Subscribe: Ustaz Amin
http://www.ustazamin.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Malay
Tags:
ada  adalah  akan  aqsa  dari  dengan  ini  islam  itu  kita  mereka  orang  pada  saya  sini  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rating: 3 starRating: 3 starRating: 3 starRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Ustaz Amin

Ustaz Amin - Bicara Agama, Keluarga, Masyarakat dan Aktiviti Dakwah



Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-und



Updated: 2017-11-19T05:08:55.447+08:00

 



Sekilas 52 - Mengapa Mahhaj Wahabi Di Tentang (3) - Mengenai Peminta Dan Pendokong Wahabi

2016-02-24T08:12:53.433+08:00

 Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi beberapa perkara. Harap artikel ini dibaca hingga akhir.1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.5. Walaubagaiman pun, tidak semua orang yang menggunakan kaedah ini adalah orang wahabi. Ada beberapa golongan orang di dalam hal ini.1. Peminat manhaj (cara) wahabi. Dia bukan wahabi, tetapi peminat manhaj (cara).Biasanya, ada tiga jenis golongan.i. Golongan pertama ialah seseroang yang apabila dia belajar agama sampai satu tahap yang tinggi dan sudah faham perjalanan bagaimana sesuatu hukum itu dikeluarkan, mahir ilmu-ilmu alat seperi Bahasa Arab, Qawaid Fiqhiyyah, Usul Fiqh dan lain-lain, maka dia akan berminat dengan manhaj (cara) ini.  Kebiasaannya, orang yang menjadi peminat manhaj wahabi ialah orang yang bukan dari aliran syariah (hukum hakam). Biasanya dari aliran-aliran lain (Bahasa Arab/ Usuluddin). Tetapi saya tidak menafikan, ada juga sesetengah golongan syariah yang meminati manhaj ini, tetapi bilangannya tidak seramai dari bidang lainnya.ii. Orang awam yang baru ingin memahami Islam dan berguru dengan cara ini. Ia akan menjadi orang ikut-ikut juga. Orang macam ini, di mana pun, sama. Dia akan mengikut guru yang mengajarnya. Kebetulan, jika guru yang mengajarnya itu berhemah, maka dia akan menjadi orang berhemah. Jika guru itu jenis yang suka memperlecehkan orang lain, maka dia pasti akan terikut dengan cara ini.iii. golongan ketiga adalah golonga yang kecewa dengan ustaz-ustaz lama ini, yang membawa pendekatan kudus, tidak boleh ditegur, suka marah-marah dan sebagainya. Kita tidak nafikan terdapat kelemahan ustaz-ustaz lama yang kadang-kala pandangannya itu ada kepentingan dan sebagainya. Apabila golongan ketiga ini bertemu dengan ustaz yang boleh membidas, dia tidak jumpa pula ustaz yang betul-betul membimbingnya, maka dia akan menjadi peminat manhaj ini.Biasanya golongan ini terdiri dari orang terpelajar yang bukan dari aliran agama. Ustaz lama pula tidak membuka ruang untuk bertanya, jadi, perasaan ingin tahu itu meluap-luap dan apabila bertemu dengan peminat manhaj wahabi ini, dia akan berminat.Golongan pertama boleh terselamat dari kesesatan kerana ia faham dan telah tahu banyak hukum hakam ini. Tetapi golongan kedua dan ketiga, boleh terdedah dengan kesalahan di dalam mentafsir al-Quran dan Hadis. Ini kerana, kaedah yang dibawa ialah, rujuk pada al-Quran dan hadis semata-mata.Golongan kedua dan ketiga, jika tidak belajar secara sistematik, akan menjadi orang yang tidak berpegang dengan mazhab muktabar, tetapi nanti akan menjadi orang yang berpegang dengan mazhab ustaz yang menjadi rujukannya itu. Ustaz itu yang akan menjadi rujukan hukum baginya. Atau yang membimbangkan, akan menjadi orang yang mentafsir sendiri agama menurut fahamannya.2. Pemegang Wahabi.Kenapa ulama-ulama kita ada sampai ada yang berfatwa   mengatakan wahabi bukan dari ahli sunnah wal Jemaah. Ia terjadi apabila doktrin tidak berminat dengan tafsiran ulama muktabar dibawa kepada bab akidah.Bagi manhaj Wahabi yang hanya menggunakan al-Quran dah hadis, apabila membahaskan ayat-ayat mengenai zat Allah, ia akan menjadikan seseorang itu sampai tahap menjisimkan Allah. Mengatakan Allah itu ada tangan seperti tangan kita, Allah itu duduk seperti duduk kita.Ia yang membezakannya dengan akidah Ahli Sunnah. Ahli Sunnah tidak menjisimkan Allah. Kerana di dalam Ahli Sunnah, ada pengajian yang menekankan bahawa Allah tidak sama dengan[...]



Sekilas 51 - Mengapa Manhaj Wahabi Di Tentang (2) Bahaya Dari Sudut Akidah

2016-02-19T09:31:53.750+08:00

Bagi siri yang kedua ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan saya ulangi beberapa perkara. Harap artikel ini dibaca hingga akhir.1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.5. Kenapa tok-tok guru kita terdahulu sangat menentang doktrin ini ?6. Ini kerana, jika manhaj ini dibuat di dalam membahaskan ilmu akhlak, mengenai kesabaran, mengenai perlunya bertawakkal, ia tidak mengapa.7. Apabila manhaj ini digunakan untuk membahaskan hukum hakam, ia mulai bermasaalah. Sebagai contoh, di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat ke 3, Allah berfirman yang maksudnya:-“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah”8. hanya daging babi yang disebut, mana kita tahu daging yang disebut termasuk kulit, tulang, bulu dan sebagainya. Ya, kerana ulama yang sampai ke tahap Mujtahid (punyai beberapa belas disiplin ilmu hingga mampu dan layak mengeluarkan hukum) yang memahami perkara tersebut.9. Apa jadi jika semata-mata orang menggunakan manhaj al-Quran dan Hadith semata-mata? Mereka membaca ayat ini dan cuba memahami sendiri ?.10. Ini baru bab hukum hakam, bagaimana kiranya seseorang menggunakan manhaj al-Quran dan Hadith semata-mata ini kepada bab akidah ?11. Ia akan mendedahkan orang awam mentafsir mengenai ketuhanan dengan sendiri.12. Kadang-kala, ia menjadikan pentafsir itu menjisimkan Allah, menyamakan Allah dengan makhluk. Apa jadi jika seseorang tersalah dalam pegangan akidahnya?13. Kita berbalik dengan perbahasan wahabi ini. Untuk mengetahui sejarah dan sebagainya, pembaca boleh menelusuri blog-blog yang ada. Saya hanya mahu membahaskan satu sudut yang jarang dibahaskan iaitu manhaj (cara) wahabi di dalam mengeluarkan hukum dan bahayanya doktrin ini kepada masyarakat umum.14. Kesimpulannya, manhaj wahabi ini jika membahaskan perkara-perkara akhlak, tidak mengapa, tetapi apabila manhaj ini mulai cuba membahaskan bab hukum hakam, ia sudah mula bermasalah, lebih-lebih lagi apabila ia mula membahaskan bab akidah, ia akan menjadikan seseorang itu tersasar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Bab akan datang, saya akan kongsikan sedikit analisa mengenai fahaman wahabi di Malaysia.al-Faqir Ila RabbihiMuhamad bin AbdullahSek 26 Shah AlamJam 9.15 pagi[...]



