Preview: DIREKTORI PENTERNAK KAMBING & LEMBU MALAYSIA
DIREKTORI PENTERNAK KAMBING & LEMBU MALAYSIALast Build Date: Mon, 07 Nov 2011 06:12:13 +0000
LELONG 5000 EKOR LEMBU KORBAN HARGA RM 1900 PADA HARGA LADANG Sat, 01 Oct 2011 05:12:00 +0000 HARAP MAAF.PROMOSI BULAN OKTOBER 2011STOK 5000 EKOR LEMBU KORBAN TAHUN 2011 KINI SUDAH HABIS UNTUK JUALAN SEGERA.TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN ANDAKEMASKINI 10 OKTOBER 2011PEMBELIAN MINIMUM ADALAH 10 EKOR. DIGALAKKAN PEMBELIAN BERKUMPULAN ATAU BERPAKAT MEMBELI AGAR DAPAT MEMBUAT PENGHANTARAN DIDALAM 30 EKOR LEMBU BAGI SATU DESTINASI. SILA HUBUNGI EN MAD 017-3837504BILTARIKHLOKASI PENGHANTARANJUMLAH EKORSTATUS121-Sep-11Sg Pelek Sepang, Selangor120 Ekor( 4 Lori)SELESAI225-Sep-11Hj. Mustapa-Melaka 35 Ekor( 1 Lori)SELESAI327-Sep-11Koperasi Kakitangan Awam Kedah 100 EkorSELESAI429-Sep-11Pn. Zainab- Mersing, Johor240 ekor( 8 Lori)SELESAI51 Okt2011Hj. Ibrahim, Cherating, Pahang90 Ekor(3 Lori)SELESAI64 Okt2011Felda Lubuk Merbau20 EkorSELESAI720 Okt011Parlimen Pekan, Pahang2000 EkorTEMPAHAN KHASkemaskini - 10 Oktober 2011 / 11 pm[...]
Cara sembelih haiwan ikut peradaban Islam Sat, 01 Oct 2011 05:09:00 +0000 (image)TANGGAL 10 Zulhijah yang bakal menjelang tidak lama lagi sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia kerana bermula hari itu diikuti tiga hari tasyrik, ibadat korban dilakukan dengan penyembelihan haiwan seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati. (Hadis riwayat Muslim) Islam menitikberatkan kebajikan haiwan sewaktu dibawa menempuh perjalanan. Haiwan yang dibawa menaiki kenderaan perlu dipastikan keselamatannya. Haiwan tidak boleh dibiarkan dalam kenderaan bersesak-sesak hingga menimbulkan ketidakselesaan yang membawa kecederaan. Jika perjalanan itu menempuh masa panjang, haiwan itu perlu diberi makan dan minum secukupnya. Begitulah indahnya adab dan ihsan dalam ajaran Islam walaupun kepada haiwan. Amalan mengambil berat kebajikan dan melayani haiwan secara wajar ini dijanjikan pahala oleh Allah. Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, adakah kami mendapat pahala dengan melayani dan menyayangi haiwan ini? Rasulullah menjawab: Menyayangi setiap makhluk hidup itu berpahala. (Hadis riwayat Muslim) Sementara itu, dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan kemurkaan Allah terhadap perbuatan seorang wanita yang menganiaya seekor kucing dengan mengurungnya serta tidak memberi makan, minum dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri. (Hadis riwayat Muslim) Islam menetapkan adab sembelihan yang melambangkan kemurnian Islam sebagai agama kasih sayang. Rasulullah SAW melarang sahabat menajamkan pisau di hadapan haiwan yang hendak disembelih. Dalam satu riwayat lain, Saidina Ali melarang penyembelihan seekor biri-biri di hadapan sekumpulan biri-biri lain. Peristiwa ini membuktikan ajaran Islam mengambil berat kebajikan haiwan dengan menjaga emosi mereka daripada ketidakselesaan walaupun di saat akhir hayat. Penyembelihan dalam Islam juga ialah untuk mematikan haiwan dengan cara yang meminimumkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah stunning yang digunakan beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado, juga mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Hikmah di sebalik amalan sunat sewaktu penyembelihan juga menunjukkan ihsan ajaran Islam terhadap haiwan. Amalan memalingkan haiwan sembelihan ke arah kiblat serta bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi ialah penghormatan diberikan Islam kepada makhluk Allah.
Kambing : Penyakit dan Cara menanganinya Sat, 01 Oct 2011 04:54:00 +0000 Kesihatan Dan Kawalan Penyakit Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting. Sakit Sihat monyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas tidak mahu makan berselera makan mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan membuat bising - tahi tidak bulat tahi keras dan bulat bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat kurus kering tidak kurus Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah: Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan Puru (Contagious Ecthyma) disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah. vaksinasi sernasa berurnur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi pertama. Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru). Kembung Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang. Mengeluarkan air liur [...]
Kambing : Pemilihan Makanan Dan Minuman Ternakan Kambing Sat, 01 Oct 2011 04:52:00 +0000 Makanan Dan Minuman Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut: Zat Makanan Keterangan Protein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan Karbohidrat (kanji) pembesaran. Vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit. Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh. garam biasagaram jilatdicalsium fosfattepung tulangtepung ikan Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan. Rumput dan Kekacang Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah: Rumput Guinea (Panicum)Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)Rumput SetariaKekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala). Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah: Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.Daun turiGlyricidia maculataDaun mengkudu (Merinda citriplia) Daun pisang - disukai terutama yang muda Makanan Tambahan (Konsentrat) Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari. semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti: i. 2 bahagian jagung I bahagian sekam atau dedakI bahagian hampas kelapa kering ii. 40 kg. dedak halus 39 kg. tepung jagung18 kg. bungkil kelapa3 kg. campuran mineral (garam galian) Garam Galian (mi[...]
