Subscribe: merepek meraban
http://akumerepekkorangbaca.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  aku tak  aku  boleh  dah  dengan  dia  gua  kalau  kenapa  kerja  lagi  macam  nak  pun  rasa  tak  tapi  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: merepek meraban

merepek meraban





Updated: 2016-09-08T12:33:33.297+08:00

 



Ntah apa yang aku kejar

2011-11-19T10:22:41.509+08:00

Aku tak kerja berdasarkan apa yang aku belajar dulu.
Aku tak kerja dengan apa yang aku minat.
Aku tak da masa untuk buat benda2 yang aku suka.
Aku tak da masa untuk buta benda2 yang aku bayangkan aku boleh buat lepas aku kerja masa aku belajar dulu.
Aku tak da masa nak keluar dengan kawan2.
Aku tak da masa untuk diri sendiri
Aku masih gagal untuk happy kan mak aku.
Aku gagal mendidik adik2 aku.
Aku tak tahu bila aku akan masuk meminang awek aku.
Aku masih belum ada simpanan.
Aku kerja gila babi
Aku kerja penat otak penat badan
Aku kerja tak ikut masa
Aku fedap dengan hidup aku sekarang.



Sekian.


.



Dilema penduduk flat

2011-10-11T21:00:28.069+08:00

Salam bertemu kembali.(kah kah kah!)

Sejak duduk flat ni, aku dapati ada beberapa masalah yang acapkali(wtf acapkali?) melanda penduduk2 di flat. Masalah yang ingin aku kupaskan kali ini adalah;

Dilema Membuang Sampah.

Selalu sangat dah keluar iklan iklan bangang dari kementerian supaya kesedaran penduduk flat dapat dipertingkatkan supaya tidak membuang sampah sesuka isi perut mereka dari tingkap kediaman.

Ini adalah kerana .....ah cilake.takkan la mende cenggini ni pun aku kena pikirkan ye dak?

Tapi sebagai orang kerja kilang jepun/cina maka aku diterapkan oleh pemikiran 5why.

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Side-side gomen kalau ada budaya cenggini gua rasa kita dah lama maju dah dari Ostolia nun.

Maka hasil dari ke-kenapa-an tadi. Aku membuat kesimpulan bahawasanya, masalah ini terjadi kerana,


Sistem Perudaraan Lif yang Tidak Betul!

Kenapa?

Apa barang nak angkut sampah busuk2 dalam lif bersama2 awek comel dari tingkat 13 ke ground floor ye dak? Apa pikap line yang paling sedap time2 macam ni?

"Err..hai, saya dah buang sampah hari ni.. awak pulak?"

Kalau sistem perudaraan lif betul, bau pun takde. Sedap la sikit nak mengayat seround dua ye dak?

Angkat sampah macam dumbell misalnya.







Okela. Terima lah gambar sekeping dari kilang gua.
(image) DORNTTT!!!











.



Jalan Belakang

2011-06-01T00:54:06.643+08:00

Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang.

******

Keluar dari rumah....

Ok.Bukan rumah. Keluar dari lif menuju ke motor. Motor pinjam belas ihsan rakan ini sudah hampir 3 minggu aku gunakan. Semalam habis minyak aku tak perasan. Nasib dah dekat dengan kilang. Tapi itu cerita semalam. Cerita hari ini aku nak pergi ke Balakong. Kenapa Balakong? Jangan banyak tanya. Aku mahu ke Balakong tapi aku tak tahu jalan. Dan berbekalkan sebuah skuter, aku tak rasa aku mampu pergi Balakong dengan skuter tersebut.

Jadi dari flat tempat aku berteduh ini, aku menuju ke stesen KTM Padang Jawa. Ikut jalan belakang. Tak perlu keluar pintu besar, tak perlu jumpa anjing 5-6puluh ekor, tak perlu cium bau kilang plastik.

Ikut jalan belakang, nama pun jalan belakang, mana pernah luas. Percaya lah. Semua jalan belakang sempit. Lainlah kalau kau pornstar, mungkin luas. Eh eh.

Jalan belakang yang satu ini, penuh bumper kecil kecil.

5 meter, bonggol.

5 meter, bonggol.

