Subscribe: AGRO Fast Forward Ent. - Pertanian Adalah Perniagaan
http://agrofastforward.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Malay
Tags:
adalah  akan  bagi  dengan  fertigasi  ini  kiwi  kursus fertigasi  kursus  pada  pokok kiwi  pokok  saya  telah  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: AGRO Fast Forward Ent. - Pertanian Adalah Perniagaan

AGRO Fast Forward Ent. - Pertanian Adalah Perniagaan



Impak maksima yang bakal menguji keupayaan diri dalam Pertanian Moden dan Keusahawanan.



Updated: 2018-02-15T06:59:47.735+08:00

 



Soya= Tempe, Taufufa, Sendiri Punya

2011-06-23T14:47:53.451+08:00

Salam Sejahtera,Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini. Namun yang ingin saya kongsikan adalah yang baru berlaku.Diwaktu yang luang, saya suka mencuba buat makanan yang saya dan keluarga suka tapi untuk mendapatkannya kena beli di kedai.Kali ini makanan yang berasaskan soya. Ya, kacang soya yang banyak kegunaannya.  Boleh dibuat Tempe, Air Soya, Taufufa, Tauhu dan banyak lagi. Sebelum ini saya sendiri telah mencuba membuat air soya dan taufufa. Namun yang berjaya hanyalah air soya manakala taufufa kekurangan bahan pentingnya iaitu ‘sekko’. Bahan-bahan dan caranya saya belajar dari sumber internet yang banyak.Cubaan pertama dulu agak sukar kerana saya terpaksa mengupas kulit kacang soya yang direndam hanya 4 jam dan mengambil masa sehingga 3-4 jam sambil-sambilan untuk habis mengupas sebiji-sebiji. Sampai tangan kecut lah katakan.Untuk cubaan kedua, saya telah membeli lebih kurang 400gm kacang soya. Kemudian, pada 20 Jun lalu, saya Berjaya mendapatkan ragi tempe dan serbuk ‘sekko’. Kedua-dua bahan tersebut diperolehi di Puchong iaitu ragi tempe 500gm dari seorang pengusaha tempe. Ragi tersebut boleh digunakan bagi 250kg kacang soya (2gm/1kg soya). Fuhh, rasanya dah boleh buka perusahaan tempe. Takpa, simpan stok, dan bila-bila rasa nak makan tempe, boleh buat sendiri. Terjamiin kebersihannya. Manakala serbuk sekko pula adalah bahan utama untuk menyediakan taufufa dibeli di kedai ubat cina di Kinrara, Puchong. Memandangkan agak sukar awalnya saya nak dapatkan sekko, saya terus beli 200gm. Itupun stok banyak, saja simpan untuk guna akan datang. Bila dah jadi nanti, boleh buat menu khas utk family gathering, Tempe Bakar, Goreng, dan taufufa Putrajaya.Pada malam 20 Jun tu, terus rendam kacang soya. Target 24 jam, dan keesokkan malam tu baru projek tempe. Tepat pukul 9 mlm 21 Jun, bermula kerja membersihkan kulit kacang soya yang telah lembut dan pisahkan dari isinya, dibasuh bersih beberapa kali dan  direbus lebih kurang 30-40 minit, Lepas itu dicampur dengan sedikit serbuk ragi tempe, diratakan dan dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar serta sebahagian lagi guna plastic air batu. Tugas selesai pukul 12 mlm dan diletakkan di rak di dalam rumah pastu kena tunggu 36 jam baru matang dan sedia untuk digoreng.Malam semalam, 22 Jun dah ada tanda-tanda kulat putih hendak menjadi, soya tu pun rasa suam-suam panas. Isteri antara percaya dan tak percaya tempe akan menjadi & Mak mertua kata, yelah tu buat tempe. Dia tak percaya, lelaki kerja pejabat yang banyak main computer dan pen boleh buat tempe hanya berpandukan internet. Namun kepercayaan mak mertu meleset pagi tadi apabila isteri membelek soya dah kelihatan banyak kulat putih dah meliputi kacang soya. InsyaAllah, malam ni akan dirasmikan Tempe Putrajaya buatan sendiri.Projek buat taufufa hanya boleh dilakukan pada hujung minggu kerana banyak kerja yang perlu dilakukan. Maklumlah, jantan nak buat kerja dapur lah katakan.Ok, itu jer dulu.[...]



Kebun di Bandar : Menarik di Kosmo

2011-04-20T14:03:40.759+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini terbaca keratan akhbar menarik di Kosmo. Hobi menanam sayuran, jika dikembangkan akan mendatangkan hasil dan kepuasan yang sukar digambarkan. Jom layan..

Sumber: Kosmo!Online

KEPADA Rozi Maria Mohd. Nasir, 33, menanam lebih 30 jenis sayur dan buah di laman belakang kediamannya, mampu memberi kepuasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Merealisasikan impiannya yang mahukan laman dapur atau lebih popular disebut sebagai edible garden seperti di luar negara, dia yang sebelum ini menetap selama tujuh tahun di kediaman jenis pangsapuri memilih untuk berpindah ke rumah teres di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.
“Saya selalu mengimpikan untuk memetik sayur dan tanaman yang lain dari tingkap rumah terus ke masuk ke periuk, seperti yang sering ditonton di dalam rancangan masakan di televisyen,” katanya yang minat dengan aktiviti berkebun sejak berumur lapan tahun. Pada masa itu, Rozi Maria banyak membantu ibunya menyiram tanaman di halaman rumah mereka di Simpang Renggam, Johor. Klik untuk baca seterusnya







