Subscribe: Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan » hidup bertuhan
http://www.fee-uitm.com/rssclone/jiwaku.xml
Added By: seminarbest Feedage Grade B rated
Language: Indonesian
Tags:
aku  allah  apa yang  apa  dalam  dengan  hati  ini  itu  kita tidak  kita  orang  rasa  saya  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan » hidup bertuhan

Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan » hidup bertuhan



Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan



Published: Thu, 06 Aug 2009 01:50:44 +0000

 



Hayati Lirik

Thu, 06 Aug 2009 01:46:25 +0000

Di Atas Sajadah Cinta DiriMu ada Dalam setiap langkah manusia Janganlah pernah ragukan kuasaNya Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat, tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT. Inilah apa yang [...]



Terima kasih Allah

Wed, 05 Aug 2009 03:56:56 +0000

“Ya Allah, terima kasih Allah kerana membuka hati pembaca blog ini untuk sentiasa berterima kasih denganMu ya Allah. Semakin ramai yang menyebut terima kasih dengan penuh ikhlas kepadaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”



Hati Orang & Hati Kita

Tue, 04 Aug 2009 01:27:00 +0000

Hati adalah jiwa yang berbolak balik. Di dalam Al-Quran, hati disebut sebagai Qalbu yang bermakna jiwa yang berbolak balik. Seringkali kita berasa tidak puas hati dengan ramai orang. Ini kerana orang lain tidak berlakuan seperti apa yang hati kita inginkan. Begitu juga dengan hati orang lain terhadap kita. Lalu wujudlah terasa hati, sakit hati, benci, tidak [...]



Minta Pada Allah SWT

Thu, 30 Jul 2009 02:55:43 +0000

Saya menerima banyak email inginkan penjelasan tentang jiwa positif dan hidup berTuhan ini. Saya tidak mampu memberi jawapan dan kadang-kadang memang saya tidak memberikan apa-apa jawapan. Setiap persoalan kita pasti akan hadir persoalan yang lain. Data atau informasi di dalam otak kita tidak sama, lalu ketidaksamaan ini akan wujud ketidakpuasan hati kita dengan sesetengah jawapan. Lalu [...]



Khusyuk Dahulu, Baru Mudah Sabar Dan Solat

Wed, 29 Jul 2009 03:12:39 +0000

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (QS: Al Baqarah 2: 45) Saya selalu mengingatkan sahabat-sahabat saya bahawa miliki dahulu khusyuk itu di luar solat (di dalam setiap aktiviti kita), maka dengan mudah khusyuk itu akan diperolehi dalam apa jua keadaan termasuk ketika solat. Artikel saya Khuyuk solat [...]



Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati

Mon, 27 Jul 2009 14:37:43 +0000

Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini. Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini. Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang membahayakan. Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji [...]



Pasrah dan Berserah Itu Meyakinkan.

Sun, 26 Jul 2009 00:41:28 +0000

Saya telah sarankan agar kita berdoa mengikut format doa solat sunat istikharah jika ingin melakukan sesuatu kerja. Saya telah sarankan di dalam artikel saya bertajuk Redha, Pasrah dan Berserah. Apabila kita berdoa, doalah seperti ini: “Ya Allah, aku ingin lakukan [nyatakan apa yang saudara ingin lakukan]. Ya Allah, jika ia baik di sisiMu ya Allah maka ya [...]



Jiwa Dan Wang

Fri, 24 Jul 2009 00:42:57 +0000

“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS: al-Talaq:23) Di sebuah tasik yang besar ada 2 orang pemancing yang paling hebat antara ratusan pemancing yang ada. Pemancing A dan pemancing B. Ilmu memancing mereka tidak mampu ditandingi. Setiap kali memancing, pasti banyak ekor ikan [...]



Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang

Thu, 23 Jul 2009 08:55:32 +0000

“Apabila kita berusaha untuk menyedarkan orang ramai betapa perlunya kita kembali kepada Allah, pasti kita akan diduga dengan pelbagai perkara. Bersedialah dengan dugaan dan ujian tersebut kerana ia pasti datang” Suatu petang (beberapa bulan lepas) saya ke bilik pensyarah senior yang juga merupakan salah seorang  guru yang banyak mengajar saya tentang jiwa positif ini. Beliau memberi nasihat kepada saya: Di dalam [...]



Jalan Kehidupan Sendiri

Thu, 23 Jul 2009 01:05:31 +0000

Setiap daripada kita telah ditentukan jalan kehidupan kita sendiri. Kita tidak boleh meniru jalan kejayaan yang sama dengan orang lain untuk berjaya. Jika jalannya sama, ia kerana telah ditentukan begitu. Bukan kerana kita mengikut langkah orang yang berjaya itu. Maka jangan tertekan jiwa dan fikiran sekiranya kita tidak berjaya seperti orang lain yang berjaya sedangkan kita [...]



