Subscribe: KeHiDuPaN..
http://zahirahz.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  akan  aku  dah  dalam  dengan  hehe  ini  kita  kitorg  makan  mereka  nak  sangat  tak  tapi  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: KeHiDuPaN..

KeHiDuPaN..



hidup ini mmg indah... dugaan dtg dan pergi...utk membentuk diri... menjadi insan yg lebih baik...insyaAllah...



Updated: 2016-09-08T12:32:24.827+08:00

 



Gemilang di hatiku~

2010-04-16T02:52:29.164+08:00

Itu la yang aku rasa selama 4 tahun di dalam Gemilang dan aku tak pernah menyesal menjadi sebahagian daripada keluarga Gemilang. Aku sangat bersyukur kerana berpeluang melalui segala pahit dan manis bersama-sama Gemilang. Gembira memiliki kawan-kawan di dalam Gemilang. Dan terlalu sayangkan adik-adik junior. Siapa? Semua la. Seperti Nani, Iqbal, Yazid, Pjoe, Fiza, Beti, Loh, Nai, Nabilah, Najwa, Najihah dan semua la kan. Penat nak taip satu-satu. Hehe.

Pada 3/4/2010, Loh dengan baik hatinya bersama team2 die wat BBQ @ UIA. Dalam kesibukan final exam, sanggup dia berusaha untuk itu. Walaupun kedatangan tak ramai tapi sudah cukup untuk memeriahkan majlis. Aku sangat hepi bersama-sama mereka. Dan makanan pun sedap. Sayang sangat korang ok.

Pada 8/4/2010, sekali lagi aku berouting bersama Gemilangian. Untuk celebrate besday Nani gak sebenarnya. Dan untuk aku dan Nani melepaskan kerinduan. Ewah. Hehe. Aku memang rindu dia. Tapi aku tak bertolak bersama-sama mereka. Tetapi bertolak ngan kawan-kawan baikku, Tiqah dan Lily. Pija juga join bersama. Agak lambat gak kedatangan ku ke Wangsa Walk. Kesian Nani dan yang lain menantiku. Maaf ye korang. Sampai je Wangsa Walk terus menuju tempat boling. Ye la, diorang tengah menanti. Ramai gila orang. Tetibe ternampak Zed Zaidi di situ. Apa kaitan dia ngan Polis pun aku tak tau. Sebab geng-geng polis ngah main boling. Disebabkan kena Que lama. Aku amik keputusan untuk g karaoke setelah di ajak oleh budak manja, Nabilah. Hehe. Karaoke bersama Nani, Nai dan Nabilah. Ok, aku je yang namanya mula ngan Z. haha. Sangat enjoy karaoke selama sejam bersama mereka dan sangat tak kering gusi ok. Then, baru la bermain boling ngan mereka yang lain. Macam2 gelagat ada. Epi ngan aksinya tersendiri. Nai ngan muka-tak-leh-blah-aku-da-malas-main di hujung2 game. Hepi giler bersama mereka. Tapi, sampai situ je la. Sebab aku tak dapat join makan ngan mereka. Aku join makan bersama teman-teman baikku. Jem, Lily, Tiqa. Pija juga bersama. Lily belanja. Enak betul makan steambot. Hehe. Tima kasih Lily dan si dia. Hahahaha.


Oh sebelum pegi makan steambot. Terseksanya aku memakai lense wat pertama kali. Penat Cikgu Lily mengajarku. Jadi bahan pemerhati la di toilet itu. But, now tak susah lagi. Yakin je kan. Haha. Tima kasih Lily. Sayang kamu.


Ok cukup la sampai di sini. :)


Sayang korang semua. :)


zahirah



align="left" frameborder="0" marginheight="0" marginwidth="0" scrolling="no" src="http://rcm.amazon.com/e/cm?t=kehidupan00-20&o=1&p=8&l=bpl&asins=B00328G4V6&fc1=000000&IS2=1<1=_blank&m=amazon&lc1=0000FF&bc1=000000&bg1=FFFFFF&f=ifr" style="height: 245px; padding-right: 10px; padding-top: 5px; width: 131px;">



I'm free!~

2010-04-16T02:11:51.989+08:00

Setelah lama menyepi, kini aku kembali menulis. Maklumla menulis bila ada mood je. Suka sangat melayan perasaan yang malas itu. Teruk tul.

Kini aku bergelar penganggur. Alhamdulillah final exam telah berlalu. Setelah 4 tahun aku di UIA berusaha untuk memiliki ijazah sarjana muda undang-undang. Keputusan peperiksaan akan diketahui tak lama lagi. 5 hari je lagi. Tak lama dah tu. Harapnya aku lulus semuanya. Amin. Korang doakan ek? Walaupun exam sangat2 la susah. Exam terakhir unexpected susah begitu. Subjek feveret jadi xfeveret dah. Hehe.

9/4/2010, aku pergi Law Grad Dinner. Gembira kerana dapat bersama ngan kawan2 baikku. Tapi tak segembira semasa di Matrik. Mungkin kerana ketidakrapatanku dengan budak2 law yang len membuatkan keseronokan kurang terasa. Anyway, it was a great dinner and congratulations to all the committees. We really appreciate it.

Sekarang ni aku tengah berusaha mencari law firm yang sudi terima aku untuk chambering. Tapi, cam rezeki lum berpihak kat aku bila email2 ku tidak dilayan. Haha. Agaknya kena call baru nak layan kot. Aku ingat nak call hari ini, kalau aku rajin la kan. Tetibe terfikir untuk call pas aku dapat result. Entah, pelik kerana email tak dilayan sedangkan kawan aku terus dapat call. Pelik. Aku gak kena isi borang untuk academic position UIA. Sebab aku minta jadi lecturer AIKOL. Gambar pasport tak cuci lagi. Mungkin aku patut settlekan pasal borang itu dulu. Atau settle kedua-duanya. kekeliruan melanda diri. Hahaha. Padahal benda simple je.

Apa-apa pun, aku doakan semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan teman-temanku. Semoga kita dapat graduate bersama-sama. Amin..

Keep in touch guys! Love u.


-zahirah-





Final Exam, Final Sem

2010-03-24T22:06:43.658+08:00

Macam lama je aku tak update blog. Tapi takde la lama sangat pun kan? Sengaja ingin melepaskan tekanan selepas menjawab peperiksaan Undang-undang Keterangan (Evidence Law). Alhamdulillah, dah lepas satu paper. Tapi tak tau la camne aku jawab tadi. Macam teruk. Banyak kes tak dapat dikeluarkan. Tapi, takpe. Harap-harap ok. Korang doakan ye? 

Paper seterusnya 26 dan 27, sangat sengsara kerana subjeknya yang agak banyak kena ingat. Semua subjek kena ingat. Sebab dekat-dekat yang sengsara. Criminal Procedure and Islamic Banking & Takaful. Sempatkah aku study semua topik. Entahla. 

Apa-apa pun korang doakan la yang terbaik untuk kita semua.

All the best to all...Chaiyok...

p/s: nak menaip lagi tapi terasa penulisanku sangat teruk. Sebab penatkah? Mungkin. 

align="left" frameborder="0" marginheight="0" marginwidth="0" scrolling="no" src="http://rcm.amazon.com/e/cm?t=kehidupan00-20&o=1&p=8&l=bpl&asins=B001OQCV56&fc1=000000&IS2=1<1=_blank&m=amazon&lc1=0000FF&bc1=000000&bg1=FFFFFF&f=ifr" style="color: lime; font-family: Georgia,"Times New Roman",serif; height: 245px; padding-right: 10px; padding-top: 5px; width: 131px;">



I'm Going to Gatsby Deodorant Street Fair!

2010-03-11T13:27:28.982+08:00

Gatsby menganjurkan Deodorant Street Fair untuk kita semua. Pelbagai acara menarik akan diadakan.

