Subscribe: Blog Dewan Pemuda PAS Johor
http://dppnjohor.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
bahawa  dalam  dengan  dewan pemuda  ini  johor  kepada  negeri johor  negeri  oleh  pas  pemuda pas  telah  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Blog Dewan Pemuda PAS Johor

Blog Dewan Pemuda PAS Johor



Menjana Kebangkitan Rakyat Johor



Last Build Date: Wed, 23 Aug 2017 23:03:12 +0000

 



POSTING TERAKHIR BLOG : KOLEKSI SEJARAH DPPNJ 2005 - 2011

Mon, 17 Oct 2011 22:50:00 +0000

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sebagai admin asal blog ini yang asalnya adalah sebuah blog yang menjadi blog rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sehinggalah dinaiktaraf kepada blog rasmi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa blog ini akan menjadi blog rujukan kepada perkembangan DPPNJ daripada tahun 2005 sehinggalah bulan Mei 2011.

Perkembangan baru DPPNJ bagi sesi 2011 - 2013 tidak dimasukkan di dalam blog ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam mengemaskini blog ini selama tempoh yang telah saya nyatakan di atas.

Mudah-mudahan kandungan blog ini akan memberikan manfaat kepada perkembangan DPPNJ pada masa akan datang.

Wassalam

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL



Jom Ngeteh!

Tue, 19 Apr 2011 04:02:00 +0000

(image)



ISU KLUANG COFFEE RAIL : JABATAN AGAMA JOHOR PERLU BERI PENJELASAN

Fri, 01 Apr 2011 06:58:00 +0000

TAJUK : ISU KLUANG COFFEE RAIL : JABATAN AGAMA JOHOR PERLU BERI PENJELASANSaya merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam Sinar Harian Edisi Johor muka surat J3 dan Harian Metro Edisi Johor yang menyebut tentang premis Kluang Rail Coffee (KRC) telah disamak oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) susulan daripada isu campuran kopi yang mengandungi DNA Babi dan madu yang mengandungi alkohol.Saya ingin menyatakan tentang beberapa perkara yang menjadi tanda-tanya bagaimana proses menyamak 4 premis Kluang Rail Coffee dilakukan dalam masa yang singkat selepas berita ini tersiar di dalam media massa dan telah mengejutkan banyak pihak khususnya masyarakat di Kluang.Isu alkohol dan DNA Babi ini telah disahkan oleh oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman (Harian Metro 25 Mac 2011) dan difahamkan bahawa pengusaha premis Kluang Coffee Rail akan hadir ke pejabat JAJ pada hari tersebut bagi memberikan penjelasan.Manakala pada 26 Mac 2011, Harian Metro telah mengeluarkan berita yang menyatakan bahawa perniagaan KRC telah terjejas teruk dan mereka pengusaha KRC menyatakan ia adalah satu sabotaj terhadap perniagaan keluarganya. Pengarah Urusan KRC juga telah mengesahkan bahawa mereka sudah memohon untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kira-kira sebulan yang lalu dan permohonan tersebut sedang diproses.Namun, semalam, JAJ telah pun mengambil tindakan untuk menyamak kesemua premis KRC yang berada di Kluang. Tindakan ini dilakukan dengan segera namun ia telah mendatangkan beberapa kemusykilan yang perlukan penjelasan daripada JAJ.Perkara-perkara itu adalah seperti berikut :-1. Isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan terdapatnya kandungan alkohol di dalam madu dan DNA Babi di dalam serbuk kopi yang digunakan oleh KRC. Jika kedua-dua unsur ini baru sahaja didedahkan kepada masyarakat dan saya percaya ia juga baru sahaja dikesan oleh Jabatan Kimia maka adalah JAJ telah memastikan bahawa kopi dan madu yang digunakan oleh KRC telah bebar-benar suci?.2. KRC mendakwa bahawa apa yang berlaku ini adalah merupakan satu sabotaj sedangkan saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan sabotaj kerana ia tidak dikemukakan dengan bukti bahawa telah berlakunya sabotaj. Adakah ia benar-benar sabotaj ataupun ia sememangnya telah digunakan sejak sekian lama.3. Mengikut maklumat yang telah disiarkan di dalam media bahawa permohonan untuk mendapatkan sijil JAKIM baru sahaja dikemukakan dalam tempoh sebulan dan ia sudah pasti perlu melalui proses yang teliti dan terperinci. Permohonan ini dibuat sebelum ‘terbongkarnya’ penggunaan alkohol dan DNA Babi. Semasa proses permohonan mendapatkan sijil JAKIM dilakukan tiba-tiba terdedah bahawa terdapat beberapa kandungan alkohol dan DNA Babi digunakan dalam madu dan campuran kopi. Maka, bagaimana JAJ telah bertindak untuk menyamak dengan kadar yang segera ke premis KRC. Adakah JAKIM telah pun mengeluarkan sijil Halal sebelum mengesahkan bahawa DNA Babi dan Alkohol benar-benar telah tiada dalam madu dan campuran kopi?.4. Saya ingin mendapat kepastian sama ada menyamak KRC telah mengikut prosedur yang betul ataupun ia dilakukan kerana permintaan KRC tanpa mengikut prosedur?.Oleh itu, JAJ perlu memberikan penjelasan segera terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan ini untuk merungkai kemusykilan yang sedang berlaku.SekianKhairul Faizi bin Ahmad KamilKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor1 April 20110197701830[...]






Pas gesa kerajaan biaya tambang pelajar ke Mesir

Fri, 25 Mar 2011 20:13:00 +0000

Pas gesa kerajaan biaya tambang pelajar ke Mesir - Sinar Harian

SENAI – Pemuda Pas negeri menggesa Kerajaan Negeri untuk membiayai tiket penerbangan pulang semua pelajar Mesir yang berasal dari negeri ini.

Ketuanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Kerajaan Negeri seharusnya mencontohi tindakan yang dilakukan Kerajaan Negeri Kedah yang sebelum ini menyatakan akan membiayai sepenuhnya tambang pulang pelajar-pelajar ini.

“Kita difahamkan, tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri mengenai perkara ini, dan menyarankan agar pihak kerajaan dapat membiayai penerbangan pulang pelajar ini sepenuhnya.

“Selain pembayaran tambang, saya melihat Kerajaan Negeri juga boleh memberi insentif dalam bentuk duit poket kepada pelajar ini bagi meneruskan pengajian yang tertunggak akibat pergolakan politik di sana,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, disini, semalam.

Khairul Faizi berkata, difahamkan seramai 400 pelajar yang berasal dari Johor menuntut di Mesir dan telah dibawa pulang secara berperingkat menerusi Ops Piramid, baru-baru ini.

Menurutnya, kos tiket penerbangan pelajar ini membabitkan nilai RM1,500 hingga RM1,700 seorang yang dijangka akan pulang ke Mesir 12 Mac ini.

Sebelum ini, beberapa negeri memperuntukkan lebih RM500,000 bagi menghantar pulang semua pelajar tajaan mereka ke Mesir serta memberi duit poket sebanyak RM500 setiap seorang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan di sana.



Ucapan takziah di atas kematian Datuk Sulaiman bin Taha

Fri, 17 Dec 2010 00:19:00 +0000

(image)
Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepda seluruh keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman bin Taha, Ketua UMNO Bahagian Labis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang yang telah meniggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di Hsopital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil




HUB HIBURAN MALAM PEMANGKIN MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Wed, 27 Oct 2010 07:08:00 +0000

KENYATAAN MEDIA 27 Oktober 2010, 19 Zulkaedah 1431 (No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(22/10)TAJUKHUB HIBURAN MALAM PEMANGKIN MASALAH SOSIAL DI MALAYSIAAssalamu’alaikum dan salam perjuangan,Tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam dilihat sebagai satu keputusan yang mengejutkan kerana ia dicadangkan dalam keadaan negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial yang berpanjangan.Seolah-olahnya, masalah pembuangan bayi, kes rogol, pelbagai jenayah dan kerosakan sosial yang sedang merosakkan masyarakat khususnya anak-anak muda pada masa ini tidak menyedarkan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengambil tindakan yang positif bagi menanganinya malah dilihat lebih mengambil sikap untuk menggalakkan agar rakyat terus dihidangkan dengan ramuan yang merosakkan akhlak dan budi pekerti.Perdana Menteri Malaysia mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dan ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa.Malah, ETP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014. Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.Apakah sebenarnya yang ada di dalam pemikiran DS Najib sehingga tergamak untuk mempopularkan budaya berfoya-foya, budaya kelab malam kepada masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya timur yang bersopan-santun dan beradab. Hiburan kelab malam adalah budaya Barat yang ketika ini menjahanamkan masyarakat mereka dan budaya inilah yang sedang diterap di dalam masyarakat kita.Tidakkah DS Najib sedar bahawa kerajaan yang dipimpinnya dalam masa yang sama terpaksa pula membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk kempen dan menangani masalah keruntuhan sosial seperti masalah buang bayi, penyakit Aids, penyakit kelamin dan lain-lain masalah sosial. Apakah DS Najib telah ketandusan idea untuk menjana ekonomi negara sehingga beliau memperbanyakkan program-program hiburan?Kemajuan yang diimpikan oleh DS Najib adalah kemajuan yang berdasarkan kepada material tetapi dalam masa yang sama akan membunuh pembangunan rohani masyarakat.Renungkanlah kepada Firman Allah,“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah.(Al-Ra’d: 11)Justeru saya membantah hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap pelan pembangunan hub hiburan ini.Sekian, wassalamYang benar,Khairul Faizi bin Ahmad KamilSetiausaha Dewan Pemuda PAS PusatKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor019-7701830[...]



KES BUNUH SEMAKIN MENJADI-JADI : KEMBALI KEPADA SYARIAT ISLAM

Tue, 14 Sep 2010 06:14:00 +0000

KENYATAAN MEDIA 14 September 2010, 5 Syawal 1431 (No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(21/10)TAJUK :KES BUNUH SEMAKIN MENJADI-JADI : KEMBALI KEPADA SYARIAT ISLAM 1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, keluarga Allahyarham Kamaruddin Shamsudin, keluarga Allahyarham Noorhisham Mohammad, dan keluarga Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim yang disahkan telah dibunuh dengan kejam sejak dilaporkan hilang pada 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. 2. Keempat-empat mangsa bukan sahaja dibunuh malah mayat mereka telah di bakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting Selangor. 3. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin pada 12 September 2010 yang lalu di dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Banting, Selangor.4. Difahamkan bahawa seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di Banting dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. 5. Pembunuhan empat mangsa ini yang berlaku ketika kesemua mangsa sedang menjalani ibadah berpuasa di dalam bulan Ramadhan sudah tentu menghiris hati dan perasaan keluarga dan umat Islam seluruhnya. 6. DPPNJ memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan dengan peningkatan yang drastik dengan beberapa laporan kes dipaparkan melalui media massa. 7. DPPNJ melihat bahawa jenayah di Malaysia semakin luar biasa, kejam, mengerikan dan sadis. Pembunuhan kejam daripada bayi di dalam kandungan sehinggalah ke usia warga emas terus berleluasa di dalam negara kita seolah-olahnya ia menjadi rutin berita yang disiarkan di dalam media massa ketika ini. 8. Pelbagai kaedah dan pendekatan telah dilakukan untuk menangani jenayah bunuh dan seumpamanya, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang dilihat mampu mengatasi jenayah berat ini namun jenayah berat seperti ini semakin meningkat dan menakutkan. 9. Setelah melihat pelbagai pendekatan telah diimplimentasi dalam kaedah pencegahan jenayah dan ianya masih lagi menemui jalan buntu maka saya melihat sudah tiba masanya pelaksanaan hukuman hudud yang mampu mencegah segala bentuk jenayah kerana hukuman hudud dan qisas telah termaktub dalam al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw sebagai sebahagian dari syariat Islam. Ternyata umat Islam terdahulu berjaya kerana mengamalkan hukum Islam ini. Hukuman hudud lebih berkesan dan realistik dengan suasana semasa khususnya dengan fenomena jenayah bunuh yang sedang melanda negara kita ketika ini. 10. Saya kira inilah masa yang tepat untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Sudah tiba masanya kita memberi ruang kepada undang-undang yang dicipta Allah setelah undang-undang dan sistem ciptaan manusia yang ternyata telah membuktikan kegagalan membendung jenayah di Malaysia.Sekian, wassalam Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor[...]



