Subscribe: kisah dalam tempurung
http://bluefrog-creative.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  akan  aku  dengan  dia  gua  itu  kamu  kata  kau  kita  lagi  lah  mereka  nak  tak  tapi  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: kisah dalam tempurung

kisah dalam tempurung



... mana bekalmu, temanmu, suluhmu dan ketua kafilahmu merentasi padang pasir dan hutan nafsu ini.



Updated: 2010-04-04T16:00:45.265+08:00

 



iLoveMalaysia

2009-08-10T12:53:41.543+08:00


Peraduan dianjurkan oleh Exabytes, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia. Cara menyertai peraduan sangat mudah, cuma perlu memasang banner di website anda. dan anda boleh memenangi Apple iPhone 3GS atau Cakera Keras Western Digital 320GB.

Bagaimana caranya? sila klik banner sebelah kanan tu atau sini dan ikut langkah-langkah yang diberikan. Terbuka pada sesiapa sahaja, yang ada website atau blog lah. kalau takde website atau blog sendiri, pakai blog kawan-kawan pun boleh atau blog/web syarikat korang, tapi mintak izin boss dulu aaaa..

Nanti akan diminta untuk referrer email, letak mafia.bluefrog@gmail.com. kalau tak letak, penyertaan tak sah. sesudah itu, nanti dia bagi link untuk banner tu. dan korang sebar lah pulak kat email ke, web korang tu ke. lepas tu korang suruh pulak pembaca letak email korang.

Senang bukan? Pastikan banner korang tu betul macam yang ada kat blog ni. kalau lain, aaa.. aku tak tau lah. ok? itu saja untuk kali ni. Sekian, Selamat Merdeka.



duniawi

2009-06-23T16:23:43.897+08:00

mata, sinar berkaca.
tajam menerjah.
wajah Sakinah.

berikan Mawaddah.
dengan hati yang tulus.
tiada belah. tiada bahagi.

tunjuk kan lah Rahmah mu.
kerana kamu lemah segalanya.
hanya meminjam dunia sementara.

hinanya kamu, begitu juga aku dan sekalian.



- katak, chiziwizi.blogspot.com (May 21, 2009)



the best of times

2009-06-14T08:38:32.938+08:00

remember days of yesterday
how it flew so fast
the two score and the year we had
i thought would always last

i'll always remember those were the best of times
a lifetime together, i'll never forget



- katak, chiziwizi.blogspot.com (May 25, 2009)



Senja

2009-06-09T21:32:49.384+08:00

dalam malam itu.. ada putih..
dalam putih itu.. ada merah..
yang terbit pagi.. adalah jingga..
menyemai kemuncak tibanya panas..
masih perlu cerah memanggil samar..
ufuk suram menerjah ke barat..
sebelum tibanya gelap..
hanya sedetik dalam sehari..
itulah senja..



- katak, chiziwizi.blogspot.com (May 20, 2009)



rehat atau pergi?

2009-04-24T09:07:26.454+08:00

sedikit masa yang aku perlu sudah cukup.
sedikit beban yang aku bawa sudah di lepas.
tinggal sedikit kalut dalam hati masih belum puas.
berehatlah.. atau kau nak pergi?
sedang berfikir.
tapi boleh macam dulu?
tak tau. dan kau takkan tau.

terima kasih ye. kau terlalu senangkan aku.
tapi aku sedih je la.
rilek la. aku sudah tenang. dan masa sudah tentukan.
aku berjalan atas laluan je.

ok. ini masa terahkir. buat seperti apa yang kau mahu.
lakukan untuk apa yang kau nak.
aku? seperti aku.