Kambing : Pemilihan Kawasan ternakan Sat, 01 Oct 2011 04:49:00 +0000 Pemilihan Kawasan Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.Jauh dari jalan raya yang sibuk. Perumahan Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan. Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya: Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit. Contoh Pelan Kandang: Pandangan SisiPandangan SerongPelan RingkasPelan Ringkas- Pandangan hadapanPelan ringkas-80 100 ekor KambingKandang Kambing Berlantai bawahPelan Kandang-15-20 ekorPelan Bangsal kambing Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandangMembenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-SelatanTidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandangTidak terkena angin yang kencangTerpelihara dari hujan dan panasKotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluarRuang makan dan minum mencukupiLantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit Pembinaan Kandang Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.Lantai Lantai hendaklah - tahan lamamisalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencingmudah dicucitidak licintidak mencederakantidak mudah lembabLantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi). Dinding Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m. Bumbung Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah: Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baikAsbestos - bahan yang paling baik u[...]
Kambing : Pengurusan Am Ternakan Kambing Sat, 01 Oct 2011 04:47:00 +0000 Pengurusan Am Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan: Pengurusan Keterangan Kawasan Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan. Perparitan di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini. Buruh Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan kandang pula dibersihkan. Jadual Pengurusan Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib. Pengenalan Ternakan Rekod ternakan perlu disediakan apabila seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya.. Pengasian Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu- mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik. Mematikan Tanduk Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong. Memotong Kuku Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit . Menggunting Bulu Kambing kacukan mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu. [...]
Jenis-jenis Kambing Sat, 01 Oct 2011 04:37:00 +0000 Kambing Kacang (Katjang) Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 1.6 kg 20 - 25 kg Betina 1.8 kg 25 - 30 kg Ciri-ciri:- Asal dari Malaysia dan Indonesia. Badan yang kecil dan pendekTanduk melentur ke atas dan ke belakang. Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu purata ketinggiannya ialah 50-60 cmKulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.Kelahiran kembar .Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan. Kambing Jamnapari Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 3 - 4 kg 68 - 91 kg Betina 3 - 4 kg 36-63 kg Ciri-ciri:- Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacangTanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.Kambing Anglo Nubian Jantina Berat Lahir Berat Dewasa Jantan 3.5 kg 70 - 85 kg Betina 3.9 kg 55 - 70 kg Ciri-ciri:- [...]
Pengertian Ibadat Korban Mon, 26 Sep 2011 16:08:00 +0000 IBADAT KORBAN HUKUM IBADAT KORBAN Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam) PENGERTIAN IBADAH KORBAN Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya. Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam. Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian." As-Saafaat ayat 103-107: " daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " . ( Hadis Riwayat Tirmizi ) " Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan " . ( Surah al-Haj : 37 ) Fadhilat Ibadat Korban - Meningkatkan amal kebajikan - Sebagai penebus kesalahan dan dosa - Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t. - Memperingati peristiwa ketaatan dan keimanan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.[...]
Industri daging halal Kazakhstan kian berkembang Mon, 26 Sep 2011 16:07:00 +0000 TERNAKAN yang disembelih diperiksa tahap kesihatan terlebih dulu sebelum diedarkan kepada pengguna. Ingin bersaing dengan negara bukan Islam jadi pengeluar produk halal berskala besarPERTUMBUHAN industri pengeluaran daging halal di Kazakhstan memperlihatkan perkembangan yang agresif dan meyakinkan pada 2011 berbanding jumlah kecil yang boleh dibilang dengan jari lebih sedekad lalu. Kazakhstan, negara pecahan Soviet Union yang kedua terbesar selepas Russia itu mula mempraktikkan sistem persijilan halal pada 2006, menerusi Kementerian Perdagangan dan Industri yang mewujudkan Jawatankuasa Standard Halal. Kesungguhan itu memperlihatkan peralihan penting kepada negara yang majoriti penduduknya beragama Islam apabila lebih 500 syarikat kini mematuhi standard halal antarabangsa yang ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Standard Halal Kazakhstan, Marat Sarsenbayev, berkata produk daging halal semakin mendapat tempat di pasaran negara itu malah menunjukkan potensi pertumbuhan memberangsangkan. “Pertumbuhannya sangat ketara terutama di pasar dan pasar raya utama sekitar Astana. Kualiti pemprosesan produk yang memenuhi standard halal juga menunjukkan peningkatan. Malah setiap satu pasar raya memiliki sekurang-kurangnya satu bahagian menjual produk halal,” katanya pada pertemuan di Astana, baru-baru ini. Beliau berkata, Kazakhstan ialah sebuah negara berbilang bangsa namun majoriti penduduknya beragama Islam sekali gus permintaan terhadap produk daging halal semakin meningkat. Usaha itu katanya, bermula dengan pengeluaran daging halal dan seterusnya dikembangkan kepada produk lain seperti hasil tenusu, kosmetik serta ubatan yang mematuhi standard halal. Bagaimanapun beliau mengakui, Kazakhstan masih baru dalam industri halal dan melihat Malaysia sebagai negara contoh yang sudah maju dalam industri halal pada peringkat global. “Kami akan belajar daripada pengalaman Malaysia untuk menjadi pemacu dalam pembangunan industri produk halal,” katanya. Lawatan rombongan media Malaysia ke Kazakhstan anjuran Kedutaan Kazakhstan di Kuala Lumpur, turut dibawa meninjau sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan daging halal terbesar di Astana untuk melihat sendiri bagaimana haiwan ternakan seperti lembu, biri-biri dan kuda disembelih. Sarsenbayev berkata, selain mementingkan standard halal mengikut syariat Islam, ternakan yang disembelih di situ diperiksa tahap kesihatan terlebih dulu bagi memastikan hanya daging berkualiti diedarkan kepada pengguna. “Setiap hari lebih 250 ekor ternakan akan disembelih. Jumlah itu meningkat kira-kira 10,000 ekor tahun lalu dan kami menjangkakan 15,000 ternakan disembelih di sini pada musim Ramadan dan Aidiladha nanti. “Selesai proses penyembelihan dan pembersihan, daging akan diuji sekali lagi tahap kualitinya sebelum dijual. Proses itu dilakukan oleh pegawai terlatih untuk memastikan standard prosedur halal dipatuhi,” katanya. Sarsenbayev berkata, prosedur itu menepati standard persijilan MS 1500 yang diperkenalkan di Malaysia pada 2004 dan sedang berusaha mencapai standard halal MS1500: 2009 tahun ini. Beliau berkata, prosedur ketat itu juga selari dengan seruan Presiden Nursultan Nurbayev yang mahukan Kazakhstan dikenali sebagai pusat produk halal kerana mempunyai pasaran besar di negara Islam. Prosedur sama yang diaplikasikan itu bukan saja tertumpu kepada proses penternakan dan penyembelihan haiwan tetapi turut membabitkan proses pembersihan alatan yang digunakan ketika memproses daging. Pengeluar daging halal bagi pasaran domestik dan antarabangsa diwajibkan mematuhi standard yang ditetapkan. Tempoh persijilan halal diperbaharui setiap tahun dan pemegang sijil tertakluk kepada pemeriksaan mengejut dari masa ke semasa. Nurbayev sebelum ini menyeru pengeluar produk halal di Kazakhstan mengambil conto[...]