Ucapan Idil Fitri Daripada Ketua DPPNJ

Wed, 08 Sep 2010 02:23:00 +0000

KENYATAAN MEDIA8 September 2010, 29 Ramadhan 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(20/10)Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Salam Idil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya yang berada di negeri Johor dan anak-anak Johor yang berada di perantauan. Hari Raya adalah merupakan hari kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan. Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga dengan melakukan ibadah seperti qiamullail, bacaan Al-Quran, bersedekah dan amalan-amalan yang lain. Tujuannya adalah tidak lain adalah untuk melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah S.W.T.Firman Allah s.w.t. bermaksud:“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”Surah Al-Baqarah : 183Dalam firman Allah s.w.t. yang lain pula:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”Surah Ali- Imran:102Apa yang dimaksudkan insan yang bertaqwa? Insan yang bertaqwa adalah insan yang mampu mewujudkan nilai Islam secara menyeluruh dalam dirinya. Pada dirinya terpadu nilai Islam yang akan melaksanakan segala tuntutan Islam, nilai Iman yang sempurna keislamannya iaitu membenarkan segala nilai Islam secara total dari sudut hati, fikiran dan fizikal dan nilai Ihsan yang mempunyai nilai iman yang sempurna iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah s.w.t, merasa kehadiran dan pengawasan Allah s.w.t. serta kebersamaan dengan-Nya. Kemudian nilai-nilai Islam ini akan mampu diserapkan dalam keluarga, masyarakat dan umat keseluruhan. Mudah-mudahan sepanjang sebulan kita menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan ini akan berjaya melahirkan diri kita yang lebih bertakwa kepada Allah.Justeru bagi menghadapi kedatangan Syawal perlulah kita raikan dengan penuh ketakwaan bukannya dengan pembaziran. Melihat kepada suasana semasa saya dapati bahawa umat Islam lebih bersungguh-sungguh untuk meraikan idil fitri tetapi bertindak suram terhadap ibadah di bulan Ramadhan. Persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan dinantikan secara dingin namun kehadiran Syawal diraikan dengan penuh kemeriahan. Budaya berlebih-lebihan dan pembaziran di dalam meraikan idil fitri perlu dibuang daripada amalan kita kerana ia tidak dituntut oleh Islam. Lebih afdal sekiranya kita menyalurkan bantuan kepada fair miskin, anak-anak yatim dan mereka yang lebih memerlukan.Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,Sepanjang Ramadhan ini juga kita telah dihidangkan dengan pelbagai kejadian yang memilukan dengan kes pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa, kes bunuh, krisis sosial remaja, krisis keruntuhan moral dan pelbagai kes jenayah yang hadir ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini Sudah tentu, ia adalah sesuatu yang memilukan dan pastinya ada sesuatu yang perlu kita nilai kembali betapa kejadian-kejadian ini ada sebabnya.Firman Allah,“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”Surah Ar-Rum : 41Keengganan kita yang masih ragu-ragu untuk mentadbir dengan Islam atau tidak terfikir untuk menginsafi diri juga dianggap sebagai krisis yang melanda umat manusia, maka krisis demi krisis akan terus melanda jika kita tidak berniat langsung untuk kembali memartabatkan dan mendaulatkan Islam.Maka, marilah kita kembali kepada Islam dan melaksanakan Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan kita seharian termasuklah dalam urusan mentadbir negeri dan n[...]






Kenyataan Media DPPNJ 19/10

Fri, 27 Aug 2010 01:18:00 +0000

KENYATAAN MEDIA
26 Ogos 2010, 16 Ramadhan 1431
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(19/10)

TAJUK

MENYOKONG USAHA PIHAK POLIS MENYIASAT INDIVIDU YANG MENYAMAR MENGGUNAKAN NAMA TENGKU MAHKOTA JOHOR (TMJ)

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kesal dengan tindakan individu yang dikesan menyamar menggunakan nama Tengku Mahkota Johor(TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada laman sosial Facebook, baru-baru ini.

2. Awal bulan ini, kita telahpun dikejutkan dengan pengunaan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada kain rentang yang telah mencemarkan istitusi Di Raja Johor yang sehingga kini masih di dalam siasatan pihak polis lagi.

3. Tindakan individu tertentu yang menyamar menggunakan nama TMJ merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Walau apa pun jua alasan, menggunakan indentiti tanpa kebenaran adalah salah dan boleh mendatangkan kesan yang buruk.

4. Menurut Sinar harian muka hadapan, Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu bergelar 'Miky' mempunyai 'Diari Harian Tunku Mah- kota Johor', 'Tengku Ismail' dan 'Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ)' dan dikatakan mempunyai kira-kira 10,000 peminat. Selain memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail, individu itu juga melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah TMJ.

5. Kami menyokong penuh usaha pihak Polis Kontigen Johor bersama Bukit Aman untuk melakukan siasatan terhadap kes ini mengikut Akta Hasutan 1948.

