Subscribe: || Dear Diary ||
http://elissmie.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Indonesian
Tags:
ada  ayam  boleh  dah  dengan  dia  hari  kat  nak  nasi  pressure cooker  pun  russell taylors  saya  tak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: || Dear Diary ||

Programmer by day & Lifestyle Bloggger



Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia..



Updated: 2017-12-12T13:05:13.798+08:00

 



Pengalaman Pembelian Pertama di Lazada | Online Revolution Blogger Contest

2017-12-07T13:04:23.288+08:00

Korang pernah shopping di Lazada ? Rasanya semua orang mesti pernah shopping di Lazada sekurang-kurangnya sekali kan. Kalau berkali-kali tu dah boleh lantik jadi Duta Lazada macam kawan saya sorang tu. Boz saya pun sama. Asyik-asyik muka sama je kan dapat parcel dari Lazada. Saya mengelat sikit sebab selalu guna alamat suami untuk tujuan pengeposan barang. Tak nampak sangat shopping dari Lazada. Sampaikan hadiah hari lahir yang surprise untuk dia pun hantar kat ofiz dia. hahaha. Untuk pengetahuan korang , Lazada Online Revolution akan bermula dari 11 Disember sehingga  14 Disember 2017.  Tinggal 4 hari . Hari tu yang terlepas 11.11.2017 jangan lah berasa kecewa sangat. Nanti jenguk-jenguk la website Lazada yer untuk mendapatkan tawaran yang hebat sempena Lazada Online Revolution.a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? Mesti lah saya ingat . Sebab yang bestnya kat website Lazada ni , sejarah pembelian barang memang ada. Barang pertama yang saya beli adalah Tempered Glass Digital Round-Shape Bathroom Body Weighting Weight Scale  dan Pulse Sports Watch with Heart Rate Monitor and Calorie Report - Red pada tahun 2015. Barang saya beli selamat sampai dan dalam keadaan baik. Saya pun berpuashati dengan barang yang saya beli. Saya dapat beli pada harga yang murah namun kualiti masih terjaga.  b. Which types of products would you prefer buying online? Barangan yang saya suka beli online tidak terhad kepada mana-mana kategori. Jika ada tawaran yang murah  pasti saya beli. Saya pernah beli pakaian dan barangan elektronik di Lazada. c. What to you love about online shopping? Apa yang saya suka beli barang secara online ni, kita tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli sesuatu barang dan boleh buat pilihan COD jika tidak yakin untuk membayar secara online. Setakat ni saya tidak pernah lagi tertipu dengan shopping online kerana saya memang sangat memilih untuk membeli secara online dan cuma shopping online di website yang benar-benar mendapat feedback yang baik dari pengguna lain contohnya Lazada lah kan. Lagi satu, korang tak perlu lama-lama kat dalam pasaraya sebab melalui online pun korang dah boleh window shopping. Penjimatan masa kat situ kan?  d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? Birthday suami dan anak kedua saya dah hampir tiba.Maklumlah diorang berdua ni lahir bulan Januari. Saya berhasrat untuk beli hadiah hari lahir buat mereka berdua sempena Online Revolution sales nanti. Ni semestinya untuk suami saya. Siap-siap tekan Add to Wishlist yer :)Yang ni untuk anak dara . Siap-siap tekan Add to Wishlist juga :)Korang dah join ke Lazada Online Revolution Contest ? Klik sini untuk maklumat lanjut : https://www.lazada.com.my/blogger-contest/Jom pakat join, lagi ramai join lagi banyak hadiah yang bakal dimenangi.My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Hari ICT 2017 Terbaik !

2017-12-06T16:53:33.560+08:00

*Awas. Entry ini banyak gambar. Ok skip.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama sungguh tak bersiaran ni. Rindu nak menaip dalam blog. Kerja hakiki pun tak pernah habis, ditambah pulak baru sudah event yang besar penganjurannya untuk ofiz saya. Saya cuma AJK kecil yang menyumbang untuk Hari ICT 2017. Tahniah dan syabas buat kawan-kawan yang menyumbang seluruh tenaga untuk event ni. Alhamdulillah, event berjalan lancar seperti yang dirancang. Kat blog saya sendiri pun saya tak sempat nak hebahkan. Kesian. Hari ICT 2017 ni sebenarnya hari bertemu pelanggan ofiz saya. Ianya terbuka bukan sahaja untuk staf tapi orang awam jugak. Pengisiannya adalah talk berkenaan  IT dan ada selit juga ceramah agama. Untuk jabatan kami, kami buatkan booth pameran untuk setiap unit yang ada. So kalau ada masalah pasal sistem atau servis di jabatan kami hari tu , boleh walk in dan tanya. Masa dua hari berlangsung tu pun, ada jualan makanan menggunakan food truck dan syarikat luar yang jual barangan IT. Vico siap datang bagi air percuma lagi sampai 2000 cawan. Celcom pun ada juga. Macam menyesal pulak tak upgrade amik telefon baru. hahaha Ni banner Hari ICT 2017 oleh En Jasni. Cantik kan? Tumpang bangga sebab dibawah Jawatankuasa sama, AJK Hebahan. Bergambar belakang backdrop HICT 2017. Hari pertama tema baju hitam dan blazer dengan tudung turqoise sedondon. Fokus kat kasut kuning. Mati kena kecam dengan Rai. hahahaHari kedua tema baju batik . Sorry Rai, tak sempat nak bergambar dengan baju kuning. hahahaMasa ni pengerusi hari pertama datang berkunjung untuk buat promosi booth saya. Haidir the best MC of the day !Team saya close up sket Yang ni masa hari kedua. Emel dan Aplikasi PejabatTak cukup korum sorang untuk Unit Automasi PejabatLove katanya ! hahaPoster kat booth kitorangPoster ni print kat Print Expert Seksyen 3, RM 15 untuk sekeping size A2 Semuanya 8 poster di booth kamiBergambar di boothTuan tanah kedaung. Belakang tu je poster yang saya buat. Yang kat atas tu by En Sofi.Zira, floor manager HICT 2017 ! Tahniah Zira dan team !Bookmark untuk pengunjung ke sistem aduan kamiMasa ni juri datang melawat. Apa yang aku kelentong ni tak tahu la. Beriya sangat tuNi booth adik beradik kami. Bawah Unit sama. Bagi yang rindu Niza the Kancil biru, IT Pulau Pinang pun kami jemput buka booth kat sini . Ada jeruk Pak Ali lagi . Pemenang booth terbaik ! Sorry yang ada gambar masa hari persediaan je. Ada demonstrasi drone lagiUntuk hari kedua saya MC untuk talk sepanjang pagi tu . Dah la last minute ada mat salleh bagi talk wakil dari IBM International yang baru touch down dari Australia. Terspeaking la tanpa sengaja. Harap tak ada grammar nazi yang datang. kah kah kah Orang suh posing, kita posing ajer..Love lagi with Kak Aisyah IT Negeri Sembilan. Mat Rock VicoRezcool Fast Stands CafeDr Fried ChickenBoostTruck dari UnifiKemuncak event kami hari tu adalah perasmian penutup oleh Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato' Dr Hassan Said. Alhamdulillah, dapat jugak orang nombor 1 UiTM datang event kami !Sempat VC melawat ke booth kitorang. Apsal lupa nak selfie. hahaha Booth terbaik dapat RM200. Tak pe la tak menang yang penting effort tu kan. Ayat orang kalah. kah kah kah  Alhamdulillah. Selesai sudah Hari ICT 2017. Tahun depan akan adakah lagi ? Kita tengok penganjuran dari jabatan mana pulak tahun depan yer ! Semoga Allah memberi kami ganjaran pahala dan memandang kami dengan rahmat atas keringat dan penat lelah Sekretariat HICT 2017 sepanjang program berlangsung. Aaminn...Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."(Hadith riwayat Muslim, No. Hadith : 2564)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Website untuk buat poster Instagram atau Facebook

