Preview: B'jue Corner
B'jue CornerBLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........Last Build Date: Fri, 10 Feb 2012 09:16:01 +0000
BERIMAN KEPADA YANG GHAIB Thu, 09 Feb 2012 17:20:00 +0000 Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas’ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.APAKAH ITU JIN?Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya “yang tersembunyi” atau “yang tertutup” atau “yang tak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum “alam tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”AWAL PENCIPTAAN JINAllah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUPJin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.TEMPAT TINGGAL JINMakhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: “Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah.”Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: ” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (HR. Abu Dawud)Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: “Janganlah kamu kencing dilubang.” (HR. An-Nas’i)KERAJAAN IBLIS* Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia se[...]
Grab an Ice Cream Sandwich from a Celcom booth! Thu, 09 Feb 2012 09:13:00 +0000 The world’s first smartphone who runs on Android 4.0 Ice Cream Sandwich is here at our shores. Spotting a 1.2GHz dual core processor and 4.65” HD Super AMOLED, grab these babies exclusively at Celcom from as low as RM 1,348 plus RM 10 rebate for 6 months on early bird promo.
Jazeman Jaafar and Michael Schumacher. Petronas Motorsports drivers Thu, 09 Feb 2012 01:14:00 +0000 They say to be good at what you do, you have to learn from the best and who better to learn from than the Reigen Meister himself? Watch Jazeman Jaafar, our very own PETRONAS Motorsports Talent Development Driver in London as he chats with Michael Schumacher on what it takes to be a World Champion.
Hukum tertidur semasa solat Wed, 08 Feb 2012 17:26:00 +0000 Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wudhuk) tanpa ada khilaf di kalangan ulamak sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;
Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276). Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulamak seperti berikut;
Rujukan; 1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’). 2. Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum). 3. Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.
TIPS MELATIH ANAK BERANI Tue, 07 Feb 2012 17:41:00 +0000 1. Jangan cepat membantu anak dalam pelbagai perkara. Setiap ibu bapa sayangkan anak-anaknya tetapi jangan jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka.Biarkan anak anda cuba dahulu, jika gagal juga tunjukan caranya 50%, bukan seluruhnya. anak-anak perlu mencuba dan melakukan kesilapan. Contoh latih anak pakai seluar dan baju, beri pada anak 1 tahun, suruh dia pakai. Mulanya salah dan tak masuk, tapi katakan masuk tangan kanan dahulu, lama kelamaan anak akan berusaha dan boleh pakai baju.Daripada kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga. biar anak berani dengan dirinya.2. Bila guru marah anak, biarkan.Biar saja anak di marah cikgu kerana kesalahan membuat kerja sekolah, biar anak tahu kesalahan mereka dan tahu bagaimana nak selesai masalah itu. Oleh itu, biarkan anak dimarahi dan didenda gurunya. Dari situ, dia belajar dan menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risiko. Ibu bapa usah campur tangan. Biar anak berani ambil risiko atas kesalahannya3. Berikan anak-anak peluang bergaul.Namun, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang daripada keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asalkan kita tahu siapa rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya. Biar anak berani bergaul dengan perbagai orang. Pada masa sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terbabit dengan aktiviti tidak sihat.4. Biasakan anak-anak dengan aktiviti lasak.Aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah dan berenang dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak. Kalau dia selamat ke sekolah dengan basikal, latih dia akan kesusahan itu.Bayangkan di negara Barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan. Tetapi, apabila selesai mencuba, pastilah keberanian diri meningkat. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilakukan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.Latih mereka tebas dan cuci lalang, rumput, mengcangkul tanah dan membuat kerja berat di kawasan rumah. Jangan manja anak, sehingga anak tak tahu erti hidup.5. Bawa anak ke majlis orang dewasa.Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa daripada usianya. Bawa anak makan kenduri, bawa anak kenal saudara mara, dengan ini melatih mereka berani berdepan orang ramai. Berikan dia ruang bertanya dan bercerita. Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang anak berani berdepan dengan orang ramai nanti.6. Latih anak mengambil risiko.Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Ini bukan bermakna mereka melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli. Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko. Memanjat pokok itu kerja berisiko tetapi jika bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan, itu kerja berbahaya.Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu kerja berisiko tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.7. Bercakap secara positif.Bagi menanamkan keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya. Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan mereka dengan hati yang terbuka asalkan belajar sesuatu dari pengalaman itu.Bina diri anda dan anak anda dengan minda positif dan cemerlang. Cerita pengalaman anda dan susah payah anda semasa muda. Tingkat motovasi anak anak. Jadikan anak anda manusia yang takwa, berani, tanggungjawap dan minda positi[...]