Bila?
17 April 2010, 10 pagi hingga 5 petang

Di mana?
Di ruang legar Ground Floor Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Hadiah?
Kalau dah ada acara-acara yang menarik. Semestinya ada hadiah yang menarik juga. Korang agak-agak hadiah apa? Barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM15 000. Sangat menarik kan? Semua hadiah ini ditawarkan bagi acara cabutan bertuah.Cuma sertai acara-acara yang ada dan anda layak untuk cabutan bertuah,

Permainan 'street fair' yang aku ingin lihat dan main?
Permainan seperti rope skipping, basketball shooting, balloon throwing, and many more. Menarik kan?

Bagaimana ingin ke sana?
1. Naik LRT ke mana-mana Stesen Monorail seperti KL Sentral.
2. Destinasi Monorail ke Stesen Imbi
Dan anda terus tiba di Times Square. Mudah kan?

Marilah beramai-ramai ke sana untuk menikmati keseronokan yang tidak terhingga di Gatsby Deodorent Street Fair.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gatsby.com.my/streetfair. Juga terdapat permainan online yang menarik untuk anda bermain.

Jumpa di sana. :)



Karyaku: Kerinduan Menjelma...

2010-03-09T00:10:57.636+08:00

Rindu datang tiba-tiba,
Di saat kebosanan melanda diri,
Terfikir kenangan-kenangan yang telah dilalui,
Adik-adik mentee yang mencuit hati,
Tapi kini, mungkin susah ketemu lagi,
Memandangkan graduasi yang akan menjelma kini,
Diharap adik-adik mentee berjaya nanti,
dengan bimbingan abang dan kakak mentor nanti,
Itu doa akak hari-hari,
Kawan-kawan, teman-teman, adik-adik,
Doaku korang berjaya nanti,
Gemilang tetap di hati,
Selamanya....

Sayang Mentor-mentor and mentee-mentee Gemilang 4ever...

....To all mentors and mentees of GEMILANG....



Karyaku: Hari-Hari Terakhir...

2010-03-08T22:51:14.388+08:00

Tahun akhir,
Tahun yang dinanti,
Mereka yang bergelar student kini,
Namun, terasa kesedihan di hati,
Memikirkan perpisahan yang akan menjelma nanti,
Adakah kita dapat bertemu lagi,
Seperti hari-hari kini,
Kesibukan akan menjelma nanti,
Pabila Pekerjaan mengganti study,
Ku harap kitakan tetap teman sejati,
Kerna aku sayangkan persahabatan ini,
Semoga semua sahabatku berjaya nanti,
Dalam pekerjaan/pembelajaran pilihan sendiri,
Korang akan tetap kusayangi,
InsyaAllah, sampai bila-bila kuingati,
Hargailah masa yang ada kini,
Sayang korang.

Special dedications to AIKOLIAN 2006-2010.

6.29PM - 8/3/2010

Zahirah



Hari Kegembiraan...

2010-03-08T21:54:22.412+08:00

Pada 6hb Mac 2010, ada outing bersama keluarga Gemilang. Sepatutnya outing group 3 je. Tapi Group Managernya, Wan Dollar dengan baik hatinye menjemput sape-sape yang berminat untuk join. Tapi, self-sponsored la kan. Takde sape nak sponsor. Hehe. Aku memang nak pergi tapi kena cari kenderaan sendiri. Kebetulan, Nadiah dan Zue berminat nak join. So, aku minta diorang carikan kereta. If ada, aku boleh drive. Mereka budak Ben10. Hidup Ben10. Alhamdulillah, dapat sewa kereta. Kereta VIVA Elite, maaf Iqbal yang hensem, salah inform. Keke. Aku, Nadiah, Zue dan Shamir menaiki satu kereta. Memandu walaupun tak ada sticker P. Haha. Alhamdulillah selamat.Destinasi Pertama: Selayang MallTujuan: Main BolingKesemua yang hadir 24 orang kalau tak silap, tapi hanya 22 orang je yang bermain boling. 5 lane kitorg main. Sangat seronok. Walaupun aku cam tercorot la gak kan. Sekadar suka-suka. Harga pun ok gak la. RM7.50 termasuk kasut. Semua nampak sangat enjoy biarpun masuk longkang. Hehe. Nak tengok gambar? Mesti nak kan? Hehehesebelum men boling. Bergambar dulu.Aksi tersendiriAkhirnya...Najihah, Engku n Dayah...Kemenangan milikku..Haha...Shamir2...Strike je pun..Destinasi Kedua: Taman Layang-Layang, KepongTujuan: Main layang-layang la. HeheSetelah usai solat Asar, kitorg bertolak ke Kepong. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kitorg. Huhu. Menuju ke padang la. Ape lagi. Mengusya layang-layang. Macam nak beli kan. Muna je yang beli. Kitorg beli makanan. Maklumla hujan. Sedapla makan kopok lekor. :) Hujan turun dengan lebat di saat dah siap beli makanan. Hehe. Berlari ke? Jalan dengan laju je ke tempat mereka berkumpul. Tepi tasik je. Mereka sedang makan sandwich dan chipsmore. Sedap. Bila hujan suda renyai, bergambar menjadi agenda. Dan untuk muna dan zharif, jom main layang-layang. Hehe. Biar pun hujan masih renyai dan kejap2 reda. Aku dan beberapa orang sekadar memerhati mereka di tengah padang. Tak naik-naik gak layang-layangnya. Alhamdulillah, 6.30 lebih naik gak layang-layang mereka. Hehe. Gambar? Mari lihat...Purple Girls n Pinky Guy(Wan Dollar)Tempat berteduh. Lan yang malu. Hehe.Aksi Mereka di Tepi TasikDi padangAik, same lak shamir n Zue. Hehe.Orang kuat Gemilang. Engku dengan T-shirt Baru Gemilang. :)Destinasi Terakhir: Pizza Hut, MelawatiTujuan: Makan-makan laAkhir masa makan pun tiba. entah kenapa Wan nak makan sejauh ini. Bersabar bawak kereta dengan keadaan jem kerana ada kemalangan. Tiba di Giant untuk solat. Kemudian baru bergerak ke destinasi. Makan. Lapar kot. Kemesraan dan kegembiraan terserlah. Berborak sambil menunggu makanan tiba. Gambar lagi. Kali ini sikit je.Jurugambar professional, LanMereka yang gembiraAlhamdulillah, program Outing ini sangat berjaya. Terima kasih kepada Wan. Antara kenangan yang best sebelum akak dan kawan2 akak meninggalkan gemilang. Sayang korang semua.Main boling ari jumaat ni join ke? Hehe. :)EndZahirah[...]



Maafkan akak.... :(

2010-03-05T01:47:00.863+08:00

Tahun ini tahun penuh dugaan dan cabaran bagi diriku. Di saat-saat graduasi ini, macam-macam yang berlaku akibat kealpaan, kelalaian diriku. Betapa ramai manusia yang telah aku sakiti kerana sikapku. Bagi mereka yang mengenali diriku dengan rapat, tidak mengetahui sikapku yang satu. Sikap pemarah. Sikap nak orang ikut cakap aku. Ramai mulai sedar tentang sikapku yang satu ini sejak aku menjadi "menboard". Bukan aku sengaja, aku tidak berniat langsung menyakiti hati-hati mereka. Aku sayangkan mereka. Terlalu sayangkan mereka. Keseriusanku dalam bekerja menyebabkan aku alpa tentang perasaan mereka. Aku tak peduli apa yang mereka rasa, aku ingin mereka buat tugas-tugas mereka. Aku tahu salah aku. Ini program khidmat masyarakat, tidak harus ada paksaan. Mereka dengan cara mereka dan aku dengan cara aku. Aku sedar kini tapi semuanya dah terlambat mungkin. Paku yang dicabut tetap akan meninggalkan bekas.

Ya Allah, kenapa la aku alpa dan tidak pernah mengapply apa yang aku belajar dari SPIES. Mereka yang aku sayangi semakin jauh dariku. Jauh sangat. Akak minta maaf. Akak tau kemaafan ini tak mungkin akan mengembalikan keceriaan dalam hubungan kita. Tak mungkin kita akan rapat seperti dulu. Akak harap korang sudi memaafkan. Akak insan biasa yang melakukan kesilapan. Marahlah akak, Tegurlah akak. Akak sangat menyesal.

