Subscribe: Aku Youjie
http://suzieyatieadrina.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
akan  aku  anak  baby  dah  dalam  dengan  dia  hari  hati  ibu  ini  kita  nak  sofea  tak  tapi  untuk  yang 
Rate this Feed
Rating: 3 starRating: 3 starRating: 3 starRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Aku Youjie

.





Updated: 2018-03-07T04:39:24.118+08:00

 



Aku Luar Biasa!

2017-11-23T09:47:10.839+08:00

Pagi ni, nyaman luar biasa...
Anak terjaga awal luar biasa...
Aku segar awal luar biasa...
Suami berwajar bugar ..ahh itu biasa!

Mungkin kerana solat semalam yang luar biasa.
Atau Allah mulai memanjakan hambaNya yang ingin menjadi luar biasa..

Sungguh luar biasa,
....Dia mampu menjadikan yang tak biasa kepada luar biasa.
...Dia mampu menjadikan yang biasa kepada luar biasa.

Hari ni sungguh luar biasa..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....
(image)



Too bad i'm more than that!

2017-10-13T17:40:07.617+08:00

Tak sedar, hampir berdekad aku pergi meninggalkan laman yang selama ini aku dakap rapat-rapat di dada. Tempat aku meluahkan segala hasrat, kehendak, fikiran dan juga medan aku menghamparkan impian.

Indah, bila menjadi diri dan bebas bernari tanpa memperdulikan insan-insan di kanan atau di kiri.
Kata kunci pun aku dah lupa, re-new dan re-log in sekali lagi...
Aih....dah jauh benar kau Youjie.
Dimana kau kini?

Atas pelangi?
Bawah titi?
Pinggir kali?

Izinkan aku mengelap habuk, mengesat daki dan menyapu bersih setiap celah blog aku ini, mungkin dengan menulis kembali..aku bakalan terjumpa kembali keindahan diri. Haha! Keindahan diri sound so the tak sesuai. What ever is it, hi!!! Anybody here reding this!!?????

Im back!!!!!!

Haihhh......dah terlalu lama aku mengunci kata buat diri sendiri.
Dah terlalu banyak mangumam bisa telan sendiri. Aku pingin tapak meluah dan meringankan sakit di hati. Ahh...macam lah sakit sangat hidup kau Youjie. But still.... aku bukan aku kini. Atau...mungkin aku dah bertukar? Atau mungkin ini proses mendewasakan dan mematangkan? Atau...aku belum berpijak di dunia yang nyata? Atau..... entahla, bagilah sejuta 'atau'...aku mampu senaraikan.

Aku berhasrat untuk memberhentikan apa yang aku lakukan kini.
Mungkin cukup 3 tahun aku belajar dengan dunia sebenar dan menghadapi manusia sebenar yang memiliki topeng-topeng di dalam topeng-topeng.. dan cukup mengerikan aku. Harus aku akui disini, aku tak mampu berjuang se-hebat mereka-mereka untuk berjaya ke puncak. Bahagia aku bukanlah sekadar memiliki segalanya dengan wang dan pangkat semata...



Too bad... i'm more than that dude.(image)



Diet Day-2 ...la sangat!

2017-02-07T14:29:45.460+08:00

Bertanyakan kepada suami, should i delete my blog? Dan jawapan dia macam ala..ala....tak bagi.
Tak faham kenapa, blog ni lahir sejak zaman aku tahapahapa dulu... ( seems now hapa-hapa la sangat ) Ingatkan....nak la delete yang lama mula yang baru....tapi...

Ehh kiranya suami i ni...follower tegar i ker camner? *blow-nail

Krik..krik..krik...

Aku hanya tukar cover page baru dan layout baru .. 

Hari ni berkesempatan buka blog, normally kerja tepi bos. Well..faham-gaham cemana. 
Di hari yang mulia ini, kita harus memuliakan hari-hari dengan perkara mulia, #correctmeifimwrong aku nak memberitahu bahawa aku tengah on diet bahahahahaaa!!!!

(image)
am i look yummy ?
Semalam yang ngeri, aku dijadualkan untuk HANYA MAKAN BUAH. So semalam aku makan segala datuk nenek buah ....dan balik kerja makan nasi kerabu. #eh!!

Hahaha....1st day day cheat, we'll see balik ni aku still beriman kepada 'HARI SAYUR' aku tak. Tapi aku rasa better dari semalam....monyet pun lagi enjoy meal depa dari aku. =_='

And today! Yeah...sup sayur nyum-nyum..
Balik karang Sup Tomyam..
Malam karang...maybe mashed potato ?

Kenapa aku diet?

Sebab....... tunggu 16 February!!!!!

BYE!
(image)



Should i let it go....?

2016-11-21T09:27:14.771+08:00

At the end tuhan sentiasa  memberikan yang terbaik. Lamanya tak post kata-kata disini. Sebab busy dengan hal dunia. Busy kumpul duit tanpa menghiraukan perkara lebih penting. :(

Banyak draft draft entry di kepala yang ter-terkeluar. Sebab? Sebab rasanya di usia sebegini dan saat ketika ini.....tidak ada guna nak mempamirkan kebengangan diri. Hahahahaaa......
But well...what ever lah, sesekali tunjuk bangang should be ok. Hahaa...gelak untuk disi sendiri.

Aku...masih bagini, internally. Still maintain the old Youjie macam nama blog ni. Masih blur, masih lurus dan masih kememe. Tah la siapa yang masih nak baca and follow blog ni. Whatever it is... aku boleh update entry ni sebab aku di oldtown siapkan kerja...walaupun tengah MC. Ya...aku gila.

Kerja..kerja ..kerja... 24jam hidup aku seakan kerja.
9am masuk office 9pm baru boleh jenguk jam ambil kunci kereta balik. Tu pun sebab rasa ada tanggungjawab lain menanti di rumah. Nak diikutkan hati..aku tidur je di office to make things smoothly berjalan ...Jam 9-6pm kerja tu semua crap. Hakikatnya 24jam aku kerja.. kalau tak online..aku terpaksa on wassap. 24 jam fikir kerja 24jam plan hal kerja.

