Subscribe: ayucinta@bLOg...
http://ayucintakamu.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  aku  anak  buat  cakap  dah  dengan  dia  doktor  kami  kat  macam  nak  pun  suami  tak  tapi  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: ayucinta@bLOg...

A Y U C I N T A - OWNER SHAWLS@AYUCINTA-



'Kehidupanku lebih bahagia bersama dia'



Updated: 2017-10-15T07:28:18.883+08:00

 



TIPS DAN PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

2014-10-27T12:52:00.663+08:00

SEDIHHH..
Anak-anakku dah dekat seminggu lebih batuk2..Ubat dah ambik dan makan..tapi masih lagi selsema dan batuk.si abang dan adik siap kena neb lagi..nangis x yah ceritala..sian kat anak2ku..hati ibu mana yang x sedih tengok anak2 sakit..lagi pula anak2 kecikku..

Makan ubat pun x lega.banyak aku baca kt blog cakap bagi ubat x elokla apa..memang dalam fikiran macam tu..tapi nak buat macam mana..bagilah juga walaupun berat hati.tapi x jugak lega.

last2 en suami ambik garlic tablets dan habatussauda yang memang siap ada kat rumah.en suami beli pun untuk anak2..rupanya en suami dah khatam dulu kat google tapi dia lupa nak amalkan.
Pagi tu bila dia ingat terus dia buat teknik wap tu.

Yang aku baca ni banyak cara.tapi nak bagitau kat sini teknik yang en suami aku buat.hihi..

1-Garlic tablet tu en suami kerat dua dan ambik serbuk.

(image)
Sumber : Google

2-Masukkan ke dalam air yang diletak didalam periuk nasi.
3-Masukkan sedikit minyak Habatussauda.
4.Panaskan hingga mendidih.
5-Baringkan anak seperti dalam gambar dan tepuk belakang.


Awas : JANGAN terlalu dekatkan muka anak dengan didihan tersebut..Kalau nak buat guna air panas pun boleh.

Tapi dah anak batuk teruk sangat dan kahak pun banyak en suami terus didihkan macam tu.
Alhamdulillah..lepas pada tu Iman batuk2 dan muntah.Keluarla sikit2 kahak tu.Dan dengan izin Allah Iman pun dah x batuk lagi.cuma kadang2 je batuk x macam sebelum tu.

Ops lupa pulak..lepas je en suami buat macam tu..aku pun bagila anak mandi.lepas je mandi aku terus sapu minyak bawang putih.Bawang putih tu bakar dan letak dalam mangkuk.tuangkan sedikit minyak masak.sapu kat dada dan belakang anak.Insyaallah batuk dan kahak sedikit kurang.

Untuk selsema pulak senang je petua aku.yang ni pun aku lupa..padahal aku baru je buh kat hidung aku..duk sohsehsohseh..sapu je duk esok trus hilang..alhamdulillah.
Petua dia senang je.

1-Ambik sedikit sebuk kunyit letak dalam mangkuk.
2-Tuangkan sedikit minyak masak.
3-Kacau hingga rata dan sapu dekat keliling hidung hingga ke batang hidung.:)

Awas : Muka anda akan nampak kekuningan.Bukan demam kuning.Tapi jangan risau boleh keluar.Nak cepat baikkan..

Cakap bab kuning ni aku sapu kat hidung anak aku.Tapi esok tu aku lupa.ishhh sejak anak dua ni asyik lupa ja..penyakit apakah ini..Aku heran awatla muka anakku ni kuning.tengok mata putih je.ishh dah risau dah..baru aku teringat aku sapu kunyit kat hidung dia..:)p





WARNA PASTEL PUJAAN HATI

2014-10-07T15:49:00.249+08:00

Assalamualaikum.

Kali ni kami nak letak pic warna2 pastel.sebabb warna pastel ni sangat cantik dan membuatkan mata ni jadi lembut je.

Insyaallah kami akan keluarkan shawl halfmoon dan tudung syiria material chiffon dengan warna2 pastel.
Tunggu kemunculan terbaru dari kami..yeayyy..











BLOG AIMAN DAN IMAN

2014-10-01T16:42:12.357+08:00

Assalamualaikum..

Jom FOLLOW blog Aiman dan Iman..






TERMA & SYARAT AGEN DROPSHIP ByChenta

2014-09-28T16:41:49.937+08:00

TERMA & SYARAT TERMA & SYARAT AGEN DROPSHIP BYCHENTA Modal TIDAK diperlukan, agen dropship Cuma PERLU mengiklankan produk kami. Egen dropship DIBENARKAN mempromosi jualan mereka di laman sosial seperti Facebook,Instagram,Wechat,Twitter, Friendster, MySpace; laman jualan komuniti seperti eBay, Mudah.my, Lelong.my; laman blog anda sendiri atau boleh juga membuat jualan secara offline. Oleh sebab tidak ada modal diperlukan, maka agen dropship perlu KOMITED (Contoh: Bukan ingin menjadi agen semata-mata ingin membeli untuk diri sendiri dengan harga agen dropship).  SYARAT : Untuk pembelian pertama, agen perlu membeli 10 unit  barangan produk kami. Agen PERLU membeli sekurang-kurangnya 1 PRODUK untuk 1 BULAN. Agen yang AKTIF sahaja akan disenaraikan sebagai agen kami. Agen yang aktif akan mendapat SAGUHATI daripada pihak kami. Rujukan STOK yang masih ada, pembelian dan bayaran mestilah dilakukan secara online ke email odershawls@gmail.com atau sms di talian 017-4482515. Pastikan mendapat COMFIRMATION ODER sebelum pembayaran dibuat kepada kami.   Harga Dropship adalah TIDAK termasuk kos pos KECUALI dinyatakan Urusan pengeposan akan diuruskan oleh ByChenta. Egen DIBENARKAN untuk meletakkan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah sedikit daripada harga yang kami tetapkan selagi mana ia berpatutan, sesuai dan dapat dijual. Bayaran mesti diterima dahulu sebelum kami membuat penghantaran kepada pelanggan anda. Tempahan TANPA DEPOSIT hanya dibenarkan selama 1 hari sahaja (24 jam). Pembayaran adalah melalui Maybank/CIMB . Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 5-7 hari selepas penerimaan bayaran disahkan. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan atau kehilangan semasa tempoh penghantaran Item yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali rosak (ByChenta sentiasa memastikan item dalam keadaan baik sebelum penghantaran). Jika berlaku juga penukaran, PEMBELI DAN AGEN akan menanggung kos pemulangan semula (dalam tempoh 7 hari). ByChenta akan menanggung kos penghantaran semula item yang baharu. Semua barangan yang telah dijual tidak boleh ditukar dan wang tidak akan dikembalikan. Untuk pendaftaran agen, sila WHATSAPP ke no 017-448 2515 Sila sertakan maklumat berikut : NAMA NAMA ONLINE SHOP (INSTAGRAM) NO HP ALAMAT [...]



