Subscribe: LOVE is forever
http://hadfina.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
aliq  bila  dah  dengan  dia  guru  hari  ibu  ini  lagi  mama  nak  papa  sangat  sebab  tak  tapi  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: LOVE is forever

LOVE is forever



I lose my way And it's not too long before you point it out I cannot cry Because I know that's weakness in your eyes I'm forced to fake A smile, a laugh everyday of my life My heart can't possibly break When it wasn't even whole to start with



Updated: 2017-07-18T22:52:14.488+08:00

 



0 Comments

2016-11-20T21:30:56.125+08:00

assalam
bismillah



malam ni sambut birthday kakak mina yang ke 7.. malam ni jugak mak dan bak buat mesyuarat blok untuk hari pernikahan acu ma.

aliq waktu ni sedang tdo dalam buaian, sian dia tak dapat sekali meraikan birthday kakak. takpelah next time okay aliq.. lagi pun aliq tak leh makan kek lagi.

tu masing2 pegang anak dara masing2 dari kakak ipar, aku mak yang, andak dan anjang. achuma tak de lagi la...

maybe next year , itu pun kalau dai dapat baby girl ekekeke...

nak cerita sikit pasal semalam lah, sedih hati ibu sebab semalam dah start antar aliq ke rumah pengasuh. ibu chah huhu... s
seperti antar kakak surfina dulu la rasanya tapi yang ni lagi sedih sebab tahu dia ada nakal sikit :P

tapimemandangkan pengasuh nya ibu chah kata okay jer .. alhamdulillah biasalah baru2 lagi nak serasi.



jahitan

2016-11-08T19:43:58.417+08:00

assalamualaikum

lupa nak bagi tahu jahitan masih ada yang belum gugur terutama di area perinium masih kukuh tali tangsi dia... tapi kat tempat lain dah gugur dan mereput.. bertabahlah ibu... so jalan pun masih tak laju2 lagi masih mantain lagi perempuan melayu terakhir :)

enjoyberpantang untuk beberapa hari lagi :P



41 hari

2016-11-08T19:41:17.747+08:00

assalamualaikum

hari ni kami gi segamat bertiga.. alhamdulillah aliq okay jer nangis jer lah nak susu.. yang lain tu tdo jelah.. boleh la main2 kejap pastu banyaknya tdo... kalau lama lagi melalak lah dia.. asal kereta berhenti mulalah episod nak melalak huhu bertabahlah ibu. kalau time nak berak menangis sakit perut.

ada time nak kentut pun menangis alahai sabar jelah. sebab itu ibu takut kalau tinggal sorang2 tak de orang yang boleh tenangkan dia. keran terlalu senang kembong jadi berpantang kali ni tidak berapa nak enjoy... cuma kalau time perut dia okay tido dia alama dan okay juga.. hati ibu berbunga2 sangat kalau aliq bagi kerjasama yang baik.. aliq anak bijak dan soleh.



40 hari

2016-11-08T19:37:37.593+08:00

hari ni dah masuk 40
hubby masak ayam yang kami ternak sendiri no cucuk ubat hormon bg ayam besar... so rasa dia lain manis sangat. hubby masakkan ayam sedap sekali rasa kenyang tuhan jelah yang tahu. selama ni makan ikan dapat rasa ayam sangat nikmatnya.


alhamdulillah



kembong

2016-11-08T19:31:36.813+08:00

dah lama atk update pasal si kecik sebab no time to write asyik berkepit jer dengan dia
si aliq suka sangat kembong entah apa sebabnya...nak kata pemakanan ibu.. aku hanya makan sawi ikan bakar kerisa dan nasi putih... sesekalli mak bagi ikan bilis rebus dan pegaga serta lada hitam...bertabahlah ibu