Don’t go breaking my heart. Mon, 06 Feb 2012 22:45:00 +0000 Celestial Movies is Asia’s top channel for exclusive TV premieres of the latest Hong Kong blockbusters and Asian movies. Starring Louis Koo & Daniel Wu, you’re sure to get addicted to this romantic and charming love triangle, and in conjunction with the hit Kong Kong romantic movie ‘Don’t Go Breaking My Heart’, Celestial Movies want to send YOU to Hong Kong!
All you have to do is answer 1 of two simple questions and write a short explanation on their Facebook page: Which one of the guys would you pick to marry? OR Which one of the guys would you prefer to be? The winning answer will win a trip to Hong Kong for 2 inclusive of accommodation and a tour to some of the shooting locations from the movie! Other finalist prizes up for grabs include Samsung GALAXY Tab 10.1 and Carrefour vouchers. Not only that, the winner and finalists will even be featured on Celestial Movies!
3 Langkah Kesan Awal Serangan Strok di Rumah Mon, 06 Feb 2012 17:35:00 +0000 (image)
Strok atau serangan angin ahmar adalah serangan yang menggerunkan. Sekelip mata saja penyakit yang disebabkan oleh pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah menyebabkan pesakitnya mengalami lumpuh, koma malah hilang ingatan. Oleh itu amatlah penting sekali bagi anda memerhatikan tanda tanda awal penyakit ini. Perhatikan gejala berikut: * Hilang penglihatan secara tiba tiba * Rasa lemah pada wajah lengan atau kaki * Sukar berkata kata atau memahami pembicaraan * Sakit kepala yang teruk pening atau kehilangan keseimbangan Lakukan ujian ini: Beberapa bentuk ujian boleh dilakukan di rumah untuk membantu mengesan strok lebih awal. Lakukan ujian ini untuk mengenal pasti serangan strok: * Minta pesakit senyum. Perhatikan adakah salah satu sisi wajahnya tidak terangkat? * Minta pesakit mengangkat kedua dua lengannya. Adakah salah satu lengan jatuh kebawah. * Minta pesakit mengulangi ayat pendek. Perhatikan suaranya adakah ia kedengaran pelik atau lain dari biasa. Selain cacat fizikal, 30-50% dari penderita strok akan menderita kemurungan yang dapat dilihat dengan sikap mudah marah, kurang keyakinan diri dan gangguan tidur. Dalam beberapa kes depresi dapat mengurangi motivasi dan memburuk keadaan pesakit. (image) Jika mereka mempunyai tanda tanda di atas maka jangan tunda untuk mendapatkan rawatan. Rawatan awal dan tepat dapat membantu menurunkan risiko kematian akibat strok. (image)
Bagaimana Mencuci Kemaluan Dengan Betul? Sun, 05 Feb 2012 17:29:00 +0000 Lelaki : Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya. Wanita : Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil. Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.
