Subscribe: Bersama Mazidul
http://mazidulakmal.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Indonesian
Tags:
chi minh  dalam  dari  dengan  ini  itu  kepada  lebih  malaysia  mereka  oleh  pelancong  saya  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Bersama Mazidul

BERSAMA MAZIDUL



Perkongsian Hitam Putih Kehidupan



Updated: 2018-02-21T22:21:45.464+08:00

 



VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)

2015-08-04T19:41:02.543+08:00


Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.

'Duduklah dengan kami dulu sementara dapat kerja," ujar Nazri Said ketika itu sudah berkeluarga.

16 Jun 1995, Sehari sebelum menhadirkan diri ke sesi uji bakat di TV3 saya berada dalam keadaan kelam kabut.

Mana nak cari kemeja?

Itulah persoalan berulangkali bermain diminda saya sejak awal lagi.

"sebab apa muka nampal macam risau je ni?,' tanya Totty Asla Noor, Isteri Nazri.

Segan tetapi saya terpaksa berterus terang.

"Ti, kemeja tak ada, lepas tu esok nak pegi uji bakat."

Mendengar jawapan itu Totty masuk ke bilik tidur dan membawa beg plastik berwarna putih.

"Last week, Nazri beli kemeja tapi terbesar rasanya, saiz XL"

"Engkau taulah dia tu, bukannya nak tengok betul-betul, main beli je," komen Totty.

Dia mengeluarkan kemeja berwarna kuning air dari beg plastik dipegang lalu menyerahkan baju itu kepada saya.

"Engkau pakailah. Mana tau ada rezeki. Jadi selebriti kawan kita seorang ni," usiknya.

Saya tahu kenyataann itu sekadar hanya gurauan.

"terima kasih. Manalah tau," balas saya.

Keesokkanya jam 9 pagi.....

Bersambung.......

Virus kehidupan
Mazidul Akmal Sidik



RM2.6b dalam akaun Najib daripada penderma, bukan dari 1MDB - SPRM

2015-08-04T17:34:44.740+08:00


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma, bukannya dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

SPRM dalam kenyataan di sini hari ini berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun, agensi itu berkata, siasatan berkenaan isu SRC International yang membabitkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

Mengikut SPRM, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1MDB dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

"SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," kata agensi itu.

SPRM berkata, pihaknya juga akan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan polis ke atas pegawai SPRM.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawainya terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' dan tanpa mengira siapa yang terbabit. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

"SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi hingga siasatan mengenai perkara ini selesai," katanya.




HITAM PUTIH KEHIDUPAN

2015-05-13T05:28:52.842+08:00

Pesanan untuk semua

Kata-Kata Hikmah Imam Syafie

"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 

Jika suka melanda, aku sering bertanya: 

“Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati. Namun apabila giliran aku susah, mereka pun bertepuk tangan."









"Tangkap orang yang langgar ayah saya," Nur Firuza Amira

2015-05-04T16:25:36.366+08:00

"Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Tonton selanjutnya : allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dw6xcPD7WBV3g_YgDT4NYWVc1_BL27C1_Ym_6HH-GloKZbRkLO6fPXdhvB6yjCviUNjiQmPTEj3tcMwqSmB' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />Kerana sikap dan hati manusia yang tidak bertanggungjawab, akhirnya mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa.Berlumba tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Allahuakbar.Berikut adalah Rakaman CCTV bukti pemandu kereta Myvi seperti berlumba allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dyXs562SinQ4gFqZoNvpdsp6Kh_V7OOkyIU0f1SOEwpgrhfzEMvv_cvdCK9lC2-9yR7oOD8j5r9-wPsNAqhdQ' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />Ikuti luahan dari nenek Firuza. allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dzGloawK7K2hzgAGUSguG0UdeQRdeUQH4-jUAIRHj9aaI-GDtbqjc1R-pQYWA7UT3lb5WtnKY9ZDlQManLHhw' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.Al-fatihah[...]



MAZIDUL SEMAKIN SIHAT...

2015-02-15T15:31:41.037+08:00


Alhamdulillah, hampir 8 bulan kita tidak melihat sebarang posting dari Saudara Mazidul Akmal.

Buat pengetahuan semua, kesihatan Mazidul Akmal semakin menunjukkan perkembangan yang positif.  klik untuk baca

InshaAllah, jika anda semua terus mendoakan kesihatannya, mungkin dalam masa terdekat beliau akan mula menulis kembali.

Pasti ramai yang ternanti-nantikan entry sulung beliau selepas beliau jatuh sakit.

Semoga kita terus berdoa supaya kesihatan beiau kembali seperti biasa. 

-Admin-



LIM GUAN ENG TIDAK MENONTON YOU TUBE?

2014-06-18T21:49:37.512+08:00


Dalam kenyataan akhbar, Lim Guan Eng mendakwa RSN Rayer tidak melabelkan UMNO celaka di luar Dewan Undangan Negeri.

Klik di sini.

Barangkali Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpeluang menonton dan mendengar ceramah RSN Rayer di bawah.

"Celaka punya UMNO ..."


Itu antara kenyataan Rayer dalam ceramahnya sewaktu berkempen di Pilihan Raya Kecil di Bukit Gelugur, Pulau Pinang.

