Subscribe: Ternakan Kambing Jamnapari
http://ternakan-jamnapari.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
akan  aku  anak  beliau  dari  daripada  dengan  ini  itu  kambing  kepada  pada  penternak  telah  ternakan  untuk  yang 
Rate this Feed
Rating: 3 starRating: 3 starRating: 3 starRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Ternakan Kambing Jamnapari

Ternakan Kambing Jamnapari



Ternakan, Kambing, Kursus, Rawatan, Jamnapari, Etawa, Ettawah, Boer, Katjang, Saenan, Jabatan Haiwan, Haiwan Peliharaan, Susu, Peliharaan, Binatang, ternakan, ternak.



Last Build Date: Thu, 17 Sep 2015 04:58:28 +0000

 



Ladang kontrak pawah bantu golongan susah

Mon, 29 Mar 2010 23:50:00 +0000

PENGALAMAN membantu ayah membela lembu ketika berusia 15 tahun telah menyuntik semangat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bertitik tolak daripada situ, Muhammad Fauzi Daud, 46, telah mencuba pelbagai perniagaan demi mencari kepuasan dalam bidang tersebut.Antara yang sukses adalah perusahaan perabot di mana beliau akhirnya berjaya mempunyai kilang perabotnya sendiri.Menjelang tahun 1997, beliau mencuba nasib dalam bidang penternakan pula apabila membeli 20 ekor kambing baka Jamnapari daripada Indonesia.Selain baka itu, beliau turut menternak kambing daripada jenis Boer dan kambing kampung di samping ternakan lain seperti lembu serta rusa.''Selepas lima tahun terlibat dalam aktiviti ini, saya merasakan adalah lebih baik saya memberi fokus kepada satu jenis ternakan sahaja.''Ketika itu saya melihat baka Jamnapari mempunyai potensi untuk diperkembangkan kerana mempunyai susu dan daging selain mudah diternak,'' katanya ketika ditemui di ladang ternakan kambingnya di Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini.Justeru, bermula tahun 2005, beliau mula merangka strategi memperluas projek ternakannya dengan memperkenalkan konsep ladang kontrak.Beliau yang sebelum itu telah menubuhkan syarikat United Falcon Sdn. Bhd. pada tahun 1995 memulakan operasi penternakan menerusi Projek Mini Perladangan Kontrak Kambing dan Bebiri.Projek berkenaan menawarkan pakej bekalan baka, pembinaan kandang, kursus, pemantauan projek, mesin memproses makanan, khidmat susulan serta pembelian balik anak kambing yang berusia enam bulan dan ke atas.Peringkat awal pelaksanaan projek itu telah mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan seperti Felda dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.Pada tahun 2005 pula, syarikat berkenaan telah dijenamakan semula sebagai Falcon Livestock Sdn. Bhd. dengan operasi penternakan telah diusahakan di ladang seluas 20 ekar yang terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.Beliau yang juga Pengarah Urusan syarikat itu memberitahu, pihaknya turut menerima penyertaan daripada Kementerian Pertanian di bawah penyeliaan Jabatan Veterinar.Jabatan berkenaan akan bertindak sebagai mentor kepada pelaksanaan Projek Mini Perladangan kontrak Sistem Pawah di kawasan bandar, pinggir bandar serta luar bandar.Menarik mengenai konsep ladang kontrak pawah, ia menyasarkan penyertaan dari golongan miskin, miskin tegar dan juga berpendapatan rendah.''Menerusi sistem ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan membeli sebanyak 27 ekor kambing daripada syarikat kami untuk diberi kepada penternak.''Penternak pula hanya perlu membayar sebahagian sahaja daripada kos ternakan iaitu RM25,000 menerusi pembiayaan Tekun Nasional (Tekun) di bawah skim pinjaman kredit mikro.''Dalam masa kontrak selama lima tahun, penternak perlu mengembalikan semula 27 ekor kambing kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai pusingan untuk diberikan kepada penternak lain pula,'' jelasnya.Cara itu akan memudahkan penternak kerana mereka tidak akan terbeban dengan hutang pinjaman sehingga seratus peratus.Mereka turut mendapat jaminan kejayaan aktiviti ternakan dan pasti tidak akan berhadapan dengan masalah teknikal serta pasaran kerana pihak syarikat telah menyediakan modul penternakan lengkap.Konsep pawah itu juga tidak memerlukan kawasan ternakan yang luas untuk meminimumkan penggunaan tanah dengan konsep satu ekar bersamaan 100 ekor kambing. Dari segi makanan ternakan pula, syarikat itu memperkenalkan konsep pemakanan kos rendah yang tidak menggunakan palet menerusi bantuan penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).Namun, untuk peringkat tiga bulan pertama, para penternak akan dibekalkan dengan makanan berkhasiat tinggi serta ubat-ubatan untuk mengelakkan haiwan ternakan mengalami tekanan atau stres.''Penternak akan diajar cara mengadun makanan daripada daun, rumput yang ditanam dan rumput liar bagi memastikan ia cukup nutrien dan sesuai untuk pembiakan kambing.''Rumput dan daun ini akan diadun dengan jerami padi serta bahan buangan industri lain yang bersesuaian.''Kita juga ada m[...]