Akak sayang korang. Terlalu sayang.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan, aku semakin lemah........"

-zahirah @ kak ira-



Gemilangku sayang!

2010-03-03T03:18:24.019+08:00

Bulan Mac...Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku masuk UIA. Baru semalam aku Ta'aruf. Hehe. Kini, saat yang aku tunggu-tunggu telah tiba. Tetapi aku seperti tak bersedia. Aku tak bersedia untuk meninggalkan Gemilang. Aku terlalu, amat sayangkan Gemilang. Gemilang sudahku anggap seperti keluarga. Bertambah sedih bila memikirkan aku akan meninggalkan adik-adik mentee yang sangat aku sayangi. Ku sedar setiap pertemuan ada perpisahan. Hidup mesti diteruskan. Aku kena bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan. Semoga Allah permudahkan.

aku sekarang dalam proses pencarian firma-firma guaman untuk buat "chambering". Walaupun sedih nak meninggalkan Gemilang. Dalam masa yang sama, aku tak sabar untuk bekerja membantu keluargaku. Anak sulung, keluarga menjadi keutamaan. Walaupun sebenarnya aku ingin meneruskan pengajian di peringkat Master. Tapi, tangguh dulu. Akan difikirkan selepas aku tamat "Chambering". Oh ya, aku buat keputusan untuk bekerja di KL @ Selangor. Faktor-faktornya adalah kerana pengalaman bekerja yang lebih jika dibandingkan dengan kedah dan Gemilang. haha. Nampak sangat aku terlalu sayangkan Gemilang. Hehe. Poyo je.

Stop here..

Semoga dipermudahkan... Amin...

sayang GEMILANGIAN...

"Remember Allah Always"

zahirah :)



Sahabat-sahabatku

2010-02-14T23:51:15.027+08:00

tick..tock...tick...tock...

sekejap saja masa berlalu. Sedar tidak sedar, dah hampir 4 tahun aku berada di UIA ini. Dalam empat tahun ini, macam-macam pengalaman aku lalui. Bermacam-macam orang yang aku jumpa. Gembira, sedih, terharu, kecewa dan macam-macam lagi. Walaupun aku ini sangat "lone ranger" di kuliah kerana aku lebih suka begitu. Alhamdulillah, aku masih memiliki teman. Aku sayang mereka semua.

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka.

Nur Ruzanna teman rapatku since matrikulasi. Sudah hampir 6 tahun persahabatan ini. Walaupun, semester ini aku jarang berborak bersamanya kerana berlainan kelas. Dia tetap sahabatku. Terima kasih Anna kerana sudi berkawan ngan Zah. Love you, Anna.

(image)
Di saat-saat penghabisan pengajian ini, aku sangkakan aku akan terus menjadi "lone ranger". Segala-galanya berlaku disebaliknya. Aku kini memiliki tiga sahabat yang sangat aku sayangi. Truly deeply in my heart. Lily Harfiza , Sharifah Nur Atiqah dan Jamaliyah. Mereka kini mengisi hari-hari aku di kampus. Aku sangat bersyukur untuk persahabatan ini. Aku harap ia akan berkekalan selama-lamanya. Kerapatan kita sangat buat aku terharu. Terima kasih korang... I really you guys.

(image)
Tidak dilupa, kawan-kawan aku di Gemilang yang sudahku anggap seperti keluargaku. Empat tahun kenangan dibina bersama-sama. Kenangan yang terindah buat aku. Ira @ Kak Ira sayang korang sangat-sangat.

Maafkan diriku jika ada salah dan silap terhadap korang semua.

"Hargailah mereka yang berada disekeliling anda"

-zahirah- =)




Study v Society

2010-02-08T20:09:55.793+08:00

Salam guys...

lama gile daku tidak update blog ini kerana ketidakadaan mood dan juga kemalasan, tak lupa juga kesibukan. Semester ini sangat mencabar bagi diriku. Bukan sahaja kerana aku pelajar semester akhir. Tetapi juga kerana aku menjadi "Mainboard" Gemilang di saat-saat akhir ini. Bagi pelajar-pelajar yang seperjuangan denganku, dah lama berhenti berpersatuan. Tapi tidak bagi aku kerana minat dan sayangnya aku kepada Gemilang. Sayang gila sampai rasa cam tak nak grad lak. Hehe. Jangan la. Menangis mak dan abah di rumah. InsyaAllah aku cuba sehabis baik untuk menaikkan pointer dan berkhidmat kepada persatuanku.

Bagi sesetengah orang, aku membuat tindakan kurang bijak untuk terus aktif di dalam persatuan. Dan bagi aku, tidak ada kerugian dalam berbakti kepada masyarakat. Aku berpegang kepada prinsip, Jika Kita tolong Orang lain, insyaAllah Allah akan tolong kita. Kalau tidak dalam pelajaran, dalam pekerjaan, kalau tidak di dunia, di akhirat kelak. Yang penting kita ikhlas menolong.

Universiti Islam Antarabangsa merupakan universiti yang terkenal dengan khidmat komuniti masyarakat. Banyak Universiti kagum dengan kebolehan pelajar-pelajarnya berbakti dengan penuk komited tanpa sebarang bayaran. Kenyataan ini dipetik daripada Madam Martinelli Hashim, ibu kepada persatuan-persatuan khidmat masyarakat(CENSERVE). Aku merasa bangga kerana tergolong dalam golongan itu.

Sedihnya bila ramai yang menyertai persatuan-persatuan khidmat masyarakat tetapi tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya. Sedangkan komitmen adalah ciri-ciri yang sangat penting dalam menyertai apa-apa persatuan pun. Mungkin dengan menerapkan niat untuk membantu dengan seikhlas hati dapat mengurangkan sikap sambil lewa dan berkira dikalangan kita. Ya, kalau kita wat sesuatu dengan gembira dan senang hati dan juga kerana Allah, pasti segalanya akan berubah. Yang berat, menjadi ringan. Yang perit, menjadi manis. Sama-sama la kita fikirkan.

Akhir kata, kesibukan belajar bukanla penghalang untuk kita berpersatuan dan kesibukan berpersatuan bukanlah penghalang kejayaan kita dalam pelajaran. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

"Ikhlaskan hati, insyaAllah segala senang nanti"

Zahirah :)



Girls Hang Out...

