Avatar for matzx
matzx
Rating: 84
Member since: 2009-01-02
Feeds: 1
Bookmarks
Bookmarks
Bookmark with Del.icio.us Digg it Bookmark with Furl
Submit to Reddit Bookmark with Yahoo
StumbleUpon Toolbar Bookmark with Technorati
Subscribe: Gali Duit Online / Rahsia Cari Duit Internet
Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes
Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader Add To Fwicki Add to Windows Live iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add to Feedage.com Groups Add to Spoken to You
Gali Duit Online / Rahsia Cari Duit Internet http://gali-duit.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Feed Statistics
Views 276 Feedage Grade B rated
Rating 0
Adult Score 0
Added 2009-01-02 11:28:00
Added By matzx
Media n RSS Type RSS20
Niche Language Malay
Tags:adsence  akan  anda  artikel  blog  boleh  dari  dengan  google  ingin  ini  internet  kepada  saya  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed

Comments (0)

Sponsored Links:
Preview: Gali Duit Online / Rahsia Cari Duit Internet
Some Rights Reserved

Gali Duit Online / Rahsia Cari Duit Internet



Sumber Tips Perniagaan Internet. Bongkar Rahsia Cari Duit.



Last Build Date: Sat, 19 Dec 2009 16:15:05 +0000

 



Teknik SEO ( part 1 )

Thu, 09 Jul 2009 09:23:00 +0000

Salam hormat kepada pembaca sekalian.Setelah kira-kira 2 minggu melakukan kajian dan analisis mengenai Teknik SEO, banyak ilmu dan informasi berguna yang saya dapat. Semuanya dari blog-blog, bahan bacaan yang saya beli dan beberapa e-book percuma yang saya download. Disini saya rangkumkan teknik Teknik SEO yang akan menaikkan rangking blog anda.Kebanyakkan blog-blog baru mempunyai PR 0, dan ini merupakan perkara biasa kepada sesiapa yang membuat blog untuk kali pertama. Kita semua bermula sebagai Newbie semasa menceburi bidang blogging. Jangan risau, banyak teknik-teknik SEO yang anda boleh pratikkan untuk mendapatkan menaikkan Page Rank blog anda. Ini adalah antara teknik yang saya selalu gunakan semasa membuat blog kali pertama.1. Analisis keyword-keyword yang selalu di cari/taip oleh pengguna Internet.Ini antara beberapa free keyword tools yang anda boleh gunakan,Free Keyword Tracker Tool Keyword DiscoveryNiche Bot ClassicKeyword suggestionsetiap satu tools diatas mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi gunakan yang tools yang betul-betul anda senang menggunakannya. Selain itu, terdapat software keyword yang anda boleh download percuma iaituKeyword ExplorerSaya sering menggunakan tools keyword suggestion dan Software Keyword explorer kerana mudah digunakan.Sekiranya anda ingin melakukan kajian secara manual, anda boleh melakukannya dengan menaip keyword di search box. Sebagai contoh, anda menaip "SEO", terdapat kira-kira 265,000,000 website/blog yang bersaing untuk keyword tersebut.Jadi gunakan keyword yang mendapat hits tertinggi dikalangan pengguna internet sekirannya anda ingin blog anda mempunyai traffic tinggi.Jadi yang paling penting untuk bersaing dengan website-website lain adalah dengan menggunakan Meta Tags. Penggunaan Meta tags adalah mempercepatkan blog/website anda mendapat rank yang tinggi untuk keyword-keyword tertentu. Memang selalu digunakan dan memang amat penting kepada sesiapa yang menceburi bidang blogging untuk melakukan Meta Tags bagi setiap blog yang dihasilkan.Ini adalah antara tools yang membolehkan anda membuat tags dengan cepat dan pantas.Meta Tags GeneratorSekiranya anda ingin engine carian menyenaraikan blog anda, pastikan anda mempunyai keyword tajuk yang sesuai.Sebagai contoh, anda ingin menggunakkan keywordCari duit,Buat duit,Blogging,pastikan anda menggunakan simbol " | " berbanding menggunakan "dan" atau "/" . Symbol ini berada di atas Enter key.Setelah siap, ini mempercepatkan lagi blog anda untuk disenaraikan di engin carian. [...]



Rahsia Traffic Tinggi ( Bhgn 3 )

