Preview: MY ADHA™
MY ADHA | Sumber Maklumat, Berita, Kerjaya, Jawatan Kosong dan Pendidikan GuruSumber Maklumat, Berita, Kerjaya, Jawatan Kosong, Peperiksaan Penguasa Kastam dan Pendidikan Guru KPLI j-Qaf Borang Bantuan RM500 1MalaysiaUpdated: 2012-02-09T16:14:33.272+08:00
Jawatan Kosong Kontrak di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) - Feb 2012 2012-02-09T15:39:54.272+08:00 JAWATAN:- Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (N17) (500 Kekosongan di Seluruh Malaysia) Jawatan Kontrak selama 3 bulan. IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/iklan%20pks.pdf Tarikh Tutup : 29 Februari 2012
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) - Feb 2012 2012-02-09T15:37:26.049+08:00 JAWATAN:1. Pegawai Penilaian 2. Jurutera Mekanikal 3. Penolong Jurutera Elektrik 4. Penolong Arkitek Landskap 5. Juruteknik Mekanikal 6. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat 7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 8. Pembantu Tadbir (Pengawas) 9. Pembantu Operasi 10. Pembantu Kemahiran (Tukang Kayu) 11. Pembantu Kemahiran (Tukang Simen) 12. Pembantu Awam 13. Pengawal Keselamatan IKLAN JAWATAN http://www.mpsns.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=379b668b-da7f-4cff-af74-19cac615cd2e&groupId=10124 atau http://www.mpsns.gov.my/ Tarikh Tutup : 21 Februari 2012
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Selangor - Feb 2012 2012-02-09T15:25:33.796+08:00 JAWATAN:1. PEGAWAI PENERANGAN 2. PEGAWAI PENILAIAN 3. JURUTERA 4. PEGAWAI VETERINAR 5. PEGAWAI PERUBATAN 6. PENOLONG AKAUNTAN 7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN 8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN 9. PENOLONG JURUTERA AWAM 10. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP 11. PENOLONG JURUAUDIT 12. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG 13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN 14. PENOLONG PEGAWAI TADBIR 15. PEMBANTU PERTANIAN 16. JURUTEKNIK 17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT 18. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN/OPERASI ) 19. PEMBANTU PENILAIAN 20. PEMBANTU PENGUATKUASA 21. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK 22. PEMBANTU AWAM 23. PEMBANTU OPERASI IKLAN JAWATAN http://www.mps.gov.my/html/themes/sgr_mps/pdf/IKLAN+LUARAN+JANUARI+2012.pdf BORANG PERMOHONAN http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=22214&folderId=176044&name=DLFE-4201.pdf Tarikh Tutup : 17 Februari 2012
Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Pulau Pinang - Feb 2012 2012-02-09T15:23:03.607+08:00 JAWATAN:- Juruteknik Awam J17 IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN http://www.ppg.icu.gov.my/jawatan_kosong/jawatan_20120116.pdf Tarikh Tutup : 29 Februari 2012
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu - Feb 2012 2012-02-09T15:02:26.224+08:00 JAWATAN:1. ARTIS BUDAYA (PENARI) 2. ARTIS BUDAYA (PENYANYI) 3. AHLI MUZIK (GITAR & BASS) 4. PEGAWAI KEBUDAYAAN 5. AHLI MUZIK (PENGUBAH) IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON http://bpm.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/bu_img/81925/a55d615d76816eeb5cf16ea2baaa575f.pdf Tarikh Tutup : 23 Februari 2012
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) - Feb 2012 2012-02-09T15:00:25.046+08:00 JAWATAN:1. Pegawai Tadbir (Tetap) 2. Pegawai Pertanian (Tetap) 3. Pegawai Tadbir (Tetap) 4. Pegawai Pertanian (Tetap) 5. Pegawai Pertanian (Tetap) 6. Perancang Bandar dan Wilayah (Kontrak) 7. Penolong Pegawai Tanah (Tetap) 8. Penolong Akauntan (Kontrak) 9. Penolong Pegawai Tadbir (Tetap) IKLAN JAWATAN http://www.kejora.gov.my/web/guest/sumber/peluang_pekerjaan BORANG PERMOHONAN ONLINE http://eperjawatan.kejora.gov.my/perjawatanv2/default.asp Tarikh Tutup : 15 Februari 2012
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor - Feb 2012 2012-02-09T14:56:13.133+08:00 JAWATAN:1. Akauntan Gred W1-1 2. Pegawai Syariah Gred LS1-1 3. Penolong Pegawai Syariah Gred LS3-1 4. Penolong Jurutera Gred J2-1 5. Penghulu Gred NP3-1 6. Penolong Pegawai Tanah Gred NT3-1 IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON http://www.johordt.gov.my/site/lanjutan/jawatan_kosong_spaj_2012 BORANG PERMOHONAN ONLINE http://spaj.johordt.gov.my/v1/ Tarikh Tutup : 17 Februari 2012
Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) - Feb 2012 2012-02-09T15:13:57.277+08:00 JAWATAN:- Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN http://www.jawi.gov.my/Hebahan/Jawatan%20Kosong/Jawatan_Kosong_Kariah.pdf Tarikh Tutup : 15 Februari 2012
Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Feb 2012 2012-02-09T15:34:26.450+08:00 JAWATAN:1. PEGAWAI TADBIR Gred N1-1 2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT Gred F2-1 IKLAN JAWATAN http://www.utm.my/rmc/job-vacancy/73-job-vacancy/237-job-vacancy-rmc-utm-januari-2012.html BORANG PERMOHONAN http://www.utm.my/rmc/images/stories/2012/borang%20permohonan%20utm.pdf Tarikh Tutup : 13 Februari 2012
KWSP Tidak Beri Pinjaman Kepada Individu 2012-02-09T04:02:12.654+08:00 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mengeluarkan pinjaman kepada individu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Rabu.Sehubungan itu, katanya mana-mana individu yang berminat mendapatkan pinjaman bagi tujuan membeli rumah perlu memohon terus kepada kementerian berkenaan. Beliau berkata demikian di dalam kenyataan bagi menjelaskan mengenai skim yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin baru-baru ini berhubung cadangan penjualan perumahan awam kepada peserta yang layak. Menurutnya, kumpulan wang itu masih berbincang dengan syarikat tujuan khas Yayasan Wilayah Persekutuan (SPV Yayasan WP) untuk memberikan pinjaman dengan syarat-syarat yang sedang dimuktamadkan. Pada asasnya, syarat-syarat itu melibatkan kemudahan awal RM300 juta dengan pinjaman selanjutnya akan diluluskan atas budi bicara Panel Pelaburan KWSP, yang tertakluk kepada prestasi memuaskan pengendalian akaun oleh SPV Yayasan WP. Kemudahan itu akan disemak semula 12 bulan selepas tarikh bayaran terakhir daripada jumlah RM300 juta dibuat. "KWSP ingin memberikan jaminan kepada ahlinya bahawa semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada Kerajaan Malaysia atau agensi kerajaan lain dibuat berdasarkan pertimbangan komersil dan dengan jaminan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan ahli," katanya bagi menjelaskan pertanyaan yang diterima dari orang ramai mengenai pinjaman tersebut. Di dalam kes ini, SPV Yayasan WP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu. Hakmilik rumah tersebut kepunyaan SPV Yayasan WP sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah itu diselesaikan sepenuhnya oleh peserta terlibat. Pinjaman kepada SPV Yayasan WP adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh SPV Yayasan WP kepada KWSP, dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun pinjaman. Di samping itu, katanya terdapat penahanan tunai 25 peratus daripada pembayaran pinjaman KWSP kepada SPV Yayasan WP yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama-sama dengan semua peruntukan aliran tunai. "Syarat perjanjian pinjaman juga dalam risiko boleh diterima KWSP kerana ia dicagarkan terhadap aset dan aliran tunai dengan jaminan yang sesuai ke atas pembayaran balik pinjaman yang dibuat. KWSP difahamkan bahawa SPV Yayasan WP hanya akan memilih peserta yang mempunyai rekod bayaran sewa yang baik," katanya. "KWSP juga meminta SPV Yayasan WP melantik institusi kewangan yang bersesuaian untuk menguruskan pentadbiran pinjaman skim ini bagi memastikan akaun individu diuruskan dengan baik." Di bawah cadangan syarat perjanjian, Shahril berkata DBKL akan membeli balik rumah-rumah berkenaan bagi mendapatkan aliran tunai yang diperlukan untuk pembayaran balik pinjaman jika peserta tidak membayar pinjaman. "Berdasarkan syarat dan aturan jaminan yang telah KWSP kemukakan, KWSP dilindungi sepenuhnya dan kadar keuntungan tahunan 5.5 peratus yang dikenakan adalah wajar," katanya. "KWSP sentiasa menyedari keprihatinan ahli dan ingin menegaskan bahawa simpanan persaraan mereka dilaburkan secara berhemah dalam rangka kerja urus tadbir yang baik dan menerima pakai profil risiko-pulangan yang konservatif," katanya. - BERNAMA
SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012 2012-02-08T15:43:53.278+08:00 PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan. Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC. - BERITA HARIAN
Buku : Serlahkan Aura Guru Super 2012-02-08T15:41:38.988+08:00 Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa.Bukan mudah mahu menyantuni pelajar, melayan kerenah rakan sekerja, dan sekali gus mentadbir seluruh sekolah. Walau bagaimanapun, seorang guru super pasti dapat memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu, dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah. Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan, dan didikannya meresap ke dalam hati. Antaranya adalah: Kaizen dan penambahbaikan yang berterusan Belajar daripada kejayaan orang lain Menawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360º Anak yang baik mendengar kata Falsafah guru super: Rancang dengan teliti, Usaha tanpa henti, Tukar impian jadi realiti, Kerja sepenuh hati, Kejayaan sama-sama dinikmati, Rehat selepas mati, Di akhirat syurga menanti. Bahagian 1 : Benarkah Kata Pelajar…Bab 1 Cikgu – PenyayangBab 2 Cikgu – BerwawasanBab 3 Cikgu – MotivatorBab 4 Cikgu – Sumber Inspirasi Bahagian 2 : Benarkah Kata Staf Sokongan…Bab 5 Cikgu – Bercita-cita TinggiBab 6 Cikgu – Bersungguh-sungguhBab 7 Cikgu – TelitiBab 8 Cikgu – Tidak Mengira Waktu, Tenaga dan Wang RinggitBab 9 Cikgu – Menyinari, Membangun dan Memajukan SHAMSBab 10 Cikgu – MembimbingBab 11 Cikgu – MotivatorBab 12 Cikgu – Memahami dan PrihatinBab 13 Cikgu – Tegas tetapi Berhati LembutBab 14 Cikgu – Bertimbang Rasa dan AdilBab 15 Cikgu – MenghargaiBab 16 Cikgu – Memberi Peluang Sama Rata Kepada Guru dan Staf SokonganBab 17 Cikgu – Mesra Bekerja Dalam Satu Pasukan dan Mudah Didekati Bahagian 3 : Benarkah Kata Guru…Bab 18 Cikgu – Jurumudi dan Sumber InspirasiBab 19 Cikgu – Motivator dan Penggerak Budaya Kerja CemerlangBab 20 Cikgu – Membina Budaya Kerja BerpasukanBab 21 Cikgu – Berwawasan dan Berpandangan JauhBab 22 Cikgu – Peneraju KegemilanganBab 23 Cikgu – Menjana Budaya Kerja PenyuBab 24 Cikgu – Membudayakan Belajar Sepanjang HayatBab 25 Cikgu – Bekerja Kuat, Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi ArangBab 26 Cikgu – Pemergianmu Sukar DigantiBab 27 Cikgu – Baik, Berbudi dan Berjasa Bahagian 4 : Benarkah Kata Guru Penolong Kanan…Bab 28 Cikgu – KreatifBab 29 Cikgu – InovatifBab 30 Cikgu – Pemimpin yang HebatBab 31 Cikgu – PembimbingBab 32 Cikgu – Tegas Dalam KelembutanBab 33 Cikgu – Mengambil Kira Kebajikan SemuaBab 34 Cikgu – Mempunyai Kesabaran TinggiBab 35 Cikgu – Teliti Dalam Melakukan SesuatuBab 36 Cikgu – Ghairah Buat yang TerbaikBab 37 Cikgu – Berkeperihatinan TinggiBab 38 Cikgu – Dapat Membuat Keputusan Cepat dan TepatBab 39 Cikgu – Mesra dan Mudah DidekatiBab 40 Cikgu – Mengaplikasi KaizenBab 41 Cikgu – Kuat BekerjaBab 42 Cikgu – BerprinsipBab 43 Cikgu – Meninggalkan Hasil Kerja Cemerlang PenutupLampiran 1: Teks Ucapan Wakil PelajarLampiran 2: Teks Ucapan Wakil Staf SokonganLampiran 3: Teks Ucapan Wakil GuruLampiran 4: Teks Ucapan Guru Penolong KananLampiran 5: Laporan Kajian Penanda Arasan di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban (petikan buku: Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia, IAB, 2005)Buku ini boleh dibeli di kedai buku atau secara online di: http://www.bookcafe.com.my/en/pendidikan/serlahkan-aura-guru-super-en.html[...]
Jururawat dapat kembar empat 2012-02-08T15:30:57.373+08:00 MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat. Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan. Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu. "Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor. "Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam. Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus. "Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu," katanya. Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata. Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat. - KOSMO!