2009-12-05T06:26:13.937+08:00

Girls Hang Out? Bukan keluar dengan teman-teman tetapi bersama ibu dan adik2 perempuanku. Tujuannya, mestila bukan untuk bersuka-sukaan kan. Dah nama keluar dengan emak. Hehe. Keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah dan keperluanku untuk pulang ke Universiti tercinta.Tempat biasa yang dah 3 kali aku berkunjung: Central Square la. Macam tak ada supermarket lain kan? Hehe. Padahal banyak gila, eh tak ada la gila pun. Ada banyak la kiranya Supermarket kat Sungai Petani ni. Tapi aku tetap suka pergi Central Square sebab ada Popular. Tapi sekarang Tesco Baru pun dah ada Popular cuma aku je tak menjejakkan kaki ke sana lagi. :) Oh ye, ada sebab juga kenapa kita orang pergi CS. Sebab nak beli Broadband tapi memandangkan MAHAL dan ketidakpuasan hati lagi. So, tak beli pun. Nampaknya, aku akan menggunakan Broadband Celcom yang menjadi Broadband Rumahku. Ibuku dah buat keputusan melanggan Celcom Broadband kerana ada offer untuk kakitangan kerajaan, RM 50 for RM68 plan. Tak kisah la. Janji aku masih ada kemudahan untuk online. Hehe.Setelah habis survey broadband, aku dan ibu melangkah ke The Store di situ untuk membeli Sandal baru. Untuk siapa? Mestila untuk aku. Dah lama tak tukar sandal ok. Aku bukan penggumpul kasut. Huhu. Kemudian, menuju ke Guardian, dekat-dekat je pun. Membeli beberapa barang je sebab destinasi seterusnya ECONSAVE yang sangat menjimatkan! Huhu. Tapi sebelum ke sana, ambil keputusan untuk Makan McD. Yey, makan McD for the second time since balik dan makan Prosperity Burger juga. Sedapnya. Hehe. Di McD, sempat la aku suruh adik aku ambil gambar menggunakan Handphonenya. Boleh la tengok di bawah, sekadar 2 keping gambar sahaja. :)me n mom (mamat McD kat belakang tu ENSEM..nasib baik muda..hehe)nadiah n sarahMakan dalam kekalutan la jugak. Biasa la bila keluar ngan mak memang camni. Kalut je. Ye la, abah menanti di rumah. Cewah, suka hati aku je. Tanpa disangka, ketika aku dah settle makan, kawan sekolahku Aimi Asyran di sebelah, sempat bertegur sekejap je. Sebab? Korang boleh agak kot sebabnya. Aku pun menggerakkan diri ke tempat letak kereta bersama Sarah sementara mak dan nadiah tunggu kat depan Supermarket. Info penting: Pertama kali ibuku merasai pemanduan anaknya ini. Sebelum ini tak berani dan aku yakin lepas ini tak berani balik. Haha. Dahsyat kah? Sepanjang bawak kereta, aku rasakan seperti ambil Test JPJ lagi sekali je. Tapi bezanya mak duduk di belakang, Sarah duduk sebelahku. Tak apa lah, dah nama Lesen P dan tak selalu memandu camtu la kan? Tul tak? Baik korang Setuju je.. :pTak sampai 10minit sampai Econsave. Membeli apa-apa yang patut iaitu keperluan rumah kebanyakannya. Hampir pukul 7, kami bertolak pulang ke rumah. Isi Minyak, minyak dah nak habis kot. Nasib baik sedar. Pukul 7, sampai rumah. Lega~ hehe..Di rumah, aku yang suka mengeksidenkan kereta dengan tiang rumah sebelum ini. Kali ini dengan grill pulaks. Akibat tension dengan JPJ sedikit. Huhu. Lantak la. Sikit je kecederaan kereta itu. Jahatnya aku. Huhu. I'm learning ok. :pDisangkakan sampai di rumah, boleh la merehatkan diri terus walaupun tak penat sangat. Tapi, kejadian yang tak best plak berlaku bila mak kata, "Bagi Paparoti kat abah". Guess what? Adik-adikku sibuk mencari plastik tersebut. TAK ADA ok! Diulang TAK ADA! Baru la nak teringat bahawasanya kami telah meninggalkannya di McD. Ya Allah.. My shoes dan barang-barang. Oh tidak. Jadi, terpaksa la aku dan emak pergi Central Square semula dengan harapan barang-barang tersebut ada. Kali ini, mak memandu. Walaupun gerak hati aku kata barang-barang tersebut ada, tapi aku macam risau la jugak. Tapi tak ada la risau sangat sebab macam dah redha lak. Alhamdulillah, bila aku tanya kaunter, ada barang-barang tersebut. Lega sangat. Rezeki masih ada.Sampai di rumah, aku suruh mak marah[...]



Selangkah Maju Kehadapan....

2009-12-03T00:52:33.343+08:00

Alhamdulillah...seperti yang dijangkakan, result keluar hari ini. Tapi terpaksa menanti berjam lamanya kerana server yang sangat sibuk. Maklumla, result Undergraduate dan Postgraduate keluar waktu yang sama. Bayangkan la berapa banyak manusia yang nak check keputusan mereka kan. Lebih kurang jam 10 malam baru dapat tengok result. Penantian dari pukul 4 berbaloi jugak. Alhamdulillah mimpiku di petang hari tidak menjadi kenyataan. Aku mimpi fail Professional Practice kot. Memang menambahkan debaran aje. Dah la memang berdebar sejak semalam lagi.

Result aku camne? Alhamdulillah lepas semua. Itu memadai bagiku kerana repeat paper akan mengsengsarakan aku sebagai 4th Year Last Semester Student. Dah Senior gila aku ni kat UIA. Hehe. Tapi, kecewa gak la sebenarnya aku walaupun tak seteruk kekecewaanku pada semester lalu. Aku tak dapat mencapai targetku, impianku, impian kedua ibu bapaku. Nampaknya, semester terakhir, semester untuk aku mengerahkan diriku habis-habisan. Kene gak capai impian itu, kerana aku ingin menghadiahkan kejayaan ini buat mak dan abah. Korang doakan aku ek?

Untuk itu, aku kena la merajinkan diri aku yang tahap SUPER MALAS dan SUPER LAST MINUTE. Macam-macam perancangan dalam kepala, takut sekadar hangat-hangat tahi ayam seperti semester lepas. Sekadar merancang tapi sampai hujung semester, rancangan tinggal rancangan. Hehe.

Semester depan merupakan satu cabaran juga bagiku kerana aku diamanahkan memegang jawatan "Management Board" dalam GEMILANG CLUB. Jawatan apa? Dirahsiakan buat sementara ini. Yang pasti amanah dan tanggungjawab ini sangat berat ditambah pula aku sebagai Pelajar Tahun Akhir. Walaupun aku mengetahui akan beratnya tanggungjawab tersebut tapi aku memang ingin memikul tanggungjawab ini untuk membantu memajukan GEMILANG. Ini adalah IMPIANku.

Jadi, Semester Terakhir untuk berbakti secara aktif kepada GEMILANG a.k.a adik-adik mentees. Diharapkan, segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Tak sabar nak masuk semester baru kerana rinduku pada adik-adik mentees. Sayang sangat mereka.

Aku pulang ke UIA pada jam 3 petang @ 6/12/2009.

"Bila kita membantu orang lain...Percayalah, Allah akan membantu kita"

-EnD-

_zahirah_ :)



Kecuakan melanda....

2009-12-02T06:37:12.202+08:00

Cuti dah hampir ke hujungnya ni.. Sedar tak sedar kejap je dah 1 December. Aku menghabiskan cuti dengan duduk di rumah je. Cuma pada 27hb, aku telah mengeluarkan diri aku dari rumah bersama adik2ku + sepupuku Azhan ke Central Square. Cam biasa, itu je tempat yang dituju.


Tujuannya adalah untuk membeli hadiah kepada kawanku Ikin dan kawanku Aida yang berkahwin pada 28hb dan 6hb. So, aku beli untuk dua-dua orang sekali walaupun aku tak pasti sama ada aku berkesempatan atau tidak untuk ke majlis perkahwinan Aida. Sebabnya aku dijangka pulang pada 6hb gak tapi tak tau la pagi ke petang ke malam. Kalo sempat aku pergi la. Kalo tak sempat, seperti yang aku melawak kat adikku Nadiah dan ibuku, hadiah itu disimpan untuk majlis perkahwinan dia yang dijangka pada tahun depan. Entah, yang pasti dia akan kahwin sebelum aku dalam usia baru mencecah 20 tahun pada tahun depan. Nampaknya dia akan mengikut jejak langkah ibuku yang berkahwin pada usia 20 tahun. Ok, enough about her.


Selain beli hadiah, macam biasa la kene melayan kerenah 3 jejaka. Kalo tidak 4 jejaka, tapi disebabkan adikku yang bongsu @ Azmi bersunat, dia tidak dapat ikut kitorg. Aku terpaksa singgah di Pusat Game untuk memberi peluang mereka main. Kalo ikutkan, mereka nak main bowling. Sadly, duit tak cukup. Hehe. Pastu, aku ajak la mereka ke Karaoke lak. Isk2.. Kakak apa la aku ni kan. Azhan yang tidak terkawal, suka suki dia je cakap tah apa2 kat microfon. GM = Gila Mic. 5 lagu then terus balik. Waktu tu Central Square pun dah nak tutup. Apa yang aku perhatikan, kedai-kedai kat CS, makin tutup awal. 9.30malam dah tutup including CC tempat aku keje dulu. Awal2.