Sekilas 50 - Manhaj Wahabi Yang Di Tentang (Siri 1)

2016-02-18T11:53:29.049+08:00

Kala ini, perbincangan mengenai Wahabi begitu hebat, bermula dengan peyenaraihitam beberapa penceramah dari memasuki negeri Johor. Saya pernah menulis bab ini pada tahun 2009, nampaknya isu ini akan sentiasa berulang. Mungkin saya kena terus menulis untuk tahun-tahun akan datang, sehinggalah untuk puluhan tahun akan datang, mungkin juga jika generasi saya sudah tiada, akan tetap ada orang baru menyambung menulis seperti ini.   Wahabi, golongan yang lantang membidahkan orang lain, tetapi akan begitu lembut meraih simpati, apabila mereka mula ditentang, sedangkan kerja memperlekehkan orang lain bermula dengan golongan mereka. Saya harap, tulisan ini dibaca hingga ke akhir..1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dan dia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia tidak berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri.6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum.7. Biasanya, ustaz baru ini akan mula memperlekehkan ulama besar, untuk menaikkan dirinya sebagai orang yang hanya benar dirujuk.8. Biasanya ustaz baru ini akan membid’ahkan tok-tok guru dan ulama lain dan menyatakan ia sahaja yang betul.9. Peminat ustaz baru ini akan mula kurang akhlaknya dan belajar memperlekehkan ustaz-ustaz lain terutama ulama besar, sama seperti gurunya.10. Apa bahayanya ? Jika kebetulan ustaz yang memperlekehkan ulama besar ini bagus, ia akan dapat membawa anak muridnya terus mengenal Allah11. Tetapi, jika ustaz ini terus menerus mentafsir agama melalui kefahaman dia sendiri, berdalillkan ayat quran dan hadith melalui tafsirannya sendiri, mengetepikan tafsiran ulama besar, ia akan menjadikan anak muridnya berpegang pada tafsirannya sahaja dengan mengetepikan tafsiran ulama besar.12. Kalau dia mentafsir sesuatu ayat quran itu dengan tafsiran bahawa kita perlu bertindak tegas dan ganas, membawa dalil-dalil yang dia tafsir sendiri, sudah tentu nanti anak muridnya akan ingat bahawa itulah agama, itulah yang Allah kehendaki, itulah yang Nabi kehendaki, maka tafsiran itu diikuti, ia akan menjadikan anak murid itu bertindak ganas seperti yang ditafsirkan oleh guru ini.13. Sebab itulah manhaj Wahabi ini bahaya, ia menjadikan seseorang cuba mentafsir sendiri agamanya, atau mengikut  ustaz yang mentafsir sendiri ayat-ayat itu. Ia sudah tidak memakai lagi pandangan ulama-ulama yang besar dan muktabar di dalam membahaskan sesuatu itu.Artikel saya akan datang akan saya kongsikan, bahaya dari sudut akidah pula dan kenapa tuan-tuan guru terdahulu menolak pandangan WahabiMuhamad bin AbdullahSek 26 Shah Alam 18 Febuari 2016 jam 11.45 pagi[...]



Universiti Kehidupan 261 - Perjalanan Universiti Kehidupan ke 41

2015-11-25T01:44:59.885+08:00

Lama saya tidak menulis mengenai perjalanan Universiti Kehidupan.

Hari ini Selasa 24 November 2015, saya bersama 80 jemaah bertolak ke Palestin melalui Oman. Penerbangan kami bermula jam 9.30 pagi menuju ke Muscat, Oman.

Kami sampai di Muscat Oman jam 2.30 petang waktu tempatan. Beza jam Oman dan Malaysia hanya 4 jam. Transit selama 10 jam di Oman ini memberi peluang saya dan jemaah untuk keluar dari lapangan terbang berjalan sekitar bandar Muscat.Untuk keluar, kami dikehendaki membayar visa sebanyak 5 riyal.

Lapangan terbang di sini tidak besar, barang kali seperti lapangan terbang Senai Johor. Urusan Imigresen juga mudah.

Dua buah bas menunggu kami untuk membawa kami jalan di sekitar Muscat. Muscat tidak banyak beza dengan bandar dari negara-negara Arab lainnya kecuali ia agak lebih bersih. Rakyat di sini hanya 4 juta orang dan 2 juta adalah pendatang asing yang bekerja di sini.

Sana sini kelihatan orang-orang dari India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Mereka datang ke sini untuk bekerja.

Apa yang menarik di tidak jauh dari Muscat ini, lebih kurang dalam 80 KM terdapat satu tempat bernama Majlis al-Jin.

Majlis al-Jin adalah satu kawasan gua yang besar ruangannya,  boleh memuatkan kapal gerbang Boing 747.

Orang di sini menamakannya dengan Majlis al-Jin kerana mengikut orang tua-tua di sini, satu ketika dahulu, ia menjadi tempat tinggal Jin.

Kalau bagi Melayu, istilah tempat yang ceruk akan dipanggil dengan "tempat jin bertendang"..

Barang kali, begitulah maksudnya Majlis al-Jin ini, ia sebagai tepat ceruk yang dalam. Dahulunya, jarang - jarang ada orang berkunjung ke sini.

Penerbangan saya ke Amman pada jam 11 malam waktu tempatan. Agak penat juga menunggu. Benarlah kata Nabi SAW, musafir adalah sebahagian dari azab. Tapi yang menariknya, walaupun penat, macam-macam perkara yang dapat dipelajari. Itulah Universiti Kehidupan.

Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Zaman

Muhamad Abdullah
Muscat Amman
24 November 2015




Universiti Kehidupan 260–Mengenal Sejarah Islam Kasymir

2015-02-19T10:39:11.209+08:00

  Islam datang ke Kasymir kurun pertama hijrah lagi, sama seperti Islam datang ke Nusantara, cuma ia hanyalah sebagai sebuah komuniti masyarakat yang belum tertubuhnya sebuah kerajaan. Melihat bentuk muka bumi di Kasymir, kita dapat membayangkan betapa kesungguhan para pendakwah di dalam menyampaikan Islam. Di sini, dipenuhi dengan bukit, gunung, lembah dan gaung. Kalau orentalis menyatakan pendakwah Islam datang ke satu tempat untuk berdagang sambil-sambil berdakwah, masakan perkara yang dibuat sambil-sambil sehingga boleh mengIslamkan hampir seluruh bangsa Kasymir. Lagipun, Kasymir bukan laluan perdagangan seperti laluan sutera. Para pendakwah memang datang untuk membawa syiar Islam itu. 95 peratus bangsa Kasymir adalah Muslim, dan muslim mereka adalah muslim Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sudut makanan, bangsa Kasymir tidak jauh macam orang Melayu, makanan harian mereka nasi bukan roti seperti di tempat lain di India, gaya masakan juga tidak terlalu berkari seperti kebanyakkan tepat di India. Patut pun ramai juga mereka datang ke Nusantara dan selesa menetap di sana. Masyarakat Islam pada kurun pertama hijrah di Kasymir duduk di bawah pemerintahan hindu. Kerjaan Islam dari Delhi tidak datang untuk memerangi kerajaan hindu di sini seperti yang dibuat pada bahagian-bahagian lain. Ini kerana kedudukan Kasymir yang berbukit dan susah untuk sampai ke sini. Hanya jasa para pendakwah yang bersungguh mewarnai kesuburan masyarakat Islam di Kasymir, semakin lama bilangan mereka semakin ramai hinggakan hanya kerajaan sahaja masih hindu sedangkan majoriti rakyatnya telah Islam. Ramai orang Islam telah menjadi pembesar kepada kerajaan hindu ini. Sehinggalah pada tahun 714 hijrah/ 1315 masihi, raja hindu yang memerintah di Kasymir mangkat. Tidak ada pengganti yang bagus kepada raja ini. Selama 16 tahun kerajaan Kasymir diperintah oleh para pembesar sedangkan penggantinya tidak terlibat langsung dengan pemerintahan. Sehinggalah pada tahun 731 hijrah/ 1331 masihi, para pembesar Istana bersidang dan akhirnya bersetuju untuk melantik seorang pembesar Islam menggantikan raja yang telah lama mangkat. Nama pembesar Islam ini adalah Syah Mirza. Dengan tertabalnya Syah Mirza menjadi Sultan, maka bermulalah kerajaan Islam Kasymir yang tidak bernaung kepada kerajaan Islam India yang telah sedia ada ketika itu. Islam semakin berkembang di Kasymir, kalau dahulunya hanya jasa pendakwah, kita gabungan antara pendakwah dan pemerintah menyemarakkan lagi Islamnya Kasymir. Sultan Syah Mirza mangkat dan digantikan dengan anaknya iaitu Sultan Sikander. Sultan kedua kerajaan Islam Kasymir ini sangat warak dan alim orangnya. Baginda orang yang sangat penyayang dengan rakyatnya tetapi amat tegas di dalam pegangan Agama. Mana-mana tempat yang telah Islam dan tiada orang hindu di situ akan didirikan masjid dan kuil yang tidak digunakan itu akan dirobohkan. Sebab itulah Sultan Sikander terkenal dengan jolokkan Sikander But Syikan (Sikander Si Pemusnah Berhala), gaya dan wataknya saling tak tumpah seperti watak Saidina Umar yang mendapat gelaran al-Faruq. Pada tahun 1390 masihi, seorang Raja dari Samarqand (sekarang di bawah Uzbekistan) bernama Timurlane ghairah melancarkan peperangan ke atas negara-negara Islam agar mereka tunduk kepadanya. Beliau adalah pengasas negara Islam Samarqand. Bezanya, banyak negara Islam lain berperang dengan negara bukan Islam sama ada Kristian ataupun Hindu, tetapi Timurlane menyerang negara-negara Islam. Timurlane menyerang kerajaan Islam Delhi pada tahun 1398.Timurlane juga menyerang kerajaan Khalifah Bani Uthmaniyyah di Turki. Ketika itu ramai para Ulama dan cendikiawan dari Asia Timur melarikan diri ke Kasymir kerana di sini selamat dari serangan Timurlane. Sultan Sikander But Syikan mengalukan kedatangan mereka dan dengan bantuan dan sumbangan para cerdik pandai ini, Sultan Sikander dapat memajukan negaranya dari sudut pembangunan ekonomi, pertanian, kesenian dan ketenteraan. Setelah Sultan Sikander m[...]