Tuah lembu beranak tiga

Tue, 16 Feb 2010 23:51:00 +0000

JERTIH: Seorang penternak, Abd Rahman Ishak, 53, dari Kampung Kayu Kelat, dekat sini, mendapat rezeki berganda apabila lembu yang dipeliharanya sejak enam tahun lalu melahirkan tiga anak, malam semalam.

Beliau berkata, lembu itu melahirkan tiga anak betina di pekarangan rumahnya kira-kira jam 10 malam dan mengakui terkejut kerana sepanjang bunting, perut haiwan berkenaan tidak kelihatan terlalu besar.

Isteri Abd Rahman, Salbiah Yusof, 51, berkata mereka melihat dari awal proses kelahiran anak lembu berkenaan dan tidak menyangka anak lembu kedua dilahirkan selang beberapa minit, sebelum yang ketiga 20 minit kemudian.

“Kami gembira memperoleh rezeki berganda kerana sejak menternak lembu lebih 10 tahun lalu, perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Salbiah yang mempunyai 10 lembu bercadang memberi panggilan sesuai kepada tiga anak lembu berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Azizol Mohd Sharun, berkata kejadian lembu peliharaan melahirkan tiga anak agak luar biasa dan sangat jarang berlaku, melainkan lembu betina itu diberi suntikan super ovulation untuk menggalakkan pengeluaran telur.

Beliau berkata, pemilik haiwan terbabit perlu memastikan lembu berkenaan memberi susu secukupnya bagi memastikan ketiga-tiga anaknya itu boleh membesar.

“Kebarangkalian untuk lembu betina melahirkan tiga anak sekali gus jarang berlaku dan pemilik lembu itu sangat bertuah.

“Jika ketiga-tiga anak lembu itu memiliki berat yang sama atau hampir sama, rasanya tiada masalah untuk ia bertahan dan hidup lebih lama.

“Pemilik boleh memberikan ibu tumpang untuk memastikan semua anak lembu itu mendapat susu secukupnya pada trimester awal kelahiran.

“Susu yang cukup amat penting kerana ia antara faktor menentukan jangka hayat anak lembu berkenaan,” katanya.

(image)



Kekejaman ISRAEL Laknattullah

Thu, 29 Jan 2009 04:33:00 +0000

(object) (embed)

(image)




Mon, 29 Sep 2008 07:24:00 +0000

(image) (image)