Yes, kerja aku best dan menghiburkan dan sealiran dalam darah aku. Siapa sangka, graduate dalam journalism.. kerja sebagai public relation. Belajar tentang nak buat event, nak create event nak create awareness itu ini...  specialist in e-marketing. Talk to people and create repo.

Paling mencabar...im the only alien among all the zombie. Why? Sebab aku pandai cakap bahasa zombie la! You get what i mean? **haha..

Bukan mudah...tapi itulah cabaran aku yang aku suka.
Tapi sampai di tahap ini...aku harus istikarah sendiri.

Should i let it go.... or continue to live life like this shit. Like this shit!!!
No weekends....no life...but work.  :'(

Marilah fikir sejenak...apa yang kau cari di dunia ini.
Setelah kau diberikan kebahagiaan...
Dilimpahkan rezeki...
Tapi kau kehilangan siapa diri sendiri...

Am i really loosing my self?


Bye...assalam...
Tabarakallah........

(image)



Jum nyanyi my favorite song .......

2016-09-13T10:42:47.541+08:00

Kau membuat, ku berantakan.Kau membuat, ku tak karuan.Kau membuat, ku tak berdaya.Kau menolak ku, acuhkan diri ku.Bagaimana, caranya untuk,Meruntuhkan, kerasnya hati mu.Ku sadari, ku tak sempurna,Ku tak seperti, yang kau inginkan.Kau hancurkan aku dengan sikap mu,Tak sadarkah kau telah menyakiti ku.Lelah hati ini meyakinkan mu,Cinta ini, membunuh ku.Woo... Hu~u... Haa...Lelah hati ini meyakinkan mu,Cinta ini, membunuh ku...[...]



Entry Kenangan Lalu

2016-03-30T17:58:39.738+08:00

width="320" height="266" class="YOUTUBE-iframe-video" data-thumbnail-src="https://i.ytimg.com/vi/Y0uEBJbV8iA/0.jpg" src="https://www.youtube.com/embed/Y0uEBJbV8iA?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen>

Benci Facebook, selalu nak mengimbau-mengimbau kenangan lama, as today...aku ada post di timeline lagu ni siap tag suami... caption : ' Bila kau disisi aku tenang.... '

Zaman baru seminggu lepas kawen tu, suami terpaksa ke Pahang ada tournament.. so boleh agak kacaubilau dia punya rindu. #pengsan 

So, as today...walaupun 2 tahun dah berlalu. 
Aku sentiasa akan merindui dia hingga selama-lamanya..  

~ Peace ~

(image)



2nd Anniversary Erin-Lami 2016

2016-03-23T16:12:23.983+08:00


Ini syurga aku.. 
Alhamdulillah... Alhamdulillah.... Alhamdulillah...


(image)



1st March 2016 babeh!

2016-03-01T08:46:41.617+08:00

Bismillah....walah walah!!
Genyeh mata macam tak percaya today terdetik di jari sign in blog bersarang Aku Youjie. Actually kan...hari-hari aku blog sambil drive. Aku akan berkata-kata di dalam hati tentang diri...aku brainwash diri...menyucikan hati ( konon ) dan aku akan tetapkan dalam hati camni '' ok..sampai opis aku nk update entry ' ! Perkara ini berlarutan hampir berbulan-bulan dan akhirnya hari ini baru terialisasi... fuh!

Kenapa aku begini? Sebab sekarang aku kerja macam gila b***.  =___=' Kesian anak dan si suami. Hari-hari menanti kepulangan ibu dan isteri. Apakah..? Mengapa ayat aku berbunga rima-rima akhir nih... =_+' ( EXCITED )

Azam! Haa...tak habis-habis azam. Aku berazam untuk membuat saving gempak mulai bulan ini.  aku nak setelkan misi utama aku tahun ini. Aku nak cari rumah habuan sendiri. Aku dah taknak on9 shopping hari-hari... Semalam terdetik di hati, dah kerja teteruk, lepas tu dapat gaji takkan nak buang sahaja.... kesian anak dan suami. Bekorban kurang kasih sayang ibu disisi... lepas tu, ibu dapat gaji. Ibu lupa diri... isk isk isk...zalimnya aku isk!

Lepas tu, misi bulan 3 ni... nak membuang atleast...atleast atleast 5kg dulu.. aku nak back to 50kg argh!!!! Arghh...gilakah badan macam tongdram...walau hakikatnya orang nampak ' ehhh..ok jer, ko kan tinggi... ehh mana ada gemok, ko kan tinggi...'' ahh...sudah-sudah nak modal tinggi... takkan aku nak jadi Giant atau Makcik Sado..Tinggi dan BOSAR! oH NONO...

Dan misi ini aku mulakan dengan apa? Jeng jeng jeng...
Akan aku update di entry akan datang. Program selama 1 minggu uols...  kih kih dan selepas bulan ini, aku akan kembali slimmm persisi aku youjie dulu dulu nun... ohh silap, dulu bukan slim...dulu PAPAN KEPING.  >_<'

Marilah berdoa aku akan menepati janji untuk update entry minggu ini, atau kalau paling-paling kurang pun... kita jumpa entry tahun satu lagi. Hahahahah..gila!


Ha...gambar disertakan untuk mengigatkan diri yang awak tu dah ada baby, bahasa mau jaga pekerti budi... dan nak update berat badan terkini. Per-picture...60KG!! Okbye. (image)



Otak 2nd hand

2015-12-10T08:45:24.970+08:00

Hingga hari ini, sepanjang 6 bulan bekerja, dan sepanjang 6 bulan dihantar dan dijemput setiap kali pergi dan pulang dari kerja...hampir 20 kali aku tertinggal telefon bimbit di dalam kereta.

Rentetannya mudah, setiap pagi aku akan menggendong Sofea..memberi susu sambil ber'FB atau edit gambar atau so on so on... lepas tu, Sofea akan merengek dan aku terus buang@lempaq hp aku entah dimana.... Bila sampai office aku suka hati keluar dari kereta dan bye bye...

Mudah, setibanya masa yang aku perlukan hp... baru aku sedar aku tak kutip balik hp yang aku lempaq. Dan bersedialah untuk HARI TANPA HP@SEPATUH NYAWA TIADA.. Gone~

Semalam, meeting & rehearsal hingga lewat malam.. hati gelisah nak balik, sedang berkemas-kemas untuk pulang tetiba nampak kelibat suami dan anak... pom!! Meluru aku ke arah mereka dan masuk kereta....tinggal handbag, hand phone, wire laptop etc atas meja.... hMMM...