Khasiat susu lembu China seperti susu manusia Mon, 26 Sep 2011 16:07:00 +0000 Saintis China menghasilkan sekumpulan lembu yang diubah suai secara genetik dan mampu mengeluarkan susu seperti susu manusia, menghasilkan formula alternatif di sebuah negara yang dilanda skandal pencemaran susu tepung.Penyelidik Makmal Utama Negeri bagi Afrobioteknologi di Universiti Pertanian China memperkenalkan kod genetik manusia dalam DNA embrio lembu tenusu Holstein sebelum memindahkan embrio terbabit kepada lembu lain. “Susu lembu yang diubah suai mengandungi beberapa khasiat utama susu manusia terutama protein dan antibodi yang dipercayai baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan sistem imunasi badan.” Lebih 300 klon ternakan itu kini hidup di sebuah ladang eksperimen di Beijing dengan anak baru dilahirkan setiap minggu. Kumpulan Li yang disokong oleh sebuah syarikat bioteknologi China utama menyasarkan untuk memiliki susu yang mampu dimiliki di pasaran dalam masa tiga tahun. Hasil usaha mereka menyusuli skandal toksin dan racun yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam sektor tenusu China dan produknya. – Reuters
Larang sembelih lembu bunting Mon, 26 Sep 2011 16:05:00 +0000 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengeluarkan notis langkah penguatkuasaan tegas melarang penyembelihan lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu serta menjejaskan populasi dan bekalan daging segar pada masa depan. Notis peringatan larangan mengikut Akta Binatang 1953 (2006) itu mula diedarkan 8 Julai lalu berikutan perangkaan mendapati 1,766 atau mewakili 66.2 peratus daripada 2,666 ekor lembu betina yang disembelih di empat rumah sembelihan kerajaan di Perak antara Januari hingga bulan lalu adalah betina dengan sebilangannya dipercayai bunting atau masih produktif. Ini sekali gus melanggar undang-undang kerana ia bertentangan dengan etika dan satu bentuk kekejaman ke atas haiwan seperti termaktub dalam akta berkenaan. Apa yang membimbangkan trend pelanggaran akta itu mencapai tahan membimbangkan apabila pegawai Veterinar mendapati 15 daripada 27 lembu betina yang dipohon untuk disembelih dalam tempoh dua minggu lalu disahkan sedang bunting. Bagaimanapun, notis peringatan itu mendapat bantahan penternak, penyembelih, pemborong dan penjual daging segar kerana mendakwa mata pencarian mereka terjejas selain bimbang bekalan daging segar terjejas, terutama menjelang Ramadan dan Syawal. Semalam, lebih 10 orang mewakili kumpulan penternak, pemborong dan penjual daging segar berkumpul termasuk membawa sepanduk membantah arahan itu di Pasar Taiping. Kumpulan itu mendakwa, mereka berdepan pelbagai kesan terutama dari segi pendapatan sejak larangan itu dikeluarkan, selain bimbang bekalan daging segar menjelang Ramadan dan Syawal mungkin terjejas hingga menyukarkan pengguna mendapatkan daging segar. Mengulas bantahan itu, Pengarah Veterinar negeri, Datuk Dr Quaza Nizamuddin A Hassan Nizam, berkata undang-undang berkenaan sudah lama termaktub, tetapi pihaknya terpaksa mengeluarkan notis peringatan itu apabila mendapati peratusan lembu betina yang disembelih di Perak meningkat mendadak. Katanya, jabatan bukan mahu menyusahkan mana-mana pihak tetapi notis itu bertujuan mengelak lembu bunting disembelih kerana ia bertentangan etika dan kebajikan binatang, selain menjurus satu bentuk penyeksaan terhadap haiwan. “Selain itu, jika lembu bunting dan masih produktif disembelih sewenang-wenangnya, kita bimbang ia akan menjejaskan populasi ternakan itu dan dalam jangka panjang boleh jejas bekalan daging segar. “Kita sudah beri penjelasan perkara ini dan meminta semua pihak terbabit memahami serta memberi kerjasama kerana jika tindakan itu tidak dibendung, ia boleh menjejaskan nama negara di mata dunia dalam konteks etika dan kebajikan haiwan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Dr Quaza Nizamuddin berkata, mereka yang melanggar akta itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 bagi seekor lembu, selain boleh juga dipenjara jika ia merujuk kesalahan mengikut Seksyen 44 kerana penyeksaan terhadap binatang. Bagaimanapun, beliau berkata, akta dan notis itu bukan bermakna tiada mana-mana lembu betina boleh disembelih, sebaliknya ia tertakluk kepada pemeriksaan oleh pegawai Veterinar. “Jika lembu betina itu tidak lagi produktif atau ada perkara yang membolehkan haiwan itu disembelih, kita benarkan,” katanya sambil menegaskan larangan berkenaan tidak akan menjejaskan bekalan daging segar sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya. [...]