Melahirkan penternak kambing

Sat, 13 Sep 2008 02:06:00 +0000

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN (Utusan Online)BIDANG penternakan kambing kini semakin mendapat sambutan menggalakkan kerana berpotensi memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya.Sambutan yang diterima pula bukan setakat dari golongan penternak sahaja, malah golongan profesional seperti jurutera dan akauntan juga telah menunjukkan minat mereka untuk mengusahakan bidang ini.Namun, bukan mudah bagi individu yang tiada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut untuk menjalankan aktiviti itu secara komersial.Usaha yang dijalankan oleh Jabatan Haiwan di setiap negeri untuk mendidik dan memberi pengetahuan kepada penternak harus dipuji kerana ia secara tidak langsung dapat meyakinkan orang ramai bahawa aktiviti penternakan ini adalah bidang yang menguntungkan.Melihat kepada sambutan yang menggalakkan terhadap industri tersebut, sebuah syarikat swasta, Institut Pengetahuan Ar-Raudhah melalui Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah mengambil inisiatif menganjurkan program usahawan penternakan kambing secara saintifik kepada mereka yang berminat.Menurut Pengerusi Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah Sdn. Bhd., Datuk Bistamam Ramli, ladang tersebut menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan terbaik kepada penternak- penternak baru dan lama yang berminat menceburkan diri dalam bidang itu.‘‘Kami di sini percaya pembangunan setiap industri perlulah disokong oleh pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi memastikan matlamat yang dirancang tercapai.‘‘Kami mempunyai matlamat untuk mempertingkat serta memperluaskan pengetahuan dalam bidang ini dan seterusnya menyampaikan pengetahuan tersebut kepada para penternak untuk diaplikasikan,’’ katanya.Program yang pertama kali dianjurkan itu telah menarik minat 25 orang penternak yang ingin mendalami bidang tersebut.Penternak-penternak ini telah menjalani latihan selama tujuh hari pada bulan lalu untuk diberi pendedahan tentang bidang penternakan kambing secara menyeluruh.Melalui program itu, mereka diajar tentang aktiviti pembiakan menggunakan pendekatan bioteknologi dengan memberi fokus kepada beberapa perkhidmatan utama seperti pengumpulan dan penilaian semen, penyejuk bekuan semen, permanian beradas, pengumpulan dan pemindahan embrio serta diagnosis kebuntingan.Selain itu, penternak-penternak juga dilengkapkan dengan ilmu penternakan asas yang merangkumi aspek pemakanan, penjagaan kesihatan, pembiakbakaan, produksi dan reproduksi serta pengurusan sisa dari ladang ternakan.Program ini memberi penekanan khusus kepada pembiakan beberapa jenis kambing bergenetik tinggi seperti Boer dan Kalahari yang mana dagingnya yang berkualiti dan rendah kolestrol mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.Peserta program ini telah mendapat tunjuk ajar daripada pakar veterinar dan bioteknologi, Dr. Mohd Azam Khan dan Prof. Madya Dr. Abdul Wahid Harun.Mereka turut didedahkan dengan teknik pengurusan kewangan yang betul melalui penerangan yang diberikan oleh wakil dari Agrobank dan Majlis Amanah Rakyat.Menurut seorang peserta , Sharuddin Zainuddin, 55, minatnya untuk menyertai bidang penternakan timbul setelah merasakan aktiviti tersebut mampu berkembang jika dilaksanakan dengan baik.‘‘Saya yakin dengan program latihan yang ditawarkan oleh Ladang Bioteknologi Ar-Raudhah ini kerana mereka menggunakan pendekatan teknologi moden dan baka-baka yang bergenetik tinggi,’’ katanya.Beliau yang merupakan bekas jurutera marin bercadang untuk menjadikan bidang penternakan sebagai aktiviti sepenuh masa sebaik sahaja program tersebut tamat.Seorang lagi peserta, John Ng, 30 yang telah menceburi bidang penternakan kambing sejak empat tahun lalu turut berminat menyertai program tersebut.‘‘Saya tertarik untuk menyertainya kerana program ini menawarkan pendedahan menyeluruh mengenai penternakan kambing dari segi pembiakan, penjagaan, pengurusan kewangan dan sebagainya,’’ katanya.Melalui program itu, beliau berminat untuk mempelajari teknik-teknik pembiakan permanian beradas dan pemindahan embrio supaya [...]






Salam Semua

Sun, 08 Jun 2008 12:40:00 +0000

Kesibukan yang terlampau menyebabkan aku tak dapat nak update blog nie. So aku mohon maaf pada rakan-rakan yang meninggalkan mesej dan tidak dijawab.

Hari ni barulah aku ada masa untuk menulis blog dan nak kongsi berita gembira pada rakan-rakan. Petang tadi aku telah ke tempat TT untuk melihat perkembangan kambing-kambing yang aku pawah, Alhamdulillah empat dari enam ekor kambing jamnapariku telah selamat melahirkan anaknya. Dua ekor betina dan dua ekor jantan. Tetapi sayang sebab tak dapat menyambut kelahiran anak kambing tersebut. Tahu-tahu aje dah ada anak kambing. Hehehe...salah aku sebab tak jengok dan telefon pihak TT. Aku telah diberitahu anak kambing tersebut telah dilahirkan waktu siang pada bulan May 08. Ingat nak tangkap gambar, tapi bateri HP habis lak. Anak-anak aku juga dapat bermain dengan anak-anak kambing yang kiut-miut tu. O.klah ada keje lagi ni, nak siapkan buku log. Hehehe....so klu ada apa-apa info aku akan informkan dan kalau rakan-rakan lain ada info sila maklumkan di chat box.