Sun, 28 Dec 2008 00:17:00 +0000

Salam hormat kepada semua.Hari ini memang meletihkan. Dari semalam sampai pagi saya sedang membuat eksperimen mengenai teknik SEO yang betul-betul berkesan. Menggunakan blog yang berbeza-beza, sehingga kan saya buat 5 blog baru, hanyalah untuk uji teknik SEO ini. Nak tahu teknik apa yang saya gunakan, tunggu post minggu depan.Sebenarnya hari ini saya ingin membincangkan sambungan topik Rahsia Traffik Tinggi bahagian 3. Ramai dikalangan blogger-blogger Malaysia telah mula membuat blog. Ada dikalangan kita selalu tulis artikel baru dalam blog tetapi tiada pelawat yang baca. Mengapa terjadi begitu ? Oleh itu di sini saya dedahkan rahsia yang anda tidak perlukan sebarang modal, tetapi usaha yang berterusan untuk mendapatkan traffik tinggi. Semakin kuat anda berusaha, semakin banyak pelawat yang daang ke blog anda. Sekarang saya dedahkan 'Rahsia Traffik Tinggi' bahagian 31. Penggunaan e-melTahukah anda penggunaan e-mel amat berkesan untuk menarik perhatian pembaca internet. Sekiranya anda meletakkan signature/link didalam e-mel, ini secara tidak langsung memberi pelawat percuma ke blog anda. Hanya gunakan teknik ini semasa menghantar e-mel ke rakan-rakan, sudah pasti adayang akan klik link tersebut. walaupun kita biasa dengar teknik bookmark dan RSS, tapi jangan sesekali melupakan teknik ini. ( Jangan pula spam kawan-kawan supaya pergi ke blog anda )2. Penggunaan Friendster, facebook,myspace,hi-5Ini merupakan teknik yang paling senang untuk mendapatkan traffik mudah ke blog anda. Contohnya, saya mempunyai akaun friendster, jadi langkah yang saya lakukan adalah create blog di friendster. Di blog tersebut, saya masukkan maklumat mengenai blog Gali Duit Online ini dengan link sekali. Selain itu, anda boleh menyertai group di friendster dan tinggalkan link blog anda di bahagian announcement atau semasa menyertai forum di group. Walaupun tampak mudah, tetapi anda boleh mendapat kira-kira 3 unique visitor sehari.3. Upload video youtube Cuba cari video-video yang berkaitan dengan tajuk anda di Youtube, setelah anda berjumpa, pastikan video tersebut mempunyai hits yang tinggi dikalangan pengguna internet. ( Hanya amik video yang mempunyai hits tinggi ) . Cuba uploadkan ke blog anda dan masukkan tajuk video yang sama semasa diambil dari youtube. Secara tidak langsung, ada kemungkinan pengguna internet yang ingin mencari video berkenaan akan melawat blog anda untuk melihat video tersebut kerana mempunyai tajuk yang sama.4. Buat E-Book PercumaIni merupakan langkah jangka panjang yang membolehkan blog anda sentiasa dilawati dari tahun ke tahun. Pastikan e-book yang dibuat tidak lah mempunyai tajuk yang umum, contoh nya, anda ingin menghasilkan e-book mengenai buat duit di internet. Tetapi janganlah mengunakan tajuk "Buat Duit di Internet", kerana terdapat banyak buku sebegitu di pasaran. Spesifikkan seperti "100,000 pelawat ke blog anda dalam masa 2 minggu", maka ini memudahkan buku yang anda hasilkan mendapat tempat dikalangan pengguna internet. Masukkan link-link ke blog anda dari e-book berkenaan.Ini hanyalah kaedah mendapatkan traffik secara percuma. Tetapi kebanyakkan blogger mengabaikannya. Oleh itu, cuba pratikkan dari sehari ke sehari . Sedikit sebanyak dapat membantu anda menaikkan rangking blog anda dan mendapat pembaca setia.Artikel-artikel yang berkaitan dengan tajuk iniRahsia Traffic Tinggi Bahagian 1Rahsia Traffic Tinggi Bahagian 2Terima satu e-book percuma ini : Social Networking Exposed [...]



Fair Ads Network antara yang terbaik

Sat, 27 Dec 2008 13:19:00 +0000

Terdapat banyak alternatif yang anda dapat pilih selain AdSence. Oleh itu saya telah membuat ujikaji terhadap syarikat-syarikat pengiklanan yang baru dilancarkan pada tahun 2008. Antara salah satu yang terbaik adalah Fair Ads Network. Ia mula dilancarkan pada tahun 29 april 2008, kini merupakan syarikat pengiklanan yang dianggap terbaik kepada Advertiser dan Publisher.Apa yang saya lihat fokus syarikat ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat yang ingin mengiklan kan jenama atau produk mereka ( advertiser) yang gagal mendapat keuntungan, disamping menyediakan kemudahan buat duit kepada publisher. Ini bermaksud, advertiser dan publisher mendapat keuntungan bersama. Selain itu, Fair Ads Network yang turut dikenali sebagai Fan, telah memberi peluang kepada publisher untuk menggunakan ads syarikat pengiklanan yang lain, oleh itu anda boleh meletakkan iklan Google Adsence, Fair Ads Network dan Bidvetiser tanpa sebarang masalah. Apabila anda berdaftar dengan FAN, anda tidak perlu risau di ban oleh FAN tanpa sebab kerana mereka bersungguh-sungguh untuk mengekalkan anda sebagai Publisher dalam syarikat mereka.Antara beberapa kelebihan yang terdapat dalam Fair Ads Network (FAN) ialahMemberi anda peluang untuk memilih ads yang akan dipamerkan diblog andaMemberi peluang kepada sesiapa sahaj untuk menyertai sebagai Publisher secara percumaMemberi peluang untuk anda mempamerkan ads dari syarikat pengiklanan berlainan dalam satu blogBoleh memilih sama ada mendapatkan bayaran melalui paypal,check atau E-GoldBoleh memilih untuk mengeluarkan income anda apabila mencapai $ 20.Tidak ban akaun anda walaupun terclick akaun sendiri. Pihak FAN akan menyimpan log dan menghantar maklumat kepada anda sekiranya terdapat fraud click sebagai langkah berjaga-jaga.Mendapat 6o% daripada click yang dibuat. Ini bermaksud sekiranya advertiser membayar $2 untuk iklan tersebut, anda akan mendapat $1.20 bagi setiap click.Terdapat banyak channel yang anda dapat pilih untuk di iklan kan ke blog anda. Ini memberi kelebihan untuk anda memilih iklan yang sesuai dengan content blog.Tidak fokus kepada keyword-keyword yang penting.Boleh meletakkan iklan yang dalam format Rich MediaAkan apporve blog anda sebagai publisher dalam masa kurang 24 jam. Gerenti.Kelebihan yang memang jarang sekali kita jumpa di kalangan syarikat pengiklanan online antarabangsa. Walaupun hanya dibenarkan meletakkan 2 ads bagi setiap page, saya sememangnya amat berpuas hati dengan ciri-ciri yang ada pada FAN dan juga foundernya iaitu Kevin Lim. Dianggap syarikat yang baru bertapak dan masih lagi kecil, tetapi telah memulakan langkah yang besar untuk menjadi syarikat yang terbaik dikalangan yang terbaik. Penyebab utama saya berminat menggunakan khidmat FAN adalah, sebarang masalah atau persoalan mengenai Fair Ads Network yang saya utarakan kepada mereka, seperti 'masalah untuk install ads di blog' mendapat jawapan yang pantas dalam masa kurang 24 jam. Tetapi, untuk menjadi publisher mereka, pastikan blog anda mempunyai kandungan berbahasa inggeris sebanyak 50 %. Jadi tidak sesuai kepada individu yang menghasilkan blog 100% dalam bahasa Malaysia atau bahasa Indonesia.Bagi saya tidak salah untuk anda mencuba sesuatu yang baru, dan ini mungkin langkah pertama anda untuk mendapatkan income yang banyak selain AdSence.Mari Cari Duit bersama Fair Ads Network [...]