Pernah sekali, melalau cari hand phone..entah dimana, rupanya HP di rumah =_='
.
.
.
.

i hate myself.

Kalau orang lain boleh meluat dan marah dengan perangai aku, aku lagi 1000000000 kali lagi benci dengan diri ini. How come? Tu baru HP, belum lagi part lupa sidai baju..lupa cuci pinggan, lupa masukkan botol susu dalam bag anak..lupa tukar pampers..lupa bawak itu ini..

i hate myself.

....but how


:'( Hari ni aku tak  ada handphone....but my workplace soo sangat pentingkan hp & wassap group..
gonna die dear.... you gonna die!!


Benci...aku dah cukup benci dengan diri sendiri, bagaimana nak disayangi orang lain..
MUSTAHIL. Lebih baik mampus...


** Maafkan aku dengan entry bodoh ni, jangan hairan kalau nanti aku dah tak kenal korang.. =_='


(image)



Aku si rabun menginjak buta..

2015-11-06T10:09:10.872+08:00

Time : Lastnight
Vanue : Car Park 
OutFit : F1 EW

Aku : b! Sekarang hari-hari hujan, pelik kan?
B : Yerla...memang setiap hujung tahun musiM hujan..
Aku : Ic.
B : kalau tak, tak wujud lah lagu November Rain..
Aku : oOOOoo...yang wake me up when november ends~ ( menyanyi )
B : nOPE.  Its September..  T_T
Aku : Lolz!! Haaaa.. ( Pecah barai gelak! )

......................................................................................................................................................

Lets talk about life... talk about something tersembunyi dalam hati. Hmmm...
Kehidupan seorang Youjie, alhamduillah. Mencapai tahap stabil yang optimum. Aku bersyukur tidak henti-henti. Di hati...di bibir...sebelum tidur..ketika sujud.

Namun pada satu sudut yang paling sepi, ada bisikkan kudus..yang mengejutkan aku saat demi saat, hari-demi hari. Mengejutkan aku dari lena panjang atas buaian mimpi indah tidak dirancang. Namun aku tetap memejamkan mata..di hati aku lindungkan rasa. Di minda aku menipu diri...

Jejak yang aku jalani, adalah landasan syurga duniawi... sedikit menginjak pesong dari titian syurga firdausi. Tidak lah semata di titian kelam dosa menghadap neraka..tapi laluan damai yang aku genggam kini makin longgar... setelah nikmat yang diberi semakin bertubi-tubi.

Semakin lebar senyuman dibibir, semakin kuat tawa membingit telinga... makin tinggi aku terbang tak teranjjak bumi. Mengerti? Cinta aku pada pencipta kian pudar entah mengapa ....  .. ...

Aku terkenang, saat dunia menghimpit tubuh..
Mengenangi saat didalam damai dakapan kasih illahi.
Aku menangis di pangkuan yang Esa.
Disaat hati aku dibujuk cinta si Dia.
Indah..dalam duka.
Damai dalam air mata.
Bahagia dalam derita.

Dalam linangan,
Tika itu aku memohon cahaya.
Memohon nikmat di dunia..
Meminta simpati sang pencipta..
Aku ingin itu, ini..aku inginkan semua.

Dan kini aku leka.
Pabila doa dimakbulkan yang maha pemurah.

Aku kian melupakan Dia.
Menafi hak yang Berkuasa.

Adakah syurga masih terbuka pintunya....  .. ..
Buat aku yang hina dina.
Mencari kembali jalan ke pangkuanNya.

Kerana mata ini makin kabur menginjak buta.




Aku Youjie
Aku si buta jiwa..





(image)



Tanya Cinta

2015-10-21T11:42:23.652+08:00

Kalau cinta ada di udara udara,
mengapa aku tak bisa
menghirupnya?

Kalau cinta itu buta,
bagaimana ia bisa datang
kepadaku?

Kalau cinta mengalahkan semua,
kuharap dia mampu
menaklukkanku

Kalau cinta memang
akan menemukan jalannya,
semoga dia tidak tersesat
dalam perjalanan,
menujuku...

(image)



Mencari kasih yang hilang..

2015-09-19T18:00:18.733+08:00

Kita akan melakukan apa sahaja untuk anak kita..
kita akan memeberikan apa yang kita perlu untuk anak kita..
kita tahu apa yang anak kita perlukan dari kita..

Kerana kita tak pernah merasai apa yang kita ingin rasai..
Kerana perkara itu terlalu mahal..
Terlalu mustahil.

Yang kita persembahkan buat anak kita..
..dengan harapan dia takkan lupa.

Pelukkan ibunda .

:')
(image)



No Hp Day

2015-08-13T09:01:41.341+08:00

Today is my ' NO HP DAY ' yahooo....!!!!!!
Marilah berdoa encik suami datang hantar ke office...tsk!~

..tertinggal dalam kereta  :(
(image)



Aku tetap aku.

2015-08-11T11:13:41.063+08:00


Ehem..tajuk ala-ala lagu kegemaran setiap kali ke karaoke. Aku ni kalau tak memoyokan diri dan mencapap tidaklah sah. Rindu blogging. Hari-hari buka blog..mulai menaip..kemudian baca balik, PADAM. Bukan maksudnya malas..tapi maksudnya terasa macam entah.... weird.

Weird bila nak cerita kisah diri. Sebab kisah diri adalah terlalu best dan indah untuk dikongsikan. Sebaik-baik isteri adalah isteri yang kedekut. So....aku sedang mempraktikkan hal yang sedemikian memandangkan diri telah menyandang 2 jawatan baru.... isteri dan seorang ibu. Dulu? Ahh...tak habis-habis dengan perkataan yang satu tu. Jum lah bawak-bawak padam segala yang berlalu....biar berbekas di hati paling dalam...biar bersarang di kotak minda paling hujung..biar dijadikan kenangan yang telah tercatat di loh mahfuz dan tersukat dek Mizan.