Salam ternak dari azman_sa.
(image)



Kerajaan galak ternak kambing

Sat, 29 Mar 2008 03:59:00 +0000

BAHAU: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk mengurangkan penggantungan kepada daging kambing import yang kini mencecah 91 peratus.

Sehubungan itu, kata Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan sentiasa menggalakkan usaha untuk menternak kambing tempatan kerana permintaan baginya dilihat cukup tinggi.

“Kementerian mensasarkan 15 peratus pengeluaran daging kambing tempatan menjelang 2010, berbanding cuma sembilan peratus ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke ladang kambing BoDen di Serting Hilir, di ini, semalam.

Ladang kambing BoDen seluas 40.87 hektar adalah milik Distinct Agricultural Services Sdn Bhd, milik Bumiputera yang menghasilkan baka kambing jenis Boer paling berkualiti untuk pasaran penternak tempatan.

Mustapa berkata, kejayaan ladang BoDen membuktikan bahawa usaha sama di antara pihak swasta dan kerajaan boleh membawa hasil memberangsangkan, sekali gus berupaya membantu keperluan tinggi pasaran tempatan.

“Ladang kambing BoDen adalah satu contoh kerjasama agensi kerajaan dengan usahawan, selain gabungan kerja bersama Jabatan Haiwan serta Mardi. Kerjasama pintar yang terjalin ini bukan saja menguntungkan pihak syarikat, tetapi juga memberi pulangan serta pengalaman baik kepada jabatan kerajaan,” katanya.

Katanya, kerajaan akan terus memberi bantuan dari segi teknikal dan pengurusan supaya usaha penternakan secara komersial kepada usahawan kambing jenis Boer.

“Jabatan Haiwan dan Mardi akan membantu dalam aspek kepakaran dari segi teknikal mahupun pengurusan. Apabila syarikat itu teguh, mereka boleh menyediakan kepakaran kepada kakitangan kerajaan dalam sektor penternakan kambing,” katanya.

Mustapa dibawa melawat kandang kambing syarikat berkenaan yang ketika ini menempatkan 960 kambing Boer. Ladang itu mampu memuatkan kira-kira 2,000 kambing Boer pada satu-satu masa. - Bernama
(image)



Pengurusan Ternakan

Thu, 13 Mar 2008 13:06:00 +0000

Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
    • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
    • Cerai susu hingga bunting
    • Pengurusan Kambing dewasa
    • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
    • Pengurusan baka jantan
    • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
    • Lahir hingga 3 bulan
Klik sini Sumber dari Agrolink(image)



Lawatan ke AgroGemilang

Sun, 02 Mar 2008 13:45:00 +0000

(image)

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Managing Director AgroGemilang iaitu saudara Nor Azli Bin Muhammad yang melayan kami dengan penuh mesra. Aku tiba di kandang beliau jam 11.45am bersama dengan rakan sekerjaku dan anak beliau. Sesampai saja kami dibawa ke kandang no. 2 untuk melihat kambing jenis boer grade f4 & f5 serta boer fullblood tyson milik beliau. Kami diberikan penerangan tentang perbezaan antara grade f1, f2, f3, f4 & f5. Beliau turut memberikan peluang untuk aku mendukung seekor anak boer. Kecomelan anak boer tersebut membuatkan aku geram. Nak aje aku bawa balik. hehehe. Setelah hampir 30 minit di kandang, kami dipelawa ke pejabat urusan beliau. Di sana kami diberi brochure AgroGemilang dan sambung berborak tentang perniagaan ternakan. Pada jam 1.15pm kami meminta diri untuk pulang. Di luar aku sempat bergambar dengan beliau. Terima kasih ku ucapkan sekali lagi pada Saudara Nor Azli Bin Muhammad kerana menerima kami untuk melawat kandang beliau.

Disini aku ingin memohon maaf kepada saudara Razif kerana terpaksa hadir ke kandang AgroGemilang lebih awal dari yang dijanjikan sebab pada sebelah petang ada taklimat di Teguh Ternak.

