Subscribe: Fantasi & realiti, duniaku
http://coretanmayaku.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  aku  anda  cinta  dalam  dengan  dia  hati  juga  kalau  kita  nak  orang  shaklee  tak  terbaik  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Fantasi & realiti, duniaku

Fantasi & realiti, duniaku



Fantasi..dunia khayalanku, Realiti..dunia sebenarku.



Updated: 2017-10-07T04:30:50.136-07:00

 



Lama Tak Online Tapi Income Nuffnang Masih Onn

2017-02-08T03:01:25.609-08:00

Emmmm....agak lama juga tak update blog aku ni. Dah berapa tahun ye. Naik berabuk dan bersawang dah ni....hahaha.

Bila tengok balik blog ni...nampak iklan Nuffnang masih ON lagi...so p lah cek akaun Nuffnang. apa aku jumpa.....duitlah.





Walaupun siput je tapi oklah...cukuplah untuk makan KFC ke or belanja anak aku makan or beli mainan dia...kan



Daftar Ahli Shaklee Dan Jana Income Bersama Shaklee....:)

2013-12-13T22:29:01.878-08:00



Pengedar bebas SHAKLEE diperlukan di semua DAERAH di seluruh MALAYSIA sama ada PART TIME/FULL TIME.

Hanya bermodalkan RM75 untuk pendaftaran ahli bg semenanjg dan rm85 ahli bg sbh/srwk & business starter kit, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee (Yuran sekali seumur hidup):

✔ Ganjaran tunai (CASH)
° Bonus peribadi sehingga 21%
° Leadership bonus sehingga 6 level
° Insentif Coordinator sehingga 1.5%

✔ Program kereta (CAR)
° Insentif wang tunai untuk pembayaran kereta atau suka hati andalah nak buat apa dengan wang tunai itu

✔ Percutian (CONVENTION)
° Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee di dalam dan luar negara
° Berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim membawa bersama ahli keluarga; ibubapa, anak-anak dan saudara-mara

==========================================

Dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, bisnes Shaklee adalah pilihan yang terbaik.

Shaklee is:
✐ The PERFECT Industry
✐ The PERFECT Time
✐ The PERFECT Company
✐ The PERFECT Product
Choosing the RIGHT COMPANY is more IMPORTANT than your EFFORT, choosing the BEST TEAM will bring you to the TOP!

==========================================

✘ Anda TIDAK perlu modal besar.
✘ Anda TIDAK perlu menyimpan stok.
✔ Anda CUMA perlu bertindak segera.
Kerana mereka yang mahu BERJAYA adalah orang yang bertindak SEGERA!

✉ PM ke https://www.facebook.com/messages/new
☎ SMS: 016-8847007 Maya OnlineShop



Bantuan Ikhlas Anda Amat dialukan

2013-10-26T16:53:37.463-07:00

Emmmm...lama tak update blog...tp kali ni just nak sharing permintaan bantuan dari saudara kita di Syria.....bagi yang ikhlas bolehlah bantu ye...tiada paksaan.







Busy Menjana Income Dengan Shaklee

2013-09-28T20:55:14.142-07:00



Agak lama juga tak update blog ni....sibuk dengan aktiviti harian dan income sampinganku...iaitu Shaklee.....tahu tak apa produk shaklee....pastinye kenal kan...produk kesihatan yang memang popular di Malaysia sekarang.


Walapun lama tak update tapi income Nuffnang masih aktif jalan...alhamdullilah...rezeki Allah beri katakan. Untuk tambah income yang sikit, so aku ikutkan jana income dengan shaklee...alhamdullilah...amat berpuas hati...ni antara cek aku terima.


 ni cek pertama...sikit...tp oklah.

cek bulan seterusnye...hehehe..:)


Teruja tak.....so jom join bersama aku.....sila ke Facebook: MayaOnlineShop  Apa2 pertanyaan dan nak join, sila sms 016-8847007 or ke facebook Maya tu.

