Subscribe: N45 Dr Halimah Ali
http://drhalimahali.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Malay
Tags:
ada  apa yang  apa  dalam  dengan  ini  kepada  kerajaan  kita  klang  negara  selangor  selat klang  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali





Updated: 2018-02-19T01:18:03.972+08:00

 



Happy & Prosperous Chinese New Year

2018-02-19T01:18:04.341+08:00

RKRS enhanced living standard of 3,000 participantsMoonson transition phase starts, public to be cautious of impactMalaysia at risk of being left behind by other ASEAN countriesHelp for six families in Sungai JelokBeerFest: Organiser must fulfil conditionsEnhancing Selangor’s tourism prospect in JapanOver RM100 million for flats’ physical developmentGrab special offers in conjunction with Shah Alam AnniversaryMACC to expose theft of RM100 million ministry fundsShorter waiting time2018 Budget: Focus to enhance youths’ economic qualitySyed Saddiq claims offered RM5 million as bribe to leave PPBMSelangor Sultan placed garland in conjunction with Hari PahlawanSelangor’s progress attracts foreign investorCitizens’ support fuel State Government’s determinationMohamed Adib appointed Selangor Syarie Chief JudgeForm special team to combat money lending scamLand premiums, State Government’s biggest discountMB pledged justice for allJamal disrespectful, unethical MAINLATESTSELANGORNATIONALTV SELANGORE-SELANGORKINIADVERTISEMENT BM EN CN TM SELANGORSelat Klang State Legislative Assembly honours Tionghua community About the contributor Pengarang MikeSelat Klang State Legislative Assembly honours Tionghua communitySELANGOR January 19, 2017 11:36 am 278BY: ERMIZI MUHAMADSELAT KLANG, JAN 19: A total of 400 coupons were distributed by Selat Klang State Assemblyman to the Tionghua community in conjunction with Chinese New Year Jom Shopping programme.Selat Klang Assemblyman Dr Halimah Ali said the programme targets those from the Chinese community who are less fortunate and with low income. “The first batch of coupons was distributed to residents in Pulau Ketam, Sungai Lima and Bagan Hailam.“We also provided bus services to facilitate recipients to collect the coupons,” she said in a statement.The coupons were distributed in Econ Mart Supermarket, Jalan Yadi on January 18.Halimah said this was an initiative, and assistance to the Tionghua community in preparing for the Chinese New Year at the end of January.The Jom Shopping programme is an extension of Skim Mesra Usia Emas (SMUE) launched in June 2008.[...]



Pendidikan bukan perkara main main

2018-01-17T23:57:55.809+08:00


Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia.

Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara, mengenalpasti apakah ilmu yang diperlukan untuk mencapai kejayaan melayari kehidupan dalam erti kata sebenarnya. Masyarakat juga perlu dilmukan konsep kebertanggungjawaban hakiki yang bertunjangkan konsep ketuhanan merentasi akauntabiliti hingga akhirat.

Teknologi sepatutnya menjadi alat bantu bagus untuk mencapai kefahaman. Namun ilmu teknologi semata mata tidak menjamin kejayaan hakiki. Ilmu dasar yang benar mesti dibekalkan sebelum meneroka lebih lanjut ilmu lain yang bersifat duniawi.

Pemisahan secara dasar ilmu duniawi dan ukhrawi ini masih menjadi sistem pendidikan yang dipakai oleh kerajaan Malaysia. Tidak hairanlah kenapa begitu banyak kes gejala sosial berlaku. Kepincangan proses mendidik manusia menjadi insan berkesan akan melahirkan kebobrokan dalam masyarakat yang ahlinya jahil dan gagal mengenali diri, tidak mampu membentuk diri yang dilengkapkan dengan potensi maksimum untuk menjadi hamba yang mampu mentadbir bumi....khalifah fil ardh.....sebaliknya menghancurkan bumi dan seterusnya diri, keluarga dan masyarakatnya.

Perlu tukar sistem pendidikan sedia ada. Perlu tukar kerajaan sedia ada?



Isu panas.......ada agenda apa?