Lastweek si suami menegur, ...kamu, kenapa lama tak tulis blog, kadang-kadang saya buka juga nak baca tapi tak ada.... alololooooohoooo~ See....yang dok mengutuk blog itew jugew lew yang merinduiew tulisan kitew. #geli

Ok, jadi hari ni tarapapaaa!!!! Iols update huntuk yang sudi membaca. TQ!

Sofea....Menawan ibu sekarang dah berusia 7 bulan lebih, makan dah banyak alhamdulillah. Tapi BMI still menurun sebab si Menawan ibu ni panjang sungguh orangnya. Tapi takpe...asalkan Menawan sihat, ibu dah cukup bersyukur. Is not easy to be a mum....yea..not easy. Tapi...bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kasih sayang terhadapNya. Semua yang kita dapat balik adalah indah.  :)

Okay. Setakat ini sahaja mampu aku coretkan. Terlalu banyak ayat perkataan dan nurkilan yang sungguh aku kedekut untuk meluahkan ... biar aku simpan di hati. Andai bunga..menjadi wangi. Andai racun, memakan diri... hahaa...pokok pangkal, hidup ini indah jika kita menilai keindahan dengan kanta hati bersih. Dan hidup ini juga pahit dan huduh..jika dinilai pakai kanta nafsu syaitan hati kotor.

Okbye!!!!
(image)
Si Menawan@Sofea



(image)



Urat Putus

2015-07-13T08:57:34.623+08:00

Selamat membuat persiapan raya uols!!!!!

Lama tak update blog, rasa nak delete jer blog ni since dah taknak jadi attention seeker dah. Dulu konon-konon sasterawanita haha..sekarang aku dah buta bahasa. Cakap pun tunggang langgang. Orang kata rentetan dari beranak..urat banyak putuih. Ye yeee aja nak salahkan urat.

Ok just kipidap jelah blogging. Sekurang-kurangnya ada tempat aku nak merepek.

Sekarang aku sebenarnya confuse nak beli hp mana satu. Iphone atau Asus atau Note3. Bukan confuse apa, kot kot kalau aku dapat hp clone nanti acener... kang ade insiden 'Lowyat 2.0' di Penang ? hak tuihh...hahahah terasa poyo. Akhirnya, bos dok pokpekpokpek complain tanya bila nak guna line company. Kenapa pic wassap tak tukar lagi.. T_T  Aishhh...

Lepas tu, aku pun confuse nak beli baju raya dimana. Lastyear dah purple....tup tup laki iols beli baju kurung purple untuk sikenit tu...lepas tu secara automatik. Planning ibu nak pakai tema hijau terkois tertukar ...semua kalut cari purple demi nak sama dengan sikenit tu. Haruuuu.... lepas tu, baju melayu laki aku dah setel. Tinggal lah aku..nak baju kurung ka baju jubah ka pun aku confuse. Tup tup..semalam ke Zawara dengan semangat nak beli jubah purple. Sekali size S takhadoooo...lepas tu stress. ==_==='' mOTIF DISINI nak uar-uarkan iols dah boleh pakai size S okee... target selepas ni size XS ko hado?

Lepas tu...sekarang aku confuse..
Sama ada nak raya Penang atau KL
Aku confuse nak beli kasut raya hitam atau kaler-maler. Kalau hitam boleh buat kasut kerja. Kalau kaler maler lepas pakai raya simpan buat tukun. Nahado fungsi selamanyo.. tu pun mengconfusekan jua diri ini.

Baiklah.
Sekarang aku taknak mengkonfiuskan semua orang, aku rasa baik aku fikir masak-masak apa yang akan aku buat di pagi raya nanti. Ketupat dah order. Hhahahaa...order habaq ang. Tinggal buat rendang dengan kuah kacang jelah noh. Nasi himpit rebus yang segera sahajo. Kueh raya dah beli berkotak-kotak lantaran nafsu menguasau jiwa yang berpuasa hini. Aih..kesian laki iols. Apekah mengapa harus kasihan beliau ni plak??

okeh..dah nak jam9. Sebelum keliq-keliq aku sampai. Baik aku pura-pura buat kerja kohonon...
Kih kih...selamat berpuasa!!!

Kepada suami tercinta, petang ni kita gi carik kasut nak? Kasit kamu saya belanja...kasut Sofea dan saya serta handbag raya kamu berlanja. Ada bijak tak percaturan seorang isteri disitu. Hiks!

Bye! Tajuk takda kena mengena dengan isi :P



(image)



Ibu Kamciong!!

2015-06-23T08:13:24.508+08:00

     Minggu depan, Fea dah masuk 6 bulan, sekarang ni aku menggelabah gila menggoggle-google resepi makanan pertama bayi. Ikutkan hati..risau nak bagi makanan solid lagi event dah 6 month. Tapi rasanya usus Fea dah well develop..asal nampak ja aku makan, Fea memang kamciong... tangan nak menarik suda... mulut dah melopong-lopong... acah-acah suap, ngangaaaa.....ngangaa ok! Ok lah...isnin ni ibu ambil cuti khas untuk memperkenalkan makanan 1st Fea ibu... kebetulan sama tarikh dengan injection Fea....

     Anyway, hari ni sempat buka blog sebabnya bila Ramadhan staff islam dibenarkan masuk jam8 dan balik selewat 5 petang. Yeay!! Tapi kesian En.B yang dah macam driver peribadi merangkap suami. Kami keluar rumah awal giler selepas sahur..hantar aku sampai Macalister than back tu Bayan Baru hantar Fea ke nursery baru masuk office. Bak kata pepatah..bersusah-susah dahulu... kih kih kih!!

     Perasaan di awal dulu masa nak tinggalkan anak, hanya tuhan maha mengetahui. Tapi sekarang... both of us dah used to it yeay! Fea dah tak nangis nampak aku tinggal dia...malah dia happy senyum jer duduk dalam carSeat tepi ayah dia. Kalau pandai lambai,,,dah tentu dia melambai.. Sejuk hati ibu ni tau...

     Terus semangat nak kerja!!! 

     Ok lah, ibu nak google-google resepi puree untuk Fea. Isnin ni kita try mamam yer sayang..... :)

(image)
Muka selamba Fea.


(image)



Ramadhan 2015 YOUJIE!

2015-06-19T08:57:22.555+08:00


Lama tak update BLOG, apakah tujuan aku berBlog? Apa tujuan aku ber'instagram..FB.. Too many thing need to commit. But still...blogger kental macam aku NEVER stop writing event its rubbish.