Aku melalui jalan ini dengan penuh kesabaran. Hujan yang masih renyai renyai peninggalan dari hujan lebat awal pagi tadi meninggalkan lopak lopak air. Nama pun jalan belakang. Lopak lopak air yang ada sungguh tak menawan. Jalan pun sempit. Kiri aku dinding zink kanan aku hutan. Lebih kanan lagi jalan keretapi. Kelihatan ada yang mengambil daun pisang. Mungkin untuk bungkus esok punya nasik lemak. Sambil melihat, aku brek.

Bonggol.

Depan sikit dari orang ambik daun pisang, ada rumah rumah yang aku tak pasti kenapa boleh ada kat situ. Rumah teres sederet itu betul betul tepi landasan. Kalau tak silap aku, pernah juga masuk paper ada orang mati kat area sini terlanggar komuter. Ya, dia terlanggar komuter. Pandang, pandang juga, kenang, kenang juga, brek tekan juga.

Bonggol.

Ada dalam 10 meter, dari kejauhan aku nampak seorang awek berjalan. Berpayung. Berbaju kurung dan membelakangkan aku. Dari jauh, ternampak keayuannya. Aku memang tidak segan silu terliur kalau awek berbaju kurung ni. Tapi terliur aku dalam hati lah. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Aku syak dia ni memang spesis awek Melayu yang pupus gamaknya. Lagi sekali, lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok.

Bonggol.






******
Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang. Tapi ponggong sakit siapa yang tahu.



Masih ada yang sayang

2011-05-14T21:53:58.405+08:00



Ini adalah sebuah entry autopublish. Aku menulis pada pukul..jap...jap......orait. 10.10pm.Tepat.
Esok dah mula balik kerja. Walhal arini pun aku pegi kilang jugak. Training. Blearh. Dah nampak point nak kena marah esok ni.

Ok syadap.




Kenapa dengan tajuk yang macam mintak penampa?

Sebab ini.


(image)
to anon,
aku.....ish. tak tau la nak kata apa. terharu bebenor! ada jugak rupanya orang yang baca blog aku ni lagi. terima kasih terima kasih. Segan aku. Ish!


pengkomen yang seterusnya tu memang gay sikit. maafkan beliau.





.








hari hari nak tulis panjang lebar patah la jari jemari mulus gua ye dak? cewah! hahaha

.



Wall of Text

2011-05-10T18:40:07.829+08:00



Macam macam. Aku tak sangka hidup aku akan tunggang langgang macam ni. Macam macam benda jadi dan macam macam orang aku jumpa. Pada aku this is the period of time yang aku rasa aku belajar dengan paling rapid sekali. Tumbesaran tulang paling cepat pada kanak-kanak, tapi tumbesaran mental pada aku adalah pada masa kau orang mula mula kerja. Believe me kids! Bercerita benda yang dah berlaku pada aku adalah amat tak menarik untuk korang dengar. Silap2 fawaz aku datang kutuk aku dengan meriahnya ( which actually i miss it). Terlalu bnayak benda yang aku rindukan. Aku rindukan masa bersenang lenang. Masa aku boleh setelkan masalah aku satu demi satu. Aku yang sekarang hammpir kepada tak mampu. Setiap masa kerja kerja kerja. Menjadikan aku sangat jeles dengan orang yang kerja gomen. Maaf cakap. Orang gomen pastinya akan marah dengan statement aku ni. Aku tau. Tapi pecaya lah. Setakat ni telahan aku terhadap kerja tak pernah salah. Dulu aku dapat kerja yang teruk. Kerja gasar orang kabor. Dan aku pindah ke kerja yang lebih mesra alam. Keputusan yang aku buat, pada aku betul. Ok ok. Separa betul. Much more better pay. Much much more. Ok shadap.

Aku kena tengok macam mana nak kembangkan, majukan lagi hidup aku. Sampai bila nak kerja siang malam macam ni? Tak de ke kerja yang aku boleh balik sharp pukul 5, tapi gaji macam sekarang? Ada? Aku punya kawan nama Harlina. Sangat berjaya. Masa dia mula mula kerja dulu, aku selalu tengok kat fesbuk dia yang dia selalu merungut. Now i understand why. For the record Hark, i am sorry for teasing u at that time. Money wasnt always the main thing.