2017-10-16T23:14:41.354+08:00

Budaya Dramatis

Amatlah menyedihkan apabila kita melihat fenomena dramatis yang melibat perkara kecil dalam masyarakat diperbesar besarkan oleh pihak yang memposisi diri mereka secara terancang untuk menghasilkan tindakan pihak atasan yang menyebelahi kelompok mereka.

Contoh.
Bagi pelajar di luar negara , bila mereka sibuk belajar terutama di musim sejuk, mereka akan mecuci pakaian di kedai dobi dan terus mengeringkannya di dobi tersebut. Sudah tentu ia melibat pengguna Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.

Selama ini pun, ramai juga orang Malaysia menggunakan dobi. Bergaul juga Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.

Apabila kedai KENTUCKY FRIED CHICKEN hanya menjual ayam goreng, kentang goreng, salad dan air berkarbonat.....tidak ada nasi kerabu, nasi kandar, nasi ambeng.....Tidak ada isu. Memang mereka mensasarkan pelanggan yang mahu makan produk KFC. Bukan selain darinya... Mereka hanya menyediakan keperluan pelanggan mereka dan bukan semua orang. Mereka bukan prejudis. Tetapi consumer-centric.Tidak ada isu.

Ianya menjadi isu, apabila ia disensasikan oleh sesetengah pihak yang dramatis. Samada dengan sengaja atau tidak sengaja. Lebih lebih lagi apabila pihak yang mahu menanguk di air yang keruh. Penularan isu kecil boleh menjadi besar kerana menimbulkan kemarahan, kebencian dan prasangka semata-mata kerana persepsi buruk yang terbentuk oleh reaksi dramatis kelompok yang supersensitif.

Amat merugikan masa, tenaga dan emosi semua pihak.

Kita cuba amalkan budaya politik matang dan sejahtera.



KORBAN hanya di hari raya?

2017-09-02T00:06:54.547+08:00

At-Taubah : 24
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوٰنُكُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوٰلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا حَتّٰى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِينَ
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Kita terpukau dengan kecantikan manusia. Kita tenggelam keasyikan dek keindahan bunga,flora  dan fauna. Kita dibuai keindahan alam semesta yang luas terbentang.
Kita  gerun dengan dentuman guruh. Kita bimbang hujan lebat yang memungkinkan banjir. Kita fobia gegaran bumi. Kita terpegun melihat gerhana bulan.
Siapakah di sebalik semua ini?
Cantik....indah....tenang....
Bimbang....takut....ngeri...

Mari kita mengaji, mengkaji, mendalami, mentadabbur...
Zat Yang Maha Kuat
Yang Maha Agung
Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Indah
Yang Punya segalanya
Termasuk diri kita.

Sang Maha Pencipta.

Kita hambaNya
Dia  lah punca segala kebaikan, kecantikan, keindahan, kekuasaan.


Sewajarnya, Dialah menjadi tumpuan kita, pujaan kita. Dialah sepatutnya kita rindu. Dia sepatutnya sentiasa di qalbu. Tetapi mengapa begitu payah untuk kita mengingatiNya. Kenapa selalu kita lupa tentang kewujudanNya?
Kita cintakan Allah Yang Satu?
Cinta kulit bawang?
Cinta bayang bayang?
Cinta imaginasi?
Kalau cinta tulin,
akan   tetap dihati

Akan sanggup berkorban apa sahaja....
Apa yang Ia sebut ,kita akan terus disambut
Apa Dia suruh, kita akan patuh?
Apa dia larang, kita akan pantang
Apa Dia suka, kita buat beriya iya
Apa Dia benci, kita buang tepi



Banyak yang kita perlu pelajari
Banyak yang kita perlu latih diri
Banyak yang kita perlu rayu kepada Ilahi
Semoga berupaya berkorban demi cinta suci
Menagih rahmat  dan cinta Al Waduud

Bermula dengan korban haiwan
Simbolik cinta mohon bersemi
Pohon diterima dan terus mengembang
Tautan kasih barakah Ilahi
Aamiin...aamiin...aamiin





MATI KITA. ...mahu pilih 'mutarih' atau 'mustarah minhu'?

