Avatar for samdaddycool
samdaddycool
Rating: 87
Member since: 2009-09-14
Feeds: 4
Bookmarks
Bookmarks
Bookmark with Del.icio.us Digg it Bookmark with Furl
Submit to Reddit Bookmark with Yahoo
StumbleUpon Toolbar Bookmark with Technorati
Subscribe: Aku menulis, bukan kerana nama
Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes
Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader Add To Fwicki Add to Windows Live iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add to Feedage.com Groups Add to Spoken to You
Aku menulis, bukan kerana nama http://adam-harith.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Feed Statistics
Views 153 Feedage Grade B rated
Rating 0
Adult Score 0
Added 2009-09-14 09:35:32
Added By samdaddycool
Media n RSS Type RSS20
Niche Language Malay
Tags:ada  aku  blog  dalam  dari  dengan  ini  itu  kita  mereka  orang  pada  produk  satu  saya  tak  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed

Comments (0)

Sponsored Links:
Preview: Aku menulis, bukan kerana nama

Aku menulis, bukan kerana nama





Last Build Date: Tue, 09 Feb 2010 06:32:58 +0000

 



5 dalil kenapa aku tak mau join bisnes Hai-O

Mon, 08 Feb 2010 15:42:00 +0000




1. Skim pelaburan RM21K Company Hai-O Marketing, yang ni aku petik daripada salah satu forum :

Biasanya Yg Jd Mangsa Adalah Kakitangan Kerajaan Krn Mrk Akan Mempengaruhi Supaya Membuat Loan Dgn Pihak Bank RM23,000 Dimana RM21,000 Akan Di Laburkan Samada Membeli 10 Set Pakaian Dalam Wanita Beautiful Atau 10 Unit Penapis Air..Baki RM2000 Tu Adalah Utk Kegunaan Peribadi.
Mangsa Td Perlu Pula Utk Mencari Mangsa Lain Utk Melaburkan Jg RM21,000 Sbb Kalau Tdk Mangsa 1 Td Kena Membayar RM300 Sebln Kpd Pihak Bank Selama 10 Tahun Utk Melunaskan Hutang Tersebut.

2. Tipikal bisnes MLM - 'head hunting' sibuk mencari downline, bukan kejar jual produk.

3. 2 orang adik kandung aku sendiri melibatkan diri dalam bisnes ini, seorang dah angkat Toyota Caldina, sorang lain dalam proses membeli Honda City : yang aku jadi panas sebab dia orang kata, " kena tunjuk bukti (kereta power), baru orang percaya bisnes ni betul dan boleh pergi jauh".

4. Dari forum yang sama:

MALANGNYA DALAM HAI O INI SAMA ADA DENGAN PENGLIBATAN TAUKEH HAI O SENDIRI SERTA DENGAN PENGEDAR=PENGEDAR KUMPULAN ATASAN TELAH MEWUJUDKAN SATU KAEDAH JALAN PINTAS MENUJU KEJAYAAN DENGAN MENCIPTA SATU PLAN PEMASARAN YANG MANA BOLEH ATAU
TELAH MENANYAIYA PEGEDAR BARU KERANA TERPAKSA MELABUR JUMLAH WANG YANG AMAT BESAR SEHINGGA RM21000.JIKA TIDA WANG MAKA KUMPULAN ATASAN AKAN CUBA MEYOKONG PINJAMAN PERIBADI.SETELAH LULUS PINJAMAN DENGAN KERJASAMA PIHAK SYT DAN BANK WANG TERSEBUT DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN HAI O.PENGEDAR BARU INI PULA HANYA DIBERI PRODUK SYT SEPERTI MESIN PENAPIS AIR BERJUMLAH 10 UNIT. UNTUK BUAT SERONOK CERITA MAKA PENGEDAR BARU DIBERI BONUS SEBANYAK RM4500.ITU YANG MENBUAT RAMAI TERPEDAYA.YANG BAB TAK SERONOKNYA APA NAK BUAT DENGAN 10 UNIT PENAPIS AIR TU.TERPAKSALAH KENA JUAL.ANEHNYA HARGA BELI 10 UNIT RM20,800 MAKA SEUNIT RM2080. HARGA KENA JUAL PADA ORANG SERUPA JUGA RM2080. SECARA LOGIKNYA SEBENARNYA HARGA 10 UNIT TERSEBUT IALAH RM20800 - RM4500 = RM16300 ATAU SETIAP SATU KOSNYA RM1630. JADI SEBENARNYA RM4500 ITU HANYALAH UNTUNG RUNCIT. KALAU NAK DAPAT SEMULA MODAL RM20800 TU KENALAH JUAL KESEMUA 10 MESIN PENAPIS AIR TU.KALAU TIDAK TANGGUNG AJELAH HUTANG RM16300 TU. MAKA ADALAH YANG JUAL PADA PELANGGAN BARU BAYAR ANSURAN RM100 SEBULAN.INI MACAM 2 1/2 PUN TAK DAPAT BALIK MODAL.DAHLAH TU KENA BAYAR HUTANG ANSURAN BANK PULA. SYT HAI O TAK TANGGUNG HUTANG APA.DIA JUAL CASH. PENAJA ANDA DAH DAPAT BONUS DIA. ANDA PULA TERKAPAI-KAPAI TANGGUNG HUTANG. TAK KE ANYAIYA NAMANYA.
YANG LEBIH SEDIH TU MESIN PENAPIS AIR TU SAMA AJE YANG DIJUAL KAT KEDAI JUAL MESIN PENAPIS AIR.SISTEMNYALAH LA NI SEMUA PESEN 6 KEBUK TU. INI DAH KETINGGALAN ERA DAH.HARGA DI LUAR TAK SAMPAI
PUN RM1000.BUKANNYA HAI O KILANGKAN SENDIRI PUN.BORONG DARI SYT PENGELUAR DAN TARU LABEL BIO AURA KEMUDIAN DUDUK CERITA AJAIB PUNYA PRODUK. ORANG SAKIT MINUM PUN BOLEH SEMBUH.
5. Aku tak nak anak bangsa aku kena tanggung hutang dan aku kena sumpah sebab sibuk meracuni fikiran orang untuk ambil pinjaman bank untuk 'buat duit'. Akhirnya kat rumah penuh dengan penapis air Hai-O, loan dah kena bayar, tapi sorang downline lagi belum daftar... Apa cerita???