KALAU AKU K A Y A

2014-09-18T12:36:22.367+08:00

Assalamualaikum..
adoii..boringla..x tau nak buat apa ni..
nak buat kerja semua da siap..emm..

kepala otak ni kan macam2 duk pikir nak rebranding aku punya jenama.tapi semua perlukan kos.kalaulah aku kaya..kalau aku kayaaaa...
macam2 aku boleh buatkan..
-boleh ambik duta orang popular
-boleh masuk tv/radio
-boleh buat iklan kt tv/radio
-buka butik

tapi semua tu perlukan modal yang besaq..macam mana ek aku nak buat semua tu??
nak buat loan ke?duit dalam bank ada..tapi x cukup..waaaa...

selalu pk kalau aku labur duit bisnes aku selama ni boleh dapat pulangan ke?
kalau nak buat loan untuk bisnes nak buat kat mana??
TEKUN??PUNB??BANK??

EMmm..plzz help me..
Banyak strategi dalam kepala otak ni..tapi bila duit x dak seqot dulu..

Okla..nak sambung berangan sat..

Tq sudi baca..



AKU GILA SUSUN ATUR

2014-09-11T15:09:51.483+08:00

Assalamualaikumm..

Di petang hari yang indah ni aku nak habaq kat semua yang aku dah gila SUSUN ATUQ rumahku..kepala otak ni duk pikir macam2 nak make over rumahku bagi cantik..oh duitt..eh duit pulak..oh rumahh...
Ni x sabaq nak tunggu pukul 3.30 petang..nak balik..sementara tunggu en suami balik kerja bolehla aku kemas almari baju.lepas tu boleh ajak dia p Giant N Romantica sat p perabih duit kat sana..haha..
Semalam en suami dah sound kat aku.."Daqi nak kemas satgi penuh pulak dengan bekas plastik."hahah..
okla cik abang.nak bagi cantik rumah ni untuk abang jugak..

Okla..nanti da settle semua aku up gambaq kat sini..
Jangan lupa qajin usha blog ni..erk..:)

(image)
Teringat bila first time dapat kunci posing depan rumah.
La da masuk 3 tahun kami duk sini..
Alhamdulillah..



PENGALAMAN MELAHIRKAN NUR IMAN SUMAYYAH SECARA INDUCE.

2014-05-15T13:40:46.642+08:00

Assalamualaikum.. Ya Allah..lamanya kami x update blog..semuanya sebab tiada masa yang sesuai untuk kami update. Alhamdulillah..kami dah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah di dunia ini.. Tanggal 6 Mac 2014 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Iman Sumayyah bt Mohd Faizal.Anugerah dari Allah SWT selamat 4 tahun yang dinantikan. Kat sini nak ceritalah sikit pengalaman kami bersalin bb Iman Sumayyah ni..Semoga anak ummi nanti bolehla baca pengalaman yang begitu indah ini. 4 Mac 2014 38w3d Seperti biasa kami ada check up di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).Disebabkan kami buat IUI so setiap bulan selain check up di KK kami kena check up di HSB.Selepas nama dipanggil doktor cek dan tibalah masa nak scan..masa scan tu macam biasalah tanya doktor itu ini..dan tiba2 doktor macam panik sat..dia cakap air ketuban kami kurang..kami pun duk blurr lagi..ish bahaya ke air ketuban kurang ni??hhihihi.. then doktor suruh ke blilik sebelah nak scan sekali lagi..confirm dia cakap air ketuban kurang..so dia suruh kami masuk wad petang tu..tapi kami cakap kat doktor..boleh tak mai esok pagi je..pukul 8 pagi kami mai..doktor cakap ok boleh..tp awak kena masuk wad esok jugak.. baru kami teringat dengan member yang buat IUI jugak..dia cakap kena masuk wad 5 Mac..kami pun sms dia tanya esok p pukul berapa..hehe..macam nak buat date pulak..member IUI ni pun kami x pernah jumpa..kenal kat FB je kat satu group ni.. 5 Mac 2014 38w4d Pukul 8 pagi baru kami keluaq rumah..kami p hantaq abang aiman kat rumah tok dulu..sedih pulak nak tinggal abang aiman..kami menangis dalam hati je.tak lama lagi aiman akan jadi abang... kami dengan suami pun bertolak ke HSB..dupdapdupdap..macam2 duk pk..odw p HSB kami sekali lagi mintak maaf kat suami..halalkan segalanya..doakan kami supaya senang bersalin. Sampai kat PAC kami nampak member yang buat IUI sekali.kami pun sembang ramah macam x da masalah..haha..masa tu tangan dia da kena cucuk dah..yang kami ni duk tunggu turn nurse panggil..bila nama dipanggil kami kena buat CTG dulu..huhu..lama jugak sampai lenguh pinggang..last2 kami duk mengiring..nurse mai ja cpt2 kami baring balik.. lepas tu pukul 12 lebih doktor  lelaki india mai..dalam hati alamak doktor ni ka nak cek bukaan kami..Ya Allah..masa dia buat VE tu ya Allah sakit sangat..first time kami rasa.dengaq dia cakap kt dok pelatih baru 1cm.Kami kena Induce. macam2 dia habaq pasai kebaikan dan keburukan Induce ni..tepat pukul 1pm ubat pun dimasukkan.Ya Allah sakit sangat.Doktor India tu cakap ubat ni akan dimasukkan 3 biji saja selama 3 hari.Kalau 1 biji dimasukkan x sakit esok pulak akan masuk sebiji lagi..Dalam hati kami berdoa cukupla sebiji Ya Allah.. Pukul 2 pm macam tu kami ramai2 berjalan masuk wad..macam p berkelah pulak dengan masing2 husband bawak beg dan bekal makanan..da siap2 tukaq baju semua suami pun balik..petang tu suami mai dengan mak dan abah..time melawat pukul 4..time tu rasa sakit sikit2..okla lagi..duk sembang gelak lagi..yang memberi IUI sekali duk depan katil kami da sakit da..tunggu nak tolak masuk LR..habis time melawat kami p mandi n solat..pukul 8pm macam tu kami da start sakit..masih boleh bangun bancuh ayaq milo dan makan kurma..duk lama sat makin sakit..kami pun buka surah maryam yang dalam phone kami baca..time contraction ja kami stop sat..lepas tu sambung balik baca..tangan dah sejuk..Ya Allah sakitnya..Alhamdulillaah..berjaya jugak kami habiskan Surah Maryam..pukul 12am kami dah x tentu arah dah..kami jalan p kat kaunter cakap sakit sangat.Doktor pun buat VE dan terbuka 3cm lagi.sebelum tu pukul 8pm buat ve terbuka 3cm. Aduhh balik kt katil kami dah x boleh baring.kami duk atas kerusi tarik nafas..contraction mai 2 minit sekali.lepas tu sister yang berbaju biru tu mai kat kami tanya x boleh tidur ka?kami cakap sakit sangat nurse.dia suruh masuk bilik dan buat VE sekali lagi..dia cakap dia cubat buat b[...]



PETUA ISTIMEWA UTK IBU YANG BARU HAMIL DARI KAMI.PETUA APA TU??