Universiti Kehidupan 259–Perjalanan Ke Kasymir

2015-02-18T23:48:07.846+08:00

  18 Febuari 2015, saya dan ahli rombongan keluar dari hotel jam 11.00 pagi menuju ke Indira Ghandi  Domestik Airport New Delhi. Kami sampai di lapangan terbang jam 12 tengah hari dan terus membuat persiapan untuk kemasukkan. Penerbangan kami ke Kasymir dijadualkan jam 2.00 petang. Penerbangan domestic “Spicejet” bernombor SG 865 mula meninggalkan New Delhi jam 2.15 petang. Kapal terbang jenis Boieng 737-800 menerjah awan Delhi. Kala ini saya duduk di tempat duduk 22 A, betul-betul di tepi tingkap. Dari ketinggian, kami melintasi negeri-negeri di India, negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1.26 billion. 13 peratus dari penduduk di India adalah Islam menjadikan ia sebuah negara yang kedua mempunyai umat Islam paling ramai selepas Indonesia. Di bahagian  kanan kami tersergam banjaran Himalaya dengan salji yang berada di atas bukit, seolah-oleh orang tua yang sedang memakai kopiah putih. Dalam perjalanan ini, kami hanya dihidangkan dengan minuman juz. Saya merenung ke bawah, bukit dan lembah adalah jenis muka bumi di sini. Terbayang bagaimana kesungguhan para pendakwah terdahulu datang ke Kasymir mengIslamkan penduduknya yang dahulunya beragama hindu. Kini penduduk Kasymir, 95 peratus adalah Muslim dan Muslim mereka adalah Muslim ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanafi. Perjalanan kami ke Kasymir mengambil masa 1 jam 30 minit dari ketinggian dan kelajuan kapal sehingga 800 km sejam. Bagaimana pendakwah dahulu ? Merentasi bukit dan gunung, lembah dan gaung. Tapi hasilnya, penduduk Kasymir dapat di Islamkan. Kapal terbang mulai merendah, jam 3.50 petang, kami sampai di lapangan terbang Srinagar. Tidak besar, barangkali seperti lapangan terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas Kedah. Walaupun perjalanan ini perjalanan domestik, kami kena juga membuat urusan passport di lapangan terbang ini, kami dikehendaki menulis nama dan no passport sebagai rekod kedatangan kami di sini. Untuk ke hotel, tidak ada bas besar bagi rombongan 40 orang seperti kami, ini kerana tidak ramai orang yang datang ke Kasymir ini. Kami menaiki van Inova untuk ke hotel. Terus ke hotel bersebelahan dengan tasik “Gal”. Saya menjeling nama hotel yang kami duduki. “Centaur Lakeview Hotel” (www.centaurhotelsrinagar.com). Dalam perjalanan ke hotel, di kiri kanan jalan, ramai tentera India. Keadaannya sama dengan kota Jerusalem di Palestin. “Kenapa banyak sangat tentera ni ye” Tanya jemaah pada saya. Kasymir adalah kawasan rebutan sejak dahulu antara India dan Paksitan. Oleh kerana penduduknya 95 peratus Islam, penduduk di sini agak lebih selesa berada di bawah Pakistan. Jadi kadang kala terdapat sedikit ketegangan antara kerajaan dan penduduk di sini. Sebab itu kawasan di sini di kawal oleh tentera. Selain itu kadang kala, terjadi pertempuran kecil antara penjaga sepadan India- Pakistan. Dengan menyandang senjata AK 47, mereka mengawal kota Srinagar ini. Bulan Febuari masih sejuk di Kasymir ini, suhu waktu siang hingga 5 darjah. Magribnya agak cepat iaitu jam 6.20 petang sedangkan Subuhnya agak lewat iaitu jam 6.00 pagi. “Welcome to Paradise” (Selamat datang ke Syurga), kata pemandu van yang saya naiki. Barangkali merujuk pada cantiknya pemandangan kawasan sini. Ya.. apa yang indah-indah semuanya dinisbahkan pada syurga tetapi ketahuilah syurga sebenar, tidak dapat dibayangkan dek akal kita. Ia jauh lebih hebat dan nikmat dari apa pun yang kita bayangkan.  Semoga Allah kurniakan syurga buat kita semua asalkan kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang soleh, amin… “Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat” Al-faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah al-Amin Srinagar Kasymir 18 Febuari 2015 jam 6.00 petang   Suasana bandar Delhi Suasana Jammu Kasymir, sekarang sedang musim sejuk dan sering hujan turun hotel kami di Srinagar Kasymir [...]



Universiti Kehidupan 258 –Bintang Enam Milik Islam

2015-02-18T23:43:13.832+08:00

  Makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul adalah satu kawasan yang dibangunkan oleh isterinya lambang kepada cinta seorang isteri kepada suaminya. Saya memasuki kawasan makam ini. Ada satu altar yang tinggi yang dibangunkan. Pada dindingnya terdapat bintang enam. “Ustaz, tu bukan bintang Yahudi ke? tanya ahli rombongan saya kepada saya. Saya memandang bintang enam yang terdapat di dinding makam besar ini. “Bangunan ini telah berdiri sejak kemangkatan Humayun pada tahun 962 hijrah/ 1556 masihi, jadi bintang enam ini telah digunakan sebagai dekorasi di kawasan ini sejak lima ratus tahun dahulu lagi” terang saya. Orang yahudi baru menggunakan bintang enam ini sekitar seratus tahun. Mereka jenamakan bintang ini bintang mereka dan mereka mengatakan bintang enam adalah “Star Of David”. Tetapi sebenarnya, penggunaan flora dan geometri sebagai hiasan adalah di zaman Islam. Sebelum kebangkitan Nabi SAW, mana-mana tempat mereka menggunakan patung-patung sebagai hiasan. Kalau kita lihat bendera Israel, ia akan mempunyai dua calit biru di atas dan di bawah dan di tegah-tengahnya terdapat bintang enam ini. Menurut mereka, ada enam negara yang mempunyai kaitan langsung dengan sejarah Yahudi, iaitu Palestin, Mesir, Jordan, Syrian, Lubnan dan Iraq. Enam negara ini dilambangkan dengan bintang enam dan cita-cita mereka untuk menguasai enam negara ini manakala calit biru di antara bintang enam ini adalah lambang kepada dua buah sungai di antara negara ini iaitu sungai Nil di Mesir hinggalah sungai Furat dan Dajlah di Iraq. Walaupun Yahudi mendakwa bintang enam ini milik mereka, tetapi seni bina Islam telah ribuan tahun menggunakannya. Antaranya yang terdapat di dalam Baitul Maqdis sendiri. Banyak bintang enam yang telah wujud dari zaman Salahuddin al-Ayubi lagi. Dan menziarahi makam Maharaja Humayun, kita mendapati juga bintang enam yang digunakan sebagai dekorasi makam ini. “Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat” Al-faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah al-Amin Srinagar Kasymir 18 Febuari 2015 jam 5.30 petang Bintang enam yang menghiasi makam Maharaja Humayun dari Dinasti Moghul Bintang enam adalah lambang kepada rukun Iman dan bintang lima lambang kepada rukun Islam Makam Humayun dihiasi dengan anak air yang mengalir sekitar kawasan ini. Ia sebagai satu terjemahan gambaran syurga yang Allah sebut di dalam al-Quran bahawa syurga itu mengalir di bawahnya sungai-sungai. Hiasan begini banyak dibuat di Istana-istana orang Islam antaranya Istana al-Hambra di Spanyol [...]



Universiti Kehidupan 257–Bagaimana Islam masuk ke negara India ?