1001 alasan berblogging

Tue, 02 Feb 2010 18:24:00 +0000


Adam Harith juga ada blog.


Kenapa anda berblogging? Apa tujuan anda mempunyai blog? Bagaimana pula anda tercebur menjadi seorang blogger? Setiap orang mempunyai alasan dan juga sebab bagi menjawab kenapa, apa dan bagaimana itu. Hakikatnya, ada yang terpengaruh dengan trend terkini memiliki blog, manakala ada pula yang mempunyai tujuan menjadi popular. Tak kurang juga, kebanyakkannya memilih medium blog sebagai melahirkan pendapat, buah fikiran atau melepaskana geram kepada pihak-pihak tertentu.

Aku akui, tujuan utama aku menulis blog adalah atas dasar mempromosikan perniagaan kambinng jamnapari satu ketika dulu. Kemudiannya, sedikit demi sedikit aku mula terjebak dengan alam blogger apabila aku mengetahui wujudnya Google Adsense sebagai pendapatan pasif.
Ahmad IQBAL pun ada blog!

Jika kita pandai dan bijak mempertaruhkan blog yang ada, tak mustahil blog bakal memberikan pulangan yang mantap dan mampan, hinggakan mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi awas, blog bukanlah satu pelaburan 'skim cepat kaya'. Anda mungkin hampa bila hari demi hari tiada USD $ yang dijana, bahkan satu sen pun belum terhasil mealui blog-blog yang ada. Apa yang perlu dibuat jika terjadi begini? Senang sahaja, carilah sifu seperti John Chow, atau yang paling dekat kita ada Rohaizad dot com.

Walau apa jua alasan berblogging, blog bukanlah tempat anda menjadi hipokrit atau samseng. berpada-padalah dalam mengeluarkan pendapat atau hujah. Peribahasa Melayu ada menyebut, "kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa".. Sendiri mau ingat beb.

Apa alasan ANDA menulis blog?



Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Tue, 26 Jan 2010 20:53:00 +0000

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.

17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor.

Sila ke sini untuk mengetahui isi kandungan blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor (dibacakan semula dalam video bantahan).



Aduka Taruna ditahan polis

Tue, 26 Jan 2010 02:35:00 +0000

Aduka Taruna yang secara tiba-tiba menjadikan suasana panas, berjaya menempatkan blognya atara yang dilayari oleh pengguna internet Malaysia tak kira di dalam negeri, mahupun di luar negara. Blog ni sahaja selama 2 hari ini dihujani dengan carian 'blog hina Sultan Johor'. Dan semuanya bernasib baik sebab aku ada letak link url pada entry terdahulu. Cuma yang kurang seronok sebab bila masuk ke blog Aduka Taruna, hanya dapat baca entry tentang 'permohonan meminta maaf' beliau, manakala entry asal tentang kutukan terhadapa almarhum Sultan Johor telahpun dipadam.

Berita terkini pula menyatakan Aduka Taruna telahpun ditangkap di Kota Bharu (bukan menyerah diri), selepas 2 hari menyembunyikan diri dan dibawa ke IPD daerah Muar. Petikan Berita Harian;

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita penuh di sini

Nampak gaya jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Banyak tu, dan kesalahan yang dah dibuat tu memanglah buat ramai orang tak puas hati selain terlalu kesat dan melampaui batas.