Terkini - Tentang Kiwi

2011-04-12T22:46:07.683+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Masih ingat lagi posting saya pada bulan February 2011 lepas? Anak pokok kiwi tersebut dipindahkan ke pasu pada bulan Disember 2010 setelah beberapa bulan semaian di polibeg. Semaian benih Golden Kiwi dilakukan pada bulan September 2010.Ini adalah perkembangan terkini setakat bulan Mac 2011 pada usia pokok 7 bulan. Berdasarkan jenis hybrid ini, adalah dijangkakan pokok akan mula berbunga apabila mencecah usia 18 bulan atau setahun setengah. Jadi, ada lagi 11 bulan untuk pokok ini boleh dikenalpasti jantan atau betina bagi tujuan baka khusus. Bulan February 2012 merupakan waktu bersejarah percubaan menghasilkan kiwi Malaysia.Ini adalah pokok kiwi berusia 7 bulan dengan ketinggian 7 kakiPokok kiwi mudah mengeluarkan cabang di celah daun dan di pangkal batang. Sekiranya dibiarkan terlalu banyak, cabang akan mengambil alih tumbesaran dari batang utama. Ini akan mengakibatkan batang utama lambat membesar berbanding cabang da pokok kelihatan kurang cantik.Pokok kiwi adaalah dari jenis yang menjalar di peringkat awal pembesaran. Namun setelah ianya matang, batang akan bertukar keras seperti pokok anggur. Sebaiknya, setiap cabang dipisahkan dari melilit batang lain  bagi mengelakkan jerutan dan boleh menghalang pembesaran pokok nanti.Bagi pokok kiwi yang subur, daun akan kelihatan lebar dan sekata terus menjalar ke atas. Sebaiknya gunakan tali yang diikat bagi membantu pokok menjalar ke atas.Pokok kini berkongsi pergola dengan anggur. Bayangkan bila pokok kiwi matang dan mengeluarkan hasil bersama pokok anggur, alangkah cantiknya permandangan nanti.Ini adalah gambaran sebahagian pokok kiwi yang berkongsi kasih dengan pokok anggur.Kini pokok kiwi sudah mencpai paras atas pergola dan ianya akan diajar untuk menjalar seperti pokok anggur.Setakat ini dulu perkembangan pokok kiwi di Putrajaya. MaklumanSaya juga banyak menerima panggilan dan permintaan untuk mendapatkan benih pokok kiwi. Namun saya menjelaskan bahawa saya masih belum dapat menentukan jantina pokok bagi menghasilkan buah. Namun ramai yang masih menaruh harapan untuk mendapatkannya juga. Oleh itu, untuk tidak menghampakan permintaan ramai, saya akan mula menyemai kiwi. Namun ianya berdasarkan pada tempahan dan kesediaan stok kerana proses semaian memakan masa 1-3 bulan. Harga akan ditentukan kemudian namun ianya berdasarkan pada saiz anak pokok nanti. Maaf, untuk mendapatkan anak benih nanti, pelanggan perlu memilih dan mengambilnya sendiri dari saya untuk mengurangkan kerosakan anak pokok dalam transit. Anda yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dan saya akan maklumkan bila ianya sedia untuk dijual.Apa yang terkini?Untuk makluman, saya sedang menyemai benih pokok delima baka USA yang berwarna merah darah. Buah asalnya rasanya sangat sedap dan semestinya hebat jika dijadikan jus segar. Akan saya maklum kemudian perkembangannyaSehingga bertemu lagi.[...]



Kiwi Oh Kiwi....

2011-02-08T15:02:16.186+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Bayangkan kek ini ada di hadapan anda sekarangNampak menyelerakanAntara bahan untuk membuat kek tadiBuah kiwi yang masih segar di pokokLebih seronok jika anda ada pokok kiwi yang sedang berbuah di belakang rumah, petik dan hidangkan kepada keluarga, jiran dan tetamu anda.Mungkinkah?Ini yang sedang saya usahakan. Tanaman pokok kiwi di rumah. Kini saya telah menanam lebih 35 pokok kiwi emas dan hijau di rumah menggunakan pasu besar. Projek ini saya mulakan pada bulan September 2010 dengan semaian sendiri dari biji.Ini adalah perkembangan terkini pokok kiwi yang telah dipindahkan ke pasu. Anak pokok kiwi yang telah membesar di polibeg semaian Kawasan semaian yang agak padat bila pokok membesar 20 biji pasu besar dan tanah khas untuk pokok kiwi Proses pemindahan anak pokok kiwi sedang dilakukan pada 22 Disember 2010 Pandangan atas anak pokok kiwi yang telah siap dipindahkanPandangan sisi anak pokok kiwi yg dipasang dengan dripper  Setakat penghujung bulan Januari 2011, pokok kiwi telah mencecah 3 kakiSebahagian pokok kiwi di tapak sementara kerana kekurangan kawasanSaya juga telah membuka satu forum baru di BicaraJutawan untuk berkongsi maklumat mengenai pokok kiwi. InsyaAllah saya akan maklumkan perkembangan pokok kiwi dari semasa ke semasa.Sehingga bertemu lagi.[...]



Blog DVD Kursus Fertigasi

2011-01-28T15:49:56.888+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini anda boleh menempah DVD Kursus Fertigasi dengan KLIK DI SINI. & untuk keterangan lanjut mengenai DVD Kursus Fertigasi, sila KE SINI.


1 set DVD Kursus Fertigasi mengandungi 4 keping DVD yang merangkumi 6 modul dengan tempoh rakaman hampir 10 jam.

Dapatkan DVD Kursus Fertigasi SEKARANG.



Pelancaran Video Kursus Fertigasi-Online

2011-01-28T15:39:50.895+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan DVD Video Kursus Fertigasi akan mula dipasarkan pada 1 Februari 2011 pada harga RM100 sahaja merangkumi 3 keping PC-DVD dengan saiz rakaman melebihi 10GB. DVD tersebut akan dijual pada harga RM100 sahaja dan kos penghantaran menggunakan Poslaju adalah RM10. Kandungan kursus adalah sesuai bagi anda yang ingin menceburi dan mendapatkan ilmu berkaitan pertanian fokus pada tanaman cili merah dan Teknologi Fertigasi. DVD tersebut boleh digunakan di PC dan DVD Player.