2013-09-19T10:26:21.413+08:00


Assalamualaikum..
Amboi2..panjang betoi tajuk kami kat atas tu..Sebenaqnya da lama kami nak update pasai ni tapi malas..hihi..
Sapa yang pernah hamil taula kan macam mana permulaan hamil..tapi x semua yang loya2 macam kami ni..Kami ni bukan x boleh makan..makan boleh tapi lepas makan mesti nak keluaq balik..lidah dan anak tekak ni rasa semacam ja.rasa yang memang nak keluaq balik..pernah satu hari tu kami sampai lembik..makan muntah..makan muntah..almaklumla anak first..tak tau petua apa yang boleh hilangkan loya kami ni..

kami pun postla status kat facebook "nak makan apa bagi hilang loya"..ramaila yg komen bagi petua macam2..dan yang paling kami tertarik suruh minum jus pati delima gulsan.ok..jus tu da ada dalam peti sejuk kami..sebab sebelum ni kami minum yang tu utk dapatkan zuriat.
Bila kami tanya mr google pasal jus delima ni rupanya salah satu utk hilangkan loya bagi ibu hamil dan memberi tenaga..
Tanpa membuang masa masa sahur kami pun minum jus ni..dan Alhamdulillah..lepas ja minum bila kat opis kami da hilang rasa loya..tapi awai2 tu x la semua loya tu hilang..tapi x la seteruk masa kami x minum jus tu.kami pun rasa bertenaga sangat nak buat kerja..kalau x nak sembang dengan member pun x larat..yang kami tau p surau tidoq..
Tapi kami minum ni pagi..pernah sekali tu minum time nak tidoq..alamak sampai pukul 3 pagi kami x boleh lena..start tu da x minum malam..la ni sebelum p kerja kami minum...kat opis barula best sikit nak buat kerja..da x lesu macam dulu..
Kami bukan nak promote sebab kami pun x juai Pati Delima ni..kami beli kat Istafa..harga macam2..tp yang kami beli ni RM15..ada yang beli sebotol RM10 saja..tengok tempatla kot.
Cara nak minum pun ada banyak cara..ada yang bancuh dengan air suam.buh madu..tapi kami senang saja..minum macam tu saja..buh atas camca makan..sedap tapi masam sikitla..
Sebenaqnya jus ni banyak kelebihan dia selain bagi hilang loya..Kalau nak tau try google..hehe..

Okla..tu la petua kami..hehe..kepada yang rasa loya2 tu cepat2la p cari Jus Pati Delima Gulsan.:)



BLEEDING :(

2013-09-17T14:48:04.633+08:00

Assalamualaikum..
Tinggai lama blog personal ni..Maafla kawan2..sejak dapat tau kata preggy aritu kami sangat2 x sihat..nak buat apa semua malas..dan yang paling penting kami loya teruk..
Alhamdulillah now da nak masuk 4 bulan aka 16w kami da sihat sikit..loya2 pun da berkurang..maybe sebab kami minum pati delima gulsan sama.kami google2 depa kata minum pati delima gulsan tu boleh hilangkan rasa loya..Alhamdulillah kami minum tu hilang loya..

Berbalik pada tajuk kat atas..BLEEDING..sapa2 yang di awal pregnant mesti takut dengan perkataan tu kan..macam tu  la jugak aku..masa di awal kehamilan lebih kurang dalam 2-3w macam tu kami bleeding..tp x la banyak..hanya setitik dua saja..kami pun rajinla google2 pasal bleeding di awal pregnant ni..semua cerita buatkan kami takut..dan masa hari pertama bleeding tu kami terus kol hospital sebab kami kan buat IUI so nurse da nasihat da if bleeding kol depa terus.so bila kol depa trus segera ke sana.
Kami pun pergi dengan hati yang gementar..kat mulut ni terkumat kami baca doa untuk elakkan keguguran dan zikir..Ya Allah selamatkanla janin dalam rahimku ini..

Dan bila namaku dipanggil untuk masuk ke dalam jumpa doktor seperti biasa kami kena scan kut bawah.Kami dah mangli scan kot bawah sebab selama ulang alik hospital nak scan kami scan kot bawah..tapi tengok pada doktor jugak yang buat..kalau kasaq sakitla..kalau kena doktor yang lembut x rasa apa pon..:)

Dan bila scan syukur sangat2 janin kami sihat dan penjelasan doktor bagitahu ada pendarahan di bahagian tepi rahim..sebab tu bleeding..Alhamdulillah..Dan kami pun kena cucuk kat bon...adoii sakit jugak cucuk bagi kuat rahim ni..dan yang best kami dapat MC 3 hari..Bolehla bed rest..doktor x bagi buat kerja2 berat.

Balik rumah je kami berhati2 dalam semua perkara..dan kami jugak tak dapat nak dukung bb aiman..kesian kat bb aiman..tp kami curi2 dukung jugak..kalau en suami nampak dia marah..

Dan bleeding kami lebih kurang 2 minggu..Ya Allah masa tu kami tertanya2 lagi kenapala x stop2 darah ni..dan yang paling takut bila buang air kecik pun ada lendir macam darah..bila google2 macam2 yang kami baca buatkan kami takut..last2 hati kami berbisik.."lantakla..aku malas nak fikir da pasai ni.."dan akhirnya bila kami buat tak tau saja Alhamdulillah bleeding aku stop..
Tapi sampai harini kami jadi fobia kalau masuk toilet..fobia nak tengok S sebab takut ada darah..aduhhh...

Itula pengalaman kami di awal pregnant..Kepada yang baru pregnant dan tak da pengalaman macam kami ni kalau bleeding cepat2 p hospital..jangan duk google saja..x semua benda bleeding ni boleh buat kita gugur..Kadang2 bleeding ni ada banyak penyebabnya..Salah satunya macam kami ada pendarahan kat tepi rahim..tapi bila kita baca kat blog orang kita jadi takut dan time tu la pk macam2..so jalan penyelesaiannya pergila ke klinik berhampiran.



PERJALANAN IUI KU..