Inilah 7 faktor seseorang menjadi sombong Sat, 04 Feb 2012 17:26:00 +0000 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur :1. IlmuSombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Apabila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء ولا تماروا به السفهاء ولا تخيروابه المجالس فمن فعل ذلك فالنار النار”Maksudnya; Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang ****h, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامةAbu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat.Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya :وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَMaksudnya : “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia:عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لم ينفعه الله بعلمهMaksudnya; Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu.Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..2. Amal IbadatTerkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur.Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa.Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “إذا سمعتم الرجل يقول هلك الناس فهو أهلكهمMaksudnya ;Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ [...]
Salah SIM Kad Fri, 03 Feb 2012 17:32:00 +0000 Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.” hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… X sabar nk tunggu sayang ” Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..’Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!’ Ibu seakan2 x percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu. Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya. ‘ko nak ke mana malam ni?’ ‘kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat’ ‘lalu apa maksud sms ni?’ si ayah membentak. ‘lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sb nk tunggu sms penting?’ jwb anaknya selamba. si ayah lari… Ibu pulak mengejar dgn penyapu…
Adab Bersin Dan Menguap Thu, 02 Feb 2012 17:35:00 +0000 Adab Bersin Dan MenguapRasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “sesungguhnya Allah mencintai bersin dan membenci menguap, maka apabila salah seorang dari kalian bersin dan bertahmid kepada Allah maka wajib atas seluruh muslim yang mendengarkannya untuk mengatakan : yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu), adapun menguap maka sesungguhnya dia dari syaithan, maka apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaknya dia tahan semampunya….al-hadits”[1].Di antara adab-adabnya :Pertama : Adab-adab BersinMendoakan Orang Yang Bersin[2]Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama kita dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin –yang mana dia adalah nikmat Allah atas mereka[3]-, maka dengan bersin tersebut mereka memuji Allah, dengan bersin tersebut mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaan.Dari Al-Barra’ bin ‘Azib radhiallahu ‘anhu dia berkata : “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara maka beliau menyebutkan menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizhalimi, memenuhi undangan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah”[4].Mendoakan orang yang bersin adalah fardhu kifayah apabila sebagian orang yang hadir melaksanakannya maka gugur perintah mendoakan bagi yang lainnya[5]. Dan tidak sepatutnya meninggalkan perkara ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hadits yang telah lalu : “apabila salah seorang dari kalian bersin dan bertahmid kepada Allah maka wajib atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan “ yarhamukallah “baginya”.Mendoakan orang yang bersin hanyalah ketika mendengar tahmid dari orang yang bersinHal itu berdasarkan hadits yang Anas radhiallahu ‘anhu riwayatkan dia berkata : “Ada dua orang bersin di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau mendoakan salah seorang dari keduanya dan tidak mendoakan yang lain, maka orang itu berkata : Wahai Rasulullah : engkau mendoakan orang ini dan engkau tidak mendoakan saya?Beliau berkata : “Sesungguhnya orang ini memuji Allah dan kamu tidak memuji Allah”[6].Dan dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu ‘anhu dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila salah seorang dari kalian bersin dan bertahmid kepada Allah maka hendaknya kalian mendoakannya, maka apabila dia tidak bertahmid kepada Allah maka janganlah kalian mendoakannya”[7].Masalah : Apakah harus mendengarkan tahmid orang yang bersin untuk mendoakannya, atau cukup dengan mengetahui hal tersebut dari orang yang medoakannya yang berada di sekitarnya?Jawab : Yang jelas bahwa hendaknya seseorang medoakannya apabila benar-benar dia memuji Allah, dan bukanlah tujuannya orang yang mendoakan mendengar tahmid, namun maksudnya adalah adanya tahmid itu sendiri, maka kapan saja terjadi tahmid maka mesti diucapkan doa, sebagaimana kalau yang mendoakan itu orang yang tuli, dan melihat gerakan mulut orang yang bersin bertahmid. Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila dia bertahmid, maka hendaknya kalian mendoakannya. Inilah pendapat yang benar. Demikian penjelasan Ibnu Qayyim[8].Masalah lainnya : Apakah disunnahkan mengingatkan orang yang lupa memuji Allah setelah bersin sehingga dia mendoakannya?Jawab : Sebagian ulama seperti An-Nakha’i dan An-Nawawi memilih pendapat untuk mengingatkannya, karena hal itu bagian dari bab tolong menolong di atas perbuatan kebaikan dan taqwa, dan bab nasihat dan amar ma’ruf.Dan sebagian lainnya seperti Ibnu Al-‘Arabi dan Ibnul Qayyim memilih pendapat bahwa tidak perlu untuk diingatkan. Ibnul Qay[...]