Aduka Taruna adalah blogger yang ke empat [ 4 ] yang ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan. Jadi blogger-blogger diluar sana, berhati-hatilah selepas ini. Jangan cakap ikut sedap mulut,dan jangan sangka pergerakan dunia maya tak boleh dijejaki dan dikesan. Sendiri mau ingat beb.



Blog hina Sultan Johor

Sun, 24 Jan 2010 19:55:00 +0000

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

Berita Harian


Keputusan Google Search bagi carian "BLOG HINA SULTAN JOHOR"

Results 1 - 10 of about 44,500 for blog hina sultan johor

Ramai yang tercari-cari siapa yang membuat onar dan dalang disebalik kata-kata kesat dan menghina terhadap Almarhum Baginda Sultan Johor. Yang pergi takkan kembali, biarlah ia pergi dengan tenang dan kita sebagai sesama Islam perlu mendoakan kesejahteraannya.
Urusan kita di atas dunia sudah selesai selepas jasad bersemadi di liang lahad. Apa yang berlaku selepas itu bukan urusan kita. Dan bukan kuasa kita untuk menjatuhkan hukum. Allah jua lagi Maha Bijaksana untuk memberi pembalasan kepada setiap hambanya.
Apatah lagi jika kita mengata, mengeji dan menghina seseorang yang telah mati. Maka kita pula akan berhutang dengan si mati, hutang sesama manusia yang mana kita perlu meminta maaf hatta hingga ke padang mahsyar nanti.

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya...


Lagi tentang Aduka Taruna:

Aduka Taruna ditahan polis

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor



‘I Hate Fasha Sandha’ : Pengurus saya kata mungkin ambil tindakan undang-undang

Sun, 24 Jan 2010 08:35:00 +0000

Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.
Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.
Sementara itu, pengurus Fasha, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman, berkata pihaknya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kewujudan ‘I Hate Fasha Sandha’ kerana menyifatkan ia bertujuan memburukkan imej Fasha.
“Kami akan mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif dalam bidang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

.. Harian Metro.

Aku tak terlibat, nanti kena masuk mahkamah, sia-sia je nanti. Tak pasal-pasal nanti yang terbabit glamour masuk akbar. nak tau cerita, baca sini.



Al-Fatihah buat Almarhum SULTAN Johor

Sat, 23 Jan 2010 03:50:00 +0000


SULTAN Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru kerana gering. Baginda berusia 77 tahun dan memerintah Johor hampir tiga dekad.

Berikutan kemangkatan Almarhum, Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.

Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, jam 2 petang.

Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata:

  • Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.
  • Bagi lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
    Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
    "Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.
  • Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.
  • Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.

Sumber Berita Harian

Semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.



Tirai sebuah surau di Muar terbakar

Thu, 21 Jan 2010 06:02:00 +0000


Video Youtube laporan berita Surau Muar dibakar

Tirai di dalam sebuah surau di Jalan Ismail, Muar ditemui terbakar awal pagi, manakala cermin tingkapnya turut pecah.

Kejadian itu disedari oleh tiga orang yang kebetulan di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka bergegas untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Dekat je surau ni dengan rumah aku! Hmm.. tak tau la nak kata lebih-lebih sebab polis tengah jalankan siasatan. Kalau kes khinat atau sabotaj, semoga yang membuat onar mendapat balasan setimpal.

Masa raya Haji tempohari, JPJ Muar terbakar. Beberapa minggu lepas, van terbakar, 100 meter dari rumah aku, menyebabkan 3 orang mati rentung. Banyak sangat yang terbakar sekarang ni. Aku terkesima...

Update 21 Januari 2010 8.00pm


2 surau di Muar terbakar, dipercayai perbuatan khianat

MUAR: Dua surau, iaitu satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di sini mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kebakaran di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer berlaku pada waktu lebih kurang sama iaitu kira-kira 2.30 pagi.

"Kebakaran di Surau Silaturahim disedari oleh tiga lelaki yang sedang menaiki sebuah kereta (yang melalui kawasan itu) pada kira-kira jam 2.30 pagi, dan lalu memadamkan kebakaran tersebut sebelum membuat laporan polis," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, kebakaran di surau itu membabitkan sebahagian tingkap dan langsir yang terletak di ruang legar surau berkenaan dan polis menemui kesan "cetusan api dari simbahan minyak tanah di kawasan tingkap tersebut."

“Sementara kebakaran yang membabitkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada jam 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi,” katanya.

Jalaluddin berkata, polis percaya kebakaran di Surau Parit Beting, yang terletak kira-kira dua kilometer dari Surau Silaturahim, dipercayai berlaku lebih kurang pada waktu yang sama.

"Punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300," katanya. - Bernama




I Hate Fasha Sandha

Wed, 20 Jan 2010 03:53:00 +0000




Update hari ini (20 Januari 2010):

30,940 fans and rising! Next target is 50,000 fans!
Begitulah statistik pengikut I Hate Fasha Sandha fan di dalam facebook. Aku tak tahu apa yang dibencikan dan aku tak tahu kenapa orang benci pada Fasha Sandha. Adakan kerana fasha Sandha gedik, poyo, atau macam bagus? Tengoklah sendiri pada jumlah 'fan' yang semakin hari semakin meningkat dengan amat pantas sekali.

Selama ni, ramai yang masuk blog ini sebab nak cari gambar Fasha Sandha mandi je. Aku bukan tuhan untuk jatuhkan hukum, dan aku bukannya malaikat untuk tidak mengata. Terserah pada anda semua.



Buaya di Corus Paradise PD : FAKTA atau AUTA?

Mon, 18 Jan 2010 12:56:00 +0000

Ini adalah 'forwarded email' yang aku dapat melalui group SMSJ '93. Kalau dilihat dari dari gambar, tahap kecederaan melampau tu. Ngeri.. ngeri.. Ok,tak mau cakap banyak, tengok sendiri gambar-gambar lagak aksi ngeri kesan gigitan buaya @ ulung-julung di Corus Paradise, Port Dickson dan aku sertakan sekali emel yang dihantar;Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan?? Itu adalah kandungan emel. Apa pula kata Menteri Besar Negeri Sembilan:Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.“Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan. sumber BERNAMAMana satu yang nak kita percaya? Berita sebaran am penulis emel, atau kesahihan berita. Ada juga yang m,engatakan buaya ini mungkin tersesat dari Sungai Linggi?Apa kata anda? FAKTA atau AUTA? [...]



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Mon, 11 Jan 2010 16:14:00 +0000


Tiada kata yang dapat memeberikan definisi yang tepat akan penderitaan blogger ini. Beliau yang mengalami penyakit misteri bertarung dengan perasaan, maruah dan semangat untuk mengharungi hidup. Entah di mana silapnya, beliau sendiri tidak menduga ujian Allah ini. Doa dan airmata menjadi teman sehari-hari. Allah jua yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Untuk Megat, kuatkan semangat, cekalkan hati. Buat rakan-rakan blogger semua, doakan dan sumbangkan apa yang termampu.

Mungkin Ribbon khas : Blogger, We Care ini dapat sekurang-kurangnya membantu dalam meringankan beban Megat. Sama-sama kita berdoa dan menolong ikut kemampuan. Insyaallah.



Radio Internet : FuhyooFM.. boleh layan ke boleh blah?

Thu, 07 Jan 2010 10:53:00 +0000



Untuk mendapatkan player FuhyooFM seperti di atas, sila download dan paste`kan CODE di bawah dan letakkan di bahagian “sidebar” blog anda:








Apa benda yang yang dirapikkan ni Sam??? Owh.. aku niang rapik pasal FuhyooFM, radio internet yang sedang meningkat naik dan mula memenangi hati pendengar. Boleh cuba tengok sini, tak perlu download toolbar pun dah boleh teus dengar, selagi ada talian internet di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Code yang di atas tu jika anda ingin meletakkan plugin player FuhyooFM di 'sidebar' blog anda. Yang pasti, ia mempunyai butang STOP / PLAY jika nak matikan bunyi ketika azan kedengaran di masjid, atau sebagainya...

Apa yang bagus sangat pasal FuhyooFM kalau dibandingkan dengan ERA, HotFM, HitzFM, FlyFM dan lain-lain lagi?

FuhYooFM Dot Com adalah sebahagian dari rangkaian Fitrah Media Enterprise. FuhyooFM merupakan radio internet PERTAMA di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mencungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran. Adakah anda sudah mengenali kami?
Info sepenuhnya di sini.

Kini FuhyooFM semakin mantap dengan kehadiran 'Internet marketer / blogger' terkenal tanahair ; SmartZul serta Rohaizad sebagai DJ. Kehadiran mereka amat-amat berbaloi dengan tips serta penyampaian yang pastinya akan diselang seli dengan tips-tips yang membantu kita mendalami ilmu perniagaan internet.

Berhibur sambil mendapatkan informasi berteraskan pendidikan. Hiburan merupakan satu media penyampaian yang lebih mesra dan mudah diaplikasikan ke dalam minda, khususnya golongan remaja dan muda mudi. Cuba dulu, baru tahu. Jom ke FuhyooFM.



Status halal : White Coffee (Oldtown Kopitiam) ada bran?