Bagi anda yang ingin mengambil sendiri , tiada caj penghantaran dikenakan. 

Bagi bekas peserta kursus, sila hubungi saya melalui emel dengan menyatakan nama penuh, dan tarikh kursus untuk mendapatkan diskaun istimewa.

Bagi pembeli semasa Pra-Pelancaran, tahniah diucapkan dan harap dapat memberikan review mengenai kandungan kursus tersebut. 

Saya memohon maaf terhadap sedikit kelewatan dalam pelancaran yang sepatutnya dijadualkan pada bulan Januari 2011 kerana terdapat masalah teknikal yang perlu diatasi demi memastikan kualiti video dan audio lebih baik.

Sehingga bertemu lagi.

Ikhlas,

M.Faidzal



Pra-Pelancaran Video Kursus Fertigasi Terhad

2011-01-17T12:47:49.314+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Seperti yang saya telah maklumkan pada penghujung tahun lepas mengenai projek Video Kursus Fertigasi, kini saya dalam peringkat akhir editing. Disebabkan saiz video yang sangat besar melebihi 6 jam rakaman, ianya akan menggunakan beberapa keping DVD.Sebagai pelancaran awal, saya menawarkan serta menjemput 5 pembeli dengan harga yang sangat murah berbanding yuran kursus. Berapa kos yang saya kenakan?Sebelum ini saya mengenakan caj yuran kursus fertigasi berjumlah RM200 sehari beserta nota. Untuk kursus versi video ini, akan dijual pada harga RM100 sahaja 50% diskaun dari yuran kursus dan ianya boleh diulang tayang sebagai rujukan dan ini tidak diperolehi semasa kursus biasa.Namun, terhad untuk 5 pembeli pertama, saya menawarkan harga sebanyak RM50 sahaja atau 75% diskaun dari harga kursus sebenar dengan beberapa syarat atau bentuk kerjasama. Apa yang saya perlukan dari 5 pembeli pertama ini adalah komen bahan tersebut dan beberapa maklumat   sebagai rujukan. Maklumbalas dari 5 pembeli pertama tersebut akan saya masukkan sebagai testimoni bahan kursus semasa pelancaran nanti.Apa Kandungan Video Kursus?Modul 1 - Pengenalan & Keperluan Asas FertigasiPengenalan FertigasiJenis TanamanAlatan AsasLakaran SistemModul 2 - Penyediaan SemaianPemilihan BenihPeralatan SemaianPenyediaan BenihKaedah Menyemai - videoPengurusan SemaianModul 3- Penyediaan Tapak & Pemasangan SistemPemilihan TapakPenyediaan Lakaran TapakJadual Pelaksanaan ProjekPeralatan AsasTeknik Pemasangan -videoUjian SistemModul 4- Pengurusan & Penjagaan LadangPembajaanPengurusan Anak PokokPenjagaan PokokKawalan PenyakitModul 5- Pengurusan Hasil & PemasaranPengumpulan HasilPengurusan Lepas TuaianPemasaranAnalisis KeuntunganModul 6 - RumusanKomersil atau Edible GardenKeusahawanan & Jati diriSenarai PembekalSenarai Perjanjian & Dokumen SokonganPerkhidmatan Lepas JualanHarga RM100 bagi DVD Kursus ini adalah sangat murah kerana walaupun dirakam oleh amatur tetapi ianya mengandungi informasi mengenai penanaman cili fertigasi fresh dari pengusaha dan bukan berbentuk teori semata-mata serta boleh diulang tayang serta dikongsi bersama keluarga. Ia juga merupakan versi kursus digital yang tidak memerlukan anda ke tempat kursus, jimat masa dan kos perjalanan serta penginapan. Sebelum ini ada banyak pasangan suami-isteri, adik beradik dan keluarga membayar kos RM200 seorang dengan diskaun hanya 10% bagi pasangan kedua atau ahli kumpulan seterusnya. Bagi DVD ini, anda terus mendapat penjimatan 50%. Manakala bagi 5 pembeli pertama, harga RM50 untuk tempoh pra-pelancaran, merupakan bonus tambahan atas sumbangan review anda terhadap bahan kursus ini.Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi 5 pembeli pertama, sila daftarkan diri dengan menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dengan segera dengan menyatakan nama, alamat dan no telefon. Setelah lengkap senarai 5 pembeli, saya akan maklumkan semula di blog ini. Tiada bayaran diperlukan untuk mendaftar. Setelah semua bahan siap, anda akan dihubungi untuk membuat bayaran seterusnya memberikan komen sejurus menerima dan menonton rakaman DVD nanti.Setakat ini dulu, salam perniagaan.Ikhlas,M.Faidzal[...]



Projek Kursus Fertigasi Online

2010-12-08T20:49:42.154+08:00

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Projek Kursus Online berjalan dengan baik.. Kini Modul 1 dan 2 sudah selesai dan dalam pembikinan Modul 3-5. Saya terpaksa melakukan rakaman video sendiri termasuk proses editingnya. Agak pelik juga rasanya kerana saya bercakap sendirian berbanding sewaktu kursus sebenar. Kadang-kadang bila bercakap seorang ni susah nak berhenti sebab banyak nak cerita. Cuma takda direct soalan dari participant . InsyaAllah, saya akan sediakan Frequently Asked Questioned nanti.