Alternatif Adsence, Bidvertiser

Fri, 26 Dec 2008 13:22:00 +0000

Banyak syarikat pengiklanan yang ada di internet, tetapi hanya satu syarikat yang memberi jumlah pendapatan tertinggi kepada blogger-blogger, iaitu Google AdSence. Tiada yang dapat mencabar Google Adsence, selain Yahoo Publisher Network yang diwar-warkan akan memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding Adsence. Tetapi sedarkah anda, hanya kira-kira 40% sahaja dikalangan blogger yang mendapat pendapatan melalui Google Adsence, selebihnya akaun publisher mereka diban(ditamatkan) oleh Google. Jadi kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan sekiranya Adsence menamatkan akaun kita. Jadi salah satu alternatif yang kepada Google Adsence ialah Bidvertiser. Oleh itu, dalam artikel ini saya akan menerangkan pengalaman saya semasa mencuba Bidvertiser .Bidvertiser mempunyai beberapa kelebihan setanding dengan AdSence dan merupakan alternatif terbaik kepada sesiapa yang telah di ban oleh Google Adsence. Tiada sebarang masalah jika anda ingin meletakkan iklan Bidvertiser dan AdSence dalam satu blog, malah Google membenarkanya. Bidvertiser juga merupakan salah satu program pengiklanan yang menggunakan pendekatan lembut walaupun terdapat fraud clik, dan akan memberikan notis amaran supaya mengambil langkah berjaga-jaga.Kelebihan-kelebihan Bidvertiser selain Google Adsence ialahAds control : Bidvertiser memberikan anda peluang untuk mengawal ads yang akan muncul, dengan memilih advertiser yang membuat bid tertinggi, berbanding Google AdSence, anda tidak dapat mengawal keyword dan advertiser yang masuk di iklan anda.Keperluan : Bidvertiser memberi peluang anda mengawal sepenuhnya iklan-iklan yang dipamerkan tanpa memberi sebarang larangan berbanding Google AdSence yang cerewat dan melarang anda meletakkan iklan mereka di website yang mempunyai flash content, dan isi kandungan yang sedikit.Pay per Click (PPC) : Anda mendapat nilai PPC yang tinggi apabila ada Advertiser yang bid paling tinggi untuk iklan di website/blog anda.Bayaran : Anda boleh mengambil bayaran daripada Bidvertiser apabila mencapai minimum $10 dengan menggunakan pay pal. Atau sekiranya anda lebih selesa mendapatkan check, anda perlu menunggu sehingga bayaran anda mencapai $50.Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Bidvertiser dikalangan top 10, syarikat pengiklanan online yang terkenal di dunia. Selain itu, terdapat progam referral yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan faedah maksimum dari program ini. Sila klik banner ni sekiranya anda ingin mendaftar secara PERCUMA dengan Bidvertiser.Banyak lagi kelebihan apabila menyertai Bidvertiser. Mulakan langkah pertama anda untuk mencari pendapatan selain dari AdSence dan anda akan mengalami sendiri bersama Bidvertiser. [...]



Rahsia Traffic Tinggi ( Bhgn 2 )

Fri, 26 Dec 2008 00:09:00 +0000

Salam hormat kepada pembaca.Terdapat banyak cara untuk mendapatkan traffic ke blog anda, saya sudah terangkan pada bahagian pertama tajuk ini. Sekarang kita beralih ke bahagian 2, untuk mendapatkan traffik secara mudah dan cepat. Sudah pasti anda ingin blog anda di kunjungi oleh orang ramai, tetapi perkara yang paling penting, pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya 6 artikel dalam blog, sebelum anda berfikir untuk mencari traffic yang tinggi.Hari ini saya akan terangkan 6 langkah mudah untuk mendapatkan traffik.Boldkan keyword utama : Untuk memudahkan engine carian mengesan kandungan blog anda, pastikan anda bold kan keyword-keyword yang penting. Teknik ini banyak digunakan oleh blogger-blogger untuk mendapatkan hits dari keyword-keyword yang di bold kan atau highlight. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menulis artikel tentang Cara Mendapatkan Traffic, pastikan perkataan traffic di boldkan.Gunakan Press Release : Teknik ini mudah digunakan untuk kandungan blog yang berbahasa Inggeris sahaja, kerana perkhidmatan press release untuk bahasa Malaysia amat kurang.Gunakan perkataan yang sesuai untuk gambar : Sebenarnya ini merupakan teknik yang paling mudah diaplikasikan. Blog saya mendapat 4- 7 unique visitor dari individu yang mencari gambar-gambar di engine carian. Yang paling penting, gunakan perkataan yang sesuai untuk gambar-gambar tersebut.Hantar URL blog ke engine carian : Bagaimana pelawat boleh mencari blog anda sekiranya blog anda tidak terdapat di engine carian. Gunakan cara pantas dan senang, hantarkan nama URL anda ke SUBMIT EXPRESS penyedia perkhidmatan percuma ini yang akan menghantar URL Blog anda ke lebih 40 engine carian. (Perhatian : jangan menghantar nama url blog anda lebih dari sekali dengan menggunakan perkhidmatan ini, supaya tidak dianggap spam oleh engine carian )Hantar kan URL blog ke blog directory : Dengan menghantar url blog anda ke sini, maka peluang untuk anda mendapat traffic amat tinggi. Antara tempat anda boleh menghantar url blog anda ialahJawab soalan yang di Answer Yahoo! : Terdapat beribu-ribu orang mencari jawapan di Answer Yahoo!. Jawab soalan yang dikemukakan dan masukkan URL blog anda disitu. Sudah pasti ada yang akan melawat blog anda sekiranya anda memberikan jawapan yang bernas. [...]



Click adSence sendiri. Apa nak buat ?

Thu, 25 Dec 2008 09:11:00 +0000




Terima kasih kerana melawat blog ini.