Esoknya, majlis perkahwinan Ikin + Abg Ehsan. Kedua-duanya adalah warga Gemilang. Aku berjanji dengan Muna untuk pergi bersama. Aku kelewatan sedikit sebab..... adala sebab-sebabnya. Hehe. Tapi, kitorg berpecah gak, sebab Muna ambik Zharif, aku plak nak menjemput Yatie. Nasib baik ada Naim, takla aku tersesat sorang-sorang. Aku ni memang lemah sikit bab-bab jalan. Huhu. Tapi tak la sesat pun. Menanti Muna n Zharif @ Masjid Seberang Jaya, lama gak menunggu.


Disebabkan cam lambat la gak kan...Memecut je aku ni. Isk2, mmg makan minyak la. Dah la keta Wira. Walaupun sesat2, alhamdulillah berkat bertanya, jumpa gak umah Ikin. Pengantin berbaju merah. Cantik! Lepas bergambar, makan, bergambar, kitorg berangkat pulang.....


Muna, Zharif n Yatie nek 1 keta...melawat kampung Muna. Aku dan Naim pulang ke rumah. Tapi, sebelum balik tu, kitorg singgah umah Mak Chak tapi Mak Chak takdak. So, balik umah terus la. Disebabkan kepenatan, malam tu aku tidur awal. Memang awal gila. Hehe.


Ops, entry ni tak selari ngan tajuk la pulak. Kenapa aku cuak? Bukan aku je cuak, seluruh umat UIAM cuak sekarang ni. Result keluar esok...Adoi...menakutkan ini... Result dijangka kuar jam 4 petang. Seriaunya....


ok nak menstopkan diri..sebab cuak @ takut @ seriau..mau tido sebab belum tido sejak semalam...rutin harian bila berada di rumah.... :)


"Sabar dalam menempuh apa jua Dugaan"


-ZaHiRaH-



Cherating's Pictures!

2009-12-01T07:18:38.072+08:00

me n dayah talhafirst time bfast @ McDSanctuary Resort, CheratingKetibaanDi DewanModul Ice Breaking...Preparation of their Vision!Presentation of their VisionsFree Activitiesni zharif yg amik gambar...xingat bile..Kanak-kanak Ribena..haha..mentang-mentang aku tiada dalam gambar.. :p[...]



Holidays!

2009-12-01T06:47:33.933+08:00

lama gak aku tak update blog ini. Maklumla sibuk dengan exam, walaupun exam dah habis pada 17/11 tapi mood untuk menaip blog pulak takde. Nak story pasal program yang aku join sebelum aku pulang ke pangkuan keluargaku. Program "Training For Mentors 2009" yang berlangsung pada 21 hingga 23/11 di Sanctuary Resort, Cherating. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara mentor dan untuk memberi sedikit gambaran kepada mentor-mentor baru terutamanya tentang "nature" gemilang itu sendiri. Lebih kurang 30 orang menghadirkan diri dan kebanyakannya adalah new mainboard management. Pada hari pertama, kita orang tiba lebih kurang pukul 11 or 12, aku pun tak berapa nak ingat. Disebabkan waktu itu musim hujan, so masa kita orang sampai pun hujan non stop walaupun renyai-renyai je. Sampai-sampai terus makan tengah hari. Aku antara orang pertama yang mengambil makanan. Semangat tak? Hehe. Kemudian, kami diberikan kunci. Bilik 2306, aku sebagai ketua bilik(cewah). Aku sebilik dengan Kimah, Nisah, Isma, Dayah Talha dan Syafiqah Nadiah. Bilik yang lebih kepada apartment la sebenarnya, ada 2 bilik, 2 bilik air, dapur, ruang tamu. Aku sebilik dengan Kimah dan Syafiqah. Slot pertama adalah Slot bersama Madam Martinelli bermula pada 2.30 petang. Memang best slot dengan madam berbagai cerita dan pengalaman dikongsi bersama kitorg. Semakin bersemangat kitorg untuk terus berbakti kepada anak-anak bangsa. Lepas slot madam, macam biasa ice breaking. Ada 4 Modul telah dijalankan. Alhamdulillah berjaya memecahkan ice antara mentors. Malamnya, pada pukul 8, waktu untuk makan. Makan aje. Kali ini aku bukan dikalangan orang pertama k. Hehe. Pada pukul 9, aku dan Kimah telah dipertanggungjawabkan untuk handle Slot berkenaan dengan Vision. Pada mulanya, kami menunjukkan beberapa gambar dan mereka perlu memberitahu apa yang mereka nampak dan gambarkan. Kemudian, mereka dibahagikan di dalam kumpulan. Mereka perlu memberitahu vision mereka melalui gambar. Seronok melihat mereka bekerjasama menggunting dan menggam. Hehe. Kemudian, Presentation daripada setiap kumpulan. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti tersendiri. Sangat LUCU dan menghiburkan. Semua asyik buat lawak dan Sangat SPORTING! Lepas itu, slot wat keje sendiri, kebanyakan mengambil peluang bermain card game. Havoc gila dan best. Mainboard baru pulak bermesyuarat sesama kitorg. Madam datang melawat dan mencadangkan kitorg berjemaah subuh, kitorg bersetuju.Esoknya, lebih kurang 5 lebih jugak la, aku membangunkan diri untuk solat subuh di atas. Oh, dewan kat sini kat Atas. Tak ada yang sampai lagi masa kitorg membuka lampu dan menyiapkan tempat untuk solat. Agak lama jugak menanti yang lain muncul. Menantu madam yang mengimamkan solat subuh. Kemudian, tazkirah daripada madam mengenai Muhamad Al-Fateh.Pagi itu, slot presentation almanac dan budget. Aku cam biasa ambil gambar je. Dah nama pun Multimedia. Hehe. Disebabkan aku tak berapa nak ingat apa yang terjadi pada pagi itu. Aku terus ke waktu petang la ye. Hehe. Dalam pukul 2, aku rasa ada modul. Lepas je modul tu, free activities. Dan waktu ini new mainboard memulakan meetingnya untuk setkan jawatan masing-masing. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pada waktu malam pulak, ada sharing moments @ Resolution. Bermacam-macam dikongsikan berkenaan program, perasaan, pengalaman dan sebagainya. Semua berpeluang untuk bercakap dan agak lewat juga habis. Sampai Pak cik penjaga dewan datang bertanya la. Pukul 1.30 lebih kot baru kitorg bersurai.Pada hari terakhir, alhamdulillah hujan berhenti jugak. Aku, kimah dan dayah mengambil peluang berjalan-jalan di pantai dan bergambar sudah semestinya. Kemudian, kitorg breakfast bersama-sama. Balik[...]



Dugaan = Allah Sayang Kita!

2009-12-02T06:53:56.826+08:00

Kerap kali kita menghadapi masalah-masalah atau dengan kata lain DUGAAN. Ada yang mengeluh, ada yang menerima dengan sabar, ada juga yang menyalahkan-Nya. Dalam golongan manakah kita? Dugaan yang datang itu tidak la sebesar mana jika dibandingkan dengan limpahan rahmat yang Dia berikan kepada kita. Alhamdulillah kita masih bernafas atas kehendak-Nya. Alhamdulillah kita masih sihat dengan kehendak-Nya. Alhamdulillah kita masih dapat melakukan apa yang kita selalu lakukan. Apa yang ada pada kita bukanla hak kita. Kita semua mengetahui hidup ini sementara, semuanya milik Allah.

Bila Allah menguji, Allah akan menguji berdasarkan kemampuan kita bukan melangkaui batasan kita. Mungkin perit bagi kita yang melaluinya, tapi kita tetap dapat melaluinya kan? Dalam waktu-waktu runcing seperti Peperiksaan biasanya dugaan datang mencurah-curah. Waktu ini la benda-benda yang tak dijangka berlaku. Tandanya Allah mengingati kita, Allah menyayangi kita. Jadi, kita perlu banyak bersabar. Mungkin Allah menguji kerana kita mulai alpa dengan duniawi. Atau kurangnya kita bersyukur atas nikmatNya. Atau kurangnya kita meluangkan masa kita kepadaNya.

Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak sedar. Dugaan itu juga kadang-kadang datang dalam bentuk kebaikan. Ya, kebaikan. Allah memberi kepandaian, kekayaan, kesenangan dan sebagainya. Itu juga dinamakan dugaan. Untuk uji sejauh mana kita akan menggunakan kebaikan-kebaikan itu sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Biasanya kesenangan seperti ini mengalpakan kita, menyebabkan kita semakin jauh daripada Dia. Lama kelamaan nikmat itu mungkin akan ditarik balik kerana ketidaksyukuran kita dan kealpaan kita. Dugaan untuk mengingatkan kita betapa kerdilnya kita, betapa kita ini manusia yang serba kekurangan, tidak ada yang sempurna.

Jadi, kawan-kawanku bersyukur la kita dengan apa yang ada sekarang. Dengan akal yang dianugerahkan, dengan kenikmatan yang diberikan. Walaupun pahit atau perit dugaan yang mendatang, kita tetap bersyukur, bersyukur kerana DIA mengingati kita dan DIA menyayangi kita...

Alhamdulillah YA ALLAH...terima kasih atas nikmat-nikmat yang Engkau berikan...Semoga kami tidak terus leka mengejar dunia...Semoga kebahagiaan Dunia seiring dengan kebahagiaan di Akhirat.

Wallahuallam... :)



Final Exam...

2009-10-30T16:22:50.319+08:00

kesibukan makin sebati dalam diri aku menyebabkan aku malas nak update blog..mengisi masa kekosongan dengan merehatkan minda i.e. tidur, tengok movie walaupun aku dah tengok movie tu, aku tengok gak lagi sekali untuk menghilang STRESS yang terpendam...huhu..

minggu yang sangat-sangat memenatkan otak, jiwa, badan...test yang berderet menyebabkan aku makin malas lak nak study..isk2...apa nak jadi la aku ni...hehe...pagi tadi baru je settle 1 test.. JURISPRUDENCE...pada jam 9am...alhamdulillah walaupun aku study agak last minute...aku masih dapat mengingati apa yang aku baca cuma ada 1 point tak ingat n dah malas dah nak ingat waktu tu...tired of writing over 6 pages...too many things to write in a short period..

petang ni...tidak sampai sejam aku akan menghadapi lagi satu test iaitu Criminal Procedure I...walaupun sekadar 2 topik saja yang masuk...tapi soalan McQ menyebabkan aku rasa tak best...15 soalan dalam masa 45 minit...1 soalan 1 markah...memang DISASTER la..Test 1 yang tidak diketahui markahnya...entah betul 10, 15 ke 20 daripada 30soalan pun aku tak tahu...sudah aku habiskan membaca dua topik tersebut, aku dah tak larat...memang tak larat dah nak membaca lagi...rasa macam tak sihat je...hehe...alasan.. :D usaha sudah...tawakal saja la... :)

dalam masa 4 hari dari sekarang, aku akan menghadapi FINAL EXAM..tak tahu la aku ni bersedia ke tidak...subjek jurisprudence yang aku susah sangat nak paham walaupun sebenarnya senang saja cuma banyak sangat nama-nama jurist yang perlu diingat...4 credit..insyaAllah aku akan cuba yang terbaik untuk dapat A- or B+ for this subject...rugi tau kalau tak score...

pada 5hb aku akan menghadapi exam kedua..."sukanya" aku exam dekat-dekat ni..untuk subjek ini aku kene usaha double kot...insyaAllah aku boleh! yakinnya...

exam aku seterusnya pada 7hb, Civil Procedure...subjek yang aku aim for A- disebabkan test 1 aku dah score..score sikit je..tak sampai 15markah pun...per 20 markah...chaiyok!...

9hb n 10hb...aku ada exam Criminal Procedure & Evidence & Procedure of Syariah Court..dua-dua subjek yang susah bagi aku...kerana banyak kes yang perlu diingat dan for EPS...al-quran dan hadith juga tak lupa jurists view... risau2...

14hb n 17hb...aku ada exam Professional Practice & Evidence....dua-dua subjek ni pun merisaukan aku...entahlah...

semua aku risau sebenarnya...huhu...doakan aku ek...

All d best to All AIKOLIAN & IIUM students...tak lupa gak students U lain yang akan menghadapi final... :)

nak kena bersiap for test NOW!!...

-end-

-zahirah-



Cuti dah nak ABIS~~~

2009-09-25T07:02:49.286+08:00

aku sedih sbb cuti dah nk abis...aku balik 27hb ni @ ari ahad...tp keje xwat g..haha...pemlas...last minute person kan...berazam utk start menyiapkan keje ri ni...kene paksa diri ni kalo x sampai bila pun xsiap kan kan?...akhirnya...aku potong gak rmbut...setelah lama berazam nk potong tp xterpotong...mak n adikku sarah yg ajak g potong...sayang gak la rambutku yg agak panjang kini dah pendek cam dulu2...hehe..dari kecik smpi la besar mmg pendek je rambut aku ni...mne penah rmbut panjang2...hehe...tp dah masuk uia gombak bru rasa nak simpan rmbut panjang2...ni dah pendek semula...pendek camne?..adala..xleh tunjuk...haram..hehe...ada kawan aku kata..org yg potong rambut ni selalunya dia frust?..ye ke?..entah dari mana die amik theory ni pun aku xtau..korang rasa ada kaitan ke frust ngan potong rambut?...bg aku...kalo kite frust, mcm2 cara ada utk kite leh wat utk hilangkan frust...kan kan?...so aku frust ke?..hehe...entah... :pngah enak2 aku makan laksa depan tv...actually laksa penang masakan mak aku mmg sedap....tp aku terseksa kot makan...sbb ulser kat lidah...uwaaa...xnikmat tul makan...huhu...sabar2...ok2...ngah sedap2 aku layan cite kat tv sambil mkn laksa + minm air coz terseksa...huhu...abah memunculkan dirinya..dengan kain pelekat n kepiahnya itu..."ha, baru elok sikit rambut pendek...rambut panjang..mengerbangje...""tp abah rambut panjang xpa"...n die ketawa...abah aku mmg sukeeeeee sgt anak2 dara die rambut pendek...ingat g masa aku darjah 1...rambutku telah dipotong pendek bangat cam laki la gak...aku yg pemalu n still pemalu smpi sekarang..telah wat keputusan utk pakai tudung sbb malu rambut pendek...hahaha...lawak tul la aku ni...utk pengetahuan korang...aku rasa skrg ni rambut abah mmg panjang g dr rambut aku kot..haha...skrg dalam family aku..adikku nadiah je rambut panjang @ melepasi paras bahu...yg len pendek...termasuk mak aku rambutnya pendek...enough pasal rambut...huhu...disebabkan xde nasik kat umah..laksa je...aku n adik2 aku agak kelaparan la jugak..hehe...nak masak malas...so, amik keputusan utk kuar beli burger..aku, sarah n naim keluar...nak tau bape bijik kitorg beli?...12 bijik k...ye la...adik beradik aku dah 7...campur mak n abah dah 9..campur paklang n tok ayah...11...yg extra tu aku la nak makan kononnya...but last2 aku suh adikku zahid yg mmg kuat makan utk makan...hehe...sbb ape?...sbb tersksa 1...sbb kedua...actually aku beli gak sate yg kebetulan ada kat sebelah kedai burger tu...50 cucuk...cute2 betul sate ayam die..bersesuaian la ngan harganya 30 sen secucuk je...Alhamdulillah semua kekenyangan..hehe...ok stop here dulu... :)salam.. p/s: alhamdulillah, kerinduanku berakhir...lega..hehe..(=zahirah=)[...]



Kemanisan Raya...