Aku jumpa banyak blog budak2 baru sekarang. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak true langsung cara diorang tulis. Aku pun tak bagus mana. Tapi aku rasa bosan dengan tulisan budak budak. Macam mana nak buat duit dengan blog? Mudah. Ko update tetiap hari. Ko tengok kakdi pun cukup la. Selain dari carutan dia yang konsisten, update pun kosisten. Fans tak lari, hater pun tak lari. And shes been doing that for how long? Go check her archive fella.

Menulis makin lama makin susah. Entah kenapa. Semua dalam kepala tapi nak dititipkan ke jari cukup payah. This disability cukup menyedihkan aku. Tapi aku memang banyak benda nak cerita tapi aku tak boleh cerita atau cant make up the word atau memang aku tak boleh cerita. Menaip panjang panang merupakan satu perkara yang makin berat. Blog aku tak pernak ilmiah. Tapi untuk aku terus mengisikan perkara yang makin tak ilmiah adalah berat. Mengisi benda yang ilmiah seraya membuatkan orqang makin berfikir lagi la payah. Entah kenapa. Cerita yang aku nak sampaikan tak pernah sampai. Atau aku rasa tak cukup kuat untuk aku sampaikan.

Jadi kenapa aku menaip jugak hari ini?

Isi tak ada. Tajuk merepek. Typo bersepah. Grammar berterabur. Storyline takde.

Jadi kenapa aku menaip hari ini?

(image)


Sebab AKAB komen status aku.


Manusia menulis dan berubah. Dan manusia juga berubah dan menulis.



Kerja Part 1

2011-03-25T11:20:30.580+08:00



Aku tau cerita part kerja ni adalah perkara paling tak best dalam dunia. Tapi demi mengekalkan ilmu supaya tidak lupus, aku nak bercerita jugak pasal kerja.

Jadi sebagai intro, aku nak korang kaji dulu hieraki tempat aku kerja ni.



(image)

Nampak aku kat mana?

Ye. Itu orang panggil title nya, su-pe-vi-sa.










Perh. Sampai dalam blog pun guna Excel gua rasa sedikit melampau.

Nampak sangat dah bukan student weh!
Kah kah kah.



Sekian saja untuk hari ini.

.



Soalan Cepumas Level 1

2011-03-21T10:47:46.181+08:00

Aritu Cik Leha call. Aku malas sangat nak melayan Cik Leha ni (gila durhaka). Sebabnya bukan apa, dia ni cenderung ke emosi nak menangis bila cakap dengan aku. Tapi masalahnya, bila dia nak menangis, dia tahan. Ego la tu. Tapi bila dia tahan, hasilnya dia bercakap macam nak marah.

Ada ke patut dia tanya,

Ko dah plan blom bila nak kawen?!!



Nak tanya pasal kawin tak yah la marah2 yedak?



Pelan pelan kayuh

2011-03-19T13:11:08.241+08:00

  1. Aku sekarang berbekalkan internet curi. Tak berapa sedap hati jugak nih. Orang kabo masuk neraka mencuri ni.
  2. Dah tak berapa pandai nak menulis sekarang ni. Dulu masa takde internet kemain lagi bersumpah sumpah nak menulis. Macam lahanat perangai.
  3. Aim bulan depan adalah pergi Melaka jumpa Adam!
Ok la tu. Sikit2 dulu.Sekian.





.



Sumpah

2011-02-25T10:02:49.108+08:00

  1. Sumpah gua rindu nak menulis
  2. Sumpah gua bizi
  3. Sumpah gua rasa gua penat
  4. Sumpah gua rasa frust sebab takl boleh cuti macam orang lain
  5. Sumpah gua rasa gua workaholic
  6. Sumpah gua rasa gua makin ramai kehilangan kawan
  7. Sumpah gua rindu kawan2 blogger gua
  8. Sumpah gua rindu nak update status fesbuk setiap 5minit macam dulu
  9. Sumpah gua rindu kau,kau dan kau.
  10. Sumpah gua makin kekok dengan kawan2
  11. Sumpah gua makin takde life.
  12. Sumpah gua rasa ada somthing tak kena. Mungkin roti canai gua sarapan tadi.
  13. Sumpah gua rasa terkilan sebab tak tunaikan janji gua ke kak pari2.
  14. Sumpah gua bosan takde internet.
  15. Sumpah gua rasa macam budak2 sebab kena ke cyber cafe untuk lepaskan gian berinternet.
  16. Sumpah gua bosan dengan life macam ni. Fast lane. Fast life. Life suck.
  17. Eh! Hari ni gaji! Bihihihihiiii~







.