2015-02-18T12:53:21.198+08:00

Islam memasuki negara India melalui dua jalan, jalan laut dan darat. Ia sama seperti Islam masuk ke negara China. Jalan laut dengan melalui Pantai Barat iaitu satu pintu masuk langsung dari semenanjung Arab melalui laut dan jalan darat iaitu melalui Afghanistan dan Turki. Ia bermula dari zaman Saidina Umar lagi, pembukaan dan penaklukan benua kecil India telah dimulakan. Pada tahun 87 hijrah/ 706 masihi, Khalifah al-Walid bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umayyah telah menghantar sebuah angkatan tentera Islam berjumlah 12 ribu orang, 6000 tentera berkuda dan 6000 lagi tentera berunta. Tentera ini dipimpin oleh Muhammad al-Qasim yang ketika itu baru berusia 17 tahun. Muhammad al-Qassim berjaya mengIslamkan banyak tempat di negara Sind ini. Pengislaman tanah Sind ini semakin kuat diusahakan oleh para pendakwah yang terus berdakwah mengIslamkan masyarakat setempat sehinggalah Islam dapat membina kerajaan Islam pertama iaitu kerajaan Islam Ghaznawi pada tahun 351 hijrah bersamaan dengan 962 masihi. Bermula dengan tertegaknya sebuah kerajaan Islam, maka ia menjadi sebagai titik bermulakan Islam dapat mengIslamkan tanah-tanah hindu di Sind ini. Kerjaan Islam Ghaznawi kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Ghori pada tahun 544 hijrah bersamaa dengan 1150 masihi. Di Palestin ketika ini orang Islam sedang berjihad mengemalikan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib. Kerjaan Islam Ghori runtuh dan digantikan oleh Kerajaan Mamluk dan bermulalah Kerajaan Kesultanan Islam Delhi pada tahun 602 hijrah/ 1206 masihi. Dinamakan kerajaan Mamluk (kerjaan hamba) kerana Sultan pertamanya adalah bekas hamba di zaman kerajaan Ghori. Beliau adalah Sultan Qutbuddin Aibak. Ketika baru tertegaknya kerajaan Mamluk inilah, orang-orang Monggol menyerang orang Islam (1220 masihi) dan akhirnya  Keraaan Bani Abasiyyah di Bangdad diserang oleh Monggol  pada tahun 1258 masihi. Khalifah Bani Abasiyyah selepas itu berlindung dan bernaung dengan Sultan-Sultan Mamluk. Siapa sangka, kerajaan Mamluk akhirnya menjadi sangat kuat sehingga menjadi pelindung kepada Umat Islam sehingga di Timur Tengah termasuk Palestin. Di Palestin ketika ini, Salahudidin al-Ayubi baru sahaja dapat mengalahkan tentera Salib. Kerjaan Islam Mamluk kemudian digantikan dengan Kerjaan Islam Khilji pada tahun 689 hijrah/ 1290 masihi. Sultan-Sultan Khilji sangat pintar dalam ilmu perang sehingga orang Monggol juga takut dengan mereka. Pada tahun 1296, Sultan Alauddin Khilji berjaya mengalahkan tentera Monggol dan Monggol terus menerima kekalahan berganda pada peperangan tahun 1303 masihi dan 1304 masihi sehingga orang Monggol menjadi gerun dengan orang Islam Di Nusantara ketika ini telah tertegaknya kerajaan Islam Melaka dan Terengganu. Kerjaan Islam Khilji kemudian digantikan dengan kerajaan Islam Tugluq pada tahun 720 hijrah/ 1321 masihi. Sultan-sultan Tughluq adalah orang yang meminati ilmu dan mereka sendiri adalah orang yang mahir dalam ilmu-ilmu sains, matematik, fizik, logik dan falsahah selain dari ilmu-ilmu agama. Di zaman Kerajaan Islam Tugluq berkembangnya ilmu-ilmu yang menjadi asas ilmu sains moden sehinggalah mereka telah diserang oleh Sultan Timurlane dari Samarqand pada tahun 1398, dan Timurlane telah membawa ahli cendiakiawan dari India ini untuk membangunkan negaranya di Samarqand. Sultan Tuglug yang terakhir, Sultan Mahmud Tuglug mangkat dan tidak ada yang mahu berani untuk menaiki tahta kerana takut ancaman Timurlane. Akhirnya, Syed Daulat Khan, seorang gabenor di zaman Sultan Mahmod  Tuglug dilantik menjadi Sultan. Kerajaan Islam Tuglug  diganti oleh Kerjaan Islam Dinasti Syed pada tahun 814 hijrah/ 1412 masihi. Kerajaan Islam Dinasti Syed tidak lama memerintah. Ia kemudian di ganti dengan Kerajaan Islam Dinasti Lodi pada tahun 854 hijrah/ 1451 masihi. Di Melaka ketika ini, kerajaan Islam Melaka telah mula terkenal dengan wujudnya pelabuhan yang [...]



Universiti Kehidupan 256– Perbezaan Makam Humayun dan Taj Mahal

2015-02-18T01:05:39.084+08:00

17 Febuari 2015, saya bersama rombongan menziarahi makam Hamayun.

Siapa Humayun ini? Beliau adalah Maharaja Kedua Kerajaan Dinasti Moghol di India. Di lantik menjadi raja pada umurnya 23 tahun pada tahun 1530 masihi. Beliau memerintah selama 26 tahun sehingga tahun 1556 masihi.

Maharaja Humayun adalah seorang raja yang disenangi oleh rakyatnya sama ada yang muslim atau yang hindu. Beliau orang yang peramah, mudah mesra, pemurah dan pemaaf.

Ketika beliau mangkat, ramailah orang yang bersedih terutama dari kalangan ahli kerabat beliau. Isteri beliau telah mememinta pengikut yang setia bersamanya membangunkan kompleks makam yang besar. Komples makam Maharaja Humayun ini telah dibina dan dibiyaai isterinya sebanyak 1.5 juta rupi. Ia sebagai lambang kasih dan sayang isterinya kepada Maharaja.

Perbezaan dengan bangunan Taj Mahal pula, ia dibina oleh seorang suami kepada isterinya. Ia menelan belanja 20 juta rupee.

sekarang, makam Humayun telah diletakkan sebagai kawasan peliharaan sejarah nasional dan ramai pelawat yang datang menziarahi. Seseorang akan bersusah payah untuk apa yang dicintainya.

Melihat bangunan pemakaman Humayun, teringat akan kisah percintaan yang sejati antara suami isteri. Alangkah untungnya  jika cinta itu di asaskan dengan kecintaan pada Allah dan Rasul.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Muhamad bin Abdullah
New Delhi 17 Feb 2015 jam 10. 40 malam

(image)

di hadapan makam Humayun

(image)

Ia lambang kecintaan  seorang Isteri, alangkah untungnya jika kecintaan itu membawa kita ke syurga, amin…

(image)

Bersama DJ Faiz dari Ikim dan unit TV IKIM.




Universiti Kehidupan 255–Pejalanan Ke New Delhi

2015-02-18T00:29:36.234+08:00

Lebih setahun Universiti Kehidupan bercuti dari penulisan. Kini ibarat semester baru yang baru buka. InsyaAllah aka dan mula aktif kembali.

Peulisan baru ini adalah mengenai perjalanan saya ke New Delhi, India bersama penyampai IKIM.

Jam 7.00 pagi 17 Febuari 2015, seramai 40 peserta rombongan akan bertolak menaiki pesawat MH 172 dari Kuala Lumpur ke New Delhi.

Kapal berlepas jam 8.50 pagi dan perjalanan ke New Delhi mengambil masa selama 6 jam. Saya duduk di tempat duduk 17 A. Selama dalam perjalanan saya hanya membaca buku sejarah kerajaan Islam India dan sekali sekala mata saya menerjah di luar tingkap memerhatikan peandangan perjalanan dari ketinggian 36 ribu kaki.

Sesampai di New Delhi, kami serombongan terus di bawa makan tengah hari. Sudah tentu masakan kari dan ayam tandori yang dimasak membangkitkan selera.

Berkongsi mengenai sejarah Islam India ini, Ia didirikan oleh 8 Kerajaan iaitu :-

1.Ghaznawi

2. Ghori

3. Mamluk

4. Khilji

5. Tughlug

6. Syed

7. Lodi

8. Moghol

dan Moghol menjadi kerajaan Islam terakhir sebelum India dijajah oleh Inggeris sepernuhnya.