Wed, 06 Jan 2010 21:09:00 +0000



Mengikut catatan di blog DRS. KHALIL IDHAM LIM, terdapat keraguan tenatng status halal produk yang disajikan di kopitiam OldTown White Coffee.

`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai dan malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Petikan utama blog beliau:


Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
  • -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
  • -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
  • -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
  • -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA dan MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Baca kupasan selanjutnya di sini



Buat duit dengan main kutu pintar wang pos online? Masyuk beb!!!

Mon, 04 Jan 2010 13:09:00 +0000

Wang masyuk duit hasil Kutu Pintar wang pos online?Saban hari aku mendapat sampul surat beserta risalah tentang main kutu wang pos online. Aku sebenarnya dah agak lama mendapat maklumat tentang kutu pintar ini. Sejak zaman ala-ala surat berantai (dengan tajuk sumbangan ikhlas), hinggalah zaman IT - promosi menggunakan medium internet semakin rancak dan popular kebelakangan ini.Dulu, aku pernah mempromosikan main wang kutu ini kepada rakan-rakan SAJOHA, hinggalah aku tertampar dengan nasihat salah seorang sahabat yang mengatakan tentang keburukan main wang kutu berantai ini. Beliau mempersoalkan tentang apa akan jadi bila sampai satu tahap tepu (bila yang dah jadi downline 'last-last kopek' ). Dari mana mereka nak kutip duit lagi? Pada siapa nak mereka hantar surat sumbangan wang ikhlas ini? Adilkah jika kita mengatakan rebut peluang, jadilah yang terawal?Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Yang awal, akan ketemu akhirnya. Bayangkan sistem berkonsep piramid ini memberikan keuntungan kepada si raja di atas. Ya, betul, kita perlu jadi yang terawal. Kalau semua jadi yang awal, siapa yang jadi terakhir. Mana nak campak orang-orang di bawah? Yang di atas sudah kekenyangan seperti kutu baru lepas menghisap darah...Mari kita tengok diskusi hangat di blog AbdFatah : Kutu Pintar Wang Pos Online.Antara komen, komen panas disitu:hang kebun says:April 2nd, 2009 at 1:43 pm nie program anaye org..yg aku knl penyangak plg bsr mengebas duit org..abdul rasid talib..hrp name ckgu..rupe2nye pak badut y smata2 kejar harta dunia dgn cara menipu sana sini menggunakn ayt perangkp “sumbangan ikhlas” rupe2nye”kaki kebas duit org..jgnla klabu mata nie smua bkn kutu pintar tp kutu babun,yg pintar dieorang…yg menyumbang 2 terkeras jd kutu babun aku la! says:April 15th, 2009 at 7:29 pm nak duit, tp malas…pastu sibuk ckp skim menipu tanpa usul periksa..nk harap subsidi kerajaan smp mati pon idop tak kaya..sdgkan bill gates yg kaya tu pon keje,ni lak yg pkai modal rendah,maen kutu lak tu..tak nk cari org,malas,baek jgn maen,jgn keje…dok umah buat kutu sndri je…idop kalo mls mmg tak kaya..tgk indon yg dok keje kt Malaysia ni, da beli banglo bebijik-bijik..kite kt malaysia mgharap duit bergolek dtg kt kaki…miskin di negara sndri..sy seorg yg ssh, tp sy brusaha nk brubah..bkn cam sstgh org, nk bruba tp swoh org keje utk die…(sape yg malas la yg terasa,sape mkn cili die yg terasa pedasnya….) ;pazim says:May 4th, 2009 at 6:23 pm saya cuma confuse ngan kutu pintar…niat kita baik nak bantu org dengan ikhlas..tapi kenapa kita perlu mengikut turn kita nak dapat kan keuntungan balik..contohnya kita buat sedekah nak buat masjid..dah sedekah ikhlas sedekah jer ler kenapa perlu atau mengharapakan balasan atau keuntungan di kemudian hari..??..habis kalau org yang tak miskin sangat..dari mana mereka nak dapatkan duit modal rm 121 untuk memulakannya??..maksudnya disini no money no talk..no money tak boleh terima sumbangan ikhlas dari org lain…seolah – olah kutu pintar ini adalah satu program untuk mencari pendapatan sahaja bukannya membantu org…niat baik tidak menghalalkan perbuatan..ada satu lagi program kutu yang baru lagi pelik nawaitunya..nak join siap ada pakej sehingga seribu lebih..org miskin takkan nak bayar utk join..org miskin cuma dapat bantuan saja..boleh duduk diam dapat duit…ada SOMETHING WRONG dengan kutu pintar nie sebenarnya..KITA CUMA HENDAK KEBERKATAN REZEKI SAHAJA..FIKIR-FIKIRKANLAH…Sila lihat contoh-contoh soal jawab agama berkaitan hukum main kutu:Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya : www.iluvislam.comMenambah pendapatan secara skim main kutu : soal jawab agama JAISHukum main kutu : Blog Ustazah AzimahStatus Program Derma Wang Pos : Zaharuddin.netProgram ku[...]