2013-09-17T14:52:26.343+08:00

Assalamualaikum.. Rasanya da lama tak update kat personal blog ni..bz sangat sejak akhir2 ni.. Berbalik pada tajuk di atas..aku nak storyla sikit pasal perjalanan iui ku sepanjang dua tahun lebih ni..Bermula ketika mana x silap aku awal tahun 2011..disebabkan period aku yang tak teratur aku pun ke klinik pakar puteri kat tandop untuk dapatkan ubat turun darah..dan suatu hari masa aku p klinik tu aku pun tanya doktor..boleh ka doktor buat surat refer hospital pasal masalahku ini?? Sebelum tu kakak kat opis yang pernah buat iui ada bagitau..kalau nak cepat dan hospital layan suruh swasta buat surat refer ke hospital gov..tp kalau yang berduit tu nak buat kt swasta pun ok jugak. Selepas period pertama tak silap aku..aku pun pergi ke hospital sultanah bahiyah bersama suamiku..sampai je aku tunjuk surat dari klinik swasta dan bila nombor giliranku dipanggil aku pun berjumpa dengan nurse.ye lakan..x kan nak jumpa cikgu pulak..huahua.. nurse tu pun bagi tarikh sekian sekian untuk aku ambik darah bagai..Aku pun da x ingat hari ke berapa..yang aku ingat p ambik kat bp lab.bukan kita sorang je bekerja..suami pun perlu bekerja..hihi... dan selepas dapat result..Alhamdulillah..semuanya ok..x dak masalah apa..husband punya pun ok..:)aku dan en suami ke hospital balik dan bagi semua result..bermula dari situla mulanya proses untuk membuat iui.. Hari period pertama ja mesti kena p hospital..Tapi doktor asyik bagi makan clomid dan asid folic..bila mai cek x dak yang besaq..sampaila habis tahun 2012..duk ulang bagi yang tu..tension jugak..tiba2 period aku x mai dekat 3 bulan..bila aku cek upt -ve manjang..malas da nak mengharap..Aku pun ammbik keputusan p pakar puteri balik..dia pun scan perut aku dan cakap aku x pregnant..okla selamat sikit bila da confirm..bolehla aku minta ubat turun darah.. dan selepas seminggu lebih macam tu aku makan period aku mai dengan jayanya..aku pun ambik keputusan kol hospital selepas delay panjang..depa suruh p esok tu dan aku pun bawak result hsg aku..kalau semua nak tau sebelum buat iui kita kena ambik darah,buat hsg dan pap smear.kalau nak tau hsg tu apa boleh baca kat entry aku yang lepas..klik SINI.dan satu lagi nak bagitau sepanjang nak buat iui ni kita kena p jumpa doktor dan setiap kali jumpa kena buat TVS..jangan takut tau..sebelum buat TVS kena kencing dulu supaya bila scan x dak air kencing. Dan bila doktor cakap next week boleh buat IUI ya Allah..hanya Tuhan yang tahu..dekat 2 tahun ulang alik hospital barula nak merasa buat IUI...aku diberi dua set alat untuk cucuk sendiri yang dipanggil Gonal -F..Ada cara jugak nak cucuk sendiri tu..kena letak dua jari dari pusat dan cucuk..ikutla nak buat kiri ke,kanan,atas atau bawah..mula tu aku buat kiri,kanan dan atas..sekali buat kat atas rasa sakit..last2 aku buat kiri kanan sampai 8 hari..habis tu aku kena p cucuk dekat wad untuk bagi telur pecah..esok tu aku kena pergi hospital balik dan akan bermulala proses IUI ku.. Sebelum tu en suamiku kena 'bekerja' dulu..dan lepas tu doktor suruh aku dan en suami rehat 2 jam sebelum masukkan sperm ke dalam rahimku..dalam tempoh tu aku x boleh kencing..selepas 2 jam..dup dap2..sambil tunggu namaku dipanggil macam2 doa yang aku baca..selepas nama dipanggil aku pun baring atas katil macam buat tvs...ishh lambatla doktor ni..kakitangan semua da sejuk..mulut aku terkumat kami dengan doa..bila doktor masuk dia cakap da ready ye sayang..nasibla doktor perempuan..x la malu..masa proses nak masukkan alat untuk bukaan serviks tu aku rasa sakit sangat..tapi sakit lagi buat HSG..masa tu aku pun x tau da doa apa yang aku baca..yang aku tau aku tahan sakit nak buh alat tu..x sampai 10 minit doktor cakap da siap..dan aku berbaring ke kiri sebab telor aku yang besaq belah kiri..lebih kurang 15 minit nurse cakap ok dah boleh turun.. Masa doktor masukkan sper[...]



ANAK UMI DAH BESAQ..:)

2013-06-03T23:56:17.736+08:00

Assalamualaikum.. Rasanya da lama kami nak upload gambaq si kecik kami ni..baru hari ni kami berkesempatan utk upload gambaq bb aiman.. Sat saja masa berlalu..Bb aiman pon da nak masuk 7 bulan..6.6.2013 ni genapla 7 bulan anak umi ni..sama dengan tarikh anniversary kami dan suami..Alhamdulillah..kami rasa sungguh bahagia sejak hadirnya bb aiman dalam hidup kami dan suami..Semoga bb aiman membesar dengan sihat,cerdik dan menjadi anak yang soleh..  Masa ni bb aiman baru berusia beberapa hari..kami pon da x ingat.  kami paling suka tengok gambaq ni..:) Umi dan abah sayang aiman sangat2..:) [...]



Cantik Laman Rumah Siti Nurhaliza

2013-05-14T14:11:58.388+08:00

Assalamualaiku..
Post saja nak tunjuk laman qumah CTDK..cantik gila..tenang saja kalau tengok ni haqi2..:D

Duei (buai) tu cantik sangat..

ok..
mood : bosan nak update personal blog.setakat ni sajala..:)



CANTIKKAN SITI NURHALIZA BERTUDUNG.

2013-01-14T16:27:53.740+08:00

Assalamualaikum.. Apa habaq semua..qasanya dah lama aku x hupdate blog personal ni.Aku amat sibuk dan sibuk..sibukla sangatkan.. Dan dengan berita gembira Dato' Siti Nurhaliza dah bertudung aku pun dengan senang hati nak hupdate blog ni.Bukan apa cantik sangat aku tengok ctdk ni pakai tudung.berseri2 je..ditambah pulak nampak beliau makin kurus lagilah bertambah kecomelan ctdk ni. Kat sini aku ada update beberapa keping gambaq ctdk yang aku suka tengok..Semua ni aku hambek dari fb kakak ipaq ctdk..Jangan marah ye kak..sy mintak izin ni..:)    Semoga ctdk kekal bertudung macam ni tau..Kepada hampa2 semua yang nak beli tudung nak bergaya macam ctdk ni bolehla jenguk blogshop aku. BLOGSHOP : Shawls@AYUCINTA Like FACEBOOK : Shawls@AYUCINTA [...]



ALHAMDULILLAH..HADIRNYA SI KECIL DALAM DIARI HIDUPKU DAN SUAMI.

2012-11-09T22:36:07.820+08:00

Assalamualaikum..
Ayu nak tunjuk gambar dulu..

6 November 2012
2.6kg

To be continued..:)



AKHIRNYA AKU BUAT HSG.

2012-11-02T22:35:21.566+08:00

Assalamulaikum.. Semalam balik dari buat HSG terus aku nak update pasal ni tapi disebabkan aku tak tahan sakit terpaksla aku tunda ke malam ni..Ini pun sebab rajin je..huehuehue.. Apa itu HSG..? Ramai yang inbox aku tanya HSG tu apa??Aku pun x pandai sangat..Sat aku nak google.. HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda. Ok tak jawapan kat atas?? Jom aku nak story pengalaman aku kat sini.Sebenarnya dah lama doktor suruh aku buat HSG ni..sejak aku mula nak buat appoinment dengan hospital.Tapi disebabkan aku contact si nurse yang bagi phone number tu x dapat aku pun x buat.Aku just p hospital saja.Dan doktor Murizah (pakar gynea) dia cakap x payah buat lagi.Kita try makan clomid dulu.Tapi setelah dos aku dinaikkan dan telur masih kecik aku disarankan untuk buat IUI. Pagi semalam aku p cek dan buat TVS telur aku masih kecik.So doktor cakap lepas ni kena buat IUI sebab aku makan clomid pun tak jalan.Dan doktor cakap kena p buat HSG dulu. Sebenarnya HSG ni kena buat selepas hari ke 9 or 10 period.Tapi disebabkan aku nak cepat aku nak buat jugak semalam.Semalam x silap aku dah hari ke 19 period mcm tu.Aku yakinkan pada doktor x ray yang aku x pregnant.Sebenarnya depa suruh buat hari ke 9 or 10 tu sebab kalau atas pada tu depat takut ada janin.X ray kan x boleh untuk orang hamil.Bahaya.Tapi aku yakinkan jugak.Aku tak hamil sebab pagi tadi dah buat TVS x dak apa. Akhirnya depa akur dengan kehendak aku.Hehehe..petang pukul 3 aku pun ke PMC.aku buat kat PMC sebab kalau buat kat hospital mungkin sebulan dua lagi baru aku boleh buat.So aku ambik keputusan biaqla bayaq sikit. Bila sampai saja aku dan en suami naik tingkat 1.Dan tiba2 saja muka aku jadi pucat lesi.Aku takut..huhuhu..Sejuk habis kakitangan.Apabila nama aku dipanggil lagila ketaq.Aku masuk dan salin baju dan pembantu x ray tu cakap doktor yang nak buat tu lelaki.Ya Allah..lagila ketaq kecut perot segala.Malu cek.. Aduss sakit jugak buat HSG ni..rasa senak macam nak tercirit..Teringat pulak masa tu aku minum d'herbs.Macam tu la rasa sakit memulas.Adoii cepatla doktor..aku da tak tahan malu dan sakit ni..Dan bila doktor cakap siap..cepat2 aku salin baju dan keluaq.Aku cakap kat en suami lepas ni x mau mai dah PMC sebab malu..hehehe.. Dan aku pun dapat keputusan.Alhamdulillah..Kiri dan kanan aku normal.Tak de blok apa2..Tiub aku ok..Syukur sangat2.. Aku ingat masa p hospital pagi semalam.. Doktor : Ajratul u have very good result..X dak masalah.Suami pun x dak masalah.Cuma tak tahu kaedah mana yang boleh awak pregnant.Insyaallah next step IUI awak pregnant.Sama2 kita berdoa. Baik betul doktor Murizah ni..Emm..Syukurla doktor cakap macam tu.Lega hati bila dengaq yang positif. Selepas ni aku kena kol O&G hari period pertama dan bawak p result.Semoga selepas ni IUI aku berjaya.Aminn.. Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik. Apa itu HSG? HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan.[...]