2017-11-16T17:01:33.460+08:00

Sekarang ni macam-macam aplikasi yang ada untuk korang buat poster terutamanya untuk korang post di instagram atau facebook. Tapi yang saya akan kongsikan ni tak perlu download tapi cuma register jer. Tapi versi yang free ni terhad la sikit tapi masih lagi cantik la design sebagai seorang amatur. Korang register jer kat sini : https://www.canva.com/Kalau nak buat poster untuk Instagram atau facebook tu , Klik pada butang Create a design, then korang tengok kat ruangan Social Media Posts tu . Kat situ ada poster mengikut saiz poster instagram atau facebook. Dah ada layout yang korang boleh pilih tapi boleh pilih yang ada tulisan FREE.Kalau tak nak guna layout yang ada korang boleh customize sendiri. Kat sini banyak elements yang korang boleh masukkan. Tulisan pun ada pelbagai yang siap design. Background pun sama . Kalau tak suka corak boleh guna warnaKalau nak guna gambar sendiri pun boleh. Klik je pada UploadsJom la tengok poster yang saya cuba buat menggunakan website ini :Korang boleh la cuba sendiri. Lepas ni mesti cantik la poster korang nak post kat facebook atau instagram tu kan?Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA katanya Aisyah RA telah menunjukkan sehelai selimut dan sehelai kain yang kasar, katanya, “Rasulullah SAW diambil nyawanya dengan memakai pakaian ini.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Kos 3 hari 2 Malam di Columbia Asia , Klang

2017-11-03T17:08:13.013+08:00

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesihatan my hubby tempoh hari. Alhamdulillah, hari Rabu lepas my hubby dah keluar hospital. My hubby dimasukkan ke hospital sebab demam nak masuk minggu kedua. Sebelum ni memang MC kat rumah je. Demam tak kebah dan dia dah penat sangat. So bila doktor suruh admit terus setuju. Sebelum ni memang doktor tak bagi antibiotik sebab katanya demam virus. Bila pergi Columbia Asia doktor cakap mungkin virus dah bercampur bakteria sebab demam lama sangat. So bila admit, masuk antibiotik terus hilang demam cuma sendi masih sakit sakit lagi. Ni pun masih lagi kat rumah sebab dapat MC. Isnin depan, In sya Allah boleh masuk kerja balik setelah hampir 2 minggu tak kerja. My hubby pun dah lemau tu kat rumah. Gitulah orang workaholic, bila Allah bagi cuti terus lama boleh rehat. Rehat pun tak rehat sangat siap pakej penghapus dosa sekali ! Alhamdulillah. hahaha. Kiranya ni kali kedua my hubby masuk hospital sepanjang kitorang kahwin ni ! Saya pulak dah 6 kali kot termasuk menjaga anak kat hospital !Columbia Asia Klang. Alhamdulillah 10 minit dah sampai hospital !My hubby request ke hospital ni sebab dekat dengan rumah. Lagipun saya ni malam-malam memang dah tak berani nak drive. Apapun selfie dulu. Ni masa nak jumpa doktor pakar dulu. Masa menunggu GL pun bercinta. Sejam baru settle GL. Lepas tu waktu lunch pulak. Pukul 2 baru dapat jumpa doktor.  Nak masuk wad pun lama jugak sebab diorang kena request GL baru. So sempat la balik amik my Nayla , mandi dan solat dan tunggu telefon dari diorang. Pukul 4 lebih macam tu kitorang dapat masuk wad. Kali ni kena bayar deposit dulu RM300. Kat KPJ dan DEMC tak pernah kena deposit sebelum ni. Two bedded. Kelayakan my hubby RM 150. Two bedded kat sini RM 120 . Toilet yang disediakanKemudahan TV dan bangku. Masa masuk tak ada orang lain. Hari kedua baru adaDah check in terus dapat dinner petang tuBelah malam datang melawat lagi dan bawa my Nuha sekaliSempat berkelah dalam wadYang ni siap tidur pulak. Layankan ajer anak-anak Menu dinner hari pertamaMenu Lunch hari keduaTotal bil: RM 2088.50Alhamdulillah, insurans cover ! Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660]. My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Lunch @ The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam

2017-10-30T10:10:07.383+08:00

Hari ni entry throwback macam biasa dalam segmen JJCM @ elissmie. Kali ni sempena birthday Datin Ema pada 4 Oktober lepas. Kali ni Kak Ema pilih di SACC Mall. Senang nak cuci mata lepas makan kekdahnya.Lagipun dekat sangat dengan ofiz kan. Memang betul, banyak masa kitorang cuci mata lepas makan tu. hahaha. Layan gambar je la yer. Haruslah muka ahli pakatan hari lahir macam biasa Sebelum ni Ida tak sampai lagiIni pandangan dari luar. Konsep restoren ni macam English style gitu. Kena sangat dengan citarasa Kak Ema. Awal-awal memang kosong tapi dah waktu lunch memang full house . So datang lah awalSelfie empunya blog sebesar talam dulu IdaAdDatin EmaHampir penuh.. Cantik lukisan dalam restoren niMula-mula makan kek dulu  Cheese Cake RM 8. Banyak gila cheese dia.Kalau crust dia lagi tebal sket lagi sedap.Victoria Sandwich Cake RM5.50 . Sedap makan panas-panas.Yang ni Ida punya. Country Beef Pie RM 12Roast Chicken RM 17 . Yang ni Kak Ema dan Ad makanAyam panggang dengan sos blackpepper. Sedap jugak Saya makan ni. Chicken Kiev Rm 17Gravy sket sangat dan ayam agak kering sket. So kalau letak sos black pepper baru sedap sket. Suka-suka hati adjust menu orang. hahahaOverall : Food4 ***Ambience5 *****Service3 ***Korang pernah makan di The Teapot Deli, SACC Mall, Shah Alam ? Lot 2F.29,Second Floor, SACC Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor 40000Waktu Operasi : Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday11:00AM—09:30PMFriday, Saturday, Sunday11:00AM—10:00PMDaripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Resepi Bubur Pulut Hitam RTPC

2017-10-27T09:39:52.329+08:00

Assalamualaikum dan Selamat Tengah hari. Weekend hari tu saya buat Bubur Pulut Hitam dan memang kena dengan piawaian tekak saya. Saya suka cicah dengan roti putih. Kalau simpan sejuk pun sedap. Balance saya buat pulak aiskrim malaysia pulut hitam . Selamat mencuba !Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Resepi Bubur Pulut Hitam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss MieBahan-bahan :2 cawan beras pulut hitam (rendam 30 minit dan toskan)1 kotak santan4 cawan air1 cawan gula perang / biasa2 cawan air masaksecubit garam1 helai daun pandanCara-cara :1. Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam RTPC.Onkan PC dan tekan Beans Tendon , tekan pressure select dan tekan simbol + dan set kepada P40 .2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal.3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Tekan Keep Warm/Off then tekan Bake, saya set kepada P5. Masukkan air masak, santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati.Korang suka ke makan bubur pulut hitam ni ? Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmieDaripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”(Riwayat al-Bukhari)[...]