Aku Cinta Allah

Sun, 20 Dec 2009 19:36:00 +0000

Selama ini aku hanya merasakan kewujudan kumpulan Wali Band bakal mengisi lagi barisan tipikal dunia muzik Indonesia. Tapi setelah aku menyaksikan, menonton serta menghayati pendekatan mereka, aku sedikit kagum dan hormat Wali Band. Jika sebelum ini, Ungu menyelitkan unsur-unsur dakwah di dalam lagu mereka, Wali Band menyusul dengan lagu berunsur dakwah serta ketuhanan.

Sepanjang hari ini, aku memainkan lagu 'Aku Cinta Allah' berulang-ulang kali di Youtube dan berjaya download klip video lagu tersebut. Sesungguhnya, jika kita mengahayati dan mendalami maksud lirik lagu tersebut, maka kita akan dapat 'peringatan' sebagai hamba yang lemah di sisi Allah.


Mari saksikan video LIVE 'Aku Cinta Allah'



Wali - Aku Cinta Allah

Lirik lagu Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Wali Mari Shalawat




Malaysia semakin matang: Sekalung tahniah!

Thu, 17 Dec 2009 13:15:00 +0000

Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya mendapat kalungan emas bagi acara bola sepak di sukan SEA Laos 2009. Penantian selama 20 tahun akhirnya terungkai, menutup segala kritikan dan tohmahan yang diterima bertahun-tahun.

Kemenangan 1-0 sudah cukup untuk memberi azab kepada pasukan Vietnam yang kali ke empat berturut-turut kempunan emas di perlawanan akhir sukan SEA.

Malaysia boleh!



Isi minyak sambil hisap rokok / bercakap menggunakan telefon : ramai lagi yang sengal

Wed, 16 Dec 2009 07:28:00 +0000


Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama

Punca kejadian masih dalam siasatan. Tapi aku memang rasa nak tempeleng sesetengah orang yang bukan setakat menghisap rokok, tapi menyalakan api rokok semasa mengisi minyak, tak kira petrol, mahupun diesel. Bukan rekaan dan mengada-adakan cerita. Memang satu masa dulu aku selalu menyaksikan perkara ini di kawasan Chendering dan Marang (sebab aku selalu berulang alik dan isi minyak hampir setiap hari - maaf kalau ada yang tersinggung). Sekarang aku kurang menyaksikannya sebab isi minyak seminggu sekali je.

Tak kisahlah kawasan mana dan bila kita menuang petrol. Sedarlah risiko nyawa yang terpaksa kita ambil, beserta anak-anak, isteri isteri, dan juga pelanggan lain di stesen minyak itu. Tambah menyusahkan bila stesen minyak terbabit terpaksa ditutup untuk siasatan dan pembaik pulih. Kan itu semua sudah menyusahkan orang lain serta menjejaskan pendapatan tokey serta pekerja-perja mereka.

Gunakan akal, fikirlah buruk baik sesuatu perkara sebelum melakukannya.



Sekalung tahniah : Malaysia 3 - Laos 1

Mon, 14 Dec 2009 23:54:00 +0000

Sekalung tahniah buat skuad Sukan SEA Malaysia yang berjaya menundukkan Laos, 3-1 malam tadi, seterusnya menempah tiket ke perlawanan akhir (selepas 8 tahun tidak merasa 'final'). Skuad bolasepak negara kali ini mantap dan berjaya menepis segala tohmahan serta cemuhan, apatah lagi ketika membenamkan skuad Thailand yang menjadi igauan buruk kita selama ini.

Walaupun Sukan SEA menampilkan pelbagai acara sukan, tapi nampaknya bola sepak menjadi acara utama serta buah mulut peminat dan rakyat. Bola sepak juga menjadi seperti satu 'religion' bagi sesetengah peminat, dan ia adalah sebagai satu maruah yang perlu dijaga bagi mengelakkan aib.





Baddrol Bakhtiar memuncakkan prestasi tepat pada masanya untuk menjaringkan dua gol ketika Safiq Rahim - perencana gerak yang diberi ruang bebas oleh jurulatih, K Rajagobal - menjamin kejayaan dengan gol pada lewat permainan.


Biarpun bingit dengan sorakan penyokong tuan rumah, skuad negara cepat menyesuaikan diri dan mula mengawal rentak aksi. Hasilnya ialah cubaan cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit kesembilan, hasil bola umpanan lolos Safiq yang memaksa penjaga gol lawan, Souvanpheng Phanthavong melayangkan diri buat menepis keluar.

