pro affiliate
Member since: 2008-11-20
Feeds: 1
Bookmarks
Bookmarks
Bookmark with Del.icio.us Digg it Bookmark with Furl
Submit to Reddit Bookmark with Yahoo
StumbleUpon Toolbar Bookmark with Technorati

Categories

Subscribe: Rahsia Pro Affiliate
Rahsia Pro Affiliate Add to My Yahoo! Rahsia Pro Affiliate Add to Google! Rahsia Pro Affiliate Add to AOL! Rahsia Pro Affiliate Add to MSN Rahsia Pro Affiliate Subscribe in NewsGator Online Rahsia Pro Affiliate Add to Netvibes
Rahsia Pro Affiliate Subscribe in Pakeflakes Rahsia Pro Affiliate Subscribe in Bloglines Rahsia Pro Affiliate Add to Alesti RSS Reader Rahsia Pro Affiliate Add To Fwicki Rahsia Pro Affiliate Add to NewsBurst Rahsia Pro Affiliate Add to Windows Live
Rahsia Pro Affiliate Rojo RSS reader Rahsia Pro Affiliate iPing-it Rahsia Pro Affiliate Add to Feedage RSS Alerts Rahsia Pro Affiliate Add to Feedage.com Groups Rahsia Pro Affiliate Add to Spoken to You
Rahsia Pro Affiliate http://feeds.feedburner.com/RahsiaProAffiliate
Feed Statistics
Views: 40 Feedage Grade B rated
Rating: 0
Adult Score: 0
Added: 2008-11-20 08:10:15
Added By: pro affiliate
Media n RSS Type RSS20
Niche Language Malay
Tags: ada  affiliate  akan  anda  blog  boleh  dalam  dapat  dengan  ebook  kalau  pro  produk  rahsia  saya  untuk  yang 
Rate this Feed:
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed

Comments (0)

Sponsored Links:
Preview: Rahsia Pro Affiliate

Rahsia Pro Affiliate



Strategi Pro Affiliate memperolehi pendapatan 4 angka menerusi program affiliate tempatan.



Last Build Date: Tue, 13 Oct 2009 22:22:22 +0000

 

Lagi 4 Tip Affiliate Melalui Blog

Thu, 25 Dec 2008 04:25:00 +0000

Saya pernah buat satu entri mengenai tip affiliate melalui blog sebelum nie. Sebagai rujukan, anda boleh lihat sajer kat sini. Bila bace semula, rasanyer ada beberapa perkara lagi yang perlu ditambah. Al-maklumlah, saya nipun masih mentah lagi dalam bidang pemasaran affiliate nih. : ) Tanpa membuang masa, ayuh kita teruskan tip affiliate melalui blog ni khusus buat anda dan juga peringatan kepada diri saya sendiri. 1. Isi dulu blog dengan kandungan berkualiti Pada entri yang lepas, saya dah kupas agak panjang mengenai perkara nie. Pendek kata, persiapkan dahulu sebuah blog mengikut niche pilihan anda. Kemudian, tulis artikel yang berkualiti yang dapat memberi faedah kepada pelawat. Bina kredibiliti anda di mata mereka. Sebaik-baiknya, ambil masa 3 bulan terawal untuk memadatkan blog anda dengan kandungan yang berinformasi. Kalau rasa anda sukar untuk menulis, dapatkanlah artikel atau ebook yang berlesen private label right (PLR). Dengan lesen PLR, anda boleh ubahsuai dan edit isi kandungan artikel atau ebook tersebut. Tak tau ataupun mengalami kesukaran nak edit artikel?? Jangan gusar, google dah siapkan satu tool untuk anda. Iaitu Google Translate. Gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menggunakan tool tersebut. :D 2. Sering update blog Semakin banyak post yang anda tulis, semakin ramailah pelawat yang dapat menjumpai blog anda. Begini, semakin banyak post yang ditulis maka semakin banyaklah webpage blog anda yang diindex oleh enjin carian. Mengikut kajian, kebanyakan pengguna internet menggunakan enjin carian untuk mencari sesuatu maklumat. Sebabnya, adalah agak sukar nak ingat alamat penuh url sesebuah site tue. Seperkara lagi, kalau selalu update blog, spider enjin carian turut melawat blog anda dengan lebih kerap lagi. : ) Jangan lupa untuk memanfaatkan fungsi "tags" gak. Kalau guna platform blogger(blogspot) macam saya nie, ia dipanggil "labels". Gunakan labels yang bersesuaian untuk setiap post yang anda tulis. Dari sini, peluang pelawat menjumpai blog anda melalui enjin carian juga lebih tinggi. 3. Optimumkan penggunaan katakunci Sama seperti labels, anda seharusnya mengoptimumkan katakunci sebaik mungkin. Masukkan katakunci dalam setiap tajuk post anda. Gunakan juga katakunci spesifik yang panjang (long tail keyword). Dalam 3-4 patah perkataan. Contohnya; --- "Rahsia pro affiliate" --- "Rahsia menjadi pro affiliate" --- "Apa itu program affiliate" Selalunya, persaingan untuk long tail keyword ni agak kurang. Individu yang membuat carian spesifik nie plak berpotensi menjadi pembeli. Sebabnya, mereka nie sememangnya sedang tercari-cari sesuatu dan bersedia untuk membeli! Kat sinilah peluang anda mempromosikan sebarang produk affiliate yang berkaitan. :D Kalau anda dapat cipta tajuk yang catchy, itu lagi bagus. Tentu dapat menarik lebih ramai pembaca. Nak buat kajian pasal long tail keywords?? Boleh guna Google Keyword Tool External ataupun Freekeywords Wordtracker. 4. Call to action Saya kurang pasti terjemahannya yang tepat dalam Bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan pelawat blog anda untuk membuat tindakan susulan. Apa yang mereka perlu buat selepas membaca post di blog anda?? Contohnya begini; Katakan seseorang pelawat berminat terhadap sesuatu produk yang anda promosikan. Setelah membaca ulasan anda, mereka tertarik dan ada keinginan untuk membeli. Jadi, mereka tentu nak tau di manakah mereka dapat membeli produk tersebut. Daripada situasi kat atas, di sinilah kepentingan call to action. Anda tunjukkan di mana mereka dapat membeli ebook. Letakkan link affiliate anda dengan ayat-ayat yang membuat mereka teruja untuk membeli. Contohnya; --- Download Rahsia Pro Affiliate edisi percuma nie sebelum terlambat! Atau --- Dapatkan Rahsia Pro Affiliate Full Version sebelum harganya dinaikkan pada 1.1.2009! Ayat di atas hanyalah contoh untuk memudahkan pemahaman anda, ok. Anda boleh gunakan kreativiti sendiri yang lebih hebat untuk menarik perhatian pelawat dan menukarkannya kepada pembeli. :D Akhir kata, terima kasih saya ucapkan sebab anda sanggup baca sampai ke perenggan ini. Mudah-mudahan [...]

4 Persediaan Sebelum Bergelar Agen Affiliate

Fri, 19 Dec 2008 15:11:00 +0000

Untuk berjaya dalam apa jua bidang sekalipun, anda perlukan persediaan awal. Bak kata pepatah, "orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal". Macam itulah juga jika anda seorang agen affiliate. Persediaan dan perancangan perlu dibuat bagi mengurangkan risiko kegagalan.Harus diingat, kalau sekali anda gagal, ia bukan bermakna anda akan gagal selama-lamanya. Sebaliknya, berapa kali anda boleh bangkit semula setelah menghadapi kegagalan!4 persediaan awal yang dimaksudkan adalah:1. MasaIngin ditegaskan di sini, anda takkan berjaya atau kaya dalam masa sehari atau sekelip mata. Mustahil bagi anda yang masih baru dalam bidang pemasaran affiliate ni.Kalau anda dah pro, barulah ianya boleh direalisasikan. Tapi untuk menjadi pro affiliate, anda perlukan masa terutamanya untuk mempelajari teknik, trick dan strategi yang berkesan.Anda juga perlu buat try and error untuk mendapat rentak terkini. Lakukan ujikaji terhadap teknik yang sejajar dengan kebolehan anda.Masa yang diperlukan tu juga bergantung pada setiap individu. Lain orang tentunya lain tahap kefahamannya. Justeru, tiada tempoh masa yang spesifik kat sini. Ada yang boleh berjaya dalam masa 2 bulan, 6 bln, 1 tahun, 1 thn 1/2, 3 thn dll.2. ModalBohonglah kalau ada yang mengatakan anda tak perlukan modal untuk bermula dalam bidang pemasaran affiliate nie. Walaupun pendaftaran sebagai agen affiliate selalunya adalah percuma.Sikit sebanyak anda memerlukan modal untuk bermula. Paling koman pun anda perlu beli ebook yang boleh membantu memendekkan learning curve dalam bidang pemasaran affiliate. Jangan sesekali berhenti menimba ilmu.Kalau ebook berbahasa Malaysia, saya cadangkan anda melaburkan sikit wang untuk mendapatkan Rahsia Pro Affiliate. Anda boleh pelajari trik yang saya anggap berkesan. Sebabnya, saya hanya amalkan 1 saja teknik yang ada kat dalam tu dan ianya berhasil. :DLagi satu, modal juga perlu untuk melakukan promosi. Contohnya melalui ppc e.g google adwords, iklan berbayar di website/blog terkenal dsb.Ada juga promosi percuma yang boleh anda cuba. Antaranya melalui blog, forum, laman iklan percuma, social networking dan beritahu rakan-rakan yang berminat. Cuma cara percuma nie biasanya memakan masa sikit.3. SabarSabar nie seiringan dengan masa gak. Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menguasai bidang ni. Atau sekurang-kurangnya dapat menjana pendapatan setiap bulan melalui program affiliate.Untuk mencapai tahap yang memberansangkan, anda perlu sabar dan tak mudah berputus asa. Kentalkan semangat anda dan percaya yang usaha anda pasti membuahkan hasil suatu hari nanti.Syaratnya, anda jangan berhenti bila tak dapat sebarang jualan. Tapi, teliti dulu sebab apa taktik anda tak berkesan. Mungkin ada silap sikit kat memana. Kat sinilah pentingnya try angd error tadi.[...]

Ulasan Ebook Affiliate A+

Fri, 21 Nov 2008 12:27:00 +0000

Salam Hormat,Seperti yang dijanjikan, saya akan membuat ulasan ebook Affiliate A+ khas untuk anda. Saya dah dapat ebook Affiliate A+ ni tadi dan dahpun habis baca. Cuma, saya pasti akan baca lagi nanti. Salah satu sebabnya, saya disaran untuk khatam sebanyak 5 kali oleh penulis Affiliate A+ ni sendiri. =PAffiliate A+ ini dipecahkan kepada 2 ebook berasingan. Ebook teori dan praktikal. Ebook teori Affiliate A+ ni cuma 14 ms. Manakala ebook praktikal pula ada 47 ms.Pada bahagian teori, point yang ditekankan ialah teknik mengelakkan komisen affiliate dicuri. Biasanya bagi newbie, agak sukar untuk dapat klik yang banyak. Apatah lagi klik yang menghasilkan jualan.Itulah sebabkan anda perlu protect link affiliate masing-masing. Nampak tak kepentingannya kat situ?Sebelum tu, ada juga diterangkan sikit bagaimana nak promosikan link affiliate anda melalui email, forum dan blog.Ok...sekarang ayuh kita ke bahagian praktikal pulak. :)Kat sini, barulah anda dapat mengetahui ilmu sebenar yang diperturunkan oleh penulis. Ada 6 pembongkaran kesemuanya dan satu topik ringkas berkaitan soaljawab Affiliate A+.Semua pembongkaran yang ditunjukkan adalah teknik yang telah dipraktikkan oleh penulis semasa mengungguli 2 cabaran affiliate baru-baru ni. Iaitu cabaran affiliate DVD Video Usahawan dan update ebook Kuasa Lelong.Gambaran kasar yang boleh saya katakan di sini adalah:1. Teknik penulis lebih tertumpu kepada produk yang baru dilancarkan2. Produk yang mendapat permintaan tinggi sepanjang masa. Salah satu produk yang anda boleh test power serta-merta sekarang adalah ebook Affiliate A+ nilah. ;DKemudiannya, setelah selesai membaca semua 6 pembongkaran tu, anda perlu melabur sedikit untuk mendapatkan sistem autoresponder dan buat squeeze page untuk mengumpul list.Kalau anda berani melabur lebih, boleh gunakan teknik seperti di ms 17. Paling tidak pun, anda boleh pakai teknik lagi satu kat ms 19.Itulah yang dapat saya cungkil dan kongsi dengan anda. Jadi, bagaimana? Adakah anda individu yang sesuai atau dah bersedia untuk mengaplikasikan ilmu yang dicurahkan dalam ebook Affiliate A+ ni??A. YAatauB. TIDAKKini, semua keputusan saya serahkan kepada anda. Anda yang lebih berhak menentukannya.Salam Sukses Bakal Top Affiliate!p.s: Jangan lupa untuk clear cookies anda dulu.p.p.s: Caranya?? Bagi pengguna Mozilla Firefox, klik kat menu "Tools" => "Clear Private Data..." => tandakan kotak "Cookies" dan klik "Clear Private Data Now". Ok, settle![...]

Pelancaran Affiliate A+ : Daripada Newbie Terus Jadi Top Affiliate

Thu, 20 Nov 2008 10:12:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Post ini saya buat semata-mata untuk anda yang benar-benar ingin menjana pendapatan internet melalui program affiliate. Sebelum ni, saya ada bagi hint pasal ebook eksklusif Affiliate A+ ni. Boleh rujuk kini kembali kat sini kalau anda nak tahu.

Ebook Affiliate A+ ni ditulis oleh Ammar Zahar. Beliau agak baru dalam dunia pemasaran internet (IM) ni, tapi dah boleh kalahkan otai yang lebih berpengalaman dalam dua cabaran affiliate baru-baru ni. Anda boleh lihat salah satu bukti pendapatan beliau di sini.


Sehubungan itu, kalau anda ingin berjaya seperti beliau bolehlah terus beli ebook affiliate a plus ni sekarang.

Untuk pengetahuan anda, harganya ialah RM37. Tapi setelah anda klik butang "beli sekarang", anda akan ditawarkan pakej tambahan.

Pakej tambahan tu adalah Kelas Affiliate A+. Di mana ia memuatkan 6 video tambahan yang bernilai RM50 setiap satu. Lagi satu keistimewaannya, anda boleh tanya serta berborak dengan beliau apa saja tentang affiliate melalui YM dan MSN.

Berapakah harga yang perlu anda tambah untuk mendapatkan 6 video bernilai RM300 dan bertanya pasal affiliate melalui YM dan MSN chatting?

Agak mengejutkan, anda cuma perlu tambah RM50 saja. Yup, diskaun sebanyak RM250!

Kesimpulannya, anda ada 2 pilihan sekarang. Satu, beli ebook affiliate a plus saja - RM37. Keduanya, anda beli pakej affiliate a plus (ebook + 6 video) - RM87.

Tapi, anda boleh tunda pembelian anda dulu kalau mahu. Sebab,nya saya akan buat ulasan penuh mengenai pakej Affiliate A+ ni.

Saya dah beli pakej affiliate A+ ni dan saya akan cuba buat ulasan sebaik mungkin untuk anda. Setelah itu, pastinya ia lebih mudah bagi anda untuk membuat keputusan, kan?


T-U-N-G-G-G-U-U-U-U!!


p.s: Berikan saya sikit masa sebab saya masih lagi menunggu penghantaran produk yang mendapat permintaan tinggi ni.

p.p.s: Saya juga akan baca berulang kali supaya dapat memahami isinya dengan jelas. Seterusnya dapat memberi ulasan pakej affiliate A+ yang terperinci, ok.

Tugas Penting Agen Affiliate

Mon, 17 Nov 2008 05:51:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Semalam anda dah faham mengenai program affiliate, agen affiliate dan link affiliate, kan? Hari ni, kita sambung sikit pasal tugas agen affiliate.

Tidak lain dan tidak bukan adalah......

  1. PROMOSI...
  2. PROMOSI...
  3. dan teruskan kempen PROMOSI anda.

Anda boleh terus mempromosikan sesuatu produk tu selagi ia mendapat permintaan. Biasanya, individu yang masih baru dalam sesuatu bidang (contohnya affiliate), akan sentiasa muncul sepanjang zaman. Mereka ni pasti akan senantiasa mencari maklumat berkaitan dengan affiliate. Semuanya kerana mereka ingin memajukan diri dan sukses dalam bidang affiliate.

Untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun, anda mesti rajin membaca. Bukan setakat baca 2-3 buku atau ebook jer. Sekurang-kurangnya anda perlu baca 20 buah buku tentang sesuatu bidang yang anda nak conquer tu.

This make sense, isn't?

Sekarang anda nampak tak potensi sebagai agen affiliate nih?

Oraittt. Kita sambung balik contoh individu yang berminat dalam bidang affiliate. Semestinya anda boleh rekomenkan sesuatu produk yang berkaitan dengan apa yang mereka mahukan!

Contoh produk yang boleh anda rekomenkan adalah;

1. Ebook Rahsia Pro Affiliate Full Version

dan

2. Ebook Affiliate A Plus (bakal terbit 20/11/2008)

Kedua-dua ebook ni memang sesuai untuk mereka. Sebabnya penulis kedua-dua ebook ni dah membuktikan kehebatan mereka sebagai pro affiliate. Ah-ha juga sebagai top affiliate!

Apabila anda rekomenkan (promosi) kepada prospek yang berminat, peluang untuk membuat jualan memang lebih tinggi. Ibaratnya seperti anda menyorongkan bantal kat orang yang mengatuk. =)

Adakah mereka akan tolak? Tentu sekali tidak! Kalau ada pun, mungkin diorang tak suka tido pakai bantal kot. Huhuhu... Tapi kebarangkaliannya adalah terlalu kecil.

Kesimpulannya, bila anda promosikan sesuatu produk kepada prospek yang betul-betul berminat, jualan pasti akan terhasil. Apabila anda berjaya menjual, maka anda akan menerima komisenlah. Hoorayyy!

Semoga Sukses Bakal Top Affiliate!

p.s: Jumlah komisen adalah bergantung kepada jenis produk yang anda promosikan tuh.

p.p.s: Sebagai contoh, komisen Rahsia Pro Affiliate Full Version adalah RM25. Jika anda minat, sila daftar di SINI.

p.p.p.s: Komisen untuk ebook ekslusif Affiliate A Plus pula ialah RM10. Anda boleh daftar di sini.

Apa Itu Program Affiliate

Sun, 16 Nov 2008 11:13:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,Mungkin ramai yang masih lagi tertanya-tanya apa benda program affiliate tu? Atau dalam bahasa globalnya affiliate programs. Kalau nak diikutkan, anda boleh saje gunakan khidmat Pakcik Google tu. Taip program affiliate, nanti banyak maklumat yang anda akan dapat. Macam kat bawah ni.1.0 Carian Program AffiliateTanda 1 dan 2 tu menunjukkan anda tengah cari maklumat tentang program affiliate dan jumlah result yang akan anda dapat. Iaitu ada 6.42 juta maklumat yang berkaitan.Oleh sebab masih ada rakan-rakan yang belum faham sangat apa itu program affiliate, saya akan sentuhnya di sini. Saya cuba permudahkannya supaya lebih jelas.Ok, harap anda boleh tumpukan lebih perhatian sekarang. Anda pasti akan dapat konsepnya di akhir nanti.Secara asasnya, affiliate programs ini dianjurkan oleh pemilik sesuatu produk. Saya ambil contoh ebook Rahsia Pro Affiliate Full Version. Pemilik produk ni adalah Team SmartBrain. Merekalah yang telah mengeluarkan ebook tersebut.Kemudiannya, Team SmartBrain ni juga telah membuka program affiliate untuk ebook Rahsia Pro Affiliate ni kepada umum. Anda boleh lihat sendiri web jualannya di sini.Tujuannya tidak lain adalah untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas. Semakin ramai yang mempromosikan ebook ni, maka semakin ramailah yang akan berkunjung ke web jualan Rahsia Pro Affiliate tu.Apabila semakin ramai yang mengunjungi sesuatu web jualan, maka peluang untuk produk tu untuk dijual adalah tinggi! Apabila produk itu terjual, tentulah ada keuntungan di situ. =)Baiklah, itu kalau kita lihat dari sudut pemilik produk. Ataupun penganjur program affiliate itu sendiri.Sekarang mari kita lihat dari perspektif lain pula. Iaitu bagi pihak agen affiliate pula. Siapa agen affiliate ni?Kalau anda rasa kurang faham, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang semula part yang anda tak faham tu.Kalau dah OK, barulah sambung semula pasal agen affiliate ...Agen affiliate ni ialah orang yang mempromosikan sesuatu produk seperti ebook. Katakanlah saya yang mempromosikan ebook Rahsia Pro Affiliate kat anda melalui blog ini.Maka, sayalah salah seorang agen affiliate untuk ebook Rahsia Pro Affiliate ni. Tugas saya adalah mempromosikan ebook ni. Kalau ada yang membeli melalui link affiliate saya, cukup bulan (atau sebarang tarikh yang ditetapkan oleh penganjur) saya dapatlah komisen.Apa pulak link affiliate tu?Sesudah mendaftar sebagai agen affiliate nanti, anda akan diberikan link affiliate yang unik. Setiap orang akan diberikan link affiliate yang berlainan!Contohnya;http://www.rahsia-pro-affiliate.com/idevaffiliate.php?id=XXSelalunya bahagian terakhir iaitu XX (dalam contoh kat atas), adalah berbeza. Takkan ada yang sama! Sebab ia menunjukkan siapa yang dah berjaya membuat jualan. Yaaahoooo!Setakat ini dululah maklumat yang saya nak kongsi dengan anda. Moga-moga anda dah tahu apa itu program affiliate, agen affiliate dan juga link affiliate. Saya akan tambah lagi input untuk anda pada tulisan yang akan datang.Singgah lagi kat sini tau! =Dp.s: Sesiapa yang nak tanya ataupun ada idea nak ditambah, sila berbuat demikian di ruangan komen tau.[...]

3 Kesilapan Biasa Agen Affiliate

Thu, 23 Oct 2008 06:59:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Semalam, saya baru mendapat email daripada saudara Din Beramboi. Kalau anda belum mengenalinya, beliau merupakan penulis ebook Rahsia Pro Affiliate bersama-sama Kento. Anda juga boleh lihat tulisan saya mengenai ulasan rahsia pro affiliate full edition di sini.

Dalam email semalam, saya dimaklumkan yang agen affiliate sering melakukan 3 kesilapan berikut:


1. Menyertai terlalu banyak program affiliate

Usahlah anda mempromosikan pelbagai program affiliate sekaligus. Jangan tamak sangat sebaliknya anda perlu lebih fokus.

Saya pernah terbaca (tak ingat tajuk ebook tu) yang sebaiknya jangan mempromosikan lebih daripada 3 produk dalam sesatu masa.

Ataupun kalau nak promosikan lebih daripada 1 produk, buat ulasan mengenai perbandingan antara kesemua produk. Sertakan perkara positif dan negatif produk-produk tersebut. Dengan cara ini, pelawat blog anda pastinya akan menghargai usaha anda tu.

Buatlah ulasan secara jujur dan bertanggungjawab.


2. Memilih program affiliate yang salah

Contohnya macam blog ni. Niche adalah rahsia menjadi pro affiliate. Setakat ini, saya hanya mempromosikan ebook rahsia pro affiliate saje. Ataupun kalau pada masa depan ada lagi produk yang bagus tentang affiliate, barulah saya akan promote.

Untuk itu, promosikanlah hanya produk yang bersesuaian (sama niche) dengan blog atau website anda.


3. Tidak menggunakan produk yang dipromosi tu terlebih dahulu

Kesilapan ke-3 ni saya pernah buat. Mempromosikan produk yang tak pernah saya pakai atau beli.

Tapi ebook rahsia pro affiliate full version ni saya dah ada tau. :)

Kesilapan ke-3 ni perlu dielakkan sebab kalau ada yang bertanya dan kita tak dapat jawab, alamak habislah. :( Orang pun tak percaya dengan kita, kan?

Tapi cara saya begini, saya akan bantu dulu apa yang termampu. Buatlah sikit research kat "Google" tentang produk tu dulu. Kalau tak dapat jawab, saya suruh yang bertanya tu email atau contact pemilik asal produk tu.

Perlu kita ingat, hanya promote produk yang dirasakan bagus dan dapat membantu orang lain saja. Kalau nak tahu sama ada ia bagus atau tidak, anda boleh tengok pada testimonial kat web jualan, usha kat forum ke (ada tak perbincangan mengenainya), ada jaminan wang dikembalikan ataupun hubungi terus pemilik produk tu kan ke lebih senang.

Kalau anda nak lagi pelbagai tip affiliate yang lain, anda boleh dapatkannya di sini.

Semoga Sukses Menjadi Pro Affiliate!

Tip Affiliate Melalui Blog

Thu, 09 Oct 2008 12:58:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,Pertama skali, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam. Harap tak terlambat yer. :)Sebelum nie, saya ada membuat ulasan mengenai ebook Rahsia Pro Affiliate. Kalau anda yang nak tahu serba sedikit mengenainya, bolehlah baca ulasan tu. Mudah-mudahan anda dapat sikit gambaran secara keseluruhannya, ok.Kali nie, saya nak kongsikan satu tip untuk anda yang terlibat dengan program affiliate. Lebih menarik lagi, tip ni pun boleh digunakan walaupun anda tiada mailing list.Kebetulan, saya pun dapat tip ni daripada Lynn Terry. Beliau ni mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam bidang pemasaran internet. Salah satu kepakaran beliau ialah bidang affiliate. Jadi, apa salahnya kalau saya kongsikan kat sini, kan?Tip Affiliate Melalui Blog:1. Buat sebuah blog berkaitan dengan produk yang ingin anda promosikan.2. Ataupun anda boleh buat blog mengikut niche (pengkhususan) yang anda mahu. Kemudian baru anda cari produk yang bersesuaian untuk dipromosikan.Tapi tunggu dulu! Selepas anda buat blog, jangan terus mempromosikan produk affiliate anda. Apa yang perlu anda buat adalah langkah 3.3. Tulis dan post kandungan yang berkualiti ke dalam blog anda.4. Ambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menulis seberapa banyak artikel yang berkualiti ke dalam blog anda.Tujuannya adalah untuk membina kredibiliti anda di mata pengunjung.5. Pastikan artikel anda tu dapat membantu pengunjung yang sedang mencari maklumat yang diperlukan di internet.6. Dengan cara ini, secara tak langsung anda telah membantu orang lain mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.7. Apabila mereka merasakan yang artikel anda amat membantu, pastinya mereka akan selalu mengunjungi blog anda kelak. Seterusnya, kebarangkalian untuk mereka menjadi pembaca setia blog anda amat tinggi. :p8. Nah, sekarang mereka telah percaya dan yakin dengan kebolehan anda!9. Jikalau semuanya berjalan lancar, barulah anda bersiap sedia untuk mempromosikan produk affiliate yang berkualiti dan dapat membantu menyelesaikan masalah kebanyakan orang.Ok, sekarang tibalah masanya anda mempromosikan produk affiliate yang telah dipilih melalui blog. Macamner caranya tuh?Baiklah, apakata anda sambung dengan langkah 10.10. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat ulasan tentang produk tersebut.Contohnya seperti tulisan saya sebelum nie iaitu Ulasan Rahsia Pro Affiliate Full Version. :DUntuk membuat ulasan yang terperinci, ada baiknya ada mendapatkan produk tersebut terlebih dahulu. Bila anda dah memiliki produk tersebut, anda pastinya mampu membuat ulasan yang lebih lengkap.Tulislah dengan jujur dan sepenuh hati. Luahkan pendapat sebenar anda terhadap sesuatu produk tue. Tuliskan faedah-faedah yang bakal pembeli perolehi. Tapi, kalau ada kekurangan, jangan takut untuk memberitahunya kepada pembaca. :)Sebabnya ialah tiada satu pun produk yang sempurna di dunia ni, kan? Sikit sebanyak mesti ada kekurangannya.Akhir skali, saya harap tip di atas sikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda. Pada masa-masa akan datang, saya akan kongsikan lagi tip-tip lain pulak, yer. :)Salam Sukses & Jumpa Lagi![...]

Ulasan Rahsia Pro Affiliate Full Version

Sat, 27 Sep 2008 16:37:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,Dalam post ini, saya akan buat ulasan Rahsia Pro Affiliate Full Version. Segala kandungannya akan saya kupas supaya anda jelas dengan kandungannya. Ia baru saja dilancarkan pada 25 September 2008 dan sedang HOT di pasaran. Rahsia Pro Affiliate ni mensasarkan anda yang tiada mailing list tapi tetap mahu menceburi bidang affiliate sebagai salah satu sumber pendapatan.Matlamat utamanya adalah mendedahkan anda beberapa teknik yang digunakan oleh pro affiliate Malaysia seperti Sukeri, Shahraduan dan Team SmartBrain. Mereka ni dah berjaya mencapai pendapatan 4 angka dengan hanya mempromosikan produk usahawan internet lain.Bila dah tahu teknik pro affiliate ni, anda tinggal "copy" dan "paste" saja. Selepas tu, ulang semula strategi tu dan "track" hasilnya!Ulasan Lengkap Rahsia Pro Affiliate Full VersionBahagian 1 - Pengenalan dan Rahsia Selamatkan Komisen[A] Ebook PengenalanJikalau anda belum tahu apa itu program affiliate, agen affiliate, contoh produk affiliate dan apa saja yang anda patut tahu mengenai affiliate, anda akan dapat segala jawapannya di sini. Semua maklumat asas berkenaan affiliate ada diterangkan di sini. Ataupun anda boleh download edisi percuma di sini atau klik saja pada bahagian "Edisi Percuma" kat atas tu.Apabila selesai bahagian asas, anda boleh baca sambungan pengenalan. Di sinilah bermulanya titik tolak untuk anda mengenal atau menjadi seorang pro affiliate. Anda akan diterangkan apakah perbezaan di antara pro affiliate dengan agen affiliate yang biasa.Antara yang dibincangkan di sini seperti melangkah ke arah pro affiliate, membina pengaruh, teknik pemasaran, kajian sebenar ke atas 2 Super Affiliate iaitu Andrew Fox (UK) dan Ewen Chia (Singapura), tips tambahan dan peringatan penting.[B] Ebook Rahsia Selamatkan KomisenKat sini objektifnya mudah saja iaitu membantu anda menyelamatkan komisen daripada dicuri. Kekadang ada individu yang tak jujur, mereka akan pedajal link affiliate anda. Penat anda mempromosi, tapi habuk pun tarak.Jadi, anda boleh atasi masalah serius ni setelah membaca dan praktikkan apa yang dinyatakan di dalamnya.Bahagian 2 - Rahsia Pro Sukeri, Shahraduan dan Teknik Smart[A] Ebook Rahsia Pro SukeriPenulis telah membongkar rahsia Sukeri setelah mendapat keizinan daripada beliau. :) Teknik yang Sukeri gunakan mungkin tidak disedari oleh kebanyakan orang. Dalam kes ni, beliau menggunakan produk MRR (Master Resell Rights) untuk menjana keuntungan tanpa mailing list.Syyyh....tak boleh cerita lebih-lebih ni.[B] Ebook Rahsia Pro ShahraduanTeknik yang Shahraduan gunakan ni pun simple tapi "meletup". Terus terang saya katakan, kebarangkalian untuk berjaya dengan teknik beliau memang tinggi. Anda boleh mula sesegera yang mungkin.Sambil baca pun dah boleh terus praktik![C] Ebook Teknik SmartTeknik ialah strategi penulis sendiri. Walaupun lewat mempromosi, beliau masih mampu mendapat komisen. Cara ini tidak disedari oleh sesiapa yang berdepan dengannya. Melainkan mereka pun dah pernah buat teknik ni. :)Kenapa, tak percaya?Bahagian 3 - Ebook BonusBahagian ini saya tak perlu ulas kot, boleh? Sebabnya ebook-ebook utama di atas lebih penting!Cuma satu saja yang mesti anda buka iaitu "A-Z Affiliate Program". Di dalamnya anda boleh lihat 64 senarai program affiliate yang boleh anda sertai. Kalau anda taknak membuang masa mencari di "google" atau enjin carian yang lain, sertai saja program affiliate yang ada kat situ.Semuanya diyakini berbayar dan bukannya scam.:pOk, sekarang anda dah nampakkan gambaran kasar ebook Rahsia Pro Affiliate ni? Jadi, bolehlah anda tentukan sama ada anda perlukannya atau tidak.Tapi saya yakin, kalau anda seorang yang berfikiran positif dan berpandangan jauh, ebook ni memang sesuai. Sebab kalau anda tak mulakan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda akan berada di takuk yang sama!Sebab tulah Team SmartBrain melancarkan e[...]

Pelancaran Rahsia Pro Affiliate Full Version

Sat, 27 Sep 2008 12:07:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Beberapa hari lepas, saya telah berjanji untuk mengulas lanjut tentang Rahsia Pro Affiliate Full Version. Saya dah pun habis membacanya. Seronok rasanya dapat korek beberapa strategi pro affiliate ni. Agak terkejut gak dengan strategi yang mereka guna tu. =p

Memang S-M-A-R-T!

Sebelum membebel panjang, saya nak tanya skit beberapa soalan. Cehh... Tak perlu jawab kat sini, jawab dalam hati jer. Nak tulis kat kertas lagi bagus!
  • Adakah anda seorang agen affiliate (mempromosi sesuatu produk & terima komisen)?
  • Adakah anda teringin menjana komisen 4-5 angka daripada program affiliate?
  • Nak tahu tak strategi yang pro affiliate guna untuk mendapat 4-5 angka sebulan?
Jika anda jawab YA untuk ketiga-tiga soalan di atas, anda memang berada di landasan tepat untuk berjaya dalam salah satu model perniagaan internet.


Tahniah!


Baiklah, saya akan buka satu post khas untuk anda yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai ebook Rahsia Pro Affiliate ni! Senang skit anda nak fokus. :p




Rahsia Pro Affiliate

Mon, 22 Sep 2008 05:36:00 +0000

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjumpai blog Rahsia Pro Affiliate ini. Anda memang hebat. Bukan sebarang orang yang boleh sampai ke sini. Sebagai tanda perkenalan, selamat datang saya ucapkan.

Anda yang datang ke sini pastinya mempunyai satu matlamat yang positif dan bercita-cita tinggi. Ya, saya faham. Anda tentunya ingin menjana pendapatan di internet melalui program affiliate, kan?

Ataupun lebih tepat lagi, anda mahu menjadi seorang Pro Affiliate!!

Bagus. Saya sukakan anda yang bersikap positif. Sehubungan itu, saya akan memperkenalkan anda satu panduan yang dinamakan Rahsia Pro Affiliate.

Ia bakal membongkarkan beberapa teknik yang telah terbukti berkesan dan telah dipraktikkan oleh beberapa usahawan internet Malaysia selama ini. Hasilnya, mereka telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan teknik tersebut dan ingin berkongsi ilmu mereka dengan anda.

Adakah patut anda menolaknya?

Anda tidak perlu berikan jawapannya kepada saya. Tapi, anda beritahulah kepada diri sendiri dengan ikhlas. Luahkan segala keinginan isi hati anda. Saya percaya dan yakin anda takkan sanggup membohongi diri sendiri, kan?

Sebelum berpisah, saya akan berikan anda sedikit masa mempertimbangkan hal ini. Dalam beberapa hari lagi, saya akan mendedahkan dan mengulas lanjut tentang Rahsia Pro Affiliate Full Version kepada anda.


T-U-N-G-G-U!!!



p.s: Kalau anda dah tak sabar, sila download Rahsia Pro Affiliate edisi percuma di sini.

Feedage.com on Facebook