Mesti la nak update pasal kehidupan aku kan? Bahaha

2011-01-26T17:46:10.942+08:00

  1. Assalamualaikum. Jawab!
  2. Kalau dalam email aku, lepas salam tu ada Good Day!
  3. Kenapa ada tanda seru lepas Good Day tu jangan tanya aku.
  4. Sekarang port lepak aku kat Seksyen 7 S.Alam.
  5. Seksyen- seksyen lain jangan tanya lagi. Aku bagi makan kaki nanti. Paling Jauh aku boleh pergi pun Wisma Jakel. Itu kalau line Utara. Kalau side-side Selatan, paling jauh aku boleh pergi sampai area Hakim sana.
  6. Tepat lepak terbaik bagi aku sekarang, adalah kepsi S7 ni. Menikmati cheezy wedges sambil tengok awek UiTM balik kelas memang A+!
  7. Cuti aku...haish.Jangan tanya bila. Payah aku nak explen.
  8. Kerja aku sekarang ni..haish.
  9. Baik pun payah, garang pun payah, memerintah pun payah, pak turut pun payah, kaki kipas pun payah, kaki rebel pun payah.
  10. Aku punya tahap givup ke TM sampai ke tahap "malas-nak-kabo-dah"
  11. Aku syak budak yang jaga CC tempat aku tengah online ni tengah beromen dengan awek dia kat belakang. Jap aku dengar bebetol. Siap uh-ah! Shilanat.
  12. Cilaka awek dia comey!
  13. Tadi masa aku mnikmati Cheezy Wedges, aku ternampak sebijik Celica. Teringat aku kat Celica masa aku belajar dulu. Tuan punya Celica tu Cina. Muka tahap pecah rumah. Tapi awek dia usung dalam Celica diaaaaaaaa. Nak beli Celica gak lah.
  14. Eh. Kata nak Lancer. Eh.Eh.
  15. Sebut pasal kereta, Cik Leha tuntut hutang kereta kat aku. RM 5000. Nak tunggu setel aku rasa sempat lagi Mitsubishi keluar Evo baru. Ceh.
  16. Aku paling benci bila aku rasa banyak benda nak taip tadi. Lepas tu lupa dah. Ceh.
  17. Bulan depan saya berjanji akan lebih banyak update kalau data plan tidak mengecewakan.
  18. eh,
  19. dah no 19!
  20. Oh baidewei, Selamat Tahun Baru! keh keh keh.







.



Auto Publish #3 - Kilang

2010-12-06T08:53:00.266+08:00

Bila aku masuk kilang ni, aku rasa....









aku rasa....








aku rasa...





....macam berada di UiTM cawangan Indonesia!

hahaha.



.



Auto Publish #2 - Tempat Tinggal

2010-12-01T08:37:00.395+08:00

Tempat aku tinggal sekarang, nama dia Ken Rimba. Apa yang Ken, apa yang Rimba, jangan tanya aku.

Haha.

Maka aku tinggal la di sebuah rumah 3bilik di tingkat 13.

Lepas 2 hari kerja, aku terfikir. Kenapa tak mengamalkan gaya hidup sihat? Sekali sekala gunakan tangga apa salahnya kan?

Maka hari itu, aku mula turun tangga pada pukul 7 pagi.

Banya permandangan menarik. Makcik makcik ada yang tengah sapu depan rumah. Anak anak dara UiTM sidai bra sorok2. Budak budak berlari menuju ke lif. Pakcik pakcik gatal usha awek UiTM sidai bra sorok sorok. Tidak ketinggalan juga jam loceng yang berbunyi.

Permandangan menarik ini membuatkan aku makin bersemangat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Turun tangga je la.

Apa gila aku nak naik tangga sampai tingkat 13??!!





p/s- masa aku tengah nak ejas date, baru aku sedar, birthday adik aku hari ni. Patut la lain macam je manja time call aku malam tadi. Ceh.
.