You Can't Turn That Into a House @ Astro FYI

2017-10-25T14:09:09.352+08:00

Rancangan terbaru yang saya layan kat Astro FYI ni adalah You Can't Turn That Into a House. Saya baru sempat tengok 2 episod back to back hari Sabtu lepas. Rancangan ni macam biasa lah make over sesuatu yang kita rasa macam tak logik jadi sebuah rumah. Episod yang saya tengok tu adalah 2 bas buruk yang dicantumkan menjadi sebuah rumah lengkap dengan bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan dapur. Kat luar rumah ada beranda yang boleh entertain orang sampai 20 orang katanya. Perghh.. Memang lawa lah tapi tak banyak gambar yang saya jumpa.BerandaRuang makan dan dapurBilik tidur siap aircond lagiBilik air. Pintu bilik air tu memang pintu bas yang asal.Ruang tamu. Tak nampak macam dalam bas dah kan?Episod yang saya tengok yang kedua pulak dari Carnival Trailer. Trailer ni adalah dari turun temurun, kiranya dari family business dari tahun 1920 an tak silap. Dia nak jadikan guest house kat tepi rumah dia dan boleh bergerak sekali. So tema dalam trailer tu pun nak dikekalkan jadi konsep Carnival lah gitu.Ruang tamu. Siap ada kereta langgar yang asal lagi yang dijadikan sofa. Menarik kan? Bilik tidur. Headboard katil tu dibuat dari tempat tiket jualan tiket masa carnival. Ruang bilik airRuang dapur. Siap ada mesin popcorn gitu. Full view ruang dapurLampu kat ruang tamuKorang suka layan rancangan kat  Astro FYI?Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Ke IKEA Cheras ke Kita ? | Santai Penyet @ My Town

2017-10-23T17:00:13.203+08:00

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya jejak kaki jugak kami ke IKEA Cheras. Jarang nak cuci cuci mata ni. Layankan ajer. My Long nak bawa budak berdua tu berjalan sebab dah lama tak jalan KL. Kat sebelah IKEA Cheras tu ada mall baru nama dia My Town. So 2 in 1 lah kaedahnya yer. Harus bergambar kat sini kan.Dalam IKEA , mak cuci mata sepenuhnya. Tak ingat nak amik gambar. hahahaKena repeat lagi gamaknya. Tapi memang jenuh la habis satu IKEA kami tawaf.Seketul je gambar dalam IKEA gambar budak berdua ni. Nama pun cuci mata kan. Ada la jugak 2 ketul barang berjaya dibeli. Frame gambar dan penyekat barang dalam laci tu.IKEA dan My Town ni sebelah menyebelah je. Memang ada link. Kira macam bangunan yang sama pun yer jugak.Mak tumpang selfieTengah hari kami lunch di Santai Penyet @ My Town.B1-072 , My Town ( Rupanya Outlet Ayam Penyet AP)my NaylaTengah menunggu pesanan . Penat gila dan lapar gila. hahahaAyam penyetAyam Bakar PenyetSinggah kat sini menggamit kenangan kanak-kanak, Childhood @ My TownB1-080 My TownKanak-kanak terkini pun nak makan makanan menggamit nostalgia mak bapak dan mak bapak sedaraBiskut yang kitorang beli . Nostalgia kan? Korang dah pernah sampai ke IKEA Cheras atau My Town ni?Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya; “Binasalah hamba wang : dinar dan dirham, hamba pakaian, dengan segala macamnya yang menarik, jika diberi dia merasa gembira, dan jika tidak diberi maka dia tidak merasa gembira.”(Riwayat al-Bukhari)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Ulang tahun perkahwinan ke 10 & Tombiruo : Penunggu Rimba

2017-10-20T15:19:37.549+08:00

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, 10 Oktober lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih sayang untuk 10 tahun bersama jatuh dan bangun, tawa dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan kita .Semoga kasih sayang dan cinta ini kerana Allah S.W.T. 10 tahun lepas :) Rasanya gambar ni pertama kali saya tunjuk kat belog ni. Tema gambar ni peluk isteri masing-masing. hahaha. Masa ni adik saya solo lagi so dia peluk tiang kat tepi kot..hahahaKebetulan tahun ni anniversary kitorang jatuh hari sabtu, so pagi -pagi lagi dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi jogging kat tasik. Maklumlah demi misi besar tahun depan. hahaha. So kena la aktif sikit kan. Semoga dipermudahkan urusan kami. Baby of 2018 maybe :p Doakan yer semoga ada rezeki anak lelaki, lama dah reserved nama  :) Saya dan my hubby pusing tasik ni dalam tiga pusingan. Sampai kat bahagian taman ni anak -anak dah nak berhenti berjalan. Kami paksa pusing lagi satu round baru dapat main. Bila dah second round tu saya dan hubby gilir-gilir lah pusing solo pulak. Lepas dah habis jogging apa lagi, kita makan dulu. hahaha4 of us #tilljannahKitorang breakfast di Warung Kita , Bukit RajaPekena Nasi Lemak Ikan TongkolBelah malam pulak, anak-anak request makan KFC.Seronok korang dapat makan KFC yer.Ni kisah hari deepavali pulak. Anak-anak request nak tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Sebenarnya my hubby ajak tengok Bisik Pada Langit tapi tengok review kurang memberangsangkan so kami tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Nasib dah booking online awal-awal. Bercinta jugak nak kena beratur. Dah la nak beli popcorn pun panjang barisan kan. Tapi memang full house lah hall hari tu.My Nayla yang first time tengok wayang . Setengah jam pertama makan popcorn dan tengok movie. Lepas tu tidur sampai dah nak habis movie. Sabar jer lah dik.Kakak memang peminat drama melayu. Tak habis cakap sedih-sedih tengok  Tombiruo : Penunggu Rimba. Overall saya bagi 4/5 bintang. Kalau baca novel wajib kena tengok . Saya baca novel  Tombiruo : Penunggu Rimba kawan saya punya, Kak Yan masa degree dulu. haha. Jimat . RM 10 sahaja hari rabu tiket wayangnya . Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada ”.(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Katalog IKEA 2018 | Make Room For Life

2017-10-11T12:47:47.659+08:00

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah saya Katalog IKEA 2018 yang ditunggu. Mampu belek katalog je lah.Hahaha. Nama je duk sini, boleh bilang berapa kali pergi IKEA tu. Kita cuci mata kat katalog ajer lah yer. Rasanya sepanjang tinggal kat sini tak pernah lagi tak dapat katalog IKEA ni. Memang kawasan target customer IKEA agaknya perumahan kami ni. Selalu nampak lori IKEA kat sini. Yang tak dapat katalog IKEA 2018 versi hardcopy tu, boleh la cuci mata dengan versi online kat sini yer. Dah jangan sedih :)Katalog IKEA 2018http://onlinecatalogueasia.ikea.com/MY/en/IKEA_Catalogue/?index allowfullscreen="" class="YOUTUBE-iframe-video" data-thumbnail-src="https://i.ytimg.com/vi/vcaoizyBszU/0.jpg" frameborder="0" height="266" src="https://www.youtube.com/embed/vcaoizyBszU?feature=player_embedded" width="320">Yang ni lagi hebat, siap hafal katalog IKEA 2018. Berbaloi bagi katalog kat dia :)Jom lah kita tengok apa yang menarik kat dalam katalog IKEA 2018 kali ni yer. Tema kali ni 'Make Room For Life'Ruang Makan. Lampu besar gedabak macam tu kat ruang makan, industrial look sangat nampak kan?Ruang Tamu . Menarik pulak kalau buat stor macam kat belakang tu kat bilik belakang rumah kitorang yang tergendala tu. Siap ada tangga naik atas ke tempat stor. Menarik kan.Dapur . Idaman kalau ada island kat dapur ni.Bilik Tidur . Menarik pulak ada langsir belakang katil tu kan. Dah lama dah nak makeover bilik tidur kitorang tu. Tunggu my Nayla sub ke bilik My NuhaBilik Air . Bila ntah nak beli pokok letak kat bilik air tu. Menarik tengok ada tumbuhan segar. Antara produk baru di IKEA. Stylo pulak lampu meja tu. Simple je nampak sofa tu kan. Armchair tu pun nampak menarik.Korang dah ada ke Katalog IKEA 2018 ?Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini, Nabi SAW bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” Katanya (yakni Anas) : lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka  dan menangis teresak-esak.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Restoren Nasi Gegey,Seksyen 7, Shah Alam