*penatlah. catatan terahkir. salam.



i stand alone

2009-04-20T14:45:28.241+08:00

...I'm not afraid of fading
I stand alone
Feeling your sting down inside me
I'm not dying for it
I stand alone
Everything that I believe is fading
I stand alone inside...



kirim saja

2009-04-17T22:52:27.017+08:00

aku tidak lagi dalam dunia ni..
aku tidak lagi bersama mereka..
aku tidak lagi meledak segalanya..

kau bukan untuk mereka selamanya..
kau bukan mula untuk semua perkara..
kau bukan tujuan laluannya..

dia akan mula yang satu..
dia akan tetap dengan genggaman..
dia akan teruskan tetapan dahulu..

bukan semua boleh bersama..
cinta tak semesti bersatu..
sudah kenal belum tentu sayang..
kudrat modal lahir kasih..

kirim saja sejahtera itu..
dapatlah kita kecapi nikmat lahiriah..
mula satu setelah melangkah..
atur acara ke puncak idaman..

selamat untuk segalanya..
teruskan pada yang menerus..
permisi...



batu ompek, tolok komang - #2

2009-04-11T19:18:25.782+08:00

segala puji lillahi ta'alarancangan melakukan aktiviti BBQ di tepi pantai PD berjaya..terima kasih pada semua yang menjayakan aktiviti tersebut..harapan agar aktiviti seumpama dapat dijayakan lagi pada masa akan datang dengan kerjasama dari semua.. cewaaahh.. macam menteri pulak..ok2.. pada tarikh hari ke 4 bulan April tahun 2009.. kami (ehem2.. niz, mira, bintang, sheilolo, anys, penyu, anarm, sagitarius, bosz dan kenderaan2 yang terlibat..) telah menjayakan aktiviti BBQ di pantai teluk kemang, PD.. aktiviti diketuai oleh pakatan diktator terdiri daripada :perancang utama : aku lah.. selaku ketua diktatorpengurus acara : niz (merangkap setiausaha yg kejam.. mastermind lah konon..)pengurus keadaan : mira (pengurus peserta yg zalim.. lambat bertindak.. huh..)pengurus harta benda : seteri (auww.. nakal u.. kebanyakkan bekalan hasil dari kekejaman beliau.. dibantu oleh niz..)sukarela hati : sheilolo dan anys (roti kangkang yg telah dikangkang bergilir..)pembekal mesin bunuh diri : niz (bersama jentu), penyu (bersama atos), sheilolo (bersama dam)semua peserta agak sempoi ketika kejadian.. banyak kejadian2 aneh telah berlaku.. dan telah banyak mengajar erti kekejaman, kesesatan dan kepentingan diri..aktiviti pagi : acara menggempur ahli2.. perjumpaan di kawasan pengumpulan tahanan perang di R&R nilai.. bersama geng bangi (ahli berani mati) dan ceras.. dan memulakan santapan keghairahan pagi..seterusnya : bersiap sedia meneruskan misi kekejaman.. ke PD.tengah hari di kala matahari sibuk memancar : mengkaji status kesesuaian zodiak kesesatan PD.. agak tidak mengizinkan pada kesiangannya.. tengah matahari memberi amaran pada langit : memacak bangsal ajaib bersama menyiapkan santapan raja bersiong rongak.. keadaan agak genting dengan kehadiran hujan renyai berteman mimpi kegelapan..malam bagai penantian dewa keabadian : permaisuri kekejaman meneruskan tugasan.. disaksikan dayang2 neraka bersama tawanan kematian.. aktiviti bermulaaaaaa!!!!burppp!!! kenyang..!!!ahhh!! rangkap seterusnya.. selak disini.. >>>>>>> goresan kezaliman tentera untuk peperangan[...]



sedikit ruang sahaja

2009-04-08T14:23:37.404+08:00

(image)

ruang itu hanya sedikit sahaja
angin sudah pasti tidak telus
hanya cahaya dapat meneroka disebaliknya..
nurani terselak membias hitam..

bara itu tidak diam
kerana dalamnya bergelodak
mengapa merah sahaja untuk itu..?

tenang itu hanya permukaan sahaja
dalamnya berarus deras
tapi kenapa jernihnya alunan itu..?

apa yang ada disebalik daun-daun itu?
cuba lah selak.. keinginan ada disitu..



batu ompek, tolok komang - #1

2009-04-05T21:00:12.283+08:00

(image)
heeee.. saje kasik intro.. tak tahan la beb.. heee..