ADAKAH ANAK ITU AKAN MENJADI MILIKKU DAN SUAMI?

2012-10-24T11:35:45.913+08:00

Assalamualaikum.. Perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah SWT..Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kehidupan kita dimasa hadapan..Kita hanya mampu merancang dan berangan2 dan berdoa..tp Dialah penentu segalanya. Siapa sangka perkahwinanku dengan suami yang dah masuk 3 tahun ni x dak zuriat lagi??Orang lain yang kawen sebulan,dua bulan,setahun dah pregnant..Tapi aku masih tak dapat lagi nak merasai pengalaman pregnant.Dah bermacam cara aku dan suami buat tp rezeki masih belum memihak kepada kami.Dan sekarang aku masih teruskan dengan rawatan hospital.Doaku moga IUI pertama nanti yang aku akan buat dapatlah aku preggy.. Bulan april 2012 hari tu ada orang nak bagi anak.abang ipar yang duk kat perlis bagitahu..aku seronok sangat..Tup2 abang ipar bagitahu anak tu dah ada orang nak ambik.Sedihla jugak masa tu sebab dah macam2 yang aku angan..Tapi x pela x dak rezeki aku dengan anak tu.. Dan dua minggu lepas masa aku mandi terdetik di fikiran sanubari aku ni "Ishh kalaula aku jaga baby tu yang lahir bulan 4 tu bulan ni dah 6 bulan aku jaga..emm x dak ka orang nak bagi anak kat aku.."Itulah yang bermain dibenak fikiranku.. Dan bila aku keluar dari toilet en suami masuk nak solat dia terus bagitahu aku.."Tadi pak caq kol (pak caq tu abang suami aku) dia kata ada orang nak bagi anak.. Haa..tergamam aku seketika..baru td dalam toilet aku duk cakap dengan hati x dak ka org nak bagi anak..sekalau en suami bgtau yang ada orang nak bagi anak.. Ya allah..terus aku cakap NAK..aku suruh suami sms pak caq dan bagitahu aku nak.Esok tu bila balik opis en suami cakap dah ada orang nak ambik baby tu..Apa??Ya Allah terus aku terdiam..Dan masa solat maghrib aku berdoa kepada Tuhan kasihanilah aku..berilah anak itu kepadaku..aku menangis teresak esak dengan tidak semena-mena..(apa ayat ni)..tup2 sepupu en suami kol bagitahu pompuan tu tak jadi bagi anak dia kat org tu sebab orang tu dah jaga 4 orang anak angkat..Ya Allah terima kasih kerana mendengar doaku.Dan aku bercakap dengan pompuan tu.. Esok tu masa kat opis aku sms en suami.."Abang..minggu ni kita p KL..Kita p jumpa dengan pompuan tu"..en suami pun kata ok..bestnya.. Aku pun bertolak ke kl hari khamis dengan en suami menaiki bas..Kesian pulak nak suruh en suami drive..Dan bila sampai sana esok tu aku pun p la jumpa pompuan tu dengan en suami dan abg ipar.Sebenarnya pompuan ni dah ada 4 orang anak..dan anak yang dikandungnya adalah anak ke lima..masa aku p ada seorang saja anak dia yang no 3..umur 4 tahun..terus bergenang air mata aku mengenang nasib ibu dan anak ni..Nama pompuan ni Shafni..Shafni ni ditinggalkan suami dan masa mengandung ni dia terpaksa menyewa di bilik kat flat apa entah..duk tingkat 4..Dan seminggu sebelum tu dia di halau oleh orang dalam rumah tu..orang indon pulak tu..sebab2nya kan shafni ni bawak anak..biasalah budak umoq 4 tahun kan lasak..nasibla sepupu suami yang jumpa..tengah menangis di tangga sambil memeluk anak dia.. Aku pun tanyalah confirm ke nak bagi anak tu?Dia cakap confirm..3 hari berturut2 dia fikir..Dia cakap kalau dia jaga tak tau mcm mana nasib anak tu lepas ni..Buat masa sekarang dia tengah tumpang dalam bilik sepupu.Nak tunggu bersalin je..Lepas tu maybe dia akan keluar dari bilik tu dan cari tempat berteduh yang lain..Aku sangat2 simpati dengan nasib Shafni..Apa yang diceritakan kepadaku harap adalah cerita benar dan bukan rekaan.Yelah manusia kan..siapa tahu..Biarlah kalau dia bohong aku dan suami antara dia dengan Allah saja. Mengikut apa yang dia cakap dia due date 23hb Oktober baru2 ni..Tapi sepupu dah bawak dia ke hospital doktor suruh balik dulu..Maybe 29hb ni pulak lepas raya.. Emm bagiku penantian satu penyeksaan..Dan a[...]



Bagaimana prosedur untuk buat rawatan di hospital?

2012-10-03T15:02:32.405+08:00

Assalamualaikum..
Ramai yang bertanyakan aku macam mana aku mulakan rawatan di hospital.Ya..dulupun sebelum aku buat rawatan aku tak tau sangat pasal benda ni..Aku dengan ramai yang cakap susah untuk dapatkan rawatan di hospital.macam2 prosedur depa nak.Bila dengar cakap2 tu aku rasa malas sangat..Tapi aku fikir sampai bila.Kakak kat opis ni cakap kalau nak buat rawatan hospital seeloknya bila usia perkahwinan dua tahun ke atas..kalau bawah pada tu rasanya tak dilayan.