Matlamat buat entry kali ni ialah ingin memohon ampun dan maaf diatas segala ke-khilafan masa lalu, kini dan kehadapan. Dosa aku terhadap Pencipta, mungkin boleh aku mohon taubat nasuha.. Dosa aku pada manusia...ke akhirat kita bakal berjumpa. Dimana? Syurga atau neraka?

Andai terdaya aku memutar masa dan mereka semula kisah hidup di dunia...akan aku adunkan rencah paling berperisa dan paling bermakna. Akan aku elakkan sengketa malah memberi kasih sayang tanpa duka.. tapi insan biasa persis aku yang sering tak henti-henti mengulang silap dalam perbuatan dan kata-kata.. Pasti tersadung dan bangkit semula.

Dikesempatan ini, aku menghulurkan salam ampun maaf dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia. Hargai masa kerana didalam ada intan emas dan permata yang tak ternilai harganya. Setiap saat yang berlalu ...isilah dengan 100 000 000 kebaikkan yang terdaya!

Kepada yang bersengketa dengan aku, maaf maaf maafkanlah hamba..
Everything happen with really great reason!!!

Kita insan...apalah adanya.
Peace!!(image)



Sindrom mak mak

2015-03-07T01:15:22.067+08:00

Ayah dah lelap....
Sofea dah lena....

Alhamdulillah....hati seorang ibu tenang merenung harta paling berharga pinjaman yang maha Esa.

Masalahnya mata seorang ibu ni tak dapat lelap. Kejap-kejap check hidung Sofea..kejap-kejap pump hingus kasi licin hidung Sofea.. Ibu is tak sampai hati tau nak dengar anak ibu sroot...sroot... sian sayang ibu...

Hmm...berkeroncong perut. Ayuhlah mengisi tembolok. Aku potong sebiji limau besar... bancuh segelas susu... eh sebelum tu snap pic upload dalam instagram. Gambar oren tu aje...gambar susu...cadbury...chipsmore aku tak upload. Konon ..."ehh bagusnya makan buah je...kenyang kew?".. konon " eh eh patutla makin slimmm!"  Konon.. " good mother...vitamin C bagus untuk selsema baby!" Piiraaahh.....

Ok kenyang... sesi mengepam susu. Masukkan dalam botol Mimijumi simpan di bahagian bawah fridge. Ini susu segar Sofea esok.. moga dia dapat terima botol...amin!

Wuts next?
Sambung renung baby....
Jakun dapat anak belom habis...sabar ajelah dengan keCewiAn diri... joraaaaa......

Laki? Dah tak larat tengok...tukaq angin hahahaaa.... **ampun ayah~

Mata harus dipaksa tidur...harus harus haruss....niteeee......

(image)



Pep Smear tidak mengerikan!

2015-03-03T13:15:37.765+08:00

Alhamdulillah Sofea ibu dah tidur. Boleh update blog hehe... Semalam Sofea injection untuk 2 bulan. Meraung macam biasa anak ibu ni.. al maklum betis halus. Baby sebelum Sofea mencerit sikit je dah diam....al maklum betis drumstick perghh.... 2bulan ni... nak ibu dah 60cm panjang dan berat 4.5kg. Yer yee je ibu ingat dah 5kg... nurse cakap kurang berat badan tapi panjang.... hehe ..asalkan sihat tak mengapa kan nak..Kemudian mother pun kena checkup sekali... nurse minta buat ujian pep smear .. dan pemilihan cara untuk menjarakkan kehamilan. Memandangkan aku hanya dibenarkan mengandung semula selepas 2 tahun sahaja...huhu **iols rasa kalau boleh mengandung lagi...iols ok jer anytime :pOk..hati dup dap dup dap...aku nampak spatula leh tahan panjang... muncung itik bagai. Tapi aku redha demi kesihatan. Alaa...apa la sangat nak bandingkan semua ini dengan pengalaman maha hebat di ward haritu. Aku dah kena lebih teruk dari ni...so tarik nafas... lepasss...Aku dipanggil ke satu bilik, diminta pakai kain dan baring seperti posisi nak beranak... tarik nafassss... spatula dan muncung itik dimasukkan kemudian sekejap jer dah siap. Sempat la nak menitik air mata and cepat2 aku rilekskan otot agar keadaan tak tegang. Supaya memudahkan dan mempercepatkan proses... Ok siap puan! Lega ok legaaa.... Pep Smear adalah free untuk pekerja kerajaan dan RM1 untuk orang awam yang mendapat saranan nurse. RM36 tak silap untuk yang datang nak buat tetiba. Better dapatkan saranan nurse..bayar RM1. :) Jumpa doc. aku diminta untuk memilih method menjarakkan kehamilan. Ok nanti kita sembang pada entry seterusnya... So kat bawah ni saya share la pasal pap smear yang saya kopipes dari website Kementerian Kesihatan Malaysia.. kat SINI...Apakah itu ujian Pep Smear?Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.- Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.- Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.- Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.- Tidak perlu ubat atau bius.Mengambil masa beberapa minit sahaja.Adakah ujian itu menyakitkan?- Tidak menyakitkan.- Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?Tanggalkan seluar dalam.Berbaring di atas katil.Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan[...]



2 Bulan Baby Sofea!

2015-03-02T04:12:37.986+08:00

Skrip harian aku tak ada beza.. menjadi surirumah menjaga baby Sofea adalah fun!! Belajar memahami anak sendiri dan menyelami dunia bayi.... umm...wangi!!

Im not alone amymore...tuhan hadiahkan Sofea buat teman ibu..hingga akhir hayat!! Opkoz ayah too...

Skrip common :

Sayang ibu...
Ibu sayang sofea....

Skrip Sofea taknak tidur :

Tidur la sayang....ibu ada nie...
Kenapa taknak lena anak ibu..
Alalaa...sayang dia..
Meh sini ibu peluk meh....

Skrip Sofea mengamuk :

Baby...kenapa ni?
Baby...tengok ibu..rileks k sayang..
Sofea..nape sayang...cuba explain kat ibu bagi ibu faham..
Sofea....sabar ye, sorry la ibu tak tahu Sofea nak apa sekarang sayang..