Tentang click yang dibuat tidak sengaja memang banyak berlaku dikalangan blogger-blogger tempatan. Kebanyakkan blogger tidak melakukan tindakan pantas untuk melaporkan kepada Google Adsence tentang apa yang berlaku, ini menyebabkan akaun mereka ditamatkan. Google dapat mengesan fraud click dari IP adress yang anda gunakan untuk log in akaun Google dan Blogger. Jadi sekiranya anda telah melakukan tindakan click adSence sendiri tanpa sengaja, maka anda boleh melaporkan kepada adsence. Tulis surat seperti ini dan hantar kepada Adence Support. Gunakan e-mail yang anda daftarkan dengan adsence.


To : Google Adsence ( adsence-support@google.com)
Subject : Suddenly click my ads

Hello,

I clicked my own ads without thinking. Got an add on my blog page for _____( Your blog name ), and i very curious to know about the ads. Without a second thought, i clicked on it.

Please deduct any payment i have made from the clickthru and credit advertiser's account. Click time was t apporoximately about _____(time) with final landing page link http://____ ( your Blog )

Sorry for the hassle!

Your name


Sekiranya anda hanya klik adSence sendiri sekali sahaja, ini tidak akan membuatkan akaun anda ditamatkan. Akaun AdSence anda akan ditamatkan apabila Google AdSence mengesan IP adress yang sama klik ads di page blog anda berulang kali. Selalunya pihak AdSence akan mengesan IP adress yang membuat fraud click ini apabila wang di dalam menghampiri $50. Sekiranya ada persoalan, sila komen di bawah.

Anda rasa post ini berguna untuk anda ? Silalah langgan Full RSS saya supaya tidak terlepas sebarang artikel menarik. Selain itu, juga boleh langgan atau langgan RSS melalui E-mel dan setiap post baru akan dihantar terus ke dalam email anda. Jangan risau, e-mel anda akan disimpan secara selamat dan saya berjanji tidak menghantar spam ke e-mail anda.





Apa itu Blogstarz ?

Tue, 23 Dec 2008 15:26:00 +0000

Salam hormat kepada pembaca blog Gali Duit.Pada hari minggu dulu, semasa sedang asyik menonton Berita di TV 3, tiba-tiba muncul iklan mengenai Blogstarz. Saya pun tidak pasti apa itu blogstarz pada mulanya, kemudian mendengar penerangan yang diberikan, saya berminat untuk mencari apa itu 'Blogstarz'. Dengar bunyi memang hebat. Jadi mari kita selidik, apa itu blogstarz?Kemunculan Blogstarz dianggap sebagai memperkenalkan blog kepada orang yang kurang arif mengenai IT dan sebagai salah satu lubuk untuk 'buat duit. Ini dikukuhkan lagi dari laporan yang menyebut Syarikat Tager Media Sdn Bhd(TMSB) yang melahirkan blogstarz pada 31 Ogos 2008 telah mencatat keuntungan kira-kira RM 500,000 sebulan melalui pakej pengiklanan dan pakej blogger yang disediakan. Sebenarnya Syarikat TMSB merupakan anak syarikat Oversea Delight Group Company yang mempunyai pengalaman kira-kira 5 tahun dalam Teknologi Maklumat (IT).Bunyi memang agak mengemparkan bagi sesetengah pihak, dimana syarikat memperoleh kira-kira setengah juta ringgit dalam sebulan. Pada mulanya, saya turut tidak percaya, tetapi berdasarkan modal yang amat besar dilaburkan yang oleh syarikat kira-kira 5 juta, jadi tidak mustahil jika boleh mendapatkan keuntungan sebegitu.Tetapi terdapat beberapa kegusaran yang melanda kepada blogger-blogger kerana program yang dijalankan dikatakan kurang kukuh. Saya tidak mahu komen sebarang isu mengenai blogstarz, tetapi hanya ingin memberi pendapat.Adakah menyertai program sebegini akan memberi kemampuan untuk anda mencari duit dengan blog ? Persoalan ini patut muncul di fikiran anda sebelum menyertai mana-mana program. Sila selidik dahulu dari mana-mana sumber sebelum memasuki sesuatu program, dan jangan mudah terpedaya dengan helah 'buat duit' dari blog. Apa yang saya lihat, apabila memasuki blog-blog blogstarz, saya nampak satu kekurangan yang amat ketara.Antaranya adalah interface yang kurang menarik, seperti fokus kepada mengiklan kan sesuatu. Kita pun sedia maklum, pengguna internet ingin mencari maklumat dan info yang berguna apabila melayari interet, bukan ingin mencari iklan. Mungkin disini pihak pengurusan Blogstarz sendiri boleh membuat perubahan kepada sistem mereka, dimana menfokuskan kepada kualiti blog itu sendiri dan bukan kuantiti iklan yang dipaparkan dalam satu blog. Ikut statistik, dari 100 orang yang melawat blog itu, hanya ada 2, 3 orang je klik iklan di blog.Dari segi template yang disediakan, memang agak kurang memuaskan bagi sesetengah pihak yang menyertai Blogstarz, dimana kurang menarik dan agak kebelakang berbanding penyedia blog yang terkemuka seperti blogger blogspot, wordpress, diary atau Yahoo 360 walaupun mengenakan bayaran RM 99 untuk satu blog blogstarz. Saya gambarkan seperti kita yang pergi ke pasar malam kerana ingin membeli buah-buahan seperti oren. Berapa banyak kah diantara kita yang akan memilih buah oren yang mempunyai luaran yang kurang menarik( seperti warna yang agak kusam, buah kelihatan tidak segar ) ? Jadi dari sini saya menekan kan, pengunaan interface sebagai peranan penting untuk pengguna internet melawat blog anda selain post-post yang dipaparkan.Saya turut melawat beberapa forum yang hangat membincangkan tentang blogstarz. Antara banyak pihak kurang berpuas hati adalah mengenai click share iaitu, setiap ahli blogstarz boleh mendapat keuntungan dari click iklan sendiri secara pembahagian bersama antara mereka. Saya juga terjumpa forum blogstarz yang menggalakkan klik iklan sendiri, saya tidak menuduh, tetapi ini buktinya, cuba anda lihat dibawah.Click untuk lihat lebih besar.Saya lihat perkembangan ini adalah amat tidak sihat. Mendapatkan duit dengan 'click ads sendiri'. Sekiranya ini berlaku untuk jangka panjang, tidak banyak syarikat yang ingin mengiklankan iklan mereka di blogstarz kerana aktiviti tidak sihat ini berlaku. Saya amat yakin pihak Google telah ban ahli-ahli Blogstarz menyertai Adsence kerana hanya ada iklan dari '[...]