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="//www.youtube.com/embed/5A77rx3NYXQ" width="560">

Petang tadi Rayer dilihat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan dia dikatakan akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan 1948.


Klik di sini.




BENGKEL BERCAKAP

2014-06-18T17:03:53.626+08:00

Bengkel latihan komunikasi berkesan, Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM ditawarkan kepada semua secara berkumpulan. Kumpulan terbabit tidak melebihi 30 peserta bagi satu sesi. 

Objektif bengkel, memantapkan lagi kemahiran bercakap di khalayak ramai. Tentunya kemahiran itu amat berguna khususnya kepada ahli politik, peniaga dan  pelajar. 


Bagaimanakah kaedah terbaik untuk bercakap secara lebih lancar, tenang, menyakinkan dan memukau audien? Cara untuk menangani gemuruh? 

Itu antara maklumat bakal dikongsikan.

Jika anda bercakap seperti lelaki di bawah, memang kemahiran bercakap anda perlu diasah.


allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="//www.youtube.com/embed/kql-pvnid0s" width="420">

Tempoh YBBM, sekitar 5 jam. Tempat, makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur. 

Sila klik di sini untuk meninjau antara bengkel telah dilaksanakan sebelum ini. Jika berminat menganjurkan YBBM, sila hubungi En. Zul di talian 019 271 5610.

In Sha Allah, pengalaman bercakap di khalayak ramai dan juga di televisyen, hampir 20 tahun berpeluang  saya kongsikan bersama peserta.




560 RAKAN FACEBOOK INGIN MELIHAT PEGAWAI JAKIM MAKAN CADBURY

2014-06-18T08:12:11.636+08:00


Berikut status saya muatnaik di akaun facebook.



560 pemilik akaun laman sosial menyatakan keinginan mereka untuk melihat gambar atau rakaman video pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, memakan produk Cadbury disahkan halal.

Sebelum ini, Pengarah Kanan Halal Hub JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata, sangggup memakan cokelat Cadbury sekiranya diminta berbuat demikian. 

Alhamdulillah.

Jika kerana berstatus penjawat awam, pegawai JAKIM dilarang untuk menunjukkan bukti tanpa keraguan, siapakah lagi akan melaksanakan tugas itu secara sukarela? Ahli keluarga pegawai JAKIM? Rakan karib mereka? 


Demonstrasi itu akan menghantar isyarat LEBIH jelas kepada rakyat Malaysia, JAKIM sendiri tidak berasa was-was terhadap produk,  sebelum ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dicemari DNA babi.

Kami akan terus menanti.




JOM BORONG BERSAMA MAZIDUL (JBBM) DI HO CHI MINH VIETNAM (7-10 DISEMBER 2014)

2014-06-18T02:03:12.943+08:00

Saya mula jatuh hati dengan Ho Chi Minh, Vietnam sejak pertama kali berkunjung ke bandar itu kira-kira 2 tahun lalu. Ingin kerkongsi keunikan HCM, saya dengan kerjasama IDeal Travel and Tour menganjurkan 2 kali rombongan ke bandar dihuni kira-kira 10 juta penduduk terbabit. Rombangan kedua ke HCM di antara 7 dan 10 Jun lalu. Turut serta, pembaca blog ini dan juga rakan facebook.Kami menaiki pesawar MAS dari KLIA.Setibanya di Lapangan Terbang HCM, kami menaiki bas dan kemudian melawat beberapa mercu tanda di bandar terbesar di Vietnam itu.Semua peserta berpeluang melawat dan merakamkan gambar di beberapa lokasi ternama di HCM sebelum dibawa ke hotel. Kedudukan hotel, berhampiran pusat membeli-belah dan selesa.Peserta berpeluang berkunjung ke Sungai Mekong, makan tengah hari dan membeli-belah.Klik di sini untuk melihat gambar saya rakamkan tatkala bersama peserta rombongan kali pertama pada September 2013.Tidak dapat disangkal, HCM, 'syurga' membeli-belah pelbagai barangan dengan harga lebih murah dan tidak hairanlah mengapa majoriti peserta, wanita.Rombongan kali ke tiga, JBBM  bakal dilangsungkan di antara 7 dan 10 Disember 2014.1. Kos 4 hari, 3 malam untuk memborong di HCM, RM1,580 sahaja, untuk peserta dewasa.2. Semua peserta akan berkunjung ke Sungai Mekong dan membeli-belah selama 3 hari berturut-turut termasuk di Pasar Malam Ben Thanh.3. Hubungi Puan Lin, WhatsApp/SMS di talian 012 6277300 untuk menempah tempat atau mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan.4. Deposit RM500 harus dijelaskan sebelum 10 Julai 2014.5. Tempat, terhad, siapa cepat dia berpeluang mengikuti rombongan ini.[...]



SALAH EJA SALAH SUSUN

2014-06-17T10:56:44.893+08:00

Dilaporkan Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS dibina dengan kos RM20 juta ringgit.Melalui maklumat disalurkan oleh pembaca blog ini, kompleks terbabit masih belum diserahkan lagi kepada FAS.  Jika diteliti gambar di atas, tulisan Jawi disusun terbalik itu telah ditampal. Gambar asal, di bawah. Semua orang Islam tahu, tulisan Jawi dibaca dari kanan ke kiri.  Sifat ketidakprihatinan tentunya mengundang kontroversi. Tidakkah ada seorang pun individu beragama Islam terbabit memantau pembinaan papan tanda itu?Kes ini rasanya tidak pernah berlaku sebelum ini di Malaysia. "Apa yang berlaku pada papan tanda ini bukan sahaja salah dari segi ejaannya tetapi juga sususan ayatnya dan ini jelas menunjukkan orang yang membuat papan tanda itu tidak tahu langsung tentang tulisan Jawi," ujar pensyarah Fakulti Tamadun Islan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor, Dr. Kamaruzaman Yusof.Saya pula melihat, betapa tulisan Jawi terlalu mudah diperlekehkan.Klik di sini.Ada baiknya pihak kontraktor atau FAS berkongsi gambar papan tanda telah diperbetulkan. Nampak sangat pihak berkuasa tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum projek dilaksanakan.[...]



SOALAN UNTUK KHALID IBRAHIM : KANAN KE KIRI ATAU KIRI KE KANAN?

2014-06-16T22:45:14.687+08:00


Kalau gambar dihantarkan kepada saya ini asli, kerajaan negeri Selangor harus melakukan pembetulan.

Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri, bukan seperti di bawah dan di papan tanda Kompleks Sukan Persatuan Bola Sepak Selangor.


Siapa punya kerja? Kontraktor Melayu ke? Jahil benar andai kontraktor Melayu tidak mengetahui aturan tulisan Jawi. 

Pengerusi persatuan, juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, boleh tolong jelaskan?






HIDUP TANPA WIFI DAN JALUR LEBAR

2014-06-16T19:41:59.557+08:00


Jika mulai tengah malam ini, kemudahan wifi dan jalur lebar tidak lagi dikecapi, apakah antara kesannya kepada kehidupan kita?




LEBIH MOLEK JIKA KAKITANGAN JAKIM MAKAN PRODUK CADBURY

2014-06-16T00:25:57.952+08:00

Sejak dari awal, saya mengikuti perkembangan kes status 2 produk Cadbury disahkan mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Pengumuman itu menjadi viral. Beberapa hari kemudian, ujian dijalankan di makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM mengesahkan produk syarikat itu halal dimakan.Berita itu juga pantas disebarkan di media utama dan sosial. Namun mengapakah sehingga ke saat ini, ramai pengguna beragama Islam, masih berasa ragu dengan status produk itu? Soalan itu wajib dihuraikan.KKM, JAKIM dan syarikat pengeluar produk berhak mengemukakan penjelasan kepada masyarakat umum. Namun usah lupa, sekali keraguan tercetus di minda pengguna Islam berhubung status halal haram, ia tentunya sukar untuk dikikis. Tidak semudah menyental tompokan tumpahan ais krim terpalit di lengan baju.Jika kini pengguna Islam berkunjung ke kedai untuk membeli produk berasaskan cokelat, mereka mempunyai pelbagai jenama pilihan. Logik akal, adakah mereka akan memilih produk sediakala terpalit dengan kontroversi? Melalui pembacaan, saya dapati KKM tidak pernah mengatakan berlaku kesilapan terhadap keputusan ujian dijalankan oleh makmal agensi itu terhadap dua produk Cadbury, disahkan mengandungi DNA babi. Barangkali seperti saya, ramai pengguna masih menunggu penjelasan terperinci KKM, BAGAIMANAKAH dua produk itu boleh dicemari oleh DNA babi? Apapun, saya menghargai usaha sekelompok rakan pengendali blog menganjurkan demonstrasi memakan produk Cadbury untuk lebih menyakinkan masyarakat pengguna mengenai status halal produk terbabit. Klik di sini.Namun, perkiraan peribadi saya, LEBIH molek sekiranya pegawai kanan JAKIM sendiri memakan produk sama (bukan sekadar memegang) dan demonstrasi itu disiarkan oleh media utama dan sosial. Teringin benar melihat Ketua Pengarah JAKIM menikmati cokelat Cadbury.Dijangka, berita, gambar pegun serta rakaman video bakal viral, seandainya saranan itu dizahirkan.[...]



KURMA MALAYSIA

2014-06-14T20:52:02.053+08:00

Minggu lalu heboh berita berhubung pokok kurma berbuah ranum di bandar Kota Bharu, Kelantan.Berkebetulan berada di ibu negeri Kelantan, saya berkunjung ke bulatan di tengah bandar itu. Pada waktu petang, ramai rakyat tempatan bergambar bersama rakan dan ahli keluarga, mengkagumi keindahan semulajadi itu.Enam pokok kurma berbuah dan dijangka masak pada akhir Ramadan ini.Majoriti pembaca blog ini barangkali tidak berkesempatan untuk datang ke sini lalu saya rakamkan banyak gambar untuk tatapan semua."Sebelum ini saya pernah ke sini. Pokok berbuah tetapi kecil, tidak sebesar sekarang ini," ujar seorang daripada pengunjung saya temui.Pokok kurma terbabit ditanam oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu.Sedikit maklumat menarik juga ingin saya kongsikan. Sewaktu berada di Negeri Serambi Mekah ini, saya dan anak sulung, Muhamad Afif Faiq berpeluang melawat ladang kurma seluar sembilan ekar. Beberapa pokok kurma di ladang itu berbuah tetapi bersaiz kecil.Sekitar 350 pokok kurma ditanam di ladang sama, 10 pohon musnah akibat umbut pokok diserang dan dimakan oleh ulat berbadan lembik tetapi bergigi tajam.Untuk pengetahun pembaca, saya telah berkunjung ke tapak semaian anak pokok kurma di Ipoh, Perak dan kemudian merakamkan visual di kilang pembungkus pelbagai jenis buah kurma di Pengkalan Chepa. Tengah hari tadi, saya membuat liputan di stor penyimpanan buah kurma, milik anak Melayu di Kota Bharu sebelum ke Melaka untuk melengkapkan laporan Majalah 3, 'Kurma Malaysia', bakal disiarkan pada Ramadan ke 2, 30 Jun akan datang.[...]



BAHASA MUDAH SUKAR DIFAHAMI

2014-06-13T04:45:45.453+08:00

Saya tertarik mengikuti kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berhubung geran RM100 juta dilapor diluluskan kepada syarikat NSE Resources Corporation (M) Sdn. Bhd. Di bawah, petikan artikel disiarkan oleh Malaysian Insider.Berlandaskan kenyataan di atas, Rafizi MENDAKWA kononnya Perdana Menteri, PM, Datuk Seri Najib Razak MELULUSKAN geran itu  kepada syarikat NSE Resources Corporation (M) Sdn. Bhd. 'I want the prime minister to explain why he and the Science, Tecnology and Industry minister APPROVED the RM100 million grant ...'Di bawah, surat dihantar oleh NSE kepada PM. Teliti nota ditulis tangan oleh Datuk Seri Najib untuk perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin.'YB Datuk Dr. Ewon ebin, untuk pertimbangan. Saya tiada halangan jika projek ini sesuai'Tiada sebarang bentuk arahan dalam nota ringkas di atas membuktikan PM meluluskan geran itu. Beliau cuma meminta Datuk Dr. Ewon untuk MEMPERTIMBANGKAN permohonan NSE. Kenyataan seterusnya bersyarat, Ewon berhak membuat keputusan samada meluluskan geran dipohon SEKIRANYA projek bakal dilaksanakan itu sesuai atau sebaliknya.Jika PM bertujuan memberikan arahan kepada Datuk Ewon supaya permohonan itu diluluskan, lebih baik beliau mencatat ...'Luluskan'.Bahasa digunakan oleh PM, amat mudah tetapi mungkin sukar difahami oleh Rafizi. [...]



ALIRAN TRAFIK LEBUH RAYA UTARA SELATAN DIBERHENTIKAN

2014-06-11T22:50:53.930+08:00

Aliran trafik Lebuh Raya Utara Selatan terpaksa dihentikan berikutan kejadian lori 3 tan terbakar di lorong menuju ke utara tanahair."Kejadian bermula pada kira-kira jam 1.45 tengah hari. Waktu saya memandu, beberapa pengguna lebuh raya lain memaklumkan, lori dijilat oleh api. Pantas saya memberhentikan lori di lorong kecemasan dan kemudian beredar untuk menyelamatkan diri," ujar Wira, 58 tahun.Saya menemui pemandu lori itu tatkala dia berdiri, memerhatikan kenderaan dipandunya marak di sekitar KM303"Saya berpengalaman memandu lori sejak 30 tahun lalu dan ini kali pertama lori terbakar. Saya syak berlaku masalah pendawaian. Lori saya pandu membawa kotak, habis semua musnah dan saya telah melaporkan kepada majikan" ujar ayah kepada tiga anak terbabit.Saya dan jurukamera, Abdul Rahman Salim dalam perjalanan ke Ipoh, untuk melaksanakan tugasan istimewa bakal disiarkan pada 30 Jun akan datang.Petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, tiba di lokasi kira-kira 15 selepas kes dilaporkan.Buat sementara waktu aliran trafik diberhentikan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya lain.Lima petugas bomba bertindak pantas, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kurang lima minit.[...]



TEH TARIK PERCUMA DI HO CHI MINH

2014-06-09T16:25:41.529+08:00

Jarang benar orang asing mampu seratus peratus memahami budaya pelbagai bangsa rakyat Malaysia. Bidang pelancongan semakin berkembang di Ho Chi Minh, HCM, Vietnam, berikutan bercambahnya bilangan restoran menyajikan makanan halal. Juadah dihidangkan mungkin enak tetapi majoriti kakitangan premis menjual makanan termasuk pengurus tempatan, tidak dilengkapkan dengan pemahaman budaya rakyat Malaysia.Mereka sukar untuk menguntumkan senyuman tatkala melayan pelanggan. Di bumi Vietnam ini, saya turut disajikan dengan pelbagai karenah manusia. Keegoan ditampilkan oleh segelintir pengusaha restoran sewaktu menerima teguran pelanggan, saya depani. Namun sebagai pengembara, insiden itu lumrah. Lagipun saya individu berstatus pelancong, bukan warganegara Vietnam. Justeru sikap sebegitu, saya kesampingkan sahaja.Tidak menjadi kudis.Di Vietnam, saya menjalinkan persahabatan dan di sini juga gambar saya berulang kali dirakamkan bersama ratusan rakyat Malaysia berstatus pelancong. Terima kasih kepada semua. Tengah hari tadi, saya tidak menjamu selera di restoran biasa dibawa oleh ejen pelancongan di HCM. Hati terbuka untuk mencuba menu di Warung 1 Malaysia di 47, Nguyen An Ninh, Ben Thanh Ward, District 1, HCM.Hiasan di dalam restoran ini tidaklah kelihatan eksklusif dibandingkan dengan hiasan dalaman beberapa restoran lain terletak berhampiran tetapi masakan dihidangkan lebih enak, dilengkapi pula dengan layanan mesra oleh kakitangan bertugas.Lebih molek, kemudahan surau juga disediakan di sini.Terima kasih kepada sahabat saya, Lyna dan suami, klik di sini, kerana membawa saya ke restoran milik anak Malaysia, Abd. Hadi Law Abdullah.Kami memesan hidangan daging masak kicap, ikan, kari ayam dan sayur. Semua makanan itu lazat, memenuhi cita rasa saya dan Lyna.Lebih mempersonakan lagi, tanpa banyak soalan, saya berpeluang menghilangkan dahaga dengan minuman teh Cina sejuk dalam gelas besar. Mudah untuk berkomunkasi kerana Hadi, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan.Hadi bertugas di HCM sejak lebih 11 tahun. Beliau juga pengarah Warung 1Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia, tentunya beliau lebih mudah berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu sekaligus memahami kehendak setiap pelanggan dari negara sendiri.Dalam kesibukan melayan pelanggan, majoriti pelancong Malaysia, beliau sempat juga meluangkan waktu, berbual bersama saya."Saya sayangkan negara dan pemimpin negara saya. Oleh itu saya menamakan restoran ini sebagai Warung 1 Malaysia. Premis ini mula beroperasi sejak bulan Mac 2013 dan Alhamdulillah sambutan pelanggan semakin memberangsangkan. Rezeki saya di sini," ujar ayah kepada seorang anak itu.Melalui pengamatan singkat saya, Hadi individu berbudi bahasa dan amat menghormati setiap pelanggan beliau."In Sha Allah, semua pelanggan saya, pembaca blog mazidul akmal dot com akan diberikan samada teh tarik atau teh Cina ais percuma sekiranya berkunjung ke sini. Cuma beritahu kepada saya atau kakitangan bertugas, SEBELUM membayar bil, "saya pembaca blog Mazidul", itu sahaja. Kita pun tidak pernah berjumpa sebelum ini. Takdir Allah, kita diketemukan di Vietnam," kata Hadi dengan senyuman terukir di wajahnya.Jika ingin membuat tempahan awal, sila hubungi +84 8 38274477.[...]



PENDEDAHAN EKSKLUSIF : SINDIKET PENIPUAN DI HO CHI MINH

2014-06-09T11:43:58.919+08:00

Fakta, Ho Chi Minh, HCM, Vietnam, dianggap syurga membeli-belah di kalangan jutaan pelancong dunia, tidak terkecuali rakyat Malaysia. Saya nukilkan entri ini khusunya untuk kebaikan semua pelancong khususnya mereka senegara dengan saya agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan licik. Melalui maklumat saya perolehi, ramai pelancong Malaysia kini berstatus mangsa, barangan dicuri. Ruang waktu 4 hari 3 malam, melancong bersama sebilangan pembaca blog ini di HCM saya gunakan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan rapi di negara Sungai Mekong mengalir.Sumber maklumat berkredibiliti terpaksa saya rahsiakan demi keselamatan diri mereka."Ibu ayam bersama kumpulan wanita tempatan kekadang dilihat berdiri di kalangan pelancong samada di Pasar Malam Ben Thanh atau di sekitar hotel berhampiran. Ibu ayam itu, bertatoo di paha kanan, gambar bung ros," ujar sumber.Hasil siasatan terperinci dan temu bual bersama penduduk tempatan,  saya dapati ahli sindiket hadir di lokasi menjadi tumpuan ramai pelancong. Secara senyap, tanpa menariik perhatian umum. Pengiring, runner, wanita bertopi, berperawakan seperti lelaki mendekati pelancong lelaki dari pelbagai negara dan menawarkan khidmat mengurut."Abang, massage, only five (US) dollars per hour"Itu antara ayat lazim digunakan oleh runner untuk memancing perhatian lelaki berhidung belang. Lelaki datang ke HCM dengan niat bercabang, bukan untuk membeli-belah."Hanya runner itu sahaja berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, gadis dibawa dan dipamerkan, hanya bercakap dalam bahasa Vietnam," kata sumber saya lagi.Dilaporkan, kebanyakkan mangsa dari Malaysia, pelancong datang ke HCM tidak bersama isteri atau teman wanita. Sebilangan mereka datang mengikut rombongan dikendalikan oleh ejen pelancongan tetapi mencari ruang untuk menyelinap biarpun sejam dua.Setakat ini, dianggarkan lebih 20 rakyat Malaysia terjebak menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit. Namun kes itu tidak menjadi kecoh dan dihebahkan kerana mangsa berasa malu untuk berkongsi cerita sebegitu."Lelaki secara individu atau berkumpulan, terpesona dengan pakej palsu ditawarkan akan dibawa ke bilik hotel. Sebelum diurut, mereka diminta untuk membersihkan diri di bilik air sekaligus mangsa meninggalkan pelbagai barangan berharga, wang tunai, telefon bimbit, di dalam bilik sama. Gadis Vietnam kononnya bertugas sebagai tukang urut itu kemudian akan mencuri barangan terbabit dan pantas menghilangkan diri," terang sumber. Mangsa, terlopong mengundang bahana tidak diduga.Tiga gadis manis di atas dijadikan umpan. Kejelitaan mereka disalahgunakan untuk meraih keuntungan dalam tempoh singkat."Lelaki berminat untuk berhibur di karaoke, lazimnya juga ditimpa nasib malang ditempah. Sebaik tiba di bilik karaoke, pintu dikunci dan mangsa diugut sebelum menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai. Setakat ini, mangsa dilaporkan kerugian di antara RM3,000 dan RM15,000. Berikutan kehilangan wang tunai, mereka tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan di sini lalu memberikan alasan kepada isteri di rumah, kononnya barangan di HCM terlalu mahal untuk dibeli. Walhal wang mereka lesap akibat ingin memenuhi nafsu serakah," tambah sumber sama.Melalui pengamatan saya, HCM semakin dibanjiri pelancong dari negara kita. Saya sertakan beberapa gambar pembaca blog sewaktu sibuk membeli-belah dan bersantai.Terima kasih kepada pemandu pelancong, Andy, 35 tahun, warga Vietnam tetapi amat fasih berbahasa Melayu.[...]



PENIAGA CILIK BERKOMUNIKASI MENGGUNAKAN 15 BAHASA DUNIA

2014-06-09T09:09:03.173+08:00

Sejak lebih 2 tahun lalu, saya acap kali melihat kelibat gadis cilik bertubuh berisi, menjual pelbagai jenis barangan cenderahati kepada pelancong di sekitar bandaraya Ho Chi MInh, Vietnam. Mulutnya petah bercakap setiap kali mendekati pelancong dari negara berbeza.Lily, 12 tahun dan beberapa rakan tidak melepaskan peluang mengekori dan mengusik saya setiap kali bertemu. "Demo kecek kelate ko?," katanya dalam bentuk gurauan.Terlintas di fikiran, bagaimanakah mungkin anak kelahiran Ho Chi Minh itu mampu mengajuk loghat Kelantan? Terlalu ramaikah pelancong berkunjung ke bandaraya ini berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang?Awal pagi tadi, saya mempelawa Lily makan dan minum bersama."Saya sudah makan, kenyang. Kalau minum sahaja, bolehlah," ujarnya sambil duduk di kerusi sebuah gerai berhampiran Ben Thanh Market.Ayahnya, menjual mancis api manakala ibu pula menjual pakaian dan beg. Lily dilahirkan sebagai anak sulung daripada 4 beradik berusia di antara 6 dan 12 tahun."Sejak bilakah kamu merayau di jalanan?," soal saya kepada Lily."Waktu saya berusia sebulan emak telah mula mengendong saya, merayau dari pagi sehingga ke malam untuk menjual barang. Apabila berusia tiga tahun, saya menjual chewing gum sehingga enam. Ketika itu saya masih belum fasih berbahasa Melayu," jelasnya.Minuman teh ais dipesannya tidak lagi disentuh, dia asyik berkongsi cerita. Barangkali sebelum ini, tiada individu sudi mendengar luahan kisah pahit manis hidupnya sebagai peniaga jalanan."Saya tengok ramai perempuan mendukung anak kecil, mendekati pelancong sambil menjual barang. Adakah bayi itu anak mereka?," soal saya."Ya. Apabila mereka membawa bayi bersama, pelancong melihat selalunya berasa lebih simpati lalu berkebarangkalian besar akan membeli barangan dijual oleh perempuan itu. Mereka tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris, cuma boleh bercakap, baby no food to eat," katanya.Begitulah rayuan lazim, sering terpancul daripada majoriti mulut wanita berniaga di jalanan."Saya belajar banyak bahasa pun di jalanan juga, diajar oleh pelancong,  dalam lima belas bahasa semua. Antaranya, Bahasa Melayu, Inggeris, bahasa orang Filipina, tagalog, tamil, kantonese, Korea dan Jepun, Namun sejak bulan Ogos tahun lalu, saya hanya lebih lebih selalu  bercakap dalam bahasa Melayu kerana bilangan pelancong dari negara lain berkurangan datang ke Ho Chi Minh, kecuali dari Malaysia. Mereka sangat ramai, sehingga menyukarkan saya hendak berjalan. Apapun, mempelajari pelbagai bahasa itu penting dalam perniagaan di jalanan. Kebanyakkan pelancong suka kita menyapa, menggunakan bahasa ibunda mereka. Selepas mesra, peluang untuk menjual barang kepada mereka bertambah," katanya lagi.Lily tidak berasa kekok menceritakan secebis daripada kisah hidupnya."Semasa berusia enam dan tujuh tahun, saya membawa bekas barangan kecil sahaja. Pada usia lapan tahun, saya membawa bekas lebih besar, seperti ini supaya mudah dilihat oleh orang ramai," katanya.Kerja menjual barangan cenderahati menuntut semangat dan sifat tebal muka. Penjual tidak mengenal erti penat juga tidak mengenal erti patah semangat setiap kali enggan dilayan oleh pelancong. Majoriti pelancong berkunjung ke Ho Chi Minh menganggap penjual sebagai elemen gangguan. Mereka tidak berasa selesa diekori rapat kehulu-kehlir biarpun berulang kali menolak produk ditawarkan. "Di seluruh Ho Chi Minh, dianggarkan lebih 100 kanak-kanak menjalankan kerja sama seperti saya. Sewaktu saya berusia di antara dua dan tiga tahun, setiap hari ada perempuan membawa saya pulang ke rumah dia dan memberikan saya susu," tambah Lily.Di [...]