24 hari

2016-10-21T11:58:11.716+08:00

assalamualaikumbeberapa hari tak update pasal aliq..nak bagi tahu jahitan yang kat atas dah tercabut..manakala jahitan kat perinium masih belum tercabut lagi sebab berpintal2 dan ada tali tangsi yang mencucuk2  anuseksa betulnak berjalan rasa bergesel2kenapa la tak di potong pendek sikit ,,, bila luka kecut benang tu tercacak dan bila berjalan mulalah mencucuk dinding kat situ.24 hari dah 6 hari lagi khaliq  dah kena cucuk 30 hari. bertabahlah wahai ibu.hari ni ayah kesayangan dah pergi kerja. so ibu tak de pembantu yang boleh menolong ibu dan teman nak pasing aliq.. kalau tak ibu ada jugak orang nak teman dan pegang aliq sekejap.malam tadi performen aliq okay lah cuma pagi ni agak meragam sikit sebab biasanya waktu begini aliq.mungkin angin sebab kepala khaliq selalu tak tutup agaknya. ibu okay jer boleh poo poo semalam ibu dah hari ni belum lagi. tapi takut jugak nak meneran alahaihari ni jumaat , mak buat bacaan yassin dan jugak fardhu ain untuk geng penolong ketua block. hari ni turn mak yang kena handle sian mak pepagi dah bz nak buat itu ini.okay nak berhat dulu nanti boleh sambung lagi esok lusa hehehe...eh lupa 16 hari tu ibu ada masuk pertanding buat caption.. tak sangka leh menan rm100 ( dpt 4 pad avail siang dan 4 pad malam ) alhamdulilah rezeki baby :)24 hari penuh dengan ragam dia.. tak mo tdo mlm ... merengek air susu tak banyak asyik nak minum air susu yang banyak jer bila sikit mulalah merajuk bagai.tak sangka menang la pulak.. alhamdulilah.[...]



18 hari

2016-10-16T14:40:22.530+08:00

assalamualaikum

hari ni dah hari ke 18 kejap jer rasa. hari ni sabtu mak gi pekan melawat mak mertua dia, manakala ayah si kecik gi melawat alongijlal bersama qoid dan kakak.

ibu dan aliq tinggal kat rumah.. aliq mcm malam hari  tu tak cukup susu.. badan dah tua tu yang tak cukup susu tu. pulak asyik fikir tak nak bagi susu badan sebab sakit belakang uratbelakang menarik2 sampai rasa nak demam... lagi

hari ni hari bosan ibu sebab ayah tak de. tak de orang nak pasing baton hehehe. penat menjaga si aliq ni banyak sgt karenah dia.. tapi malam tadi lepas dapat sebotol susu dia tdo lena sangat sampai susu ibu pulak yang bengkak.

hari ni ibu terpaksala melayan hindustan sambil menghabiskan masa yang ada. sungguh bosan bila tak de orang nak berborak dengan kita. pulak tu kena renyahh sebab bangun duduk bangun duduk nak menyusukan si aliq ni. perut dan jahitan masih terasa sakit.







13 hari dah

2016-10-10T10:58:45.525+08:00

assalamualaikum
syukur kepada Allah masih lagi mampu meneruskan hidup.
malam tadi demam ketar2 kesejukan.. sakit susu bengkak. air susu mcm tersumbat cuba untuk betulkan saluran susu yang sumbat tak sangka bengkak.
pulak si qoid pun demam.. si aliq pulak asyik nak susu jer alahai.
bertabahlah.

kebas tangan dan kaki rasa tak larat nak gerak dah. tapi kena gagahkan jugak ambik baju sejuk dan pakai.

kalau ikutkan hati takmo dah bg susu badan sebab tiap kali memang ni la jadinya air susu yang banyak sampai tak larat si aliq minum dan ia bengkak.

luka berjahit masih belum baik. luka yg dalam alaupun 1 degree perineal tear tapijahitan dalam tu selalu basah so lambat la tangsi nak tanggal.

kekadang rasa gatal.. org kata kalau rasa gatal tu nak baik.. so bersangka baik jelah. 3 hari ni doktor peribadi tak de so belasah pancit jelah ubat kuning tu dengan harapan kenalah tempat luka tu. kalau rasa pedih tu kenalah kot, :P

kena banyak istifar bebanyak supaya dosa masa lampau kita tu diampunkan Allah.


ni viva video aliq. enjoy.