2017-10-09T15:57:26.084+08:00

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dah lunch ke? Kalau belum boleh la cuba lunch di Restoren Nasi Gegey ni. Tapi jangan pergi hari ni sebab tutup.haha. Cuba lagi esok.  Lokasi shop lot betul-betul sebelah Hospital Shah Alam tu. Ni kitorang lunch hari Jumaat lepas. Shop lot ni asalnya dulu adalah Restoren Big Brother yang telah menutup operasinya. Rasa sebelum ni Restoren Yati Ayam Percik atau sebelah yang sudah tak beroperasi jugak. Sebenarnya nak try western tapi katanya siap dalam masa 20 minit. Tak daya nak tunggu sebab dah lapar sangat . So kami pilih makan Nasi Gegey dan Nasi Kerabu Gegey . Sebenarnya Nasi Gegey ala-ala Nasi Kak Wok lah jugak. Ok la. Sedap jugak. Sambal pedas sket. Biasalah tak tahan pedas. hahaha. Macam Nasi Kak Wok jugak lah, makan dalam kertas !Nasi Gegey RM 6.50Nasi putih. ayam goreng, sambal belacan , kuah gulai dan keropokNasi Kerabu Ayam Percik RM 8Nasi tak ada warna. Selalu makan yang berwarna kan. Ad kata ayam percik dia sedap dan lembut. Nak makan kena order dulu kat sini .Macam fast food kekdahnya.Dekorasi kedai yang minimalisAda ruang permainan kalau mak nak makan dengan bertendang. Eh, bertenang. hahahaKorang tau ke apa maksud Gegey tu? Gegey tu maksud dia bising :pCara nak sebut ge macam sebut (Tarian Gelek) so ge + geyAir yang ekstrem pun ada kat sini. Tapi saya minum air kosong jer. Free flow lagi. hahaRM 14.90Alamat :Restoren Nasi Gegey, Shah AlamNo 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.Waktu Operasi : 11 pagi 10 Malam ISNIN (Tutup)Telefon :  013-8809896 Maps :  https://goo.gl/maps/ULdZmPsaAQ72Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/Instagram : https://www.instagram.com/restorangegey/* credit gambar tanpa watermark facebook Restoren GegeySesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (HR. Bukhari Muslim).My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Akashah Homestay , Kluang, Johor

2017-10-04T13:22:09.192+08:00

Akashah Homestay terletak di Kluang.Untuk makluman, homestay ini hanya terbuka kepada pelanggan muslim sahaja.Lokasi Akashah Homestay terletak kira-kira 10 minit ke Pusat Bandar Kluang, 5 minit ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang dan 15 minit ke Stadium Majlis Perbandaran Kluang. Melangkah masuk ke Akashah Homestay seperti berada di kediaman sendiri dengan sentuhan dekorasi yang menarik oleh pemilik homestay. Akashah Homestay adalah rumah 2 tingkat end lot yang mempunyai 4 bilik 3 bilik air berkonsep moden. Bagi yang mementingkan keselesaan dan bercadang untuk membawa ahli keluarga yang ramai untuk bercuti, Akashah Homestay sememang nya pilihan yang tepat. Disamping itu, kadar sewa yang ditawarkan memang berpatutan.Selain menjadikan Kluang sebagai destinasi percutian, mungkin juga boleh menginap jika menghadiri kenduri atau hari keluarga atau apa sahaja event di area Kluang. Akashah Homestay KluangAntara kemudahan yang disediakan oleh Akashah Homestay adalah :-Dapur yang dilengkapi peralatan memasakSeterika dan papan menggosokPeti SejukMesin BasuhAir mineralSejadahToiletries BantalSelimutBilik UtamaKatil QueenKipas MejaMulig Clothes Rack w/ HangerBilik 2Katil QueenKipas MejaMulig Clothes Rack w/ HangerBilik 3Katil QueenKipas MejaMulig Clothes Rack w/ HangerBilik 4 (Bawah)Katil SingleKipas MejaMulig Clothes Rack w/ HangerRuang TamuRuang Tengah Tingkat AtasRuang Dapur BasahRuang Dapur KeringKadar BayaranRM 200 Semalam Lock tarikh dengan deposit RM 50(Harga Promosi ni hanya valid sehingga Januari 2018 sahaja ) Untuk tempahan : Call/Ws019 -2640585 - Helmi019 -2740585 - InaFacebook: https://www.facebook.com/akashahhomestaykluang/Antara tempat menarik untuk dikunjungi di Kluang adalah : -Gunung Lambak World Rainforest ResortGunung Belumut (UNESCO)Kolam Renang Taman Kluang BaratTaman Rekreasi MARDITaman Rekreasi Padang TembakUK Agro Farm ResortAntara tempat makan yang menarik untuk menikmati juadah di Kluang adalah :-Kluang Rail CoffeeNasi Daun Pisang Restoran NSMChar Kuey Teow Ketam Kluang,Taman MakmurNasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak Korang ada homestay untuk direview secara PERCUMA ? Boleh emailkan kepada saya : elissmie [ at] gmail [ dot] com bersama butiran homestay seperti kemudahan yang disediakan beserta gambar, alamat, lokasi yang menarik disekitarnya, harga semalam atau pakej yang ditawarkan. p/s:Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes setahun disidebar atau header ? Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.Klik disini untuk pengiklanan pertama di elissmie.comDaripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.(Riwayat Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Lunch @ The Manhattan Fish Market, AEON Mall Shah Alam

2017-10-02T17:05:56.123+08:00

Kita lupakan seketika tragedi September yang lalu. Alhamdulillah, Cik Vina pun dah kembali dengan wajah baru. hahaha. Kali ni pakatan hari lahir giliran saya, saya pilih makan di AEON Shah Alam. Selagi tak habis AEON Shah Alam selagi tu la kita makan kat sini yer kecuali ada pilihan lain. Kali ni makan di The Manhattan Fish Market, AEON Mall Shah Alam. Layan je la gambar kat bawah yer :)Haruslah dimulakan dengan kami berempatSatu kali lagi :) Datin Ema dan AdBaby face betul muka Ad kat siniMe and IdaLove kecik katanyaYang saya makan. Menyesal makan. Pedas gilaSpicy Seafood OlioKak Ema punyaCurry Hill SeafoodAd dan Faidah punya Mediterranean Baked FishSaya dan FaidahSebelum balik sempat lagi posing ! Sampai ketemu lagi bulan depan yer :)AEON Mall Shah AlamLot G-03, Ground Floor, AEON Mall Shah Alam, No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, SelangorTel: 03-5523 4520Terima kasih untuk hadiah hari lahir yer korang !Korang dah pernah makan kat The Manhattan Fish Market? Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.”(Hadith Riwayat Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Tragedi September