(embed)

Selepas lawatan ke kandang AgroGemilang aku terus ke Pusat Latihan Teguh Ternak (Kandang) untuk mendengar taklimat dari Bank Pertanian. Aku di faham seramai 19 peserta yang menghadiri kursus tersebut. Sesi taklimat tersebut telah bermula pada jam 2pm tapi aku sampai 2.45pm. Pada sesi tersebut kami diperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Pertanian untuk usahawan yang berasakan pertanian dan penternakan. Terdapat beberapa jenis yang disediakan iaitu Pinjaman Bercagar, Pinjaman Siswazah, Pinjaman Belia dan dll. Sesi tersebut tamat pada jam 3.30pm. Selepas sesi aku berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan sekursus (betul ke ayat aku ni) dan bertanyakan khabar serta perkembangan terkini mereka.
(image)



Kehadiran Klinik Usahawan PKNS

Wed, 20 Feb 2008 12:53:00 +0000

Alhamdulillah aku selesai menghadiri Klinik Usahawan PKNS yang dianjurkan PDN Resources (M) Sdn Bhd. Aku telah dimaklumkan seramai 280 peserta yang menghadiri klinik tadi. Peserta telah didedahkan perkhidmatan dan peluang yang boleh diperolehi dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI, SIRIM, PKPS, FAMA, UPM dan pengalaman usahawan jemputan yang berjaya salah seorang usahawan berpengalaman adalah saudara Mohd Hisham dari Intergrated Farm. Untuk makluman agensi kerajaan yang disebutkan mempunyai peruntukkan untuk disalurkan kepada usahawan yang bersungguh-sungguh. Disamping itu pihak agensi tersebut ada mengadakan latihan untuk usahawan.

(embed)

Di luar perkarangan dewan pula terdapat gerai2 yang mempromosi barangan dan peluang bisnes yang boleh diusahakan secara contract farming seperti ikan keli, serai, kambing (Intergrated Farm) dll. Di sini aku menerima pelbagai idea baru dan juga jaringan usahawan dari sekitar Negeri Selangor. Salah seorangnya ialah saudara Pian salah seorang usahawan Lintah, Cendawan dan ternakan. Beliau banyak memberi idea yang amat berguna. Terima kasih pada beliau. Selain itu terdapat juga rakan-rakan lama yang bergiat aktif dalam dunia usahawan. Aku aje yang ketinggalan.

Hari ini aku menerima pengalaman yang boleh dikatakan menakutkan apabila bangunan PKNS bergoyang. Mula-mula ingatkan pening tetapi apabila salah seorang peserta mengatakan bangunan bergoyang dewan mula menjadi riuh. Ada juga peserta yang balik. Aku ada merakamkan sedikit senario tersebut.

(embed)
(image)



Kursus Penternakan Kambing TTSB

Thu, 14 Feb 2008 13:34:00 +0000

Alhamdulillah aku telah habis menghadiri Kursus Penternakan Kambing di Teguh Ternak Sdn Bhd selama lima hari bermula 6 Feb hingga 10 Feb 2008. Di sana aku telah di ajar dan mempelajari ilmu berkaitan pemakanan, kesihatan kambing, cara pemasaran, kertas kerja dll. Layanan yang diberikan oleh TTSB amat selesa dan tidak kedekut untuk memberi cadangan, idea dan pandangan.


(embed)

allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dwKQ3oJ5Bl-c2D1C0M_UygW5j4gX7Rn85f_mlIreLFlxPb_a6Xmh8UuLPJ-CwPtLrDAXWREkvs17M-7pHs4' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />

(embed)

(image)



Klinik Usahawan PKNS

Mon, 11 Feb 2008 12:31:00 +0000

"Transformasi Pertanian :
Satu Usaha Meningkatkan
Produktiviti Industri Asas Tani"

Rebutlah Peluang Untuk Menerokai Ilmu Pengetahuan Dan Pembangunan Keusahawanan Dari Ahli Panel Yang Berpengalaman.

  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • MARDI
  • SIRIM
  • Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS)
  • FAMA
  • UPM
  • Berkongsi Pengalaman Bersama Usahawan Berjaya

Tarikh
20 Februari 2008 (Rabu)

Tempat
Tingkat 15, Menara PKNS
Petaling Jaya, Selangor

Masa
8.00 pagi - 5.00 petang (8.00 - 8.45 pagi - PENDAFTARAN)

Bayaran
RM30 (Termasuk Sijil)

Tarikh Tutup
18 Febuari 2008

Untuk Makluman dan Pertanyaan, Sila Hubungi

Pengurus
Sekretriat Pembangunan Usahawan
Tingkat 1, Blok B, Perbandaran Kemajuan Negeri Selangor
Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 - 4256 1735 / 7958 4566 / 7956 5455
Faks : 03 - 4253 4636 / 7958 4655
H/P : 013 - 333 7683 / 016 - 828 6406 / 016 - 908 4480
Email : khairul_pdn@yahoo.com / 0126104484@mail.maxis.net.my


**Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan yang tidak dapat dielakkan tanpa memklumkan kepada peserta terlebih dahulu.