Dan bila usia perkahwinan aku mencapai usia 3 tahun aku tidak teragak2 untuk cek di hospital.Tapi sebelum tu aku p cek dulu kat klinik pakar swasta.Macam aku di alor star ni aku p ke klinik pakar puteri kat simpang kuala.So masa mula aku p aku duk karang ayat apa aku nak cakap kat doktor ni..Then bila sampai klinik aku pun cakap kat doktor period aku tak stabil.Dan aku inginkan anak.Lebih kurang 3-4 kali jugak aku ulang alik klinik pakar ni.Sebabnya setiap bulan aku kna makan clomid.So bila hari period saja doktor suruh p klinik ambik ubat.Tapi dah banyak aku makan masih x de apa2.Aku pun suruh doktor buat surat refer ke hospital kerajaan.Maybe disebabkan aku kerja gomen so aku rasa senang kalau ke hospital.Ada GL dan tunjuk je.

Aku diarahkan oleh doktor klinik pakar ke bahagian O&G di hospital.First aku p rasanya dalam bulan 4 ke 5 macam tu tahun ni..Tapi tak ingatla..Dan permulaan appoinment aku disuruh oleh nurse disitu untuk ke BP Lab di jalan teluk wanjah untuk cek darah.Dua kali kena cek.Aku dah lupa hari keberapa.Tapi kalau hampa p nanti nurse akan tulis kat satu note kena p hari ke berapa.Lepas tu sperm suami kena bawak ke BP Lab jugak untuk dikaji.Aku jugak disuruh untuk buat HSG di PMC.Tapi sampai sekarang aku x buat lagi.First aku p PMC nak buat doktor cakap hari period ke 15 dah x boleh buat.Takut nanti ada janin.Seeloknya HSG dibuat pada hari ke-10 selepas period.HSG ni lebih kurang X-ray bahagian dalaman kita.Dan bulan berikutnya aku nak buat miss P aku tak datang sampai 2 bulan..adoii..Dan bilan miss P datang bulan posa pulak..haiiissshh..dugaan betoi..Lastly aku ambik keputusan lepas raya untuk buat HSG..Satgi aku sambung pasal HSG aku kat bawah.

Dan bila semua da siap dan selepas seminggu result pun dapat aku pun pergi balik ke hospital.Bila kat sana baru aku tahu bukan aku sorang je yang alami nasib ni..Masih ramai lagi yang senasib denganku..Ada satu kapel tu masalah dari suami dia dan doktor sarankan untuk buat IVF terus.Sebabnya kalau buat IUI pun x dak apa2 harapan sebab suami yang bermasalah..Ya ALllah takutnya aku dengar masa tu..Untuk pengetahuan masa aku masuk bilik doktor tu aku dan suami dan sepasang lg suami isteri.So bila doktor cakap kat pasangan tu aku dapatlah dengar.dan bila tiba turn aku doktor cek semua result dan Alhamdulillah..aku dan suami tiada masalah.macam2 ditanya masa tu.Dan disebabkan kedua2 x dak masalah so proses seterusnya akulah yang kena buat semua ni..hehe..redha je lah walaupun takot..First time buat TVS aduhh..sakit gila..Nasibla baik je doktor tu..

Berbalik pada HSG sampai sekarang aku masih x buat..Dan akhir jumpa doktor baru ni dia cakap aku tak payah buat lagi..hahaha..selamat..So x payahla buat lagi..

Begitulah prosedur dan permulaan aku ke hospital..Buat masa ni aku masih lagi on clomid dan if miss P datang next month depa nak tengok tarikh utk buat IUI..Tapi doktor tu bagi pengharapan yang next month aku tak payah datang jumpa depa lg sbb aku pregnant..Ya ALlah kalaula masin mulut doktor tu.Dia cakap macam tu sebab dia tengok telur aku hasil TVS besar dan elok...:)



RAWATAN SUSULAN DI HOSPITAL.

2012-09-28T22:13:31.389+08:00

Assalamualaikum..
Haii..haii..haii..
Semalam Khamis aku dan en suami ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk berjumpa dengan doktor.Seperti biasa appoinment aku dengan doktor berjalan dengan baik.Cuma semalam aku rasa no yang panggil2 orang tu macam rosak..Dekat dua jam aku duk tunggu x panggil2 juga nombor aku...

Opss..sebelum tu aku nak story dululah rawatan pertama lepas raya last week.Aku ada post kat fb yang aku sedih sangat lepas jumpa doktor last week.Hanya bermandikan air mata bila aku buat TVS ada something yang doktor cakap yang membuatkan aku sedih.Apa ya??Biarlah rahsia..Nyanyi lagu Siti Ok..

TVS last week adalah yang paling sakit pernah aku buat.Siap dia suruh nurse tu tekan perut aku..Aduhh x tertahan aku..Tapi lagi sakit bila doktor cakap something tu..Masa doktor cakap tu aku dah sebak dan air mata bertakung..Tapi aku tahan jugak..Sampailah dalam kereta baru aku meraung..

Dan selapas 9 hari aku pun pergi balik ke hospital semalam..Dan Alhamdulillah doktor memberikan berita gembira pada aku..Something yang dia cakap last week dah ok dan doktor siap bagi pengharapan kat aku.."Insyaallah kalau semua ok bulan depan x payah mai dah sini.."Maksudnya kalau aku pregnant x payah da jumpa..Aku hepi sangat bila dengar doktor tu cakap..Insyaallah doktor.Tapi kalau x jadi jugak kita akan proceed buat IUI..haa ni lagi satu yang aku duk tunggu2 ni..Dan doktor jugak dah naikkan 3 bijji clomid untuk aku..Sebelum ni 2 biji je..If miss p datang hari kedua aku kena makanla ubat tu..Maybe hari kesepuluh kena buat TVS balik..Emm..hilang dah malu...:D

Kepada rakan2 yg dikasihi..Doalah aku ye supaya aku mendapat rezeki anak..I love u..:)



GERAM BLOGGER NI MENGHINA CIKGU2..

2012-09-01T23:29:08.245+08:00

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..Akhirnya aku dapat jugak meringankan jari jemariku untuk menaip blog ini..Ini pun gara2 seorang blogger yang telah menghina cikgu melalui postingnya bertarikh 28 november 2011..Ohh dah lama rupanya posting ni..Tapi baru malam ni aku rasa hot spicy sebab ada yang post kat fb.. Sebenarnya aku bukanlah cikgu..Tapii aku rasa geram bila ada yang menghina tugas cikgu ni.Aku bekerja di PPD dan aku memahami situasi seorang guru.Memang dari mata kasa jadi cikgu ni mudah..Ramai yang kata masuk pukul 7 pukul 2 dah boleh balik..Gaji pulak banyak..Tapi yang tak duduk dalam situasi seorang cikgu korang memang tak faham..Aku bekerja di PPD aku tau macam mana jadi cikgu..Pegawai2 aku semuanya cikgu dan yang mai berurusan dengan aku pun ramai yang cikgu.Tak payahla aku nak ceritakan satu persatu. Kat bawah ni aku copy posting dari blog dia yang aku rasa ramai cikgu2 yang marah dengan dia melalui ruangan chat di blog. Untung laa sape jadi cikgu assalamualaikum entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.  kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati. "eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?" -yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah... betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu 1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak! 2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!" -aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas. 3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan ci[...]



APA HUKUM PAKAI LIPSTICK DI BULAN PUASA??