Panduan Melayani Payudara Isteri Wed, 01 Feb 2012 17:51:00 +0000 1. Pertamanya, cium bahagian luar payudaranya. Pastikan bibir anda telah lembap waktu melakukannya.2.Cium payudaranya sambil perlahan mengarahkan bibir sehampir mungkin ke puting. Hembuskan nafas anda tepat di atas puting, agar dia dapat merasakan kehangatan nafas anda. 3. Gunakan hujung lidah untuk mengusap sekeliling areolanya. Berikan perhatian yang sama antara payudara kanan dan kiri. 4. Geletik putingnya menggunakan hujung lidah anda. Pastikan dia menikmati permainan lidah anda. Jika dia berbunyi atau klimaks tiba-tiba, ini bermaksud dia menyukai ciuman anda. 5. Ketika anda merasakan putingnya semakin tegang, arahkan dan tusukkan hujung lidah anda ke putingnya, sambil menggerakkan hujung lidah ke atas dan ke bawah putingnya. kemudian, perlahan-perlahan masukkan putingnya ke dalam mulut anda. Hisap sambil memainkannya dengan hujung lidah anda. 6. Ramas payudara sambil bermain dengan kedua-dua puting. Jangan lupakan untuk menstimulasi bahagian bawah dan di antara dua payudaranya. 7. Biarkan putingnya basah, ketika anda berpindah ke payudara lain. Sambil anda menghisap puting, lakukan cubitan kecil sambil meraba payudaranya. 8. Sentiasa dengarkan setiap desahannya atau pergerakkan tubuhnya. Jika dia semakin menikmatinya, maka anda dibolehkan memuaskannya bila-bila masa sahaja. 9. Elakkan kebiasaan mencium payudara yang sama. Cuba juga berbagai variasi lain. Sentiasa ingatkan diri anda dengan mencium payudara isteri dengan tepat, maka anda dapat memberikannya klimaks terhebat yang belum pernah dialaminya sehingga isteri anda klimaks (terpancut) ketika anda menikmati payudaranya!
20 Taktik Asmara Spontan Tue, 31 Jan 2012 17:46:00 +0000 1. Cuit-cuitYang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.2. Kenyit-kenyit.Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.3. Ops, maaf terpegang.Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.5. Tersentuh tangan.Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.6. Urut mengurut.Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.7. Usik melalui telefon.Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.8. Suapkan makanan.Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.9. Betul-betulkan rambut.Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.10. Jalan macam itik pulang petang.Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.12. Ops… tuala terlepasJika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempata[...]
Introducing Samsung GALAXY Nexus with the best value! Tue, 31 Jan 2012 08:54:00 +0000 The world’s 1st Android smartphone with the Ice Cream Sandwich OS, for faster and smoother navigation. Get it now with the value-for-money.
DG Smart Plan™ 68 at RM38/month. Get this smartphone conveniently with an Easy Payment Plan: Samsung GALAXY Nexus + DG Smart Plan™ 68 at only RM128.85/mth (EPP)!
Matthew Deane, chief mechanics of MERCEDES AMG PETRONAS Formula One team Tue, 31 Jan 2012 08:51:00 +0000 In this week’s episode of motorsports@PETRONAS program, we will head to Brackley, London to catch Matthew Deane , the chief mechanics of MERCEDES AMG PETRONAS Formula One team to look at his day in the life of a pit crew member.