Dianjurkan Oleh :
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Diuruskan Oleh :
PDN Resources (M) Sdn Bhd

Petikan dari Berita Harian

(image)



Program khas pertanian bulan depan

Thu, 31 Jan 2008 02:10:00 +0000

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan Program Bicara Tani mulai bulan depan bagi meyakinkan orang ramai, terutama generasi muda, bahawa pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata peserta program berbentuk forum sehari itu akan diberi maklumat terkini mengenai hala tuju, strategi, bantuan dan sokongan disediakan agensi berkaitan.

Katanya, program itu mensasarkan penyertaan seramai 24,500 petani, usahawan industri asas tani, graduan, generasi muda yang mahu menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan serta ahli persatuan, koperasi dan pertubuhan berkaitan pertanian.

“Bicara Tani ini diadakan kerana kita dapati orang ramai masih kurang yakin pertanian adalah satu perniagaan yang boleh memberi pulangan menguntungkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan prapelancaran Program Bicara Tani di sini, semalam.

Program selama dua bulan itu akan dilancarkan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, pada 12 Februari ini.

Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Pertanian negeri dan daerah atau menerusi laman web www.agrolink.moa.my atau www.bicaratani.com.my atau menghubungi urus setia di talian 03-9058 188.

Muhyiddin berkata, walaupun kementerian berjaya melahirkan lebih 8,000 usahawan tani menerusi pelbagai program yang dijalankan sejak tiga tahun lalu, usaha menarik minat generasi muda menyertai sektor pertanian akan diteruskan.

Katanya, ini penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang terbabit secara langsung dalam rantaian bekalan, termasuk peringkat pemprosesan dan pemasaran.

“Selama ini petani kita hanya pakar dalam tanaman, mereka tidak mengambil berat aspek logistik dan rantaian bekalan makanan kerana menyerahkannya kepada orang lain.

“Oleh itu, mereka tidak memperoleh hasil pendapatan maksimum kerana yang untung orang tengah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, stok penimbal beras Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) yang kini hanya dapat bertahan dua minggu perlu ditambah bagi menjamin bekalan dan harga berikutan peningkatan permintaan tempatan dan dunia.

Katanya, keperluan beras negara kini adalah kira-kira 2.4 juta tan setahun dengan 1.6 juta tan dipenuhi menerusi pengeluaran domestik manakala selebihnya diimport.

“Ada negara menambah stok beras kerana peningkatan permintaan dan ada negara yang tidak mempunyai stok penimbal beras sebelum ini juga mahu berbuat demikian.

“Justeru, kita perlu menyediakan bekalan stok penimbal beras lebih daripada sekarang mungkin untuk tempoh tiga bulan supaya tidak berlaku kekurangan bekalan,” katanya sambil menambah mesyuarat pertama Majlis Harga Kebangsaan dijadualkan selepas mesyuarat Kabinet minggu depan.
(image)



Kursus Penternakan Kambing - CEPAT

Sun, 27 Jan 2008 14:29:00 +0000

Sesi Ketiga 2008: 27 Februari - 2 Mac 2008 (Rabu - Ahad)

Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.

Tempoh kursus : 5 hari.
Tempat kursus : Ladang Kambing.net.my
Bayaran : RM600 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.

Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

(image)



Jalan Hujung Minggu

Tue, 22 Jan 2008 05:20:00 +0000

Pada hari ahad tempoh hari aku bersama keluarga telah ke kandang untuk melihat kambing jamnapari aku. Selain jengok kambing aku juga nak booking tempat dalam kursus yang di anjurkan oleh pihak TTSB pada cuti tahun baru cina nanti. Sampai aje aku pun jengok dulu kambing jamnapari aku dan tengok semua kambing aku dalam keadaan baik, lepas tu aku pun jumpa En. Kamal menanyakan tentang kursus ternakan kambing. Uhuks...tempat penuh dah ada 20 orang. Tapi En. Idris akan cuba tengok mana-mana peserta yang tak jadi dia akan selitkan nama aku..hehehe. Thanks.