2017-09-01T13:06:32.601+08:00

Secara umumnya, setiap pengorbanan adalah mulia dan besar nilainya pada sisi Allah swt. Justeru, gunalah ruang sempit di dunia ini untuk melakukan pengorbanan supaya dapat berehat sepuas-puasnya di akhirat nanti. 

Sabda Rasulullah saw,

عَنْ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: الْعَبْدُ
الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ.
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bin Rib’iy al-Ansari, dia meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melihat jenazah yang diusung melintasinya, lalu Baginda saw bersabda, “mutarih dan mustarah minhu.” Sahabat bertanya, “Ya, Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan mutarih dan mustarah minhu? Baginda menjawab, “Orang mukmin (mutarih) (yang meninggal dunia mereka) berehat daripada keletihan dunia dan kesengsaraannya menuju rahmat Allah, manakala kematian ahli maksiat (mustarah minhu) pula membolehkan manusia, negara, pepohon dan binatang berehat daripada kejahatannya.” HR Bukhari dan Muslim

Kita perlu gunakan akal untuk memilih . Adakah kita mahu kategori yang mendapat nikmat, kebahagiaan hakiki dari Allah swt atau sebaliknya.....beruntunglah kita sekiranya masuk dalam kategori pertama..... Aamiin.



BAHASA MELAYU JATUH NILAI??

2017-07-04T12:52:16.033+08:00

Kelonggaran Syarat lulus BM, Keaiban pada Taraf Pendidikan Negara
Tindakan Kerajaan Barisan Nasional melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (Bahasa Melayu) di peringkat sekolah sebagai suatu keaiban kepada taraf pendidikan Negara.
Ini menyebabkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi menjadi suatu syarat penting dalam kerjaya dalam sektor pekerjaan di negara kita.
Ia juga menggambarkan sikap acuh kerajaan dalam menjaga Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat YB Dr Hjh Halimah Ali berkata demikian terhadap tindakan Kerajaan yang melantik kakitangan kerajaan tanpa kelulusan BM di peringkat SPM.
SPM merupakan sijil yang sangat penting yang di ambil ketika pelajar berada di Tingkatan 5 dalam sistem pendidikan sekolah. Lulus BM di dalam peperiksaan tersebut merupakan syarat utama untuk warganegara ini menceburi pekerjaan di Negara ini terutama dalam sektor awam. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan hanyalah satu tindakan undur ke belakang dan menjatuhkan nilai SPM itu sendiri.
Secara tidak langsung, ianya juga akan menjatuhkan imej sistem pendidikan Negara yang selama ini didokong oleh penjawat awam paling ramai dalam Negara.
Kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan pada Ahad, 2 Julai lalu, yang menyatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju untuk melantik Pegawai Perubatan Gred UD41 sebagai kakitangan awam walaupun tidak mengambil peperiksaan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Apa yang mengejutkan lagi ialah perkara itu telah mendapat persetujuan daripada JPA dan telah berkuatkuasa sejak 23 Feb yang lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.
Beliau sendiri sebagai seorang doktor perubatan berpendapat syarat penguasaan bahasa Melayu adalah penting demi keberkesanan hubungan doktor dan pesakit khasnya dalam negara kita. Ia juga melambangkan patriotisme kepada negara.



Puasa setahun ? Next?

2017-07-04T00:51:04.005+08:00

Alhamdulillah, tarbiyyah di bulan Ramadhan diikuti dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal mempunyai seolah berpuasa sepanjang tahun menurut Islam.

Ibadah puasa sepanjang bulan di sulami dengan ibadah iringan yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda jika dilakukan di bulan Ramadhan. Ramai Muslimin dan Muslimat merebut peluang untuk memperbanyakkan ritual sempena bulan yang mulia yang penuh barakah, Namun setelah pergimya Ramadhan dengan menjelmanya Syawal, disiplin ibadah, akhlak mulia dan amal kebajikan semakin kendur kerana tidak membekas di hati. Adakah disebabkan amalan ritual tidak disiapkan dengan persiapan spiritual? Seolah amalan di bulan Ramadhan bersifat rutin adat kebiasaan tahunan kolektif masyarakat yang tidak menghasilkan bertambah iman dan taqwa.