Harga daging murah semasa Mantai Perdana Mon, 26 Sep 2011 16:04:00 +0000 Program Mantai Perdana peringkat Negeri Sembilan akan diadakan pada jam 9 malam esok dan jam 7 pagi Ahad ini di bekas tapak Kem Paroi di sini.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat, berkata semasa program itu daging lembu, kambing, kerbau dan rusa akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa. Yunus berkata, jumlah ternakan dan produk yang akan dijual ialah lembu sebanyak 100 ekor, kerbau (20 ekor), kambing (50 ekor), rusa (40 ekor), ayam daging (2,000 ekor), ayam kampung (1,000 ekor), ayam telur (2,000 ekor), puyuh (2,000 ekor) dan itik (200 ekor). - BERNAMA
Kebesaran Kalimah Bismillah Didalam Penyembelihan Ternakan Mon, 19 Sep 2011 04:26:00 +0000 width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/DWLhTQfLa0Y" frameborder="0" allowfullscreen>
Livestock Asia 2011 Expo Kini Kembali Sat, 10 Sep 2011 19:32:00 +0000 TRANSFORMING FEED & LIVESTOCK INDUSTRY IN ASIAAsia's demand for feed, livestock and meat processing supplies and equipment will continue to grow strongly as meat consumption per capita increase. The place to be to tap on these opportunities is at the 6th edition of LIVESTOCK ASIA Expo & Forum - Asia's International Feed, Livestock Production & Meat Industry Show which will be held at the Kuala Lumpur Convention Centre from 4th - 6th October 2011. Hosted by the Department of Veterinary Services, Ministry of Agriculture and Agro Based Industry Malaysia, LIVESTOCK ASIA Expo & Forum is today a "must attend" event for decision makers and buyers across Asia. Over 650 buyers from as far as Yemen, Pakistan, Bangladesh, Iran and Kazakhstan attended the last event to source for new equipment and supplies. More than 7,000 trade visitors and delegates, representing integrators, veterinarians, farmers, feed millers, processors, retailers, importers and distributors are expected to attend the Expo, Conference and Technology Symposiums in 2011. More importantly, over 95% of exhibitors rated their participation a success and an estimated RM 380 million ( USD 115 million ) worth of businesses was done during the 3-days event. No wonder many rated LIVESTOCK ASIA Expo & Forum the best industry show in Asia. Themed " Transforming Feed & Livestock Industry in Asia", LIVESTOCK ASIA 2011 is staged to capitalize on the transformation of small backyard farming to large scale integrated farms. With sustained rising income, demand for meat, dairy and egg products, Asia is setting the pace for growth. LIVESTOCK ASIA 2011 is proven to be the preferred venue for buyers to source for new technology and equipment and where industry professionals get updated on the latest technological advances and industry trends. Contact Ms. Michelle / Ms. Ery today at tel ( 603 ) 4045 4993 or email to michelle.ha@ubm.com, ery.tan@ubm.com to book your prime location. { back to top } . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . » Transforming Feed & Livestock Industry In Asia » Livestock Asia 2011 - The Place To Meet Major Integrators In Asia » Record Number Of Exhibitors Confirmed » Full Endorsement & Support For Livestock Asia 2011 » Asia Market Updates » 6th Asian Feed, Livestock & Meat Industry Conference » 6th Malaysian Livestock Industry Award » A[...]
Erti Korban... Selamat Menyambut Hari Raya Korban Thu, 18 Nov 2010 00:14:00 +0000 SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir d[...]
Penternakan Lembu Pedaging Mon, 15 Nov 2010 08:05:00 +0000 Penternakan Lembu Pedaging BAKA LEMBU PEDAGING Baka-baka yang berpotensi untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah : Kacukan Komersial dari AustraliaKacukan Friesian SahiwalDroughtmasterKacukan Pedaging KKKedah KelantanBrahmanLocal Indian DairyBaka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:Kedah Kelantan (K-K)Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)Local Indian Dairy (LID)DroughtmasterBrahmanSelain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:HerefordAngusCharolaisShorthornSimmentalLimousin Pengurusan Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:Cara meragut lepas bebas Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan.Cara ini kurang baik kerana;selalu merosakkan tanaman orang lainkemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalanganmakanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadaiperhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara. Cara Berkurung atau FidlotDengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.Cara Separa IntensifCara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.KAWASAN & PERUMAHAN Pemilihan Kawasan Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cokup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam.Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput adalah yang paling sesuai, akan tetapi ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan. Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging[...]
