Subscribe: Hanya Aku Sorang
http://hanyaakusorang.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  aku dah  aku  apa  dah  dia  ini  kau  lagi  nak  nota tangan  nota  tak  tangan  tapi  telah  tidak  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Hanya Aku Sorang

Hanya Aku Sorang



AKu yG sOrG.HiDup soRg. uAt ameNde seMua sorg.MaKaN Sorg2..MinuM pUn,soRg2.. bAnguN paGi sORg..TiDo pUn sorg. HaJat diHAti nAk tIdo duA oRang..TaPi bUat seMPit biLik puLak kaRang..bJAlaN sORg2..bLari pun soRg2.. beRAngan sORg2..jIWang PUn sORg2.. aku bukA



Updated: 2017-10-04T19:19:38.578+08:00

 



Produk Lelaki Power - Catuaba Nourishing Essence

2013-12-26T12:49:04.376+08:00

CATUABA adalah pokok ajaib yang berasal dari Lembah Amazon Brazil, ia adalah tumbuhan afrodisiak Brazil yang paling terkenal. Seawal beberapa abad yang lalu, Puak India Tupi yang tinggal di sini, dari generasi ke generasi telah menemui keberkesanan dan keajaiban ekstrak tumbuhan CATUABA yang boleh menggalakkan pembesaran sekali ganda organ seks lelaki. Itulah sebabnya kenapa mereka mempunyai zakar yang besar dan kuat hingga mendatangkan irihati kepada semua lelaki-lelaki di dunia ini.


Mereka juga telah membuat penemuan bahawa seorang lelaki yang mengambil CATUABA untuk jangka masa yang lama boleh bertahan selama lebih daripada 2 jam tanpa ejakulasi dan masih mempunyai kesuburan yang lebih tinggi dan kekuatan seks sepertimana mereka yang berusia 25 tahun walaupun diusia 60 tahun. CATUABA adalah sejenis tumbuhan yang telah dikurniakan untuk mereka yang telah berhasil membesarkan zakar dengan luar biasa dan keupayaan seks yang sangat hebat.

Puak India Tupi telah menggunakan CATUABA bagi generasi tidak terkira banyaknya..mereka juga telah mencipta banyak lagu2 yang memuji keajaibannya. Lelaki TUPI mempunyai zakar purata 20 cm (8 inci), untuk memudahkan ketika berburu, mereka terpaksa mengikat dan menetapkan zakar mereka di sekeliling pinggang atau paha. Oleh sebab itu, mereka juga mempunyai gelaran yang sangat istimewa “ PUAK ORANG GAJAH AMAZON".

Makmal Negara Brazil, Akademik Penyelidikan Perubatan Persekutuan Amerika Syarikat dan Makmal Sains Reproduktif Universiti HAVARD , Amerika Syarikat telah sama-sama menjalankan penyelidikan saintifik ke atas lelaki-lelaki India Tupi dan CATUABA. Micheal Van Straten, seorang pakar British yang terkenal di dalam penyelidikan tumbuh-tumbuhan perubatan berkata : Ini merupakan salah satu kejayaan utama terapeutik dalam bidang disfungsi erektil, lebih-lebih lagi, tidak ada bukti bahawa penggunaan jangka masa panjang boleh membawa apa2 kesan sampingan.

Nak tau fungsi utama CATUABA? tunggu next post ya!



My 30th Birthday

2012-07-22T16:08:21.485+08:00



19 Julai 2012, genaplah usia ku yang ke 30..
tak banyak untuk aku katakan...
rasa happy, risau, keliru, semuanya bercampur gaul...

apa2 pun, aku berdoa agar dapat hidup mungkin 50 tahun lagi... InsyaAllah...
Diberikan kesihatan tubuh badan, dan diperluaskan rezeki... Amin..



ohhh Arjuna ku...

2012-04-24T03:18:19.109+08:00

Siapa Arjuna?
Arjuna ialah nama yg diberikan ke atas kereta aku..
Tanggal 19 Mac 2012 merupakan hari bersejarah bagi aku..
seumur hidup aku tidak ada pengalaman dalam kemalangan jalanraya..
kali ini aku alami sendiri..
Alhamdulillah tak seteruk mana... masih selamat tapi trauma tu ada lah jugak..