Auto Publish #1 - Kerja

2010-11-29T08:22:00.611+08:00

Kerja ni, nak kata best, melepak lagi best. Tapi kalau melepak, celah mana akaun bank kau nak ada duit kan? Jadi makanya, terpaksa la kerja. Ok bukan terpaksa la. Lebih kepada aku dah bosan duduk rumah. Dah dua minggu kerja, aku sebenarnya tak start pun lagi kerja sebenar aku. Dok training tak abis2. Orang lain semua bizi, aku dok melangut la tengok orang lain.

Makanya, aku takde kerja. Takda kerja sama dengan gaji buta.

Silap. Aku bukan nak cerita pasal gaji buta. Aku nak cerita pasal kerja.

Lecturer aku dulu pernah cakap. Kalau nak jadi kaya, sila kerja kilang. Kenapa boleh kaya kerja kilang? Sebab ko takkan ada masa nak guna duit kau.

Kerja kerja kerja.

Tak. Aku tak merungut. Aku memang dah bayangkan jadual kerja yang macam ni masa aku belajar dulu. Masa aku practical dulu pun aku dah tengok jadual kerja kilang ni macam mana. Lagi2 pencacai macam aku ni.

Terima hakikat.

Tak ramai yang bertitle Pencacai macam aku kat production line aku. Itu hari bila aku jumpa sorang yang bertaraf Pencacai jugak, aku soal selidik la kerja macam mana memandangkan aku tak jumpa lagi job description aku.

"Kerja kita ni, kau masuk kerja pukul 8 pagi, ok tak, 7.45 pagi, bla bla bla, dan kau akan balik paaaallllliinnnnggg awal pun la, pukul 9malam."

Moral aku pantas down dengan mendadak. Untuk meningkatkan balik moral aku, aku bertanya,

"Ape pulak yang bestnya dengan kerja kita ni kak?"

Akak tu terdiam seketika, lantas berkata,

"Kesian pulak aku tengok ko ni berdiri je sembang dengan aku ni. Eh Rosnah, tolong ambikkan kerusi untuk abang kita ni."



Heh.



Auto Publish #0

2010-11-28T16:53:26.913+08:00

Aku sekarang di Cyber Cafe dekat dengan budak2 UiTM. Kita tengok berapa banyak entry auto publish aku boleh buat.

pari pari syurga,
saya saja je bikin gosip. kihkihih. Taun depan ye. Tak sabar nak jumpa Adam lagi.


akak tasek,
ah. kalau nak datang bulan januari nanti, agak2 bila kena start call akak punya seketeri nak buat appoiment eh? hehe



deus,
ok. sekarang gua pulak yang rasa lu perli gua. haha.



shax,
pencacai. haha.



.



Mencari sesuap nasi

2010-11-27T14:09:58.687+08:00

  1. Secara tiba2 saya ada internet.
  2. Hari ni je lah pun ada nya. esok2 takde dah.
  3. Ada banyak idea nak menaip tapi apakan daya internet tak menginzinkan.
  4. Kini bekerja secara rilek rilek di Bukit Raja.
  5. Siapa2 yang rasa tuan punya blog ada berhutang dengan beliau sila claim hutang pada tahun baru nanti.
  6. Sedang kumpul duit untuk pergi rumah Paiseh sempena pernikahan beliau.
  7. Sedang usha2 baju untuk anak Pari Pari Syurga. Berapa besor dah anak ko kak?
  8. Teringin untuk meng-ayam golek bersama Paiseh, Darkk dan Jirah.
  9. Bakal ada six pack. Cewah!
  10. Sekian terima kasih.


p/s- kak tasek! bile nak deting lagi ni?


.



Bertemu Kembali! *updated*

2010-11-11T14:21:39.477+08:00

Kejap lagi result UPSR adik gua paling bongsu akan keluar.

Gua dah redi gelak paling padu kalau dia tak dapat 5A.

Keh keh keh.




*update*
4A 1B.

KAH KAH KAH KAH AK HAK HKAHAKHKAHAKAHAKAHHH!!!

Susah bebenor ke nak dapat 5A macam abang??


.



How well can a movie fuckup your mind?

2010-10-25T08:31:00.396+08:00

I just watch this weird movie which had that actor from TV series Heroes in it. It is so effing weird that the background music were all some sort of malfunctioning, distorting the movie. The choreographing also was weird.

Its about how well you can cope up with your surroundings. How well you can stand when your friend fucking messing with your life. Steal your job, flirt with your spouse etcetera etcetera. It’s about coping, and it about realizing your tolerance with this shit.