2012-07-31T12:07:51.820+08:00

Assalamualaikum.. Persoalan ini bermain difikiranku setiap kali tibanya bulan puasa..Boleh dikatakan setiap kali puasa pasti aku tertanya tanya apakah hukum memakai lipstick di bulan puasa..Banyak yang aku dengaq..ada yang kata boleh..ada yang kata x boleh..aku pun confuse.. Opss aku pakai ni bukan sebab nak bagi bibir ni merah ka apa..tapi sebab bibir aku kering..bila pakai rasa lembap sikit.. Bila aku google2 kat mrs google pun banyak jugak pendapat. 1."Pertanyaan: Assalamu ‘alaikum. Ustadz, saya mau tanya, apa hukumnya memakai lipgloss atau lipstik ketika puasa? Apakah membatalkan puasa? Alkatiri (queen**@***.com)Jawaban: Wa’alaikumussalam. Semua bahan kecantikan yang diletakkan di kulit luar, baik yang berbau maupun yang tidak berbau, baik untuk pengobatan dan pelembab maupun untuk kecantikan, atau tujuan lainnya, tidaklah termasuk pembatal puasa, kecuali jika orang yang memakai obat-obatan tersebut menelannya. Sementara, sebatas ada rasa di mulut, tidak memberikan dampak buruk bagi puasanya, selama tidak ada bagian sedikit pun yang tertelan ke lambung. Syekh Abdul Aziz bin Baz, dalam Majmu’ Fatawa, pernah ditanya, “Apa hukum menggunakan celak dan peralatan kecantikan lainnya di bulan Ramadan? Apakah bisa membatalkan puasa?” Beliau menjawab, “Bercelak tidaklah membatalkan puasa, baik bagi lelaki maupun wanita, menurut pendapat yang paling kuat. Hanya saja, menggunakan benda ini di malam hari itu lebih baik bagi orang yang puasa. Demikian pula, pengaruh dari penggunaan obat perawatan wajah, seperti sabun, minyak, dan yang lainnya, yang hanya mengenai bagian luar kulit, termasuk pacar, make-up, dan semacamnya, semua itu boleh dilakukan oleh orang yang berpuasa. Hanya saja, tidak boleh menggunakan make-up jika bisa membahayakan wajah. Allahu waliyyut taufiq.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15:260) Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang puasa, untuk menghilangkan kekeringan di bibir. Beliau menjawab, “Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim, atau membasahinya dengan air, dengan kain, atau semacamnya. Namun, perlu dijaga, jangan sampai ada bagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224) Allahu a’lam." 2.Memakai Gincu di Bulan Ramadan Soalan: Pada bulan Ramadhan ini apakah hukumnya kalau seorang wanita ketika berpuasa memakai gincu 'Lipstik'? Norafida, KL  Jawapan: Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian, lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan. Itulah jawapan yang aku dari hasil kajian aku di google..Sapa2 yang terbaca post ni yang tau jawapan yang sebenaq habaq sat na..:)terima kasih..[...]



AKHIRNYA UPT SAYA POSITIF..ALHAMDULILLAH..

2012-07-18T12:19:28.264+08:00

Assalamualaikum..Cer tengok gambaq kat atas tu..Dah positif..Semalamkan aku p farmasi beli upt test..balik rumah x sabaq nak buat..

Dengan penuh semangat masuk toilet aku cek dan waaa tak sangka naik 2 line..tapi yang aku pelik line C setengah belah kanan dan Line T setengah belah kiri..aishh kenapa jadi line sekerat sekerat ni..Tapi x palah janji double line..

Tiba tiba
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
aku dengar bunyi jam..adoii..mimpu rupanya..huhuhu..bangun2 terus aku tersenyum..haha..mimpii..patutla line sekerat sekerat..ekekeke...



PERASAAN SEORANG WANITA YG TIADA ANAK.

2012-07-15T23:35:54.020+08:00

Assalamualaikum..
Posting aku malam ni pendek saja.
Boleh tak jangan hina aku yang tak dak anak ni??
Boleh tak jangan ucap kata2 yang bagi aku sedih??

Pernah masa member office pregnant..seorang pegawai di office aku bawak makanan..Dia cakap ni untuk ibu2 yang mengandung saja..Aku terus balik ketempat sambil air mata bergenang.

Harini terjadi lagi..Aku letak gambar baby comel pakai tudung dekat dekstop office..ada sorang pegawai tu cakap comelnya..anak sapa ni??
Lepas tu sorang pegawai lagi cakap..alah tu bukan anak dia..dia mana boleh beranak..duk buat x jadi2..

Aduss..aku hanya mampu tersenyum..tapi sebenarnya hanya Tuhan saja yang tahu..Aku keluar pergi tandas dan membasuk muka.Air mata keluar tanpa aku sedar.

Siapalah aku untuk jadi begini??Aku tak mintak semua ini..Kalau boleh sedari awal kawen aku nak anak..Tapi Allah maha mengetahui segala2NYA..



WALIMATULURUS IRINE NADIA & AMIRUL DI PERLIS.

2012-07-07T23:04:16.220+08:00

Assalamualaikum.. Alhamdulillah harini plan semuanya berjalan dengan lancar. apakah..apakah.. WALIMATULURUS IRINE NADIA DAN AMIRUL 7.7.2012 BESERI, PERLIS. Awalnya aku dah plan dengan Ezmaliza Ezrik nak p sesama.Suruh ezma tunggu kat Masjid Seriab.Sekali en suami aku yang kerja balik dah lewat.Ezma p dulu dengan anith.Dalam hati ni bedebar2 jugak.almaklumlah tuan rumah pun x kenal.Rumah lelaki pulak tu.Nasiblah ada kawan facebook iaitu Norshawani Yahya ikut sekali.Masa dah sampai dan salam  aku dengan ketaqnya tanya tuan rumah ni rumah pengantin Irine ka?Bukan takut salah rumah tapi nak bagitau yang aku ni mai sebab kawan irine.Takut jugak satgi orang tertanya2 sapalah mereka2 ni. Mata duk merayap-rayap cari Ezma.Manalah ezma ni..sekali ezma mai menyapa..Haa leggaa.. Dalam aku duk makan si Irine dan hubbynya lalu dan tanya Ezma irine nak p mana tu..Satgi x dan nak tangkap gambaq.Cepat cepat aku habiskan makan nasi dan p terus kat irine.Bergambar kat pintu masuk pun jadilah.. Aku bersalam dan mencium pipi Irine.First time ok aku jumpa irine ni.Aduhh cantiknya ciptaan Tuhan ni.Sangat cantik dan sepadan sangat dengan suaminya.  Jom cuci mata dengan gambar2 ni dulu..hehe..  Aku,Ezma dan wani.  Irine tengah sibuk melayan tetamu.  Jeng..jeng..Cantikkan Irine..berbeza dengan aku yang 'comel' itu..haha..  Pengantin lama dan pengantin baru. Berbeza en suami dan suami si Irine ni..apapun aku sayang suami aku..:)  Aku dan wani dengan pengantin..Semua mata tak tau tengok kamera mana.Mata aku je yang betoi..  Candid..x sempat nak senyum ok  Kesian Irine penat melayan tetamu.  Irine Nadia Marcello  Wani dan ezmaliza ezrik. Kepada adik kesayangan Ezma.. Ezma tadi akk macam nak nangis sangat.Lepas ni jangan lupa akk tau.Ingat tak lagi masa first time kita jumpa?Masa tu kita nak shoot tudung kat masjid zahir.Masa tunggu ezma nak mai tu akak ketaq dan tak tentu arah tau.Masa tu akak risau kalau ezma x suka dengan tudung2 akak.Tapi lepas jumpa ezma akak terus sukakan ezma.Sebab ezma ni baik sangat.Seorang yang very humble.Abang faizal pun puji ezma tau.Lepas tu ingat tak ezma mai makan udang ketak kat rumah kak ayu.Akk risau jugak masa tu takut tak sedap.Tapi alhamdulillah ezma suka makan udang tu sampai ezma cakap tadi bawak balik KL 10 KG..Fuuhh dasyat betul penangan udang ketak. Ezma ingat tak kita shoot untuk paper Harian Metro??Ezma cantik sangat masa tu.Pandai ili mekap. Tadi masa hantar ezma kat kereta aduhh akk rasa sebak sangat.Akk tak tahu bila pulak nak jumpa ezma.Ezma jangan lupa ek mai kedah.Kalau mai sini mai ja tidoq rumah akak. Apapun ezma semoga ezma berjaya dunia dan akhirat.Nanti kawen jangan lupa panggil tau.Insyaallah akak dan abang faizal p.. Selepas je balik dari Perlis aku dan en suami p ambik anak sedara aku aka anak angkat ni p stadium darul aman.Kat sini ada Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah.Masa aku p ni banyak acara dah habis.So aku melawat je la gerai2 yang ada.Dapatlah aku beli buah manggis yang aku mengidam.  Semangat ja aku p stadium pakai jubah..hehe..  Ok..kereta aku diambik untuk buat pameran.Ramai jugak yang tangkap kereta aku ni..Terima kasih na sebab sudi ambik kereta ni.  Yang tadi kereta aku..Yang ni pulak kereta en suami aku..Depa ambik kereta suami isteri utk dijadikan bahan tontonan..  Peace!!!  Nurul Syazlina..Si kecik yang pandai cak[...]