2009-09-23T03:13:49.863+08:00

hari raya pertama sperti kebiasaan..aku sekeluarga merayakan di rumah..menanti tetamu2 dtg...kawan2 sarah berkunjung...serta xlupa sedara mara aku...mak cik poziah sekeluarga...n pak ngah sekeluarga...juadah raya...Nasi Ayam..rendang n lemang.. :) 9 ekor ayam abis gak...dasat2...semua yg datang kuat makan kot..hehe...tp x yg xbestnya bile aku xdpt menikmati makanan sepenuh kerana ulser di mulut..sedih ooo..dah arr makanan feveret...oh ye...tok ayah aku accident...motor n motor...teruk kene berleter ngan abah...huhu...abah isau la...tok ayah dah tua...80 lbh dah nyanyuk...bawak motr ke hulu ke hilir...takut die lupe jalan balik ja...raya kedua...juga satu rutin bg kitorg utk beraya di penang...destinasi pertama..umah Mak Chak d permatang pauh...malangnya diorg xde kat umah...so terus ke rumah Tok Cik...kemudian ke rumah Tok Misah di Balik Pulau...tok misah pindah lagi...isk2..asyik pindah je tok kandung aku ni...tp kitorg xmasuk pun umah die...coz die ada umah Mak Su...so kitorg telah dibawa oleh Pak Su ke rumah Mak Su..dah 8 org anak Mak su...isk2..xsangkanya...tp sian gak...sbb serba kekurangan hidup mereka...pas g umah tok misah...kitorg g umah Tok Saadiah..ni tok tiri aku...dekat teluk tempoyak balik pulau...sian Tok Saadiah selalu bertanya pasal adikku Sufi..die rindu ngan cucu nya..adik aku mmg dah lama xikut kitorg balik penang..biasala kan lelaki...bru aku dpt tgk anak Mak Su..dah besar pun...sekarang Mak Su pregnnt lg...dah nk due pun...rezeki diorg pas 10 tahun xdpt anak...amik anak angkat...bru Allah bg rezeki anak sendri..Alhamdulillah...umah tok2 dah g...skrg nk g umah Mak Chak Bah lak...kak sham n d husband xde umah...bapa mertua kak sham sakit...dpt jumpe sepupu sepapat mak...sbb diorg ada kat umah masa kitorg sampai...sedih bile dpt tau..rumah mak chak bah dimasuki pencuri masa raya pertama...abis duit n brg2 kemas kak sham...aidil anak angkat kak sham mmg suke kitorg dtg..sbb die leh main ngan adik2 aku...bile mak bergurau kata nak balik...sedih je muke die...huhu...sunyi la kan dok sorang2...pastu destinasi terakhir...umah mak chak d permatang pauh la...sampai lambt drp sepatutnya coz abah bersembang ngan kawan lama kat umah chak bah...adila ngan kak amy dah tido semntara tunggu kitorg...xleh nk men ngan die coz die sleepy..hehe...pas mandi die cergas balik...men la ngan die...kat rumah chak ni..aku mmg makan sepuas ati la...kuih raya chak mmg best!..chak pandai mask..hehe..tmpt sblm2 ni aku xmakan sgt due to lidah aku tu la...tp umah chak cam ok lak...hehe...siap makan Soto g...penuh terus perut aku..hehe...time balik...adila wat perangai nk ikut lg la...siap pakai kasut sendiri...abg pizal buh dalam keta...bile amik balik...mengamuk la die...nak ikut...bijak2...sian die...kami berangkat pulang...penatnya...dah arr demam n selsema...adoi...hari raya ketiga...kalo sebelum ni mmg duk umah je...p umah mak cik poziah waktu malam je...kali ni...lain plak...keluarga mak chak iaitu mak chak, abg pizal sekeluarga n kak pidah sekeluarga dtg umah...sian diorg, semalam mak janji nk masak nasi tomato...tp ri ni mak masak sup + tomyam...leh di makan bersama moy @ bubur, bihun, or kuey teow...aku yg bgn lambat kerana xleh tido semalm disebabkan demam yg agak teruk semalam...g bersalam dah kena zaaasss...huhu..biasa la tu..hehe...macam2 gak kene zaaas....xleh nk story mory...dah arr ngah sedih g sentuh lak isu itu...makin sedih la aku...tp xsiapa pun tau...huhu..blog ni je tau..ok2...abaikan...dah siap makan2 semua..kak pidah kata nk p umah tok cik kat batu lintang...pastu ajak kitorg sekali...mak n abah jom [...]



Salam Lebaran...

2009-09-20T00:45:03.608+08:00


assalamualaikum...

ari ni berakhirla bulan Ramadhan utk tahun ni...xtau la sama ada kita akan berjumpa ramadhan akan datang.. :(

(image)
dengan ketibaan Syawal...aku ingin mengucapkan Selamat Ari Raya Aidilfitri...
maaf Zahir n Batin...jikalau ada salah n silap terhadap kalian semua...

esok dah raya...xterasa g mood raya sebenarnya..huhu...

lagi seminggu je cuti aku ni...uwaaa...keje xwat2 lagi..menangguh je kejenya...adoi...habis cuti bertungkus lumus ngan esemen n test non stop la nmpknya...tp ada 3 bende yg perlu ku settlekan dalam masa cuti ni...iaitu:




  1. legal opinion PP
  2. study Criminal Procedure
  3. study Jurisprudence

ketiga2 keje perlu disttle dalam cuti ni sbb semua akan berlangsung pada 30/9..huhu...but still la aku cam wat dek je...walaupun telah dinasihat oleh B..tp wat dek jugak....


knp la aku ni pemalas sgt...huhuhu...


stop dulu...salam...


-zaHIRah-




Alhamdulillah...Home Again..

2009-09-13T05:43:17.719+08:00

salam semua... cmat berpuasa...lg beberapa hari je kan dah nak raya..alhamdulillah skrg aku dah ada kat umah...best sgt..coz dah lama xbalik umah since masuk sem ari tu...kerinduan terubat juga akhirnya... :) 12/9/09...first time aku balik nek FLIGHT...kaya ke?..haha..xla...tiket kebetulan murah...RM39 je..aku turun kat penang...bertiga bersama Lily Harfiza n Kak Wan...telah mengeluarkan diri dari UIA seawal jam 3...flight kul 8.30...sepanjang menanti ketibaan flight..perangai gila2 menghadirkan dirinya...macam2 kitorg ni..especially Lily n me...kak wan cam terkwal g..hehe..yg xbestnya..flight mendelaykan diri selama sejam...huhu...lmbat la kitorg nek flight...huhu...perangai gile2 menjadi2 sbb flight lambat..hehe...salahkan kelewatan flight...naik2 flight...duk belakang sekali...isk2x...perangai gila2 masih gak begitu..so, cam xleh la nk salahkan kelewatan flight kan??...sepanjang setengah jam lam flight..xsempat nk tido...agak bising la aku n lily...haha..xberhenti2 bercakap...Steward Ridzuan telah memulakan conversation ngan aku n lily..mybe coz die perasan aku usya tag nama die...saje je usha...die cam serius n dienye words kat one chinese old guy agak sarcastic..."dah 13 tahun saya keje, selalu sakit badan" "sorry ye keje kitorg bukan angkat beg...keje kitorg cuma memastikan keselamatan penumpang" "sorry i have to tell u that"...itu la ayat2 die yg nyebabkan aku tertarik nk tgk nama die...without niat2 lain...huhu...start with a smile..n ayat pernyataan die adalah..."byknya komputer..." so, aku la tukang menjawab..kak wan cam xbrp ok sgt time nek flight.."student biasala"... "oooo"..."saya dah lama xjadi student...16 years dah"...."umur almost 34 years old"...then die guess kitorg study USM.."xla...UIA..""oo...balik cuti raya ye?..bestnye" "saya dah lama xbalik cuti raya...8 years dah...tahun ni pun sehari je cuti...""siannye.." "xpe...selamat duit awk..xyah bagi duit raya...hehe""good point...tapi xjugak...kene gak bg...hehe"lebih kurang camtu la conversation kitorg ngan die...sbb kitorg duk belakang kan...pastu bising lak..haha... sedar2 dah sampai...cepat tul...xsempat menidurkan diri...hehe...we are d last person time keluar...coz ramai sgt malas nk berdiri..hehe..sblm turun..aku ngan xmalunya telah bergurau meminta duit raya...hehe..kompem la xdpt...Lily lak...yg mmg admire ngan rambut kakak stewardess tu telah memuji rambutnya...then steward Ridzuan ckp..."nice try...tp xdpt gak duit raya..." hehe sabar je la die tu....aku pun ckp..."eh die puji ikhlas tau...." -end in d flight story...- sesampai di airport penang...abah n mak lily sudah menanti...."org baru balik luar negara...." abah lily kate...hehe...kefriendlyan abah lily terserlah...odw tu kitorg singgah makan kat sg dua...makan char keuy teow..sedap...mmg ori la kan...to someone tu, jgn jeles org dapat makan char keuy teow ori...hehe...nak tau ape dienye tagline..."telur ayam di basuh"...something different...mungkin itu salah satu tarikan pengunjung...coz byk kedai makan xbasuh telur ayam...nice la...waktu makn tu...sempat la abah lily @ en harun bergurau...pasal tukang masak yg mengelap peluhnya...ewwww...hehe...gelak je la...sempat gak aku kenekan lily....bile die wat statement.."pekerja sini muda2 ek.."...aku jawab..."ye la..xkan nk amik org tua bekerja lak (with gaya)"...haha...ketwa kitorg satu meja...hehe...i know what lily means pasal kurang la dak remaja melepak... :) alhamdulillah...kekenyang aku n kak wan...thanks lily sekeluarga.. :D time menurunkan aku kat plaza tol sempat abah[...]