**bajet anak aku faham and tahu nak explain. .tapi actually baby response jugak tau, dia akan ...uu wa.a..ehekk..bee..neekk uu.. ( bahasa baby )

Skrip awal pagi :

Assalamualaikum...
Cayang ayah ibu dah bangun?
Alala...comel anak ibu senyum, tidur lena ke sayang nie..
Mornin baby ibu musyuk asham dah bangun nak mandi ea...

Skrip mandi :

Meh ibu buka bajuuu...kite mandii...
Meh kita wangi-wangi....
Dah ready? Jum masuk besen mandi k sayang taknak nangis janji!
Jun sabun...shampoo. ..gosok sini...sini... pandai dia...
Alala...sejuk ke anak ibu niee..
Jum mandi! Jum mandi! ( nada jingle " go manis go manis! " Dalam drama Manis )

Skrip berak :

Ehh..anak ibu beyak nieee..
Meh ibu cuci montot yeee...
Alalaa..musyuk asham ibu nie..
Perut dah lega sayang?
Dah lapar balik belum nie?

Ok...dan banyakkkk lagi!! Pendek kata aku dan suami memang banyak pok pek dengan baby macam baby faham. Hasilnya dah masuk 2 bulan baby kami kuat menyembang hahahaa.....

Ok ni lullaby baby Sofea :

" ..Sofea sayang ibuuu...
Sofea sayang ayahh....
Sofea kuattt...Sofea bijakkk...
Sofea solehahhh..Sofea sayang Allah.... "

Aku cipta sejak dia berusia 7hari dan nyanyi hari2..kata2 ibu kan doaa.. :)

Ok sekian gudnite!!

(image)



Detik kelahiran Auni Medina Sofea..

2015-02-14T00:46:47.351+08:00

Hampir 3 hari aku tidak tidur menahan sakit, di ward..aku merintih-rintih menahan sakit. 2 kali suntikkan aku terima, ubat penahan sakit kata nurse. Aku sanggup dicucuk setiap 5minit sekali kalau suntikkan itu mampu menghalang kesakitan. Malangnya..tak terkesan pun. Suasana sunyi di ward hanya kedengaran aku teresak-esak dan meraung perlahan... Sumpah ngeri, masyallah... Hingga jam 7pagi, aku mengalami turun darah.. Katil dipenuhi darah, setiap kali darah keluar diiringi kesakitan lain pula..dengan kontraksi yang menggila. Aku memohon untuk di check bukaan. Malangnya masih 2cm setengah..jauh lagi untuk dibenarkan ke labour room. .. ...Dalam jam 9pagi, kesakitan tidak tertahan lagi..aku meminta di check semula dan mohon diusahakan apa-apa untuk aku boleh beranak. Alhamdulillah bukaan 3cm. Lagi 1cm baru boleh ke labour room.. Setelah dikacau-kacau doc. Bukaan menjadi 3.5cm dan aku dibenarkan ke LR.Labour Room :Aku mandi dan bersiap ke LR, suami tiba menanti di luar LR. Sayangnya dia tak dapat ikut kerana hospital sedang under renovation, keadaan agak terhad. Kami redha. Di LR.. Ramai nurse dan pelatih mengelilingi katil aku. Hamik kau..adala dalam 10 orang ui.. 2 lelaki. Fine wuteva...no choice. Doc. Memecahkan ketuban dengan root. Ngeri ok..bila doc.pelatih cakap "..er..err..saya tak pernah buat ni, takut.." Haruskah aku sound "..dik..jangan takut boleh dik, kalau awak takut..akak lagi lah tak berani!" Akhirnya dengan penuh lemah lembut dia menjolok sesuatu ke dalam tu dan memutar-mutat tahhh cemana.... Terasa air hangat melimpah keluar, lajuu... Selepas 10minit, datang doc. Perempuan seterusnya..check bukaan. Masih sama....sepatutnya bukaan besar selepas dipecahkan ketuban tetapi entah la... Doc. Tersebut minta izin aku untuk 'kacau' lagi...alu redhoo aje, dia nak kacau supaya bukaan berlaku. Ganas ok...sampai rasa terhinggut katil..dia minta maaf sambil mengorek. Memang mengorekkkk.... Huk huk..sakit teramat.Sambil menahan sakit kontraksi, aku menunggu bukaan dan beberapa nurse mengurut belakang. Aku masih tak rasa nak meneran LANGSUNG. Aku menangis teresak-esak.. Hingga jam 10 pagi, denyutan jantung bayi kian lemah... Dia disyaki tertidur dan doc. Pakar mengesahkan bahawa aku perlu dibedah jika bukaan tidak berlaku dalam masa setengah jam. Malangnya, selepas 5minit jantung bayi makin surut dan sepantas kilat...aku disorong ke Bilik Bedah. Semasa tiub kencing dipasang di pundi kencing..aku nyaris terajang nurse tu, siyezz....huhu pedih amat!!Sewaktu diusung keluar, aku kelu ..hanya memandang wajah suami sambil menahan kontraksi yang menggila. Imagine pun seram..huhuu... Sebelum masuk bilik bedah, katil aku stuckd dalam 5min di ruangan lif. Dari jauh aku memandang suami..memohon kekuatan dalam kesakitan dan kepenatan yang teramat hanya Allah mengetahui...aku sangat harap dapat kata-kata semangat dia, tapi kami berdua kelu...tak terucap sepatah kata. Tak bersentuh tangan..hanya merenung.. .memandang.. .menangis.... Aku sangat lemah dan berserah!Bilik Bedah :Aku diusung masuk bilik bedah, aku diminta menandatangani surat persetujuan. Aku meminta dipercepatkan proses..aku minta disuntik bius secepatnya kerana aku memang dah sangat lemah. Dalam pada itu, aku terasa nak meneran...secara tiba-tiba aku meneran-neran hingga dimarahi doc. Disebabkan terlalu tak tahan, aku meneran lagi hingga doc memberi kata dua "..if kamu nak push than kita no need czer..tapi makesure awak push cepat sebab baby dah lemas.."Aku geleng..Ceasar dilakukan...aku dapat rasa perut dipotong dan semua proses aku [...]



Auni Medina Sofea!!!