We talk to him on the role of the pit crew members on- and off-racing season, and what do the mechanics do when they are not acting as pit crews members. See them multi task around the clock in different regions ahead of a crucial Formula One race.
Petua Melewatkan Pancutan Mani Mon, 30 Jan 2012 17:42:00 +0000 Ini amat berguna untuk lelaki yang menghadapi masalah dalam jimak atau perhubungan seks. Seringkali lelaki, khususnya Melayu memancutkan mani sebelum isteri mencapai inzal atau klimaks. Beberapa petua telah dikutip dan boleh digunakan. Walaubagaimanapun, petua ini tidak sesuai bagi lelaki normal ketahanannya kerana ini akan melewatkan pancutan bila mana masa keluar mani sudah sepatutnya tiba. Ini boleh memudaratkan diri dan pasangan anda.1. Dapatkan gambir (boleh dibeli di kedai-kedai ubat) dengan sedikit air dan kemudian sapu pada zakar. Memadai menyapunya di bahagian kepala zakar sahaja. Usah sapu terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat lama. Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jimak (perhubungan seks) 2. Sediakan 10 butir biji kapas dan 1 sudu minyak jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan selama 5 hingga 8 minit sebelum jimak. 3. Ambil sedikit kacang lulai hitam ( biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan antara 5 sehingga 8 minit sebelum jimak. 4. Ambil hempedu kambing atau ayam jantan yang baru disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan diantara 5 hingga 8 minit sebelum jimak. 5. Ambil darah kelawar, gosok pada kedua tapak kaki hingga kering darah itu. Basuhlah hingga bersih. Selepas itu adakan perhubungan seks tersebut. 6. Ambil kuning telur, bubuh seulas bawang merah, seulas bawang putih, campurkan sedikit air. Jerangkan sehingga mendidih. Minum pada waktu Asar sebelum makan petang. 7. Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan di sekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jimak. 8. Ambil secawan bawang merah, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani. Dengan pekatan air mani maka ia akan melewatkan pancutan. 9. Ambil limau purut dan lada sulah, pipis sehingga halus. Makan semasa mahu berjimak. 10. Makan hati kambing yang telah dikasi. Ianya dikatakan dapat membolehkan kita lewat mengeluarkan mani.
Tips-Tips Penjagaan Payudara Daripada Dijangkiti Kanser Sun, 29 Jan 2012 17:39:00 +0000 1. Makan sayur-sayuran.Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.2. Teh hijauTeh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20% daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun dan kanola.5. Mengambil supplemen vitamin EKajian ke atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara. Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang signifikan ke atas sel kanser payudara.6. Meningkatkan pengambilan antioksida.Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser. Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida seperti vitamin E, C dan selenium.7. Senaman secara tetap.Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid. Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.Baca artikel bagaimana untuk anda melakukan pemeriksaan payudara sendiri.10. Urutan sendiri.Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar nodus limfa.11. Pakai coli yang sesuai.Meskipun tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.12. Dapatkan rawatan profesional.Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga [...]
Tidur-Tidur Yang Sunat Dikejutkan Sat, 28 Jan 2012 17:17:00 +0000 Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:Pertama:seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)Kedua:Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.Ketiga:Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasulullah saw bersabda:من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)Keempat:Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.Nabi saw bersabda:إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)Kelima:Tidur waktu subuh.Nabi saw bersabda:الصبحة تمنع الرزق“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:الأرزاق تقسم وأنت نائم“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)Ketujuh:Tidur lepas solat asar.Nabi saw bersabda:من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)Kelapan:Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.Kesembilan:Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.Kesepuluh:Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسولهMaksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:قم واقعد فإنها نومة جهنميةMaksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)Kesebelas:Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.Nabi saw bersabda:رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قام[...]