Sultan terakhir Moghol Sultan Bahadur Syah II telah dibuang ke Ranggon Burma dan mangkat di sana.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

New Delhi India

17 Feb 2015 jam 10.00 malam




Ustaz Amin Diving

2014-11-24T21:44:11.852+08:00


width="300" height="169" src="//www.youtube.com/embed/6aumzv00B-g" frameborder="0" allowfullscreen> width="300" height="169" src="//www.youtube.com/embed/iZtMjMf5OyA" frameborder="0" allowfullscreen>



12 Comments

2014-10-10T16:59:16.611+08:00

[ADMIN] Assalamualaikum w.b.t semua...Alhamdulilah setakat hari ini 10 Okt 2014 jumlah wang yang terkumpul daripada penderma-penderma budiman yang bermurah hati untuk menginfakkan wang bagi pembelian coaster yang berharga RM95,000 telah terkumpul sebanyak RM52,450.00 Yayasan Al-ijabah adalah yayasan dibawah kelolaan sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah. Pihak yayasan masih memerlukan baki 52 orang individu / syarikat koporat sahaja lagi yang bermurah hati untuk menyumbang RM1000/seorang. Jumlah terkumpul RM95,000 akan merealisasikan impian kami untuk membeli coaster sebelum 31 Oktober 2014. Semoga dengan pengorbanan harta yang muslimin muslimat laksanakan akan menambahkan keberkatan harta muslimin muslimat sekalian.Aamiin.Sedekah itu barakahPerumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji/sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai(bulir),pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji.Allah melipat ganakan(ganjaran)bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.Surah Al Bakarah :Ayat 261[...]



Jawapan kepada isu ketidakpuasan hati penganut agama Hindu tentang perlaksanaan ibadah korban umat Islam di Malaysia khususnya.

2013-10-18T17:17:24.126+08:00

3 hari yang lepas ketika umat Islam di Malaysia bergembira meraikan salah satu dari hari-hari kebesaran bagi umat islam seluruh dunia iaitu Hari Raya AidilAdha, kita telah dikejutkan dengan komen dari penganut agama Hindu di negara kita. Walaupun Hari Raya Aidiladha telah disambut sejak berabad-abad yang lalu di Malaysia tetapi tidak dapat dirasionalkan mengapa baru sekarang ketidakpuasan hati ini hendak ditimbulkan mereka dan ini adalah pandangan peribadi dan respon spontan saya berkenaan isu yang ditimbulkan :

"Orang kafir memang tidak akan pernah redha dan setuju dengan islam. Habis satu isu akan bangkit satu isu lagi. Inikan telah diingatkan oleh Allah dalam Al-Quran.Sekarang ini kita sebagai umat islam kena bersatu sama bahu-membahu untuk mempertahankan islam jangan salahkan musuh sebab memang musuh itu sifatnya memusuhi, salahkan diri yang terlalu lemah sehingga orang lain boleh mempertikaikan amalan kita. Bumi Malaysia adalah tanah orang Melayu Islam sejak sebelum merdeka, amalan korban telah dibuat sejak dahulu lagi, kenapa sekarang mahu mempertikaikannya. Jawapannya mudah kerana sekarang sudah pandai cari pasal dan pandai berkurang ajar. Teruskan untuk mempertikaikan sehingga sampai ke limit terakhir, nanti kita akan tahu betapa di Malaysia tetap wujud orang yang akan mempertahankan Islam di peringkat paling maksimum...Salam Satu Malaysia untuk kamu yang mempertikaikan. Jangan lupa sejarah orang Melayu islam apabila telah sampai limit terakhir.."

Salam dari bumi Al-Aqsa untuk saudara Islamku bersabarlah ....

Dari saudaramu Muhamad Bin Abdullah Al Amin



13 Comments

2013-10-07T14:03:12.450+08:00

[ADMIN]
PERUBAHAN LOKASI TAKLIMAT !
(untuk menampung kapasiti peserta yang lebih ramai)

Anda semua dijemput beramai-ramai menghadiri :

Taklimat Pelancaran Kelas Bahasa Arab

Tarikh : 27 Oktober 2013
Masa : 9.30 pagi
Hari : Ahad
Tempat : ALCC MEDIA & CONSULTANCY SDN BHD
NO14M JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH K9/K
SEKSYEN 9 40100 SHAH ALAM 
SELANGOR DARUL EHSAN

* Tidak perlu ada asas bahasa arab
* Anda boleh memilih waktu kelas semasa sesi taklimat
* Terbuka kepada semua peringkat umur (7 tahun sehingga dewasa)
* Yuran yang sangat berpatutan, sebulan RM120 sahaja (8x kelas)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Esa : 0124380034
Ustaz Aliff : 0126864827




13 Comments

2013-09-04T13:04:19.652+08:00

[ADMIN] Assalamualaikum w.b.tRasai kelainan beribadah di Masjidil Al-Aqsa dan melawat ke tempat-tempat-tempat menarik dan bersejarah di Jerusalem,Bathelehem dan Hebron. Rombongan akan dipimpin sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al Amin.Tarikh Perjalanan adalah bagi tahun 2013 dan 2014Bagi yang berminat dan ingin mendapat maklumat lanjut mengenai kembara kehidupan ini boleh hubungi kami segera di talian :Pejabat : 0355232296Liana    : 0196603643Fendi    : 0172422784Website : www.alcctravel.com[...]



Universiti Kehidupan 254 - Aqsa Tetap Di Hatiku...

2013-08-06T14:51:08.285+08:00

Hari ini 6 Ogos 2013 saya akan meninggalkan al-Aqsa buat sementara. InsyaAllah pada hari raya Aid al-Adha saya akan ke sini lagi.Terasa terharu untuk meninggalkan bumi barakah ini, insyaAllah jumpa lagi, saya akan kongsikan lagi kisah-kisah di sini.Kenangan bersama rombongan Universiti Kehidupan ke 18 (UK 18 ), semoga kita dijemput lagi untuk ke sini Sesungguhnya bumi barakah ini tetap di hati, suasana damai dan tenang sentiasa diingat di dalam kenangan.Penduduk sini yang ramah dan baik,  (Abu Fakhri seorang petugas mengejutkan orang untuk sahur, ) Sesungguhnya perjalanan ke sini melalui berbagai liku dan halangan, tetapi setiap kesusahan mendatangkan rahmat kerana ia perjalanan yang disyariatkan.Jangan tinggalkan al-Aqsa bersendirian kerana itu bukan sunnah Nabi dan Para sahabat serta amalan orang terdahulu dari kita.Mereka semua tetapi datang ke al-Aqsa walau apa keadaan mereka.Semoga bertemu lagi al-Aqsa...Doaku sentiasa bersama mu....."Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Zaman"al-Faqir Ila RabbihiMuhamad bin Abdullah al-AminJerusalem6 Ogos 2013 jam 10 pagi[...]



Universiti Kehidupan 253 - Malam 27 Ramadhan di al-Aqsa

2013-08-06T14:24:23.871+08:00

Ahad 4 Ogos 2013...Malam ini adalah malam 27 Ramadhan. Sebahagian ulama di Jerusalem mengatakan bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Setiap inci dari al-Aqsa dipenuhi manusia. Kiblat pertama seluas 144 ribu meter persegi ini dipenuhi oleh Jemaah yang datang. Ada yang datang dengan permit dari Israel dan ada yang redah tanpa menghiraukan resiko yang bakal mereka hadapi, yang penting malam ini mereka berada di al-Aqsa.Unit pemberi buka dan sahur membahagikan buka dan sahur kepada jemaah. Malam ini dianggarkan seramai 500 ribu jemaah memenuhi al-Aqsa.Jemaah saya, ada yang telah duduk sedari zohor lagi.Malam ini sungguh tenang dan syahdu. Qiamullail berjemaah mula dibuat bermula jam 12.30 tengah malam dan habis pada jam 2.30 pagi.Saya duduk di tengah-tengah jemaah yang berbagai. Mereka semua gembira dengan kehadiran orang selain Arab bersama mereka.Pada mereka, kedatangan kita sahaja sudah cukup memberi semangat bahawa mereka tidak keseorangan mempertahankan al-Aqsa. Ya...Aqsa milik semua muslim seluruh dunia, satu bid'ah yang paling besar apabil kita mempelopor untuk tidak datang ke al-Aqsa.Perjalanana ke sini adalah perjalanan yang disyariatkan seperti yang disebut di dalam hadis Nabi SAW. Ketika Rasullullah datang ke sini dalam peristiwa Isra dan Mikraj, di sini bukan di bawah orang Islam pun, tapi Rasullullah diisrakkan ke sini.Ketika mula-mula sahabat datang ke sini, Aqsa bawah kerjaan Rom, tapi sahabat datang dan  akhirnya mereka dapat mengambil dan di amanahkan untuk menjaga al-Aqsa.Aqsa pernah berada di bawah tentera salab hampir 100 tahun, tapi orang Islam tetap datang ke sini walaupun berhadapan dengan resiko dibunuh,  dan akhirnya mereka dapat ambil kembali al-Aqsa.Apakah ketika sekarang berada di bahwah Yahudi kita mahu tinggalkan al-Aqsa bersendirian?...Inilah al-Aqsa... ia milik semua umat Islam.... Setiap jengkal dari tanah al-Aqsa dipenuhi oleh jemaah yang datang memakmurkan al-Aqsa Semua berebut-rebut untuk beriktikaf dan berqiamullail di al-Aqsa Jemaah perempuan yang mamakurkan al-Aqsa. Ada jemaah saya yang berada di sini sejak dari waktu zohor lagi. Semua bermunajat dan merebahkan dahi berqiamullail bersama-samaMunajat kita agar semua muslim direzkikan untuk datang ke sini....Sesungguhnya.... Aqsa tetap di hati..."Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"al-Faqir Ila RabbihiMuhamad bin AbdullahJerusalem6 Ogos 2013 jam 9.00 pagi[...]