Penantian gol negara dinoktahkan pada minit ke-13. Gerak pantas dari sayap kanan menyaksikan Abdul Manaf Mamat melintangkan bola yang cantik disambung dengan sepakan libas Baddrol Bakhtiar yang terus menerjah jaring gol lawan.

Berita penuh Malaysia ke final






Menangani jenayah : Patutkah kita sebagai warganegara membantu membanterasnya?

Wed, 09 Dec 2009 17:21:00 +0000

SENARIO 1

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi. Terlihat kelibat anak-anak muda berdarah satria (mungkin berketurunan Hang Tuah) sedang bersidai di atas motor masing-masing di sepanjang jalan Tangjung Gading Muar.
Aku yang tak mahu melihat anak bangsa mati katak tanpa perlindungan insurans takaful, menelefon operator untuk meminta nombor balai polis Muar.

Aku : Encik, sekarang saya ada di Tanjung Gading, saya nak laporkan bebudak motor ni dah siap sedia nak merempit.
Orang yang jawab telefon : Oh, itu kawasan Sungai Mati.
Aku : Boleh bagi no telefon Sg. Mati (aku yang kena minta).
Orang yang jawab telefon : 06- ....bla. bla..

Niat aku terputus...



SENARIO 2


Aku baru sahaja masuk ke lebuh raya dari tol Sg. Besi menghala ke arah Selatan. Sampai di hentian R&R Seremban (arah selatan), aku berhenti sekejap untuk makan tengahari. Bila nak keluar dari kereta, ada sorang mamat bertindik sebelah telinga menghampiri aku sambil menghulur telefon Nokia N95. "Berapa?" aku bertanya. "700 bang", jawabnya ringkas.

Aku termenung, memikirkan bahawa telefon tersebut berkemungkinan besar 'barang panas'. Kesian mangsa yang hilang telefon bimbitnya itu. Kemungkinan lain pula, barangkali telefon tu barang tiruan dan tak boleh digunakan langsung, walaupun mamat tu suruh aku masukkan 'sim kad' untuk menguji. Aku mengatakan kepadanya supaya bagi aku masa berfikir ketika makan, dengan alasan aku ada hutang nak kena kira dulu.

Ketika makan, aku menelefon balai polis Seremban, kemudian Seremban menyuruh aku menelefon balai polis Nilai. Nilai pula menyuruh aku telefon balai polis Labu.

Kredit aku dah habis....



LELAKI YANG HEBAT

Wed, 02 Dec 2009 01:29:00 +0000

Sumber fwd emel daripada ex-smsj '93 yahoo groups, semoga sama-sama kita mendapat manfaat:


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Wallahu’alam.

Sebarkanlah ilmu, walau pun sepotong ayat.



Alza MPV yang comel daripada Perodua

Tue, 24 Nov 2009 19:48:00 +0000

Gambar dari Perodua

Syarikat Perodua tampil pula dengan MPV pertama keluarannya. Dengan harga bermula daripada RM 55,490.00 bagi pembeli di Semenanjung Malaysia, Alza pasti memberikan persaingan kepada Proton Exora - MPV keluaran PROTON.

Yang pasti, Perodua masih dengan identiti kereta comel dan rekabentuknya memang menarik serta menawan hati. Dengan kapasiti penumpang seramai 7 tempat duduk (termasuk pemandu), semestinya Perodua Alza menjadi idaman keluarga yang bersaiz besar terutama dengan bilangan anak-anak yang semakin bertambah.

Beberapa model sedia untuk dimiliki rakyat Malaysia iaitu Alza 1.5L GX, Alza 1.5L EZ, Alza 1.5L GXi, Alza 1.5L EZi, Alza 1.5L GXi Advanced Version dan Alza 1.5L EZi Advanced Version. Semuanya ada kelebihan dan tepuk dada tanya selera- model yang mana nak ditempah.

Mari kita tengok iklan model MPV perodua Alza ini:


Yang menarik adalah slogan atau motto Perodua Alza ini, iaitu "Kereta juga MPV".
Apa kata anda?



Ebook sampah dan duit haram....