2015-01-30T11:26:10.102+08:00

Alhamdulillah termakbul hasrat hati, entry kali ini entry bersama permata hati..
Tanggal 28 December 2014, lahirnya kesuma jiwa ibu Auni Medina Sofea... Sepanjang seminggu di ward...jemari tergdik-gedik nak type entry...rasa macam nak uar-uarkan kepada satu dunia... Iols dah ada baby!!!! 

Setelah 3 hari bertarung dengan kesakitan tidak terperi..akhirnya Sofea ibu lahir juga ikut 'tingkap'.. Perjuangan kita berdua tiada taranya.... Emergency caesar ikhtiar terakhir kita..tiada yang manis sakit bersalin....yang terindah ialah pabila terdengar tangisan Sofea di kuping telinga..   Allahu Akbar..

Iols akan cerita pengalaman di ward nanti...detik cemas Sofea keluar dan macam-macam.. Getirnya seminggu warded berasingan dengan baby etc... Saat pertama menyusu... Saat pertama menyentuh Sofea... Saat-saat yang takkan dilupakan..... 

Terima kasih suami tercinta...
3hari jugak la tak mandi menunggu aku di bucu ward.. Tak balik dan tak makan... Huhuu...riak kerisauan dan detik cemas yang kita lalui...suka duka kita saat merenung anak kita... Sampai sekarang pun...bila kami kenang saat pertama Sofea diusung ke NiCU..cucuk sana sini..kami menangis berdua... :') 

Sofea bakal menjadi pengikat kasih sayang ayah ibu...
Sofea akan menjadi penyeri dunia kami selamanya...
Terima kasih sayang ibu, kerana kuat untuk berjuang hidup di atas dunia...

Ayah ibu berjanji, akan memelihara dan mendidik kamu selagi haat kami dikandung badan...
Alhamdulillah.... 


(image)



Bayi 39minggu!!

2014-12-22T08:26:24.135+08:00

Dikesempatan yang berkesempitan, aku ingin mengucapkan salam doa selamat kepada ketiga-tiga subjek diatas. Kak Iati yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada tarikh aku memulakan zaman jadi mak-mak dan Lalinda yang akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan serupa.Alhamdulillah....semoga persahabatan sejati ini kekal abadi hingga ke syurgawi.  :')Hanya Allah mampu membalas rasa syukur tak terhingga aku, kerana dipertemukan dengan kakak-kakak sebaik mereka. Ohh..bukan 2 orang ni sahaja. Aku ada Kak Naddy, Kak Sarah & Kak Fairuz. Juga soulmate aku Juliet Oii. Mereka adalah angel.... bidadari!!!Mereka sanggup menghunus pedang untuk membela aku ini tanpa usul periksa. See...girl-girl memang begitu....tahap mempertahankan kawan NO1!!! Relevant atau tak...no-2! This is my current tummy!!! Perut aku dah tidak bulat elok..sekarang boleh mencapai tahap heksagon, pentagon dan tah ape gon lagi. Sebabnya ikut sukahati baby aku nak decide mengherotkan perut ibu dia gumana. Tapi selalunya camgini la....sebelah kanan tu macam full...solid...mampat. Belah kiri tu macam kosong anginnn je... orang cakap anak perempuan memang suka side kanan. Camtula kot. Mana-mana lah dear darling baby......Dah masuk 39minggu, baki 7 hari menuju hari aku bakal membuat marathon di atas katil LR. Mental fizikal insyallah aku dah sedia... nak menghadapi sakit contraction pun insyallah aku dah ready. Huhuu..padahal sakit sikit aku dah nangis nenyangTimah...cemana? Tapi apa pun...sebagai ibu..aku perlu hadapi semua ini. Kalau beranak tu sakit teruk-teruk, takkan wujud perempuan beranak 12 atau perempuan hobinya mengandung macam cikgu sejarah aku dulu kan...ops!Sekarang ni, perut adalah super sendat dan sangat lah sempit. Sampai aku boleh detect dimana siku, lutut, bontot anak aku nie...dia suke la seret sikut di sisi rusuk kiri aku. Kalau dengar suara ayah kesayangan dia tu...memang dia aktif. Lambat lepa panggil..''baby...mana siku ayah nak tengok..'' sretttt...dia seret tunjuk.. minta tendang pun dia boleh buat wa cakap sama lu...anak gua memang dengar kata! Hihii.... Ni pic lastweek....pi Toy Muzium Batu Feringghi. Perut macam tu la...ada cakap besaq ada cakap kecik. Yang penting..lepas keluar baby aku kena kecikkan badan balik. Aku nak sarung Levis size 26 aku tu balik ok. Memang dengar macam impossible sangat. Tapi aku akan buat!!! Nak jadi hot mama okay....diulangi HOT MAMA! Dengan hot baby! hahaaa..verangans...Saat ini, aku hanya menghitung hari, hari-hari pujuk baby ''...keluar lah nak...keluarlah...kawan2 ibu semua due date sama dah keluar baby depa...baby seronok kot dalam perut ibu nie...aishh..jum jum keluar kita main jahit-jahit ....'' Tapi idok jugelah dia keluar...aku risau dia keluar weekdays..aku dah la sensorang kang maraung sensorang sementara laki aku sampai. ISK!!!!Lately, aku selalu loya dan nak pitam bila jalan lama. Mungkin tekanan darah rendah aku dah datang balik. Jadi aku makan banyak...nak balance -kan darah. Yelah...kami berkongsi sumber darah...aku kena makan banyak benda berdarah....heheheee...darah...darah......Akhir kata, doakan ini post terakhir aku semasa hamil, next post adalah gambo-gambo bab Sofea aku....ohhh tak sabaq nak tunjuk pada donia.......my super girl!!!!!Kepada yang belum ada rezeki, aku doakan korang sabar dan tawakal. Jangan dipaksa jangan tertekan. Rezeki anak akan datang sesuai pada waktu yang paling sesuai untuk kita. Macam aku...kawen terus dapat anak sebab aku kan yang tak tahu nak kerja apa...tuhan bagi la a[...]