AdSence Anda Dalam Bahaya

Mon, 22 Dec 2008 17:53:00 +0000

Terima kasih kepada pembaca sekalian, Adsence anda dalam bahaya ? ya, sekiranya anda melakukan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan setelah mendaftar akaun dengan google Adsence. Lebih senang sekiranya saya terangkan mengenai genuine click dengan non-genuine click. Genuine Click oleh pelawat blog anda Click oleh pelawat anda kerana perasaan ingin tahu yang tinggi dan mencari info di sebalik iklan di blog anda.Click dengan keiginan pelawat dan bukan disebabkan ingin membantu anda mendapat ctr yang tinggi.Click oleh pelawat yang datang ke blog andaTiada maksud klik dari diri sendiri kerana perasaan ingin tahu ( sekiranya anda ingin mengetahui mengenai website yang dipaparkan di iklan blog anda, COPY DAN PASTE URL WEBSITE TERSEBUT, KEMUDIAN, LAWAT MELALUI URL )Non Genuine Click oleh pelawat blog anda Memberitahu rakan-rakan, keluarga atau saudara mara untuk membantu anda mendapatkan duit dengan menklik iklan di blog anda.Anda menyuruh pelawat anda klik iklan anda, dengan maksud tersembunyi seperti "jangan lupa klik di iklan, sebagai hadiah untuk saya" atau "belanja saya minum kopi dengan klik iklan ini" atau "jom klik adsence beramai-ramai "Menggunakan software generate click untuk membanyakkan ctr anda.Hantar e-mail spam ke rangkaian group atau kawan-kawan anda untuk melawat blog anda dan klik iklan di blog.Menggunakan komunikasi melalui, chatting, telefon dan lain-lain untuk menyuruh clik iklan.Menubuhkan satu kumpulan untuk klik iklan sesama sendiri diantara blog/website sendiri.Kita sebagai salah seorang Adsence Publisher harus mengikuti dan menghormati Adsence Advertiser. Click yang Non Genuine ini akan memberi kerugian kepada Adsence Advertiser, dan Google sendiri. Sudah banyak blog/website yang telah ditendang dari menyertai program adsence ini kerana melanggar terma peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Google. Sekiranya anda telah diban Google, maka tiada harapan lagi untuk anda menyertai adsence. Ingat Google telah ban 60% akaun adsence di seluruh dunia. Jadi beringat sebelum kena.Anda rasa post ini bagus atau membantu anda? Jadi jangan lupa melanggan RSS saya supaya tidak terlepas artikel yang menarik. Terima kasih [...]



Rahsia Traffic Tinggi

Sat, 20 Dec 2008 17:07:00 +0000

Salam hormat saya ucapkan kepada para pembaca.Setelah berfikir sejenak lalu, pening rasanya hendak membuat artikel malam ni. Maklum lah, musim cuti banyak kenduri kahwin. Jadi sudah banyak makanan yang disumbat dalam perut Ini. Mungkin esok kena pergi senaman. Oh, Sebenarnya hari ini saya ingin menceritakan tentang cara-cara mendapatkan traffic ke blog anda. Cara ini mudah dan senang dipratikkan.Kadang-kadang kita terfikir jugak, macam mana nak tingkatkan traffic ke blog sendiri. Artikel yang buat dah bagus, tetapi kenapa kurang je orang datang. Sebenarnya, perlu ada teknik-teknik yang betul untuk menjadikan reader anda bertambah. Saya sudah mengaplikasikan kesemua langkah-langkah ini sebelum ini. Antaranya1.Post artikel baru selalu dan berkualitia.Kalau hendak tarik pembaca ke blog anda, selalu lah untuk post artikel-artikel baru yang berkualiti. Jadi, reader-reader anda, ada sebab untuk kembali ke blog anda.b.Pastikan artikel yang anda hasilkan mempunyai kualiti tersendiri menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh pembaca. Jadi reader akan tertarik dan akan kembali ke blog anda lagic.Anda juga boleh selitkan gambar-gambar, video atau ayat yang menarik didalam artikel/post anda.d.Sila jangan copy bulat-bulat dari blog orang lain dan letakkan ke blog anda (duplicate content). Kalau anda sendiri fikir, anda pasti tidak suka apabila seseorang meniru dari anda. Jadi pandai-pandai ingat. Edit bahagian artikel yang dicopy dengan ayat sendiri dan ulasan sendiri. 2.Pastikan RSS button senang dilihat.a.Jadi mudah untuk reader untuk melanggan artikel anda 3.Reply commenta.Reply comment yang diberikan oleh reader anda. Sekiranya reader anda menghantar soalan melalui e-mel, copy paste soalan itu dan masukkan dalam comment blog anda.4.Luaskan kenalan anda dengan blogger laina.Anda cari blog-blog yang mempunyai kaitan sama dengan anda,b.Letakkan komen anda sendiri di blog mereka, kemudian letakkan link anda dibahagian kolum comment blog mereka. Selalunya saya comment dahulu, kemudian, copy 1 paragraph dari artikel saya, letakkan link, kemudian tulis, sila klik untuk maklumat lanjut.c.Cara kedua ialah, mintak blogger tersebut masukkan links blog anda dalam blog dia melalui e-mel. Anda pun turut masukkan link blog dia dalam blog anda. 5.Tinggalkan komen anda di forum-forum a.Tinggal kan komen anda di mana sahaja tajuk perbincangan yang menyerupai kandungan blog anda. Lakukan seperti ini, letakkan komen anda sendiri, kemudian letakkan link anda dibahagian kolum comment blog mereka. Selalunya saya comment dahulu, kemudian, copy 3 paragraph dari artikel saya, letakkan link, kemudian tulis, sila klik untuk maklumat lanjut. ( sama macam teknik diatas )6.Tulis artikel untuk blog orang laina.Tulis sesuatu artikel mengenai sesuatu dan hantar kepada rakan-rakan blog anda melalui e-mel. Kemudian pastikan ada back link ke laman blog anda . Rasanya, baik anda mencuba langkah diatas. Saya yakin anda dapat meningkatkan traffic ke blog anda sebanyak 30% mulai sekarang. Rasanya tidak ada lagi alasan yang mengatakan bahawa anda mempunyai traffic yang sedikit ke blog anda. Peruntukkan hanya beberapa jam untuk kaedah-kaedah diatas, Saya yakin dalam masa seminggu, pasti akan ada hasilnya . Bersambung dengan artikel yang sama dalam bahagian dua ( Teknik yang saya gunakan untuk meningkatkan jumlah reader sebanyak 3 kali ganda ) [...]



Buat Duit Melalui Artikel (Part 1 )

Fri, 19 Dec 2008 08:08:00 +0000

Salam hormat kepada pembaca budiman.Sekiranya anda merupakan pakar dalam sesuatu perkara dan ingin pendapat anda dikentengahkan dan dibaca oleh ramai orang. Oleh itu, mungkin anda boleh menimbang untuk menulis sesuatu dan menghantar ke laman web sepatutnya. Selain itu mendapat duit dari artikel yang anda hasilkan, nama anda turut dikenali orang ramai.Dibawah adalah laman web yang menawarkan khidmat yang berbunyi sperti ini , “anda tulis artikel untuk kami, kami bayar untuk anda”. Anda perlu membaca dan mengikut Term & Service yang ditetapkan sebelum menulis sesuatu artikel.Be A Guide (About.com)Kebanyakkan yang menulis artikel disini adalah diantara pakar-pakar. Anda boleh menulis artikel tanpa sebarang tekanan dan bila-bila saja anda boleh menulis.BlogBurnerMerupakan cara alternative kepada sesiapa yang ingin membuat duit tanpa perlu menyelenggara blog. Caranya a.Buat akaun dengan Blog Burner b.Register Google Adsence c.Tulis artikel di dalam “blog” di laman web mereka d.Tulis sebanyak yang anda mahu. No limit. e.Kemudian, pihak diorang akan sediakan adds untuk anda. f.Anda dapat duit dari adds yang diletakkan kan artikel anda.BloggerwaveTulis tentang product/barang tertentu yang disuruh. Kemudian letak artikel itu kat blog sendiri. Pengendali program ini akan bayar.Memang sesuai kepada sesiapa yang ingin cari duit lebih selain adsence –ps: ini saranan saya)BlogitiveDaftar secara percuma dan blogger yang terpilih untuk masuk program ini perlu tulis tentang berita dari syarikat-syarikat tertentu di blog. Dibayar setiap posting.BlogsvertiseSama jugak macam Blogitive. PayPerPostTulis tentang product, website dan service. Boleh jana pendapatan tinggi.Ps: Saranan sayaOh sebelum itu, pastikan idea dan artikel anda ditulis dalam bahasa Inggeris. Semoga membuat duit dari kaedah ini. Nantikan bahagian 2 mengenai artikel ini.Ps-dulu ada jugak buat duit guna cara ini, tetapi sibuk dengan belajar. So, benda ni kena hold dulu. Tapi senang-senang je saya dapat duit. Sebenarnya ada banyak lagi laman web yang boleh buat duit guna kaedah ini. Nanti kalu ada masa, saya terbitkan e-book percuma sendiri, gabungkan semua artikel dulu dalam satu buku. hoho [...]



Yahoo ads

Thu, 18 Dec 2008 20:47:00 +0000

Dengan rasminya pada 24 september 2008, Yahoo telah mengumumkan pelancaran apt from Yahoo! iaitu salah satu program pengiklanan atau dikenali sebagai Yahoo ads. Rekabentuknya sama seperti Google adsence. Ini adalah antara image-image nya
Ini merupakan program BETA iaitu masih lagi diperingkat ujian. Tetapi buat masa kini, hanya penduduk di America Syarikat sahaja boleh menyertainya . Jadi penduduk yang menetap selain US tidak dibenarkan menyertainya lagi. Sekiranya anda ingin maklumat lebih lanjut mengenai program Yahoo! adds ini, sila layari laman web ini
Kemungkinan besar, apabila program ini berjaya di peringkat BETA, maka ia akan dibuka untuk orang ramai. Jadi kalu sape-sape hendak cari pendapatan selain Google Adsence, be ready.





Mengedit Layout Blogger

Thu, 18 Dec 2008 09:14:00 +0000

Terdapat permintaan daripada seorang pembaca yang bertanya bagaimana ingin mengedit layout melalui e-mel.Jadi disini saya terangkan beberapa cara untuk mengedit layout. Saya terangkan menggunakan gambar dibawahCuba tekan page element, dari bahagian layout. Anda akan nampak beberapa element disitu. Sekiranya anda ingin mengedit atau mengubah gadget disitu, anda hanya perlu tekan add gadget.Cuba anda lihat, terdapat banyak gadget yang disediakan oleh google. Pilih sahaja yang berkenan dihati. (^_^)Setelah anda berpuas hati, preview dahulu, kemudian save.Terdapat juga bahagian yang membolehkan anda mengubah warna font, dan saiz font.Selain itu terdapat satu element yang dipanggil edit HTML code. Disini anda akan dapat mengubah interface atau background bagi blog anda.Anda dapat mengubah interface blog anda apabila anda mengubah code html disini. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut. Sekiranya anda ingin menukar interface blog anda, hanya salin semua html code itu, dan masukkan di sini. Kemudian save. Anda akan mempunyai interface baru. Kebanyakkan template bagi code html ini disediakan percuma diinternet. Disini saya sediakan website yang menawarkan template blog percuma yang popular. Hanya klik disini.Blogger TemplateBlog SkinFinalsence Blogger Template50 Beutiful Blogger Templateeblog templateSekiranya anda perlu mendownload html code ini,maka gunakan button browse dan upload ke halaman blog anda. Kemudian save dan paparkan.Cukuplah disni. Sekiranya ada sebarang persoalan, sila comment di bawah. [...]



Membuat Blog

Wed, 17 Dec 2008 16:46:00 +0000

Sekiranya ingin mencari pendapatan, mulakan dengan membuat blog. Amat mudah dan senang sekali.