2017-09-20T12:25:17.100+08:00

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Korang pernah rasa tak sedap hati? Rasa tak sedap hati ni dari semalam. Hari ni turun rumah, baca doa lebih sikit sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja. Siap hantar my Nayla, terus ke ofiz. Dah keluar dari kereta, kat tepi kereta, duk berkira-kira nak bawa payung ke tak sebab tadi masa sampai ofiz hujan renyai. Baru je nak pergi sebelah, ada kereta dari depan meluncur laju. Ya Allah.. Nak tercabut jantung mak nak. Aduhai.. Alhamdulillah, umur masih panjang. Rasanya kalau lah saya ada kat tepi tu, dah keluar akhbar muka depan esok ni. Almarhum di tempat parking. Allah masih memberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Cuma seminit di ambang kematian . Allahu...Alhamdulillah. Mujur dia pun tak ada cedera ke apa. Alhamdulillah. Tengah hari ni lah kot bawa pergi bengkel betulkan bumper tercabut tu.Payung pun memang lupa terus nak ambil sebab terkejut sangat. Berdebar tak hilang. Cik Vina yang dinoda. Dulu dah ternoda akibat kecuaian sendiri kat parking juga bumper belakang.  Parking dan Eliss berpisah tiada. hahahaBezza ternyata berbeza.. Kereta dia memang ada masalah dah sebelum ni. Katanya ada masalah pada sistem elektronik . Wallahualam. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua. Bulan ni memang menduga sikit. Semoga Allah ganti yang lebih baik. Masa balik raya haji hari tu, tiba-tiba tayar kereta Cik Vina kena tukar, hp my hubby pulak buat hal. Semua pakai duit. Alhamdulillah simpan emas sikit sikit setiap bulan secara istiqamah selesai dua dua masalah. Kami memang tak ada kad kredit. Letak kat ar rahnu upah simpan baru 1% bulan-bulan. Bulan-bulan simpan sikit sikit untuk tebus balik emas yang kena pajak. Emas dapat balik,tayar dan my hubby dapat hp Vivo baru boleh geng Siti Nurhaliza #eh. hahaha. Macam mana nak pajak emas di ar rahnu, boleh rujuk entri ini. Siapa yang nak mulakan emas pertama serendah 0.5 gram meh bisik kat saya atau whatsapp saya laju-laju. Mulakan sekarang jangan tunggu RM 500 satu gram baru nak mula.Kita tak tahu pun bila kita perlukan duit kecemasan macam ni. Nak pinjam orang? Kalau ada yang sudi bagi pinjam. Kawan gembira memang senang nak cari, kawan tengah susah semua pakat lari . www.wasap.my/60139729706Hari ni hari keempat bekerja dari tempat kerja baru. Tempat kerja jer bertukar tapi pejabat masih sama. Tahun ke 10, 6 kali bertukar tempat kerja. Environment baru, semoga boleh bekerja sekuatnya kerana Allah. My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Program Larian Anjuran UiTM

2017-09-18T10:21:43.617+08:00

Assalamualaikum dan Selamat Petang .Dah lunch ke? Hari ni tiba-tiba nak tulis pasal larian pulak. Banyak sekarang ni orang suka join larian kan. Bagus betul program ni disamping membantu membakar kalori dan boleh menyihatkan tubuh badan. Teringin jugak nak join tapi tak ada running buddy lah pulak yang sanggup 'berjari' . Berjari tu berjalan lari. Sambil lari, sambil jalan. hahahahaTeringat zaman sekolah dulu, saya ni si kaki bangku , memang tak reti sangat main bola. Bila kat sekolah saya ada persatuan jogging, terus saya daftar masuk cepat-cepat. Kah kah kah.Lagi satu softball.Cuma perlu pukul bola dan lari ajer.Siap jadi kapten. Kapten ni lebih kepada kena angkut kayu softball tu. Sadis. Sebenarnya saya dulu tak ada la bangku sangat tapi lebih kepada fobia sebab masa darjah 3 saya praktis main bola baling untuk rumah sukan tak silap, lepas tu bila kawan buat hantaran( bukan posting yer) , bola tu terkena jari anak masa saya tangkap bola tu. Sudahnya sampai sekarang jari tu masih bengkok. Seminggu saya tak cakap mak. Zaman kita dulu kan, mesti takut nak cakap mak kalau buat salah kan. Sampai dah tak tahan sangat sakit baru cakap. Bila jumpa tukang urut, dia cakap urat dah keras. Maka dapatlah cacat kekal kat jari anak tu. hahaha. Insurans cover tak?Malas lah nak cerita panjang, jom la tengok program larian yang dianjurkan oleh UiTM kot korang berminat nak join berlari sama kan. Mak ni bila nak insaf pun tak tahulah. hahahaUiTM Hat Run 2017Tempat : Padang Kawad UiTM Shah AlamTarikh : 16 September 2017Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!Contact person :Amir - 017734 8830Aliff - 017322 7393Registration Form :http://checkpointspot.asia/Event/EventInfo.aspx?EventCode=%2bCLIdwP2TWM%3dLED Night RunTempat : Padang Kawad UiTM Puncak AlamTarikh : 19 September 2017Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!Contact person :Hidayah : 011 2557 7162Adlina : 017 374 2949https://www.facebook.com/TrigkkaEvent/Arau Rainbow Run 2017Tempat : UiTM Cawangan PerlisTarikh : 28 Oktober 2017Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!Contact person :012- 4750787 (Jamilah Radzi)013- 4161355  (Nurul Afiqah)Registration Form : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdpRXxWJwyIStFfCJJ9eUVyVveJQ6ogRwqXQYSiuecBW-SDkA/viewformUiTM Run 2017Tempat : UiTM Kota Samarahan, SarawakTarikh : 2 Disember 2017Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!Contact person :Mohd Zakey 0138122973Aima Sumiyati 0148923086Kadariah 0138942784Registration Form : https://goo.gl/forms/11C3A1YPi3dvyowp2Korang suka join Larian ? #khidmatmasyarakat #uitmdihatikuDaripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”(Hadith Riwayat Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



10 Aksesori Tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada

2017-09-13T10:52:33.893+08:00

Assalamualaikum dan selamat Petang. Nasib lah kan kalau ada yang naik menyampah kan asyik cerita Pressure Cooker jer bila update. hahaha. Hari ni kita window shopping secara online sudah. Mana lagi nak shopping kalau bukan Lazada. Sebelum buat pembelian di Lazada, register dulu Cashback, boleh klik sini dan dapat voucher RM10.Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Ok , hari ni saya nak tulis pasal Aksesori Tambahan yang diperlukan untuk Russell Taylors PC ni. Sebenarnya kelemahan Russell Taylors PC ni tak boleh masak kek secara direct guna pot yang disediakan. So teknik yang berjaya untuk membuat kek adalah dengan cara mengukus saja.Ada yang cuba menjadi tapi banyak yang buat tak jadi. Kat sini saya nak kongsi lah kukusan yang boleh muat di dalam Russell Taylors PC ni. Untuk makluman, lebar inner pot Russell Taylors PC ni adalah 18 cm atau lebih kurang 7 inci .So kalau nak cari aksesori tambahan , korang kena tengok ukuran terlebih dahulu. Saya nasihatkan cari lebar yang kurang dari 7 inci. Loyang saya memang tak muat masuk dalam Russell Taylors PC ni. Kena cari loyang baru lah nampaknya. Jom la tengok list aksesori tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada . So korang yang ada Pressure Cooker jenama lain pun boleh guna alatan ni tapi kena semak dulu lah ukurannya. 1) Stainless Steel Steamer ( Boleh laras  7 - 10.6 inci) Untuk pembelian, klik di sini  2) Silicone Steamer ( 6 inci) Untuk pembelian, klik di sini  3) Silicone Poaching CupsUntuk pembelian, klik di sini 4) Silicone Cake Mould ( 3 inci) Untuk pembelian, klik di sini 5) Steam Rack ( 7 inci) Untuk pembelian, klik di sini 6) Ramekin ( 4 inci) Untuk pembelian, klik di sini 7) Aluminium Cake Pan ( 2 inci) Untuk pembelian, klik di sini 8) Springform Pan ( 4 inci)Untuk pembelian, klik di sini 9) Bundt Pan ( 4 inci) Untuk pembelian, klik di sini 10) Aluminium Cake Mould ( 6 inci) Untuk pembelian, klik di sini Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmieSunat Menyampaikan Berita Gembira - Daripada Abu Ibrahim, dipanggil juga Abu Muhammad atau Abu Muawiyah Abdullah ibn Abu Aufa RA, “Bahawa Rasulullah SAW memberitahu berita gembira kepada isterinya Saidatina Khaidjah bahawa dia akan memperolehi sebuah rumah di Syurga yang dijadikan daripada permata, jauh daripada kebisingan dan juga permusuhan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Nasi Daging Pressure Cooker Russell Taylors untuk Birthday Celebration

