Subscribe: Anda ada pedoman hidup?
http://sinarpedoman.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Indonesian
Tags:
ada  akan  aku  allah  anda  dalam  dari  dengan  ini  itu  kepada  kita  maka  orang  saya  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Anda ada pedoman hidup?

Anda ada pedoman hidup?



Kehidupan tanpa pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda, kapal terbang tanpa pilot dan sebagainya. Gunakanlah sedikit masa kita yg ada dengan sepenuhnya, sebelum ketibaan maut yg pasti menjelang



Updated: 2015-09-16T14:27:28.994-07:00

 



Teka Teki Imam Ghazali

2007-08-22T01:01:19.064-07:00

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Rahsia Surah Yassin ayat ke-58

2007-04-30T06:05:27.646-07:00

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMIN.



4 Cerita menarik

2007-04-30T06:02:08.465-07:00

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah . Wassallam.



Seorang Doctor Neurologi Menemui Keajaiban Allah

2007-04-22T16:44:43.720-07:00

Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini
bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama
Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



Menanamkan Sikap Persaudaraan Kaum Muslimin

2007-04-19T17:09:18.222-07:00

Menanamkan Sikap Persaudaraan Kaum Muslim Ust. Ahmad Baraghbah Pada awal pembicaraan saya ini, saya akan memulai dengan sebuah riwayat yang nampaknya diakui kesahihannya oleh ulama-ulama besar kita. Setidaknya ini bisa dilihat pada kitab Al-Mahajjat Al-Baidha fi Tahdzib Al-Ihya' sebuah komentar dari ulama Ahlul Bait atas kitab Ihya Ulumuddin karya Al-Ghazali. Di tengah-tengah pembahasan mengenai haji dan rahasia-rahasianya, dinukil sebuah hadis yang menyatakan : "Nanti di akhir zaman, orang-orang yang pergi haji itu ada empat golongan. Yang pertama, para penguasanya yang pergi hajinya itu untuk piknik saja, untuk berdarmawisata. Yang kedua, orang-orang kaya yang pergi berhajinya untuk kepentingan bisnis. Yang ketiga, orang fakir miskin yang pergi berhajinya itu untuk meminta-minta, untuk mencari rezeki di sana. Yang keempat, ahli-ahli qari, yakni ulama yang pergi berhaji untuk sum'ah." Sum'ah adalah saudara kandung riya'. Kalau riya' ingin dipuji orang karena dilihat, sedang sum'ah ingin dipuji orang karena didengar. Itulah pernyataan dari Rasulullah Saww, tapi ada orang yang mengatakan sekarang bukanlah akhir zaman. Itu akan terjadi pada akhir zaman [di mana muncul empat golongan manusia yang berhaji]. Bahkan sebetulnya bukan di akhir zaman saja, karena riwayat yang cukup terkenal dari Imam 'Ali Zainal 'Abidin As-Sajjad as. menunjukkan bahwa ketika beliau melihat banyak orang orang yang menunaikan ibadah haji, beliau mengatakan, "Alangkah banyaknya hiruk-pikuk, tapi alangkah sedikit yang pergi haji." Kita mengetahui bahwa misi Rasulullah Saww diutus ke dunia ini antara lain sebagai yang membawa kabar gembira dan memberi ancaman. Kita kaum Muslimin harus seimbang berada di tengah-tengah antara takut dan harapan. Kita berharap mendapatkan rahmat, ampunan, dan cucuran pertolongan dari Allah Swt., tapi kita pun harus khawatir jangan-jangan ibadah kita ini semua ditolak oleh Allah Swt. Karena ada riwayat terkenal yang menyebutkan bahwa Rasulullah Saww. sendiri ketika akan menghadap Allah, shalat, wajah suci menjadi pucat. Imam 'Ali Zainal Abidin dan juga tokoh-tokoh besar yang lain, diceritakan dalam kitab-kitab sejarah begitu bergetar dan pucat pasi wajahnya ketika akan mengucapkan talbiyah misalnya Labbaik Allahumma labbaik. Ketika ada yang bertanya kepada Imam 'Ali Zainal 'Abidin, "Kenapa Anda ini pucat bahkan sampai pingsan ?" Imam As-Sajjad menjawab, "Aku khawatir ucapanku ini ditolak oleh Allah Swt." Semakin manusia mencapai puncak keimanannya, kepada maqam yang sangat tinggi, semakin dia merasa takut kepada Allah Swt. dan sebaliknya semakin rendah kedudukan manusia, semakin tidak punya rasa takut kepada Allah Swt. Karena itu, kita melihat bagaimana Rasulullah Saww. senantiasa beristighfar puluhan kali bahkan ratusan kali kepada Alah Swt. Kita, kalau membaca doa Kumayl, misalnya, betapa Amirul Mukminin begitu menampak-kan" dosanya", menampakkan kelemahannya di hadapan Allah Swt. Padahal kita tahu bahwa beliau termasuk manusia suci, ma'shum, manusia yang dibersihkan [dari dosa dan kesalahan] oleh Allah Swt. Tapi semakin bersih manusia itu, semakin dia merasa banyak berlumuran dengan dosa. Yang bahaya adalah ketika manusia sudah merasa dirinya suci, merasa dirinya bersih. A'udzubillahi min dzalik. Jadi, ibadah itu saling berkaitan. Tidak dipisahkan satu dengan yang lainnya. Terutama ibadah haji. Ibadah haji termasuk ibadah yang lengkap. Saya sebetulnya tidak akan membahas soal haji. Namun, karena kebetulan, saat ini sedang diributkan soal haji. Dalam ibadah haji, ada ibadah shalat, jihad, pengorbanan, sedekah, bahkan dalam beberapa hal diwajibkan berpuasa. Ibadah haji adalah ibadah yang lengkap karena didalamnya ada itsar yakni mementingkan orang lain dan kita perhatikan bagaimana syariat mengajarkan kepada umat ini supaya ibadah ini jangan kosong, atau hampa. Tapi harus ada maknanya. Yang penting semua ibadah ini mengantarkan manusia [...]



Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan

2007-04-19T16:55:00.066-07:00

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain :
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah
* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN


* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi.
* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.



Doa awal tahun dan akhir tahun

2008-12-10T02:43:10.469-08:00

(image)
(image)



Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"

2007-04-16T16:36:00.453-07:00

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIANKEKOSONGAN JAWATAN:A. Ahli Syurga Dari Awal.B. Ahli Neraka Dari Awal.C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):1. Nikmat kubur.2. Perlindungan di Padang Mahsyar.3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.4. Syurga yang kekal abadi.TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.ENAM SOALAN BOCOR:1. Siapa Tuhan anda?2. Apa Agama anda?3. Siapa Nabi anda?4. Apa Kitab anda?5. Di mana Kiblat anda?6. Siapa Saudara anda?CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga in[...]



Kenapa mesti diam masa azan

2007-04-14T08:22:26.477-07:00

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata- kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



Hakikat pernikahan

2007-04-08T07:31:12.493-07:00

DAH SAMPAI SERU?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita
lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar
jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar
jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari
jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari
alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari
jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.



Kisah Saidina Ali dan Pengemis

2007-04-08T07:25:57.318-07:00

(image) Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang,
pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa
banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25
dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke
rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25
dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali
dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan
ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan
kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang.
Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki
yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada
harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu.
Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada
penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu
bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta
itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang
menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong
orang yang dalam kesusahan.

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang
balasannya akan diterima di dunia lagi.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak
Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan
amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

* Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...



Bila Al-Quran mula berbicara

2007-04-08T07:19:48.582-07:00

Waktu engkau masih kanak-kanak.............kau laksana kawan sejatikuDengan wudu', Aku kau sentuhdalam keadaan suci, Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajariAku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hariSetelah selesai engkau menciumku mesraSekarang engkau telah dewasa..............Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku....Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpanAku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwaAtau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitanKini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.Dulu...pagi-pagi....surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapahalaman.Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..... Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahuluWaktu lapang engkau membaca buku karangan manusiaSedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembukasurah2ku(Bismillah).Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawiTidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamuSepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmuMengasyikkan.Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerjaDi Komputermu pun kau putar musik favoritmuJarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikanEngkau terlalu sibuk dengan urusan dunia muBenarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaikuBila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.Menonton siaran telivisyenDi depan komputer berjam-jam engkau betah dudukHanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampahWaktupun cepat berlalu.........Aku semakin kusam dalam laci-laci muMengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembaliItupun hanya beberapa lembar dariku.Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu duluEngkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacakuAtau waktu kematian saudara atau taulan muBila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tibaEngkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNyaApakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong muItu janji Tuhanmu, Allah s.w.tSekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.....kubur yang setia menunggu mu............Engkau pasti kembali, kembali kepada TuhanmuJika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.Yang akan membantu engkau membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat.Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimuYang senantiasa setia menemani dan melindungimu.Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha PemurahYang disampaikan oleh Jibril melalui RasulmuKeluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.Sentuhilah Aku kembali...Baca dan pelajari lagi Aku....Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayatSeperti dulu.... Waktu engkau masih kecilDi surau kecil kampungmu yang damaiJangan aku engkau biarkan aku sendiri....Dalam bisu dan sepi.... [...]