6. Kami berharap agar pengguna laman sosial perlu lebih berwaspada dan berhati-hati terutamanya dalam pengunaan indentiti tertentu. Kebenaran haruslah diperolehi jika kita ingin menggunakan identiti tersebut.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor



Kenyataan Media DPPNJ - Bonus Untuk Kakitangan Awam Johor

Wed, 18 Aug 2010 18:55:00 +0000

KENYATAAN MEDIA19 Ogos 2010, 9 Ramadhan 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(18/10)TAJUKKerajaan Johor Wajar memberikan Bonus kepada kakitangan Awam yang berkhidmat di bawah kerajaan negeriAssalamu’alaikum dan salam perjuangan.1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan awam negeri Pulau Pinang kerana bakal menerima bonus Hari Raya daripada kerajaan negeri tidak lama lagi sebelum menjelangnya Idil Fitri.2. Sudah tentu ia adalah khabar gembira kepada kakitangan yang telah memberikan komitmen yang terbaik selama ini untuk membangunkan negeri.3. Sama ada banyak atau sedikit jumlahnya bukanlah menjadi persoalannya tetapi ia adalah satu pemberian daripada kerajaan yang prihatin dengan kakitangannya.4. Lebih-lebih lagi kerana kerajaan Pulau Pinang yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat berhadapan dengan pelbagai halangan dan birokrasi daripada Kerajaan Persekutuan masih lagi mampu untuk mengeluarkan saguhati kepada kakitangannya.5. Kesemua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang semalam dan pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.6. Sekiranya jumlah yang sama diberikan kepada kakitangan awam di Johor bermakna kerajaan Johor hanya perlu mengeluarkan sebanyak RM 2.4 juta sahaja kepada kakitangan awamnya yang dianggarkan berjumlah seramai hampir 6,000 orang.7. Saya percaya bahawa kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor sudah tentu mengharapkan agar kerajaan Johor dapat mengambil langkah yang sama untuk memastikan bahawa bebanan dapat dikurangkan dengan kenaikan harga barang ketika ini.8. Pemberian bonus ini akan membuktikan bahawa kerajaan Johor tidaklah berada di dalam situasi ekonomi yang membimbangkan seperti mana yang sedang dibuktikan oleh Felda dengan memberikan bonus kepada peneroka walaupun terdapat maklumat bahawa Felda berkemungkinan akan berhadapan dengan bankrap.Sekian, wassalamKhairul Faizi Bin Ahmad KamilKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor[...]



Kabinet Tidak Perlu Halang Mahasiswa Terlibat Politik

Wed, 11 Aug 2010 18:01:00 +0000

KENYATAAN MEDIA 12 Ogos 2010, 2 Ramadhan 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(17/10)TAJUKKabinet Tidak Perlu Halang Mahasiswa Terlibat PolitikAssalamu’alaikum dan salam perjuangan, 1. Keputusan Kabinet melarang mahasiswa terlibat di dalam politik adalah keputusan yang bergerak melangkah kebelakang dan pemikiran yang ketinggalan zaman. 2. Sebelum ini, ura-ura bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM). 3. Namun, kabinet telah membuat keputusan semalam bersetuju untuk melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik dan ia telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 4. Mohamed Khaled memberitahu bahawa keputusan tersebut tidak menghalang penuntut untuk mengetahui dan mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini kerana Seksyen 15 dalam AUKU sudah memadai apabila mahasiswa boleh terlibat dalam kegiatan politik selepas mendapat kebenaran Naib Canselor. 5. Keputusan ini dilihat sebagai langkah berterusan untuk menyekat mahasiswa daripada terlibat dengan mana-mana parti politik yang berkemungkinan akan tidak seiringan dengan parti pemerintah. 6. Kerajaan perlu memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk membina diri mereka sebagai pemimpin masa hadapan dengan penglibatan yang lebih luas mendekati dan menyertai parti politik bukannya mengawal minda dan gerakerja mahasiswa seperti golongan pelajar sekolah. 7. Mahasiswa di IPTA terdiri daripada kalangan mereka yang berpendidikan dan sudah berkemampuan untuk menilai perkara yang baik dan buruk maka sudah tentu mereka juga tahu untuk memilih perjuangan parti politik yang ada di negara ini. 8. Saya menggesa agar mahasiswa bangkit untuk menolak keputusan kabinet ini untuk menyampaikan mesej kepada pemimpin kerajaan bahawa mahasiswa Malaysia sudah pun matang untuk terlibat dalam menentukan masa depan negara. Sekian, wassalam Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 12 ogos 2010 / 2 Ramadhan 1431[...]



Timbalan Perdana Menteri Perlu Henti Mengganggu Siasatan Polis

Wed, 11 Aug 2010 17:20:00 +0000

KENYATAAN MEDIA 12 Ogos 2010, 2 Ramadhan 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(16/10)TAJUKTimbalan Perdana Menteri Perlu Henti Mengganggu Siasatan PolisAssalamu’alaikum dan salam perjuangan, 1. Isu penggunaan gambar Sultan Johor di dalam kain rentang yang kononnya diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor telah mendapat liputan yang cukup meluas sehinggakan pelbagai kenyataan telah dibuat pelbagai pihak. 2. Muka hadapan Sinar Harian menyiarkan berita tentang tindakan Polis yang telahpun melakukan penyiasatan terhadap 39 individu yang terdiri daripada mereka yang mempunyai mesin pencetak, ahli politik dan orang awan bagi membantu penyiasatan polis. 3. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor iaitu Datuk Mohd Mokhtar bin Shariff yang mahukan siasatan dilakukan di bawah Akta Hasutan. 4. Sembilan laporan polis telahpun dibuat oleh pelbagai pihak dan polis telahpun memulakan siasatan namun agak mengejutkan apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan meminta agar kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Johor memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berikutan tindakan mereka mengaitkan baginda dalam satu program politik di Batu Pahat baru-baru ini. 5. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Muhyiddin terlebih awal membuat keputusan sedangkan pihak polis masih lagi membuat penyiasatan dan Ketua Polis Johor menyatakan bahawa siasatan yang sedang dijalankan tidak boleh didedahkan. 6. Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri sepatutnya Muhyiddin tidak bertindak melulu menggesa mana-mana pihak memohon maaf sedangkan keADILan Johor telah pun menafikan bahawa mereka telah menaikkan kain rentang tersebut dan disusuli dengan laporan polis yang telah dibuat. 7. Muhyiddin perlu menunggu hasil siasatan polis sebelum melemparkan tuduhan seumpama ini kepada mana-mana pihak terutamanya kepada PR. 8. Saya juga menggesak agar pihak polis mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan mana-mana pihak yang telah mengganggu siasatan yang sedang dilakukan pada ketika ini. Sekian, wassalam. Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 12 Ogos 2010 / 2 Ramadhan 1431[...]