(image)
kisahnya, aku dari arah Damansara nk pulang ke rumah (Kelana Jaya)..
waktu tu jalan tak sibuk lagi dalam kol 5.30 ptg..
masuk terowong kat depan Tropicana Mall tu,
(macam Lady Diana lak accident dlm terowong)
tetiba teksi depan berhenti tiba2...
lalu aku pun sondol lah bontot dia..
rupanya dia dah sondol gak keta org lain...

aku rasa panik gak, tp buat2 cool.. (hahaha)
buntu juga nk buat keputusan..
lalu telefon abg aku kat Batu Pahat, dia keje kat Eon..
dia suruh bawak balik BP... ayooo, nk kene balik kampung ker?
aku fikir2, nnti kena amek cuti lagi, budget nk balik lagi.. aduhaii...
terus, aku call member baik aku... dia bagi contact no kwn dia.. ada workshop katanya..
aku pun terus contact lah..

nk claim insurance kena report polis...
gi PJ sana report.. aduhaii... xpenah semua ni..
xpasal2 kena saman rm300..tp dapat diskaun... sarjan tu baik hati.. hehe
keta aku dibawa ke jalan ipoh (bengkel).. tp esoknya terpaksa hantar ke Eon Batu Caves.. ada warranty lagi katanya..
ermm... lama lah berjauhan dengan Arjuna...


nota tangan:
serik sangat2.. bwk pelan2 je lah lepas ni..



Bandung dan Jakarta

2012-04-24T03:01:33.772+08:00

Salam buat sahabat2 sekalian..

Pada 15-18 Mac 2012 aku dan beberapa sahabat gi bercuti...
Sama seperti tahun lepas, aku ke Jakarta..
tapi kali ni aku meluaskan perjalanan ke kota Bandung...

(image)
Bnyak jugak yg menarik di Bandung..
baru pertama kali...
aku mula sukakannya... hihi...
InsyaAllah akan ke sana lagi... :)


nota tangan:
suka Kampung Daun, Bandung..



KELIBAT

2012-03-10T00:55:05.054+08:00

Cinta lama? Kenangannya berbekas sukar terlepas. Terlihat kelibat dia di buku muka. Gembira dia hidup sejahtera dengan kerjaya yang diimpikannya.

Masih ada pemberian aku menjadi aksesori hidupnya. Aku tahu aku salah dahulu. Dia terluka aku pisaunya.

Dari jauh aku lihat dia. Menatap tiris bibir senyumnya.
Melihat dia bahagia, aku gembira.



TERBACA

2012-01-07T01:37:06.765+08:00

Terbaca perbualan selingkuhmu yang dahulu.
Parut masih berbekas.
Kapan sakitnya bisa terbebas?

CAWAN



0 Comments

2011-12-01T03:53:33.566+08:00

Assalamualaikum...

Fuhhh!! dah berbulan x menulis..
rindu gile nak menulis...
malam ni tangan ni terasa nak menaip mengikut gerak hati aku..

hati seakan-akan melonjak-lonjak nak meluahkan,
tetapi sebenarnya tak tercapai akalku..
kenapa ek?


Nota Tangan: Tanya sama pokok apa sebab goyang..



tak payah nak POYO sangat lah!!

2011-12-01T03:54:29.810+08:00

Hari baik bulan baik ni sebenarnya x koser nak bercerita pasal orang..
tapi ada lah seorg hamba Allah ni, bertegur sapa pun tidak,
inikan nk bersalam bermaaf-maafan...
siap buat muka berlagak, poyo giler..