Universiti Kehidupan 252 - Bagaimana Mereka ke al-Aqsa?

2013-08-06T13:19:00.568+08:00

Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya :-Tidak perlulah bersusah payah untuk sampai ke sesuatu tempat melainkan pada tiga tempat, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa. Perjalanan ke masjid al-Aqsa adalah satu perjalanan yang disyariatkan, bermaksud setiap susah payah untuk datang ke sini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah. Saya tidak perlu ceritakan bagaimana saya dan rombongan datang ke al-Aqsa sebab kita orang luar, kita dianggap sebagai pelancong oleh Israel, asalkan memenuhi dan melalui prosedur yang ditetapkan, maka kita akan dapat sampai ke sini. Saya nak kongsikan bagaimana orang Palesitin ingin datang ke al-Aqsa. Rakyat Palestin terbahagi pada tiga bahagian. Pertama:-Bagi orang Jerusalem, mereka tidak ada banyak masalah, kerana penduduk Islam Palestin yang berbilangan 300 ribu punyai kad pengenalan mereka tersendiri. Itu pun kadang kala, bagi anak-anak muda yang berumur bawah 40 tahun, tidak dibenarkan mereka masuk keal-Aqsa.Kedua:-Golongan yang dipanggil sebagai “Arab Dakhili” atau “Arab Israel”.  Penduduk ini seperti di Tulkarem, Nablus dan Nazareth. Mereka adalah penduduk Arab yang dimasukkan sekali oleh Isreal  sebagai rakyat mereka ketika Israel mengiystiharkan negara mereka pada tahun 1948. Bilangan mereka ialah 1.7 juta orang. Mereka termasuk di dalam statistik rakyat Israel yang berjumlah 7 juta orang.  Mereka boleh mengundi di dalam pilihanraya Israel. Antara tokoh “Arab Dakhili” atau “Arab Israel”  ini ialah Syeikh Raid Solah yang pernah bersama-sama di dalam kapal “KD Marmara”, ketika kapal ini ditahan di dalam operasi menghantar bantuan ke Gaza. Oleh kerana Arab Dakhili atau Arab Israel ini dikira sebagai rakyat mereka, maka tidak ada masalah untuk mereka datang memakmurkan al-Aqsa. Cuma kadang-kala, yang di bawah 40 tahun tidak dibenarkan untuk masuk. Ketiga :-Iaitu orang Palestin yang dianggap sebagai penduduk Palestin, mereka seperti penduduk di Bethlahem, Ramallah, Gaza, Jericho dan lain-lain lagi. Mereka hanya memiliki 12 peratus sahaja kawasan dari seluruh bumi di sini.  Orang dari tempat ini perlu memohon permit untuk berada di al-Aqsa, kadang kala diberi dan kadang kala tidak diberi. Kadang kala diberi untuk hari Jumaat sahaja dan kadang kala diberi untuk hari tertentu sahaja. Golongan ini sangat bersyukur jika mereka diberikan kebenaran dan mereka akan duduk di al-Aqsa dan tidak akan keluar kerana setiap saat di al-Aqsa amat berharga untuk mereka. Mereka akan berkongsikan kisah kesusahan mereka untuk sampai di al-Aqsa jika mereka bertemu dengan kita. Selain itu ada satu lagi golongan..Golongan keempat :-Yang memasuki Aqsa secara tidak berpermit. Mereka adalah golongan yang akan memanjat tembok setinggi 8 meter untuk datang ke al-Aqsa, jika mereka tertangkap, pasti nasib mereka akan ke penjara. Saya ada bertemu dengan golongan seperti ini ke al-Aqsa, mereka menunjukkan pada saya gambar-gambar mereka memanjat tembok, ada yang menggali dari bawah tembok untuk menyelinap masuk, ada yang patah kaki ketika terjun dari tembok 8 meter dan ada yang berjahit kepada tersangkut pagar duri ketika berlari kerana dikejar. Saya bertemu dengan golongan keempat ini ketika saya beriktikaf pada malam 27 Ramadhan di al-Aqsa. Merenung mereka, terasa hiba, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Hari ini, saya merasakan kebenaran hadis bahawa : Tidak perlulah bersusah payah untuk sampai ke sesuatu tempat melainkan pada tiga tempat, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa. Dulu ketika membaca hadis ini, kita rasakan macam hadis itu untuk kita yang datang dari jauh, me[...]



Universiti Kehidupan 251 - Jumaat Yang Tersuntik Rasa Sedih....

2013-08-05T14:30:10.714+08:00

Khamis 1 Ogos 2012…Saya dijemput untuk berbuka puasa di rumah seorang sahabat saya, Mahmood di Palestin ini. Mahmood menjemput saya jam 7.15 petang, sini waktu Maghrib jam 7.40 petang.Mahmood ialah pemandu pelancong dan saya mengenalinya sejak 3 tahun lalu. Kami menaiki kereta menuju ke rumah Mahmood di Jabal Zaitun. Dari sini, pemandangan kota Jerusalem sangat cantik. Terucap kalimah takbir dari mulut saya ketika melihat masjid yang penuh berkat ini. “Muhamad, engkau tahu malam ini malam apa?” Tanya Mahmood pada saya. “Malam Jumaat” jawab saya ringkas.Hati saya berbisik, “Mmm, apa ada jenis malam Jumaat ke orang Arab Palestin ni”, sebab setahu saya hanya orang Jawa ada kategori malam seperti Malam Jumaat Keliwon, Jumaat Legi dan lain-lain lagi. “Malam ini malam Jumaat Khazinah (Jumaat yang tersuntik rasa sedih)” jelas Mahmood.“Kenapa?” Tanya saya ingin tahu. “Malam ini adalah malam Jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini, malam ni akan ramai orang dekat al-Aqsa” Mahmood menambah. Azan Maghrib berkumandang, saya berbuka dengan Mahmood, isterinya orang beragama, bertudung dan agak sopan, tapi ketika Mahmood bergurau nak kahwin lagi, mmmmm… tak henti-henti dia membebel."Ha ha", tergelak juga melihat gelagat mereka.Gurauan kahwin lagi memang biasa bagi orang lelaki, bukan saja lelaki Melayu, tapi lelaki seluruh dunia..Selepas berbuka di rumah Mahmood, saya di hantar pulang ke hotel dan saya terus ke masjid al-Aqsa. MasyaAllah, malam ini, ramai sangat orang memakmurkan al-Aqsa, dianggarkan lebih 200 ribu orang. Mereka terus beriktikaf pada malam ini. Mereka begitu menghargai Ramadhan.Subuh di sini kala ini jam 4.15 pagi. Jam 3.30 pagi saya berjalan pulang ke hotel untuk sahur, selepas itu kembali semula ke masjid untuk solat Subuh. Jumaat 2 Ogos 2013, Saya mendatangi al-Aqsa jam 10.30 pagi. Waktu Jumaat adalah 12.45 tengah hari.   Saya menyaksikan ramai sangat orang di al-Aqsa, jemaah di sini mengatakan jumaat hari ini tidak kurang dari 500 ribu orang membanjiri al-Aqsa. Statistik rasmi dari berita mengatakan tidak kurang dari 350 ribu orang menghadiri solat Jumaat terakhir di al-Aqsa.Suasana sangat meriah. Mereka tidak menghiraukan lagi kepanasan pada musim panas ini. Seluruh tanah lapang dipenuhi orang.Khatib tidak memendekkan khutbah, malahan tetap sama panjang seperti biasa. Lebih satu jam. Tetapi para jemaah tetap duduk khusyuk mendengar khutbah yang begitu semangat. Antara isi khutbah adalah mengenai kesatuan dan ukhwah. Khatib juga menyentuh mengenai krisis yang berlaku di Mesir dan Syria. Beginilah Jumaat yang menyuntik rasa sedih (Jumaat Khazinah) iaitu Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan. Di sini, semakin hujung semakin ramai orang mendatangi masjid, berbeza dengan kita di Malaysia, semakin hujung semakin kurang orang mendatangi masjid. Mudah-mudahan, penghayatan Ramadhan akan dapat terus ditingkatkan di negara kita, semoga kita direzkikan untuk bertemu Ramadhan akan datang, amin…"Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat" al-Faqir Ila RabbihiMuhamad bin Abdullah al-AminJerusalem 5 Ogos 2013 jam 9.00 pagiPara Muslimah juga turut membanjiri al-Aqsa   Malam ini selepas tarawikh, saya terus duduk beriktikaf dengan jemaah yang lain.Suasana Subuh yang penuh dengan jemaah. Khutbah Salahuddin al-Ayubi ketika hari memulakan operasi mengalahkan tentera Salib,,, Jika bilangan Solat Subuh seakan-akan solat Jumaat, maka kita pasti akan dapat mengalahkan tentera Salib ini...[...]