By right, you should know that people around you messing with you right? But some of us choose to just keep the thing quite, follow everything and just, you know, follow. Did we realize when we follow too much? Why we follow and just following?

Bleargh. It’s a fuck up world ait?
Just nod.




.



#3

2010-10-22T08:17:00.387+08:00

  1. Baru balik dari 3 tempat interview
  2. Di Jalan Ampang. Di Bukit Raja. Di Bukit Jelutung.
  3. Jalan Ampang- Agent pencari kerja. Niat mereka murni sebenarnya, tapi nak menghadiri kursus 5 hari tanpa apa apa bayaran di tengah2 Kuala Lumpur, bagi saya, tak berbaloi.
  4. Bukit Raja- "Kalau awak boleh cakap macam ni masa second interview, takde masalah" . Hari Selasa minggu depan adalah second interview. Uhuk.
  5. Bukit Jelutung- "I like you. You got the look, you can talk but one thing I hope u can change, your pointer"
  6. Tertunduk aku.
  7. Selepas 3-4 kali interview, aku dapati keypoint dalam interview adalah mengajak interviewer anda untuk berborak. Kalau dah dapat borak, setel. Serius.
  8. Tapi kalau dia tanya pasal hal teknikal, nak jawab pesen borak cemana ye tak?
  9. Jalan raya memang tak berapa nak in dengan aku. Kilang depan mata pun aku boleh sesat siap keluar masuk highway.
  10. Harap harap 1hb boleh masuk keje. Duit keretaaaaaaaaa
  11. Aku hantar SMS ke Siggplus ajak keluar minum, dia boleh bantai reply mesej aku "ni sape?" terguris ok.terguris!
  12. Rumah dekat presint 10 memang panas2 eh?
  13. Eh, korang ada doakan aku senang dapat kerja tak? Saja tanya.
  14. Bajet itu hari ada cakap pasal nak mansuhkan PTPTN tak? Kalau takda aku taknak mengundi la.Boleh?
  15. Aku doakan KakDi kuat dan tabah tempuh dugaan.
  16. Kalau aku dapat kerja kat S.Alam, ada siapa2 nak jadi sugar mummy aku untuk sebulan tak?
  17. Project buku SOLTURA itu hari ape cer ar??
  18. "Awak ada 3 orang adik perempuan, awak sure awak ni tak ke arah keperempuanan?"
  19. Sumpah aku tak tau nak jawab macamana soalan cenggitu.
  20. Masa aku umur 17 tahun dulu, ticer aku pernah tanya aku, "when do you aim to get married amirul?" and I, confidently, "Lagi 10 tahun!"
  21. Kalau sekarang ni aku jawab dengan jawapan yang sama boleh?
  22. Eceh dah fikir nak kawin! Tak malu!!
  23. Selamat hari lahir Sarah Soraya Mohamad. Sorry lupa nak wish. Amacam? Bijak tak gua goreng sampai 23?Umur lu tahun ni kan? Ke nak gua letak kat no.17?
  24. Itu hari aku pergi makan kat Black Canyon. Bagus jugak diorang ni. Tomyam diorang ada rasa lemak2.
  25. Selain dari itu, ada poster2 pemberi semangat. Ah, ini aku cerita next entry lah.




.



Entah kenapa..

2010-10-13T08:32:00.275+08:00

Entah kenapa sejak berhenti keje ni, spirit nak menaip tak mari langsung. Ada sapa2 boleh panggil spirit aku datang balik?


Semalam aku ada terbaca status fesbuk siapa ntah yang berbunyi begini;

"Walaupun aku jarang update, korang takkan jumpa entry aku yang satu perenggan sahaja"

Aku syak dia perli aku.

Hahaha.

Oh ye. Haritu pergi Mid jumpa blogger sorang. Dengan pantas aku cam beliau. Tapi beliau tidak cam saya kerana saya blogger marhaen. Balak dia dah jeling2. Risau juga. Hahaha.


.



Kawan

2010-10-08T23:09:13.981+08:00

hello

Hello

marah aku ke?

Tak lah

then nape delete aku dari frenlist?

Hmm..kenapa aku kena simpan?













Ambik hati aku, toreh guna pisau lipat 20sen tu, rendam dalam cuka. Silakan. I bet u this is much much more painful than my bleeding heart in vinegar.