bbq time

2009-04-03T11:29:34.883+08:00

(image)
"orang kata hidup hanya sekali je... jadi kita enjooooooooy"



seperti biasa

2009-03-26T00:22:19.352+08:00

kau merajuk..? hah.. aku tau macam mana..
tapi sebelum tu.. biar aku berlakon dulu..
tapi sanggup kau kan..
mungkin kau tengah serabut..

ok aku positif..
biar aku pedaskan lagi ayat tu..
jadi.. baru lah aku tahu..
kau mampu berfikir, hanya untuk satu perkara dalam satu masa..
tapi aku tak salah kan kau..

ah! aku kurang senang dengan tindakan kau..
tapi tak mengapa.. aku sabar..
tiba masa kau sabar pula..
ok.. bagaimana..?

adil bukan..? aku puas hati setakat tu..
lihat.. aku tenang kan..?
aku bagi masa untuk kau..
ok.. aku kabur.. tapi masih rileks..

lihat.. kita sama makan garam..
apa nak hairan.. aku hanya mahu berseloka..
baik.. jadi macam selalu..

tapi aku ada matlamat..
itu aku tak lupa..
ok.. selamat malam..




*che ni, ni bukan entri kecewa tau.. sedang gembira..
*sowi tak dapat follow, got work to do.. dem!~~ henset tv..



detik dan kenangan

2009-03-25T14:41:10.473+08:00

(image)
"buat lah keputusan.. senang cerita.."
terasa sayu bila ungkapan ini diluahkan dengan nada yang tegas..
bila sesuatu dirancang menjadi tegang dengan kata-kata yang hanya berbentuk gurauan..

namun.. ada hikmahnya..
ungkapan itulah yang telah mendorong dia menjadi tabah..
seorang yang memendam perasaan, hanya luah dengan melihat keadaan..

tidak siapa yang faham keadaan dia..
tetapi semua tahu bagaimana orangnya..

bagi dia.. kenangan adalah harta..
bagi dia.. perhubungan adalah aset..
tapi semua itu boleh hilang sekelip mata..

tangga-tangga kebahagian hanya impian..
laluan-laluan ke arah sejahtera hanya misi..
persetujuan dan kerjasama adalah yang utama..

sabarlah kawan.. apa yang engkau idamkan akan tercapai..
sekiranya itu yang kau mahukan dengan melalui hatimu..
tetapkan pendirian, jangan sekali kau melatah kerana musibah yang kau hadapi..
itu lah dugaan.. untuk mencapai ketenangan..

{aku pula}
betul juga kan.. kadang-kadang usaha macam nak gila..
tapi hasilnya.. ada yang putus ditengah jalan.. ada yang tak kesampaian..
tapi betul tu..
itu lah dugaan.. sabar je la..
nasib lah aku cool..
cool eh..? sangat...!!~~~



persoalan hati

2009-03-24T12:56:58.244+08:00

tuhan tidak mengubah nasib seseorang..
sekiranya seseorang itu tidak mengubah nasibnya..
jadi tuhan tidak bersama orang itu..
atau orang itu adalah tuhan..?

tuhan tidak memandang pada rupa paras mu..
tapi hati..
sekiranya selain islam, tapi mempunyai hati yang telus terhadap tuhan..
adakah layak dia disisi tuhan..?

jangan kau persoalkan..
tuhan ada dalam diri mu..
Al-Haq bersama kamu..
Al-Ridhuan yang kita cari..
Al-Fat-h yang kita teruskan..

terus kan mencari..
kenal dulu dirimu baru kau kenal tuhan mu..




titisan

2009-03-24T11:12:39.599+08:00

(image)
lu rahmat dari tuhan..
selepas lu pergi.. dunia mula ceria..
tanda kehadiran lu menghakis kekusutan..
menghindar kepanasan..

lu sangat berkilau..
lu sangat jernih..
sedetik.. sudah cukup menerangkan..

tapi lu sekarang tak macam dulu..
lu sekarang datang dengan halilintar..
lu datang kerana marah..
lu datang dengan amaran..

siapa yang leka lu tiada kasihan..
detik detik lu bukan lagi untuk di nikmati..
selepas lu pergi bukan lagi keceriaan..
lu tinggalkan keperitan..

pagi tadi lu dah sapa gua..
gua sangat ceria berselisih dengan lu..
gua sangat suka bila lu ada setiap pagi..
tapi.. gua melihat..

mega menjadi perantara gua..
yang kadang-kadang mungkin menipu..
suria tak berani menunjukkan diri..

tapi gua ingat lu..
satu bahagian dalam hidup gua..
lu perlu ada untuk gua..