Banyak service provider yang menawarkan membuat blog secara percuma. Open Diary, Online Diary, live journal, blog flux, blogger dan wordpress.

Antara blog yang kita sering lihat di engine carian adalah blog dari blogger atau wordpress. Kedua-dua blog ini mempunyai kelebihan masing,-masing. Lebih mudah sekiranya saya menerangkan cara membuat blog menggunakan blogger.

Msuk ke engine carian, dan masukkan keywords Blogger. Kemudian click ke
Setelah masuk ke laman web tersebut, pastikan anda mempunyai akaun di google. Sekiranya tiada, sila klik di sini. Sign up for Gmail

Untuk pembaca yang sudah ada akaun diGoogle, sila login menggunakan e-mail dan password anda.

Telah tiba ke peringkat sterusnya. Click create blog. Kemudian ikut langkah-langkah sterusnya. Pastikan nama yang dipilih adalah unik.


Setelah siap diisi, klik submit, Kemudia, blog anda telah tersedia.
Anda hanya perlu membuat post artikel-artikel baru didalam nya.

Kemudian tekan post. Cuba tekan view blog, anda akan lihat artikel yang anda buat telah ada di
blog

Selamat mencuba.
Sekiranya anda memahami segala yang diterangkan, sila komen di bawah. Terima kasih.





Kriteria-Kriteria Untuk Mendaftar AdSence

Tue, 16 Dec 2008 05:02:00 +0000

Sebelum anda mendaftar dengan adsence, pastikan anda sudah ada beberapa persediaan untuk membolehkan anda menyertai program adsence ini dan diterima oleh pihak Google. Biar saya beritahu perkara yang sebenar. Untuk menyertai program ini agak susah dan Google amat memilih untuk blog atau website yang boleh menyertainya. Saya buat dengan sekali sahaja percubaan, dan terus diterima. Saya akan berikan tips-tips yang saya gunakan antaranya

Isi kandungan blog/website

Saya pun tidak pasti bagaimana Goole menerima atau menolak sesuatu blog. Tetapi yang saya pasti adalah isi kandungan blog merupakanperkara pertama yang diteliti. Saya merasakan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang mudah diterima untuk menyertai adsence. Ini untuk memudahkan pihak Google meneliti sesuatu blog. Sebab itu blog pertama saya merupakan blog yang berbahasa Inggeris. Sekiranya anda ingin membuat blog berbahasa melayu pun boleh, tetapi mungkin agak lambat untuk pihak Google approve.

Sekiranya anda ditolak menyertai adsence ini kemungkinan besar disebabkan blog anda tidak mempunyai artikel atau kandungan yang menarik atau baik( Good content ). Oleh itu, pastikan anda mempunyai artikel atau kandungan yang baik sebelum menyertai program ini. Anda kena ingat, Google merupakan syarikat internet yang bijak dalam membuat penilaian sesuatu laman web/ blog dan dapat membezakan sama ada kandungan anda di salin(copy and paste) dari blog lain atau pun hanya memaparkan mengenai produk-produk yang anda jual. Kebanyakkan website business ( yang menjual produk/barang) sukar untuk memasuki program ini.

Cara yang terbaik adalah, anda boleh menghasilkan beberapa artikel yang panjang setiap artikel adalah antara 200-400 patah perkataan. Kemudian barulah anda mendaftar dengan program adsence.

Sekiranya ada persoalan, sila tingalkan komen dibawah





AdSence sumber kekayaan

Tue, 16 Dec 2008 04:58:00 +0000

Pasti anda pernah terbaca iklan sepintas lalu mengenai seseorang yang boleh mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan dari program adsence. Itu adalah kisah benar, jika diluar negara, banyak pengendali blog memperolehi pendapatan melebihi RM 100,000 untuk sebulan. Ini bukan cerita dongeng. Betul!!. Ingat, adsence merupakan program yang membayar jumlah pendapatan yang paling tinggi kepada pengendali blog atau website. Saya amat mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog atau website untuk mendaftar dengan adsence. Adsence merupakan program yang diwujudkan oleh Google untuk pengendali blog dan website untuk mendapat income dari pengiklanan dari blog atau website anda. Apa yang anda perlu buat hanyalah, mengiklankan iklan mereka di blog-blog anda. Seperti anda anda lihat di tepi blog saya, terdapat iklan adsence, dan mereka (pihak Google) akan membayar untuk setiap iklan yang di klik.(pay per click) Melaui cara itulah pengendali blog memperolehi pendapatan. Pengunjung klik iklan di blog anda, anda mendapat wang.Bagi saya, ini merupakan usaha yang bagus untuk membantu para pengendali blog dengan mempunyai pendapatan sendiri hasil dari titik peluk mengendali blog. Google turut mempunyai keuntungan dengan menawarkan program ini kepada pengendali blog kerana, melalui cara ini, lebih banyak syarikat-syarikat yang akan berurusan dengan Google untuk mengiklan barang-barang mereka melalui program ini kerana iklan syarikat mereka akan lebih banyak dipamirkan. Ini bermaksud kedua-dua pihak mendapat faedah dari program ini, samada advertise atau pun blogger sendiri. Memang bijak jugak ye, cara Google berfikir. Saya pun sama-sama dapat untung.Kemungkinan besar Yahoo dan MSN pun nak guna teknik yang Google pakai sebab boleh tarik ramai lagi pengiklan ke engine carian diorang. Kita tunggu lah nanti. [...]