Sehingga kini, saya telah menerima emel dan panggilan dari ramai yang sedang menunggu hasil Kursus Online ini. Ada yang nak hadir kursus dari Sabah dan Sarawak tapi saya nasihatkan agar tunggu bulan Januari nanti utk dapatkan CD Kursus. Ini dapat jimatkan kos penerbangan dan penginapan di sini. InsyaAllah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Harap dapat bersabar, ya.

Nantikan kemunculan pada bulan Januari 2011.



Kenapa Lama Menyepi?

2010-11-22T22:27:32.609+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.Apa progress saya sekarang?PROJEK ANGGUR MINIDalam tempoh beberapa bulan ini saya telah menggantikan tapak ujian fertigasi di Putrajaya kepada tanaman anggur. Bermulalah episod tanaman anggur di Putrajaya. Sistem pengairan masih digunakan dan hanya bertukan jenis tanaman. Kaedah ini memudahkan saya untuk menyiram air ke pokok anggur.Tapak ujian fertigasi yang ditebus gunaSalah satu pokok yang baru dipindahkan ke pasuBunga sulung anggur jenis Isabella (merah) dengan pokok berusia 7-8 bulanPagola yang dibina sendiri menggunakan kayu keras terpakai Kini saya telah menanam sebanyak 17 batang pokok anggur semuanya di dalam pasu besar yang terdiri dari 6 jenis seperti berikut:1. Isabella2. I.A.C.3. White Malaga4. Al-Phonse Lavelle5. Lavender6. CrimsonInsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.PROJEK KIWIIni adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha. Anak benih kiwi emas (Golden Kiwi) telah dipindahkan ke polibegAnak benih Kiwi Emas sedang membesar Perkembangan Kiwi Emas dengan 4 daunLihatlah kesuburan anak pokok Kiwi EmasBenih pertama yang disemai adalah jenis Kiwi Emas lebih kurang 35 pokok yang menjadi dan manakala Kiwi Hijau baru dipindahkan ke polibeg.Perkembangan seterusnya saya letakkan di blog khas untuk rujukan peribadi kerana ini masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, Projek Kiwi Malaysia akan dimulakan dalam 2-3 tahun lagi di Lembah Kelang hasil dari pembakaan sendiri. PROJEK IKAN KELAHAsalnya saya berhajat untuk mengkomersilkan penternakan ikan kelah dengan permulaan anak kelah merah sebanyak 130 ekor. Namun setelah difikirkan kos dan jangkamasa serta penyakit, baki ikan kelah sekarang selepas tolak yang mati lebih kurang 50 ekor adalah hanya untuk peliharaan peribadi (makan sendiri). Saya telah berjaya mendapatkan 2 ekor Kelah Biru baka Rompin, Pahang dengan harga RM400 seekor bersaiz 6-8 inci. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan baka, saya terpaksa mengeluarkan modal untuk memelihara Ikan Kelah Biru yang diletakkan khas di dalam aquarium bersaiz 5 x2 kaki.Akuarium 2nd hand yang baru dibeli Proses mencantikkan akuarium bermula  Lapisan pertama cat kayu bervarnisLapisan cat kali ke2 yang menghasilkan warna lebih gelap Proses akhir pengeringan untuk lapisan cat ke 2 yang lebih gelap dan nampak elegan Akuarium yang sudah diperbaiki dan dipindahkan ke dalam rumah Penghuni baru akuarium 2 ekor kelah biru dan seekor arowana silver Agak sukar nak tangkap gambar jelas kerana pergerakan yang laju Snap di waktu malam dan warna sirip bawah berwarna biru telah kelihatan Sebahagian ikan kelah merah yang dipelihara dalam tangki poly biruKeseluruhannya, Projek Ikan Kelah terpaksa di jadikan sebagai hobi manakala Projek Anggur dan Kiwi akan dikomersilkan lagi 2-3 tahun InsyaAllah.[...]



MAHA 2010

2010-11-12T15:13:58.962+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lebih kurang 2 minggu lagi akan berlangsung pameran  tahunan yang kini akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 26 November - 5 Disember 2010. Sejak melibatkan diri dalan pertanian, saya berusaha untuk ke pameran yang berlangsung di Serdang yang hanya diadakan 2 tahun sekali. Dan semestinya program di Serdang adalah yang terbesar berbanding di negeri. Jadi bagi anda yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang ini.



KURSUS FERTIGASI CILI SECARA ONLINE

2010-10-29T01:11:22.134+08:00

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saya kerap menerima panggilan dari merata negeri malah dari Sabah dan Sarawak juga untuk menghadiri kursus fertigasi cili merah yang dianjurkan. Buat masa ini, saya hanya mengadakan kursus berdasarkan permintaan secara berkumpulan atas kesuntukan masa untuk mengadakan kursus lebih kerap.

Namun untuk tidak menghampakan banyak permintaan, saya bercadang untuk mengadakan kursus secara online melalui rakaman video,  keterangan bertulis, nota serta maklumat digital yang boleh didownload pada bila-bila masa. Yuran akses kepada semua kemudahan kursus akan dikenakan kepada mereka yang berminat.  Beberapa modul kursus akan disediakan meliputi peringkat asas pengenalan, penyediaan baja, benih, pemasangan sistem fertigasi, penjagaan, pemasaran dan penyediaan rancangan perniagaan.

Saya menjangkakan semua infrastruktur akan sedia dan mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Yuran akses Kursus Fertigasi Cili  Secara Online masih belum ditetapkan. Yuran akses dijangka lebih murah berbanding yuran kursus sebelum ini iaitu RM200 seorang. Sehubungan itu, anda berpeluang untuk mencadangkan yuran kursus yang bersesuaian.

Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menambahbaik program tersebut, sila emel ke agrofastforward@yahoo.com.my atau berikan komen di bawah.



KURSUS FERTIGASI 01-2010

2010-01-03T12:03:34.103+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan Kursus Fertigasi Bulan Januari 2010 akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Presint 9 (pagi) & No 12Jln P11 K/8 Presint 11 (petang)
Waktu : 9.00 pagi - 5.30 petang

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di htp://affekursus.blogspot.com

Sekian, terima kasih,



KURSUS BIL 13/2009 NOVEMBER 2009

2009-11-13T17:43:22.480+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, Kursus Fertigasi akan diadakan pada 21 November 2009 (Sabtu) di Putrajaya. Sila rujuk di menu Kursus dan Latihan atau klik ke http://affekursus.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Bagi pendaftaran melebihi 2 orang, diskaun 10% atas yuran kursus.

Harap maklum,



Jauh Perjalanan Luas Permandangan

2009-10-14T08:00:20.097+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ketika ini memang agak sibuk disebabkan banyakperkara yang perlu dilakukan dengan pelbagai deadline, belajar, perniagaan, projek baru dan sebagainya.Untuk ketika ini, saya hanya dapat berkongsi sedikit info dahulu, InsyaAllah jika berkesempatan nanti akan saya update lebih terperinci.Apa yang ada dalam minda saya sekarang adalah 1. Siapkan Research Proposal untuk study saya dan perlu siap dalam minggu ini atau pada 16 Oktober 2009. Ini kerana saya perlu mempertahankan tajuk research di UiTM pada 11 November 2009 nanti.2. Kini saya dan Azrin Hashim dibawah AA Agro Sdn Bhd sedang bertungkus lumus menyiapkan installation di tapak projek di Dengkil. Kami telah ditawarkan dari pihak Kerajaan dalam membantu mereka melatih 3 orang Peserta Projek Miskin Tegar sebagai usahawan dan keluar dari kepompong kemiskinan. Mereka telah menyertai Program Usahasama Berkelompok dan mengambil 1 lot tapak untuk diusahakan oleh 3 orang peserta. InsyaAllah dalam 1-2 minggu mereka akan tiba di tapak untuk memulakanpenglibatan mereka.2. Untuk makluman, saya telah menubuhkan 1 lagi syarikat iaitu AA Business Communication & Solutions. Syarikat tersebut menjalankan aktiviti berkaitan dengan ICT. Fokus utama adalah memberikan solution atau penyelesaian masalah komunikasi kepada individu, NGOs dan Syarikat menggunakan kemudahan SMS. Anda pernah terima SMS pemasaran dari Jusco, SengHeng, Tesco dan sebagainya sekiranya anda berdaftar sebagai ahli? Itu antara kaedah permasaran yang lebih murah iaitu antara RM0.10 hingga RM0.15 setiap SMS untuk memaklumkan kepada ahli perkembangan terbaru syarikat atau individu. Kaedah ini dijamin akan membuatkan si penerima mendapat maklumat dengan pantas dan membaca sms tersebut. Pernah tak anda menerima SMS tapi tidak baca? anda mesti baca kan? Bagi Persatuan, Koperasi yang perlu memaklumkan kepada ahli, ini salah satu penyelesaian mudah dan murah. Untuk perincian penyelesaian yang ada, anda boleh menghubungi saya atau melawat web http://www.aabcsolutions.com. Syarikat ini juga memberikan perkhidmatan kepada pengguna Facebook melalui My SMS Club. Kini dengan hanya RM0.30 sahaja anda boleh mengemaskini status di Facebook + Twitter + WordPress hanya dengan satu penghantaran SMS. Bukan perkhidmatan saja, MySMSClub juga menyediakan 3 hadiah bulanan kepada ahli aktif yang menggunakan perkhidmatan SMS tersebut. Disamping itu, MySMSClub akan menawarkan 1 Apple Ipod bernilai anggaran RM800 kepada seorang dari 15 pengguna aktif dalam tempoh 6 bulan. Untuk keterangan lanjut sila ke Web FACEBOOK MYSMSCLUB dihttp://www.tinyurl.com/mysmsclub3. Saya telah menghadiri satu Mini Workshop "Mentor Kekayaan & Kejayaan" anjuran Dr Azizan Osman selama 3 jam di Wisma Sejarah bersebelahan PUSRAWI KL, Jln Tun Razak. Boleh rujuk http://www.richricherclub.com atau dulunya http://www.rahsiatarikhlahir.com. Idea program itu adalah untuk mengenali potensi diri dan menjurus atau mengurus diri berdasarkan pattern orang yang telah berjaya untuk lebih berjaya. Secara mudahnya, sekiranya kita dah tahu melalui pattern orang lain bahawa kalau kita lalu jambatan yang sempit, risikonya akan mudah jatuh ke sungai jika kita tidak pandai mengimbangkan badan. Dan sekiranya kita tahu, ada 3 pilihan lorong di hadapan dan lorong 1 adalah lebih cepat sampai berbanding lorong 2 dan 3 yang banyak rintangan, mana patut kitapilih. Itulah konsepnya. InsyaAllah saya dan isteri akan menghadiri kursus lanjutan 2 hari pada 7 dan 8 November 2009. Kos kursus adalah RM499 untuk peserta yang hadir MiniWorkshop semalam dan RM1,995 bagi pendaftaran kemudian. Kaedah ini juga bagus untuk mengatur arah tuju keluarga dan diri.Ini bukan tilik nasib tetapi konsep Metafizik Sains. DrAzizan aka[...]



Perkembangan Terkini

2009-07-30T04:38:47.078+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Memang ramai telah menantikan perkembangan ataupun cerita terkini mengenai Agro Fast Forward Enterprise. Kelewatan ini tidak dapat dielakkan atas pelbagai urusan yang sangat penting.Mengenai perkembangan perniagaan, seperti yang sebahagian anda maklum, AFFE telah mengorak langkah ke hadapan dan menjalankan kerjasama dengan Pertanian Azrin Hashim. Bagaimanapun aktiviti perladangan di tapak asal masih diteruskan seperti biasa. Untuk menjayakan agenda yang penting terutama untuk golongan muslim dan bumiputera, langkah ini kami rasakan sangat perlu kerana tawaran dan cadangan kami pada awal tahun ini masih belum bersahut. Dengan itu pada 7 April 2009, AA Agro Sdn Bhd telah ditubuhkan menggalas agenda yang lebih besar. AA Agro S/B telah memulakan langkah dengan mengadakan Projek Usahasama Fertigasi Berkelompok di Dengkil dimana AA Agro S/B bertindak sebagai Pengurus Projek dan Pemasarbagi hasil yang diusahakan di tapak projek berkelompok. Ini bagi memastikan pengusaha yang baru menceburi bidang ini berupaya berdiri dengan sokongan kami. Pada masa yang sama, kami juga telah menerima beberapa permohonan untuk kontrak ladang dimana pengusaha sedia ada ataupun pengusaha baru mengusahakan projek di kawasan masing-masing. AA Agro S/B dan pengusaha menandatangani kontrak ladang pada harga tetap RM4 sepanjang tahun berdasarkan terma yang telah ditetapkan. AA Agro S/B bertindak sebagai pemasar kepada hasil pengusaha tersebut. Kami berpendapat kaedah ini dapat memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada pengusaha untuk fokus kepada tugas pengeluaran hasil. Memang tidak dinafikan terdapat sebilangan pengusaha yang berpendapat menguruskan hal pemasaran sendiri adalah lebih menguntungkan daripada memberikan keuntungan kepada orang tengah. Namun, fungsi orang tengah dalam perniagaan sama sekali tidak dapat dihapuskan. Apa yang kami cuba lakukan adalah dengan berkongsi lebih banyak margin keuntungan kepada pengusaha dan mengurangkan risiko turun naik harga di pasaran.Ramai juga akan berpendapat harga RM4 sekilogram adalah sedikit berbanding harga pasaran. Namun sekiranya anda menjalankan analisis harga sepanjang tahun, purata harga ladang adalah sekitar RM4. Kita juga perlu ingat bahawa harga cili adalah berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Harga yang melambung tinggi tidak berpanjangan berbandingkan harga yang jatuh sehingga berbulan-bulan lamanya. Oleh sebab harga pasaran yang tidak stabil itu telah menyebabkan ramai pengusaha terpaksa gulung tikar dan tidak sanggup bertarung dengan kerugian.Pada minggu ke 2 bulan Julai 2009, kami telah menghadiri Seminar Pelaburan Pertanian Untuk Usahawan dan Syarikat Swasta 2009 yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian di Putrajaya. Seminar itu dirasmikan oleh YAB Menteri Pertanian sendiri. Pelbagai taklimat dan pembentangan kertas kerja telah diberikan. Ini termasuk keperluan dan peluang mengenai pembiayaan, pendaftaran MOA Inc, geran-geran dan sebagainya. Tidak dilupakan juga pengecualian cukai bagi aktiviti pertanian. Untuk detail, perlu rujuk di Business Development Center di Wisma Tani Putrajaya.Pada 29 Julai 2009 pula saya menghadiri satu lagi Program Pembangunan Usahawan dalamSektor Pengeluaran Produk Halal & Pemasaran serta Taklimat pembiayaan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Mini Bajet untuk Usahawan Melayu. Majlis ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Putrajaya. Saya dapati banyak informasi berguna diperolehi. Antaranya mengenai status halal bagi pengeluaran sayur adalah tidak diperlukan kerana ia merupakan bahan semulajadi dan belum diproses. Melainkan sekiranya ianya diproses menjadi sos, maka setiap bahan yang digunakan perlulah mendapatkan siji[...]



Artikel " Bersatu Teguh Demi Menjana Ekonomi Ummah"

2009-05-05T01:09:08.631+08:00

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lamanya, baru kini berkesempatan mencoret urusan selain kursus dan program usahasama.

Saya berada di pejabat cawangan di UiTM selepas Solat Jumaat dan sambil berehat, terjumpalah satu artikel karanganNurul Izzah Sidek yang menarik dan baik untuk dikongsi bersama keluaranUtusan Malaysia dalam sisipan Mega bertarikh 29 Januari 2009.

Antara yang menariknya adalah petikan berikut "Dr. Yusuf al-Qardawi dalamkaryanya Aina al-Khalal pernah berkata: Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup dibumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan di perutnya dan kekayaan yang bertebaran diatasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Jadilah kita dalam banyak keadaan PENGGUNA bukan PENGELUAR, PENGIMPORT bukan PENGILANG. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita bangga memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun."

Penulis juga menyatakan pembaca perlu mempunyai rasa tanggungjawab dengan petikan berikut "Pada dasarnya, banyak kelebihan yang dapat dinikmati sekiranya umat Islam bersatu padudalam menjana ekonomi umat sendiri, antara lainnya mereka akan mempunyai kuasamembeli yang tinggi kerana kapasiti jumlah umat Islam yang tinggi menjadikan keperluan barangan dan makanan juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, akan berlakulah kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, umat Islam mempunyai ruang dan potensi yang luas untuk memajukan ekonomi sendiri dalam bidang makanan, minuman, dan ubat-ubatan berdasarkan kewajipan untuk menggunakan produk yang halal dan suci pembuatannya."

Semoga pandangan penulis tersebut dapat ditimbangkan dan diusahakan bagi memastikan kedudukan ekonomi yang lebih terjamin.



TAKLIMAT KHAS PROGRAM

2009-04-07T03:39:19.134+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Usahasama Fertigasi Berkelompok dijemput untuk menghadiri sesi taklimat khas percuma yang akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : Ahad, 12 April 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat, Dewan Serbaguna Presint 9, Putrajaya
Waktu : 10 Pg. hingga 12 Tengahari

Anda juga boleh mendapatkan maklumbalas mengenai Skim Pinjaman Perniagaan yang disediakan oleh Koperasi Usahawan Siswazah Mampan Selangor (KOSSEL) pada hari tersebut atau menghubungi Pengerusi KOSSEL, En Azmi di 019-2522255. Anda dinasihatkan untuk merujuk ke http://affeusahasama.blogspot.com berkaitan syarat pinjaman dan jadual bayaran sebelum menghubungi beliau. 

Pihak AA Agro Sdn Bhd akan menerangkan dengan lebih jelas mengenai program serta syarat penyertaan. Bagi anda yang ingin bertanya lebih lanjut, sila hubungi 017-2388381 untuk pendaftaran bagi taklimat tersebut.

Sekian terima kasih.



Pelancaran Awal Program Usahasama Fertigasi

2009-04-01T07:37:08.074+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Pelancaran Awal bagi Program Usahasama Tanaman Sayuran Fertigasi Berkelompok kini dibuka untuk penyertaan. Program ini diberikan keutamaan kepada Bumiputera sama ada individu, kumpulan atau syarikat yang mempunyai modal dan berminat menceburi industri sayuran fertigasi tetapi mempunyai kekangan dari segi pengalaman, kawasan, pemasaran.

Pelaksanaan Program ini akan dilakukan oleh AA Agro Sdn Bhd yang merupakan Syarikat Pengurusan yang dilantik bagi tapak projek di Dengkil, Selangor. Kerja-kerja penjagaan tanaman sehingga mengeluarkan hasil akan diselia secara terus oleh AA Agro Sdn Bhd. Diperingkat pemasaran pula, AA Agro Sdn Bhd akan MEMBELI SEMULA HASIL berdasarkan HARGA LADANG SEMASA. Urusan pemasaran seterusnya akan dilakukan oleh pegawai AA Agro Sdn Bhd terus kepada pembeli. Tempoh kontrak usahasama adalah 3 tahun dengan opsyen sambungan.

Tawaran ini adalah terhad kepada 30 penyertaan sahaja kerana keluasan tapak yang terhad. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. 

Untuk keterangan lanjut, anda boleh Klik PROGRAM USAHASAMA FERTIGASI.

Sekian terima kasih.



Kursus Fertigasi di Johor

2009-03-31T10:16:02.264+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahteraAdalah dimaklumkan bahawa AFFE dan Abi Agro akan mengadakan Kursus Fertigasi khusus untuk warga Johor dan di region selatan yang akan dianjurkan bersama oleh graduan Kursus Fertigasi Bil 1/2009 di Putrajaya, Saudara Yusof seperti berikut:JOHOR (1/2009)TARIKH : 26 April 2009WAKTU : 9 pagi - 5.30 petangTEMPAT : Institut Teknologi Perindustrian, JohorUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Yusof di 019-7723790 atau rujuk ke http://tempeaping.blogspot.com/ .Jangan lepaskan peluang ini kerana kursus di Johor diadakan berdasarkan permintaan sahaja.Sekian terima kasih. [...]



Kursus Fertigasi Bil 6/2009 pada 14 Mac 2009

2009-03-25T02:54:46.331+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahniah kepada semua peserta Kursus Fertigasi Bil 6/2009 yang telah berlangsung pada 14 Mac 2009 yang lalu. Pada kali ini peserta memang banyak mengemukakan soalan. Memang best. lepas satu, satu lagi soalan diutarakan. Baru meriah kerana peserta memberikan tumpuan terhadap perkara yang disampaikan disamping pertanyaan bagi menghilangkan keraguan. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta yang sanggup meredah perjalanan yang jauh dari Kedah dan Johor untuk ke Putrajaya semata-mata menimba ilmu fertigasi. Tidak dilupakan juga bagi peserta lain yang sanggup meluangkan masa di hujung minggu bersama-sama kami. InsyaAllah, sekiranya masih terdapat persoalan yang belum bertemu jawapannya, emel atau telefon saya. Sebaik mungkin kami akan cuba membantu.Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa kursus berlangsung.Walaupun keletihan di akhir hari dengan hujan yang turun secara tiba-tiba di waktu petang, kami enjoy melayan anda. Semoga perkenalan ini berterusan hingga mencapai kejayaan.[...]



Maklumat Mengenai Racun Serangga

2009-03-25T01:58:21.773+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi memenuhi permintaan pembaca setia, saya telah update maklumat mengenai racun serangga berdasarkan bahan aktif dan jenama yang boleh diperolehi di pasaran. InsyaAllah saya akan kemaskini dan masukkan juga mengenai racun kulat serta maklumat lain yang berkaitan sekiranya masa mengizinkan. Ini kerana saya agak terikat dengan pelbagai tugas yang perlu disegerakan.

Maklumat tersebut boleh diperolehi di menu Info Tani atau di http://affeinfotani.blogspot.com

Sekian terima kasih.



Kursus Fertigasi Bil 5/2009 di Putrajaya pada 28 Februari 2009

2009-03-25T02:26:55.105+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kursus fertigasi bil 5/2009 telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 16 peserta. Sepanjang kursus berlangsung, kami diiringi dengan background music percuma oleh band sekolah yang membuat latihan berhampiran dengan bilik kami mengadakan kursus. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa kursus.


(image) (image) (image) (image) (image)
(image)
(image)
(image)

Pada peringkat ini kami mula menggunakan polibeg hitam semasa praktikal penyediaan media menggantikan polibeg putih. Ini adalah selaras dengan hasrat kami untuk memastikan peserta memahami penggunaan polibeg hitam yang lebih kos efektif.