Lepas jengok kambing, belah petang aku pi Kampung Delek Klang untuk nengok perkembangan ternakan ayam kampung Pak Jang di sana. Walaupun kuantiti tak banyak (100++) dan baru nak belajar ternak ayam. So masa tu dapatlah aku tengok cara beliau bagi ayam makan, gunakan dedak, roti yang direndam dengan air kemudian roti tu campurkan dengan minyak. Pelahab jugak ayam kampung ni. Isk..isk.

Ni gambar yang aku ambil masa jengok reban ayam Pak Jang.
(image)

(image) (image) (image) (image)



Penduduk miskin ternak kambing berkelompok

Fri, 18 Jan 2008 04:28:00 +0000

Setiap kumpulan diberi peruntukan RM27,000 untuk bina kandang, beli baka dan makanan

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat kini melaksanakan projek ternakan kambing secara kelompok, membabitkan penyertaan penduduk miskin negeri ini dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.

Projek terbabit disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, yang mengenal pasti mereka yang layak sebelum dibahagikan mengikut kelompok 10 peserta.

Setiap kumpulan itu diberi peruntukan RM27,000 untuk membina kandang, membeli baka, makanan ternakan dan menjaganya secara bersama sebelum dapat menikmati hasil usaha mereka dalam masa lapan bulan.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata projek perintis projek itu kini membabitkan peserta sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melor, Kadok dan Kok Lanas dengan peruntukan RM99,900.

"Sekitar Parlimen Ketereh, empat kelompok dibentuk membabitkan 40 keluarga miskin. Ini adalah sebahagian usaha terbaru Kerajaan Pusat membantu penduduk miskin di Kelantan.

"Setiap kandang yang dibina akan menempatkan sekurang-kurangnya seekor kambing jantan sebagai induk yang mampu mengawan kira-kira 30 kambing betina.

"Baka kambing yang diternak peserta ialah Jamnapari dan Boer, induk jantan kambing itu berharga sekitar RM3,000 seekor," katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menyampaikan induk kambing kepada kelompok projek itu di Kampung Kadok dekat Ketereh, semalam. Turut hadir Pengarah JKM Kelantan, Md Noor Chik.

Pada majlis sama, Md Alwi turut menyampaikan bantuan persekolahan iaitu 63 basikal bernilai RM9,135 kepada 63 murid miskin daripada sekitar Parlimen Ketereh.

Dalam perkembangan berasingan, Md Alwi meminta semua Orang Kurang Upaya (OKU) di Kelantan supaya segera mendaftarkan diri masing-masing dengan JKM bagi pemantauan dan bantuan dihulurkan kepada mereka.

"JKM adalah satu badan yang menjaga kebajikan rakyat, sama ada miskin atau OKU, bantuan akan dihulurkan mengikut keperluan dan kelayakan," katanya.

Petikan Berita Harian Online
(image)



Manfaat Sehat Susu Kambing Etawa

Thu, 17 Jan 2008 12:53:00 +0000

Pernah mencoba susu kambing ? Hasil survei United Departement of Agriculture, susu kambing baik untuk berbagai keadaan terutama mencegah penyakit. Malah dianjurkan untuk penderita penyakit TBC, asma, anemia, hepatitis, kram otot dan tukak lambung. Mengenai komposisi kimiawi susu kambing Etawa mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalori, kalsium, fosfor, magnesium, besi, natrium, kalium, Vitamin A, B1 (IU), B2(mg), B6, B12, C, D, E, Niacin, V, Asam Pantotenant, Kolin dan Inositol.

>>>Lagi di SUSUKambing.com<<<

(image)



Kursus Penternakan Kambing

Wed, 16 Jan 2008 12:35:00 +0000

Sesi Kedua 2008: 6 - 10 Februari 2008 (Rabu - Ahad)

Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.

Tempoh kursus : 5 hari.
Tempat kursus : Ladang Kambing.net.my
Bayaran : RM500 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.

Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

(image)



Jengok Kambing

Sun, 13 Jan 2008 10:36:00 +0000

(image)
(image)


allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dy_L4WfG1s9dNrB9m7WXfMQi42Nh6cc--x0q1QKjT3cPEjX0apd6lJBTGZL9JL8bjBPafFXMX1xzngtY4Ce' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />

allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dwh6WKj_jIcaV1koF-ga6siKEKTVO9T_sLS1zChycCvoh3P13hcpF_O3jhP89olhdv4xRbra5mn62nAL4NSJA' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />

allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dyI6sThS8chk9ipTYd0kxWDnVqPULN84e5I5e6xzt_Dk6mmPgTEZTGz5pmhnVUn021J8SyyRwmnUT8H5t7SqQ' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />
(image)


Media Files:
http://www.blogger.com/video-play.mp4?contentId=f12723c72cdcc8f2&type=video%2Fmp4




Perangkaan Ternakan Kambing

Sat, 12 Jan 2008 12:55:00 +0000

Melalui jadual perangkaan yang dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada September 2007 terdapat sebanyak 293,871 ekor kambing di Malaysia.

(image) sumber Department of Veterinary Services, Malaysia(image)



Terapi Kambing

Thu, 10 Jan 2008 12:53:00 +0000

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

>>>lagi dari Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin<<<

(image)



Pemilihan Baka Yang Baik

Tue, 08 Jan 2008 13:09:00 +0000

Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:Baka dan keturunan Bentuk badan atau konformasi: Teknik pengamatan Teknik perabaan Teknik berdasarkan penilaian (pemberian RINGKASAN 3 Cara Pemilihan Baka dan KeturunanPemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:Berat semasa dilahirkan adalah tinggiKenaikan berat badan yang cepatBerat badan semasa 1 tahun Keluaran susu yang banyak Jarak kelahiran yang rapat.Cara Pemilihan Konformasi BadanCara-cara Pengamatan Cara PerabaanCara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.Teknik Berdasarkan PenilaianPenggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan. RINGKASAN 3Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINAsumber dari :http://www.jphpk.gov.my [...]



Pemilihan Kambing Jamnapariku

Sun, 06 Jan 2008 09:27:00 +0000

Alhamdulillah, sekarang aku dah ada kambing sendiri.

Wah...meriah sungguh suasana di TTSB. Banyak kenderaan peserta kursus dan peserta pawah yang park di sekitar laluan masuk ke kandang. Aku ingat aku sorang aje yang datang kandang hari ni..hehehe. Dalam ramai-ramai peserta pawah dan yang datang untuk buat survey ada gak yang aku kenal. Salah seorang Hj Shamsul dari Shah Alam. Rupa-rupanya dia pun ada minat nak ternak kambing. Ada gak geng.

Bila aku sampai ke kandang, aku ingat aku yang awal rupa-rupanya aku peserta pawah yang lewat nak pilih kambing. Aduh. Nasib baik ada lagi kambing jamnapari yang power2 lagi untuk aku pilih. Pada hakikatnya bukan aku yang pilih tapi seorang pakar yang aku panggil wak untuk pilih kambing aku. Banyak juga nasihat yang dia bagi kat aku. Terima Kasih Wak. mmmm....apa lagi nak citer yeaa... Cuma nak minta kepada kengkawan mana yang expert bagi pandangan melalui gambar kambing yang aku pilih tadi.


(image)

(image)

(image)

(image)

(image)

(image)

(image)



Penternakan Kambing

Thu, 03 Jan 2008 13:02:00 +0000

PENDAHULUANPemeliharaan kambing telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu (7,000 - 6,000 s.m.) Kemungkinan besar kambing adalah ternakan yang mula-mula sekali dijinak dan dipelihara untuk penghasilan daging, susu dan kulit. Walaupun kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, sebagai satu hobi dan juga untuk sumber protin haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri yang ada sekarang dapat menyumbangkan di antara 12% - 15% keperluan negara di bidang daging kambing/bebiri. Lebih dari 95% kambing dan bebiri dipelihara bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu. 1. TUJUAN PEMELIHARAANPemeliharaan kambing boleh mendatangkan dua hasil utama, iaitu daging dan susu. Ternakan untuk susu dapat digunakan sebagai pengeluar daging apabila susunya berkurang. Risalah ini akan menerangkan secara ringkas tentang keperluan-keperluan asas dalam pemeliharaan kambing untuk pengeluaran daging. 2. BAKA-BAKA KAMBINGBaka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:Jamnapari/EttawahKambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.Sumber dari http://www.jphpk.gov.my[...]