Ntah kat mana aku buat silap kat dia ntah, aku sndrik xtau..
andaikata aku ada buat salah, tegurlah kesilapan aku tu...
andaikata ada yang dia x puashati, terus terang je pada aku...
xperlu buat muka..
nak kata 'period', x jugak..
dengan org lain, boleh pulak bersalam-salaman, berborak2..
sukati ko lah..
aku carik rezeki, ko pun carik rezeki..
gaji aku bukan ko yg bayar... sekian.


nota tangan:
terkilan



Bonus dan Kereta

2011-08-23T01:40:16.361+08:00


Apabila bonus tahun ini diberikan kepada keretaku,
redha jer lah...
roadtax ngn insurance mati 29hb ni...

(image)

nota tangan:
nangesss.. :P



Doa Iftitah

2011-08-13T21:31:07.386+08:00

(image)
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.



Keluhan Perindu

2011-08-10T11:41:18.427+08:00


10 Ramadhan 1432H
Pejam celik sudah 10 hari kita berpuasa..
barangkali ramai yg sudah membuat persiapan untuk hari raya..
aku pula seakan tak ada mood lagi utk bersiap2..
belum teruja katanya... hehe..

sejak 1hb lalu sehingga kini, aku tak tau bila masanya aku cuti...
aku rasa mcm tiap2 ari bekerja..
siang malam... time offday, kene buat OT pulak..
selagi ada peluang.. rezeki Tuhan, xboleh lepaskan...
aku sedar, xperlu utk aku mengeluh..
lagipun kerja aku bukannya teruk sangat sehingga kena angkat simen, batu bata, berpanas..
apa2 pun aku masih bersyukur..
diluar sana ramai lagi yg susah payah mencari rezeki..

(image)
Sayu hati ini bila teringatkan bonda dan keluarga di kampung..
Rindu sangat2 nk bersahur dan berbuka puasa beramai2 dikampung..
Telefon adalah cara aku berhubung dengan mereka..
Terubat sedikit rindu aku bila mendengar suara bonda..
demi mencari rezeki, perlulah aku mengorbankan waktu2 aku bersama keluarga..

puasa tahun ini mmg aku tak balik kampung..
mujur 2 hari sebelum raya nanti aku masih berkesempatan utk berpuasa di sana..
mudah-mudahan.. InsyaAllah..


nota tangan:
rindu






Pertukaran

2011-08-06T00:12:02.119+08:00

Pada mulanya seakan malas nak menulis..
Tidak menyangka, kekuatan menulis blog masih ada dikalangan teman2..
aku buka satu persatu blog sahabat2...
tertarik, menarik..
tiba2 semangat nak menulis datang kembali..
bnyk rasanya nak dikongsikan, tp biarlah aku simpan..

(image)
1 Ogos 2011, aku telah memulakan kerja di bahagian lain..
mmg menjadi adat, pertukaran dari satu bahagian ke satu bahagian dalam jabatanku..
aku baru sahaja bertukar unit.. hanya 8 bulan..
pada aku pertukaran ini ada satu peluang utk aku menimba pengalaman yg mana cukup berharga..
aku juga percaya ada sesuatu yg dijanjikan olehNya utk aku..
aku redha..

aku cuba belajar menerima keadaan ditempat baru..
3 shift.. petang, pagi, malam...
pada mulanya aku x biasa..
tp tika saat ini, aku dah mula rasa selesa..
walaupun cuti aku hanya sehari iaitu selepas shift malam dan 'dihiasi' dengan overtime, aku terpaksa akur walaupun hujung minggu aku pun terpaksa kerja...

aku tau kalian yg membaca agak tidak faham..
tak apa, anggap je lah aku kerja tiap2 hari...
kawan2 aku mula mengeluh, tak dapat lepak sesama...
ibu bapa serta family kat kampung juga mula risau, "tak ada cuti ker?"
insyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan ambil cuti...

letih memang letih, tp dalam fikiranku 'kalau org lain boleh buat, kenapa tidak aku?'
org lain berkejar2 nak carik duit lebih (ot)..
aku pun mesti x boleh lepaskannya..
rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari..
yeah, musuh... harap2 xde yg nak bermusuh denganku ditempat baru...


nota tangan:
berkorban apa sahaja..