RISIKO BERHIBUR ATAU BERURUT DI HO CHI MINH

2014-06-08T09:47:39.265+08:00

Nampaknya kedai menjual seluar jeans milik rakan saya di Pasar Malam Ben Than semakin mendapat sambutan pelancong dari Malaysia. Hampir setiap malam, kedai kecil disewa dengan harga USD1,000 sebulan itu dikunjungi oleh ramai rakyat negara kita, bercuti di kota raya ini.Sehelai seluar berkualiti tinggi dijual kepada pelanggan dengan harga di antara RM60 dan RM80 sahaja. Di Malaysia, harga seluar sama mencecah lebih RM200.Saya mula mengenali Lyna, pada Mei 2013, klik di sini.Kedai terbabit beroperasi di antara jam 7 dan 12 malam, setiap hari.  Lyna dibantu oleh suami dan dua pekerja, melayan ratusan pelanggan membeli jeans pelbagai jenama dengan harga berpatutan.Ho Chi Minh sememangnya lokasi terbaik untuk orang ramai membeli-belah tetapi pada masa sama pelancong khususnya dari Malaysia harus lebih berwaspada tatkala berada di bandaraya dihuni oleh kira-kira 10 juta penduduk itu.Pelbagai jenis tipu helah manusia terselit di tengah kesibukan kota. Semalam, 3 lelaki warganegara Malaysia, berkunjung secara berkumpulan ke bandaraya ini, disamun."Pelancong itu pada mulanya ditawarkan untuk berhibur oleh beberapa lelaki tempatan. Penjenayah terbabit kemudian membawa mereka ke karaoke. Pintu bilik dikunci, mangsa diugut menggunakan senjata tajam sebelum disamun 3 ribu ringgit. Jadi, khasnya kepada pelancong lelaki dari Malaysia, Ho Chi Minh bukan tempat berhibur sakan atau berurut badan. Penjenayah sentiasa mengintai ruang dan peluang untuk memperdaya kelompok pelancong tidak biasa dengan persekitaran di sini," ujar sumber saya menceritakan kes berlaku semalam.[...]



BERCUTI

2014-06-07T01:10:22.331+08:00


Ya, saya akan bercuti ke Vietnam bersama pembaca blog ini dan juga rakan di facebook.

Jika kelajuan wifi di Ho Chi Minh CIty menyamai atau melebihi kelajuan seperti di rumah, In sha Alllah, blog ini akan dikemaskini.

Kita bertemu semula di ruang siber secepat mungkin.

Gambar 3 wanita di sebelah kanan poster di atas tiada kaitan dengan saya.

:)




VIDEO SITI SOFFEA EMELDA SEBELUM DIBUNUH KEJAM

2014-06-06T16:04:01.296+08:00


Perhatikan pergerakan Soffea, tatkala tangan dipimpin oleh penjenayah itu, dia cuba melarikan diri dan berdiri di muka lif.

Langkahnya terlalu kecil, tubuhnya juga kerdil. Dia melarikan diri dalam ketakutan, mungkin mencari seseorang untuk melindungi diri.

Usianya, hanya 18 bulan.

Barangkali ketika itu juga hati kecilnya berbisik, nyawa bakal diragut. Beberapa jam kemudian dia dibunuh.

Klik di sini dan di sini.

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="//www.youtube.com/embed/aCvy1zWrUmo" width="560">




IBRAHIM ALI TELAH LAMA MENDAKWA FRANCIS YEOH BONGKAK

2014-06-06T15:29:56.920+08:00


Sebilangan kelompok masyarakat barangkali tidak menggemari Ibrahim Ali tetapi kandungan kenyataannya dikeluarkan pada tahun 2010, harus diberikan perhatian.

Biarpun sebilangan pemimpin menggelarkan dia sebagai 'katak', belum tentu Tan Sri Francis Yeoh berupaya mematahkan hujah beliau.