Isra’ Dan Mikraj: 2 Pengajaran Penting

Sun, 19 Jul 2009 23:38:13 +0000

Hari ini kita mengungkap kembali peristiwa besar umat Islam yang memberikan banyak pengajaran dan juga banyak kesankan kepada kita iaitu Isra’ dan Mikraj. Sejak kecil kita mendengar tentang peristiwa besar ini dan sudah pasti kita telah tahu peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Hari ini saya ingin mengupas dua pengajaran penting yang seharusnya diutamakan di dalam mengambil [...]



Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa

Thu, 16 Jul 2009 16:10:51 +0000

Artikel ini adalah artikel yang ke-100 Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan. Semasa belajar saya diterangkan oleh guru saya, keadaan kesedaran tertinggi itu adalah keadaan rasa yang tiada rasa. Aduh! Cukup sukar untuk memahami rasa yang tiada rasa ini. Bila ditanya, jawapan yang diberi adalah, rasa yang tiada rasa bukan untuk difahami dengan memikirkannya. Rasa yang tiada [...]



Bahagia Itu Pilihan

Wed, 15 Jul 2009 01:48:40 +0000

Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah. Mahu bahagia atau [...]



Bermasalah Dalam Hidup Itu Mulia

Tue, 14 Jul 2009 10:52:06 +0000

Bermasalah dalam hidup itu mulia. Berhutang itu Mulia. Terdesak itu Mulia. Terhimpit itu Mulia. Tertekan itu Mulia. Sakit itu Mulia. Mari fikirkannya dengan kesedaran yang tertinggi…..



Berlatih Segalanya Hanya Daripada Allah SWT

Thu, 09 Jul 2009 23:21:32 +0000

[note] Tahu dan sedar merupakan dua perkara yang sangat berbeza. “Tahu” tidak sampai ke jiwa tetapi “Sedar” sampai kejiwa dan menjiwainya dengan sepenuhnya. Sedarkah kita sesungguhnya nikmat setiap suapan ketika makan berbeza nikmatnya? Kita tidak akan dapat mengecepi perbezaan nikmat setiap suapan ketika makan jika kita makan sambil bersembang atau juga asyik ligat memikirkan tentang kehidupan [...]



Siapakah Sebenarnya “Aku”?

Tue, 07 Jul 2009 00:45:39 +0000

Kita tidak pernah cuba bertanya ketika kita berkata… ini diri aku, tangan aku, mulut aku, hidung aku, kehidupanku, rasaku, cintaku, kebahagiaanku, kesedihanku, kesusahanku, rumah aku, kereta aku, anak-anak aku, kerja aku, duit aku dan sebagainya, KITA TIDAK PERNAH BERTANYA…… SIAPAKAH YANG DIKATAKAN “AKU” ITU?



Islamic NLP for Parenting: Melembutkan Hati Anak

Sun, 05 Jul 2009 16:42:30 +0000

Seminggu yang lepas, mak saya berada di rumah saya selama seminggu sebelum beliau pergi ke rumah kakak saya. Kesempatan yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu keibubapaan daripada mak saya. Saya ingin tahu bagaimana untuk melembutkan hati anak. Saya mempunyai 10 orang adik beradik (4 lelaki dan 6 perempuan). Saya merupakan yang bongsu. Saya bertanya [...]



Memiliki Kesedaran Tertinggi #4

Sun, 05 Jul 2009 00:22:40 +0000

Ilmu itu dipelajari, kemudian difahami agar mudah diingati, kemudian dipraktikkan. Untuk apa? Agar kita dapat merasai lalu mengukuhkan lagi kesedaran hal mutlak Allah SWT. Sedar itu perlu dikukuhkan dengan rasa. Rasa sebenar tidak dapat digambarkan dengan penulisan dan pembacaan semata-mata. Rasa sebenar tidak mampu dipindahkan daripada seseorang ke seseorang yang lain. Kerana itu ilmu perlu dipraktikkan dengan cara [...]



Memiliki Kesedaran Tertinggi #3: Latihan

Thu, 02 Jul 2009 16:01:38 +0000

Ternyata… Allah menghendaki kita untuk berjaya, untuk hidup senang dan bahagia. Bacalah doa di bawah dengan penuh kesedaran dan kejiwaan. Bagaimana?  Bacalah satu persatu dengan bersuara perlahan (cukup sendiri mendengarinya. Tidak berkesan jika hanya membaca di dalam hati). Sedari bahawa Allah itu sedang mendengar apa yang saudara rintihkan dan perkataan ‘aku’ di dalam doa di bawah [...]



Formula K(5T)

Wed, 01 Jul 2009 23:43:02 +0000

Saya pernah memberitahu di dalam laman web ini tentang formula K(5T) tetapi tidak menulisnya dengan jelas. Formula K(5T) perlu kita ingat sentiasa agar kita sentiasa mempunyai visi yang jelas setiap hari di dalam hidup kita sebagai mukmin. Kehidupan sebagai mukmin (orang yang beriman) jauh bezanya dengan kehidupan sekadar muslim (pengikut) apatah lagi sebagai seorang kafir. Apakah [...]