Kisah Hatiku

2011-05-17T01:18:06.681+08:00

Lama sungguh aku tidak menulis...
mungkin disebabkan pengaruh Facebook aku hampir kehilangan rasa untuk menulis...
dulu, dalam seminggu ada saje yg mesti aku coretkan...
tapi kini, ntah mengapa sukarnya untuk aku meluahkan perasaan atau ceritera didalam blog ini...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan...
sudah pasti ada saja kisah2 tentang kehidupan yg telah berlaku...
aku pon tak pasti nak mulakan cerita bagaimana...
aku seakan lupa akan kisah2 yg telah berlaku..
mungkin aku dah malas nak ambik berat sangat...
yg aku tahu, teruskan hidup...


(image)
tentang kisah hatiku...
ntah kenapa semakin lama semakin tawar..
tiada langsung perasaan cinta...
terkadang aku jadi binggung...
apa sebab aku jadi begini...
mungkin benar org berkata, cinta tak harus memiliki...
tapi sampai bila?

aku langsung tiada ada perasaan cemburu bila melihat pasangan2 bercinta...
aku langsung tiada perasaan untuk mencinta dan dicintai...
apakah Tuhan telah menutup pintu hatiku ini?
kepadaMu ku berserah.....


nota tangan:
'empty'



apabila erti persahabatan dikhianati

2011-03-11T19:13:43.071+08:00

(image)
mengenali dia sekitar akhir tahun lepas..
seingat aku bulan November..
kawan kepada kawan aku...

aku tidak memilih kawan...
tidak memilih jenis kulit...
kau ada kerjaya atau tidak...
kau kaya atau tidak..
pada aku tak penting semuanya itu..
yg penting kejujuran serta ikhlas utk bersahabat...

pertama kali aku ditipu mentah2...
mmg pantang aku kene kelentong..
terbongkar secara tak sengaja...
Tuhan Maha Kuasa...

aku tinggalkan dia seketika...
agar dia tahu apa silap dia...
MAAF.. itu saja yg diperkatakan..

aku terima kembali dia sebagai sahabat..
tapi jangan harap aku percayakan kau 100 peratus..
sepuluh kau katakan, mungkin tiga yg aku boleh percaya...
teringat kata2 sahabat lamaku..
"jangan sesekali kita mengkhianati kepercayaan org terhadap kita"

aku bukan nak mengungkit atas apa yg aku berikan...
masa, tenaga, kepercayaan... semuanya telah aku berikan...

suatu hari kau datang kepada aku..
dengan rasa hiba, sesekali airmata kau titiskan...
kau dilanda musibah..
aku simpati.. apa yg aku boleh lakukan, menjadi pendengar setia..
memberi nasihat yg agak berguna...
meluangkan waktu bersama kau walaupun kadangkala aku kesempitan waktu...

Tuhan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat..
suatu hari, naluri ku bertanya...
apa sebenarnya berlaku..
aku cuba mencari jawapan...
seluruh alam cuba kau memutarkan...
aku cuma layankan..
selagi aku tak dapat bukti, selagi itu aku tidak mengalah...
akhirnya kau mengakui apa yg buat...
ternyata kau memang dusta...
pendusta!

kali ini tiada ruang utk kau disisiku sebagai sahabat...
kerana aku benar2 terluka dan kecewa...
moga kau diampunkan olehNya...
aku? dah lama ampunkan kau...
semoga kau dapat apa yg kau inginkan....



nota tangan:
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan , namun ada juga yang begitu kecewa kerana dikhianati sahabatnya.



Januari... Februari 2011

2011-03-11T18:23:43.575+08:00

Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung bulan Februari...
berkurun lamanya aku tidak menulis....
dulunya blog aku ini sebagai peneman,
kini aku seolah2 melupakannya...
oh tidak sama sekali, aku lupa akan blog kesayanganku ini... huhuhuuu....

aku seakan lupa apa yg telah terjadi sepanjang bulan Januari dan juga Februari..
rasanya banyak benar utk aku bercerita...
oh ya.. baru aku teringat, tanggal 20 hingga 24 Januari aku telah ke Jakarta,
Bandaraya Soekarno Hatta...
sudah lama aku impikan untuk bercuti ke luar negara,
Alhamdulillah, termakbul juga impian aku walaupun hanya bercuti sekitar Nusantara...