*gua mengantuk lah beb...



tag lagi

2009-03-23T10:20:20.597+08:00

alah.. lupa lah.. tag dari anarm.. nah.. amik lah.. aku buat sebelum tidur1) What is the most important thing in your life?my life of course..2) What is the last thing that you bought with your own money?kebab ayam..3) Where do you wish to get married?anywhere also can.. most important after that is.. my generation..4) How old do you think you will be permanently owned by your love?how old doesn't important.. the most is how long can u keep it permanent.. wrong question..5) Are you in love?should i answer..?6) Where was the last restaurant you had dinner?Sg Buloh (mamak without "PDA") [...]



menanti saat yang paling nyata

2009-03-24T15:40:29.742+08:00

(image)
dalam dakapan malam.. aku merenung sebalik tirai embun..
mata ku meniti laluan cahaya bulan..
telinga ku menangkap sisa sahutan cengkerik..
lalu suara hati ku berbicara..

"apakah yang perlu aku persiapkan..
apakah yang perlu aku lalui.. "
oh! tiada apa selain saat yang nyata..

saat itu aku tidak keseorangan..
saat itu aku diperhatikan..
saat itu aku diuji kewibawaan..

demi dua selepas satu..
demi sekumpulan selepas sendiri..
kerana mekar selepas putik..
kerana genggam selepas penantian..

seperti yang aku minta..
selalu yang aku harap..
fana itu patut ku lepaskan..

lepaskan.. lepaskan.. lepaskan..

saat yang paling nyata..
itulah harapan..

harapan hati..



banjir kilat #2

2009-03-18T09:20:19.413+08:00

hujan lagi..hari ni gua pergi kerja naik mitsu gua..belum pulih sepenuhnya.. tapi gua lenjan..lepas trafik light kat keramat permai.. jamm.. dem!~korang tak reti duduk rumah ke..kenapa time hujan korang nak keluar..gua lalok hari ni beb.. blur!~~gua sudah sondol sebijik moto tadi..nasib mamat tu cool.. gua buat muka selamba..tapi gua bertanggungjawab beb.. gua pergi sebelah.. gua tunjuk isyarat tangan je.. nak tau dia ok atau tak..die kata jalan jalan.. kira ok lah tu..{lu pun mangkok.. yang lu nak sondol mamat tu apahal..}gua mana tau beb.. trafik light hijau gua jalan lah..{slow la lu bai..}...halamak.. jamm!~~rumah gua ngan pejabat dekat je beb.. 10 minit sampai..siap beli air lagi..ni dah sejam lebih.. gua keluar pukul 7.20 sampai 8.45.. pehal..!!~gua ada kerja urgent ni..{semalam lu kata nak buat.. pastu lu tido kan..}gua ingat macam tu lah.. tapi gua penat beb.. usha mitsu gua.. cari charger henset.. test mitsu gua lagi..tapi takpe lah.. projek semalam dah lepas.. bos!~ komisen aaaa..{cepat lu buat cepat la dapat duit beb.. lu ada kerja lu kata tadi..}ha ah.. gua buat.. gua buat..hujan lagi lah.. gua kena alert ni..agak-agak lebat.. gua cau balik rumah..{lu jangan seronok-seronok bai.. nanti lu lalok.. tau tau mitsu lu lemas..}gua alert lah beb..beb.. kelmarin banjir lagi lah.. tapi masa tu gua balik awal..gua tau dari brader opis gua..fuuuh.. nasib lah aritu lu rosak mitsu.. kalau tak.. lu lemas untuk kali kedua..{lu jangan mintak beb..!!}gua tak mintak bai.. andaian gua je.. emo lah lu..{gua tak emo bai.. tapi tadi lu kata lu ada kerja..}heh.?? ye ye.. gua buat kerja..ok lah bai.. cau!~~[...]



jam 4 pagi

2009-03-16T04:50:21.803+08:00

.................................................................................