Tue, 10 Nov 2009 22:24:00 +0000

Salam semua.Untuk renungan semua, samada penjual ebook, mahupun pembeli (newbie) yang tertipu... Harap dapat baca sampai habis tulisan SmartZul di http://blog.smartusaha.com/sudah-sudahlah/Sudah-Sudahlah… Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati… Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain? Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit. Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu. Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain? …Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam. Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau sekadar melepas batuk di tangga. Namun, sebahagian besarnya amat mengecewakan. Saya sudah sakit telinga mendengar keluhan kecewa oleh pembeli yang termakan umpan. Duit gaji mereka banyak diguna semata-mata mengharap janji itu menjadi kenyataan. Di antara penyebab kekecewaan saya terhadap mereka adalah: Tiada sokongan selepas jualan yang baik. Jika produk berharga ratusan atau ribuan ringgit, sepatutnya bahagian sokongan mesti diutamakan sebagai timbal balik kepada pembelian pelanggan.List (emel) yang saya sumbangkan disalah-gunakan oleh mereka dengan mempromosikan produk yang tidak berkualiti. Maka sebab itu saya tidak berminat menyertai mana-mana program PPL untuk meminimakan ‘risiko’ ia disalah-guna. Saya tidak mahu bersubahat dengan IM sebegitu.Pembeli dibiarkan terkontang-kanting.Janji-janji manis tidak dipenuhi.Pelanggan dipermain-mainkan dan diperbodoh-bodohkan. Pembeli terus menerus dimomokkan dengan kejayaan jika beli produk ini, sukses jika beli produk baru ini dan itu.Mereka lebih kepada opportunity base iaitu menjual harapan menggunung. Bukan ‘menjual’ bantuan, pendidikan dan bimbingan.Mereka hanya mahu buat duit, bukan buat bisnes sebenar. Amat bertentangan dengan kaedah saya.Komitmen yang mendukacitakan. Di dalam JV katakan, ia bukan sekadar sebelum dan semasa jualan produk. Tetapi selepas tempoh jualan pun kita perlu ada komitmen iaitu menjaga sebaik mungkin pelanggan yang rakan JV berikan kepada kita.Janji-janji sama yang tidak meyakinkan saya untuk mempromosikan produk mereka. 100 kali janji yang sama, tapi adakah kali ke-101 ada perubahan? Berikan saya keyakinan beserta bukti.Produk yang lebih kurang sama dengan produk-produk sebelum. Tiada apa yang beza, cuma tukar ganti ayat sahaja selain menambah satu dua perkara baru + cerita-cerita kejayaan mereka. Apabila diperhatikan senarai di atas, ia bukanlah masalah produk 100%, tetapi masala[...]



Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Thu, 05 Nov 2009 18:17:00 +0000


Gambar jantung ihsan howstuffworks.com


Sekadar menyampaikan secebis ilmu..
Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.




Renungan hari ini : Hormati semua orang... Kenapa?

Sun, 01 Nov 2009 21:14:00 +0000

Hidup kita sehari-hari pasti akan terjumpa pelbagai jenis manusia. Bila kita antara mereka ini, hormatilah mereka...


*Hormati kanak-kanak, sebab dia budak kecil yang tiada dosa.
*Hormati orang tua, sebab mereka dah lama hidup, banyak zikir dan amalannya.
*Hormati orang alim, sudah tentu sebab banyak ilmunya dan amalan.
*Hormati orang jahil, sebab mereka jahil, tak tahu apa-apa.
*Hormati orang jahat, sebab belum tentu kita yang 'konon-konon' baik ini dapat masuk syurga. Mungkin orang jahat itu sempat bertaubat sebelum mati dan masuk syurga. Kita ini belum tentu sempat bertaubat sebelum mati, berbanding si jahat itu tadi.

Pesanan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadhilah Khamsah, renungan pagi di Era.



Buat duit dengan blog : Blogsvertise

Fri, 30 Oct 2009 19:52:00 +0000

Salam semua,

Lama juga aku tak update blog ni. Terdapat kekangan masa dalam menjalankan perniagaan tudung dan jubah. Tambahan pula, isteri aku baru sahaja melahirkan anak semalam (Khamis) dan bayi masih lagi berada di ICU. Doakan 'baby' selamat ye.

Aku baru sahaja selesai menulis journal (entry blog) bagi tugasan Blogsvertise. Alhamdulillah, baru saja aku daftar, dah ada 2 tugasan yang bernilai usd$9 setiap satu. Kalau 2 dah jadi usd$18, kali dengan RM3.40 = RM61.20 dah dapat dengan hanya menulis 'entry' untuk 3 perenggan setiap satu. Setakat ni, satu entry dah dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan manakala satu lagi tengah menunggu.

Aku dapat rasakan tak susah nak dapat tugasan buat duit dengan Blogsvertise ni berbanding Sponsoredreviews (kena bid job), LinkWorth dan ada beberapa lagi. tambahan pula aku hanya buat permohonan menggunakan 'blogger' (blogspot) dengan PR 2. Alhamdulilah dalam masa aku kelam kabut dan terkejar ke sana kemari, tetiba masuk emel mengatakan ada 'job'.

Jadi, kalau aku yang tak 'terer' blogging boleh dapat duit dengan blog, kenapa korang tak boleh? Mesti boleh punya....
http://lh6.ggpht.com/_GM0kTqLQ9eI/Susv_mpgWPI/AAAAAAAADZ8/PagUyQLjnec/150x150f.jpg

klik , jangan tak klik