aqiqah noorkhaliqzuyyin

2016-10-09T19:30:49.968+08:00


 bersama kakak iman dan mak long ina


 cenderahati untuk tetamu yang hadir


kena bedak sejuk tapi tetap cool jer tdo.. kena tabur ngan bunga rampai pun macam tu jugak tetap tidur lena. sesuai lah dengan nama dia tu :)
#noorkhaliqzuyyin b yusnoor

hari ini hari ke 7, hari untuk aqiqah adik aliq sebab dah niat nak buat aqiqah lepas hari kelahiran dia yang ke 7. alhamdulillah semua urusan majlis berjalan dengan sempurna. terimakasih abang mak bak adik2 dan mertua. masing2 bagi komitmen yang baik. alhamdulillah. adik2 yang mana ambik cuti untuk menjayakan majlis ini. 
terima kasih jasa kalian tetap ku kenang,



esoknya

2016-10-09T19:24:02.835+08:00

alhamdulillah
syukur pada Allah
hari ni adik dah boleh check out hospital muadzam shah dengan jayanya.
hari ke 7 nak buat aqiqah adik aliq. 
takpelah masuk sebab boleh kuarkan penyakit kuning yang ada pada badan adik aliq.
sekarang adik dah okay.


cakcak


 hi saya aliq



sedapkan saya tido

saya masuk wad melor 4 tengok kawan2 :P





satu hari

2016-10-09T19:18:57.883+08:00

 batman forever

aliq pun sedih jer


satu hari semalaman duk hospital muadzam pulak, nak jugak merasa duk hospital muadzam shah sebab admit jaundis. hari ke tiga pergi emergency untuk check jaundis tak kena tahan.. tapi hari ke 5 check kena tahan lah pulak sebab doktor kata dah kat border line so kena duduk bawah lampu jugak 250 mol so kena la masuk wad kanak2 wad melor 4. rasa yang berat hati terpaksalah masuk jugak encik husband dah gi kerja jadi achuma yang tolong antardan belikan barang2. sedih pun ada tapi apakan daya kena masuk jugak. doktor kata masuk hari ni esok dah boleh keluar sekiranya baby selalu di bawah lampu. sedih tuhan jelah yang tahu tapi nasib baik ada adik beradik yang sangat membantu. alhamdulillah.

sepanjang hari dan malam aliq duduk bawah lampu.. mula2 aliq okay jer baring bawah lampu sampai tengah malam dia meragam biasalah kat rumah asyik nak mengempeng jerso malam tu asyik nak mengempeng jer tak nak jauh bila jauh dia rasa tak selesa. allahurabbi seksa sekali dengan berjahit dengan nak jaga aliq dengan badan sakit lagi. bertabahlah nak taknak kena lalui semua itu dengan redha hati.

malam tu bersama 2 lagi kawan yang senasib bergilir2 tak tido malam kerna masing2 sibuk menyusukan anak masing2 yelah sebab esok nak keluar takmo duduk wad lelama sebab bising dengan kanak2 lain yang mana menangis tak henti2.





noor khaliq zuyyin

2016-10-09T17:39:16.771+08:00

assalamualaikum
dah lama tak menaip kat sini... rumah ni dah lama sepi.
sibuk sangat sampai tak de masa nak menaip katblog kesayangan ni
tengoklah tajuk hari ni nama seorang putera. rupa2nya aku dah selamat melahirkan seorangputera dalam diam diam hehehe.

9 bulan 10 hari plus overdue 2 hari boleh ke kata mcm tu... minggu 40.. 
pada tanggal 28 september 2016 pukul 12.34 am hari rabu dengan kesakitan dan kurang kesabaran dapat jugak mellahirkan putera hati ke 3 anak ke 4 dengan jayanya. ALHAMDULILLAH syukur sangat kepada ALLAH.



lahir kat segamat, sebelum ni abang2 dan kakak bersalin di hospital muadzam shah. yang ini nak berjalan jauh sikit hehehe. selamat bersalin di hospital segamat untuk meramaikan bangsa johor. terima kasih abang yang sentiasa menemani diri ini.



throwback 2015 #1

2016-01-05T22:10:33.646+08:00

 birthday dia Hafiy Ijlal

nak sangat sambut birthday party dia yang ni sebab dia kata nanti nak gi masuk asrama dah. so tidak menghampakan permintaan dia sebab selama ni tak pernah req nak wat birthday party untuk dia. kalau buat pun ala2 jer setakat makan dan beli kek.

rasa seronok kawan2 dia dapat hadirkan diri pada hari kejadian.
lanje gambar sekeping dua.