Banyak kerenah di IPG? 2012-02-08T15:27:41.197+08:00 Oleh AGISarawak SAYA ingin mendedahkan beberapa masalah pensyarah dan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) berkenaan kerenah birokrasi. Teguran ini terpaksa dibuat secara terbuka kerana teguran dalaman tidak berkesan. Saya salah seorang pensyarah IPG yang telah 15 tahun berkhidmat. Saya dapati terlalu banyak kerenah diamalkan. Amalan kerja tidak berperancangan, tidak mengikut prosedur atau peraturan, tergesa-gesa, dan sebagainya yang diamalkan semasa IPG di bawah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) masih menjadi amalan oleh pegawai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Walaupun IPGK dinaikkan ke taraf universiti, amalan mementingkan populariti, urusan remeh-temeh, kerenah birokrasi terus menjadi tonggak pentadbiran. Setiap aktiviti perlu dihadiri oleh semua pelajar dan pensyarah, sedangkan aktiviti itu tiada kaitan. Ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan tenaga. Pelajar yang tidak hadir akan dileteri dan pensyarah pula diminta beri surat tunjuk sebab. IPGK juga kerap menganjurkan perhimpunan dan setiap perhimpunan itu wajib dihadiri oleh pelajar dan pensyarah. Kerap kali terjadi perhimpunan diadakan sehingga dua atau tiga kali sehari. Akibatnya, sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dibatalkan. Sepanjang pemerhatian saya, pihak pentadbir IPGK tidak mengutamakan akademik baik aktiviti pelajar mahupun pensyarah, dan kepakaran bidang. Jika anda membuat kajian, anda akan temui pensyarah yang pakar dalam Jabatan A ditempatkan atau disuruh mengajar di Jabatan B. Akibatnya, pelajar akan menjadi mangsa kerana pensyarah berkenaan tidak dapat menyampaikan ilmu dengan baik. Di samping itu, pensyarah IPGK juga dibebankan dengan urusan birokrasi daripada IPGM. Misalnya, bebanan tugas pengurusan pihak pentadbir atau mengisi maklumat sama dalam pelbagai borang. Satu hal yang malang ialah sikap pentadbir IPGK dan IPGM yang tidak mempedulikan kebajikan pensyarah. Misalnya, semua pensyarah dilonggokkan dalam satu bilik dengan meja kerja yang kecil dan kemudahan yang terhad. Di situlah tempat pensyarah bekerja dan menyimpan tugasan pelajar. Kalau anda mengunjungi bilik kerja pensyarah, suasananya tidak ubah seperti stor tempat menyimpan barangan terpakai. Semoga teguran ini diterima dan mendapat maklum balas sesuai dengan cita-cita IPG mahu bertaraf dunia. - UTUSAN
Hanya 28% produk guna logo halal 2012-02-08T15:22:59.020+08:00 Waspada dengan produk yang diiklankan di kaca televisyen.Pengguna beragama Islam di negara ini perlu sedar bahawa bukan semua barangan makanan, minuman dan kegunaan yang sering diiklankan di kaca televisyen adalah halal.Ini kerana kebanyakan produk yang diiklankan tersebut didapati tidak mempamerkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pengguna tentang status barangan terbabit.Hakikatnya, rata-rata persatuan pengguna dan ahli akademik sepakat menyifatkan pengguna di negara ini belum cukup bijak untuk menggunakan hak mereka sebagai pembeli.Malah, kebarangkalian pengguna Islam untuk menyemak sendiri status halal produk yang diiklankan adalah rendah.Hasil pemerhatian wartawan Unit Khas, Utusan Malaysia selama empat hari meliputi TV1, TV2, TV3 dan TV9 mendapati, sebanyak 82 produk iklan disiarkan meliputi makanan, minuman dan produk kegunaan harian.Melalui empat saluran televisyen yang ditonton tersebut, hanya 23 produk atau 28 peratus mempamerkan logo halal Jakim dengan jelas.Jika diperincikan pula, daripada keseluruhan 82 produk tersebut, separuh meliputi iklan makanan dan minuman, namun hanya 16 barangan atau 19.5 peratus sahaja menunjukkan logo halal Jakim.Bagi barangan kegunaan, hanya tujuh produk (8.5 peratus) menyiarkan logo halal.Berdasarkan pemerhatian itu juga, dikenal pasti sebanyak enam produk (tujuh peratus) hanya diketahui berstatus halal setelah meneliti pada bungkusannya semasa diiklankan.Antara iklan yang memaparkan logo Jakim pada bungkusannya ialah produk Horlick, biskut Jacob dan coklat Cadbury Dairy Milk.Selebihnya iaitu 65 peratus atau 53 produk makanan, minuman dan barangan gunaan diiklankan di kaca televisyen didapati tidak memberi maklumat jelas tentang statusnya kepada pengguna Islam di negara ini.Ketiadaan akta yang boleh memantau perkara ini, secara tidak langsung membuka ruang kepada syarikat pengeluar untuk mempromosikan produk makanan dan minuman serta barangan kegunaan harian dalam kalangan pengguna Islam sewenang-wenangnya.Buktinya, ada antara produk