Kenyataan Media DPPNJ

Mon, 09 Aug 2010 13:48:00 +0000

Laporan polis telah dibuat oleh keADILan Johor-----------------------------------------KENYATAAN MEDIA 9 Ogos 2010, 28 Syaaban 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(15/10)TAJUKSIASAT SEGERA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGNGJAWAB MEMPERMAINKAN GAMBAR SULTAN JOHORAssalamu’alaikum dan salam perjuangan, 1. Saya cukup kesal dengan perbuatan pihak-pihak tertentu yang telah menaikkan kain rentang di seluruh negeri Johor yang kononnya dinaikkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor. 2. Dengan tanpa rasa bersalah mereka telah meletakkan gambar Tuanku Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di dalam kain rentang tersebut sehingga saya difahamkan bahawa Astro Awani telah menyiarkan Sultan Johor telah murka dengan perkara ini . 3. Saya telah mendapat maklumat bahawa PKR Negeri Johor telah membuat laporan polis terhadap perkara ini dan mahukan polis membuat siasatan segera. 4. Tindakan biadap seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia akan merosakkan imej Sultan Johor yang dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata dan tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. 5. Saya bimbang tindakan jahat ini dilakukan untuk merosakkan hubungan istana Johor dengan PR yang semakin diterima oleh rakyat Johor khususnya dengan perlantikan Dr Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR yang baru. 6. Tindakan awal PKR Johor membuat laporan polis adalah tindakan yang tepat untuk membersihkan pandangan masyarakat kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong tindakan tersebut. 7. Kita akan menanti hasil siasatan yang bakal diumumkan nanti. Sekian, wassalam Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johorwww.minda-kembara.com[...]



Kenyataan Media DPPNJ

Mon, 02 Aug 2010 05:23:00 +0000

Polis memberikan arahan kepada pengerusi majlis iaitu sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPNJ) untuk menghentikan majlis majlis ceramah kerana majlis ini tidak diberikan permit.---------------------------------------------------KENYATAAN MEDIA2 Ogos 2010, 21 Syaaban 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(14/10)Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin melahirkan kekesalan atas tindakan pihak POLIS yang telah menghalang Ceramah Pakatan Rakyat yang sepatutnya diadakan di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat Sabtu 31 Julai lalu. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru agar pihak POLIS berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan diadakan perhimpunan di Premis Persendirian. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR ingin mempertegaskan bahawa Premis yang diserbu oleh pihak POLIS Sabtu lalu adalah Premis Persendirian milik Parti Islam Semalaysia dan Pihak POLIS tidak sewajarnya bertindak melampaui peruntukan undang-undang semata-mata untuk menggagalkan ceramah yang dirancang oleh Pakatan rakyat. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR mengharapkan agar pihak POLIS memberi ruang yang adil kepada semua parti politik untuk menyampaikan aspirasi masing-masing memandangkan parti UMNO dan Barisan Nasional mendapat ruang yang seluas-luasnya di media cetak dan elektronik arus perdana, maka sewajarnya ruang yang sangat terhad di pentas-pentas ceramah ini tidak dihalang bagi memberikan gambaran baik masyarakat dunia akan keadilan demokrasi di Malaysia. Tindakan drakonian POLIS dalam menghalang ceramah Sabtu lalu pasti memberikan imej yang kurang sihat di mata dunia akan keadilan system Demokrasi di Malaysia. DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR sekali lagi menyeru agar Pihak POLIS benar-benar mengamalkan Profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Sekian Mohd Faizul Bin Mohd Salleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Johor[...]



Kembara Anak Muda : Pemuda Prihatin (Zon A)

Mon, 12 Jul 2010 04:14:00 +0000

Sebahagian daripada gambar-gambar semasa Kembara Anak Muda, DPPNJ pada 10 - 11 Julai 2010 yang melibatkan kawasan Ledang, Bakri, Muar dan Pagoh.[...]



SINAR HARIAN BERPERANAN SEBAGAI AKHBAR KOMUNITI YANG TELUS DAN TULUS.