Koboi Melayu Mon, 28 Jun 2010 02:02:00 +0000 Ladang Global Livestock Corporation di Australia bukti kemampuan penternak tempatan di pasaran antarabangsaSEBUT saja koboi, ramai membayangkan susuk tubuh lelaki tegap, lasak, lengkap bertopi dan gagah berkuda mengawal ladang seperti yang dipaparkan drama dan filem.Sudah pasti, watak utama kerjaya ini adalah kelompok ‘Mat Salih’ atau lelaki berkulit putih yang lebih diketahui bertumpu di Amerika Syarikat atau pun di bumi Australia yang juga antara pengeksport utama hasil tenusu dan dagingnya, termasuk ke Malaysia.Tidak ramai yang tahu, hubungan Australia dan Malaysia sebagai rakan dagang itu turut ‘dilengkapi’ kelompok koboi Melayu di sebuah ladang ternakan lembu di Darwin. Namun, mereka bukan sebarang koboi kerana anak Melayu ini turut menjadi pemilik ladang Rum Jungle seluas 800 hektar itu menerusi syarikat Global Livestock Corporation Sdn Bhd (GLC), yang diterajui Isa Al-Zubaidi, 53, selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya.Ladang yang menyajikan pemandangan menghijau dengan hamparan padang ragut terbentang luas, dikendalikan GLC sejak 2005 dan mempunyai kemampuan purata pengeluaran mencecah 10,000 ekor lembu untuk satu musim ternakan itu yang memakan masa dua hingga tiga bulan. Kemudahan di sini termasuk termasuk rumah penyembelihan, laman eksport, gudang simpanan sejuk beku dan pusat kuarantin.Isa yang juga anak jati Pulau Pinang, berkata usahanya dan rakan-rakan dimulai dengan hampir sedekad mengintai peluang, termasuk terlebih dulu membeli saham kecil dalam sebuah syarikat penternakan di negara kangaru. Usahanya itu membawanya ke sebuah ladang terletak di Batchelor, kira-kira dua setengah jam perjalanan dari kota Darwin.Mengimbas detik menceburkan diri dalam perusahaan lembu kira-kira 20 tahun lalu, Isa berkata beliau tidak mungkin dapat melupakan senyuman sinis rakan apabila menyuarakan hasrat membuka ladang ternakan lembu di Australia. Namun, setiap sindiran yang diterima itu dianggap pembakar semangat untuk meneruskan impian murninya.Tekad itu kian kuat selepas beliau dan rakan kongsi lain berdepan cabaran getir pada 1990 apabila terpaksa mengeluarkan tambahan RM1 juta untuk satu kapal dipenuhi lembu bagi pasaran Malaysia. Ketika itu, terlintas di hatinya, mengapa tidak dijejaki saja sumber mendapatkan ternakan berkenaan?“Saya masih ingat, waktu itu menjelang Syawal sekitar 1990. Sebagai pembekal daging, saya bersama sekumpulan pembekal lain mengimport lembu menerusi orang tengah namun apabila sampai di pelabuhan, kami diminta menambah lagi bayaran jika mahukan stok dari kapal itu.“Bayangkan kalau kami tidak menuruti kehendak mereka, tentu saja peniaga yang menjalankan urus niaga dengan kami marah apatah lagi ketika itu menjelang Aidilfitri dan pastinya kami tidak punya pilihan lain,” katanya kepada penulis yang menyertai lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ke ladang berkenaan, baru-baru ini.Diiringi doa serta sokongan isterinya, Norhayati Hamid, 44, beliau melakukan penyelidikan dan menyiapkan kertas kerja bagi dibentangkan kepada bakal rakan kongsi sambil merisik rakan niaga di Australia jika ada ladang yang boleh dibeli.Pada masa sama, bapa tiga cahaya mata itu meneruskan tugasnya sebagai pembekal lembu pedaging dan daging beku untuk pasaran tempatan sambil mengintai peluang di negara kangaru berkenaan. Berkat kesabarannya yang disulami kepercayaan rakan niaga, Isa akhirnya memiliki 15 peratus saham di sebuah syarikat Australia.“Mungkin sudah rezeki, seorang penternak di Darwin berusia lebih 80 tahun mahu menjual ladangnya yang dilengkapi kemudahan lain. Ladang itu juga pernah disewa kerajaan Brunei Darussalam,” katanya.Kini[...]
Pak Lang perkenal konsep 'kambing rakyat' Sat, 05 Dec 2009 10:11:00 +0000 Alang Perang Zainuddin mahu supaya penternak kambing memahami konsep sebenar dalam melaksanakan projek yang menguntungkan. INDUSTRI ternakan ruminan tempatan masih bergantung kepada import dalam memenuhi keperluan daging negara. Justeru, usaha perlu dipertingkatkan supaya hasrat dan matlamat yang masih terlalu jauh itu dapat dicapai. Dalam industri ternakan kambing, Dasar Kambing Negara yang telah digubal bertujuan meningkatkan pengeluaran daging kambing iaitu meningkatkan populasi asas ternakan kambing mencapai lebih kurang 1.1 juta ekor induk. Perlu kita ingat bahawa ada dua jenis ternakan berlainan iaitu kambing dan juga biri-biri. Bagi kaedah pertama mendapatkan kambing, kita terpaksa mendapatkan baka dari luar negara terutama Australia pada harga yang tinggi. Ini akan menimbulkan masalah untuk mencapai matlamat 1.1 juta ekor induk kerana harganya mahal sedangkan kita boleh mencari alternatif lain. Pengalaman ini telah dilalui oleh penternak-penternak kaum India yang amat faham tentang keperluan masyarakat Islam yang memerlukan kambing untuk tujuan akikah dan korban. Oleh itu, tanpa kesedaran orang Melayu, mereka beralih daripada ternakan kambing ke ternakan biri-biri kerana ternakan ini mencapai kematangan lebih cepat iaitu setahun berbanding kambing yang memerlukan masa dua tahun. Selain itu, ternakan biri-biri ini memerlukan kos yang rendah sahaja untuk perubatan dan kos pengeluaran menyeluruh lebih rendah daripada kambing kerana ketahanan daripada serangan penyakit lebih tinggi. Memilih biri-biri Pada masa sama, masyarakat Melayu lebih cenderung memilih daging biri-biri berbanding kambing. Oleh kerana kematangannya cepat, bekalan daging biri-biri boleh ditingkatkan lebih pantas berbanding kambing biasa. Pada masa sama, anak bebiri juga boleh hidup berasingan lebih cepat berbanding kambing biasa sekurang-kurangnya setahun baru bercerai susu. Kedua, bagi meningkatkan keupayaan daya saing dan kemampanan industri usaha pembiakbakaan harus dipertingkatkan. Bukan kambing sahaja, tetapi juga biri-biri yang bersistematik dan tersusun, meningkatkan nilai tambah dan memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan. Ketiga, menambahbaik persekitaran bisnes dan prasarana industri serta skim insentif melalui pengukuhan dana pembiayaan, mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian, merevolusikan pemberian insentif, pengukuhan penyampaian perkhidmatan, zon pengeluaran makanan, sistem maklumat dan pembangunan sumber manusia. Keempat, pengukuhan langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dengan meningkatkan program kawalan penyakit untuk melancarkan pemasaran produk di dalam dan luar negara. Kelima ialah menambahbaik kualiti produk dan bahan tambah nilai dengan perlaksanaan skim Amalan Ladang Ternakan yang baik (SALT) . Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menjayakan Dasar Pengeluaran Daging Kambing Negara, kerajaan telah pun menubuhkan Pusat Pembiakan Boer Nasional (NBBC) yang menyediakan pelan rangkaian pengeluaran dan pemasaran yang bersistematik dalam kuantiti yang mega dalam negara. Bagaimanapun di sebalik semua itu, ada sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian oleh mereka yang berminat menceburi bidang penternakan. Ini kerana terlalu ramai yang menanam cita-cita beranjak ke bidang pertanian sejak kerajaan ingin membuka lembaran baru menggalakkan rakyat menceburinya secara komersial. Namun, senario yang sebenarnya tidak semudah yang disangka apabila mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penternakan tetapi tidak memiliki keperluan asas seperti modal, kepakaran dan kawasan yang mencukupi. Ternakan kambing dan lembu pada anggapan biasa memerlukan kawasan yang luas be[...]
Vermikompos tingkat kesuburan tanah Thu, 15 Oct 2009 06:06:00 +0000
VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman. Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman. Cara membuat vermikompos a. Bahan-bahan i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput. ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam) iii. Cacing merah (cacing kompos) b. Cara membuat i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas. ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan. iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap. v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung. vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan. Pengutipan hasil Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya. Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan. Kebaikan vermikompos i. Memperbaiki struktur tanah ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim. iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok. vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Pekan pengeluar biri-biri Tue, 08 Sep 2009 08:20:00 +0000 Projek Agropolitan Pekan yang yang telah dirasmikan pada 4 Ogos lepas, bakal menjadikan daerah itu sebagai pusat pengeluar kambing biri-biri negara pada masa hadapan.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John berkata, projek agropolitan di Pekan itu melibatkan kawasan seluas 1,825 hektar dengan kos keseluruhan kira-kira RM90 juta. Beliau berkata, seluas 1,000 hektar kawasan itu akan dimajukan dengan tanaman kelapa sawit manakala bakinya melibatkan projek ternakan kambing biri-biri, perumahan dan pusat penyelidikan. "Di Agropolitan Pekan, perladangan kelapa sawit dan penternakan kambing biri-biri dikenal pasti sebagai aktiviti utama. "Aktiviti sekunder seperti inisiatif hiliran berkaitan kelapa sawit dan ternakan kambing biri-biri, industri sarang burung, jahitan, akuakultur dan tanaman cendawan juga disediakan," katanya pada sidang akhbar di Santuary Resort, Cherating di sini hari ini. Menurut Issace John, seramai 50 peserta dipilih untuk menjayakan projek perintis ternakan kambing biri-biri di kawasan tersebut. Bagi merealisasikan hasrat tersebut jelas beliau, pihaknya mengimport 1,000 ekor kambing biri-biri dari Australia membabitkan kos hampir RM2 juta. Secara keseluruhan katanya, projek terbabit akan melibatkan 1,450 keluarga termasuk 750 keluarga Orang Asli. "Projek tersebut dijangka mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan baru dan meningkatkan pendapatan isi rumah miskin tegar daripada RM350 kepada RM1,500," katanya. Beliau memberitahu, Felda yang berperanan sebagai agensi pelaksana utama akan menguruskan para peserta, projek dan aktiviti berkaitan serta menguruskan aspek kewangan projek tersebut. ECERDC pula katanya, akan bertindak sebagai fasilitator dan penyelaras keseluruhan projek tersebut bagi memastikan setiap pencapaian projek disiapkan mengikut perancangan. Beliau turut memberi jaminan hanya penduduk tempatan akan dilibatkan dalam projek tersebut bagi memastikan sasaran membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010 tercapai.
Membiak baka boer berkualiti Tue, 08 Sep 2009 08:18:00 +0000 sistem lantai digunakan oleh penternak boer PPK Slim River/Tanjung Malim di Sungkai, Perak bagi menjadikan boer lebih produktif.SLIM RIVER 30 Julai - Boer merupakan baka kambing yang paling popular dan mendapat perhatian penternak-penternak kambing sejak kebelakangan ini.Walaupun terdapat baka lain seperti saanen, jamnapari dan anglo-nubian yang juga mempunyai harga pasaran tinggi, boer menjadi pilihan para penternak kerana ia merupakan baka kambing pedaging terbaik.Ini kerana boer yang berangka besar boleh mencecah berat melebihi 100 kilogram dan mempunyai nisbah daging yang tinggi berbanding tulang.Dagingnya juga dianggap lebih berkualiti berbanding kambing biasa dan dengan harga RM38 hingga RM40 sekilogram, ia tentunya menjanjikan pulangan lumayan.Melihat kepada potensi yang ada pada baka kambing yang berasal dari Afrika Selatan itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Slim River/Tanjung Malim mengambil keputusan melaksanakan projek ternakan kambing boer di kawasan seluas 0.8 hektar di Sungai Belau dekat Sungkai pada 2006.Pengurus Besarnya, Rosli Mohd. Ghaus berkata, projek tersebut merupakan antara 15 projek integrasi usaha peladang yang dijalankan atas tanah seluas 40 hektar milik PPK Slim River/Tanjung Malim.Katanya, fasa pertama projek tersebut menelan kos sebanyak RM372,000 bagi membeli 147 induk baka boer dari Australia serta membina infrastruktur termasuk ladang, padang ragut dan rumah pekerja.''Fasa kedua sedang dalam pembinaan sekarang dan dijangka siap sepenuhnya pada September ini. Ia membabitkan kos sebanyak RM1.04 juta bagi membeli 400 induk kambing boer dan membina ladang.''Sekarang kita sudah ada 205 ekor kambing boer dan dengan tambahan 400 ekor lagi pada September ini, kita harap dapat membiakkannya menjadi 1,800 ekor dalam tempoh dua tahun," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.Sebanyak empat usahawan terlibat dalam projek ternakan kambing boer itu dengan masing-masing menyumbang RM10,000 sebagai ekuiti dalam projek tersebut.Keuntungan hasil jualan kambing boer itu akan dibahagikan pada nisbah 40 peratus bagi usahawan berkenaan dan 60 peratus kepada PPK Slim River/Tanjung Malim yang kemudiannya akan diagihkan dalam bentuk dividen kepada para ahli.Menurut Rosli, fungsi utama ladang ternakan itu adalah sebagai pembiak baka kambing boer berkualiti untuk dibekalkan kepada ahli-ahli pertubuhan peladang di seluruh negara yang ingin terlibat dalam bidang tersebut.Katanya, ini kerana PPK Slim River/Tanjung Malim telah dikenal pasti sebagai antara pembekal baka boer kepada ahli pertubuhan peladang di bawah program usahawan.''Pada masa sama, kita juga mengeluarkan kambing pedaging bagi membantu menampung keperluan pasaran daging tempatan yang masih bergantung kepada 70 peratus bekalan daging import," katanya.Bagi rancangan jangka panjang, pertubuhan itu berhasrat untuk membangunkan ladang ternakan itu sebagai pusat pengeluaran kambing boer secara bersepadu termasuk menghasilkan makanan serta ubat-ubatan sendiri.''Ada syarikat yang melahirkan minat untuk membina kilang memproses pelepah sawit kepada palet (makanan kambing) dan mereka sedang membuat kajian mengenainya tetapi ia mungkin memakan masa.''Selain itu, kita juga menaman rumput napier di kawasan seluas lapan hektar di kawasan ini untuk makanan kambing boer ini," kata Rosli.Sementara itu, Pengerusi PPK Slim River/Tanjung Malim, Husni Juki berkata, pada masa ini, tumpuan diberikan kepada usaha menaik taraf ladang-ladang bagi mewujudkan persekitaran sesuai kepada kambing boer.Katanya, sistem ladang[...]
Jabatan Veterinar Kawal Kemasukan Lembu Sepanjang Musim Perayaan Tue, 08 Sep 2009 08:14:00 +0000 3 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan meningkatkan kawalan kemasukan lembu di kawasan sempadan menjelang musim perayaan Aidilfitri ini, kata Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan.Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan bekalan daging bebas daripada penyakit kuku dan mulut yang sebelum ini pernah menyerang ternakan di negeri ini.Beliau berkata, pihaknya menubuhkan pasukan penguatkuasaan bagi mengawasi dan meronda sepanjang kawasan sempadan Kelantan-Thailand bagi mengelak kegiatan penyeludupan ternakan itu berleluasa di sepanjang sempadan negara."Kita bimbang kemasukan ternakan yang tidak terkawal memandangkan keperluan bekalan daging dijangka bertambah pada musim perayaan ini akan mendedahkan penyakit berkenaan kepada ternakan tempatan," katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.Menurutnya, walaupun tiada kes terbaru penyakit kuku dan mulut dikesan di Kelantan tetapi pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal pergerakan kemasukan ternakan itu.Dr Mohd Zairi berkata, langkah berjaga-jaga itu perlu berikutan pihak berkuasa mendapati ternakan lembu di Perlis dikesan dengan penyakit kuku dan mulut baru-baru ini.Menurutnya, penguatkuasaan dan kawalan itu bukan sahaja tertumpu di pintu-pintu masuk utama tetapi di sepanjang pangkalan haram yang dipercayai menjadi pintu keluar masuk penyeludup.Katanya, setakat ini Kelantan mempunyai tiga pusat kuarantin ternakan di pusat pemeriksaan utama kastam, iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Tumpat dan Bukit Bunga, Jeli.Beliau berkata, sebuah lagi pusat kuarantin bersekali dengan Kompleks Kastam dan Imigresen di Bukit Nangka, belum disiapkan.Ditanya mengenai keperluan bekalan daging dan ayam menjelang musim perayaan ini, beliau berkata sebanyak 4,700 ekor lembu dan kira-kira sejuta ekor ayam diperlukan bagi menampung permintaan pengguna di negeri ini.Sehubungan itu, beliau menasihatkan penternak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jabatannya dalam pergerakan keluar masuk haiwan berkenaan dan syarat-syarat penyembelihan ternakan tersebut.
Felda Kenalpasti Empat Jenis Makanan Untuk Gedung Makanan Negara Tue, 08 Sep 2009 08:13:00 +0000 Cili Kulai, pisang berangan, lembu berdaging dan ikan talapia dikenalpasti sebagai empat jenis makanan yang akan diusahakan oleh Felda untuk projek Gedung Makanan Negara (GMN).Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata GMN, iaitu projek perusahaan makanan berskala besar yang akan dilaksanakan di tanah rancangan Felda itu dijangka melibatkan pelaburan sebanyak hampir RM750 juta."Ini akan meningkatkan pendapatan tambahan para peneroka (Felda). Umpamanya kalau kita libatkan tanaman cili Kulai (para peneroka) akan dapat pendapatan tambahan sebanyak RM220 sebulan."Pisang berangan pula (mereka) akan dapat RM629 sebulan, lembu berdaging RM1,000 sebulan dan ikan talapia RM510 sebulan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Felda di sini Khamis.Beliau berkata pengeluaran empat jenis makanan itu akan turut membantu memenuhi keperluan negara di mana melalui projek tanaman cili Kulai, "kita akan menampung pengeluaran sebanyak 48,000 metrik tan atau 18 peratus dari segi keperluan negara dan pisang berangan 14 peratus ataupun 45,000 metrik tan." Najib berkata kawasan untuk GMN sudahpun dikenalpasti yang melibatkan tanah rancangan Felda di seluruh negara selain tanah terbiar yang akan disewa daripada penduduk kampung untuk diusahakan."Projek GMN melibatkan kawasan lapang yang boleh dihasilkan dan tanah berdekatan pun saya minta pihak Felda kaji untuk sewa daripada orang kampung untuk dilibatkan di bawah projek ini," katanya.Pada Julai lepas, Najib telah meluahkan hasrat untuk menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai GMN yang mampu mengeluarkan tanaman berskala besar, sekaligus meningkatkan pendapatan peneroka serta memenuhi keperluan rakyat negara ini.