Universiti Kehidupan 250 - Kaedah Pengutip Derma Di Masjid al-Aqsa

2013-08-02T14:05:25.278+08:00

Mengutip derma untuk kebajikan bukan perkara yang keji malahan Rasullullah pernah bersabda bahawa "beruntunglah orang yang menjadikan dirinuya sebagai pencetus perkara baik"Bulan Ramadhan di Palestin ini, ramai pihak-pihak yang menganjurkan derma. Ada yang untuk masjid, ada yang untuk rumah anak yatim ada yang untuk sekolah dan madrasah dan lain-lain lagi.Berbeza dengan Malaysia yang hanya meletakkan tabung, pengutip derma di sini mempunyai banner yang besar dan orang yang di amanahkan untuk mengutip derma akan berkhutbah tanpa rasa penat, membacakan hadis-hadis menggalakkan bersedekah.  (gambar : penganjur derma di perkarangan al-Aqsa) Penganjur derma juga menyediakan ruang untuk membayar zakat harta dan zakat fitrah. Pengurusan zakat fitrah di sini agak mudah, ada yang disediakan tabung dan tabung ini terdapat bahagian khas zakat fitrah. Tahun 2013 ini, zakat fitrah di Palestin adalah 9 Syekel bersamaan dengan RM 9   Ada juga yang menyediakan resit untuk pembayaran zakat fitrah, bezanya resti terdapat gambar masjid al-Aqsa.Beberapa ahli rombongan saya yang mengambil kesempatan membayar zakat fitrah di Palestin ini. 'Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"al-Faqir Ila RabbbihiMuhamad bin Abdullah al-AminJerusalemJumaat 2 Ogos 2013 jam 8.45 pagi[...]



Universiti Kehidupan 249 - Kisah Iktikaf Di Masjid al-Aqsa

2013-08-02T13:29:19.653+08:00

Di antara amalan di bulan Ramadhan ialah beriktikaf di masjid. Suasana di dalam masjid al-Aqsa sangat meriah, ramai orang yang datang beriktikaf di sini. Saya merenung orang yang beriktikaf di dalam masjid ini, hati saya berbisik:-"Kan bagus kalau masjid di Malaysia pun makmur seperti ini.."Ya. manusia perlukan rehat bukan sahaja pada badan tetapi pada roh dan juga akal. Kalau badan tidak rehat maka kita akan penat, tetapi jika roh tidak rehat seseorang akan mudah gelisah dan hilang ketenangan, jika akal tidak rehat, manusia mudah untuk stress.Cuba lihat statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kadar rakyat Malaysia yang stress, mmm..., agak membimbangkan. Dengan beriktikaf, manusia akan dapat merehatkan bukan sahaja badan, tetapi yang penting adalah roh dan akal mereka.Iktikaf tidak semestinya sepanjang hari, hanya waktu malam pun memadai. Konsepnya mudah sahaja, dari tidur di rumah kita ubah jadikan tidur di masjid. Di al-Aqsa ini, ada seorang budak, namanya Ishak, umurnya sebelas tahun, jika saya datang ke al-Aqsa ini dia memang selalu akan bersama saya, mungkin rasa selesa dengan saya yang kononnya macam abang-abang bagi dia.Satu malam, Ishak mengikut saya ke balik ke hotel, bersama saya kala ini adalah ibu dan adik-adik saya. Saya berkata pada Ishak.."Mari makan ice cream..."Memang dekat dengan hotel kami terdapat kedai menjual ice cream. Sambil makan ice cream ini, kami menempah ayam goreng, barang kali macam "moree" selepas solat tarawikh di Malaysia.Sambil makan kami berbual-bual. Jam menunjukkan jam 11.45 malam.Tiba-tiba, Ishak meminta izin untuk beredar, saya berkata padanya.."Nak balik rumah ke?"Dengan spontan Ishak menjawab.."Tak lah, nak ke al-Aqsa, saya nak beriktikaf sampai pagi..."Kami semua tergelak bercampur kagum mendengan ucapan budak berumur 11 tahun ini. Tapi inilah budaya orang di sini. Walaupun masih kecil, tapi terbiasa dengan amalan-amalan memakmurkan masjid.Cuba kita fikir bagaimana mahu jadikan perkara ini di Malaysia....1. Kalau nak anak-anak beriktikaf, ibu bapa kena mulakan dulu.2. Kena beri cuti, mungkin ada yang berkata, apasal nak cuti semata-mata nak duduk masjid? Ya, jika kita nampak iktikaf itu memberi kerehatan pada minda dan roh, maka kita akan nampak keperluan ini. Kita mahukan rakyat Malaysia yang bukan sahaja nampak sihat zahirnya, tetapi juga mental dan rohnya. Cuba lihat takrifan sihat oleh World Health Organisation (WHO) sendiri, ia bukan sahaja sihat badan, tetapi termasuk dalaman dan kita sangat mengidamkan rakyat negara kita yang sihat dari semua segi. 3. Sekiranya tak beri cuti pun tak apa, sebab iktikaf boleh dibuat pada waktu malam sahaja, cuma beberapa pemimpin perlu buat sekali, ini kerana Nabi SAW menyebut, seseorang akan mengikut agama pemimpinnya.  4. Pihak pengurusan masjid perlu buat tabung untuk penajaan sahur bagi yang nak beriktikaf pada waktu malam ini. Tabung itu juga untuk bayaran bagi pembersih masjid, jangan takut masjid bersepah dan sebagainya. 5. Kalau di masjid al-Aqsa, disediakan khemah bagi yang mahu tidur di perkarangan masjid. Ini juga boleh dibuat di Malaysia, sambungkan khemah sementara itu dengan bumbung masjid dan ia akan di kira masjid mengikut fatwa Imam as-Sayfie.  Ini juga cara yang bagus jika kita risau mengenai kesucian masjid tidak dapat dijaga. 6. Akhir sekali, kena buat kempen sebab manusia akan terikut apa yang selalu disebutkan pada dia. Kalau kempen bayar zakat dibuat sampai ada dipapan tanda jalan raya, iktikaf juga demikian. Mudah[...]