(image)
...............................................................................



jangan baca fikiran aku

2009-03-13T15:25:38.098+08:00

dimulakan dengan nama Allah...hujan pagi ni.. rasa syahdu je..tapi tolong yer jangan banjir lagi..aku guna pakai kereta orang hari ni..bukan aku tak redha dengan ketentuan..tapi.. aku bukan orang berkemampuan..nanti aku dipersalahkan.. maaf.. aku seorang yang error dalam komunikasi..taknak cakap banyak pasal itu..nanti orang kata aku tak bersyukur..heh.. come on.. takkan aku nak bagitau semua orang..tak ihklas dah nama nya tu..aku bukan nya baik.. tapi aku taklah jahat..aku tahu tuhan aku.. jadi biar lah aku fahami diri aku..i'm cool.. bukan sebab air-cond eh.. awak..jangan percaya kata saya.. saya tipu.. heee..bila kita rasa seronok.. kita akan senyum sorang-sorang..tapi spekulasi orang akan kata kita gila..tapi.. memang kita seronok..orang kata.. kenal lama-lama baru boleh faham isi hati..kita kata.. tak payah lama.. ayat-ayat sikit dah boleh tahu..aku kata.. kalau ada keserasian.. tak payah faham isi hati.. serasi tu sendiri menceritakan segalanya..aku tak tau apa korang pulak kata..bila tengok keadaan sekeliling.. macam-macam kita belajar..perasaan masing-masing memang susah nak faham..tapi satu perkara yang boleh buat kita setuju dengan semua perkara..common sense..hah.. faham-faham sendirilah..sebagai seorang dewasa.. kita ada rasa tanggungjawab.. ada rasa hormat dengan diri kita..kalau takde.. belum matang lah tu.. tak akhil baligh lah katakan..seronok pagi-pagi tadi bergurau senda dengan moley.. eh mira. jangan jeles..mak aku marah siapa nak ambil moley.. membebel dia sebab aku kata ada orang nak.. heeeee.....mungkin fakta yang mengatakan membela kucing boleh kurang kan risiko darah tinggi dan tekanan.. adalah betul.. hmmm..eh.. saya tak ungkit.. cuma nak ingat balik.. lepas ni saya akan cakap benda yang betul.. tapi saya serius.. terpulang lah eh nak percaya atau tak..jangan tak tegur sudah lah eh..tapi semalam kata nak bergaduh..saya nanti kan saat tu.. tapi saya tak minta..semalam 12/3/2009 keputusan spm.. setakat ni.. tiada adik-adik aku boleh tandingi keputusan spm aku.. aku kan abang.. (riak nih..)untuk adik-adik aku.. korang belajar lah lagi.. kerana korang sangat bertuah dan berpeluang..rezeki kita ada.. cara kita uruskan saja yang menentukan kita ada disiplin atau tak..aku tak pernah rasa sekolah teknik atau universiti macam korang..tapi apa yang aku tau.. hidup ni susah..so.. pada moley, eva dan comel.. korang duduk rumah.. nanti manje yang gemok bagi kau makan.. heee..eh.. dengar cerita comel pregnant lagi.. kalau anak kau nanti macam moley.. aku bela.. kalau tak aku letak rumah anak-anak yatim.. haaaa...seronoklah jadi aku..disudahi dengan segala puji hanya bagi Allah..[...]



aku tak de mood

2009-03-10T09:45:05.027+08:00

(image)

{ Kenapa kamu berblog? }
ntah la.. tak tau la kenapa.. kenapa kau nak tau..? kalau taknak bagitau boleh..?

{ Apakah method penulisan dalam blog kamu? }
macam2 ada.. ada yang berteraskan cerita, ada sajak, puisi, maklumat, luahan hati, luahan rasa.. dan banyak lagi lah..

{ Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan? }
kalau di beri pilihan aku pilih isi.. kalau takde pilihan aku pilih rupa.. kalau santai-santai aku pilih la mana aku nak..

{ Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut? }
tiada tapi pernah letak.. kalau boleh aku nak letak.. tapi ada kawan aku kata "hari tu aku bukak blog kau.. tiba-tiba ada bunyi yang kuat keluar.. dah lah speaker laptop aku sengal-sengal.. lepas tu aku terus tutup.."

{ Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa? }
aku suka artikel yang bertarikh 06 Mac 2009 jam 09:56:00.. sebab ada banyak dunia dalam tu..

{ Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya? }
kenapa kau bagi soalan tu.. kalau terhapus bukan kerja aku lah tu..

{ Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni? }
hah.. pendapat..?? aku tak dapat apa-apa lah.. sebab dia blog walking.. so.. kau fikir lah.. yang aku tahu.. dia pendiam.. macam mana yang ada tulis kat tag line blog dia..

{ Senaraikan beberapa orang yang akan kamu tag. }
semua dalam senarai Jiwa yang menulis

jangan tanya aku lebih-lebih.. (aku takde mood..)



mereka

2009-03-06T14:35:20.702+08:00

mereka semakin rapat..mereka tak terfikir untuk begitu..orang kata mereka ada keserasian..orang kata hanya kebetulan..antara mereka ada kisah masing-masing..antara mereka ada matlamat masing-masing..mereka dengar kata hati mereka..mereka faham kehendak naluri mereka..dia pernah kecewa..dia pernah berduka..dia pernah sengsara..mereka pernah derita..tapi tidak bersama..perasaan mereka luahkan..pada tempat kaki berhenti..tujuan mereka sama..redakan amarah pemikiran..lepaskan kebuntuan kekusutan..mencari penyelesaian..walaupun terpaksa berdepan kemungkinan..mereka tabah..mereka tidak mengubah masa..mereka tidak merancang waktu..mereka mengikut arus..tapi.. bagaimana akan datang..masihkah mereka boleh bersama..?bolehkah mereka fahami keserasian..?dapatkah mereka menghentikan kaki bersama-sama..?perlukah untuk mereka mengubah masa..?sesuaikah mereka untuk meluahkan..?untuk mereka.. perjalanan hidup masih jauh..tapi.. kita disini tidak bergerak perlahan..[...]



banjir kilat #1

2009-03-15T17:33:02.289+08:00

hari ini dalam sejarah..!!dikesedapan melayan aura angin-angin hujan.. dengan dentuman kilat.. tidak ku sedar.. rupanya ada bencana bakal menimpa..sedang aku syok layan pejam mata.. tiba-tiba.. telefon berbunyi..suara ayu : "wan wan kereta kau nak masuk air.."suara aku yang macho : "hah..?.." masih kabur..suara ayu : "kau tidur ke..? hah..? kereta kau nak masuk air ni.. dah separuh.."suara aku yang macho : "ye ye.."aku terus tinggalkan kerja.. lalu ke tempat kejadian.. dan..inilah hasilnya...{kasihan beliau...~~}{makcik-makcik ni ada hikmat berjalan atas air.. tak heran..}{"aiiyaa.. moto pon boley hilang aaa.a...." - uncle tu cakap kat aku...}{hampeh.. yang dok tercangkung tu.. sedang gelakkan kawan-kawan dia yang bawak kotak tu.. sorang lagi tukang ambil gambar..}{honda city tu baru 4 hari pakai.. alah.. kesian...}{ada 2 tingkat.. yang bawah.. dah macam tempat takungan ikan air tawar..}{kan kan.. ?? kereta yang dekat bawah.. sedang lemas...}{best..!! bukan senang nak letak kereta kita dikalangan air banjir...}{macam kapal selam kan..?.. blup blup blup}semasa aku tengah isi kekosongan blog ni.. kereta aku taknak keluar dari air.. seronok katanya...seterusnya.. akan menyusul...berita lebih ada kat utusan online[...]



uncle mutuuuuu!!!