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="//www.youtube.com/embed/sAV2chObCNM" width="420">




KEMENTERIAN KESIHATAN MASIH BELUM MAMPU MENJELASKAN BAGAIMANAKAH SAMPEL COKLAT DIUJI DICEMARI DNA BABI

2014-06-06T14:25:51.608+08:00

Saya siarkan temu bual wartawan Utusan Malaysia bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah.UTUSAN : Mengapakah kementerian mengambil masa yang lama untuk melakukan kajian ke atas coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond, analisis makmal dilakukan pada Februari dan hasilnya hanya diperoleh pada Mei?.NOOR HISHAM : Sampel telah dihantar untuk ujian makmal pada 27 Februari selepas Jabatan Kawalan dan Keselamatan melakukan pemeriksaan makanan mengikut Akta Makanan 83 iaitu bertujuan memeriksa isi kandungan sesuatu makanan sama atau tidak dengan pelabelan. Dua sampel coklat itu telah diambil secara rawak oleh kakitangan jabatan di sebuah premis jualan di salah satu negeri dan hasil kajian sampel diperoleh pada 21 Mei yang lalu. Jangka masa tersebut adalah biasa untuk proses mengkaji sebarang sampel kerana pihak kami harus melakukan kajian ke atas beratus-ratus sampel yang diambil.Bagaimana dua sampel tersebut boleh dicemari dengan DNA babi (porcine) sedangkan coklat tersebut dibalut dengan aluminium daripada kilang dan mengapa sampel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak tercemar?Dalam kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, saya telah menyatakan dua jenis coklat tersebut telah tercemar dengan DNA porcine. Saya tidak mengatakan dua sampel itu dibuat dengan campuran porcine. Saya juga tidak mengatakan pencemaran telah berlaku di premis tersebut. Pencemaran boleh berlaku di mana-mana. Memandangkan jarak perjalanan lokasi sampel diambil dengan lokasi makmal (pusat kajian kawalan dan keselamatan makanan di Sungai Buloh) adalah jauh maka kebarangkalian besar pencemaran boleh berlaku di mana-mana. Ini yang sedang pihak kami siasat dan siasatan kami juga memerlukan masa kerana terlalu banyak aspek mesti dilihat. Berbeza dengan Jakim, mereka mengambil sampel terus dari kilang. Keputusan analisis makmal pihak kementerian dan Jakim berbeza. Keputusan itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terhadap status halal dua jenis coklat itu. Mengapa kementerian tidak terus bekerjasama dengan Jakim sebelum mengumumkan mengenai status halal coklat tersebut?Keputusan hasil kajian dua sampel itu didapati pada 21 Mei. Ketika itu saya dan Menteri, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berada di Geneva bagi menghadiri Perjumpaan Kesihatan Dunia (WHA) yang berlangsung dari 19 hingga 24 Mei oleh Pertubuhan Ke­sihatan Dunia.Saya dan menteri telah menerima mesej daripada pihak kementerian di Kuala Lumpur bahawa satu hasil kajian terhadap dua sampel coklat yang tercemar dengan DNA porcine disiarkan dalam media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Sepatutnya maklumat seumpama itu tidak boleh disiarkan tanpa kebenaran saya. Namun hasil kajian itu telah dibocorkan terlebih awal. Saya dan menteri ketika itu tiada pilihan. Sebagai mengambil tanggungjawab tersebut dan mengelakkan daripada perkara lain yang lebih buruk timbul, saya dan menteri bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dua sampel itu telah tercemar.Apa prosedur operasi standard (SOP) kementerian kesihatan dalam melakukan kajian ke atas makanan dan apakah Datuk berpuas hati dengan sistem dan peraturan sedia ada atau ingin mencadangkan peraturan baharu?Sistem kawalan dan keselamatan makanan dilakukan secara berkala oleh Jabatan Kawalan dan Keselamatan Makanan di bawah Akta Makanan 83. Pemeriksaan dilakukan ke atas semua jenis makanan dengan mengikut s[...]



MALAY MAIL MASIH PAPARKAN LAPORAN DIDAKWA OLEH FRANCIS YEOH DISALAH TAFSIR

2014-06-06T12:00:09.673+08:00

Kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp, Tan Sri Francis Yeoh berhubung kapitalisme kroni, retorik bangsa dan agama, disiarkan oleh Malay Mail Online dibidas oleh banyak pihak.Francis dilihat sebagai kacang lupakan kulit serta bersifat angkuh.Biarpun selepas Francis menghantar surat mendakwa beberapa kenyataan beliau dipetik daripada program Bual Bicara Siri Global Malaysia disalah tafsirkan, artikel 'kontroversi' serta mengundang kemarahan itu masih terus dipaparkan.Hari ini Utusan Malaysia memaparkan kenyataan Francis, memohon maaf. Damage control?Namun artikel terdahulu, masih boleh diakses, TIDAK ditarik balik oleh Malay Mail Online.Klik di sini.Adakah signal ini menunjukkan sidang editorial akhbar terbabit enggan berganjak dengan status ketepatan laporan wartawan, Melissa Chi?  Berani kerana benar?... untuk mensahihkan fakta, Malay Mail Online atau Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, PEMANDU wajib tampil memaparkan rakaman penuh video itu. Andai dilewatkan, kredibiliti Francis, antara individu terkaya di kalangan 30 juta rakyat Malaysia, bakal lebih tercalar.Baca reaksi orang ramai, klik di sini.Untuk rekod, PEMANDU bernaung di bawah JABATAN PERDANA MENTERI. Oleh itu, mengapakah PEMAANDU tidak bertindak pantas membantu meleraikan kekusutan membabitkan Francis dan kerajaan Malaysia? Tidakkah PEMANDU ingin menjelaskan senario sebenar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak? Hemat saya, permohonan maaf Francis, satu perkara, mendedahkan kebenaran, satu perkara lain.Jika tidak, saya percaya, lebih banyak pihak bakal berterusan membidas Francis selepas ini. Maruah tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit.[...]