Daftar jadi ahli shaklee....rm75(sm) rm85(ss) sekali seumur hidup...tapi income bila2 je ada yang penting ada kesungguhan nak business...hehehe.



RE: Malunye Nak Luahkan Rasa Cinta..Macam Mana Ni? Nak Tau Macam Mana, Baca Sini!

2013-06-28T04:34:30.899-07:00

Salam....dah malam rupanye..hehe. Aku nak share sikit petua untuk luahkan rasa cinta anda kepada orang yang anda sayang bangat tu. Nak simpan dalam hati sampai bila entahlah, buat pe. Eloklah luahkan. Kalau malu, nanti rugi sebab kita tak tau apa si dia fikirkan tentang diri anda. Kalau si dia jua seperti anda, sayang dan cinta dengan anda. Takkan rugi tu, kalau terlepas. Tapi kalau sebaliknya, janganlah bersedih sangat. Pasti akan jumpa yang sama2 berkenan di hati..betul tak?Aku dulu pun bukannya pandai nak luahkan rasa cinta sayang ni. Kalau tak dimulai oleh si dia tercinta...hehehe pemalu katakan. Itu tak pe, sebab aku perempuan. Bah kata orang, takkanlah perigi mencari timba kan. So, patut timbalah yang mencari perigi. Tapi sekarang kadang2 keadaan terbalik. Perempuan lebih berani luahkan rasa hati dari lelaki. Hebatkan...hahaha. Apa2lah asalkan bahagia.Petua luahkan rasa hati terpendam...hehehe :)  1. Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.2. Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.Saya, sayang awak.3. Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.4. Siapkan Mental   - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.5. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta  - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.Sumber:Bicara Sentuhan CintaSudah habis baca, so sekarang amalkanlah apa lagi. Manalah tau berkesan or tak. Tapi yang penting sebenarnya diri anda sendiri. Tak kisahlah pakai petua or tak, kalau diri anda sendiri tak berani. Manalah nak menuju ke step seterusnya.....just ungkapkan jelah rasa cinta tu, agar rasa lega sikit dihati :).[...]



Kasih Sayang Ibu

2013-05-04T20:21:40.216-07:00

Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.


Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.



Credit:Google

Persoalannya sekarang, masih adakah kasih sayang di hati seorang ibu terhadap anaknya? Emm....kasih sayang ibu terhadap anak memang tak akan pupus begitu saja walaupun di telan oleh arus permodenan. Namun tidak mustahil jua, ada setengah manusia yang sanggup berlaku kejam apabila jiwa tertekan.


Contohnya pada zaman sekarang, terlalu banyak kisah yang terpapar di dada suratkhabar mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa. Dan yang paling kejam sekali, bukan saja ibu yang melahirkan bayi tu membuang bayi tapi juga bertindak membunuh bayi tersebut. Cuba fikir, apakah yang berada di fikiran mereka agaknya ketika itu? Apa2 pun tepuk dada, tanya minda anda.


Nukilanku: RMH



JOM JOIN SAYA MERAIH 4-5-6 ANGKA!!