Wed, 07 Jul 2010 17:20:00 +0000

KENYATAAN MEDIA7 Julai 2010, 24 Rejab 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(13/10)TAJUKSINAR HARIAN BERPERANAN SEBAGAI AKHBAR KOMUNITI YANG TELUS DAN TULUS.Saya ingin merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti mana yang telah disampaikan oleh beliau semasa merasmikan pelancaran Sinar Harian (SH) Edisi Nasional seperti mana yang telah disiarkan di dalam akhbar SH bertarikh 7 Julai 2010 bilangan 1394 dan Edisi Khas.Di dalam ucapan DS Najib, beliau telah menyatakan pekara-perkara berikut :-i. DS Najib menyatakan bahawa SH adalah akhbar yang dikatakan tidak memihak kepada sesiapa, tetapi bebas pendiriannya, mendapat tempat di kalangan masyarakat.ii. DS Najib mengakui bahawa laporan berita SH kadang-kadang lebih kepada pembangkang dan kadang-kadang lebih kepada pemerintah tetapi beliau lebih harapkan agar berita berkaitan dengan pemerintah dilaporkan lebih sedikit daripada berita pembangkang. iii. DS Najib walau bagaimanapun dapat menerima keadaan ini dengan syarat laporan tersebut benar, berkredibiliti, berintegriti dan bukannya cerita karut-marut, cerita dusta, fitnah, rekaan dan ciptaan manusia. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelancaran SH Nasional oleh Perdana Menteri Malaysia pada 6 Julai 2010. Saya percaya, ia akan lebih menyemarakkan semangat kerja warga SH untuk memastikan bahawa SH akan dapat diterima oleh keseluruhan masyarakat di Malaysia.Bagi saya, pendekatan yang diambil oleh SH adalah pendekatan yang perlu dicontohi oleh media cetak yang lain khususnya media cetak Bahasa Melayu kerana hari ini rakyat Malaysia mengimpikan media massa di Malaysia akan lebih bersifat tidak memihak kepada mana-mana golongan sama ada parti politik dan seumpamanya kerana media perlu bebas melaporkan berita yang sedang berlaku di dalam negara. Saya bukan menyatakan bahawa media massa di Malaysia dikongkong sepenuhnya oleh pemerintah tetapi tahap kebebasan media massa di negara ini masih jauh untuk dibanggakan.Rakyat Malaysia perlu diberikan kebebasan untuk menilai sesuatu perkara mengikut akal fikiran yang dipandukan dengan ilmu yang ada bukannya diarahkan kepada sesuatu pandangan secara paksa melalui laporan berita yang disiarkan di dalam media. Di Malaysia, kebebasan media massa dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984. Malah, sekatan terhadap media telah pun bemula sejak zaman penjajah lagi. Lihatlah bagaimana banyak rencana, risalah dan surat khabar yang telah ditulis oleh pejuang kemerdekaan terdahulu seperti Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain telah disekat kerana dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan.Laporan Freedom House yang diumumkan setiap tahun menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia telah menunjukan bahawa kedudukan Malaysia dalam kedudukan kebebasan akhbar berada pada tahap yang sangat jauh ke bawah termasuklah di belakang Timor Timur, Filipina, Indonesia, Thailand, malah Kemboja dalam keadaan kesemua negara ini lebih miskin daripada Malaysia.Tahun 2003: Kedudukan ke-71 daripada 100 negaraTahun 2004: Kedudukan ke-154 daripada 193 negaraTahun 2005: Kedudukan ke-152 daripada 194 negaraTahun 2006: Kedudukan ke-141 daripada 194 negaraTahun 2008: Kedudukan ke-150 daripada 195 negaraTahun 2009: Kedudukan ke-143 daripada 195 negaraTahun 2010: Kedudukan ke-141 daripada 196 negaraIndeks Kebebasan Akhbar 2008 pula menyatakan bahawa Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpang[...]



Kembara Anak Muda : Pemuda Prihatin

Mon, 05 Jul 2010 04:19:00 +0000

Muqaddimah Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik. FASAL 5 (1) perlembagaan PAS Pindaan 2009 menyebut bahawa tujuan PAS ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Manakala FASAL 6 perlembagaan PAS menyatakan bahawa usaha-usaha (3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. Ini bermakna PAS perlu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan PAS dengan rakyat dan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengenali PAS dengan lebih dekat. Berpandukan kepada pengalaman mengadakan aktiviti Kembara Muda Dewan Pemuda PAS Pusat ke Selatan maka DPPNJ mencadangkan agar program seperti ini diadakan di seluruh negeri Johor. Matlamat Program Kembara Anak Muda KAM adalah di antara aktiviti DPPNJ untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan khususnya yang bersesuaian dengan anak muda. Objektif Kembara Anak Muda Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh DPPNJ melalui KAM. Objektifnya adalah seperti berikut :- a. Menghidupkan organisasi Pemuda PAS di peringkat kawasan dengan mengumpulkan seluruh ahli pemuda PAS yang ada. b. Menjuarai isu rakyat terpilih mengikut kawasan-kawasan dan melahirkan kumpulan “Pemuda Prihatin”. c. Meningkatkan imej PAS di dalam masyarakat melalui aktiviti kebajikan. d. Mendekatkan Pemuda dengan anak muda melalui aktiviti kepemudaan. e. Menghidupkan peranan Pemuda PAS di seluruh negeri Johor f. Mempereratkan ukhuwwah di antara kepimpinan DPPNJ dengan kepimpinan DPP Kawasan-kawasan. g. Membantu menghidupkan Pusat Aduan Rakyat (PAR) diperingkat DUN. h. Menyatakan kepada rakyat kesediaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah Negeri Johor. i. Menggerakkan Daftar Pemilih khususnya kepada golongan anak muda. Motto Program KEMBARA ANAK MUDA : PEMUDA PRIHATIN Konsep Program Program akan dilaksanakan mengikut zon yang merangkumi beberapa buah kawasan. Setiap zon akan merangka aktiviti mengikut acuan yang bersesuaian dengan zon tersebut. Setiap zon akan bermula dengan pelancaran daripada satu kawasan dan akan berakhir di kawasan yang terakhir. Program ini akan melibatkan DPPNJ dengan kerjasama PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan. Program yang dicadangkan untuk diadakan sepanjang KAM 2010 adalah seperti bantuan kemiskinan, Chit-Chat Anak Muda, Sembang Santai Anak Muda, Futsal, Bowling, Hi-Tea, XPDC Dakwah, Menyantuni golongan tertindas, Hiburan Alternatif dan aktiviti-aktiviti yang difikirkan bersesuaian dengan pendekatan terhadap anak muda. Tarikh Aktiviti Mengikut Zon Zon A 10 – 11 Julai 2010 Zon B 7 – 8 Ogos 2010 Zon C 28 -29 Ogos 2010 Zon D 2 -3 Oktober 2010 Zon E 6 -7 November 2010 Zon F 4 -5 Disember 2010 Zon G 25 -26 Disember 2010 Zon H 15 – 16 Januari 2011 Mendepani Cabaran, Melangkah Kehadapan [...]