SELAMAT HARI ULANGTAHUN ALONG IJLAL






throwback 2015

2016-01-05T21:50:02.058+08:00

bismillahirahmannirrahim
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat.
setahun tak update blogger dah bersarang.

tak tahu nak mula dengan mana dulu tapi yang pasti belajar sudah habis. 4 tahun belajar akhirnya telah selesai dengan jayanya walaupun perit nak habiskan semuanya.



selesai akhirnya alhamdulillah. walaupun cgpa tak cantik mcm org lain tapi masih dapat 2nd class upper. syukur sangat-sangat. syukur kepada Allah, dan suami redhanya untuk menuntut ilmu. terima kasih mak dan bak umi dan abuya kerna doa kalian. terima kasih pensyarah, kawan-kawan yang banyak membantu untuk mencapai cita2. terima kasih semua.



bola ( late update)

2014-12-24T23:13:55.470+08:00

 assalamualaikum.
pembuka bicara...
berbulan-bulan tak update blog
hari ni tergerak hati nak update blog. ni belanja gambar sikit.
gambar tengok bola pahang lawan jdt. memang berbaloi2lah pergi dengan semangat gagah yang ada.
dah lama tak mengarang macam budak sekkolah pulak mengarang esei.
bertemankan llagu fav anak keclku yang cantik lagi manis #imannursurfina.... dari tadi dia isabella...dia isabella...so aku on kan utube biar dia dengar...sambil itu aku melayan halwa telinga jugak...memang kelas suara amy search ni.
......daun daun kekeringan....haluan hiduku terpisah dengan isabella, tapi aku terpaksa demi cintuku yang sedia ada. biarlah isabella menunggu dan menunggu dan menunggu? sampai bila pun aku tak tahu. (merapu).
...cik adik ni jadi mangsa peneman. siba baik ada peneman ni kalau tak entahlah mcmana... kredit to mak yang jugak sebab sanggup mempertaruhkan si rara untuk teman mama na ke stadium.
banyak dugaan nak gi tengok bola ni. tapi bila dah kehendak hati nak pergi kena kuatkan hati. yang penting keizinan daripadanya,
....pengalaman telah mendewasakan memantangkan fikiran. pahit getir yang telah dilalui guruku sejati... itu kuncinya. okay nak sambung menaip tapi dah tak de idea... nanti boleh cerita lagi banyak lagi cerita nakcerita dan dikongsikan di sini.



BIG sem 6

2014-10-12T23:13:01.955+08:00

Nama : Nurul Nurliyana bt Mohd NasirNo Kad Pengenalan : ?PPG Ambilan Jun 2011REFLEKSI BIG FASA 6Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.Pada BIG Fasa 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di Sekolah Rendah Arab JAIM Batang Tiga Timur, Bukit Rambai , Melaka. Bertolaknya kami dari  IPGKPM dengan menaiki bas IPG dan setibanya di sana kami ditaklimatkan oleh Pengerusi tentatif pada hari tersebut. Kami telah disambut dengan meriah oleh Guru Besar SR Arab Batang 3 Timur, Bukit Rambai iaitu Pn. Faizah binti Hj. Ab Karim beliau sangat bersemangat memberi penerangan mengenai sekolah beliau dan mempunyai staff yang rajin berusaha dan bersemangat untuk mengajar. Beliau juga membenarkan guru-guru beliau untuk terus sambung pengajian. Beliau juga merupakan Guru Besar Cemerlang.Selepas ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah mendengar taklimat Guru Cemerlang Pemulihan Khas iaitu Pn. Zaidah binti Abu Bakar. Beliau juga bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Pn. Zaidah merupakan Jurulatih Utama (JU) Pemulihan  dan juga telah mewakili Negeri Melaka sebagai Peserta Kursus Pemulihan Peringkat Kebangsaan.Antara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah salah satu factor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah murid-murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran malah aktif juga dalam sukan squasy  di peringkat Kejohanan Squasy Antarabangsa Singapore. Antara kelemahan yang dapat saya lihat dalam program ini ialah aspek peruntukan masa, masa 10 jam tidak cukup untuk kami mendapat maklumat keseluruhan tentang SR Arab Batang 3 Timur ini.Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru (BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, s[...]