Peserta juga dijemput untuk menyertai forum khas Graduan Fertigasi yang diwujudkan bagi membolehkan peserta berkongsi maklumat antara pesertalain juga mengemukakan masalah berkaitan.

Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari kursus tersebut.



Kursus Fertigasi Bil 4/2009 - Putrajaya

2009-02-17T03:00:11.545+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua 19 graduan yang telah menghadiri dengan jayanya kursus pada 14 Februari 2009. Cuma seorang peserta tidak hadir tanpa dapat dikesan. Kursus dijalankan dengan lebih teratur berbanding kursus bil 1/2009 kerana kami telah bersedia. Kursus kali ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang selebriti TV3 sebagai peserta  yang juga sporting dengan peserta lain. Kursus kali ini juga disertai oleh 2 orang pemuda berbangsa cina yang ingin bersama-sama menimba ilmu. Saya juga kerap menerima permohonan untuk menyertai kursus dari kaum bukan melayu. Ini menunjukkan bahawa bidang pertanian fertigasi ini bukan hanya menjadi tumpuan sesuatu golongan kaum sahaja. 
(image) (image)

Sememangnya sejak awal lagi kami memang membuka ruang bagi semua kaum untuk menyertai kursus yang kami anjurkan. Bagaimanapun, medium penyampaian adalah dalam Bahasa Melayu. Asalkan peserta boleh memahami dan bertutur Bahasa Melayu dengan baik, kami sedia menerima penyertaan anda.

Ahlamdulillah, kursus dijalankan dengan baik walaupun terdapat sedikit gangguan bunyi oleh pasukan band sekolah yang menjalani latihan berhampiran.  Kami mengharapkan graduan dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan terus berhubung dengan kami dari semasa ke semasa.
 




Kursus Wilayah Utara

2009-02-17T02:36:35.150+08:00

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua graduan Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang telah diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis. Kursus dijalankan dengan suasana sawah disekeliling dan semasa praktikalnya ditemani angin petang yang menyejukkan kehangatan suasana. Saya, Sarina, Azran dan Hairuddin bertolak dari Putrajaya pukul 1o malam menuju ke Perlis. Memang badan agak letih kerana sibuk menyediakan bahan-bahan untuk di bawa ke Perlis. Kena pastikan semuanya sedia kerana jarak yang jauh dan tak mampu patah balik. Kami tiba di Perlis pukul 5.30 pagi dan berehat serta tidur sementara di sebuah masjid sambil menunggu azan subuh. Setelah solat, kami menumpang mandi di masjid tersebut dan bergerak ke lokasi kursus. Sempat juga kami berhenti bersarapan di gerai di Simpang Empat Abi. Ada peserta menghubungi bertanyakan arah ke tempat kursus. Dengan yakin arah tuju diberikan walaupun kami sebenarnya masih belum sampai ke tempat itu.Keyakinan itu wujud setelah Ashraf memberitahu arah dan penghujung tahun lepas pernah bertugas seminggu di Perlis. Jadi agak berani juga nak tunjuk arah.Antara tugasan yang mencabar pada hari tersebut adalah menyampaikan kursus kepada salah seorang peserta OKU yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan. Pening juga nak memikirkan untuk memastikan semua peserta termasuk OKU memahami penyampaian kami. Akhirnya Ashraf telah menyediakan papan putih untuk menulis perkara penting agar peserta OKU dapat memahaminya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Setelah habis kursus tersebut, kami bergerak dan bermalam di Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis. Tempat yang pernah dihuni semasa bertugas dahulu. Malamnya pekena ikan bakar di gerai tepi laut. Kami berempat menjamah ikan jenahak bakar, sotong goreng tepung, sup daging. Memang harga di situ agak mahal tetapi suasananya memang meriah. Disamping ada gerai jualan di depan hotel dan senamrobik malam macam lagu Thailand jer. Tapi memang meriah malam tu kat Kuala Perlis. Keesokkannya kami breakfast laksa di Restoran Kak Su, siap bungkus RM20 utk bawak pulang lagi. Bak kata orang tempatan, kalau mai Kuala Perlis, mesti pekena laksa Kak Su.Pukul 12 kami bertolak dari Kuala Perlis ke Putrajaya dan tiba pada pukul 5.30 petang. Memenatkan tapi memang enjoy. Azran dan Hairuddin membawa pulang seribu kenangan yang hanya kami saja yang tahu.Keesokkannya Azran dan Hairuddin pulang ke Chenor menjalankan tugas hakiki mereka. Mereka akan datang semula ke Putrajaya untuk Kursus Fertigasi Bil 4/2009 nanti.[...]



Kursus Akan Datang

2009-02-17T01:50:04.703+08:00

(object)
(image)
AFFE mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada graduan Kursus Fertigasi Bil 2/2009 yang telah diadakan di Pahang. Semoga ianya memberi manfaaat kepada kita semua.
(image)
Kami juga mengucapkan Selamat Datang kepada Peserta Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang akan diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis pada 7 Februari 2009. Sila rujuk di menu Peta dan Lokasi untuk arah tuju ke tempat kursus.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan, masih terdapat beberapa kekosongan bagi Kursus Fertigasi Bil 5/2009 dan tiada kekosongan lagi bagi Kursus Fertigasi Bil 4/2009. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat dinasihatkan bertindak segera sekiranya ingin menyertai kursus anjuran kami kerana tempahan tempat kursus hanya akan dibuat setelah bayaran komitmen RM50 beserta maklumat peserta diterima berdasarkan siapa cepat dan seterusnya pengesahan akan dikemas kini di menu senarai peserta. Sekiranya hanya pertanyaan mengenai kursus dikemukakan dan bayaran komitmen segera masih belum dilakukan, pihak penganjur tidak menjaminkan tempat untuk kursus se;erti yang dimaklumkan.

Sekian, harap maklum.