laporan Polis DPPNJ : Isu Curi Pasir

Fri, 25 Jun 2010 07:29:00 +0000

Laporan Polis yang telah dibuat.Saya telah membaca di dalam akhbar cetak The Star yang disiarkan pada 24 Jun 2010 bilangan 18589 yang menyiarkan berita bertajuk “Sand Pirates” ataupun “Lanun-lanun Pasir” di halaman 1 dan halaman 4. Berita yang disiarkan di dalam akhbar cetak ini telah melaporkan bagaimana pasir daripada negara Malaysia telah dibawa keluar setiap hari daripada Sungai Johor dan dibawa ke beberapa lokasi iaitu di Perlabuhan Tanjung Pelepas dan Teluk Danga (Malaysia) manakala ia telah dibawa secara haram ke Pulau Punggol Timur di Singapura. Perkara ini dikatakan telah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.Pasukan Starprobe iaitu pasukan penyiasat daripada akhbar The Star telah melakukan siasatan dan telah mendedahkan perkara-perkara seperti berikut :-1. mendapati bahawa terdapat laluan biasa (normal route) dan laluan haram (illegal route) yang telah menyebabkan berlakunya kegiatan pencurian pasir dan membekalkan pasir secara haram kepada negara jiran iaitu Singapura. 2. bekalan pasir diperolehi daripada kawasan Kota Tinggi dan Ulu Tiram serta pasir di sepanjang Sungai Johor. Bekalan pasir daripada kawasan-kawasan ini adalah tindakan yang salah. 3. terdapat aktiviti membekalkan pasir kepada Singapura sedangkan ianya dilarang oleh kerajaan Malaysia.Sebelum ini saya telah mendengar bahawa pasir telah diseludup daripada Malaysia ke Singapura namun kegiatan ini masih belum dapat dibuktikan. Namun, saya berpendapat bahawa laporan berita yang disiarkan di The Star ini perlu diberikan perhatian kerana ia telah disertakan dengan laporan penyiasatan serta gambar-gambar yang menunjukkan bahawa terdapat kegiatan membekalkan pasir secara haram.Oleh itu, saya membuat laporan polis pada hari ini dengan tujuan supaya pihak polis :- 1. Menyiasat kesahihan laporan berita yang telah disiarkan oleh akhbar ini.2. Menyiasat bagaimana pasir tersebut boleh dibawa keluar daripada kawasan Malaysia ke Singapura tanpa dikesan oleh pihak berwajib. 3. Menyiasat bagaimana sindiket membekalkan pasir boleh mendapatkan kebenaran untuk membawa pasir daripada Kota Tinggi, Ulu Tiram dan kawasan Sungai Johor ke Singapura sedangkan tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk mengeksport pasir ke luar negara.4. Menyiasat bagaimana kegiatan menyeludup pasir ke Pulau Punggol Timur di Singapura tidak dapat dikesan oleh pihak kerajaan Malaysia sedangkan ia telah berlaku sejak tiga tahun terdahulu.5. Menyiasat bagaimana kapal pengangkutan pasir dengan mudah bergerak di kawasan perairan antarabangsa yang melibatkan Malaysia dan Singapura sedangkan ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.Sekian laporan saya.Mahadzir Bin Mat ZiliPenolong SetiausahaDewan Pemuda PAS Negeri Johor25 Jun 2010--------------------------------------------Sand pirates: Millions floated out of the country via Sungai Johor - The Star OnlineBy ELAN PERUMAL and STUART MICHAELnewsdesk@thestar.com.myJOHOR BARU: Sand worth millions of ringgit is being illegally “floated” out of the country daily via Sungai Johor here. And this has been going on for the past three years.A Starprobe team investigating this lucrative trade found that the sand ends up in Singapore, despite a ban on sand export imposed by the Malaysian Government.Sand extraction is a common sight along the river as mining syndicates illegally transport millions of tonnes of sand, even on weekends and public holidays, via Danga Bay and Port of Tanjung Pelepas.The culprits use barges to pass through the international waters from Kota Tinggi and Ulu Tiram before arriving at local ports for shipment to S[...]



Ustaz Hassan Shukri Kembali Ke Rahmatullah

Mon, 14 Jun 2010 07:28:00 +0000

(image)
KENYATAAN MEDIA
14 Jun 2010, 1 Rejab 1431
(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(12/10)

Tajuk

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA USTAZ HASSAN SHUKRI.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira pada pukul 2.00 petang di Hospital Selayang sebentar tadi.


Sesungguhnya pemergian Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan satu kehilangan yang besar kepada PAS kerana Allahyarham adalah merupakan seorang pejuang yang cukup gigih bekerja untuk memartabatkan PAS.

Saya melihat Ustaz Hassan sebagai seorang Tokoh Pengurusan dan Pentadbiran PAS yang telah memberikan saya banyak tunjuk ajar menguruskan organisasi PAS. Ustaz Hassan juga merupakan seorang pemimpin yang cukup mudah untuk didekati oleh semua.

Semuga keluarga Allahyarham dapat menempuh ujian Allah ini dengan tenang dan sabar.

Allah S.W.T berfirman :

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) juga mendoakan agar Allahyarham tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Amin...


Al-Fatihah

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.