Daging lembu : Tiga Barang Baru Dalam Senarai Harga Dikawal Pada Musim Perayaan Tue, 08 Sep 2009 08:11:00 +0000 Kerajaan telah menambah tiga barangan baru dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) dari 13 Sept hingga 27 Sept sempena hari raya puasa tahun ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa tahun ini ubi kentang import (Indonesia dan China), kacang tanah import dan juga bawang putih import (China) telah dimasukkan ke dalam senarai SKHMP.Barangan yang dikawal harga pada tahun ini termasuk ayam hidup; ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal); daging lembu tempatan, daging kerbau import (India);Yang lain termasuk telur ayam gred A, B dan C; kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing); cili merah; tomato; kelapa biji (kawalan borong), kelapa parut (kawalan runcit); ubi kentang import (Indonesia dan China); kacang tanah import; bawang merah kecil (India); bawang putih (China); dan ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram).
Usahawan Cipta Makanan Tambahan TernakanBy Tue, 08 Sep 2009 08:10:00 +0000 1 Sept (Bernama) -- Bukan hanya manusia, haiwan ternakan juga memerlukan makanan tambahan sebagai pilihan bagi mewujudkan nilai tambah kepada nutrisi harian.Wan Azwade Ahmad dari Kampung Batu 7, Lunas, dekat sini yang menyedari keperluan ini cuba menceburi bidang yang dianggap 'luar biasa' iaitu memproses makanan tambahan khusus untuk binatang ternakan.Katanya idea itu timbul selepas mengikuti kursus ternakan dan bioteknologi di Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang, Johor pada awal tahun ini.Wan Azwade, 31, yang turut mengusahakan ladang kambing dan lembu berkata bidang penghasilan makanan tambahan ternakan ini menjanjikan keuntungan lumayan kerana kos pengeluarannya agak rendah.Ia menggunakan konsep 'Waste to Wealth' (W2W) yang memanfaatkan bahan buangan atau sisa pertanian dengan menggunakan teknologi pemprosesan untuk menghasilkan produk berguna.Penggunaan sisa buangan untuk menghasilkan bahan yang berguna seperti makanan tambahan ternakan ini kini merupakan suatu fenomena memandangkan banyak penyelidikan mengenainya telah dijalankan.TIDAK RAMAI TEROKAIBagaimanapun ia belum diterokai secara meluas.Malah di wilayah utara ini ia belum dikenali umum, katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.Wan Azwade menjelaskan bahawa produk yang dihasilkan ialah mesra alam dan bahan lazim yang digunakan termasuk abu kayu, sekam padi, habuk papan lapis dan sisa pertanian."Bahan buangan berkenaan akan dicampurkan dengan sedikit cecair EM (mikroorganisme efektif) yang menggunakan teknologi Jepun dan diperap selama dua minggu."Selepas itu, makanan tambahan ternakan akan terhasil dalam bentuk serbuk kering dan sedia untuk dipasarkan," katanya.Wan Azwade berkata setiap kilogram serbuk makanan tambahan ternakan itu akan dijual dengan harga antara RM15 hingga RM20.AIR EMASDengan dibantu oleh tiga pekerja, beliau turut mengusahakan makanan tambahan dalam bentuk cecair, yang dikenali sebagai Air Emas dan dijual dengan harga RM60 setiap liter."Tempahan yang diterima ketika ini amat menggalakkan khususnya daripada pengusaha ladang ternakan kambing, lembu dan ikan di lain-lain negeri seperti Pulau Pinang dan Perak," katanya.Wan Azwade berkata makanan tambahan ternakan yang dihasilkan turut diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar selepas berjaya melepasi ujian analisis nutrisi di IVM baru-baru ini."Makanan tambahan ini juga boleh digunakan untuk haiwan peliharaan dan ia berupaya membantu memperbaik sistem penghadaman, sekaligus mengurangkan bau busuk pada najis ternakan," katanya.CAMPURAN MUDAHPenggunaan makanan ini juga mudah iaitu dengan hanya mencampurkan kira-kira 10 hingga 50 gram bahan itu bersama makanan rutin ternakan setiap hari."Sebagai contoh, para penternak hanya perlu memasukkan kira-kira 30 gram serbuk makanan tambahan itu bersama rumput bagi setiap ekor lembu pedaging dewasa," katanya.Menurut Wan Azwade, dengan penghasilan makanan tambahan ini, ia bukan sahaja membantu industri ternakan berkembang malah dapat mengurangkan masalah penternak bergantung kepada makanan import."Ia mengurangkan kos makanan, sekali gus menjimatkan pengaliran keluar wang negara," katanya.Penternak atau orang ramai yang berminat untuk mendapatkan produk makanan tambahan ternakan ini boleh mengunjungi ladang Wan Azwade di No. 1E, Kampung Batu Tujuh, Jalan Padang Serai, Lunas, Kulim atau menghubunginya di talian 019-5651626 atau 019-5136430[...] |
||||||||||