(image)
pertama kali menjejakkan kaki, aku amat teruja..
tapi sayang, sampai pun sudah malam...
tak dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke kota Jakarta dari airport...
"esok masih ada.." detik hatiku... hihi....



nota tangan:
Jakarta seakan dihatiku.... :)



Acoustic Nights with Aizat & Zainal Abidin

2011-01-13T17:42:13.677+08:00

(image)
malam tadi aku gi tgk show kat KLPac...
Show Aizat & Zainal Abidin...
Acoustic Nights namanya....
tapi malam tadi giliran mereka berdua...
malam2 besok sudah pasti artis lain pulak...

apa yg aku nak katakan, Aizat & Zainal sangat superb!
first time tgk diorg perfom secara live... yg penting dok depan skali... hihi...
[walaupun menyemak mata dilindungi para jurukamera]
tapi aku tetap terhibur....
mmg tak boleh di sangkal lagi, mereka mmg penghibur....

aku sebenarnya tak tau pon ada show2 mcm ni kat sini...
ini juga pertama kali aku ke KLPac...
kesian kann? huhuhuu....

ntah kenapa aku mula tertarik dengan Atilia..
Adibah Noor jgn cakap la... mmg aku dah suka giler kat dia... huhuu
teringin nak tgk show from Atilia ngn Adibah Noor...
aku pon gigih email untuk dapatkan RSVP...
malangnya, dia kata dh fullhouse...
huaaaaa.. sedeh ler......
dah la dua2 org tu aku minat giler....
xpelah.. xde rezeki...
maybe next time :)


nota tangan:
sangat terhibur...



Tahun 2011

2011-01-13T17:19:36.055+08:00

(image)
Pejam celik pejam celik sampai sudah tahun 2011..
umur semakin bertambah ke angka seterusnya...

sudah pasti tahun ni lagi hebat pelbagai soalan....
"bila mau kawen?" huhuhuu...


bila di tanya apa azam aku tahun ni,

aku cukup selesa menjawab...
berazam untuk hidup dalam aman dan damai...

sihat walafiat... diberi kesihatan yg baik olehNya...

agak cliche bila aku sebut azam aku tahun ni nak itu, nak ini...
biarlah aku tahu apa yg aku nak...
selalunya azam sering saja hanya tinggal azam....
kadang2 malas nk sebut kat kawan2...
bila tak tercapai, akan di cerca, akan dikeji...

Tahun ini, aku rasa masa yg sesuai untuk aku merenung jauh ke dalam diri di mana kekhilafan dan kekurangan yg ada, lantas mencari ruang untuk perbaiki... InsyaAllah..


nota tangan:
mencari keredhaanNya..



Berakhirnya 2010....

2011-01-02T15:45:25.768+08:00

(image)
2010...
cukup aku katakan tahun yang penuh drama dalam hidupku...
semuanya tentang percintaan...
percintaan yang agak rumit bagi aku...
ntah mana silapnya, aku pun tidak tahu...
mudah saja cinta datang kepadaku...
mudah juga pergi begitu sahaja...
kenikmatan bercinta aku rasakan sekejap sahaja...
kebahagiaan yg diberikan olehNya hanya seketika...
tapi aku bersyukur masih diberi kesempatan utk merasai kebahagiaan....

2010....
tentang kerjaya... aku rasakan cukup cemerlang...
dengan lulus tahap 4 bagi peperiksaan PTK, julung2 kali mengambilnya..
Alhamdulillah...
selain itu, menjadi juara dalam pertandingan kuiz Inovasi, menjadikan aku semakin dikenali walaupun bukan kemahuan aku. huhuuu....
tidak lupa tentang kerjaya, bertukar cawangan buatkan aku meluaskan lagi pengetahuan tentang perkerjaan aku....
kerja yang mudah tapi penuh risiko...

2010...
mematangkan diriku....


nota tangan:
selamat tinggal 2010..



Maal Hijrah...