KELIRU..:(

2012-07-05T12:31:28.988+08:00

Assalamualaikum..
Tajuk yang ringkas untuk hari ini dan jugak minggu ini.

Hari ini genaplah sudah 35 hari period aku tak datang.Aku sangat keliru dengan situasi sekarang ni.Masa aku p hospital bulan lepas aku ada tanya doktor kalau aku tak mai period dalam masa seminggu macam mana..Doktor suruh aku makan ubat turun darah.Tujuannya supaya aku dapat on clomid dan juga buat rawatan selanjutnya.

Sebelum aku makan ubat turun period yang diberi nama medroxyprogesterone aku cek upt dulu.Manalah tahu ada rezeki..tapi setelah dua kali aku buat hanya satu line je yang naik aku tekad makan ubat tu.

Sejak aku makan ubat tu perut aku rasa berangin semacam ja.Lepas tu rasa cekang sangat kat bahagian bawah perut.Maybe period nak turun kot.Tapi sampai hari ini x de apa yang turun..Aku nak taulah sapa2 pernah makan ubat ni??berapa hari period akan turun dan kalaula ada janin tapi kite makan ubat ni kemungkinan tak janin kita akan gugur??

Aduss diriku sungguh keliru..Ya Allah bantulah hambamu ini..

Catatan pendek untuk hari ini..



USAHA DAN IKHTIAR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.BUAT SEMENTARA WAKTU INI SAJA YANG MAMPU.

2012-06-22T16:46:09.257+08:00

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Syaaban..Sebulan saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling barakah iaitu bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik juga dah 3 tahun aku berkahwin dan 3 tahun jugak aku masih belum dikurniakan zuriat.Mungkin masih belum ada rezeki lagi. Sebenarnya sepanjang perjalanan hidup menjadi isteri selama 3 tahun bermacam usaha yang aku dah buat untuk dapatkan zuriat..Aku seronok tengok orang yang senang dapat anak..tup..tup..pregnant..On je pregnant..Tapi aku on off on off x pregnant pun..hihi..opss.. Tak pelah..mungkin bukan masanya lagi untuk Allah memberikan aku zuriat..Janji Allah swt tiada siapa yang tahu..betul x??Tetapi kita x bolehla duk diam aje..Kenalah ada usaha dan ikhtiar.Allah nak tengok sejauh mana usaha yang telah kita buat.Dan paling penting kenalah berdoa kepada Allah SWT..DIA Maha Mengetahui dan Memberi. Sekarang ni aku dah ada appoinment dengan hospital.So aku tak pergi dah ke rumah bidan atau mana2 yang orang bagitau..Sebabnya biarlah aku jalani rawatan moden ni pulak.Bukan aku tak pergi.Sebelum ni pun dah banyak bidan dan rawatan tradisional yang dah aku buat.Dari mengurut sampailah minum air kulit durian yang berusia 30 tahun.Semua dah aku buat.Minyak tanak aku sapu kat perut..Sirih aku makan dan sapu kat perut..Tapi masih belum ada rezeki.. Dan hari ini salah satu ikhtiar aku selain rawatan di hospital aku mencuba minuman jus delima dan susu kambing.Sebelum aku minum semua ni aku researh dulu keberkesanan semua minuman ni.Bukan main minum je.Nanti jadi apa2 aku yang susah..huhu..  Bukan untuk dijual..:) Ini adalah antara produk yang aku cuba. Aku beli kat kedai Istafa kat Bank islam jalan sultanah.RM7 sahaja.  Susu kambing..Alhamdulillah..Akhirnya aku dah jumpa susu kambing segar yang aku cari selama ini.Aku sebenarnya x lalu nak minum susu kambing ni.Tapi demi untuk mencapai satu harapan dan impian akan aku gagahi jugak untuk minum.Emm bukan minum macam ni saja tau.Susu ni akan diblend bersama kurma.Tadi aku p kedai Istafa dan beli buah kurma Yusuf Taiyoob..Hehe.. Nak blend pun ada cara2 nya tau : -Suami ambil segenggam kurma -Isteri ambil segenggam kurma -Masukkan dalam susu kambing dan blend. -Minum dari gelas yang sama sekali seumur hidup. Petua ni aku dapat dari Rancangan Al Kuliyyah kat tv3. Selain tu kat bawah ni ada petua dari kakak ni yang aku copy dari forum : Salam... Mummy pun minum susu kambing juga. Petua tu diberi oleh kawan mak dan mummy pun pernah terdengar kat TV petua ni. Katanya petua orang Arab lama.... Cara: 1. Amik segenggam kurma. 2. Campurkan ngan segelas susu kambing (mummy pakai paket punya jek tapi Mummy guna Honey Goat keluaran dHatiku). 3. Blend. 4. Minum. Buat selama 7 hari berturut-turut.  Selepas 7 hari, amalkan minum susu kambing bersama 7 biji kurma. Tapi Mummy tak berapa suka makan kurma, so Mummy blend juga.  Mummy amalkan bermula dari bulan Ogos 2010, Alhamdulillah bulan Disember 2010, rezeki Mummy pun sampai. Until now mummy masih amalkan minum susu kambing & kurma.  Tapi memang tak dinafikan la.... loya beb! Hari-hari dok telan benda tu je. Masa pregnant, ada gak hari-hari yang Mummy takleh telan. Dah telan, terkeluar balik! Hehehe..... Tapi skang Mummy ngelat.... letak air banyak-banyak & kurangkan kurma. So benda tu cair sket. Kalau tak, pekat!!! Ma[...]