2009-03-01T01:20:54.721+08:00

sapy!! goooo!!!bermula dari KLCC hingga ke Port Dickson.. segala berlaku dengan spontan.. hasil dari perbincangan 2 jam hingga membawa ke 12 jam penuh cerita..{nota terjah}err.. awak jangan risau.. rekod memandu Gen2 selaju 140 km/j telah di pecahkan.. dan rekod terbaru adalah seperti berikut.. 156 km/j.. ini tidak bermakna Wira itu tak laju.. alasan? telah diberitahu..maaf la pada silolo.. nak cari lokasi yang sesuai.. kena la buat pusingan U banyak kali.. ala.. terlajak.. kalau Iswara tu tak boleh kunci.. jangan sangka penggera takkan berbunyi.. dan satu lagi peringatan.. sampai simpang.. tengok kiri kanan..{sambung topik}pastikan kita sebagai orang yang mendapat hidayah tahu terjemah atau menghuraikan peribahasa atau perumpamaan nenek moyang kita - tapi my honey kata.. benda boleh diubah ikut peredaran zaman.. hmm.. mungkin ada betulnya..{nota terjah}kitorang romantik tak..?? - persoalan ini diulang beberapa kali.. sehingga pemberi jawapan meminta soalan di.... layan diri.. ehh.. mira.. rupanya.. kau la "ketiga" tu eh..{sambung topik}dalam keadaan yang gelap.. mata bagi orang yang normal.. tidak akan mampu untuk menentukan warna bagi sesebuah kapal yang sedang berlabuh di lautan.. jika dapat melihat sekali pun.. tolong jangan kata itu rumah api.. kerana jawapannya salah..!!bagi mereka yang berjauhan.. jangan risau.. kalau kami sampai dikawasan jajahan.. kami akan hubungi.. kami tidak lupa pada kamu.. gembira kami.. kami mahu kamu ada bersama.. maaf sekiranya ada unsur paksaan.. kami mahu ruang masa dikongsi bersama.. itu kan lebih baik..{nota terjah}bosz.. lain kali kitorang akan melakukan aktiviti spontan lagi.. dan selepas ini pastikan kau lebih bersedia.. penampilan dahulu tidak kurang hebat.. alasan menjawab panggilan... sangat kreatif.. tapi pengajaran.. kalau boleh ingat nombor telefon ya..starry.. kitorang ingat.. wanita itu kawan perempuan kepada bosz.. jangan salahkan i.. itu semua mira punya kerja.. untuk percubaan pertama.. mira cuak..{sambung topik}orang kata.. jauh perjalanan.. luas permandangan.. banyak pengalaman.. ada benarnya.. dan itu yang menjadikan kita lebih memahami.. dan banyak lah yang kita pelajari..{nota terjah}ala kau anys.. buat-buat demam.. tapi makan.. kau bedal je kan..opaq.. kau balik cepat sangat.. kalau tak.. mesti kau tak kesangapan.. bunyi o-paq.. aku lebih selesa membunyikan kepada.. oo-pet.. kerana itu.. dua wanita berjaya menghatukkan kepala sesama sendiri..{sambung topik}dalam menjalankan aktiviti sosial.. tolong lah antara kita.. jangan la terlalu melayan perasaan.. kerana ia tidak mendatangkan kegembiraan.. sebaliknya.. akan menyebabkan kita tidak akan dilayan.. cuba lah manfaatkan masa-masa bersama itu dengan lebih indah..{nota terjah}weh.. anarm.. aku tau.. aku turunkan kau dekat jalan "cerita seram".. ada aku terfikir ingin lakukan pada mira.. nasib aku lebih suka pada lampu..{ulasan topik}suatu masa dahulu.. aku ada membela binatang bernama umang-umang.. tapi sayang.. hayatnya tak lama.. aku membelinya dengan harga paling tinggi rm10.. di sebuah kedai di One Utama.. tapi kedai tu sudah tiada.. dan aku tidak lagi menjadikan binatang itu peliharaan..inilah rupa fizikal haiwan tersebutumang-umang = agar-agar..???kisah selanjutnya[...]



Ella - Tiada tangis lagi

2009-02-25T11:59:30.278+08:00

lagu dipetik dari filem banyangan maut.. filem lakonan ella yang pertama.. layaaann..
*siapa ada lagu ni.. aku nak!!!!

(object) (embed)

Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi

Langit masih begitu
Agung dan biru
Memayungi taman itu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Ku renung masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi