Subscribe: Zulkifli Noordin
http://zul4kulim.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
akan  anwar  dalam  dengan  ini  islam  itu  kepada  mahkamah  melayu  mereka  oleh  saya  sebagai  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Zulkifli Noordin

ZULKIFLI BIN NOORDIN





Updated: 2018-02-04T18:17:47.088+08:00

 



AL-AQSA MENANGIS DARAH!

2015-10-02T18:49:36.815+08:00

Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!*Al-AqsaBumi para anbiyaKelahiran para syuhadaTanah yang diberkatiLangit yang menjadi saksiMukjizat Rasul & NabiAl-AqsaBumi mu berdarahPeluru dimuntahUmat dimamahTanah merekah merahDi baham zionis haram jadahAl-AqsaBumi mu menangis darah,Angkara zionis,Anak-anak mu ditumisTanah mu berkudisUmat mu habis di gilisMana saudara se-kiblat mu?Mana jiran se-kitab mu?Mana pembela se-aqidah mu?Mana warisan ‘Umar Al Khattab?Mana warisan Ali Abi Tolib?Mana warisan Salahudin Al Ayyubi?Mana warisan Muhammad Al-Fateh?Dimana mereka…..Al-AqsaDimana?Aduhai Al-AqsaKau bersendirianSekadar batu dan lastikSekadar doa dan semangatKau bangkit berjihadIntifadah menjadi pengubatJiran mu yang semut berjutaSaudara mu yang qorun-rayaSekadar mampu menghantar doaDiiringi baju selimut gebarHanya mampu mengutuk zionisSambil memuntah asap rokok Yahudis!Aduhai Al-AqsaKau jadi cermin umat masakiniDayus, bacul menjubah diriUkhwah perpaduan diterajang ke-tepiAngkara gila kuasa..gila kerusiTerpukau perangkapBarat YahudiNamun Al-AqsaSuatu hari bumi ini pasti meledak,Langit terbelahGelombang umat yang marakBerang lasykar  terbakar ke puncakBukan  sekadar menjadi penyalakSekadar muffler melilit tengkokUmat kini sudah tidak gentarPada peluru zionis yang ketarKami mendengarmu Al-AqsaDan kami tetap akur mendengarIntifadah..intifadah..intifadah !!!Kesetiap penjuru tak bertepiKami bukan sekadar pandirMengiya fitnah parasit hanyirPenyujud na’am zionis kafirKerana kami lasykar Yang Maha EsaKerana kami sol-jah Maha PenciptaUmat yang mengenal si-kitol derhakaAntara parasit berserban lilitAntara pak yangoat berjubah meleretNanti waris kami bersoaltanyaDi atas kuburan merah menyalaMengapa Al-Aqsa di biar sendirianTanpa pembelaantanpa penentanganRamai umat bak buih dilautanSekadar ramai bertakbir sakanTapi berpecah tanpa sempadanMengejar kilauan kalkatu kerakusanYang batil yang palsu menjadi idamanNamun intifadah itu mutlakAkan menjadi keramat yang hakBiar disekat biar dihambatParasit zionis kalkatus keparatKami bersama mu Al-AqsaDan kami adalah lasykarKami adalah sol-jahBersama mu menegakkanIntifadah..intifadah..intifadah..!!!Biar dipagar tembok dan besiZionis yang makin menikusDikelilingi parasit yang rakusMenentang arus hangat semangat jihadJiwa umat yang lama tersekatPasti bangkit menentang keparatMahkamah ALLAH menjadi penyukatMenghakimi antara pejuang dan petualangAntara lasykar dan parasitAntara mujahid dan mujahatAntara sol-jah dan penderhakaAntara yang betul dengan si-kitolKami mendengar mu Al-AqsaKami bersama mu Al-AqsaALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!************************************** ZULKIFLI BIN NOORDIN Kuala LumpurJumaat18 Zul-Hijjah 143602 Okt 2015*Olahan semula sajak KAMI BERSAMA MU GAZA yang dideklamasikan pada di Malam Pop-Fest Selamatkan Gaza, UiTM Seksyen 7, Shah Alam pada hari Ahad 09 Safar 1434 bersamaan 23 Disember 2012.[...]



BANGSAKU KIAN ME-LAYU

2015-06-06T19:04:53.221+08:00

Kekuatan Melayu pada agamanya Tanpa Islam tiadalah Melayu Apabila agama & Tuhan digadai bangsa Hilanglah Melayu terus melayuBANGSAKU KIAN ME-LAYUBangsaku MelayuSejarahnya tidak kakuBudibahasanya nomor satuAkhlaknya dicemburuTolak ansurnya tak pernah jemuDia perjuangkan kemerdekaanDia menjadi kerajaan kedaulatanDia beri imigran kewarganegaraanDia menjadi asykar pertahananDia polis menjaga keamananDia pegawai dasar kenegaraanDia kerani melaksanakanDia juga cikgu mencerdikkanTapi dia bergaduh bercakaranMenikam merobek menelanjangkanAmanah pusaka warisan diqorunkanBangsa sendiri menjadi sasaranKawan dijadikan lawanLawan dijadikan kawanBangsa lain diselimut bantalkanKaum lain disahabat-taulankanHabis dijual agama & Tuhan Memang Melayu tak hilang diduniaTetapi Melayu akan hilang tanahairnyaharga diri & maruah bangsaHanya kerana gilakan kuasaMelayu akan melayudi Tanah Melayuakhirnya!Zulkifli Bin NoordinRabu16 Sya'ban 143603 Jun 2015[...]



KECUT HUDUD?

2015-03-25T18:38:08.106+08:00

Bang Non, kita dok bantah hudud, tapi awat Bang Non mintak Saiful dikenakan hudud qazaf? Ini namanya politik kong-kalikong, cakap tak serupa bikin Bang Non! Fenin Jah...fenin! KENAPA KECUT HUDUD?Kenapabila dengar saja hududkau jadi kecut?Laa ila ha illallah Hudud hukum AllahKenapa kau bantah?Hudud Syurb untuk pemabukKenapa kau sibuk?Hudud Zina untuk penzinaKenapa kau hina?Hudud Qazaf untuk pemfitnahKenapa kau gundah?Hudud Sariqah untuk pencuriKenapa kau irihati?Hudud Hirabah untuk perompakKenapa kau gempak?Hudud Bughah untuk penderhakaKenapa kau mengata?Hudud Riddah untuk si murtadJangan sampai kau sesat!Adakah kau pemabuk?Adakah kau penzina?Adakah kau pemfitnah?Adakah kau pencuri?Adakah kau perompak?Adakah kau penderhaka?Adakah kau si murtad?  Sudah lupakah kaujanji kepada IlahiSesungguhnyaSolatku, IbadahkuHidupku, MatikuHanyalah untuk Allah!Zulkifli Bin NoordinIsnin02 Jamadil Akhir 143623 Mac 2015[...]



NURUL IZZAH - KEKEBALAN AHLI PARLIMEN!

2015-03-12T18:37:45.311+08:00

Kenyataan media selepas selesai membuat lapuran polis Dang Wangi Repot No. 006551/15 terhadap Nurul Izzah Anwar di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengahari tadi!Salam 2 all.Pada hari ini Khamis 21 Jamadil Awal 1436 bersamaan 12 Mac 2015, saya telah membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berkaitan ucapan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Binti Anwar didalam sidang Dewan Rakyat pada 10.03.2015.Ucapan itu berkaitan dengan keputusan lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Bin Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Bin Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun keatasnya. Butiran ucapan beliau itu ada dilampirkan dibawah ini.Pada saya ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina Hakim-Hakim tersebut, malahan berbaur dengan unsur hasutan kerana akan menyebabkan rakyat dan orang awam membenci Hakim-Hakim tersebut dan institusi kehakiman negara.Walaupun ramai beranggapan seseorang Ahli Parlimen itu kebal daripada sebarang tindakan perundangan, namun itu adalah persepsi yang salah.Memang benar Perkara 63 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memberikan imuniti kepada Ahli Parlimen untuk bebas bercakap apa sahaja didalam Dewan dan diberi kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang, namun Perkara 63 Fasal 4 memperuntukkan bahawa kekebalan itu tidak terpakai bagi sebarang kesalahan dibawah Akta Hasutan.Ini disahkan oleh keputusan Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding -v- Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC bilamana Datuk Mark Koding dikenakan tindakan pendakwaan menghasut dibawah Akta Hasutan walaupun ucapan beliau itu dibuat didalam sidang Dewan Rakyat!Saya berharap pihak polis akan segera menjalankan siasatan dan jika didapati ada kes, saya mendesak Peguam Negara supaya segera mengambil tindakan pendakwaan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar sebagai pengajaran kepada Ahli Parlimen bahawa mereka tidak boleh bercakap sesuka hati konon kerana mereka ada kekebalan undang-undang!  Wallahua'lam dan Wassalam.Adios amigos, grasias senor.Zulkifli Bin NoordinKhamis21 Jamadil Awal 143612 Mac 2015@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ LAPURAN POLISOleh ZULKIFLI BIN NOORDINBalai : Jalan Dang WangiDaerah : Dang Wangi Kontinjen : Kuala LumpurNo Repot : Dang Wangi/006551/15Tarikh : 12.03.2015Waktu : 14.14hrsPengadu : Zulkifli Bin NoordinPengadu Menyatakan:Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) or[...]



YB BANDUAN?

2015-02-27T18:24:34.948+08:00

Tabik spring kat hang Jah! Hang hebat, Bang Non yang disabit meliwat Saiful, hang pulak yang mohon keampunan! Mana Jam Omega Jah ooiii?Salam 2 all.Saya agak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya...dan lagi...dan lagi...dan lagi!!!Jadi bahan lawak senario lah kita! Mr Bean pun mungkin menangis tengok sarkis ini! HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!Desakan sumbang ini dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb.Sejurus selepas media pro pembangkang memainkan isu ini, kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.Atas dasar itu, timbul suara-suara sumbang dikalangan pembangkang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat konon kerana statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.Untuk menjawab desakan bodoh ini, saya berikan satu perumpamaan.Katalah seorang Presiden sebuah syarikat konglomerat disabit dengan kesalahan merogol setiausahanya dan dihukum 5 tahun penjara. Dan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen itu. Lalu dia memfailkan petisyen rayuan pengampunan.Namun sementara itu, mungkin kerana kehebatannya, pihak syarikat konglomerat itu masih mengekalkan beliau sebagai Presiden dan beliau dianggap masih sebagai Presiden syarikat!Adakah pihak syarikat boleh memohon kepada pihak penjara supaya membenarkan dia keluar daripada tahanan dan menghantar dia bekerja dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah atas alasan proses rayuan pengampunan sedang berjalan; jadi sebagai Presiden syarikat dia berhak terus pergi ke pejabat tiap hari dan hadir mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga proses pengampunan itu selesai?Budak Tadika pun tahu jawapannya tidak boleh!STATUS BANDUAN KEKALKenapa? Kerana statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.Proses pendakwaan, perundangan dan kehakiman telah selesai dan muktamad apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 MENSABITKAN Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara 5 tahun berkuatkuasa serta merta.Berkuatkuasa mulai 10.02.2015, status Anwar ialah seorang BANDUAN yang telah DISABIT dengan kesalahan jenayah dan DIHUKUM dengan penjara 5 tahun. Tempat dia menjalani hukuman mulai 10.02.2015 ialah di Penjara Sg. Buloh! Walaupun proses pengampunan dikatakan sudah bermula pada 24.02.2015 lalu, ini tidak membatalkan statusnya sebagai BANDUAN. Dan memandangkan dia belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana proses pengampunan itu, dia adalah YB BANDUAN!!!PERKARA 48 HANYA MENYENTUH SOAL HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMENPerkara 48 (1) (e) bercakap tentang keadaan dimana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen - bukan tentang hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen!Antaranya, Perkara 48 (1[...]



AMPUUUN PAK! AMPUUUN!

2015-02-25T19:03:41.266+08:00

Awat hang pi fail rayuan pengampunan untuk aku Jah? Hang caya aku meliwat ke Jah? Eleh...Jah risau Bang Non kena gigit nyamuk di Sg Buloh tu...entah-entah Najib & Rosmah hantar nyamuk aids...eh...nyamuk aedes kedalam Sg Buloh tu Bang Non...fenin Jah aih!Salam 2 all.Saya agak kaget dan pelik dengan penyerahan permohonan rayuan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah semalam di Istana Negara! Siap bawak anak cucu sekali! Dah macam drama minggu ini pulak dah! Kaget dan pelik kerana Wan Azizah sendiri tidak membantu Anwar dalam perbicaraan di Mahkamah; Wan Azizah tidak dipanggil memberi keterangan sebagai saksi alibi didalam perbicaraan bagi Banduan tersebut semasa di Mahkamah Tinggi walaupun namanya ada dalam senarai saksi untuk Banduan. Kalau di Mahkamah pun dia tidak dipanggil membantu Banduan, mengapa kini dia pula yang sibuk mohon pengampunan bagi Banduan?Persoalan yang berlegar dalam fikiran rakyat dan ramai penyokong pembangkang ialah adakah Wan Azizah menerima dan mengakui sabitan kesalahan meliwat keatas Banduan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10.02.2015 lepas?Ini kerana elemen dan syarat bagi sesuatu permohonan rayuan pengampunan ialah mengakui kesalahan, menyesal atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi!Adakah Wan Azizah cuba memberi mesej bahawa dia mengakui sabitan kesalahan Banduan, menyesal dengan kesalahan meliwat yang Banduan lakukan terhadap pembantunya Saiful Bukhari, dan memberi akujanji bahawa Banduan tidak akan lagi meliwat dimasa akan datang?Eloklah Wan Azizah memberi penjelasan tentang niat sebenar dia memfailkan rayuan pengampunan tersebut.Persoalan kedua yang berlegar di fikiran rakyat dan ramai penyokong pembangkang ialah kenapa Banduan sendiri tidak membuat permohonan rayuan untuk pengampunan? Mengapa isterinya pulak yang membuat rayuan tersebut? Adakah Banduan cuba menyembunyikan sesuatu?Apa pun bagi saya, permohonan Wan Azizah ini wajib ditolak atas alasan:1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan, kebenaran dan/ atau pengetahun Banduan sendiri. Banduan sendiri tidak pernah membuat kenyataan samada melalui dirinya sendiri mahupun peguamnya yang beliau mengizinkan atau membenarkan sebarang permohonan rayuan pengampunan dibuat bagi pihaknya. Selagi tidak ada pengesahan daripada Banduan, maka Tuanku YDP Agong hendaklah menganggap tiada permohonan "rayuan pengampunan" dibuat oleh Banduan untuk dipertimbangkan dibawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.Malahan Banduan agak konsisten dengan pendirian tidak mahu membuat permohonan rayuan pengampunan! Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan beberapa pimpinan pembangkang daripada parti Banduan sendiri!Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan rayuan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kepada kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;3. Jika sekiranya ketiga-tiga elemen dan syarat permohonan rayuan pengampunan ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;4. Sebaliknya kalau kita mengikuti kenyataan pimpinan parti Banduan, Wan Azizah mengemukakan rayuan pengampunan itu atas dakwaan "sistem kehakiman yang tidak telus". Jika ini benar, bermakna Wan Azizah cuba mempermainkan institusi pengampunan DiRaja. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!6. Permohonan ini juga pada saya adalah suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah Tuanku YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" s[...]



MR PRESIDENT, WITHDRAW OR RESIGN!

2015-02-22T16:37:30.026+08:00

Salam 2 all.Beikut adalah kenyataan media lebih 100 peguam mendesak Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong supaya menarik balik kenyataan beliau mendakwa Anwar di 'zalimi' melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10.02.2015 lepas, dan jika gagal sila letak jawatan!!!PRESS STATEMENTCALL FOR RETRACTION OF THE PRESS RELEASE DATED 11 FEBRUARY 2015 BY CHRISTOPHER LEONG AS PRESIDENT OF THE MALAYSIAN BAR AND A PUBLIC APOLOGY THEREOF TO THE JUDICIARY FOR BRINGING THE JUDICIARY INTO CONTEMPT AND MISLEADING THE MALAYSIAN PUBLIC21 FEBRUARY 2015WE, concerned members of the Bar, note with utter disbelief and amazement the Press Release of Christopher Leong of 11 February 2015, which implies that Dato’ Seri Anwar Ibrahim was ‘persecuted, not prosecuted’ in respect of his charge and conviction by the Federal Court of Malaysia on 10 February 2015 for sodomy pursuant to Section 377B read with Section 377A, of the Penal Code.Firstly, what is glaringly obvious from the said press release, is that, in one breath Christopher Leong admits having not read the judgment of the Federal Court, and yet in the same breath, the day after the Federal Court decision he makes disparaging remarks that the judgment of the Federal Court was without any basis in law, by reference to media reports of the trial, solely.This is a direct attack on the Federal Court without any legal basis with the effect of bringing the Federal Court into disrepute and odium.The stand and public statement made by Christopher Leong militates against the fundamental and statutory duties of the Malaysian Bar, which includes the protection of the integrity and sanctity of the judicial system.Christopher Leong must appreciate the legal position that “trial by media” is not only wrong but must be abhorred in any civilised judicial system, since it is a fundamental requirement that the courts of law can only determine a dispute based on evidence presented in court and not otherwise. As cautioned by His Lordship Mohamad Ariff Md Yusof JC (as His Lordship then was) in the case of Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin v Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir [2009] 1 LNS 1827:“I believe the course of conduct I took falls quite closely with this recommended practice. It was not an outcome or a reaction against adverse comments on blogsites or certain sections of the mainstream media. It will be a sorry day for the judiciary if a judge’s conduct has to be conditioned by these extraneous factors, since they will fetter the independence of the judiciary unduly.”Christopher Leong has brought the judiciary, a fundamental element in the administration of justice in Malaysia established under Article 121 of the Federal Constitution, into public contempt and ridicule by misrepresenting both facts and the law applicable in Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial and conviction by the Federal Court. He does this by questioning why the complainant, Mohd Saiful Bukhari Azlan, is not charged with abetment under Sections 377A and 377B read together with Section 109 of the Penal Code.This is an utterly outrageous statement for even a lay person to make, what more a senior member and leader of the Malaysian legal profession.As legal practitioners ourselves, we are outraged, nigh embarrassed, by his remark which clearly contravene not only the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 but also a statutory provision of the Legal Profession Act 1976, namely Section 42 which stipulates that the Malaysian Bar must “promote good relations ... in the administration of law and justice in Malaysia.”Such a statement is wholly unbecoming and based on flawed reading of the provisions in the sections concerned.A plain reading of Sections 377A and 377B of the Penal Code must certainly lead a reader thereof to conclude that the statutory provisions do not criminalise [...]



FINAL COUNTDOWN!

2015-02-09T20:25:12.276+08:00

Tanya sama Anwar, apa pasal goyang, nanti jawab Anwar, lokap nak datang, Tanya sama Anwar, apa pasal bimbang, nanti jawab Anwar...dah takde jawapan daarr!!! Fenin...fenin!!!Salam 2 all.Saya melihat penyakit meroyan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim makin parah disaat-saat akhir sebelum penghakiman esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.Ada yang mendakwa Anwar akan bebas sebab ada deal dengan Dato' Sri Najib. Konon dongeng yang dibawa Najib sedang menghadapi masalah dengan Tun M dan memerlukan Anwar untuk menyerang Tun M!Ada pulak yang bawa cerita konon Najib dah tak boleh handle kepimpinan negara dengan pelbagai masalah yang direka seperti 1-MDB, ringgit jatuh, hasil minyak negara merudum, bajet dah lari alignment, dan macam-macam lagi kisah dongeng dikarang!Lagi canggih, ada yang dakwa Najib takut hilang kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dia perlu berdepan dengan Tan Sri Muhyiddin dan kebangkitan penentangan dalam UMNO, jadi Najib perlukan Anwar untuk menjadi rakan-kongsi untuk mengekalkan kuasa dan jawatan!Tak cukup dengan itu, ada yang bawak cerita konon kalau Anwar dipenjarakan, BN akan tewas dalam PRU-14, malah dinujumkan pakatan pembangkang songsang ini akan mendapat 60% sokongan rakyat untuk mendapat Putrajaya! Apa yang saya nampak, Dato' Sri Najib cool dan tenang aje. Malah pada hari keputusan esok, PM ada majlis Himpunan Bersama Ulama-Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada jam 11 pagi. Hanya 1km je daripada Istana Kehakiman. Langsung tidak kelihatan Najib seperti gabra atau menggelabah.Yang nampak gabra dan gelabah ialah Anwar dan penyokongnya!Najib tidak perlukan sokongan Anwar. Najib mendapat sokongan solid daripada UMNO dan Barisan Nasional. Kepimpinan Najib lansgung tidak tercabar sikit pun!Malah rakyat makin gembira kerana penurunan harga petrol banyak membantu meringankan beban rakyat. Dan perang harga yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh Najib, terhadap pemborong dan peniaga cauvinis yang enggan menurunkan harga barangan memberikan harapan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN memang prihatin dengan masalah dan kebajikan rakyat.Jadi tidak ada sebab langsung untuk Najib berasa terancam atau gusar. Setakat yang saya tahu, hubungan Najib dengan Tun M sangat baik. Mereka masih kerap bertemu dan berbual mesra. Lawatan Presiden Jokowi baru-baru ini menyerlahkan lagi hubungan rapat Tun M dengan Najib.Pada saya, orang yang paling ketaq lutut dan gusar ialah Anwar. Ini mungkin malam terakhir dia tidur di kamar nyaman Bukit Segambut. Kemungkinan besar malam esok dia akan memulakan semula kehidupan sebagai banduan di Bamboo River Inn!Dan paling membimbangkan anasir pro-Anwarinas ini ialah ketegasan kepimpinan PAS yang enggan tunduk kepada kemahuan Anwar dan DAP.Maklumat dalaman daripada pakatan songsang DAP-PKR-PAS menyatakan ada permintaan supaya PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya turun membanjiri perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Dengar ceritanya, kepimpinan PAS menegaskan bahawa ini adalah masalah peribadi Anwar, dia perlu selesaikan mengikut lunas undang-undang tanpa mengheret pakatan pembangkang!Dan siri-siri road-show anasir pro-Anwarinas untuk menghasut rakyat dan orang ramai turun berdemonstrasi di Istana Kehakiman esok langsung tidak mendapat sambutan. Tidak seperti era Reformasi-1998, dimana rakyat yang turun sehingga tidak muat stadium dan padang. Kali ini, nak penuhkan Dewan Tadika pun payah!Tersenyum saya mendengar komen seorang sahabat PAS bila mendengar dakwaan anasir pro-Anwarinas bahawa jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menghukum dia ke penjara, pasti pakatan pembangkang akan menang PRU-14 dengan sokongan 60% rakyat.Dengan sinis dia berkata, 'kalau gitu kita pakat-pakat buat solat hajat malam ini mintak Anwar disumbat ke penjara, sebab tak payah kerja teruk dah, pasti menang PRU-14 nanti'!!!Apa yang penting sebenarnya yang perlu kita ingat i[...]



D-DAY 10.02 - KEBENARAN ITU HAK!

2015-02-07T22:42:20.336+08:00

Keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful! Dan yang lebih penting, keadilan untuk kebenaran itu adalah hak yang wajib dihormati dan dipertahankan!Salam 2 all.Mahkamah Persekutuan telah menetapkan Selasa 20 Rabi'ul Akhir 1436 bersamaan 10 Februari 2015 sebagai tarikh untuk mengumumkan keputusan penghakiman rayuan Anwar Ibrahim terhadap sabitan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan.Pada 07 Mac 2014, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan Pendakwa Raya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan atas dakwaan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.Kesalahan meliwat itu didakwa berlaku di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Atas sabitan itu, Anwar dihukum penjara 5 tahun.Sejak Mahkamah Persekutuan mengumumkan tarikh keputusan, kumpulan pro-pembangkang tidak henti-henti menyerang kredibiliti perbicaraan dan integriti Mahkamah, dengan umumnya mempertikaikan kes ini sebagai satu konspirasi Kerajaan untuk menjatuhkan Anwar.Antara dakwaan mereka ialah tidak mungkin Saiful diliwat kerana selepas konon diliwat, Saiful masih pergi berjumpa Anwar, malah siap membancuh teh untuk Anwar. Juga mereka mempertikai kenapa Saiful tidak buang air besar selama 2 hari. Malah ada yang mendakwa Dato' Sri Najib yang mendalangi konspirasi Anwar meliwat Saiful ini.Kumpulan pro-pembangkang sampai mengadakan siri-siri ceramah untuk menghasut orang ramai supaya berhimpun pada 10 Feb 2015 ini dahadapan Mahkamah Persekutuan untuk menyokong Anwar dan memberi tekanan kepada Mahkamah. Malah ada yang siap mengugut Malaysia akan berhadapan dengan keadaan huru-hara dan rusuhan jika Anwar disabit dengan kesalahan dan dipenjarakan!Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengupas berkenaan Anwar ini, apatah lagi nak bercakap mengenai perlakuan liwat dan sodomi ini. Tetapi kerana ianya dijadikan isu untuk menghasut orang ramai terutama anak muda, mahasiswa dan golongan belia untuk mempertikai integriti dan kredibiliti Mahkamah Persekutuan dan institusi kehakiman negara, maka saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini.Harapan saya ialah supaya anak-anak muda dan para mahasiswa yang tidak mengenali Anwar ini akan menggunakan akal fikiran yang waras dan berfikir secara matang dan tenang untuk memastikan mereka tidak mudah terjebak dengan politik licik dan jijik kumpulan pro-pembangkang ini. Gunakanlah akal kamu, jangan bertindak menggunakan emosi!Saya adalah antara peguam utama Anwar selama 12 tahun, selain penyokong dan pendokong tegar beliau selama 12 tahun. Malah saya pernah ditahan dibawah ISA kerana mempertahankan Anwar.Saya antara peguam utama yang terlibat secara langsung dengan kes pertama Anwar didakwa dibawah Ordinan 22 kerana salahguna kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar (mangsa liwat Anwar) dan Umi Hafilda (yang membantu Azizan membuat lapuran) membuat Akuan Sumpah palsu menafikan Anwar meliwat Azizan (dimana Anwar dihukum 6 tahun penjara).Saya juga terlibat sebagai antara peguam utama Anwar dalam kes kedua dimana Anwar dituduh bersama adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar di Kondominium Tivolli Villa (dimana Anwar dihukum 9 tahun penjara tetapi kemudian dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas kekurangan keterangan walaupun Mahkamah mengakui kejadian liwat berlaku).Alhamdulillah Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah untuk melihat kebenaran berdasarkan fakta dan dan hakikat, dan Allah memberikan saya kekuatan untuk bukan sahaja meninggalkan Anwar Ibrahim dan pembangkang, malah menentang kebatilan mereka dengan membongkarkan kepalsuan mereka dan mendedahkan kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.Atas dasar itulah saya menyeru khususnya anak-anak muda, para mahasiswa dan para belia semua termasuk penyokong taksub pembangkang supay[...]



RAMPAS PASPOT ANWAR?

2015-01-28T18:42:46.786+08:00

Apakah 10 Feb 2015 akan menebus maruah seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat oleh majikannya Anwar Ibrahim?Salam 2 all.Saya merujuk kepada pemberitahuan Mahkamah Persekutuan bertarikh 26.02.2015 memaklumkan 10.02.2015 untuk keputusan kes rayuan Anwar Ibrahim yang disabit dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B oleh Mahkamah Rayuan pada 07.03.2014 dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Anwar untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan tidak mengenakan syarat supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya. Ini membolehkan Anwar untuk terus keluar-masuk negara tanpa sebarang sekatan atau halangan!Kebiasaannya dalam memberikan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman, Mahkamah akan memerintahkan syarat antaranya jaminan dan paspot diserahkan kepada Mahkamah. Tujuannya ialah untuk mengelakkan seseorang yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman daripada melarikan diri.Mengapa didalam kes ini tiada sebarang perintah sedemikian saya pun tidak pasti. Adakah Pendakwaraya tidak membuat sebarang permohonan? Atau Mahkamah sendiri yang menimbangkan tiada keperluan memandangkan status pesalah yang antara lain adalah sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia? Wallahua'lam!Apa pun, saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvavin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar. Alvavin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvavin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. Dan kita menghadapi masalah besar untuk mendapatkan perintah ekstradisi keatas kedua-duanya!Atas alasan itulah saya mendesak supaya paspot antarabangsa dan semua kemudahan perjalanan antarabangsa Anwar dihalang serta merta sementara menunggu keputusan rayuan pada 10.02.2015.Saya tidak menuduh Anwar akan melarikan diri, atau merancang untuk melarikan diri. Malahan ada kemungkinan beliau mungkin terlepas dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 10.02.2015 ini. Atau mungkin sahaja Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahan dan menghukum beliau denganhukuman selayaknya.Itu terpulang kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusannya pada 10.02.2015 nanti.Apa yang penting ialah kehadiran Anwar pada 10.02.2015 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada pagi 10.02.2015 untuk menerima keputusan Mahkamah hendaklah dipastikan.Dan mengambil iktibar kes Alvavin dan Sirul, saya mencadangkan supaya paspot Anwar dirampas dan kemudahan perjalanan antarabangsanya disekat sementara menunggu keputusan pada 10.02.2015 atas alasan berikut:1. Berbeza dengan Alvavin dan Sirul, Anwar adalah seorang pesalah yang telah pun disabitkan dengan satu kesalahan jenayah berat dan dihukum penjara 5 tahun dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan;2. Keputusan dan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10.02.2015 ini adalah merupakan proses kehakiman yang terakhir dan muktamad dan tiada lagi sebarang proses kehakiman selepas itu;3. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan termasuk kebarangkalian Anwar mungkin berada diluar bidangkuasa Mahkamah dan pihak berkuasa Malaysia pada atau sebelum 10.02.2015 kerana:a. Anwar sendiri pernah membuat kenyataan sebelum ini bahawa ada beberapa rakannya yang merupakan pemimpin politik negara asing yang menawarkan beliau untuk mendapatkan perlindungan konon atas dakwaan beliau dizalimi melalui suatu konspirasi Kerajaan Malaysia;b. Anwar pernah pada 28.06.2008 melarikan diri dan [...]



TAHNIAH TAN SRI KPN!

2015-01-17T19:57:07.712+08:00

    Salam 2 all.Alhamdulillah semalam Jumaat 25 Rabi'ul Awal 1436 bersamaan 16 Jan 2015 beberapa NGO Melayu-Islam telah menyempurnakan penyerahan Memorandum bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pasukan PDRM atas ketegasan menangani isu penghinaan terhadap Islam oleh seorang bernama Eric Paulsen, ahli Bar Malaysia.Atas permintaan pihak polis, maka semua peserta hanya menunggu dihadapan Masjid Bukit Aman setelah selesai solat Jumaat manakala pihak pimpinan seramai lebih kurang 10 orang berjalan menuju ke perkarangan pintu besar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi penyerahan memorandum itu.Manakala ramai ahli dan pimpinan NGO seperti Perkasa, ISMA, GPMS, Muafakat, PPIM, Armada Melayu dan tokoh-tokoh seperti Tun Haniff Omar, Leftenan General (B) Datuk Salleh dan lain-lain turut hadir hanya menuggu dihadapan Masjid Bukit Aman.Dalam majlis penyerahan itu, saya diminta menyampaikan sedikit kata-kata aluan, dan semasa berucap saya menyatakan bahawa selama ini kita umat Melayu Islam tidak pernah bertindak agresif terhadap mana-mana penganut atau institusi bukan Islam walaupun kadang-kadang dalam keadaan yang mencabar, antara saya sebut:1. semasa Jamaludin Osman dimurtadkan pada tahun 1986 dengan nama Joshua Jamaludin, kita tidak bertindak terhadap mana-mana gereja atau institusi kristian; sebaliknya kita memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Jamaludin yang kemudiannya ditahan dibawah ISA pada masa itu;2. semasa Hartina Kamarudin dimurtadkan dalam tahun 1997, kita tidak mengambil tindakan agresif terhadap mereka yang memurtadkan Hartina, ataupun mempersoal institusi agama Hindu; sebaliknya kita mengambil tindakan menurut undang-undang terhadap Hartina dengan mencabar permohonan yang beliau buat di Mahkamah;3. semasa Aishah Bukhori dimurtadkan tahun 1998, kita tidak menyerang atau mengambil tindakan menghina penganut kristian ataupun institusi kristian, walaupun ada fakta Aishah bersembunyi disebuah gereja di Rasah, Negeri Sembilan. Sebaliknya kita mencabar permohonan yang dibuat oleh Aishah didalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga dia berjaya dibawa lari keluar negara;4. semasa Azlina Jailani dimurtadkan tahun 2006, malah dibaptiskan oleh Gereja Church of Our Lady Fatima Brickfield, kita tidak menyerang atau menghina pihak gereja, walaupun jelas mereka dengan berani mengeluarkan sijil baptisma terhadap Azlina dengan nama Lina Joy, sebaliknya kita mencabar permohonan beliau sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan berjaya mendapatkan perintah membatalkan permohonan Azlina;5. semasa sebuah gereja DUMC disyaki menjalankan kegiatan pemurtadan terhadap segelintir umat Melayu-Islam didalam bulan Ramadhan tahun 2012, pihak JAIS diketuai oleh Datuk Dr Hasan Ali, EXCO Agama Islam Selangor bertindak dengan begitu sopan menyiasat dan mengambil tindakan hanya terhadap umat Melayu-Islam yang cuba dimurtadkan. Tiada seorang pun penganut kristian dikenakan tindakan; malahan tiada sebarang tindakan pun dikenakan terhadap Gereja DUMC walaupun secara terang-terangan menyalahi Enakmen Anti Pendakyahan Selangor 1988;6. Semasa Gereja Our Family Church Kajang membenarkan Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan didalam gereja pada hari Ahad 16.02.2014 selepas panganut kristian selesai mengerjakan upacara agama mereka, kita umat Melayu-Islam tidak menghina atau mengambil tindakan terhadap pihak gereja itu walaupun terang-terang Anwar menyatakan dia bersetuju kristian dibenarkan mengguna kalimah Allah; satu pendirian yang terang-terangan bercanggah dengan pendirian rakan sekutu pembangkang PAS, dan menyalahi Seksyen 9 Enakmen Anti-Pendakyahan Selangor 1988.Jadi rentetan fakta diatas membuktikan betapa tinggi semangat toleransi umat Melayu-Islam di Malaysia terhadap pencabulan, penghinaan dan kebiadapan yang d[...]



AL-KAUSAR!

2015-01-17T19:57:46.120+08:00

Sesungguhnya (Muhammad) kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang tidak terkira banyaknya (didunia dan diakhirat);Oleh itu dirikanlah solat dan berkorbanlah;Sesungguhnya mereka yang mengejek dan membenci kau, merekalah yang terputus!  Salam 2 all.Sabtu 12 Rabi'ul Awal 1436. Hari yang umat Islam seluruh dunia menyambut dan memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Baginda lahir pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah, tahun sempena serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah keatas kota Makkah.Bermakna sudah 1476 hijriah sejak Rasulullah saw dilahirkan di Kota Makkah. Dan Rasulullah juga wafat pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabi'ul Awal. Sebagai peringatan sampingan, Rasulullah wafat dikala berumur 63 hijriah, bersamaan dengan 61 masihi. Saja saya ingatkan ini kerana ada antara kita masih keliru umur wafat Rasulullah saw yang sebenarnya.Sempena memperingati Maulidur Rosul 1436 ini, saya ingin memetik firman Allah didalam surah Al-Kausar, yang bermaksud:1. Sesungguhnya (Muhammad) kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang tidak terkira banyaknya (didunia dan diakhirat);2. Oleh itu dirikanlah solat dan berkorbanlah;3. Sesungguhnya mereka yang mengejek dan membenci kau, merekalah yang terputus!Mengikut riwayat, surah ini diturunkan diwaktu Rasulullah saw berada dalam kesedihan yang amat sangat kerana kewafatan anakanda Baginda bernama Ibrahim. Inilah anak lelaki Rasulullah yang terakhir wafat.Akibat daripada itu, kaum musyrikin Makkah mengejek Rasulullah dengan panggilan 'al-abtar' - bermakna putus!Putus disini bermakna tiada lagi nasab (waris) lelaki dari sebelah Rasulullah saw. Bagi masyarakat Arab zaman itu, ketiadaan nasab lelaki, samada kerana tiada anak lelaki ataupun anak lelaki mati merupakan sesuatu yang mengaibkan kerana apabila seseorang tiada nasab anak lelaki, ataupun anak lelaki yang ada telah meninggal dunia, maka terputuslah nasab keturunan bagi dia. Ini kerana keturunan kita akan diingati melalui nasab bapanya.Contohnya Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib.Walaupun Nabi mempunyai anak perempuan iaitu Fatimah yang mempunyai anak Hasan dan Husein, namun anak itu dinasabkan kepada bapanya iaitu Hasan Bin Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Mutalib; nama Nabi Muhammad tidak ada dalam nasab itu.Itu maknanya abtar - terputus.Ejekan kaum musyrikin kepada Nabi setelah kewafatan Ibrahim ialah manusia tidak akan lagi mengingati Rasulullah saw nanti kerana putusnya nasab anak lelaki Rasulullah saw. Ini antara faktor yang menyebabkan Nabi bersedih.Namun Allah menghiburkan hati Rasulullah saw dengan menngingatkan Nabi bahawa Baginda telah, sedang dan akan diberi nikmat manusia mengingati Baginda dengan begitu banyak, dan nama Rasulullah saw tidak akan terputus daripada ingatan manusia hingga ke akhir zaman.Dan Allah meterikan itu dengan Surah Al-Ahzab:56 dengan firmanNya, "sesungguhnya Allah dan para Malaikat bersalawat keatas Nabi, wahai orang beriman, bersalawatlah keatas Nabi dan ucapkanlah salam dan sejahtera keatasnya'.Dan terbukti apa yang difirmankan Allah bahawa nikmat memperingati Nabi tidak akan terputus, malah begitu banyak sekali manusia memperingati Rasulullah saw. Contohnya:1. Sehingga ke hari ini, seluruh manusia masih menyambut hari ulangtahun Rasulullah saw pada tiap 12 Rabi'ul Awal walaupun Nabi sudah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun hijriah lamanya. Saya percaya tidak ada manusia yang masih disambut harijadinya walaupun telah lama tiada kecuali Rasulullah saw. Subhanallah!Cuba bayang kalau kita jemput kawan-kawan kita untuk majlis menyambut harijadi moyang kita yang dah meninggal 100 tahun lepas. Pasti orang akan kata screw kita dah longgar, "dah gila agaknya mangkuk ni dok sambut harijadi moyang dia!", begitu kawan-kawan akan mengejek kita. Tapi kalau ada masjid atau pihak yang melarang[...]



ANWAR BACA BIBEL?

2014-12-12T21:10:04.223+08:00

Dihadapan penganut kristian didalam Gereja Our Holy Family Church Kajang pada 07 Dis 2014, Anwar Ibrahim mengaku kerap membaca bibel 'every other day'!!!Salam 2 all.Dala satu lapuran oleh media Malaymail.online bertarikh 07 Disember 2014 baru-baru ini, Anwar Ibrahim dipetik sebagai mengaku membaca bible semasa didalam penjara 'every other day' (sila rujuk laman www.themalaymailonline.com/malaysia/article/i-read-the-bible-every-other-day-in-jail-says-anwar).Anwar dilapurkan berkata demikian dalam majlis sambutan bersama Deepavali-Krismas di Gereja Holy Family Church Kajang pada 07 Disember 2014 lepas, iaitu gereja yang sama beliau membuat ucapan pada 16.02.2014 mempersetujui kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah.Sambil merujuk kepada Father George Harrison, paderi gereja Holy Family Church tersebut, Anwar dilapurkan memetik sebaris daripada Kitab John didalam bibel yang menyatakan 'only the truth can set you free - hanya kebenaran boleh membebaskan kamu'.Saya pernah menjadi peguam Anwar selama hampir 12 tahun. Dan sepanjang enam tahun beliau didalam penjara, saya antara peguam yang kerap menziarahi beliau di Penjara Sg. Buloh. Saya juga antara peguam yang sering membawa buku untuk Anwar, samada yang beliau pesan ataupun yang dikirim oleh orang-orang tertentu.Malahan semasa dibebaskan daripada penjara pada 02.09.2004, saya lah antara peguam yang telah diberi kebenaran oleh pihak penjara untuk mengemaskan dan membawa keluar semua buku-buku yang ada dalam bilik Anwar.Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah melihat ada bibel didalam bilik Anwar atau didalam simpanannya. Saya sendiri tidak pernah melihat beliau membacanya. Tapi mungkin juga beliau membacanya semasa ketiadaan saya, atau mungkin juga beliau menyorokkan bibel tersebut supaya saya tidak nampak.Apa pun, memandangkan Anwar sendiri mengaku cara terbuka beliau ada membaca bibel 'every other day' selama didalam penjara, saya mahu tanya Anwar adakah beliau pernah membaca ayat-ayat berikut:1. Leviticus 20:13 - 'if there is a man who lies with a male as those who lie with a woman, both of them have committed a detestable act; they shall surely be put to death. Their blood guiltiness is upon them'.Terjemahan -  Imamat 20:13 - 'dan jika ada lelaki yang bersetubuh dengan lelaki lain, mereka melakukan perbuatan keji dan hina, dan kedua-duanya harus dihukum mati. Mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri';2. 1-Corinthians 6:9 - 'do you know that the unrighteous will not inherit the kingdom of God? Do not be deceived; neither fornicators, nor idolaters, nor adulterers, nor effeminate, nor homosexual (including sodomist)...will inherit the kingdom of God';Terjemahan - 1-Korintus 6:9 - 'adakah kamu tahu bahawa mereka yang tidak patuh kepada kemauan tuhan tidak akan mewarisi kerajaan tuhan? Jangan tertipu; orang yang buat cabul, penyembah berhala, penzina, pelaku homoseks (termasuk liwat & sodomi)...tidak akan mewarisi kerajaan tuhan'.SOALAN:1. Jadi saya nak tanya soalan pertama kepada Anwar, kalau benar dia dah baca bibel every other day selama dalam penjara, adakah dia pernah membaca ayat-ayat diatas? Jika pernah baca, saya nak tanya Anwar adakah dia rasa layak mewarisi pemerintahan dan kerajaan tuhan? Dan adakah Anwar rasa dia layak jadi Perdana Menteri Malaysia ini?2. Saya juga nak tanya Anwar, selain daripada bibel, pernahkah dia baca kisah kaum Lut dan pengamal homoseks dan liwat seperti yang diceritakan didalam Al-Quran, antaranya dalam Surah-surah Al-A'raf 7:80-84, Asy-Shu'ara 26:165-174, Hudd 11:80-81, Al-Hijr 15:51-60. Kalau benar Anwar pernah membaca bibel, adakah Anwar tahu kisah-kisah ini juga diceritakan didalam bibel didalam buku Romans 1:26, Romans 1:27, Genesis 19:5-7, Leviticus 20:13, 1-Corinthians 6:9 dan beberapa lagi bu[...]



TSUNAMI EVANGELISTA?

2014-12-02T18:18:25.460+08:00

Adakah kita akan berhadapan dengan Tsunami-Evangelista dalam PRU-14? Salam 2 all.Saya terbaca tulisan dan analisa yang sangat menarik mengenai trend pengundi muda terutama dikalangan bukan Melayu dan pengaruh serta gerak kerja kumpulan yang dilabel sebagai evangelista DAP di  https://helenang.wordpress.com/2014/11/29/umno-syok-sendiri-while-dap-sneaks-ahead/.Analisa Helen Ang yang penuh dengan fakta dan statistik ini memberi satu mesej jelas - jentera DAP telah di 'kuasai' oleh kumpulan yang beliau label sebagai evangelista DAP dengan satu tekad - menumbangkan Kerajaan BN pimpinan UMNO!Kumpulan yang dilabel evangelista DAP ini bekerja keras dan mengatur strategi dengan bijak, tersusun lagi berkesan - tidak seperti jentera muda UMNO/BN yang menurut Helen Ang masih dibuai dengan program syok-sendiri tanpa strategi politik yang jelas dan berkesan!Helen Ang turut melontarkan satu soalan; adakah dengan mengadakan perhimpunan, joget lambak, pesta sana sini, bertwit, berFB siap dengan selfie akan boleh menterjemahkan generasi golongan muda ini kedalam bentuk undi kepada UMNO-BN dalam PRU-14 nanti?Kalau menilai analisa Helen Ang ini, ianya menunjukkan usaha dan gerak-kerja kumpulan yang beliau label sebagai evangelista DAP sangat tersusun dan kita telah dapat melihat natijah dan hasilnya - penambahan pengundi muda di beberapa kawasan sasaran untuk mengundi DAP!Hakikat ini, jika benar, adalah sangat menggerunkan - apatah lagi kepimpinan UMNO masih lagi dibuai dengan angan-angan pengundi Cina sudah kembali dan anak muda Gen-Y kini berbondong-bondong menyokong UMNO-BN!Helen Ang memberi mesej jelas kepada kita - pengundi Cina tidak akan kembali, period!!!Malahan pendedahan Helen Ang ini menimbulkan satu persoalan besar didalam pemikiran saya, apatah lagi apabila teringat kenyataan saudara Razali Rahman, bekas pakar strategi DAP yang mendedahkan bahawa ada segelintir kumpulan didalam DAP punya matlamat untuk menubuhkan sebuah Negara Kristian di Malaysia.Samada pendedahan Razali itu benar atau tidak saya pun tidak pasti. Dan saya masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berdasarkan lapuran yang telah dibuat untuk pengesahan.Tetapi melihat kepada cara dan gerak-kerja kumpulan yang dilabel oleh Helen Ang sebagai  evangelista DAP yang kini menguasai jentera parti Kitsiang-Guaneng itu, adakah kemungkinan besar kita akan berhadapan dengan satu tsunami evangelista dalam PRU-14 nanti?Perlu saya tegaskan disini bahawa apa yang dilakukan oleh kumpulan yang dilabel oleh Helen Ang sebagai evangelista DAP dalam cubaan meraih undi bagi DAP untuk menumbangkan Kerajaan UMNO-BN adalah sah dan tidak salah dari segi undang-undang; malah ianya adalah hak demokrasi mereka berbuat sedemikian.Apa yang salah dan perlu diperbetulkan ialah pendekatan UMNO-BN dalam menghadapi PRU-14 ini - terutamanya dalam memberi fokus keatas pengundi sasaran terutama golongan muda dan Gen-Y serta gerak-kerja pilihanraya supaya lebih kemas, mantap dan punya strategi dan KPI yang jelas.Pada saya, UMNO perlu kembali kepada pengundi asas mereka, iaitu pengundi Melayu yang merupakan majoriti pengundi dengan merangka dasar dan perlaksanaan yang bersesuaian dengan aspirasi dan kehendak pengundi Melayu, tanpa mengenepikan, apatah lagi menganiaya dan menzalimi pengundi bukan Melayu.Juga UMNO perlu memberi fokus kepada sistem first-past-the-post; iaitu mendapatkan majoriti daripada 222 kerusi Parlimen yang ada daripada sibuk untuk mengejar undi popular yang belum tentu boleh menentukan kemenangan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan!Setelah melalui apa yang disebut oleh Dato' Sri Najib sebagai tsunami-Cina dalam PRU-13 yang berjaya menghapuskan undi popular BN; maka apa yang didedahkan oleh Helen Ang adalah satu persoala[...]



CAUVINIS KEPANASAN!

2014-11-28T18:46:14.699+08:00

Petikan intipati daripada Lapuran Mageran 06 Oktober 1969 mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969: Mereka memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata hasutan, mencarut, lucah dan melampau seperti "Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja" dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu!Salam 2 all.Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam seperti cacing kepanasan apabila Dato' Sri Najib mengumumkan semalam dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agong UMNO bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, malah akan diberi penambah-baikan dalam bentuk melindungi agama Islam dan kedaulatan Malaysia!Mereka mendakwa Dato' Sri Najib mungkir janji untuk menghapuskan Akta Hasutan!Benar, Dato' Sri Najib ada memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan sebelum PRU-13 dahulu. Namun perlu diingat, Dato' Sri Najib membuat jaminan tersebut atas premis:1. TIADA MANDAT MENGHAPUSKAN AKTA HASUTAN Dato' Sri Najib memberi jaminan tersebut atas premis kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam termasuk pengundi kaum Cina akan memberi mandat jelas kepada beliau untuk memimpin Malaysia selepas PRU-13 demi membangunkan negara untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020.Ternyata kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti Islam dan pengundi Cina menolak jaminan tersebut kerana mereka gagal memberi undi kepada BN, hingga menyebabkan akhbar Utusan Malaysia menempelak mereka dimuka hadapan sebaik keputusan PRU-13 diumumkan dengan tajuk - 'Apa lagi Cina mahu'! Malah Dato' Sri Najib menyatakan kehilangan undi popular BN adalah kerana 'tsunami politik Cina'.Oleh itu sekarang kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam tidak ada hak untuk mempertikai penarikan balik jaminan menghapuskan Akta Hasutan yang diberi oleh PM kerana mereka sendiri tidak memberi mandat untuk beliau berbuat sedemikian;2. CAUVINIS BELUM MATANGDato' Sri Najib memberi jaminan akan menghapuskan Akta Hasutan (dan ISA & Ordinan Darurat yang sudah pun dimansuhkan) atas kepercayaan rakyat Malaysia, khususnya kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam sudah matang dan boleh berfikiran dan berkelakuan waras dan rasional jika Akta Hasutan dihapuskan.Ternyata kepercayaan Dato' Sri Najib meleset. Kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam mengambil kesempatan daripada penghapusan ISA dan Ordinan Darurat dengan melakukan dan membuat pelbagai kenyataan dan tindakan yang jelas membuktikan bahawa mereka masih belum matang dan masih tidak rasioanl, dan terlalu tebal dengan sikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis anti-Islam.Antara perbuatan, perlakuan dan kenyataan melampau mereka dalam menghina Islam, bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan institusi teras negara adalah seperti menuntut penyalahgunaan kalimah Allah, menghina hukum-hakam dan syariat Islam, memperlekeh institusi Mufti dan fatwa, memandang rendah Mahkamah Syariah, menghina institusi, kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, memperlekeh kedudukan bahasa Melayu, menghina sistem kehakiman negara & sistem pilihanraya, menghina pasukan keselamatan polis dan tentera, mempengaruhi agen-agen asing untuk mencabar kedaulatan negara, malah sampai ke peringkat melakukan penderhakaan dengan menghasut rakyat Sabah[...]



WARISAN AKTA HASUTAN - TAHNIAH DS NAJIB!

2014-11-27T20:27:17.212+08:00

Apabila ditanya Najib tidakkah beliau khuatir risiko boleh terkorban jika meneruskan lawatan ke Gaza, Falastin bersama seluruh keluarga, Najib menjawab, 'kalau ditakdirkan saya mati diGaza, alhamdulillah saya rela mati dibumi Gaza ini'*Salam 2 all.Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib yang mengumumkan didalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agong UMNO pagi tadi bahawa Akta Hasutan 1948 bukan sahaja akan dikekalkan, malahan akan dibuat penambah-baikan terutama berkaitan melindungi agama Islam dan lain-lain agama!Syabas dan tahniah!Ini adalah bukti bahawa Dato' Sri Najib adalah seorang yang amanah dengan kata-janjinya iaitu akan mendengar suara hati dan nurani rakyat bawahan. Dan suara rakyat khususnya bangsa Melayu samada melalui indivdu mahupun pertubuhan sangat jelas - mereka mahu Akta Hasutan dikekalkan dan dibuat penambah-baikan!Dengan pengumuman ini juga sebenarnya Dato' Sri Najib telah mengekalkan amal jariah dan warisan peninggalan Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein.Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa walaupun Akta Hasutan 1948 adalah buatan penjajah British, namun Seksyen 3 (1) (f) yang melindungi empat teras tiang seri negara digubal hanya pada 10 Ogos 1970 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.Penggubalan Seksyen 3 (1) (f) dibuat melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) No. 45, 1970 (P.U. (A) 282/1970) oleh Allahyarham Tun Abdul Razak setelah berlakunya peristiwa berdarah rusuhan perkauman 13 Mei 1969.Semasa membentangkan Lapuran Mageran pada 06 Okt 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak mengenal pasti punca berlakunya peristiwa hitam 13 Mei adalah kerana perbuatan terkutuk kaum cauvinis dan pelampau perkauman memainkan isu dan sentimen mempersoalkan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu terutamanya Artikel 153 Perlembagaan, disamping tohmahan dan fitnah konon kaum Cina dipinggirkan!Atas sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bukan sahaja mengekalkan Akta Hasutan 1948, malahan membuat penambah-baikan dengan memasukkan Seksyen 3 (1) (f) yang memperuntukkan:"bahawa ‘kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu". Terbukti apa yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak membuahkan hasil apabila negara menjadi aman selepas itu dengan penguatkuasaan Akta Hasutan; malah Tun Abdul Razak kemudiannya berjaya membangunkan negara dalam tempoh 3 tahun pemerintahan singkatnya dengan pelbagai dasar yang berjaya mengimbangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum khususnya melalui Dasar Ekonomi Baru. Walaupun Allahyarham Tun Abdul Razak menghadapi kemelut politik yang serius dengan ketewasan beberapa kerusi utama dalam PRU 1969 dengan tumbangnya Pulau Pinang dan Selangor juga hampir kecundang gara-gara mainan politik sempit dan kotor kaum cauvinis dan pelampau perkauman yang meniupkan api perkauman sehingga kaum cina hampir menolak Parti Perikatan, namun keazaman politik memberi kekuatan kepada Allahyarham untuk menentang politik cauvinis dan perkauman ini dan beliau berjaya meneraju negara kearah kecemerlangan yang dikecapi sehingga ke hari ini - walaupun hayat pemerintahan beliau cuma tiga tahun.Leg[...]



AKTA HASUTAN - MEMPERKASA TIANG SERI NEGARA

2014-11-27T18:34:35.247+08:00

Aiya Ah Foo...itu 13 Mei cauvinis otak kominis cakap malai-si kira hasutan ke?Salam 2 all.Akhir akhir ini terdapat usaha gigih lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?Apakah perkara yang diperkatakan sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara mereka?Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:1. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB Selangor dan lain-lain;2. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan lain-lain;3. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat Persekutuan. HASUTAN & PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANSebenarnya isu-isu yang dibangkitkan dan dipermainkan oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini seperti yang tercatat diatas dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 10 (2) (a). Walaupun Perkara 10 umumnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada mana-mana warganegara, namun hak itu tertakluk kepada hak Parlimen“mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan” dan dalam menentukan kepentingan keselamatan Persekutuan, Parlimen boleh dibawah Perkara 10 (4)“meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa jua”.Apakah perkara-perkara tersebut?1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu;KONTRAK SOSIAL DAN AKTA HASUTANSebenarnya kesemua empat perkara diatas adalah asas kepada termetrainya apa yang disebut sebagai kontrak sosial.Apakah dia yang dikatakan kontrak sosial?Kontrak sosial adalah persefahaman dan perjanjian diantara bangsa pribumi Melayu dengan kaum imigran Cina dan India yang dibawa penjajah British ke Persekutuan Tanah Melayu, atau lebih dikenali sebagai Malaya sebelum kemerdekaan dicapai.Sebelum penjajahan oleh barat termasuk British, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sebenarnya adalah terdiri daripada 9 buah Negeri-Negeri Berdaulat yang diperintah secara mutlak oleh tiap seorang Raja-Raja Melayu di negeri masing.Negeri-n[...]



CABARAN ANAK 11 TAHUN!

2014-11-24T18:49:13.121+08:00

Pemimpin pemuda parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda?! Isyk...isyk Bang Non..fenin Jah...fenin!!!Salam 2 all.Saudara Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia meminta kepimpinan UMNO supaya 'tidak memberi lebih perhatian kepada mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu.'Malah beliau dipetik sebagai berkata, 'pemimpin UMNO harus bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan pendekatan kesederhanaan selain mengakui pendekatan berhaluan kanan tidak memberi tenaga tambahan kepada parti'.Beliau dipetik menambah 'UMNO tidak boleh terlampau mengikut suara pendesak Melayu yang boleh memudaratkan parti selain memberi impak ditinggalkan dari segi kemajuan minda ahli-ahli'.Sila rujuk www.astroawani.com/news/show/pemimpin-umno-jangan-beri-muka-kumpulan-haluan-kanan-azwan-bro-48881.Apabila membaca kenyataan saudara Khairul ini, saya mulanya ingat saya tersalah baca!Pemimpin parti Melayu desak supaya kepemimpinan parti Melayu jangan beri perhatian kepada kumpulan politik Melayu kerana ini tidak memberi tenaga tambahan kepada parti Melayu dan akan memberi impak kepada ahli-ahli parti Melayu akan ketinggalan dari segi kemajuan minda dan pemikiran?! Biar betul yop!Saya ingatkan pemimpin parti Melayu akan desak kepimpinan parti Melayu supaya jangan tunduk dan beri perhatian kepada kumpulan politik cauvinis, rasis dan ekstremis berhaluan kiri seperti Dong Zhong atau Hindraf kerana menyedari survival dan kekuatan parti Melayu terletak kepada sokongan kumpulan politik Melayu?Sebenarnya saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh saudara Khairul dengan kumpulan politik Melayu berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.Jika beliau merujuk kepada perjuangan pertubuhan-pertubuhan dan NGO-NGO Melayu seperti Perkasa, ISMA, Muafakat, GPMS dan lain-lain sebagai berhaluan kanan yang tidak memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO, saya minta saudara Khairul Azwan supaya membuktikan dimana dan bagaimana perjuangan pertubuhan Melayu berhaluan kanan ini tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan akan membantutkan kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?Adakah saudara Khairul bermaksud perjuangan memperkasa, membela dan mempertahankan kedudukan dan hak istimewa Islam, Melayu dan Raja-Raja seperti yang terkandung didalam Perlembagaan sebagai perjuangan berhaluan kanan yang tidak akan memberi tenaga tambahan kepada UMNO dan membantutkan kemajuan minda ahli UMNO?Jika begitu, saya mohon pencerahan daripada saudara Khairul apakah maksud perjuangan berhaluan sederhana yang mahu diperjuangkan oleh beliau dan Pemuda UMNO?Adakah perjuangan gagasan pemikiran dan amalan liberalisma dan pluralisma   seperti yang cuba dibawa oleh Ulil Abshor Abdalla yang dijemput oleh Gerakan Moderat Global dibawah pimpinan tokoh UMNO Saifudin Abdullah yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu kemajuan minda dan pemikiran ahli UMNO?Adakah tindakan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu Pak Lah Badawi melancarkan buku tulisan tokoh pro pembangkang yang menyokong Comango didalam Gereja DUMC yang disiasat oleh JAIS atas dakwaan cuba memurtadkan umat Melayu-Islam yang beliau maksudkan sebagai perjuangan berhaluan sederhana yang akan memberi impak tenaga tambahan kepada UMNO dan membantu [...]



MAKNYAH DALAM BIBLE?

2014-11-17T18:36:04.171+08:00

Islam sangat menentang keras lelaki yang berpakaian seperti wanita; dan wanita yang berpakaian seperti lelaki; mereka termasuk golongan yang dilaknat Allah!Salam 2 all. Sebenarnya pendirian tegas Islam dalam isu maknyah, bapuk dan pondan berpakaian seperti perempuan turut dikongsi didalam Bibel, yang menyatakan dengan jelas:Deuteronomy 22:5 - A woman must not wear men's clothing, nor a man wear women's clothing, for the Lord of God detest anyone who does this" (New International Version Bible page 296).Ayat ini telah diterjemahkan seperti berikut:Ulangan 22:5 - Orang perempuan tak boleh berpakaian seperti laki-laki dan orang laki-laki tidak boleh berpakaian seperti perempuan, sebab orang yang berbuat begitu dibenci Tuhan..." (Al-kitab mukasurat 267). Pendirian Islam dalam isu maknyah, bapuk atau pondan, atau lelaki berpakaian perempuan atau perempuan berpakaian lelaki sangat jelas. Mereka termasuk golongan yang dilaknat Allah.Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR Al-Bukhari).Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan sekadar menterjemahkan pendirian Islam itu dengan suatu peruntukkan iaitu:“Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya".Dan pendirian tegas Islam ini bersesuaian dengan pendirian Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang jelas mengklasifikasikan kes maknyah, bapuk atau pondan berpakaian seperti perempuan ini sebagai satu penyakit mental, sebagaimana yang dinyatakan seperti berikut:"Klasifikasi penyakit World Health Organisation (WHO) yang disebut sebagai ICD (International Classification of Diseases) yang kini dalam versi ICD-10. ICD ini merupakan rujukan asas diagnostik untuk epidemiologi, pengurusan kesihatan dan juga bagi tujuan klinikal. Menurut ICD-10, lelaki yang berpakaian perempuan diklasifikasikan di bawah F64. Ia termasuk F64.0 – Transsexualism dan F64.1 – Dual-role transvestism … dalam bahasa mudahnya kita sebut MAKNYAH atau PONDAN.Di bawah klasifikasi F64, F65 dan F66, terdapat pelbagai jenis penyakit seksual seperti ini yang diklasifikasikan sebagai penyakit-penyakit mental" (sumber daripada www.akarimomar.wordpress.com).  Apa yang saya musykilkan ialah, kenapa pihak gereja dan para pendakyah kristian kelihatan membisu dalam isu keputusan Mahkamah Rayuan didalam kes Juzaili dll membabitkan pembatalan Seksyen 66 EJSNS kononnya atas alasan Juzaili dan rakan-rakanya mempunyai hak asasi untuk memakai pakaian seperti perempuan walaupun hakikatnya mereka lelaki!Bukankah tindakan Juzaili memakai pakaian perempuan itu melanggar Bibel yang menjadi pegangan penganut kristian juga? Penganut kristian yang mengikut Bibel sepatutnya bersama dengan umat Islam dalam menentang kemungkaran ini!Saya mohon pencerahan daripada penganut kristian mengenai Deuteronomy 22:5 ini!Apa pun saya teringat ayat Al-Quran yang memberi peringatan kepada kita mengenai kaum yang menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai penyembahan! Apakah yang dimaksudkan 'mempertuhankan" rahib & pendeta i[...]



JANGAN BiaDAP LAGI!

2014-11-14T18:03:53.666+08:00

Pengakuan mereka yang terlibat didalam cubaan memurtadkan umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama didalam bulan Ramadhan 1434Salam 2 all.KENYATAAN MEDIASaya merujuk kepada pengembalian bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS kepada Bible Society of Sarawak hari ini.Pemulangan bibel-bibel tersebut adalah dibuat sempena kunjungan hormat Ketua Biskop Gereja-Gereja Sarawak Datuk Bolly Lapok yang juga merangkap Pemangku Pengerusi Majlis Gereja Malaysia mengadap sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor pagi ini.Pihak Majlis Agama Islam Selangor dalam surat bertarikh 21 Muharam 1436/ 14 Nov 2014 ruj: MAIS/SPK/BPK/01/011/4 (12) yang ditandatangani oleh YBhg Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa menegaskan bahawa 'pemulangan bible-bible yang mengandungi kalimah Allah ini dibuat dengan syarat-syarat ketat dimana bible-bible ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor, terutama kepada mana-mana orang yang beragama Islam dan bible yang mengandungi kalimah Allah ini hanya untuk kegunaan penganut kristian di Sarawak'.Malahan MAIS telah memeteri tiap bibel versi bahawa Melayu tersebut dengan cop merah menyala seperti berikut:'Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan dimana-mana bahagian didalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988'. Oleh itu adalah jelas pengembalian bibel-bibel tersebut adalah dengan syarat yang sangat ketat dan wajib dipatuhi pihak institusi dan pendakyah kristian.Saya mengambil kesempatan memberi amaran kepada Bible Society of Malaysia (BSM) dan para pendakyah kristian bahawa pengembalian tersebut tidak bermaksud bahawa pelanggaran terhadap Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988 dibenarkan atau dilonggarkan.Malahan adalah jelas bibel-bibel tersebut jelas dan secara terang-terangan melanggari Seksyen 9 Enakmen tersebut kerana mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang!Adalah jelas bahawa pengembalian tersebut tertakluk kepada Enakmen tersebut dan pelarangan penggunaan dan penyebarannya tetap berkuatkuasa didalam negeri Selangor.Oleh itu saya memberi amaran kepada BSM dan para pendakyah kristian supaya menghormati dan mematuhi arahan dan syarat pengembalian bibel tersebut.Saya juga meminta pihak BSM dan para pendakyah kristian supaya menjadikan episod perampasan bibel-bibel tersebut sebagai iktibar dan pengajaran dan memberi akujanji tidak akan lagi mengulangi perbuatan biadap melanggar undang-undang negara!Malah saya mendesak BSM dan para pendakyah yang lain supaya belajar hidup menghormati undang-undang dan sensiviti agama Islam dalam negara ini!Malaysia adalah negara umat Islam dan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan ini! Saya mengulangi titah Tuanku Sultan Selangor seperti yang terkandung didalam surat MAIS tersebut diatas iaitu:'Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mengharapkan penganut agama lain turut menghormati dan melindungi sensitiviti agama Islam didalam negara ini, terutama di Negeri Selangor dan berharap sebarang bentuk pengedaran dan juga percetakan bibel-bibel yang mengandungi kalimah Allah tidak lagi berlaku didalam Negeri Selangor kerana ia merupakan satu kesalahan dibawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988'.Sekian terima kasih.Yang benarZulkifli NoordinJumaat21 Muharam 143614 Nov 2014[...]



UNDANG-UNDANG GUBALAN KEHAKIMAN?

2014-11-14T15:41:34.845+08:00

Adakah Seksyen 377B KK yang menghukum peliwatboleh diisytiharkan tidak sah mengikut Perlembagaankerana ‘tidak munasabah’ sebagaimana Seksyen 66 EJSNSyang menghukum maknyah, bapuk dan pondan?Inilah implikasi keputusan Mahkamah Rayuan!Salam 2 all.Melarang lelaki berpakaian menyerupai wanita adalah hukum syara' yang qati' - tidak ada keraguan atau pertikaian padanya. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah saw bermaksud:Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari).Bermakna Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang melarang dan menetapkan hukuman terhadap pesalah syarie' tersebut adalah menurut hukum Islam!Kuasa dan bidangkuasa membuat undang-undang kesalahan syarie' ini adalah hak mutlak Dewan Undangan Negeri Sembilan menurut Artikel 74 dibaca bersama Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan.Dan Mahkamah yang berbidangkuasa membicarakan dan menjatuhkan hukuman adalah Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Dan Mahkamah Sivil tidak boleh sama sekali mencampuri atau menganggu keputusan Mahkamah Syariah menurut Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.Jadi persoalannya bagaimana kes empat orang maknyah (Juzaili & 3 yang lain) yang telah dibicarakan dan disabit kesalahan oleh Mahkamah Syariah Seremban boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rayuan yang kemudiannya telah pada 07 Nov 2014 lepas mengisytiharkan Seksyen 66 EJSNS sebagai batal dan tidak sah menurut Perlembagaan?Mengiktu proses kehakiman, sepatutnya maknyah-maknyah ini mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Negeri Sembilan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban terhadap mereka. Tetapi sebaliknya mereka menggunakan 'pintu belakang' dan memfailkan permohonan semakan kehakiman mencabar keabsahan Seksyen 66 EJSNS di Mahkamah Sivil.Dan dalam keadaan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang yang terang lagi jelas bahawa kuasa dan bidangkuasa membuat undang-undang jenayah syarie' adalah terletak dibawah DUN Negeri Sembilan dan bidangkuasa perlaksanaannya oleh Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, bagaimana pula Mahkamah Rayuan Sivil boleh membatalkan Seksyen 66 EJSNS?Jawapannya ialah apa yang saya sebut 'judicial law making' - 'penciptaan undang-undang kehakiman'.Ini kerana Mahkamah Rayuan mengguna-pakai prinsip kemunasabahan - reasonableness dalam menilai undang-undang yang telah digubal dengan sahnya oleh badan pembuat undang-undang negara ini.Prinsipnya mudah - jika Mahkamah merasakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak munasabah, Mahkamah akan mengisytiharkan ianya sebagai tidak sah!Persoalan pertama yang timbul ialah bolehkah Mahkamah di Malaysia berbuat sedemikian? Sedangkan prinsip berkerajaan di Malaysia ialah prinsip pemisahan dan pengasingan kuasa antara 3 badan iaitu Parlimen (termasuk DUN) sebagai pembuat undang-undang, Kehakiman (sebagai penjaga (custodian) undang-undang) dan Eksekutif (sebagai pelaksana undang-undang).Pada pendapat saya didalam kes Juzaili ini Mahkamah Rayuan telah melangkaui kuasa dan bidangkuasanya kerana dalam amalan kehakiman di Malaysia, Mahkamah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI membuat, mencipta atau menggubal undang-undang sendiri!Persoalan kedua, apakah kayu pengukur yang digunakan oleh Mahkamah Rayuan d[...]



HAK ASASI ORANG GILA?

2014-11-13T09:21:23.542+08:00

Apakah mereka yang bersetuju kristian menggunapakai kalimah Allah dalam bentuk triniti mempunyai "penyakit aqidah" yang perlu dirawat segera?*Salam 2 all.Teringat saya sebuah cerita yang pernah saya dengar mengenai seorang cerdik-pandai yang melawat sebuah pusat rawatan sakit mental atau lebih kita kenali sebagai hospital mental bagi orang gila.Semasa sedang dalam lawatan itu, beliau tertarik dengan telatah seorang pesakit mental yang kelihatan begitu khusyu' memancing didalam sebuah baldi yang kosong tidak ada apa-apa isi. Lalu berlakulah dialog diantara si cerdik pandai dengan pesakit mental itu:Si Cerdik : Helo, apa kabar?Si Gila : Syyyyy...diam-diam! Tak nampak aku tengah memancing ni? Kang lari pula ikan-ikan ni!Si Cerdik: (dalam suara membisik) Banyak dapat ikan hari ni?Si Gila: Engkau ni gila kah apa? Mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!Maka terkebil-kebillah Si-Cerdik tadi diherdik oleh Si-Gila tersebut!Moral cerita ini - kalau kita dah tahu orang tu gila, buat apa dilayan gilanya! Patutnya kita cuba merawat dia!Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh sahabat saya Tuan Haji Abdul Karim Omar, Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat melalui tulisan terkini beliau di www.akarimomar.worpress.com yang saya lampirkan dibawah.Penulisan beliau menumpu kepada keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan beberapa "maknyah, pondan atau "bapuk" yang memohon perisytiharan bahawa Enakmen Syariah Negeri Sembilan yang melarang lelaki berpakaian seperti perempuan sebagai tidak sah kerana melanggar hak asasi mereka kononnya seperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.Panel Mahkamah Rayuan tersebut dipengerusikan oleh YA Datuk Hishamudin Yunos, seorang bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan turut didengar oleh panel hakim YA Hakim Datuk Lim Yee Lan dan YA Datuk Aziah Ali.Panel Mahkamah Rayuan ini telah pada hari Jumaat 07 Okt 2014 memutuskan bahawa Enakmen tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah; sekaligus memberi kemenangan kepada pihak "bapuk, maknyah dan pondan" ini untuk terus dengan cara kehidupan mereka berpakaian seperti perempuan - kerana katanya ini adalah hak asasi mereka!Apakah benar "pondan, maknyah dan "bapuk" punya hak asasi untuk terus berpakaian dan hidup dengan "perwatakan perempuan"; atau mereka mungkin mengidap penyakit mental dan mempunyai hak asasi untuk "dirawat" sebagai pesakit mental?**Ini yang cuba dikupas oleh sahabat saya Tuan Haji Abdul Karim Omar mengguna-pakai piawaian antarabangsa seperti yang terkandung didalam Item ICD-10 International Classification of Disease, WHO - World Health Organisation dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!Kita diberi akal dan fikiran, baca dan hayatilah mesej yang cuba disampaikan. Selamat membaca.Adios amigos, grasias.Zulkifli Bin NoordinIsnin17 Muharram 143610 November 2014.*Gambar hiasan semata-mata** Maknyah, bapuk dan pondan perlu diasingkan daripada kategori khunsa yang diiktiraf dalam syara' sebagai manusia yang mempunyai dua alat kelamin yang mempunyai cara umumnya diberi hak didalam hukum syara'  untuk menentukan samada memilih untuk hidup sebagai lelaki atau wanita!  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@Dipetik daripada http://akarimomar.wordpress.com/2014/11/09/memahami-keputusan-mahkamah-rayuan-mengiktiraf-orang-yang-berpenyakit-mental-satu-perspektif/Memahami Keputusan Mahkamah Rayuan Mengiktiraf Orang Yang Berpenyakit Mental – Satu Perspektif9 November, 2014 in Federal Constitiution, Islam, Maklumat, medical & health | 1 comment Kep[...]



HIJRAH-4-QUWWAH

2014-10-25T16:48:08.973+08:00

Ukhwah dan persaudaraan yang dibina oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi berjaya menyatupadukan umat Islam untuk membuka Baitul-Maqdis dan membebaskan Al-Quds!Pakatan Luar Tabie diantara umat Islam dengan harbi akhirnya akan menghancurkan umat Islam sebagaimana yang telah dibuktikan dalam sejarah lampau!Salam 2 all.Sebaik sahaja menyempurnakan hijratul-Rosul, Nabi Muhammad saw melaksanakan beberapa perkara yang jelas menunjukkan Nabi saw membina kesatuan dan ukhwah umat Islam supaya mereka bersatu dan punya kesatuan dan perpaduan samada dari segi ibadah, ekonomi, siasah, politik, budaya dan adat resam yang akhirnya berjaya membina suatu kuasa politik umat Islam yang unggul dan hebat dalam sejarah ketamadunan kemanusiaan!Perlu diingatkan bahawa sebelum hijratul-Rosul, Yathrib merupakan tempat pergolakan yang hebat. Suku arab Auz dan Khazraj telah berperang ratusan tahun lamanya hanya kerana sebab yang remeh - berkaitan seekor unta.Diwaktu yang sama, suku Auz dan Khazraj disokong oleh dua puak Yahudi; yang kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menguasai Yathrib dan membentuk pemerintahan mereka sendiri sambil menanti kedatangan Penyelamat mereka yang ditunggu-tunggu.Dan mereka sudah ada seorang pemimpin yang menunggu masa untuk ditabalkan sebagai pemerintah - Abdullah Bin Ubay Bin Salul.Dalam kerangka konflik dan pertelingkahan itulah Rasullah saw mengatur strategi membina Quwwah - kekuatan ummah berteraskan kepada perpaduan dan kesatuan. Pertama, Rasulullah saw menentukan tempat pembinaan Masjid Nabawi. Kita telah mendengar bagaimana Rasulullah, dengan pengetahuan penuh mengenai konflik yang berlaku, mengambil tindakan yang cukup diplomatik - membiarkan untanya Quswah menentukan tapak pembinaan Masjid dan rumah Baginda. Membiarkan seekor haiwan menentukan tapak mengelakkan berlaku konflik dan sikap memihak - takkanlah haiwan yang memilih itu memihak kepada mana-mana pihak.Kedua, Baginda membina Masjid Nabawi ditapak yang telah dikenal pasti oleh unta Baginda bernama Quswah. Masjid menjadi tempat umat Islam bertumpu untuk segala kegiatan. Pembinaan dibuat dengan cara bergotong royong dengan Baginda sendiri turun padang bersama membasah keringat dalam pembinaan itu. Baginda tidak sekadar datang dengan konvoi bersiren dan sekadar memotong riben dan membuat ucapan berapi-api. Inilah namanya Kepimpinan Melalui Tauladan yang sebenarnya;Ketiga, Baginda menentukan kemasukan waktu solat dan panggilan ke Masjid untuk berjemaah dengan azan. Baginda melantik Bilal Bin Rabbah, seorang bekas hamba pemimpin musyrikin Ummaiyah yang hitam berkilat sebagai muazzin tetapi mempunyai suara hati yang menembus ke langit. Malaikat mendengar azannya walaupun terdapat orang lain yang lebih merdu suaranya. Ini menunjukkan Rasulullah memilih mereka yang berkualiti dan berkelayakan untuk memegang sesuatu amanah - jawatan diberi bukan kerana habuan tetapi kerana amanah dan berkelayakan;Keempat, Baginda menyatukan suku Auz dan Khazraj yang telah berperang beratus tahun dibawah ikatan satu aqidah. Mereka ini Rasullah beri gelaran sebagai kaum Ansar - pembantu umat Islam!Kelima, Baginda mempersaudarakan kaum Ansar dengan para sahabat Nabi yang berhijrah bersama daripada Makkah. Mereka dipanggil kaum Muhajjirin. Persaudaraan kedua kaum Ansar & Muhajjirin dibuta berdasarkan kepada ikatan satu aqidah, satu agama, satu qiblat, satu kitab. Inilah persaudaran aqidah yang memperkukuhkan perpaduan ummah;Keenam, Baginda meminta para sahabat yang pakar dan mah[...]



HIJRAH-4-UKHWAH!

2014-10-24T18:34:51.609+08:00

  Kegagalan umat Islam bersatu dalam ukhwah Islamiyyah menyebabkan musuh mengambil kesempatan; perpecahan umat Islam sampai ke peringkat kalimah Allah menjadi bahan dagangan politik demi kerakusan nafsu untuk kuasa dan kedudukan! Salam 2 all.1435 Hijrah akan berlalu, 1436 Hijrah menjelang tiba - sekali lagi kita menyambut Ma'al Hijrah.12 Rabi'ul Awal, itulah tarikh sebenar Rasulullah saw tiba di Yathrib dalam peristiwa besar Hijratul-Rasul. Setelah beberapa hari berada di Quba', dan mendirikan Masjid Quba', serta mendirikan solat Jumaat pertama dalam Islam (kini didirikan Masjid Jumaat ditapak itu berhampiran Madinah), Rasulullah bergerak ke Yathrib bersama sahabat Baginda Saidina Abu Bakr As-Siddiq.Sesampai Baginda di Yathrib, dengan sambutan nasyid tola'al badru 'alaina, Rasulullah yang menunggang unta bernama Quswa memulakan ucapan dengan berkata:Aiyyuhannas - Afsyussalam!!! Wahai manusia, sebarkan salam!Mengapa Rasulullah saw membuka ucapan dengan kenyataan itu? Menyeru manusia supaya menyampaikan salam - iaitu ucapan Assalammau'alaikum!Kerana didalam salam ada pelbagai mesej - dan ia adalah pengikat perpaduan dan kesatuan.Pertama, didalam salam ada doa. Berbeza dengan ucapan tradisi yang diamalkan oleh orang lain, ucapan salam bermaksud 'saya doakan sejahtera keatas kamu'. Dan penerima salam juga wajib menjawab dengan doa - wa'alaikum salam- sejahtera juga keatas kamu!Kedua, ucapan salam merangkumi semua waktu. Ia tidak setakat ucapan selamat hanya untuk waktu pagi seperti Good Morning, atau hanya untuk waktu petang seperti Good Evening, tetapi ianya mencakupi seluruh hari tidak kira siang, malam, ribut, terang dan lain-lain!Ketiga, ucapan salam bersifat universal. Pergilah kemana sahaja - barat, timur, utara, selatan, Eropah, Amerika, Russia, India, China, Australia, malah ke Kutub Utara atau Kutub Selatan, atau bercakaplah dalam bahasa apa pun - tetapi ucapan salam bagi umat Islam tetap sama - assalammu'alaikum.Keempat, disebabkan ucapan salam itu berbentuk universal, maka dengan mudah kita mengenali saudara se Islam - walaupun dia daripada negara mana sekalipun, walau dia bercakap apa bahasa sekali pun. Bila sahaja bertemu dan dia mengucapkan salam, kita sekalugus tahu dia adalah Muslim saudara kita! Kelima, disebabkan sifat universal salam itulah maka ucapan salam menjadi pengikat kepada perpaduan, kesatuan dan ukhwah umat Islam. Kerana didalamnya mengandungi kesatuan bahasa, kesatuan doa, kesatuan akidah!Sebab itulah Rasulullah saw menyeru didalam muqaddimah ucapan Baginda sebaik sahaja menyempurnakan hijratul-Rasul - aiyyuhannas, afsyussalam - wahai manusia - sebarkanlah salam.Hari ini umat Islam berpecah parah. Pertelingkahan kerana perbezaan mazhab, politik, kaum, etnik, dan pelbagai kepentingan menyebabkan kita menjadi lemah dan musuh mengambil kesempatan.Apabila ada umat Islam sendiri meredhakan kristian mengguna kalimah Allah sebagai tuhan triniti, apabila umat Islam meredhai arak diminum secara berleluasa di tempat awam, apabila umat Islam melebihkan gereja daripada masjid, apabila umat Islam lebih seronok membelai dan berpelukan dengan anjing daripada bermesra sesama Islam - bermakna KPI umat Islam menurut Al-Quran dan Sunnah sudah sampai ke tahap kronik! Sempena 1436 Hijrah ini, marilah kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, memperkukuhkan ukhwah, kesatuan dan perpaduan kita dengan mengamalkan perkara yang begitu mudah - amalkan memberi salam kepada sesiapa sahaja umat [...]



MELAYU PENDATANG KE MALAYA?

2014-10-20T15:42:27.241+08:00

Penjara Sg. Buloh mengalu-alukan kemungkinan kembalinya pendatang veteran ke Blok Tengah Penjara Sg. Buloh pada 29 Oktober 2014 ini!Salam 2 all.Saya mengutuk keras kenyataan perwakilan di persidangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) yang dibuat didalam Persidangan PGRM semalam 19.10.2014  yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya ini sama seperti kaum Cina dan India.Dakwaan seperti ini lahir mungkin kerana kebodohan mereka mengenai sejarah nusantara Melayu dan Malaya ataupun kejahilan mereka dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.Mendakwa konon bangsa Melayu datang daripada Indonesia dan kemudian berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan mereka.Bangsa Melayu sudah menduduki dan mendiami arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Brunei, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.Memandangkan keseluruhan arkipelago ini adalah nusantara Melayu, maka bangsa Melayu bebas bergerak dalam wilayah ini tanpa keperluan kepada paspot atau apa juga sekatan politik atau geografi.Namun kuasa penjajah barat British dan Belanda telah memecah-belahkan geo-politik dan geo-grafi nusantara Melayu pada tahun 1824.Pada tahun 1822, British dan Belanda telah mengadakan kerjasama ketenteraan untuk menentang pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte. Setelah kejayaan kerjasama itu, pada tahun 1824 British dan Belanda mengadakan persefahaman membahagi-bahagikan wilayah jajahan mereka menurut sempadan imaginari mereka sehingga akhirnya menyebabkan wilayah arkipelago nusantara Melayu berpecah-belah; antaranya kawasan barat Selat Melaka dibawah Belanda dan timur Selat Melaka kepada British.Bermula daripada tahun 1824, bangsa Melayu yang sebelum itu bergerak bebas didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu terpaksa menggunakan paspot untuk memasuki wilayah yang dipisah-pisahkan ini.Oleh itu, pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina dan India ke sini. Mendakwa pergerakan itu sebagai "pendatang" samalah seperti mendakwa mereka yang datang daripada wilayah Canton ke Shanghai sebagai pendatang!Pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami wilayah sendiri.Sebaliknya sejarah mencatatkan nenek moyang kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala nenek moyang kaum India datang daripada benua India. Itulah hakikat sejarah yang kita tidak boleh nafikan!Kedua-dua benua ini tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu nenek moyang mereka yang datang ke wilayah nusantara Melayu dipanggil pendatang, atau imigran, sebab mereka melakukan perpindahan benua. Mereka juga tiada pertalian dengan bangsa Melayu samada dari segi agama, bahasa mahupun geo-politik dan geo-budaya!Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta dan sejarah.Apa pun, pada saya isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu seperti ini. Adakah mereka mahu menjadi lebih cauvinis daripada DAP - apakah ini cara mere[...]