makanan tersebut yang dikenalpasti tidak mempunyai sijil halal Jakim tetapi diiklankan tanpa memaklumkan status produk tersebut kepada pengguna.Lebih mengejutkan, didapati sekurang-kurangnya terdapat empat produk makanan dan minuman yang memaparkan simbol halal Jakim dengan jelas semasa diiklankan tetapi sebenarnya mempunyai status yang meragukan.Setelah disemak pada direktori halal, menunjukkan tiada sebarang maklumat berkaitan produk makanan ringan berjenama terkenal itu.Produk sos spageti jenama ‘P’ pula didapati tarikh pendaftarannya telah tamat tempoh sejak November lalu, namun masih menggunakan logo tersebut semasa pemerhatian dijalankan.Persoalan halal atau haram sesuatu produk makanan dan minuman serta barangan kegunaan harian yang diiklankan di kaca televisyen terletak sepenuhnya kepada kepekaan dan tanggungjawab pengiklan untuk menyakinkan pengguna.Justeru, mungkin sampai masanya pihak berkuasa mewajibkan setiap produk yang diiklankan di media massa terutama media elektronik memaparkan sama ada sesuatu barangan itu adalah halal atau sebaliknya.Jakim teliti wajib pamer logo pengesahan halal di mediaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia meneliti cadangan supaya mewajibkan setiap produk makanan, minuman mahupun barangan kegunaan yang diiklankan di media massa terutama televisyen mempamerkan logo pengesahan halal.Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal, Hakimah Mohd. Yusoff, biarpun Jakim belum mempunyai perancangan untuk mewajibkannya, namun cadangan tersebut akan dipertimbangkan demi kepentingan pengguna Islam di negara ini.''Langkah mewajibkan setiap produk yang diiklankan mempamerkan logo halal Ja[...]
Telefon Huawei Honor - Hayat bateri lebih lama 2012-02-08T15:17:29.592+08:00 SYARIKAT pengeluar produk telekomunikasi mudah alih, Huawei Device Co. Ltd. terus merancakkan aktiviti pembangunan teknologi mereka menerusi pengenalan gajet telefon pintar terbaru, Huawei Honor. Selain dipacu sistem operasi terkini iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich, model tersebut turut disempurnakan bersama kelebihan paparan skrin sentuh dengan resolusi warna nyata 16M dan kualiti definisi tinggi (HD). Kelebihan lainnya, ia ditampilkan pada sokongan kuasa bateri 1,930 mAh yang mampu bertahan selama dua hari menjadikan model selular itu sebagai telefon pintar dengan jangka hayat bateri paling lama bagi kategori skrin empat inci. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Huawei, Victor Xu, Huawei Honor dicipta dengan teknologi ringkas untuk memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara mudah. ''Ia dilengkapi pakej spesifikasi pintar untuk tawaran pengalaman dan prestasi operasi lebih lancar. ''Ini kerana pengguna hari ini secara tanpa kompromi sentiasa mencari produk telefon pintar terbaik untuk membolehkan mereka berhubung, berhibur dan kelihatan bergaya,'' jelasnya. Huawei Honor disempurnakan bersama pemproses 1.4 GHz, kamera belakang lapan megapiksel, mempunyai berat 140 gram serta ketebalan hanya 10.9 milimeter (mm) Untuk paparan antara mukanya, ia dibangunkan secara eksklusif dengan fungsi dinamik untuk pengurusan operasi lebih unggul. Malah, dengan kehadiran ciri Gyroscope, ia bakal menawarkan pengguna pengalaman aktiviti permainan video cukup menarik. Menerusi aplikasi Digital Living Network Alliance (DLNA) pula, telefon berkenaan boleh diintegrasi bersama pelbagai peranti seperti kamera digital, permainan konsol dan televisyen selain membenarkan perkongsian foto, muzik dan video. Huawei Honor kini telah berada di pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM1,099. Maklumat lanjut mengenainya, sila layari www.huaweidevice.com - UTUSAN
Peguam Syarie Menulis: Perintah nafkah idah, cerai wajar dikeluarkan serentak 2012-02-08T15:13:23.958+08:00 Oleh Tuan Musa Awang imbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sekretariatpgsm@yahoo.comIDDAH ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri selepas diceraikan atau kematian suami. Dalam tempoh iddah, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita berkenaan suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak, jika selepas bercerai, bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.Bagi perceraian talak satu dan talak dua, tujuan iddah juga adalah bagi memberi peluang kepada pasangan untuk memikirkan semula sama ada berpeluang untuk rujuk kembali dalam tempoh iddah raj’ie, atau muktamad dengan perceraian.Sama ada perceraian berlaku dengan cerai raj’i (talak satu atau