini. Fail-fail dibawa balik ke rumah untuk diteliti sebelum ditandatangan. Namun, majoritinya terpaksa menunggu bertahun-tahun hanya kerana menjual lot rumah dan tanah. Sepatutnya urusan ini tidak wajar melibatkan Menteri Besar Pahang, dan harus diserahkan kepada pegawai yang sepatutnya. Namun, inilah yang berlaku dan rakyat perlu mengubah semua ini. Berkaitan dengan janji-janji Adnan ini, ramai rakyat sebenarnya tidak percaya kelulusan "automatik" itu akan dibuat sebelum Pilihanraya Umum nanti. Apa yang jelas sudah pasti konsep "undi BN baru OK" akan diamalkan oleh mereka. Inilah dia strategik politik jahat yang diamalkan oleh UMNO BN sejak sekian lama. Akhirnya mereka mendapat undi bukan dengan kerelaan hati pengundi untuk sendiri sebenarnya. Apakah senario ini harus dibiarkan?. Hanya "rakyat yang bijak sahaja" dapat merubahnya.[Rakyat digesa tidak terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sekarang ini. Tambahan pula sudah banyak kali mereka berdusta dan menipu mereka sela[...]



Sambutan Tahun Baru Cina Meriah, Ramai Hadir Berikan Sokongan Penuh Kepada Pakatan Rakyat

2012-02-07T00:33:27.549+08:00

KUANTAN, 6 Feb - Sokongan masyarakat kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat semakin melonjak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan rakyat terutamanya kaum Tionghua ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan di Sekilau Seafood, Jalan Haji Ahmad dekat sini semalam. Jelas dapat dilihat, isu Lynas menyebabkan majoriti masyarakat kaum Tionghua kini menolak BN. Maka itu tidak hairanlah Menteri Besar Pahang sendiri tidak yakin akan dapat merampas semula kerusi parlimen yang diwakili oleh "Pejuang Lynas" iaitu YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan. Ternyata sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat bakal menyebabkan BN kehilangan banyak kerusi DUN Bandar pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti sebenarnya. Malah, difahamkan hampir kesemua kerusi bandar di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota bakal jatuh ke tangan pembangkang. Sedar atau tidak, ia membuktikan rakyat majoritinya amat kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang gagal membela nasib mereka dalam isu kilang memproses rare earth Lynas Corporation itu selama ini. Kini, sudah pasti mereka akan menjatuhkan sebuah kerajaan yang gagal mendahulukan rakyat.[Melihat kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat (pembangkang) mutakhir ini, maka besar kemungkinan peluang untuk mereka merampas atau mengurangkan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pasti akan terlaksa jua pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. UMNO BN tidak boleh terus mendabik dada kononnya mereka akan kekal berkuasa buat selamanya atas muka bumi ini. Insiden yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri maju yang secara tradisinya menjadi milik BN jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 dulu harus dijadikan pengajaran buat mereka. Tidak perlu taksub dan mendabik dada kononnya mereka masih mendapat kepercayaan rakyat untuk terus memerintah negeri ini, kerana umum mengetahui bahawa mereka rela merasuah pengundi setiap kali musim pilihanraya. Jika tiada "duit rasuah" ditaburkan kepada rakyat, nescaya UMNO BN sudah lama "dikapankan" sebenarnya. Maka, itu berpijaklah di bumi yang nyata bahawa rakyat majoritinya mahukan perubahan. Apapun, semoga sokongan rakyat akan menjadikan negeri ini lebih aman serta selesa untuk dinikmati generasi akan datang].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



Panas: Ahli Politik Hadiah Kereta Mewah Kepada Blogger Supaya Tutup Mulut Menjelang PRU-13 !!

2012-02-06T03:46:56.632+08:00

KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?. [Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya. Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit].http://www.pahangdaily.blogspot.com [...]



"Ceroboh Tanah Rizab Kubur", PAS Pahang Desak Pihak Berkuasa Siasat Ada Unsur Penyelewengan!

2012-02-06T03:38:51.503+08:00

KUANTAN, 6 Feb - Susulan pendedahan PDO tentang 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek, maka ramai pihak yang terkejut dengan isu ini. Malah, tidak kurang juga yang melahirkan rasa hairan bagaimana tanah rizab kubur terbabit boleh terlepas ke tangan orang lain untuk tujuan komersial. Apa yang menyedihkan, semenjak isu ini dibongkarkan tidak ramai pemimpin UMNO BN dan NGO yang pro kerajaan tampil untuk mempertahankan "tanah rizab kubur" ini. Masing-masing seolah-olah mengiyakan insiden yang berlaku dan menganggapnya isu terpencil yang tidak perlu dihebohkan. Persoalannya, isu ini ialah berkaitan dengan syarat penggunaan tanah dan bagaimana logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) boleh berada pada papan tanda projek berkenaan. Ia seolah-olah mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan terbabit (Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, Jalan Hj.Ahmad). Sementara itu, kami ucapkan tahniah kepada PAS Pahang kerana memberi respon terhadap isu yang dibongkarkan ini. Terbaru, PAS Pahang melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan terbabit yang telah dibangunkan ke lot-lot kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar). Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telah luluskan tanah itu sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan dekat Hutan Setali.Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swastaInilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit“Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot-lot kedai dengan kelulusan MPK, sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan,” kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini. “PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri,” tambah beliau lagi.[Biar pun sudah lebih seminggu isu ini didedahkan, namun anehnya tiada satu pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan Islam tampil untuk mempertahankan tanah rizab kubur ini. Kami hairan melihat apa yang berlaku, malah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isi ini. Soalnya, kenapa tanah ini boleh diluluskan untuk pembinaan bangunan komersial?. Kes ini sama seperti apa yang terjadi kepada pencerobohan tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota satu ketika dulu. Pencerobohan berlaku apabila ada pihak yang "makan duit" dan tidak takut kepada balasan Allah di akhirat kelak. Mereka tergamak menjatuhkan maruah demi kerana wang yang diberikan oleh pihak berkenaan. Kini senario yang sama berlaku lagi. Pihak kami tidak teragak-agak akan membuat l[...]