DPPNJ Kecam Israel

Tue, 01 Jun 2010 06:01:00 +0000

KENYATAAN MEDIA1 Jun 2010, 18 Jamadil Akhir 1431(No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(11/10) TajukMengecam Tindakan Israel Menyerang dan Membunuh Sukarelawan Misi Ke GazaDewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan kebinatangan regim Israel menyerang dan membunuh sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza yang setakat ini telah mengorbankan sebanyak 16 nyawa.DPPNJ menyedari bahawa misi untuk menghantar bantuan ke Gaza sememangnya bakal berhadapan dengan risiko yang tinggi kerana terpaksa melalui sekatan dan halangan daripada tentera Israel yang tidak ingin membenarkan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza namun tindakan menyerang konvoi tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun lebih-lebih lagi ia dilakukan di perairan antarabangsa.DPPNJ menyeru seluruh rakyat di negeri Johor khususnya dan seluruh negara amnya untuk bangkit menyatakan sikap mengutuk tindakan Israel. DPPNJ bersama Pakatan Rakyat Johor akan mengadakan himpunan aman berkaitan dengan perkara ini di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada 4 Jun 2010 sejurus selepas selesai menunaikan Solat Jumaat. DPPNJ juga akan meneruskan himpunan aman ini di seluruh daerah seperti mana yang telah dirancangkan sebelum ini di atas isu kelulusan lesen Judi Sukan yang telah diluluskan oleh kerajaan bersempena dengan Piala Dunia Bolasepak yang akan berlangsung di Afrika Selatan tidak lama lagi.Sekian, wassalamKhairul Faizi Bin Ahmad KamilKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.1 Jun 2010[...]



Jemput Hadir Ke Perasmian Muktamar DPPNJ

Fri, 21 May 2010 13:29:00 +0000

(image)



Risalah DPPNJ Berkaitan Judi Bolasepak

Thu, 20 May 2010 04:57:00 +0000

(image) muka hadapan

(image) (image) Muka belakang

Risalah ini diterbitkan bersempena kelulusan judi Bolasepak yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. DPPNJ akan terus membantah judi sukan ini sehingga ia ditarik balik oleh kerajaan.

Risalah ini akan dilancarkan semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pada 23 Mei 2010 ini.



MENTERI BESAR JOHOR PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA BN MELALUI PILIHANRAYA KECIL DI JOHOR

Wed, 19 May 2010 04:47:00 +0000

KENYATAAN MEDIA 19 Mei 2010, 5 Jamadil Akhir 1431 (No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(10/10) TAJUK MENTERI BESAR JOHOR PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MASYARAKAT CINA KEPADA BN MELALUI PILIHANRAYA KECIL DI JOHORSaya merujuk kepada berita yang bertajuk “MB Johor yakin sokongan masyarakat Cina di bandar” yang disiarkan oleh Berita Harian (cetak) pada 19 Mei 2010 yang memetik ucapan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman semasa sidang media di Parlimen Pulai semalam.Di dalam berita ini beliau menyatakan bahawa :-1. Beliau melahirkan rasa keyakinan bahawa masyarakat Cina di kawasan bandar di negeri Johor akan terus menyokong BN berdasarkan kepada pendekatan yang dilaksanakan kerajaan selama ini,2. Sokongan masyarakat Cina bandar kepada BN turut disumbangkan faktor kukuhnya MCA negeri yang berjaya melaksanakan pelbagai program serta menyelami setiap permasalahan dan denyut nadi kaum Cina,3. Walaupun berlakunya Tsunami Politik pada pilihanraya Umum ke-12 melanda beberapa buah negeri namun ia tidak menjejaskan politik Johor dengan BN mengekalkan undi popular sekitar lingkungan 70 peratus dan keadaan kini bertambak baik.Saya percaya bahawa kenyataan beliau ini merujuk kepada perkembangan politik Malaysia yang memperlihatkan betapa BN semakin kehilangan sokongan daripada pengundi Cina khususnya yang melibatkan PRK di Parlimen Hulu Selangor dan yang terbarunya di Parlimen Sibu yang menyaksikan calon DAP daripada Pakatan Rakyat telah berjaya menewaskan calon BN dengan majoriti 398 undi. Jika di Hulu Selangor undi kaum Cina semakin teguh bersama PR tetapi di Sibu undi kaum Tionghua telah berjaya menumbangkan BN.Sudah tentu ia menjadi satu igauan ngeri kepada BN kerana pelbagai janji dan peruntukan telah diberikan semasa kempen PRK berlangsung namun BN masih belum mampu menawan kembali hati pengundi kaum Cina. Walaupun pada peringkat awal sebelum bermulanya PRK di Sibu bayangan bahawa pengundi Cina di Sibu tidak sama dengan pengundi Cina di Semenanjung namun ia telah berlaku sebaliknya.Kenyataan MB Johor ini sebenarnya meragukan apabila beliau menyatakan bahawa Tsunami Politik 2008 tidak menjejaskan Johor. Sebagai negeri yang mendapat jolokan “Kubu Kuat UMNO/BN” seharusnya beliau perlu menerima hakikat bahawa terdapat enam kerusi DUN daripada keseluruhan 56 DUN dan satu Parlimen telah terlepas kepada PR di Johor dan dan kerusi yang dirampas oleh PR ini melibatkan beberapa kawasan bandar di Johor seperti di Kluang, Muar, Skudai dan Kulai.Lihatlah bagaimana wakil rakyat DAP bagi DUN Skudai, YB Dr Boo Cheng Hau yang berjaya menewaskan calon BN dengan majoriti undi sebanyak 12,854 sedangkan pada tahun 2004 BN telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,193 undi. Bermakna, perubahan yang ditunjukkan oleh pengundi yang mana saya percaya bahawa dengan majoriti pengundi kaum Cina sebanyak 66.48 peratus berbanding dengan pengundi Melayu sebanyak 22.07 peratus dan India sebanyak 12.26 peratus menunjukkan isyarat bahawa sokongan daripada masyarakat Cina kepada PR semakin meningkat dan dibuktikan dengan beberapa siri PRK sebelum ini.Perubahan sikap ini juga bukan sahaja melibatkan pengundi Cina namun juga ia melibatkan pengundi Melayu dan India walaupun peningkatan sokongannya tidak setinggi kaum Cina.Saya percaya bahawa kenyataan Pengerusi BN Negeri Johor akan memberikan satu kekuatan kepada PR Negeri Johor untuk bekerja lebih aggresif bagi membuktikan bahawa BN semakin kehilangan sokongan bukan sek[...]