dua), atau cerai bain (talak tiga, lian, fasakh, tebus talak, atau Ila’), isteri tetap mempunyai tempoh menunggu atau iddah. Di sini harus difahami isteri yang tidak disetubuhi dalam tempoh perkahwinan saja yang tidak mempunyai tempoh iddah.Perempuan yang masih ada haid, iddahnya tiga kali suci daripada haid. Firman Allah SWT, “Wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali suci” (Surah Al-Baqarah, ayat 228).Perempuan yang belum datang haid atau belum cukup umur atau perempuan yang putus haid, iddahnya tiga bulan, manakala bagi perempuan mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak.Firman Allah SWT, “Dan perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungan.” (Surah At-Talaq ayat empat).Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya, tetapi orang lain) atau dalam kes pernikahan yang difaraqkan, iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan.Walaupun berlaku perceraian, suami masih berkewajiban membayar nafkah isteri sehingga tamat tempoh iddah. Nafkah adalah semua keperluan menurut keadaan dan tempat, seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.Kadar nafkah yang wajib adalah sekadar mencukupi keperluan isteri, dengan melihat keadaan dan kemampuan suami, menurut kebiasaan, tempat dan keadaan mereka.Hal ini ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya, “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.” (Surah at-Talaq, ayat 65).Isteri yang berada dalam iddah raj’i berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah. Isteri yang berada dalam iddah bain sekiranya isteri tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal saja. Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah.Seksyen 59, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan (1) ‘mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.’Seksyen 47(16) dan (17) Akta sama (pindaan A902) memperuntukkan ‘(16) sesuatu talaq raj'i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan terlebih dulu, sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan perintah daripada mahkamah, tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga habis tempoh 'iddah.’Seksyen (17) Akta sama pula memperuntukkan ‘jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga berakhir kehamilan itu.’Syarat membolehkan isteri memperoleh nafkah iddah ialah ikatan perkahwinan yang dibina itu sah menurut syarak, isteri taat dan patuh pada suaminya serta tidak pernah disabitkan oleh mahkamah sebagai isteri nusyuz.Realiti pada hari ini, ketika tuntutan perceraian atau pengesahan lafaz perceraian di mahkamah, mahkamah hanya akan memerintahkan nafkah iddah sekiranya ada persetujuan antara beka[...]
Profesor cipta enjin baharu carian Internet, Volunia 2012-02-08T15:09:02.279+08:00 ROM - Seorang profesor sains komputer dari Itali, Massimo Marchiori melancarkan enjin carian Internet dan rangkaian sosial media baharu Volunia kelmarin. http://www.volunia.com/ Marchiori memberitahu, beliau berharap laman web dengan fungsi dua dalam satu itu akan dapat mencabar populariti enjin carian Amerika Syarikat (AS), Google. Mengulas tentang enjin cariannya, beliau berkata, Volunia boleh digunakan untuk melihat komponen laman web tertentu bagi mencari tajuk pilihan dengan lebih cepat selain berinteraksi dengan pengguna lain yang kebetulan melihat laman web sama. "Laman web umpama tempat tinggal. Di situ bukan sahaja terkandung maklumat tetapi juga manusia. Dimensi sosial laman web sudah pun ada, ia cuma perlu diterbitkan," katanya semasa melakukan demonstrasi penggunaan enjin berkenaan. Menurut Marchiori, beliau percaya fungsi yang terdapat pada Volunia akan menjadi fungsi biasa pada semua enjin carian utama termasuk Google dan Yahoo tidak lama lagi. Mengambil masa empat tahun untuk mencipta Volunia, Marchiori dipuji ramai komentator Itali kerana sanggup meninggalkan kerjaya lumayan di AS untuk kembali bekerja di Itali walaupun dengan gaji bulanan serendah 2,000 euro (RM7,905). Dia yang berusia 42 tahun mengajar di Universiti Padua di timur laut Itali. Laman web berkenaan yang memiliki hak cipta AS dilancar kepada sebilangan pengguna terpilih kelmarin sebelum digunakan dengan lebih meluas dalam 12 bahasa termasuk Bahasa Arab, Inggeris, Jepun dan Rusia dalam masa beberapa hari lagi. - AFP