Islamic NLP for Parenting: Mengetahui Sikap Utama Anak

Mon, 29 Jun 2009 09:17:12 +0000

Tidak dapat dinafikan, pendidikan anak-anak zaman teknologi pesat membangun ini merupakan satu hal yang amat mencabar. Ini kerana peluang anak-anak untuk mengakses dunia luar  (yang banyak kesannya) tidak mampu dihalang lagi dengan adanya teknologi serba canggih yang memberi banyak pintu pengaksesan dunia luar. Ibu bapa yang dilahirkan dan belajar di zaman teknologi yang tidak semaju hari [...]



Dimanakah Jodoh?

Wed, 24 Jun 2009 08:15:15 +0000

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku. Suatu petang ketika hujung minggu, saya bersama isteri dan anak saudara (cucu sulung daripada 30 orang cucu mak) berbual-bual di rumah saya tentang jodoh. Anak saudara, gadis berumur 26 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai jurutera rangkaian [...]



Jangan Takut Pada Allah

Tue, 23 Jun 2009 09:22:54 +0000

Perkataan ‘Jangan’ di dalam tajuk artikel ini (Jangan takut pada Allah) merupakan satu perkataan yang negatif untuk ayat saranan atau nasihat. Sedaya upaya elakkan perkataan ‘jangan’ ketika memberi saranan. Namun saya gunakan juga kerana saya berasa ayat tersebut sesuai dengan perkataan jangan. [Note: Saranan terbaik adalah, dekatlah pada Allah, cintai Allah dan sebagainya.] Saudara, Setiap hari jumaat, kita [...]



PhD: Hari Pertama

Mon, 22 Jun 2009 05:10:03 +0000

Sahaja aku mencari ilmu di dalam perjalanan PhD kerana Allah SWT. “Ya Allah, Tuhan yang Maha Menguasai seluruh Ilmu di langit dan di bumi dan di antaranya. Tuhan yang Maha Mengetahui Ilmu terdahulu, kini dan akan datang. Tuhan yang Maha Pemberi. Tuhan yang Maha Penentu. Aku memohon kepadaMu ya Allah, berikan aku pengetahun ilmuMu yang maha luas [...]



Memiliki Kesedaran Tertinggi #2

Fri, 19 Jun 2009 12:03:24 +0000

Saudara perlu membaca artikel-artikel di bawah sebelum membaca artikel ini. 1.Kita tidak disarankan berusaha 2.Memiliki kesedaran tertinggi #1 Setiap apa yang saya tulis merupakan persoalan yang mungkin saudara juga fikirkan selama ini. Namun disebabkan kita dididik agar tidak menyuarakan persoalan yang dikatakan “mengarut” lalu kita hanya berdiam diri. Tetapi jauh dilubuk hati kita, ia masih tertanya-tanya. Saya melihat masalah [...]



Memiliki Kesedaran Tertinggi #1

Fri, 19 Jun 2009 00:27:24 +0000

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. (QS: Al-’Alaq 96:1-5) Artikel Redha, Pasrah dan Berserah dan Kita Tidak Disarankan Berusaha telah saya bawakan sebelum saya ingin menulis artikel ini. [...]



Kita Tidak Disarankan Untuk Berusaha

Wed, 17 Jun 2009 10:56:05 +0000

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (QS: Al-Baqarah 2:45) Jika kita membaca ayat di atas, Allah SWT menyarankan kepada kita agar meminta pertolongan (doa) dengan sabar dan solat. Ketika kita mempunyai masalah atau keinginan maka ayat ini menyarankan agar kita meminta tolong kepada Allah, kemudian bukan berusaha [...]



Bagaimana

Wed, 17 Jun 2009 06:11:06 +0000

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bagaimana hendak berasa syukur? Rasa tidak bersyukur bukan sesuatu yang dibuat-buat. Ia hadir sendiri dari dalam jiwa. Berpuashatilah dengan segala apa yang kita miliki. Bagaimana hendak berasa berpuashati? Rasa tidak puashati datang sendiri dalam jiwa. Bersabarlah dengan segala ujian Allah SWT. Bagaimana ingin bersabar? Jiwa memang sedih, kecewa dan sebagainya dengan apa yang berlaku. Untuk berjaya, kamu [...]



Di mana Niat?

Tue, 16 Jun 2009 01:06:57 +0000

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.” Saudara, Kita tahu kerana sejak kecil kita telah diajar untuk melakukan sesuatu mesti didahului dengan niat. [...]



Redha, Pasrah dan Berserah

Mon, 15 Jun 2009 09:02:22 +0000

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka. (QS: Shaad 38:82-83) “Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”. Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi [...]