Kifarah & Karma

2014-12-18T08:28:19.085+08:00

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya. Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda  "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn) Karma : Tiada konsep dalam islam kerana ianya kepercayaan Hindu. Titik!Jadi yang terjadi pada diri ini adalah tidak selain dari Karma, masyallah.... Dalam meniti hari, aku hanya insan lemah yang mencari erti hidup sebagai hamba Illahi, dan kini aku terkandas di laluan yang aku telah ciptakan sendiri. Kifarah yang menimpa ini, terlalu perit dan menuntut pengorbanan rohani jasmani. Ya Allah....hebatnya kuasaMu...  Mengapa kita diberikan kifarah adalah kerana Dia ingin meringankan hukuman kita kelak di akhirat sana, jadi mengapa aku tersungkur lagi.....:')Nikmat yang tidak dihargai, bahagia yang tidak pernah aku syukuri pada suatu ketika .. kini ditarik Illahi. DiberiNya sesuatu yang baru untuk aku tempuhi dan aku gagal lagi. Diberinya sesuatu yang aku idam dan damba..ternyata aku tidak berjaya jalani. Dan kini...titian yang tercipta untuk aku melangkah ke syurgaNya. Terpesong memimpin aku menuju jalan neraka. Apakah aku harus meneruskan?Khilafnya diri menganggap aku mampu dan aku bisa mengemudi bahtera ke damai syurga.Ternyata aku memimpin isi dunia ini ke lembah neraka..Kasih sayang suci yang didamba, ternyata bukan aku layaknya.Kasih sayang dalam mahligai syurga, ternyata menafikan aku haknya.Tapi mengapa...Aku sering bertanya mengapa air mata tak kunjung kering di pinggir mata..Sedang aku pernah mengulum senyum bahagia, merembas suka..Mengilhamkan keluarga seindah yang ternyata,..jelas....aku bukan pemiliknya.Sampai bila...Aku harus mendera perasaan ..Aku harus menyiksa anak dalam kandungan ..Aku harus bertahan ..Kepada tuhan ku memohon,..berikan kekuatan....tunjukkan cahaya jalan....pimpin daku jangan pernah di pesongkan....pelihara aku dan bayi ini, dari ancaman...Salam khamis kesayangan.... :)[...]



Gambar Youjie Mengandung!!

2014-12-16T17:56:26.791+08:00

Caption header adalah macam artis sesangat! Siapa nak tengok kau haa.. Hari yang gloomy, se-gloomy diri aku.. :')Tak lama dah, tup tup tup.... baby dah membesar dengan sihat dan kuat dalam perut aku..currently 38minggu bermaksud dah cukup bulan untuk baby Sofea menjengah dunia. Buat masa sekarang apa yang aku boleh lakukan hanyalah menunggu ketibaan di comel dengan persediaan mental dan fizikal. Aku membaca dan membaca... bagaimana mendidik anak, bagaimana berpantang dan bagaimana menjaga badan, bagaimana menjaga rumahtangga... hardest thingy eva.Berpantang nanti, aku dah hire seorang confinement lady, tak payah susahkan sesiapa.. Aku akan berpantang di rumah sendiri dan kengkawan boleh bebas datang anytime anyway.. ^_^Kalau ikutkan due, 10 hari lagi aku bakal bersalin. Tapi kawan dan kazen yang due sama aku semua dah beranak. Semalam seorang, sekarang seorang..minggu depan bakal seorang doc. cakap dia dah boleh beranak.. jadi aku??? Baby seolah-olah selesa jer dalam ni...macam tak ada hint nak keluar je...sakit ape pun idok. Tapi kaki membangkak yang teramat... boleh rujuk gambar kaki aku. Pakai kasut jantan size 42 ok kau hado?Berat?Bulan pertama hamil, berat aku is 55kg, sekarang is 70kg. DENGAN BANGGANYA!!! dan berat baby is 2.5kg. S0 aku gain dalam 12-13kgjuga... ngeee, apa sahaja untuk mu sayang ibu....Orang cakap, kalau kaki bengkak teruk tu dah on time dah tu....once dia surut, maka stanby lah anda. Dan sesungguhnya saat ini..kaki aku dah 2 hari surut tak bengkak-bengkak. Pray por meeeee...!!!!Takut tak?Opkoz takut...setiap detk saat dan ketika membayangkan macam-macam. Video beranak dah semua aku tonton...aku mencari kekuatan. Kalau aku mengadu takut...confirm kena marah..jadi aku harus diam dan menggali kekuatan sendirian... aih, risau risau..... emosi aku dalam keadaan yang sangat longgar yu no wut i min? Sensitifnya hati... rapuhnya jiwa hanya Allah mengerti. Tetapi tak mengapa... setiap dugaan kehamilan yang aku lalui...semua membawa aku kepadaNya. Semakin kuat dugaan ...semakin hampir aku pada pencipta. Lalu mengapa aku harus berduka kan... :)Yang aku tahu, aku harus sediakan mental dan fizikal aku menghadapi semua ini. Ini satu rahmat besar... kehadiran anak, siapa taknak kan... :) Tapi andai aku pergi... taburlah bunga di atas pusara ku nanti.... hehee...Perjuangan makin hampir, aku perlu berjihad demi seorang anak.. doakanlah aku kuat noh, aku kan yang populer dengan kemanjaan dan kelemahan dan ke-emo-an , cengeng etc... tapi tu mungkin dulu. Takdir banyak merubah aku menjadi wanita hebat... amboiiii!!! Aku merasakan anjakkan paradigma hidup yang tersangat ketara sebagai persiapan menjadi ibu dan isteri kini. Alhamdulillah...aku mesti cekal secekal sekarang... ngeeee :)Akhir kata, lately Sofea ni suka mengeliat slow-slow jer.... kekadang siku atau lutut dia boleh jelah terkeluar kat tepi perut. Tetiba dia menghenjut-henjut rusuk aku... kekadang dia kentut kot...and kerap sekali dia sedu. Sian...tiap kali Sofea sedu.. aku akan usap-usap... sambil cakap ''..alalaa...sian anak ibu sedu eah...'' Pendek kata, walaupun aku berseorangan di rumah, tapi meriah....bermain dengan baby di alam rahim. Interesting!!! Aku sangat berharap...segala proses yang bakal aku lalui nanti akan dipermudahkan....aku tak sabar nak tatap wajah kesayangan bonda ni.... Aish...seronok :')Dan aku akan menyanyangi dia..Sepertimana dia akan menyayangi aku...Amin.[...]