Persediaan hadapi kesihatan masyarakat tua 2012-02-08T14:47:31.932+08:00 Oleh Liow Tiong LaiMenteri Kesihatan www.liowtionglai.com/blog atau twitter@liowtionglaiHARI ini jangka hayat seseorang lelaki Malaysia ialah 72 tahun atau mungkin lebih, manakala wanita pula lebih kurang 77 tahun atau lebih. Ini adalah satu pencapaian membanggakan berbanding 55 tahun lalu ketika zaman kemerdekaan yang mana purata jangka hayat lelaki hanya lebih kurang 56 tahun dan wanita 58 tahun.Purata jangka hayat yang lebih panjang adalah antara petanda kemajuan negara, hasil daripada rawatan penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan lebih baik serta taraf hidup lebih tinggi. Di negara membangun seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, lebih ramai penduduk mencapai usia lanjut sedangkan bilangan bayi dilahirkan semakin berkurangan. Akibatnya, ada lebih ramai golongan tua dalam kalangan masyarakat atau apa yang dikenali sebagai masyarakat tua.Fenomena masyarakat tua juga berlaku di negara sedang membangun seperti China, India dan Indonesia yang diramalkan akan memiliki jumlah penduduk tua terbesar di dunia. Laporan Banci Malaysia 2010 meramalkan bahawa kita mungkin menjadi masyarakat tua pada 2024, jika trend populasi semasa ini berterusan.Sambil kita menikmati hasil kejayaan, iaitu mampu terus hidup sehingga mencapai usia emas, kita tidak boleh mengabaikan kesan-kesan di sebaliknya. Usia lanjut biasanya sinonim dengan keuzuran seperti penyakit dan kurang upaya. Kebanyakan penyakit kronik dan keadaan degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, serebrovaskular dan kanser mencapai tahap kemuncak dalam kalangan orang tua, terutama jika risikonya tidak dicegah pada usia muda.Kebanyakan daripada kita boleh berharap menikmati kehidupan pasca persaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun. Namun pada kebiasaannya ini adalah tempoh pergolakan apabila kita cuba sesuaikan diri dengan hakikat kehilangan kedudukan atau peranan disandang sepanjang sebahagian besar zaman dewasa dulu.Sebahagian besarnya zaman tua adalah tempoh ketidaktentuan yang dipenuhi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, di sebalik cabaran itu, timbul beberapa peluang yang boleh dimanifestasikan pada fasa usia ini – ia adalah lembaran baru apabila kerjaya baru boleh diceburi, minat baru diterokai dan peluang yang tercicir sebelum ini boleh direbut semula.Pun begitu, semua ini hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat kita mempunyai ‘jangka kesihatan’ yang lebih baik, di samping panjang umur. Kita tidak mahukan masyarakat tua dihimpit pelbagai masalah penyakit dan kurang upaya, sebaliknya kita mahukan sebuah masyarakat sihat, produktif dan aktif. Malah ini antara daya usaha utama Kementerian Kesihatan, iaitu ‘Kesihatan Sepanjang Hayat’.Dr Philip Poi, seorang pakar geriatrik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya mengkategorikan masyarakat tua dalam dua kumpulan, iaitu tua yang muda dan tua yang tua. Generasi tua yang muda adalah mereka yang terus aktif dalam kalangan masyarakat dan di rumah. Generasi tua yang tua adalah mereka yang tidak dapat memberikan sumbangan lagi kepada masyarakat kerana keadaan yang semakin uzur atau keadaan mental yang merosot.Jika sebahagian besar penduduk negara terdiri daripada tua yang tua, mereka bergantung kuat kepada tenaga kerja yang muda untuk sokongan dengan itu meningkatkan lagi beban terhadap sumber tenaga pekerja yang sememangnya terbatas sekarang.Saya bimbang sistem rawatan penjagaan kesihatan kita mungkin tidak dapat menangani beban yang kian meningkat. Walaupun matlamat kita adalah untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang mampu ditanggung setiap warga negara, impak peningkatan bilangan pesara dalam kalangan penduduk negara ya[...]
Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam 2012-02-08T14:43:40.482+08:00 Keputusan:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:Keputusan :Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.Contohnya;i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam. 2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.Contohnya:i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya. 3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Contohnya:i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;ii. Berpakaian yang menjolok mata;iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya. 4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”. Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.Contohnya:i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam. 5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.SUMBER : http://www.islam.gov.my/garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam[...]