Blog amat Popular

Mon, 15 Dec 2008 17:58:00 +0000

Blog menjadi pilihan orang ramai pada waktu sekarang. Dalam masa satu hari, beribu-ribu blog dihasilkan oleh pengguna internet di dunia. Cuba bayangkan pada tahun 2010, boleh dikatakan jumlah blog di seluruh pelusuk dunia boleh mencapai 1 billion. Ini realiti, bukan main-main. (^-^). Jadi mari lah kita buat blog, tidak susah sebenarnya.Sekiranya anda baru mengenali blog, sudah pasti banyak maklumat yang anda perlu tahu. Pasti banyak soalan yang berlegar di kepala anda sekarang. Biar saya terangkan satu persatu.Apa itu blog sebenarnya?Blog adalah sama seperti laman web, tetapi amat berbeza dalam fungsi nya. Anda harus menulis sesuatu seperti artikel ke dalam blog setiap hari ataupun setiap minggu mengikut kehendak sendiri. Para pembaca juga dapat memberikan komen dan maklum balas daripada artikel yang anda tulis. Yang paling penting, blog adalah percuma manakala laman web memerlukan untuk membeli domain name dan web hosting.Mengapa pilih blog?Tidak dinafikan bahawa blog adalah percuma, oleh itu blog lebih senang popular berbanding laman web. Ramai orang mempunyai tujuan berbeza apabila menggunakan blog. Antaranya•> Hendak tulis tentang diri sendiri •>Catatan harian •> Bincang tentang hal politik •> Tempat berkongsi idea•> Sumber pendapatan online.Banyak lagi, tapi ini yang saya ingat. Tidak perlu menjadi seorang pakar it dalam membuat blog, cukuplah hanya dengan pandai menulis sesatu yang dapat menarik minat pembaca.Menulis artikelPublish artikel tersebut. Dah ada dalam blog Sebegini senang kan. Tidak perlu bimbang mengenai design-design blog. Terdapat banyak template yang diberikan percuma diinternet. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.Jadi apa pilihan anda, menggunakan blog atau laman web. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana. (^_^) [...]



Soalan-soalan yang bermain difikiran

Mon, 15 Dec 2008 17:25:00 +0000

Selalunya banyak soalan yang sering muncul di fikiran saya semasa mula-mula ingin menjana pendapatan diinternet pada tahun 2008. Saya melakukan kajian dari internet dan buku yang saya baca, akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa menceburi bidang internet adalah amat menguntungkan dan perlu usaha yang keras. Saya ingin berkongsi soalan yang pernah bermain difikiran saya pada masa dahulu, dan saya turut sediakan jawapan nya sekali. Apa itu perniagaan internet ?Sekiranya ingin menceburi bidang perniagaan internet,boleh bermula dengan berniaga barang-barang didalam e-bay dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa tips untuk berjaya di dalam perniagaan ini.Adakah perniagaan di internet mempunyai risiko yang tinggi ?Semua perniagaan mempunyai risiko tersendiri . Tetapi bergantung kepada diri sendiri untuk menghadapinya. Sebenarnya perniagaan di internet adalah amat mudah kerana anda tidak memerlukan menyewa kedai atau tempat menyimpan barang(stor) kerana apa yang anda perlukan adalah tempat untuk meniaga diinternet, ( spt e-bay, blog dan lain-lain) . Saya akan ceritakan lebih lanjut apabila saya membincangkan topik itu di blog ini.Nak dapat pendapatan dari internet memerlukan website ?Sebenarnya, jika ingin memulakan perniagaan di internet, tidak perlu semua itu. Yang perlu adalah ketekunan dan kerajinan anda untuk melakukannya. Anda boleh menghasilkan dan menggunakan adsence, affiliate, dan lain-lain lagi.Adakah perniagaan diinternet amat mudah ?Perniagaan diinternet tidak lah mudah disangka kerana banyak selok-belok perniagaan di internet yang perlu kita pelajari. Seseorang perlu mempelajari kemahiran-kemahiran, sebagai contoh, cara menarik pelanggan untuk membeli barang-barang anda, sistem penerimaan dan pembayaran di internet. Segalanya memerlukan anda mendalami kemahiran ini sebelum menceburi bidang ini secara konsisten.Kenapa tidak banyak orang menceburi bidang ini ? Sebenarnya di luar negara ( selain Malaysia ) sebagai contoh di Amerika Syarikat dan Britain, kebanyakkan penduduk disana menyertai perniagaan di Internet dan mendapat faedah daripdanya. Mungkin di Malaysia , tidak banyak orang mengetahui tentang perniagaan ini secara keseluruhan, dan setiap tahun pengguna internet di Malaysia bertambah, dan menjadikan perniagaan internet adalah satu alternatif untuk meniaga tanpa sempadanSelain perniagaan di internet, adakah ada cara lain untuk menjana pendapatan ?Ingat bahawa, anda boleh menjana pendapatan daripada blog, kerana anda dapat menggunakan adsence dan affiliate. Saya akan terangkan lebih lanjut apabila sampai pada topik ini.Jadi gunakan peluang keemasan ini bagi menjana seberapa banyak pendapatan yang boleh. Ingat bahawa ramai yang sudah berjaya, mengapa anda tunggu lagi. [...]



Contact Me

Mon, 15 Dec 2008 17:12:00 +0000

Kepada pembaca blog yang budiman,

Untuk memudahkan anda berinteraksi secara terus dengan saya, saya telah menyediakan satu kemudahan untuk anda. Iaitu contact form.

Sila klik Hubungi Saya, sekiranya anda ingin bertukar links(back links/exchange links) atau ada sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan jawapan terus dari saya.

Terima Kasih





Mukadimah

Mon, 15 Dec 2008 17:06:00 +0000

Pernah kah terfikir untuk membuat duit dari internet. Mesti ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah ingin membuat duit dari internet ? Ingat kita boleh membuat duit pada bila-bila masa melalui internet tanpa perlu laman web sendiri. Artikel ini dihasilkan dari pengalaman saya sendiri yang memperoleh pendapatan dari internet. Saya akan terangkan langkah demi langkah memulakan langkah untuk menghasilkan wang dari internet.

Sekiranya ingin menjana pendapatan sampingan, artikel yang saya hasilkan dari blog ini memang tempat yang sesuai untuk anda. Ingatlah bahawa internet bertambah pesat setiap masa. Oleh itu, internet merupakan salah satu tempat menjana pendapatan yang alternatif. Ingat pengguna internet bertambah setiap masa, dan amat lah rugi sekiranya tidak menceburi bidang ini secepat mungkin.

Gunakan peluang yang tersedia didepan mata, jangan tunggu lagi dan jana pendapatan sebanyak mungkin melalui internet. Ramai yang sudah berjaya menjadi jutawan internet, anda bila lagi?

Berilah komen dibawah, sekiranya ada persoalan