2013-04-06T04:31:51.762-07:00

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai business online saya? Kenapa anda perlu join group saya -JUTAWAN..Lets EDGes.._______________  1. SHAKLEE -Company yg stabil sejak 1956- lebih 50tahun di pasaran.Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebatSebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia. 2.Produk yg berkualiti -Salah satu produknya yg pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yg harmoni dgn alam semulajadi dan terbukti dgn ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.  3.Pelan Jualan Menarik ShakleeAnda berpeluang menikmati bonus skim yg shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip2 international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time..dan hasil daripada apa yg anda kongsikan dgn mereka diluar sana. its priceless...4.Support group yang penuh dengan caj2 positif.,ukhuwah yg kuat...penuh dgn rahsia2 dan strategi utk  berjaya. [GROUP JUTAWAN SHAKLEE -secret Facebook group,hanya yg terpilih layak dijemput masuk]. group yg dah melahirkan ramai leader2 yg berkualiti dengan income bulanan stabil dari 2angka ke 5angka - Master, Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors..Jadi.. atas sebab2 di atas.. Jom join saya dan group Jutawan Shaklee saya.I'm more than glad to help as much as i can ..InsyaAllah ..Hanya melalui alam maya..tak perlu meeting sampai lewat malam..you can have it your way..thousands of fibers connects us..latihan di alam realiti juga disediakan...You choose and u decide.. Its your dream. Your success or your failures rely on you, not me.I'm here to share the secrets, the tips, to teach the strategies, the power of giving, the power of doa, the power of dreams....  with the miracles of Shaklee, and our personal gold 'touch'..everything is possible...U just have to believe in your dream.. have faith in Allah, in yourselves and in the product.. InsyaAllah.. Berminat? Contact me..JOm.....melurputih123@gmail.com or sms 016-8847007 or pm fb: Maya OnlineShop.[...]



RE: Cinta Kedua, Mampukah Aku Menerimanya?

2013-03-19T04:39:21.168-07:00

Kata orang cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan kerana ia adalah satu detik permulaan hati anda mula menyintai dan menyayangi seseorang. Kalau boleh anda sepenuh hati ingin menjaga hubungan tersebut dan ingin cinta pertama itu diakhiri di jinjing pelamin.Memang beruntunglah pasangan yang bercinta kali pertama hubungan mereka diakhiri di jinjing pelamin. Menjadi suami isteri dan hidup bahagia ke akhir hayat. Saya juga mengimpikannya dan pasti anda juga..kan? Tapi bila halangan mula menodai hubungan cinta pertama anda. Apakah anda buat? Bah kata orang, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Berkeras-keras anda mahu yang anda impikan. Kalau tak ada jodoh, tak dapat juga. So, terpaksalah berserah pada takdir. Itulah hidup. Apa yang kita inginkan, tak semestinya kita akan dapat. Mungkin ada haikmah sebaliknya. Mana tahu jumpa orang kedua yang lebih baik dari yang pertama.Persoalannya, mampukah anda menerima cinta kedua, bila hati anda masih pada yang pertama? Kenangan indah saat cinta pertama memang sukar nak lupakan. Lebih-lebih lagi punca perpisahan bukan atas sebab kecurangan atau perselisihan faham. Perpisahan berlaku hanya sebab family tidak menyukai pilihan anda, perbezaan agama atau bangsa dan perbezaan darjat. Itu lagi sukar nak melupainya.Tapi sampai bila nak mengingati saat indah itu? Sampai usia lanjut atau ke akhir hayat? Memang sukar nak katalah. Ia bergantung pada diri orang itu sendiri. Kalau anda mempunyai kekuatan untuk menerima cinta kedua. Terimalah. Mana tahu ia memberi bahagia sepanjang hidup anda. Kalau tak, masih ada cinta lain menunggu anda.Jangan biarkan cinta pertama membuat anda sukar untuk menerima cinta seterusnya. Kalau kita tak mencuba membuka hati untuk kali kedua pada orang lain. Kita pasti tak tahu apakah ending hubungan tersebut. Lebih baik mencuba dari tak. Bahagia atau derita sesebuah perhubungan cinta, itu adalah lumrah kehidupan. Kita harus menerimanya seadanya. Walaupun kadang-kadang terpaksa kerana keadaan.Moga cinta sejati menemani hidup kita semua. Moga bahagia menyinari hari-hari yang kita lalui. Agar ia lebih bererti dalam meniti hidup yang makin hari makin mencabar. Senyum ceria selalu….ok.Nukilan; [...]



RE: Siapa Pernah Mimpi Ular? Takut & Geli Betul Dibuatnya!

2013-03-16T04:21:42.047-07:00

Credit:Google


Tahu tak binatang yang paling buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka tengok.


Aku macam fobia pula dibuatnya. Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2 sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real punya. Tak mampu aku.


Pernah aku mimpi kena belit oleh ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula. 


Pagi selepas mimpi ular tu, aku cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm.. pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu. Maybe sekadar andaian je agaknya. 


Bagaimana pula anda? Pernah mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.



KELEBIHAN MINUM AIR MASAK...Wajib Baca :)

2013-03-05T03:39:32.846-08:00



Bagi anda yang suka jaga kesihatan or tak tahu pasal khasiat air masak...jom singgah sini dan baca info menarik ini.


KELEBIHAN MINUM AIR MASAK:

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.



♥ NOTA CINTA :)

2013-02-20T03:40:44.276-08:00

Sebagai renungan bersama.....:)






Doa untuk mendapatkan anak kembar ♥ ♥

2013-01-26T03:40:31.273-08:00



Doa untuk mendapatkan anak kembar ♥ ♥

1)amalkan surah As-Shaffat ayat 120 :

"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"

2)Surah Asy-Syuura ayat 50:
"Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."

Kita hanya mampu merancang.TUHAN yg tentukan ..



10 perkara menyebabkan hati kita buta

2013-01-16T03:44:15.214-08:00

10 perkara menyebabkan hati kita buta. Semoga hati kita rasa terpukul. Tabarakallah (◕‿◕)






Tabung Bantuan Mangsa Banjir...Jom Sama2 Menderma..:)

2013-01-08T03:45:14.747-08:00



Sekarang ni beberapa buah negeri dilanda banjir...kasihan juga tengok mangsa banjir ni. So, bagi siapa2 yang bermurah hati....silalah beri bantuan ye...dengan ikhlas di hati...:)


Individu dan organisasi yang berminat untuk membantu mereka yang terjejas oleh banjir boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank 5141-0532-0757 di bawah nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima melalui kaedah-kaedah berikut:

- Maybank2u.com
- pemindahan dana di ATM dan Phone Banking KawanKu
- mesin 'cash deposit'
- mesin 'cheque deposit'
- kaunter-kaunter Maybank, atau
- kirimkan cek di atas nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima dan hantar kepada d/a Jabatan Kewangan, Media Prima Berhad, Sri Pentas, No. 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling, Selangor



PERSEDIAAN KAHWIN MUDA & CARA BERHADAPAN DENGAN IBU BAPA

2012-12-28T22:11:08.075-08:00

silakan share lepas baca tips ni.. Berikut adalah 10 tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :- 1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan. 2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda. 3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri. 4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim. 5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda. 6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik. 7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak. 8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka. 9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah. percayalah Bercinta Selepas Nikah itu sangat indah :)[...]



Money Money Nuffnang

2012-12-20T03:44:57.389-08:00

Emmmm....agak lama rasanye tak update blog aku yang hampir nak bersawang ni. 
Nasiblah masih mampu bertahan, walaupun lama tak posting.

Income pun sentiasa masuk je melalui campaign dan clik2 peminat yang tertarik dengan iklan Nuffnang yang cun melecun tu...hehehe.

Kalau dah lama berblog dan inti pati blog kira oklah....rasanya tak jadi masalah untuk kekalkan traffic dan duit Nuffnang ni.


Buktinye....tengok je income aku ni:




 Bolehlah banyaknye...lama juga aku simpan tau.
Belum cashout lagi...maybe tahun depan cashout.

Terkejut sikit bila tengok income sebanyak tu....sebab lama tak check akaun Nuffnang.


Apa pun...jom sama2 cari income dengan Nuffnang....:))





Bantuan Untuk GAZA

2012-11-21T02:53:00.205-08:00








Ayuh, sama-sama kita membantu saudara kita di Palestin yang sedang dizalimi dan tertindas. Jangan berdiam diri. JOM kita menderma!