2017-09-08T08:13:10.950+08:00

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah makan ke belum? Kalau belum boleh la pergi makan dulu. Entry hari ni berbau makanan lah lagi. Entah bila nak kurus pun tak tahu kalau asyik mencekik macam ni. Semalam saya bercuti sempena birthday sendiri. Hahaha. Terima kasih kepada semua sahabat saing rodong yang sudi mendoakan saya sempena birthday saya semalam. Saya doakan agar semua kebaikan di balas ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah . In sya Allah. Sebenarnya my hubby dapat MC semalam, so ajak lah pergi dating. Breakfast je pun. Anak-anak dah pelik sebab tengok maknya pakai kasual kan. Lagi pelik bila tengok Abah pun pakai tracksuit je. Hahaha. Ajak la my hubby pergi TTDI nak makan kat Restoren Mak Uda tapi teringat yang Kid pernah update makan kat Restoren Mak Uda kat shop lot depan AEON tu. Nak pergi punyalah jam sebab waktu orang nak pergi kerja kan. Tapi demi sepinggan nasi minyak kami hadap jua. Nasib la buka kedainya . Bila tanya diorang kata, memang sama dengan cawangan TTDI Jaya . AlhamdulillahDengan cinta hati Restoren Mak Uda Selera Timur 16, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13,  40000 , Shah Alam, SelangorMapJJCM @ Mak Uda Selera Timur Cawangan TTDI Dah sampai rumah, saya keluarkan daging jiran bagi hari sebelum tu. Maka terjadilah nasi daging hentam ajer lah labu. Belasah ajer bahan yang ada dalam almari dapur tu. Alhamdulillah bertambah tambah my hubby dan anak-anak saya makan. Kiranya in lah dengan tekak. Resepi Nasi Daging @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss Bahan- bahan:-5 cawan beras2 helai daun pandan disimpul4 tangkai daun kari3 sudu rempah kari dijadikan pes (*boleh juga gunakan rempah kurma)Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)1 kiub ayamSedikit garam2 inci halia diketuk3 ulas bawang merah dihiris1 tin susu cair (2 cawan)3 cawan airDaging setengah kilo1 biji bawang besar dihiris5 ulas bawang putih dihirisCara-cara :- 1. Tekan bake by default P10. Masukkan minyak sapi dan tumis rempah 4 beradik , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan pes sehingga pecah minyak. Masukkan beras, susu cair, daun pandan , daging dan garam ( penutup PC terbuka)2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (tekan pressure select - jadikan P10) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi sehingga mesra dan sedia dihidangkan.Buat sambal masak merah dan sambal nasi ayam dengan timun dan salad. Settle. Sebenarnya nasi daging ni lebih kurang nasi minyak la. Kalau belah kedah ni diorang makan pulak dengan daging bakar cicah air asam gitu bersama dalca pulak. Semua menu daging la hai. Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmieUntuk pembelian Russell Taylors Pressure Cooker , boleh klik kat sini laju-laju Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak[...]



Wet World Water Park , Shah Alam

2017-08-22T16:27:57.227+08:00

Baru nak up dekat blog. Perginya 2 minggu sudah. Akhirnya hari yang dinantikan my Nuha sudah tiba. Malam tu hujan agak lebat. Memang harap esoknya jangan la hujan. Alhamdulillah cuaca berpihak kepada kami dengan izin Allah. So lepas dah breakfast , kami bergerak ke Shah Alam. Sampai di kaunter, bagikan e-ticket yang dah beli siap-siap secara online . So cashier dia akan bagi pass masuk untuk di pakai pada tangan dan untuk masuk memang diorang akan scan gelang ini. So simpan sampai nak keluar yer . Sebab nak keluar pun, dia akan scan balik gelang ni. Sebelum masuk ada pemeriksaan beg, tapi memang dia tengok dari luar beg jer. Sebab tak ramai lagi orang agaknya. Menyesal tak bawa bekal. Tapi ada la bawak biskut untuk diorang.Mula- mula sampai survey dulu kawasan. Tengok memang ada tempat duduk berbayar dan percuma. Confirm lah kami pilih yang percuma. Lagipun memang dah budget pukul 2 nak keluar dah dari situ. Even locker pun kami tak sewa. Dasar cheapskate. Kaunter sewaanCabana ada 2 jenis, ada yang RM 100 ( Deposit RM 50 ) dan RM 150 (Deposit RM 100) Tube RM 25 ( Deposit RM 25 ) Locker RM 20 ( Deposit RM 20) Masa ni dah siap tukar baju nak balik. Kat dalam ni ada surau sekali. Ruang duduk berbayar. Kat tepi yang kecik sket tu free.Contoh ruang duduk berbayar. Memang dikunci. Locker untuk simpan barang Hair dryer pun ada disediakan untuk sewa tapi tak perasan pulak berapa Kat situ pun ada sewa tube, so kalau nak main mainan yang guna tube kena la sewa. Kalau nak jimat, boleh la kongsi satu tube ramai-ramai. hahaha. Nasib anak-anak pun dasar penakut. So main dalam kolam kanak-kanak je pun. Naik slide yang besar tanpa tube tu pun diorang takut. Nasib la takut. Kalau tak dengan mak sekali kena main slide tu. Makanan memang ada dijual kat dalam tu. Harga memang agak mahal sket dari kat luar. Ayam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5. Tu je yang saya beli alas perut sebab nak keluar lunch pulak lepas tu. Salah satu kiosk makanan yang adaAyam popcorn dengan fries kejung pun dah RM 5 dan biskut seludup. hahahaAir masak boleh bawa masukSkill terapung masih adaAlhamdulillah lega my Nayla nak juga masuk dalam airBanyak tempat boleh posing kat dalam tu, sesuai buat photobookYang ni Kiddy Typoon LagoonIsland of Treasures Bermuda Triangle . Kat sini my Nayla hampir lemas. hahaha. Dia nak tiru skill kakak menyelam sekali memang betul-betul menyelam. Nampak la dia terapung tapi nafas tak cukup kot dia tertelan air. Lepas tu macam fobia balik . Masa awal-awal kemain seronok dah dia main air. Risau jugak dia tak nak turun sebelum tu. Rugi beli tiket nak.Last-last ajak naik dan tertidur. hahaha. Sempat tidur sejam. Kakak memang tak berenti dari 10 pagi sampai 2 petang main air. Puas hati mentang-mentang birthday treat dia kan. Kat atas ni Monsoon Buster. Mengerikan jugak tengok diorang naik tu. hahaUlang-ulang je la main slide ni. Ni je yang Nayla berani nak main tapi my hubby atau mak kena pegang la My hubby bawa dia turun Overall ok la kat dalam ni untuk anak-anak main air. Dah lama rasanya tak main air tapi klorin agak kuat juga so berhati-hati bagi yang tak tahan kan especially yang ada athma.  Bagi korang yang berminat ada lagi ni promo merdeka , tarikh akhir pembelian 16  Sept 2017dan boleh beli tarikh voucher sehingga 31 December 2018   : http://wetworld.my/shah-alam/tickets/Wet World Shah AlamWaktu OperasiIsnin- Jumaat 10AM - 6PMSabtu - Ahad  10AM - 6PMCuti sekolah dan cuti umum 10AM - 6PMTutup pada hari rabu kecuali Cuti sekolah dan cuti umumHarga TiketPercu[...]