frust

2013-08-22T17:18:02.868+08:00

frust
bila ada yang dengki, giler kuasa
frust
bila time dia,  org follow
bila time org dia tak follow pulak
semoga dia bahagia dengan apa yang dia buat.
frust
bila dah kena marah baru terhegeh2 nak buat
frust
bila dah  merajuk sangat
time tulah nak bagi macam2
frust betul
redha
semoga Allah membantu.



alhamdulillah

2013-07-23T23:41:30.778+08:00

dengan Kebesaran Allah dah doa orang tersayang sem ni lulus walaupun paras hidung, alhamdulillah.
....sekarang tengah bz utk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai, jeles jugak bila tgk rakan2 seperjuang semasa di maktab dulu dah grad. rezeki masing2. insya Allah semoga aku dapat lalui semua ini dengan hati yang tabah dan sabar.
layankan ajerlah.
macam-macam berlaku tapi tak direkodkan di sini, alahai nampak sangat dah lama tak update blog. ada time tidur jer untuk melepaskan lelah dan tengok tv , gian tak habis tengok tv lagi hehehe

....banyak nak type banyak nak share ngan korang apa yang berlaku sebulan nih, is memang banyak , nak-nak memori gi sarawakkk best oooo tengok tempat orang, itu belum aku dapat gi oversea hehehe tentu rasa sedikit excited hahahaha

... sebelum gi sarawak, dah dapat demam tapi sebelum tu gi melaka study abg kesayangan, balik dari melaka, anak kesayang pulak demam, is tak habis dengan demam anak, aku pulak sambung demam melarat bawak ke sarawak...huhuhu sangat letih dan malas, sakit2 badan semua ada.

apa, nak ole2, is tak sempat nak beli ole2 hehehe beli untuk kenangan diri sendiri jerlah...apa nak tengok gambar .oh oh nanti2lah update balik, tam sempat nak relax minda jap sebelum memulakan assigment yang sedang berlambak nih......

chow, assalamualaikum...




jangan persoalkan

2013-07-23T23:41:46.658+08:00

....tik tok tik tok masa berlalu begitu saja
ramai manusia aku kenal sepanjang hidup ini
bermuka-muka dan berdengki-dengki, sahabat sendiri pun begitu jugak, lama dan nama sahaja bersahabat tetapi masih boleh tiada persefahaman, masih dengki dengan orang, sebab tu tuhan duga dia macam tu sekali.

..
Mengapa ketika bila aku sendirian
Terkenang kenangan waktu kita bersama
Pilu rasa hati bila engkau tiada di sisi

Indah waktu itu bila engkau di sampingku
Seakan dunia milik kita berdua
Kini kau tiada hanya aku dilamun rindu

..

setelah kisah sedih itu berakhir, aku masih lagi terasa dengan sesetengah pihak, dan  ada pihak  pulak yg berasa dengan aku, yelah memang susah nak puaskan hati semua orang. hidup perlu di teruskan, kerja kena hadap, buku kena baca, assigment kena buat, rindu kena bertahan, bercinta kena sabar..

mmm
all for one, one for all




masa lalu ku

2013-04-21T23:12:56.563+08:00


Lirik Lagu Masa Lalu -Zizan

Tiada tetesan air mata
Ku rasa kini kering sudah
Meratapi masa laluku
Yang tak berpihak kepadaku

Kini engkau ada dimana
Ku tak tahu apa kabarmu
Mungkinkah nanti ku temui
Dirimu yang aku cintai

Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

(Tertulis kisah cerita kita
Begitu indah masa laluku
Dia menangis di pelukanku
Lalu berkata “pertahankan aku”)

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Dimana kini masa laluku
Apakah engkau mendengar laguku
Yang telah tersaji hanya untukmu
Sebagai pelengkap cerita hidupku

Sebagai pelengkap uuh uuh cerita hidupku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-masa-lalu-zizan.html#ixzz2R6wApw7g




RINDU NAK UPDATE BLOG, SEMUA ASSIGMENT DAH SIAP
TENANG SIKIT, SEKARANG PULUN NAK STUDY JEK
untuk exam, wish me luck this semester
jgn duk asyik main kamera katak jek huhuhu.
sekarang dah belajar nak spin lagi :)






Baby najib

2013-03-01T20:47:51.987+08:00

...
bila kita pening
dengan
sesuatu perkara
wat should we do

bila kita rindu
kat seseorang
wat should we do

bila kita angry
kat somebody
should i knock his head
wat should we do

bila kita rindu sangat2
sampai kita pun
demam
wat should we do

wat should we do
wat should we do

sumtime
bila jumpa dengan sesuatu
yang menghairahkan kita
wat should we do

aku jumpa
satu
yang agak ghairahkan aku
mmm
susah jugak
bila dah savvy

aku start rindu
rindu dia
rindu najib
hehehe
najib tun razak
kwang2
rosmah u jgn marah  tau





cinta dan cerita si ayah semut qoid

2013-02-13T13:10:09.357+08:00

untuk ibu Semut Qoid.... Hadfina FrangipaniAlkisah ciuman pagi…Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.Papa patah balik. “Mana mana?”“Dalam bilik.”Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.Air mata mama mengalir lagi.“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.Mama tersenyum semula riang.“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan me[...]



cny ( chinese new year lor )

2013-02-12T20:00:55.532+08:00

....edisi terhad sempena hari raya ini...

model  : iman
venue  : rumah ( dalam bilik ) dan pavilion

mana ini gambar , instagram beb


wardrobe : hehe beli kat billion segamat jer, oklah tu mahal beb!

sayang, bila u nak belikan i baju cheongsam yang kain belah tepi tu, tentu seksikan bila i pakai sayang, dan u tentu terseksakan sayang hehe, i suka tengok u terseksa sayang bila tengok i seksi hehehe.







a decade anniversary

2013-02-12T19:55:27.185+08:00

7.2.2013

sweet
thank sayang belikan i kek secret resepi, i suka sangat, tq jugak present tu sebab i taknak hadiah emas :)



 dah sepuluh tahun dah rupernya, tapi dah 2 tahun tak celebrate sama kan, tahun ni dapat celebrate sama2 hehehe , syok sangat dapat makan nasi air yang u masakan sayang. kenyang i malam tu :)




azm, racy n frank

2013-02-12T20:01:43.491+08:00

... sebulan dah  tak update blog, buzy like a bee, interaksi baru dah mula untuk sem nih, alahai sangat padat dengan kerja di sekolah dan assigment. second kuliah nanti tak tahu nak hadap mcm mana. mana nak bagi masa untuk jadi seorang ibu, pendidik, jurulatih, dan pelajar. 2 tahun lagi bersabarlah sayang. nanti u dah boleh rehat dah sayang...

...sayang , i sayang u tau, sayang sangat2.... miss u ketat2, waktu i type ini i dengar lagu korea, i miss u drama, tajuk dia tear are falling.... tara sinda tomuri to to to.... best sangat sayang cerita dia...part yang dia cium mulut tu hehehe... :)

...hehehe bulan mengambang macam nilah jadinya sayang... nanti u jangan lupa tau belikan i kismis, otak i kan sem ni padat sangat dengan fungsi , yelah hubungan antara satu dengan satu , itu yang u ajar i kan sayang..yang mana domain, yang mana kodomain dia.... mana objek mana imej.... julat ( imej yang ada hubungan saja tau ), i mesti master bila u dah ajarkan i sayang betul..i tak tipu sayang....

...tear are falling... sayang
i masih belum siapkan assure yang encik bagi, sikit lagi sayang 2 muka surat je lagi, tapi i kan buzy bila i nak sentuh sikit, ibu nak susu, ibu nak pensil, ibu nak gunting... semua ibu, bila nak start semula kena ambik mood sayang, u taulah i bila i tak de mood i malas.

 masih lagi mood korea, lagu tu berulang2 kali i mainkan set repeat kat note 11 yang u belikan tu sayang, syok i hari2 dengar lagu sampai naik pekak telinga i hahaha, oppsss kuat pulak i gelak....

dia nak suh i masak maggi kat dia, si qoid, i masak maggi dulu ya sayang... u tunggu tau muahhh..