2011-01-02T15:12:49.651+08:00

(image)
Salam buat semua sahabat2....
Tahun baru bagi kalendar Islam...
1 Muharram....

hari aku cukup tenang, cukup aman dan cukup bahagia...
bahagia yg dipinjamkan olehNya utk ku hari ni....
dan harapanku, akan kekal sehingga hujung nyawa... insyaAllah....

nota tangan:
hijrah kebahagiaan...



sekadar...

2010-12-02T01:31:14.856+08:00

(image)
Tersentak dari lamunan apabila rington BBM (BlackBerry Messager) berbunyi..
dari si dia...
rindu katanya...
aku tak pasti adakah dia benar2 mengatakannya..
atau hanya sekadar dibibir manis...

Hampir sebulan mengenali dia...
dia seakan ikhlas dengan aku..
tapi aku tetap tidak pasti...
terkadang aku fikir dia dtg kepada aku sekadar utk mengisi ruang kosong dia...
sejujur mana kata2nya....
ntahlahhh....


nota tangan:
tidak pasti



kene BARRED!

2010-11-17T21:30:26.183+08:00

(image)
cukup bengang!
ari isnin lalu aku call careline sebuah sykt telekomunikasi ni...
sebab diorg lom activate aku punye postpaid...
aku kan baru beli BlackBerry kann...
so excited gak nk guna...
then, mamat tu tolong aku checkkan...
layanannya kira ok laa...
sebab dia bersusah payah juga..
dia kata lom register lagi...
aku ok lagi la...

semalam, aku saje on kan no baru tu...
dah activated...
syukur... ape lagi, ber'blackberry' lah aku..
hohoho....
then, sampai je kat batu pahat, aku nk update facebook tp xleh...
aku pon call la careline...
pompuan tu ckp dah kene barred...

"Aik? kene barred? knape?" tanye aku...
"encik dah guna over limit... encik dah guna rm310.08" balas pompuan tu..
"whatt???? sy baru guna tadi... just call x sampai seminit, camner boleh sampai rm300 lebih??"tanye aku lagi....
"maaf encik, sy xtau..dan sy tak boleh semak.. encik kene tunggu bill keluar 18hb" nak tak nak pompuan tu jwb...
cilakak betol!

tadi petang aku ngn anak sedara aku pi kiosk sykt tersebut kat BP Mall...
budak tu tgk tru on9 mmg kene barred.. then dia tolong call careline..
sorg pompuan juga yg menjawab...
pada mula dia suruh bayar...
makin aku hangin...
aku xpakai, tp suruh bayar...
dia puas semak tp xleh sebab katanya bill x closing lagi... esok baru leh tgk apa masalahnya....
dia kata mungkin kesilapan masa register...
wtf, bukan aku yg register dlm sistem diorg...
aku amek pakej yg ditawarkan..

"kalau betol salah register, apa sy perlu buat? masih kene bayar ker sedangkan itu bukan kesilapan sy?"tanye aku dengan nada agak tinggi...
"kita tgk dulu besok, andaikata mmg kesilapan kami, kami akan selesaikan masalah ini" dia kata...
senangnyaa ckp...
seharian aku dah xleh guna...
xpe, aku nk tgk apa akan berlaku esok...
sangat geram!!

nota tangan:
kementerian pengguna, tunggu sy buat report!!



BlackBerry..

2010-11-15T14:17:29.935+08:00

(image)
Akhirnya, sabtu lalu aku dah pon memiliki 'new toy'...
BlackBerry Bold9700...
kebetulan pergi ke KLCC ternampak ada exhibiton for mobile dan seangkatan dengannya..
so pegi la tgk...
harga dapat baik punye..
so tanpa berlenggah, terus beli.. hihi....

patutlah asyik tertunda je nak beli sejak raye, rupanya inilah hikmahnya...
dapat harga murah... save sikit budget aku kann...
xkira la murah...
janji BlackBerry.. kikkikkkikk....


nota tangan:
dunia tanpa sempadan :P



Bertukar

2010-11-11T23:51:04.263+08:00

Salam semua... lama rasanya tidak menulis blog...
bersawang la gamaknya... hahahaa..
tentang kisah lama, aku dah tutup buku...
dah xmo amek tau, dah simpan pon dalam kotak buku itu.. hihii.....

kali ni nk citer pasal bertukar...
aku bukan bertukar dari makhluk biasa jadik power rangers ataupun sailormoon...
hahahahahahaa.....