Nasi Arab Kabshah & Ayam Mandy Russell Taylors Pressure Cooker

2017-08-18T14:54:52.535+08:00

Assalamualaikum.Hai..Abes lah diet mak duk menayang resepi dari Pressure Cooker Russell Taylors ni. Setiap hari ada je menu nak cuba. Selagi tak cuba rasa tak lengkap. Orang share resepi Nasi Arab terus rasa nak buat sendiri. Teringat kawan blogger Zaila tu, terus order seterika dan rempah nasi arab. eh. hahaha. Tapi Zaila mestilah guna noxxa, mak aim je dari jauh nak buat nasi arab PC tu tapi guna PC marhaen mak la seperti biasa. Boleh whatsapp Zaila laju-laju yer : www.wasap.my/60129706828Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Saya buat Nasi Arab ni just ikut je resepi belakang kotak Nasi Arab Mandy dan Kabshah jenama Al Bayt ni. Saya beli 2 kotak. Tapi satu kotak nasi dalam 3 cawan beras ajer. So jadilah Nasi Arab kahwin nama dia. Nasi saya guna rempah Kabshah dan untuk ayam saya guna rempah Mandy . Sebab nak makan ramai kan . Satu kotak tu boleh untuk 3-4 orang dewasa. Nasi Arab Kabshah & Ayam Mandy @  Russell Taylors Pressure Cooker by ElissAyam Bakar MandyBahan- bahan1 ekor ayam di belah empat 5 ulas bawang putih dikisar2 sudu rempah Mandygaram dan 1 sudu minyakLumur ayam dengan rempah , bawang putih dan garamCara-cara1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak. Masukkan ayam dan balikkan untuk kesan garing pada ayam ( penutup PC terbuka)2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Chicken(default P15) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. * Jika suka boleh campurkan minyak ayam ke dalam nasi Untuk Nasi Kabshah : Bahan-bahan; Beras direndam selama 20 minit dan toskan.Kisar 1 ulas bawang besar dan 5 ulas bawang putih Rempah 4 sekawan dan lumi 6 cawan beras basmathi 4 cawan air2 sudu besar garam2 sudu besar rempah KabshahCara-cara1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak, tumiskan bahan kisar,rempah 4 sekawan, lumi dan 2 sudu besar rempah Kabshah.  Masukkan beras, air dan garam ( penutup PC terbuka)2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi arab sehingga mesra dan masukkan ayam tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.Sos Harah 2 biji tomato, 1 biji cili padi, daun ketumbar,garam dan satu sudu perahan lemon dikisar tanpa air Salad Arab2 biji tomato , 1 batang timun dipotong daduHiris halus bawang besar dan daun ketumbarGaulkan semua bahan dan masukkan garam dan lada hitamAyam Mandy BakarClose up Ayam Mandy BakarSaya tak buat pun Sos Harah tu sebab my hubby lagi suka buat sos nasi ayam. Selera tekak melayu kekdahnya. Arab mabuk. hahaha. Siap perkasam lagi. Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmieUntuk pembelian Russell Taylors Pressure Cooker , boleh klik kat sini laju-laju My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Harga 2017 | eQurban Ihsan Sdn Bhd | eQurban.com | Qurban & Aqiqah

2017-08-15T12:45:20.594+08:00

Sekarang dah musim haji kan. Musim haji ni sinonim dengan qurban atau aqiqah. Sekarang semua tempahan qurban atau aqiqah boleh dibuat di hujung jadi dengan  eQurban. eQurban Ihsan Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia. eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.Harga untuk setiap bahagian lembu aqiqah dan qurban bagi tahun 2017 adalah :- LEMBU KEMBOJA : RM400/bahagianLEMBU MALAYSIA : RM570/bahagianManakala harga untuk seekor kambing aqiqah dan lembu bagi tahun 2017 adalah : KAMBING LUAR NEGARA : RM650/ekorKAMBING MALAYSIA : RM800/ ekorBagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini✓ Klik dan pergi ke halaman http://equrban.com✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan✓ Hantar tempahan.Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban? Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama kami akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha).Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.”My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Nasi Ayam Pressure Cooker Russell Taylors

2017-08-09T15:30:58.085+08:00

Assalamualaikum semua dan selamat petang.Dah petang ni boleh la up resepi kan. Semua dah kenyang kan. Hari ni macam biasa lah, saya nak kongsi resepi Nasi Ayam menggunakan Pressure Cooker Russell Taylors. Boleh juga digunakan untuk pressure cooker jenama lain sebab hampir sama ajer fungsi dia. Dengan pressure cooker ni memang menjimatkan masa sangat. Overal, nasi ayam versi saya mengambil masa satu jam untuk siap dan sedia dihidangkan atas meja tu. Biasaya part merebus ayam nak buat stok tu la lama kalau buat nasi ayam  ni.Tapi dengan PC memang menjimatkan masa sangat. Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Nasi Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors by ElissStok Ayam ( Untuk memasak nasi ayam)  dan SupBahan- bahan1 ekor ayam di belah empat dan ayam untuk sup 5 sudu kecil garam2 inci halia diketuk2 ulas bawang merah dihirisRempah 4 sekawan- 3 bunga lawang,3 cengkih,  4 buah pelaga, 2 kulit kayu manisCara-cara1. Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam PC. Pastikan air tidak melebihi paras maksimum.Masukkan bawang merah, bawah putih, rempah 4 sekawan, halia dan garam ( Stok digunakan untuk memasak nasi ayam dan sup ) 2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Chicken (default P12) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Ayam Toskan ayam dari PC dan sedia untuk digoreng sekadar untuk menggaringkan kulit ayam.Sup Ayam1. Tekan pada fungsi bake P10, tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan. Dah garing masukkan air lebihan ayam tadi, sup bunjut , carrot , kentang, garam jika perlu  ( Penutup PC terbuka) 2. Tutup penutup PC. Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/OFF. Tekan pada Soup , Pressure Select (-) jadikan P53. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Nasi Ayam Bahan- bahan4 cawan beras  dan 4 cawan stok ayam2 helai daun pandan disimpul2 sudu mentega1 sudu kuning pewarna jika suka5 ulas bawang merah hiris3 ulas bawang putih hiris2 inci halia diketukGaram 1 sudu kecilRempah 4 sekawan  3 bunga lawang,3 cengkih,  4 buah pelaga, 1 kulit kayu manisCara-cara1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan mentega , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian rempah 4 sekawan dan daun pandan. Masukkan beras,stok ayam,halia,pewarna dan garam ( penutup PC terbuka)2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi ayam sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.Nasi ayam sedia untuk dimakan. Jemput tengok Nasi Ayam kurang kasih sayang. Eh kurang pewarna. Pewarna dari mentega jer ni.Yang best memang tak berkerak langsung nasinyaSelingan , beli lada hijau ni kat Tesco RM 4. Tak tahu la sama tak dengan lada solok yang saya selalu beli kat terengganu tu. So saya buat cili jeruk. Yumss.. best makan dengan mee goreng !Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmieUntuk yang nak beli Philips All In One Pressure Cooker boleh klik sini untuk Pembelian sebab Russell Taylors dah habis stok&n[...]