Tagged by Jenad @ Nono!!

2009-09-13T03:22:41.706+08:00

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini: missjenadseorang yg friendlykawan yg sgt baikdie comelpemalu orangnya esp kalo 3G..hehe..die sangat rajin!!Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima TAG seterusnya:sy comel! hehesy sangat pemalas..suke way keje last minute...best2sy suke budak2..esp babiessy cepat menyesuaikan diri ngan keadaansy suke wat keje kebajikan! ajak sy if nak wat keje kebajikan k...Nyatakan hobi diri sendirisy suke tidosgt suke onlinesuke melayan e-novel @ blog..jeles ngan kebolehan diorgtgk movie..tp skrg dah kurang coz busy..ketagih bawak kete...xsabar nk balik..jalan2 ngan adik2ku..5 penerima TAG seterusnyaAiman BucukAdaSazlinafarra bucukkimahsalsape2 yg terbaca entri ni...hehe...sekali 7 aku bg... :D[...]



UIA oh UIA...

2009-09-10T01:35:03.414+08:00

salam...nk ckp pasal UIA lak...lame xckp pasal UIA..hehe...

mase aku balik dari bazar around 5.30 pm kot...xhingat dah...terbaca new announcement...well aku mmg suke baca kat notice board tu...kot2 ada benda baru...n mmg ada pun...

n sangat mengejutkan la gak sebnarnya ngan ANNOUNCEMENT tu...announcement tu pasal mahallah @ kolej...menurut kertas berkenaan...meeting board telah membuat keputusan bahawa UIAM dah xmampu nk tampung semua student2nya kerana kekurangan bilik2 @ mahallah...priority kepada 1st year n final year, disable, student yg aktif kokurikulum, yg under IIUM fund dan sewaktu dengannya...ni cam mendatangkan kepelikan kat aku n r.mate2ku...kerana setahu kitorg...kolej di UIAM ni byk kot...student lak bukan semua duk dalam UIAM...ramai gak yg off-campus...kalo sebelum ni leh tampung semua student tanpa syarat2 berkenaan..knp skrg xleh lak?..konpius2...ke UIA ni nak tiru U-U len yg mmg akan membiarkan student2nya duk umah sewa instead of hostel...kalo tul la ni bakal di implement...siannya kat r.mate2 ku n kawan2 ku n budak2 UIA len...kos duk luar kan mahal...nak ulang alik lg..byk tu duit abis...kalo student nk duk luar..dah lame dah kan...huhu...

aku xbrp puas ati la...sbb sebelum ni aku cam berbangga la duk UIA coz UIA menjaga interest student2nya...semua dpt duk hostel regardless of the year n regardless sama ada die aktif kokurikulum ke x...now, dah nk jadi cam UiTM, UM n U-U yg sewaktu dengannya...cam xbest je...huhu...walaupun aku dah final year...xbesh la...kat blok aku ni pun bilik usrah semua kosong...beruntung kpd dak baru yg xyah duk bilik usrah yg kurang privasi...ada bilik2 yg ada 3 org...so ape yg xcukupnya...ke UIA ni nk doublekan pengamblan students than b4?...kekurangan duit ke?...huhu...ye la...byk projek dalam progress kan...

aku harap...benda tu akan dibangkang oleh student2 uia...supaya diorg xleh implement...susah tau...nnti kalo ramai yg ponteng kelas...jgn salahkan student tau!...hehe...

k till then...

*zahirah*



Menjadi Orang yang bermagnet!!!

2009-09-10T01:14:20.354+08:00

salam semua...seperti yg dijanjikan di blog sebelum ni...so aku nk bg ciri2 org yg bermagnet...maksud org bermagnet..adalah org yg dpt menarik...menarik org len ke arah kebaikan...inilah MISI aku n kawan2 aku yg join SPIES ri tu...Ciri2nya adalah:5S - senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, santun salam semut tu..salam yg laga2 pipi tu...3 times k..ISLAMIK..hehe5m- membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal kalo kat sekolah selalu 3M je....ni ada 5m...kene kene la berfikir n mengamalkan ilmu kite juga...Think Others sesuatu yg sukar bg sesetengah org...whatever we do, we should think of others...xleh selfish2....Be a good listener xramai yg leh jadi good listener..but it is important especially went our friends or family ada masalah..dengan mendengar, kita dapat mengurangkan beban mereka..Sifat suka memberi bukan tunggu untuk menerima sifat ni mmg susah gak nk apply for certain people kan...kita sering mengharapkan sesuatu drp org...tp tidak memberi....camne kita nk dpt...so start memberi ye kawan2... :)Menolong, memudahkan dan meraikan orang sifat2 ni penting tau...sbb bile kite tolong org..nnti org akan tlg kite...tul x?... meraikan orang bermaksud...bile kite tetibe ada kawan baru..pandai2 la kite layan...jgn wat dek je...kecik ati kawan nnti...Make everybody feel wanted wat kawan2 kita rasa dihargai...especially bile kite bekerja bersama2..xdela yg merendah diri tu semakin merendah diri kan?? atau xdela yg berjauh hati...Lebih Sabar semua tau sabar itu separuh drp iman kan...so byk2 kan bersabar...dengan sabar...pahala dpt tau...Tidak rasa diri ini hebat - elakkan rasa riya' kite xleh riya'...bile kite rasa kite pandai..ada yg lagi pandai drp kite...sesungguhnya apa yg ada kat kite ni pinjaman je...semuanya HAK ALLAH...Lihat kekuatan sahabat bukan kelemahan korang pahamkan..kite byk cari kelemahan kawan drp kekuatan die...manusia kan mmg xsempurna...Berjiwa besar dan berlapang dada ni merjuk kepada menuntut ilmu.. :)Berfikiran positif dan bersangka baik ngan ALLAH seperti yg aku katakan lam blog sebelum ni...kite kene bersangka baik ngan ALLAH..Allah akan ikut ape yg kite pk kan...ok tu la ciri2 org bermagnet...bkn senang nk jadi org bermagnet...tp XMUSTAHIL kan...mari la sama2 kite jadi org yg bermagnet...till then...salam..cyg korang..._zahirah_[...]