Aqsa Syarif : “..RM300,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia telah kami (Aqsa Syarif Berhad) agihkan secara terus kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionis. Kempen Aqsa2Gaza Emergency Relief – Selamatkan kanak-kanak Gaza mensasarkan RM1 juta untuk disalurkan ke Gaza…"


Hulurkan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif Berhad sekarang!

Maybank Islamic 551575004299 atau
Bank Islam 12092010034904
Sebarang info dan update terkini boleh didapati di :
Website : http://www.aqsasyarif.org.my/
Facebook : https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=ts



✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿

2012-11-18T02:51:29.398-08:00








✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿



1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!




Anugerah Skrin 2012 - Membosankan Dan Kontroversi???

2012-11-10T03:18:36.236-08:00

Permulaan siaran langsung Anugerah Skrin 2012 semalam di TV3 memanglah best...tapi tiba2 masuk bab ke alam fantasi yang banyak sangat melalut dan merepek tu yang buat aku rasa boring sangat. Tak sampai setengah jam aku dah tutup tv and tidur lagi bagus.Rata2 komen yang aku baca di Facebook berpendapat yang sama juga....entahlah. Apa pun tak dinafikan ada adegan yang best. Dan ada juga adegan yang timbulkan kontroversi mengenai isu petikan lawak Rosyam Noor yang agak sensitif.Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh Apa komen anda mengenai lawak Rosyam Noor ni.......entah salah siapa....sendiri or penulis skrip....macam2lah...kalau nak buat lawak pun jangan sentuh mengenai perkara sensitif. Betul tak?   Oh ya ni komen Ustaz terkenal kita: Ustaz Azhar Idrus....yang aku ambil di Facebook:  Oklah....aku malas nak komen banyak pasal tu....apa pun pesan aku, jangan nak buat lawak pasal agama ni sebab ia memang perkara yang sangat sensitif tau.......Cermin diri, Cermin Iman Anda.Bagi yang tak tengok habis Anugerah Skrin 2012 tu...aku sertakan senarau pemenang malam itu yang aku sendiri copy paste dari blog orang lain...hehehe1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH2512. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL2618. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda [...]



Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

2012-11-04T03:12:50.783-08:00

Semalam and pagi minggu aku layan ceta "Aku Terima Nikahnya"....memamng best juga aku tengoklah.......kisah suami isteri yang diuji...terbaik..love it.





Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012. Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Trailer Filem Aku Terima Nikahnya

  allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="215" src="http://www.youtube.com/embed/PZRI4f1oBiU" width="360">

 






♫❤ Jikalau ada♫❤

2012-11-03T03:56:50.068-07:00



♫❤ Jikalau ada HATI, didiklah ia untuk mencintai perkara-perkara yang baik,sebelum ia MATI..


♫❤ Jikalau ada MATA, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia BUTA..


♫❤ Jikalau ada LIDAH,tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia BISU..


♫❤♫ Jikalau ada TANGAN, gunakanlah ia kearah kebaikan,sebelum ia KUDUNG..


♫❤ Jikalau ada KAKI, gunakanlah ia untuk menuju kearah kebaikan, sebelum ia TEMPANG..


♫❤ Jikalau ada IBU BAPA, kasihilah mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri,sebelum mereka pergi d jemput ILAHI...♥.



RE: Kahwin Dulu Then Cinta Or Cinta Dulu Baru Kahwin…Mana Satu Best?