Skuad Olimpik negara boleh lupa hasrat ke sukan Olimpik London 2012 2012-02-07T04:13:04.867+08:00 Malaysia sudah boleh melupakan hasrat beraksi pada Sukan Olimpik di London Julai ini selepas kalah 1-2 kepada Bahrain pada perlawanan keempat pusingan ketiga kelayakan Olimpik Zon Asia di Stadium Kebangsaan Bahrain di Manama, malam Ahad.Kekalahan itu merupakan kekalahan keempat skuad kendalian Ong Kim Swee itu selepas tunduk 2-3 kepada lawan sama pada perlawanan ketiga 27 Nov lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan sebelum itu mereka juga mengalami kekalahan masing-masing kepada Jepun dan Syria dengan jaringan 0-2. Pada perlawanan malam ini, skuad Olimpik negara dikejutkan dengan jaringan penyerang tuan rumah Husain Hashem Mohamed Al Alawi pada minit ke-26 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk mengalahkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Bagaimanapun, Malaysia bangkit pada babak kedua untuk menyamakan keduduk menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-84 selepas menerima hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal Wan Noor. Tersentak dengan gol tersebut, pengendali sementara Bahrain Peter Taylor membuat pertukaran tiga pemain dan hasilnya pemain tengah tuan rumah Husain A. Jalil Khalil Al Farhan berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Bahrain pada minit ke-89. Kemenangan tersebut membolehkan Bahrain mengumpul enam mata untuk mengekalkan kedudukan ketiga kumpulan manakala skuad negara terus menduduki tangga tercorot tanpa mengutip mata selepas empat perlawanan. Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada 22 Feb ini sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Syria pada 14 Mac ini di laman lawan. Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Syria mengatasi Jepun, 2-1 di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah di Amman, Jordan. Gol Syria dijaringkan oleh Mohamad Ahmad Fares pada minit ke-18 dan Ahmad Al-Salih pada minit ke-90 manakala gol saguhati Jepun dijaringkan oleh Kensuke Nagai pada minit ke-45. Kemenangan tersebut membolehkan Syria merampas kedudukan pendahulu daripada Jepun dengan mengumpul sembilan mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan. - BERNAMA
Jaga batasan bergurau senda elak guris perasaan 2012-02-07T03:55:52.621+08:00 RASULULLAH SAW w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” (Riwayat Abu Daud)Gurau senda, berlawak atau jenaka amat digemari manusia. Ia boleh membuat orang ketawa, tersenyum dan rasa gembira walaupun hanya untuk seketika. Gurau senda dan jenaka boleh menyenangkan hati kerana sifat manusia itu sendiri yang suka kegembiraan dan lapang dada. Membuat orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat baginda. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang digariskan oleh Islam seperti tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka terutama mempersenda sunnah Rasulullah SAW. Gurauan itu juga bukan satu cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya, gurauan juga bukan mengumpat seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendahkan maruahnya. Islam juga mengingatkan umatnya supaya tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan kerana dibimbangi akan melalaikan hati dan fikiran untuk mengingati Allah SWT. Islam turut menekan yang isi jenaka itu perlu benar dan tidak direka-reka, bersesuaian dengan masa, tempat dan khalayak kerana tidak manis bergurau ketika seseorang berada dalam kesedihan atau mengikut majlis. Sementara itu, jenaka yang boleh membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) perlu dijauhi kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati. Bagi umat Islam boleh mencontohi sifat Rasulullah SAW apabila ketawa kerana baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya saja, bukan ketawa berdekah-dekah, mengilai atau terkekeh-kekeh. Ia membawa maksud bahawa selaku seorang muslim, kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan walaupun berjenaka dan bergurau senda. Paling utama, umat Islam diharamkan bergurau senda dalam perkara lucah atau menjadikan perlakuan seks sebagai bahan berjenaka kerana ia akan menyebabkan dosa bagi orang yang berjenaka dan mendengarnya. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kemas kini borang matrikulasi bermula 6 Feb 2012 2012-02-06T01:36:34.924+08:00 Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Feb hingga 20 Feb ini bagi tujuan kemaskini maklumat tambahan.Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta mengemaskini maklumat tambahan melalui laman web KPM Bahagian matrikulasi di http://apps.moe.gov/permohonan-matrikulasi/kemaskini Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM, kata kenyataan bahagian itu di sini hari ini. Kenyataan itu berkata, mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi melalui talian 03-88844083/4036/4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu bekerja.
Tip Belajar: Fokus sepenuhnya ketika menghafal 2012-02-06T01:28:59.439+08:00 BELAJAR bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta. Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening. Justeru, cara hafalan yang betul ialah: - Menggunakan gambar sebagai memori Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati. - Berikan tumpuan penuh semasa menghafal. Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus. - Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap. Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda. - Mula belajar sejak awal. Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru. - Mengulang kaji sedikit-sedikit. Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan. - Buat nota ringkas. Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji. - HARIAN METRO
Iktibar daripada Maulidur Rasul 2012-02-06T01:25:44.962+08:00 Oleh Mohd. Radzi Mohd. ZinSAMBUTAN Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja.Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidup. Sebab itu, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman.Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, baginda adalah pemimpin ummah yang perlu diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan.Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah.Kata beliau, nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain."Jelasnya, kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda."Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq."Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi," katanya kepada Mega, baru-baru ini.Ia diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu.Selepas itu datuknya, Abdul Mutalib pula pergi menemui ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Talib.Menurut Mohd. Sukki, semua ujian itu telah mematangkan baginda. Ia juga menunjukkan bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan di samping di uji dengan pelbagai cabaran.Selain itu, jelasnya, ujian tersebut juga bertujuan menjauhkan Rasulullah daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang baginda sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang diperolehi daripada ibu bapa dan datuknya. Sebaliknya ia adalah wahyu ilahi."Begitu juga untuk menghindar daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri Rasulullah SAW adalah kerana hasil penjagaan dan didikan ibu bapa dan datuk baginda," jelasnya.Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi dan rasul untuk berdikari.Seterusnya melahirkan dalam diri baginda sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang s[...] |
||||||||