Universiti Kehidupan 248 - 10 Malam Akhir Di al-Aqsa

2013-07-31T14:09:42.248+08:00

Perjalanan Universiti Kehidupan al-Aqsa ke 18 bermula. Perjalanan kali ini bermula pada 29 Julai sehingga 7 Ogos iaitu pada malam hari raya (Gambar : Buah Kurma Segar di Jericho) Perjalanan bulan Ramadhan tahun ini merupakan perjalanan pada musim panas. Dua perkara yang menarik apabila kita berjalan di musim panas, pertama ialah pada musim panas terdapat banyak buah-buahan. Keduanya, dari sudut pakaian kita lebih ringkas dibandingkan berjalan pada musim sejuk yang memerlukan baju yang lebih tebal.  (Gambar : Kesegaran buah-buahan pada musim panas)Walaupun sekarang musim panas, tetapi cuaca di Palestin tidak seperti negara Arab lain. Kedudukan geografi Palestin yang berada di kawasan Mediterranean menjadikan suasana musim panas juga nyaman. Kalau di Mekah, cuaca panas menajadikan seolah-olah kita duduk di oven.  Jericho adalah kota buah tamar, ia besar, manis dan lemak. Inilah kelebihan buahan tanah Syam yang pernah di doakan Nabi sebagai tanah yang diberkati. Bagi ahli kitab, mereka mengatakan bumi Palestin diberkati dengan 7 jenis tumbuhan, Kurma, Tin, Zaitun, Anggur, Barli, Delima dan Gandum. Untuk masuk ke border Israel kali ini, saya telah ditahan oleh Security Israel. Walaupun telah banyak kali datang ke sini, tapi sering kali diperiksa agak ketat. Maklumlah, kadang-kala faktor nama saya yang kebetulan sama dengan orang-orang yang dikehendaki.Setakat ini, tiga tempat yang memang kalau saya masuk biasanya kena tahan lama sebab nama, Israel, Singapura dan Hong Kong.  Bersama rombongan saya kali ini ialah kawan seperjuangan dalam dakwah, Ustaz Nasir dan isterinya Ustazah Asni.Ini adalah pertama kali saya membawa rombongan ketika 10 akhir Ramadhan. Bagi orang Arab di sini, lailatul Qadar adalah satu tarikh yang telah diketahui iaitu setiap malam 27 Ramadhan dan insyaAllah kami akan berada di sini hingga malam 27 Ramadhan. Saya akan kongsikan peristiwa yang berlaku di sini insyaAllah. Pada bulan Ramadhan, jemaah wanita akan bersolat tarawikh di Kubah Emas ini dan Jemaah lelaki akan berjemaah di masjid utama al-Aqsa.Kami bersyukur dapat menghabiskan 10 malam akhir di sini dan semoga satu hari nanti, kita semua juga akan dapat ke sini dengan lebih mudah lagi.  (Gambar : bersama Jemaah UK 18 di hadapan masjid Kubah Emas)Untuk berqiamullail di al-Aqsa, jemaah lelaki akan berada di masjid utama sedangkan jemaah perempuan akan berada di bahagian bawah masjid utama.Pintu utama masuk ke al-Aqsa akan ditutup pada jam 12 malam dan di buka semula pada jam 3 pagi, tetapi mana-mana jemaah yang memang telah berada di dalam masjid, mereka boleh terus kekal di dalam masjid untuk iktikaf dan berqiamullail.( (Gambar : Bersama jemaah di Penjara Jin, satu penjara untuk para jin yang dibina oleh Nabi Sulaiman bagi memenjarakan jin yang ingkar)Di atas penjara jin ini adalah rumah Imam al-Ghazali, beliau memulakan mengarang kitab Ihya Ulumuddin di Masjid Umawi di Syria dan menghabiskan kitabnya itu di Masjid al-Aqsa. (Gambar : Bersama jemaah di kawasan perkuburan umat Islam)Di tepi bahagian timur Jerusalem adalah kawasan perkuburan umat Islam termasuk kubur dua sahabat besar iaitu Saidina Ubadah bin Somit dan juga Saidina Syaddad bin Aus al-Ansari. Saidina Syaddad telah menjadi Hakim pertama di Jerusalem dan Saidina Ubadah bin Somit menjadi guru Quran di Jerusalem ini."Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat"al-Faqir Ila RabbihiMuhamad bin AbdullahJerusalem31 Julai 2013 jam 8.30 pagi[...]



Ziarah Palestine di 10 Malam Terakhir Ramadhan

2013-06-13T16:59:50.392+08:00

[ADMIN] Assalamualaikum w.b.t
Rasai kelainan beribadah di Masjidil Al-Aqsa pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil melawat ke tempat-tempat-tempat menarik dan bersejarah di Jerusalem,Bathelehem dan Hebron. Rombongan akan dipimpin sepenuhnya oleh Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al Amin.

Tarikh perjalanan : 29 Julai- 7 Ogos 2013 ( 10 hari 9 malam)

Bagi yang berminat dan ingin mendapat maklumat mengenai kembara kehidupan ini boleh hubungi kami segera di talian :
Pejabat : 0355232296
Liana    : 0196603643
Fendi    : 0123935584
Website : www.alcctravel.com





Universiti Kehidupan 247 – Perbezaan Majlis Perkahwinan Palestin - Malaysia

2013-06-11T05:24:50.412+08:00

31 Mei 2013, selepas menghabiskan lawatan sekitar kota Jerusalem, Qasim, pemandu pelancong saya di Jerusalem mengajak saya untuk pergi ke Mukhayyam Su’fat, satu penempatan rakyat Palestin di pinggir kota Jerusalem. (Gambar - bas mini dari kota Jerusalem ke Mukhayyam Su’fat) “Mari, malam ni ada kenduri kahwin, aku mahu engkau lihat cara sambutan perkahwinan di Palestin ini” kata Qasim pada saya. (Gambar – papan rentang pemberitahuan jalan akan ditutup kerana sambutan majlis perkahwian di sini) setelah akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki belum boleh membawa pengantin perempuan pulang. Akan di adakan majlis di sebelah pengantin lelaki kemudian di sebelah pengantin perempuan, barulah majlis pengantin lelaki datang ke rumah mertua untuk menjemput pengantin perempuan pulang ke rumahnya. (Gambar – kain rentang pengunguman perkahwinan, macam pilihan raya pula) Perbezaan majlis perkahwinan di Malaysia ialah pengantin akan diarak dan diraikan seperti raja, sebab itu ia dipanggil raja sehari. Di Palestin, pengantin akan diarak seperti pejuang. Ia akan dijulang dengan paluan gendang perang. Sambil membawa bendera tertulis kalimah syahadah, pengantin akan diarak sambil membaca selawat dan qasidah semangat. Pakain pengantin pula tidak ada beza dengan pakaian pengunjung, hanya memakai seluar jin dan baju t-shirt (pengantin yang menghadap kamera) Sampai satu tempat, mereka menyalakan pula obor sambil melaungkan takbir dan selawat. Sampai di tapak majlis, pengantin disambut dengan letupan mercun seolah-olah letupan senapang yang bertalu-talu Di hujung jalan, terdapat pentas dan para penasyid telah bersedia melaungkan nasyid semangat agar keluarga baru ini dikurniakan anak yang banyak lagi soleh/ah. Saya menghabiskan masa hingga tengah malam menyaksikan majlis perkahwinan masyarakat di sini. Di ketika masyarakat penuh ujian dan cobaan, majlis perkahwinan tetap dijalankan, bezanya mereka diraikan bagai seorang pejuang. “Unversiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat” al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Mekah Mukarramah 11 Jun 2013 jam 12.15 tengah malam. [...]



Universiti Kehidupan 246 – “Bersama Dato Dr. Haron Din Di Mekah..”

2013-06-10T23:37:08.524+08:00

Saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din di Mekah ini pada Jun 2013. Kami bersama pergi ke Jeddah untuk mengisi jemputan kuliah dari orang Melayu yang bekerja di Jeddah dan sekitaranya. Kali terakhir saya bersama dengan Dato’ Dr Haron Din adalah sebelum pilihanraya PRU 13  ketika kami bersama menjadi ahli panel di dalam satu forum di Masjid Negeri Shah Alam. Kesempatan bersama Dato’ Dr. Haron Din, saya berkata kapada beliau. “Dato’ ana nak tanya 3 soalan” kata saya. Soalan pertama adalah soalan peribadi saya mengenai panduan sebagai pendakwah kerana baru-baru ini saya berhadapan dengan satu perkara yang seakan pernah dilalui oleh Dato’ Dr. Haron Din. InsyaAllah saya akan kongsikan nanti jika sesuai. Soalan kedua mengenai pendirian beliau mengenai isu kaimah Allah berbanding dengan pimpinan lain. Beliau menyatakan bahawa di dalam keputusan ahli Syura PAS jelas bahawa kaliamah Allah untuk orang Islam. Pendirian beberapa pemimpin juga sama cuma ayat mereka berbeza iaitu kalimah Allah boleh digunakan dengan syarat. Tetapi syarat yang ditetapkan memang mustahil boleh dilaksanakan, cuma kadang kala Media mengambil separuh-separuh sahaja kenyataan pemimpin PAS yang akhirnya mereka terfitnah. Bagi Dato’ Dr. Haron Din, beliau memilih perkataan yang lebih tegas iaitu tidak boleh digunakan oleh orang kafir. Soalan ketiga adalah soalan yang agak sensitif, bolehkah Pas dan Umno bersatu? Dato Dr. Haron menjawab, demi Islam kita boleh buat apa sahaja dan dalam politik, tidak ada kawan yang selama-lamanya dan tidak ada musuh yang selama-lamanya. Baki perbincangan kami tidak dapatlah saya kongsikan di sini buat masa ini. Tapi apa yang dapat saya simpulkan adalah Islam semakin kuat bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia. Sesiapa yang masih yakin dengan sekular pasti tersingkir. Dan demi Islam, apa pun boleh berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk agama dan negara kita di Malaysia insyaAllah, amin… Semoga Allah sentiasa memelihara kepentingan Islam dan Umat Islam di negara tercinta ini, amin… Semua orang ada peranannya, jangan pertikai peranan orang lain yang kita tidak faham, soalannya apa peranan yang telah kita mainkan untuk agama Allah ini. Program kami di Jeddah bersama orang Melayu di tanah haram ini. kenangan bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah. “Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat” al-Faqir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah al-Amin Mekah Mukarramah 10 Jun 2013 jam 6.00 petang [...]