2012-10-31T04:38:23.268-07:00

  Persoalan kahwin ni perlu di pandang serius. Sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh hingga akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Kalau itu sudah tersuratlah. Kalau selain dari itu, aku tak tahulah nak cakap apa.Cinta dulu lepas tu kahwin, memanglah best. Siapa yang tak mahu kahwin dengan orang yang kita cintaikan. Semua orang mahu termasuklah aku ni. Memang bahagialah kalau dapat kahwin dengan orang kita cintai. Cuma sejauhmana jodoh kita, itu penentu kepanjangan usia hubungan suami isteri kita. Kadang2 kahwin kerana cinta juga, berakhir dengan perceraian juga. Walaupun masa anda bercinta dulu bukan main nak rak, tapi bila dah lama diam bersama sebagai suami isteri lain pula jadinya..kan. Bukan aku nak harapkan anda berakhir macam tu. Sebagai contoh yang memangnya pernah terjadi dalam kelompok kita. Memang tak dapat lari, kalau takdir jodoh anda sampai ke situ je. Kalau boleh usahakan agar ia berkekalan ye.  Kahwin then cinta pun tak kurang hebatnya. Ada yang kahwin cara begini bahagia hingga akhir hayat. Itupun terpulang pada jodoh juga. Kalau kekal, kekal. Kalau tak sebaliknya seperti cinta then kahwin juga. Tak kira kahwin then cinta or cinta then kahwin, dua2 ada baik or buruknya. Semua depend pada ketentuan jodoh kita.Kalau boleh semua nak kahwin dengan orang yang dicintai or paling kurang dikenali...betul tak? Takkan kita nak kahwin cincai je. Tak kenal serba sedikit mengenai insan yang akan bersama kita semasa kita duka or gembira. Kalau macam ni, payah juga. Apa2 pun yang penting jangan kena paksa kahwin buta sudahlah……apa2 jelah…he3.  Nukilan;p/s: Maksud kahwin dalam perbincangan ini ialah NIKAH ye....bukan kahwin tanpa nikah. [...]



Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

2012-10-13T21:10:36.653-07:00

allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="215" src="http://www.youtube.com/embed/KIuR_q__ylE" width="460">

Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta



4 Makna Disebalik Perasaan Bosan...????

2012-10-12T04:07:21.792-07:00

  Siapa sini tak pernah berasa bosan??? Mustahillah kalau tak de kan...setiap orang pasti ada perasaan bosan ni. Aku pun pernah alaminye juga....selalu sangat...sampai bosan dibuatnye hehehe. Apa pun perasaan bosan ni perlu dikawal kerana ia boleh membawa sifat negatif dalam diri seorang. Selain daripada itu ia juga memberi gambaran awal tentang keperibadian mereka.  Antara makna disebalik perasaan bosan adalah….  1) Berdasarkan kajian, seorang yang mudah berasa bosan adalah seorang yang tidak pandai untuk hidup berdikari. Mereka terlalu bergantung terhadap orang lain seperti rakan dan keluarga.2) Selain daripada itu,  kajian juga mendapati bahawa orang yang cepat berasa bosan adalah seorang yang sukakan kehidupan yang statik dan selesa. Mereka selesa dengan kehidupan, pencapaian, dan taraf hidup mereka sekarang. Dengan kata lebih mudah, mereka kurang bersifat hendak berusaha untuk memajukan diri sendiri.3) Orang yang cepat merasa bosan juga dikatakan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang cukup rendah.4) Dan akhir sekali, berdasarkan kajian juga mendapati bahawa jangka hayat seorang yang bosan didalam kehidupannya adalah lebih pendek berbanding mereka yang tidak. Jadi lepas ni jangan bosan-bosan sangat ye.p/s: Sekadar cakap2 kosong je...hehehe [...]



Re: Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!

2012-10-09T05:37:36.424-07:00



Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 


Yelah setiap orang ada perasaan tersendiri. Cuma saya fikir maybe perasaan itu timbul sebab perasaan cinta dan sayang sangat kepada seseorang. Entahlah. Itu kena tanya LELAKI yang pernah mengalaminya.


Mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam hati adalah satu perasaan yang terindah dan sangat bahagia. Cuma kita tak tahu macam mana ending sesebuah hubungan cinta tersebut. Kerana takdir dan jodoh ketentuan Tuhan. Kita hanya berusaha saja. Kalau dia ditakdirkan untuk kita. Dia takkan lari ke mana pun. So, bercintalah dengan hati yang ikhlas ok.