Adakah anda ada masa untuk Allah?

2007-04-04T16:05:50.937-07:00

Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini?. Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang ?. Sebenarnya,
menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat?... Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit?. Dan sudah pasti waktu ada kematian? Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana? Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka??

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH . Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu?

Sampaikan kepada merekan yg lain. Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita
segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh? Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda. Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

And send it back to the person who sent it, to let them know that indeed it was sent out to many more.



Rahsia Solat

2007-04-03T17:20:55.216-07:00

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan Ini

2007-04-03T17:17:16.645-07:00

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentusaja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengancara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambilQur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Inisemua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... ""Kenapa mereka tidak berani terang-tera[...]



Keluasan Neraka

2007-03-27T21:05:05.878-07:00

Keluasan Neraka yang amat dasyatUntuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum iamerasa aman daripadanya. "Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selamaseribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akandapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.."Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempatorang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kauterangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bert[...]



Paku dinding

2007-03-27T20:58:09.128-07:00

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."



Wasiat Ttg 4 Makanan Utk Pompuan (Susu, Cuka Ketumbar,Apple Masam)

2007-03-19T18:52:47.420-07:00

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



Solat 2 Rakaat

2007-03-18T16:37:14.103-07:00

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap ra! kaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbang la malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih
dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan
kepada
umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya
AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan .

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.



Selagi masih ada ibu, hargailah dia

2007-03-17T10:17:57.053-07:00

Kepada yang masih ada ibu...ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shoppingbersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Sayasebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain,dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kamipergi juga ke pusat membeli belah tersebut.Kami mengunjungi setiap butik yangmenyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelaipakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, sayamulai penat dan kelihatan jelasriak2 kecewa di wajah ibu.Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satubaju kurung yang cantik .Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masukdan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihatbagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untukmengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan olehpenyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yangdalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air matayang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenanganlagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakanpakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dantidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiransaya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting roomtersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakanpakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernahmenyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya,dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itutelah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hatisaya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu sayamengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnyaterkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebutadalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukurbahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapabernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dariseorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hatisaya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyakkeajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu punyang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...With Love to All Mother" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAHCERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGARSELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPATMENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.......... [...]



Hanya Ingin Mengingatkan

2007-03-16T20:44:56.807-07:00

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5 . Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Pencil Draw
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ..... Exclaim

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Cartoon Family Of Strawberries Bounce

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Kau Lelaki, Aku Wanita

2007-03-09T01:27:18.036-08:00

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita******1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.6 - wanita wajib taat kpd suaminya.7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berpe[...]



Apa itu Istidraj

2007-03-08T01:10:07.167-08:00

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihatseseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpdseseorgindividu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi keranaAllah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengokadakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hatidengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapijika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya diatelah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Adamember tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapatapayang diimpikan.Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kitaakan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukansuara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terusdapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utkbersyukurpd yg Esa.Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant andinteresting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drptimbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..Apakah dia istidraj itu?Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberianitu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taalamemberikan nikmatkepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilahbahawaorang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan olehAt-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannyamerasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allahberserta dan kasihdengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, keranakalau kita hendak dapatkebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkahRasullulahsaw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu seharisemalam,bangun tengah malam bertahajjud,puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasasunatyang lain. Tapi, hidup merekabiasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orangyangseumur hidup tak sembahyang, puasapun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duitbanyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain punmatijuga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, NabiSulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di mukabumitunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusofdansemerdu suaraNabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, merekatunduk dan sujud menyembah Allah.Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,diamerasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yangberamal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payahberibadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadattentuboleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allahmemberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk meng[...]



KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

2007-03-08T00:45:31.447-08:00

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja keranadengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang beradadidalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluarumpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solatakan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akansukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawabsalam malaikat itu.Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnyaia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru daripihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadipemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalahpemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahadsatu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribukesanggupan kita sehari.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasititian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam TadzikaratulQurthuby).Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakahantara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiadaseorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakanbahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. KemudiannyaSaiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Alibahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannyaitu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. RasulullahSAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlassekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu denganmembaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama denganmembaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihatArasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahunperjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 danluasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: WahaiTuhan kami, sesungguhnya pahala[...]



SINAR CAHAYA AYAT KURSI

2007-02-27T01:32:42.057-08:00

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."


Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"