.



Lupakan hal mainstream, kita ke indie!

2010-10-08T08:15:00.527+08:00



Apekejadah tajuk pesen itu pun aku tak tau. Tapi sekarang, tengah aku dalam mood rilek2 menanti Jobfair MidValley, ada baiknya aku join Soltura bikin buku.

Tapi sekarang, entah dari mana bebor aku datang, aku boleh terlupa yang projek2 ni, kita kena keluar modal.

Ada mana2 pihak sudi menaja?

Itu satu hal.

Hal kedua, ada ke pun entry2 aku yang layak masuk buku? Semua pesen jahanam aku tengok. Ah sudahh.

Hal seterusnya pula, aku nak g Jobfair Midvalley. Aku tak pernah langsung pergi jobfair jobfair ni. Jadi kepada mereka yang berpengalaman, ada apa2 nasihat?

Ok. So kalau korang nak komen, apa kata korang buat dalam bentuk poin.

1.pendermaan. ni utama. kah kah kah.

2.entry yang layak masuk buku.

3.tips di jobfair.

ok.ok.sebenarnya no3 tu paling penting.

Mintak tolong rakan2!!











(image) Abaikan Makcik Gemuk tu. Tapi anak diaaaa...kusssemangattt..sikit lagi aku nak pijak2. Benda2 comel ni aku memang tak boleh menahan nak pijak. kihkihkih.




.



Saya tak sangka saya seberani ini.

2010-10-06T08:02:00.389+08:00

Baiklah rakan2 sekalian, mari kita teka, apakah perbuatan berani saya itu?









...
..
.

Rasa macam heaven bila berhenti kerja weh! Tapi hujung bulan depan kalau takde kerja lagi rasa hell lah.

.



#2

2010-10-02T22:26:26.313+08:00

  1. Farking betei.
  2. Salam semua! Pa habaq hangpa semua!
  3. Aku ni, jujur la nak kabor, hitam. Kalau tak, macam mana orang buleh panggil aku macha sejak sekolah kan? Tapi masalahnye, lepas 3 minggu kerja, leher aku dah berbelang.
  4. Kesimpulanya, aku makin hitam.
  5. Aku punya bizi, sampai tak tahu pun Lee Kuan Yew dah mati. Tanam kat mane ar brader tu?
  6. Ape ke lagi aku nak cerita ni.
  7. Ha, rasa macam nak berenti keje.
  8. Sebab tak berbaloi sangat kerja macam ni.
  9. Sikit lagi nak sama taraf dengan buruh kot.
  10. Tapi aku rasa, sebab aku nak berenti adalah sebab aku rasa macam aku abaikan terlalu banyak etika.
  11. Aku idak le nak kabo aku ni mulia sangat. Tapi bila makan pun main sebat, tu belum aku nak cerita pasal "refreshment" lagi.
  12. Mungkin ada orang akan kata aku manja sangat.
  13. Sekati korang la.
  14. Tu belum kira part aku kena maki sebab orang yang maki aku tu tengah berlakon depan bos dia. Fakap.
  15. K lah. Bapak aku dah ajak aku kua makan. Baru lepas gaji la tu.
  16. Jumpa di Bandar Baru Kampar!



Tolong jawab

2010-09-24T08:35:00.628+08:00



Aku sebenarnya nak tulis pasal benda lain. Pasal nak ucap terima kasih. Tapi biasa lah, ego tak mahu turun. Maka tak nak la buat entry panjang berjela pasal terima kasih.

Maka, aku nak tanya korang la. Ni macam mana nak jawab ni??

(image) kalau tak cukup besar, pandai2 la klik ye

KakDi boleh tolong jawabkan??haha.


In other story, gua malam ni gerak ke Melaka, ada siapa2 nak ajak date?Kih kih kih. Ahad gua ke Kuala Kangsar.

Bizi mengalahkan Pak Lah!



Mak Adam! Gua tak gaji lagi. Adam dapat baju bulan depan la yek!




.



#Perbualan 3

2010-09-22T08:26:00.274+08:00

Kadang kadang, double meaning orang tua tua ni melampau tau.

Misalnya.

Ni nak buat downpayment kereta ni, kena la mak gadai mana yang patut. Takpela...berkorban demi anak anaaakkkkkk...


Deep mak. Deep.




.