Sambutan Kejutan Hari Lahir ke 9 dan Dating Anniversary ke 14

2017-08-08T11:42:32.995+08:00

Assalamualaikum. Welcome August ! Hari Rabu lepas, 2 Ogos 2017 genaplah usia puteri sulong kesayangan kami yang ke 9. Macam tahun lepas tahun ni dia tanya tak ada surprise ke untuk dia. Dah nama surprise, mana boleh bagitahu cakap kat dia. Lepas dia balik mengaji dia muncung jer sebab dia ingat tak ada surprise. Bila suruh solat isyak dia kata dah tapi dalam keadaan marah. Allahu..Sabar jer la.Sebenarnya saya nak surprisekan dia lepas my hubby balik dari surau lepas solat Isyak. Dah surprise sangat kan, lupa nak amik gambar dia potong kek. Hahaha. Sebab dah lewat nak dinner. Semua tengah lapar katakan. Kalau tengok muncung dia sebelum tu siap boleh ikatlah. haha. Beli 4 slice kek dekat Secret Recipe. 2 slices chocolate Indulgance, Macadamia Cheese Cake dan Tiramisu. Yang lain pun tak tersnap dah selamat masuk dalam perut. Happy birthday kesayangan kami. Semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat. Jangan selalu cepat sentap. hahahaSatu-satunya gambar kek yang ada. hahahaUntuk birthday dia macam biasa lah sediakan goodies bag untuk kawan-kawan sekelas dia. Tahun lepas dia bagi untuk kawan sekolah agama, tahun ni untuk kawan sekolah kebangsaan pulak. Saya designkan sticker untuk tampal kat goodies bag. Ni saya print kat Seksyen 2Print Expert Sdn BhdNo 18,20,22 Jalan Bunga Tanjung 2/16. Tel : 03 5525 0588Total RM 20.15 (termasuk gst) untuk 5 keping sticker tapi design saya buat sendiri. So kalau nak jimat boleh buat design size kecil . Mungkin untuk buat goodies hari perkahwinan ke kan. Sticker saya ni ni dalam 50 sen sekeping lah kiranya. Hari tu dia tanya ada design ke, mungkin diorang pun boleh designkan. Tak tanya pulak caj design.Hasil Akhir :) Hadiah hari lahir tahun ni kita main air kat Wetworld sudah. Hujung minggu ni plan nak perginyaBagi korang yang berminat jugak ada promo merdeka ni kan  : http://wetworld.my/shah-alam/tickets/Untuk Cinta Hati, Happy 14th Dating Anniversary . Terima kasih terima diri ini seadanya , dari kurus sampai bam bam gajah hebat. hahahaha. I love you now and forever and still counting...Thank You sayang untuk hadiah Dating Anniversarynya ...hahahaha14 tahun lepas di saiz M dan mampu berkebaya.. hahahaLetak juga la gambar my hubby 14 tahun lalu. hahaha. Juga di saiz M. I Love U More Than Anything In The Whole Wide WorldTerima kasih sayang belikan hadiah ni..hahaha"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pulakepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Review Buku Masakan One-Pot Wonders

2017-08-09T15:28:07.219+08:00

Assalamualaikum dan Salam Jumaat ! Lama tak bersiaran. Asal bersiaran cerita pasal makanan kan. Tapi kali ni nak review buku yang saya menang kat contest Philips tu. Siapa yang follow kat fb mesti dah tahu la. Tak sangka menjadi salah seorang pemenang. Tak sia-sia follow instagram Chef Marina tu. Selalu tengok demo masakan Philips sebelum beli Russell Taylors PC tu. Inilah buku yang dimaksudkan One-Pot Wonders. Haruslah kena guna Philips Pressure Cooker ( PPC) tapi Russell Taylors PC pun bolehTerdapat 25 Resepi kesemuanya.Antara resepi yang ada dalam buku ni.Sambungan Resepi yang adaInilah jawapan kemenangan untuk contest saya, Roti Naik JohorNi kalau kat Terengganu kitorang panggil Roti Paung. Tak silap saya dipanggil Roti Paung sebab semua bahan utama untuk adunan nak buat roti tu bersamaan dengan 1 Pound. Orang terengganu kan , haruslah jadi Paung. hahahaa 1 Pound = 0.454 kgYang menarik dalam buku resepi ni Claypot Chicken Rice with Salted FishCara nak buat guna PPCNampak sedap kan. Bolehla cuba nanti.Buku ini keluaran MPH. So boleh la beli online yer seperti dibawahJimat duit saya RM 35.91Klik Untuk Pembelian Buku One-Pot Wonders di MPHAim buku ni pulak lepas ni. Ke ada orang nak bagi hadiah percuma ? Hari lahir dah dekat ni. hehehehttp://pts.com.my/buku/resipi-istimewa-pressure-cookerKorang ada buku masakan menggunakan Pressure Cooker ?Untuk yang nak beli Philips Viva Collection All-In-One Cooker boleh klik sini untuk Pembelian My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Photobook RM 1 dari Photobook Malaysia

2017-07-27T09:56:28.481+08:00

Hari tu ada promosi Photobook Malaysia RM 1 yang 6" X 6" Mini Square Softcover Photobook tu la. Bukan offer dari Lazada tapi direct Photobook Malaysia. Sekarang pun ada promosi tapi tak dapat lah RM1 . 10 copies RM 95. Boleh dah tu nak beli. Semak dulu T&C sebelum beli. Yang saya punya RM1 tu tak boleh bulk order, so postage asing-asing even photobook sama dan alamat yang sama kan. Tapi ok la dari harga asal RM79 kan.hahahahttp://www.photobook.com.my/prp/jul17-saleJom tengok photobook yang telah saya submit. Design semua sendiri jer kali ni sebab macam tak puas hati jer tengok template yang sedia ada tu. Gambar ni ada yang raya 2015 sekali sebab tak cukup gambar . Belasah je la.hahaha. Bukan selalu buat photobook kan . Ada satu lagi tak sempat buat yang pergi Sabah tu. Cover depan belakang Korang dah ada Photobook Malaysia ? Siapa yang nak saya designkan photobook boleh email ke elissmie@gmail.com , harga kasih sayang saya charge tapi photobook kena la beli sendiri yer. hahahaDaripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah engkau menghina seorang jiran kepada jiran tangga yang lain, sekali pun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef [...]



Nasi Goreng, Nasi Minyak & Nasi Lemak Russell Taylors PC

2017-07-25T13:50:13.011+08:00

Macam mana ? Dah terpengaruh nak beli PC? Especially PC Russell Taylors lah kan. Bak kata Zira, memang berbaloi kak Eliss beli . Mesti lah kena berbaloi kan setimpal dengan duit my hubby yang terpaksa cancel beli helmet tu. Bulan ni beli helmet yer. hahahaOh, lupa nak cakap. Bagi Sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Yang tak tahan tu siap dilantik sebagai admin. Pun boleh. Kena la rajin masak yer.Resepi Nasi Goreng @ Pressure Cooker Russell Taylors  by ElissBahan-bahan :4 cawan beras2 sudu besar minyak untuk menumisSawi dan lobakAyam yang dipotong kecilGaram secukup rasaAir secukupnyaCara-cara:1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan cili boh sehingga pecah minyak. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi goreng sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.** Jika cuba nasi goreng masa tengah panas tu, nasi macam jelantah sedikit. Tapi lepas PC dah sejuk, nasi goreng enak dimakan tanpa rasa jelantah lagi.Nasi Goreng Pressure Cooker Russell TaylorsSukatan air untuk nasi Resepi Nasi Minyak @ Pressure Cooker Russell Taylors  by ElissBahan-bahan penumis :-2 sudu besar minyak sapi2 sudu besar mentega1/2 biji bawang besar dimayang2 ulas bawang putih, dimayang halus1 inci halia4 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga cengkih3 kuntum bunga lawang3 biji buah pelagaBahan-bahan :-2 cawan susu sejat ideal1 sudu kecil pewarna kuning3 cawan beras . Rendamkan terlebih dahulu sebelum memasak.1 ikat daun pandan1 kiub ayam knor2 sudu besar tomato pureeCara-cara :-1. Onkan PC dan tekan bake P10 ,panaskan minyak sapi dan mentega kemudian tumis bahan - bahan penumis yang lain hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puree, kiub ayam , susu, pewarna kuning dan daun pandan.Kemudian masukkan beras kedalam periuk dan masukkan air sehingga paras sukatan nasi gambar diatas ( penutup PC terbuka) 2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) . 3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi minyak sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.Tumis dengan fungsi bake P10Sukatan cecair yang diperlukan sama seperti sukatan air nasi diatasNasi Minyak Pressure Cooker Russell TaylorsNasi minyak PC yang digandingkan dengan gulai ayam, acar jelantah dan sambal belacan resepi ibu mentua :) Resepi lengkap boleh rujuk disini : Nasi Minyak Oren dan Gulai Ayam TerengganuResepi Nasi Lemak @ Pressure Cooker Russell Taylors  by ElissBahan- bahan4 cawan beras2 helai daun pandan disimpulSedikit garam2 inci halia diketuk2 ulas bawang besar  dihiris1 cawan santan kotakAir secukupnyaCara-cara1. Masukkan beras, santan, daun pandan, garam dan halia. Pastikan sukatan cecair sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)2[...]