Wanita Ini Hilang Dara Dua Kali….Dia Memiliki Dua Faraj! Fri, 27 Jan 2012 17:16:00 +0000 (image)
“Pasangan saya memiliki dua pilihan,” kata Hazel Jones, seorang wanita berusia 27 tahun dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen ITV kelmarin. Untuk pengetahuan anda, Hazel memiliki dua faraj yang terletak ‘sebelah menyebelah’. Dia juga menjelaskan bahawa dirinya sudah tiada dara – di kedua-duanya! Hazel didiagnosis memiliki kelainan yang terjadi satu dalam sejuta manusia. Selama ini Hazel selalu tertanya-tanya mengapa dia sering menderita kesakitan dan kekejangan semasa datangnya haid. (image) Ketika berusia 14 tahun, iaitu setelah menjalani diagnosis doktor, barulah dia mengetahui tentang keadaan badannya yang menakjubkan yang tidak dimiliki oleh wanita lain. Dia yang berasal dari High Wycombe, Britain ini rupa-rupanya memiliki dua vagina dan dua rahim. Pakar perubatan, Dr. Dawn Harper menjelaskan, keadaan yang dialami Hazel ini disebut uterus didelphys. Keadaan ini terjadi apabila dinding penyekat pada tabung rahim gagal memecah ketika Jones masih bayi. Akibatnya, dua rahim terbentuk diikuti dua vagina. (image) Dua uterus diikuti dengan dua vagina yang terpisah adalah kejadian yang sangat jarang berlaku. Menurut Dr. Harper, Hazel berkemungkinan akan mengalami komplikasi jika ia hamil. Dia, menurut Harper, mungkin akan mengalami risiko tinggi semasa hamil tua, keguguran, kelahiran tidak cukup bulan atau mengalami pendarahan ketika hamil. Hazel dalam pada itu menolak untuk melakukan pembedahan bagi mengubah farajnya, ini kerana dia selesa dengan kehidupannya sekarang. ” Saya memiliki kehidupan seks yang hebat ketika ini ” Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Hazel menjawab: ” Dia dapat dua daripada ‘dua-dua’ yang saya miliki.”
7 Sunnah Hebat Thu, 26 Jan 2012 17:13:00 +0000 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Rahsia Disukai Ramai Wed, 25 Jan 2012 17:08:00 +0000 Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati. *Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari. *Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui. *Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas. *Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda. *Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus. *Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda. *Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang. *Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak. *Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak. *Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain. *Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial. *Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda. *Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang. *Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain. *Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal). *Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda. *Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang
Flash mob Malaysian style! Tue, 24 Jan 2012 22:11:00 +0000 Are you a fan of flash mob videos? MAS was adventurous enough to make a bang at KLIA recently with an epic flash mob you shouldn't miss out on!
Check out all the people dancing and singing in the airport - wouldn't you want this to greet you every time you arrive at the airport? We wonder how foreign visitors felt when they witnessed the whole flashmob, there's no better way to say Selamat Datang to Malaysia huh? You might have spotted your friends posting this video all over Facebook already, why not join in the fun and share it with all your friends too!
40 Kesilapan Ibu Bapa Tue, 24 Jan 2012 17:03:00 +0000 Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriatPerhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak Kurang melahirkan kasih sayang Sering mengeluh di hadapan anak-anak Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak Tidak menggunakan bahasa yang betul Suka bertengkar di hadapan anak-anak Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Sering mengancam dan menakutkan anak-anak Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak Tidak tegas mendidik anak-anak Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali
24 PerkaraTolong Jangan Kita Lakukan Mon, 23 Jan 2012 17:41:00 +0000 1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.. 14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa. 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita. 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t. 19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA. 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.
Petua Melayu Lama Untuk Wanita Sun, 22 Jan 2012 17:38:00 +0000 Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. 3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh 4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau. 5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu. 7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti. 8. Payudara Montok Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda. Sumber : http://petuadewasa.blogspot.com/2012...uk-wanita.html |
||||||||