(image)
4 ur info, aku dah bertugas tempat berkerja...
bukan tukar keje lain...
still jabatan yg sama, cuma unit yg berbeza...
biasalah adat bertukar2 ni...
org ni ditukarkan ke cawangan ini, org itu ditukarkan ke cawangan itu...
mmg dasar jabatan utk memberi peluang kepada warganya utk rasa setiap tempat demi mencari pengalaman....

kali ni aku ditukarkan ke unit eksais...
mana yg tak tau aku keje jabatan ape, xperlu la tau...
mana yg dah tau tu, fhm kot ape itu eksais...
pejabat aku bukan di kompleks lagi, tpi di sebuah kilang membuat air yg berduti eksais...

baru 4 hari aku bertugas...
rasa kelainan dari segi tugas....
sebelum ini aku keluar ke mana2, mencari hasil utk kerajaan..
tp kali ni cuma maintainkan hasil kerajaan...
ada beza tu... :)

mana2 kerja pasti ada cabaran...
dan aku dah bersedia menghadapi apa jua cabaran..
sebelum ni juga aku dah hadapi pelbagai dugaan dan cabaran...
insyaAllah kali ni harap tidak la terlalu berat bagi aku.. :)

apa2 pon aku dah mula suka tugas yg baru..
rasa tenang dan aman...

nota tangan:
berkhidmat untuk negara...



Alasan mu...

2010-11-11T23:29:31.497+08:00

(image)
cinta mmg indah...
segalanya menjadi indah...
tetapi cinta yg tulus selalu dikhianati, disakiti...
tidak tahu mana silapnya...?

terkadang aku tidak tahu jika benar silapku...
sehingga aku ditinggalkan atas sebab kesilapan ku yg sebesar zarah...
atau ianya sebagai alasan semata-mata...
aku cuma terkilan, terkilan dengannya....
benar aku membuat kesilapan, kesilapan pertama kali..
kesilapan itu boleh menghapuskan jutaan kasih sayang dan cinta dalam sekelip mata....

iya, mencari sebab dan alasan yang kukuh supaya tercapai hajatnya...
aku terima dengan hati terbuka... jika mmg aku penyebabnya..
tapi seandainya sekadar alasan untuk dia berlaku curang,
aku berserah kepada tuhan.. moga diberikan petunjuk...

dia pasti tersenyum...rasa lega diatas pengunduran diri aku dalam hidupnya...
tapi bagi aku, ianya adalah suatu ketenangan...
aku pasti ada rahmatnya tidak diteruskan...
jika diteruskan belum tentu akan mencapai kebahagiaan...
harap kau sedar...


nota tangan:
ku berserah dan pasrah lagi redha.....



Tragedi Oktober

2010-10-17T21:48:59.231+08:00

"Tidak mahu ku ingat lagi apa yang telah terjadi.. Tragedi Oktober"

terdengar dicorong radio, kedengaran lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie...
iya, skrg ni mmg bulan Oktober.. hampir ke hari 18...
belum sampai ke penghujungnya lagi, pelbagai tragedi telah berlaku ke atas diri aku...

(image)
pada awalnya, aku dibahagiakan dengan keputusan peperiksaan PTK yg telah aku ambil..
tapi kebahagiaan itu di tutup dengan kesedihan yg berlaku akhir2 ini...
tuhan mmg adil..
bila gembira pasti berduka...

satu persatu telah aku lalui...
kisah cinta, kisah hati dan kisah kehidupan...
aku anggap ianya dugaan bagi aku...
dan yang paling penting,
bulan dan bintang masih dilangit..
tiada yg boleh mengubah kecuali dariNya...


nota tangan:
temu kebahagiaan dalam perpisahan?