Pihak berwajib perlu mengkaji kesan kepada masyarakat. Perlu ada pemerhatian di kalangan umat dari segi efek, Kaji sifat, perangai, tingkah laku masyarakat Islam pra dan pasca Ramadhan. Cari kayu ukur tanda bertambah iman dan taqwa. Samada secara objektif mahupun subjektif.

Andai semakin baik, teruskan. Bahkan rancakkan lagi. Galakkan mereka. Namun seandainya, kelompok yang berpuasa sepanjang Ramadhan masih gemar mengumpat, mengadu domba, berdengki, rasuah, terlibat dalam penipuan, banyak terlibat dalam perkara yang lagha, syubhah ataupun berdosa, maka pihak berwajib seperti institusi agama mesti mencari punca dan membetulkan masyarakat dengan sedaya upaya dengan tarbiyyah berterusan melalui institusi sedia ada seperti masjid dan surau dengan memperbanyakkan majlis ilmu yang relevan dan kontemporari serta bersifat solusi kepada masyarakat.

'Kursus mingguan' dalam khutbah Jumaat sepatutnya digunakan seoptimanya untuk mengingatkan ketua keluarga supaya bertanggungjawab sepenuhnya dengan ahli keluarga agar kebahagiaan keluarga dikecapi dengan penerapan nilai nilai Islam dalam keluarga insya Allah.

Minal 'aidin wal faizin
Taqaballahu minna wa minkum

Dr Halimah Ali



Perbahasan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor sempena Pembukaan Sidang DUN

2017-03-30T17:01:54.705+08:00

30 Mac 2017Sedutan ucapan perbahasan ADUN Selat KlangBismillahSelat Klang menyokong usul ucapan terima kasih dan menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor atas ucapan di pembukaan persidangan penggal ke 15 Dewan Negeri Selangor.Sesuai dengan tema bajet 2017 ' Membangun Bangsa dan Memakmurkan negeri', saya bawa pantun:Bangsa Selangor orangnya permai,Berpolitik matang, rakyat sejahteraSegala yang kusut terus dirungkaiFitnah,benci, politik melampau bukan budaya.Bangsa Selangor orangnya permaiBijak mengurus kawan dan lawan Yang Berhormat Selangor, si bijak pandaiSegala bicara ternoktah di dewanSemua terfokus memakmurkan negeriPencapaian bagus Selangor sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara, ke 3 terbesar dalam negara. Selangor negeri terpenting kerana Ekonomi Selangor menjadi indikator utama prestasi ekonomi Malaysia.Maka, Selat Klang ingin mencadangkan kerajaan Selangor buat kajian menyeluruh bagaimana menggunakan segala sumber sedia ada bagi mempertingkatkan pencapaian ekonomi dan pembangunan holistik Selangor. Selangor memanfaatkan realiti. Kita perlu terima fakta. Kita tiada lombong emas, kita tiada telaga minyak. Kita tiada sumber pendapatan dari balak dll.Fakta yang perlu diambilkira juga ialah Selangor mempunyai lembah Klang, satu 'conurbation' penting.Kita mempunyai penduduk paling ramai 6 juta dari 30 juta.Ada sungai macam macam nama. Sungai Panjang, Sungai Besar, Sungai Burong, Sg Udang, Sg Sireh yang ada dalam Selat Klang. Sungai Klang panjang120km , biodiversiti, Institusi Pengajian Tinggi paling  banyak dan terbaik, airport dan pelabuhan, infrastruktur terbaik, state of the art teknologi.Konsep negeri PembangunanSaya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berjaya meletak nisbah peruntukan sebanyak 52-2% untuk perbelanjaan pembangunan RM1.8b dan 47.8% untuk perbelanjaan mengurus RM1.65B. Dicadangkan perancangan yang 'long term,mid term, short term. Adakah kerajaan sudah ada inventori aset aset berpotensi untuk menjana ekonomi yang lebih mampan dan stabil?Contoh, Sg Klang 120km, sekiranya ia bersih, ia boleh menjadi sumber air .Selain itu, segmen strategik Sg Klang boleh dibangunkan secara 'customized' dan menyerlah kecantikan dan keindahan  hingga menjadi destinasi pelancongan dan mewujudkan natural stress relief untuk rakyat lembah Klang yang berisiko tinggi untuk masalah kesihatan kerana tekanan hidup.Lebih-lebih lagi dengan adanya produk paling menonjol kerajaan negeri iaitu Jambatan ke 3 Klang. Satu-satunya negeri yang membina jambatan, satu projek yang dijanjikan oleh UMNO-BN sebelum PRU 12 alhamdulillah. Selat Klang mencadangkan mungkin jambatan ini diberi nama 'Jambatan Selangor'.Jambatan ini boleh menarik pelancong tempatan dari lembah Klang selain daripada luar negeri Selangor termasuk luar negara. Aktiviti ekonomi sampingan yang boleh dibangunkan dengan terwujudnya jambatan ini yang insya Allah mampu menarik ramai pelancong terutama aktitiviti yang terfokus kepada institusi keluarga, menyemai budaya sayang dan menghargai sungai di kalangan warga Selangor.Pengkalan Batu dan kawasan di sekelilingnya boleh dijadikan pangkalan river cruise hingga ke Muara Sg Klang di mana tempat makanan seafood Tanjong Harapan dan Bagan Hailam hingga ke pulau pulau termasuk Pulau Ketam. Mungkin konsep yang boleh dijadikan perintis ialah kejayaan 4 buah bot 2 tingkat ala double decker(tingkat bawah berhawa dingin, tingkat atasnya ruang terbuka) yang telah menjadi tarikan terkini pelancong dari jeti awam Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam.Ada yang membuat majlis sampingan perkahwinan di atas bot.Raikan penduduk sekitar jambatan ke 3 Klang.Selat Klang meminta kerajaan pastikan langkah terakhir projek jambatan ke 3 Klang ini, perlu mengambilkira keperluan dan kesan kepada penduduk yang tinggal sekeliling struktur dan isu lalulintas.Desak kerajaan atasi isu jalan kampungDi kampung tradisi Melayu Kpg Delek, Kpg Sg [...]



GELOMBANG UNGU

2017-02-19T23:44:27.260+08:00

Himpunan aman Sokong pindaan RUU355
Padang Merbok
18 Disember 2017

Tidak ada pihak yang boleh menafikan memang Padang Merbok penuh sesak dengan manusia hingga melimpah ke luar jalan.
Majoriti yang hadir daripada pelbagai latar belakang politik, NGO, orang muda, warga emas, OKU daripada seluruh pelusuk negara. Ada yang bukan Melayuu khususnya Dewan Himpunan Penyokong PAS, wartawan memang ramai.
Persoalannya kenapa peserta gelombang ungu ini sanggup bersusah payah hadirkan diri walaupun kurang selesa daripada segi kemudahan seperti bilik air dan sebagainya?? Bukankah ia menggambarkan keyakinan diri tentang benarnya perjuangan mereka? Bukankah ia membuktikan kesanggupan berkorban untuk apa yang bagi diri mereka isu teras. Nilai utama. Tuntutan hidup. Keperluan asas.
Bukan pertembungan biasa biasa. Tetapi core values.

Sudah tentu untuk mana mana isu, ada  sudut pandang yang berbeza di kalangan yang bertelagah. Justeru, bagi  yang kurang mengetahui, perlulah mengkaji dengan cara ilmiah bukan emosi. Perlu bersifat professional , tidak menerima melulu. tidak menolak melulu. Carigali ilmu. selidik kenapa menyokong. Apa hujjah tolak. kerana Allahkah?

Buang ego. Hadapkan diri kepada Allah swt.
Insya Allah akan dapat petunjuk.



ADUN Selat Klang sampai ke Pulau Ketam kali ke 4 dalam Januari 2017

2017-02-02T00:06:46.550+08:00

KLANG, Selangor
31 Januari 2017

YB Dr Halimah Ali meraikan jemputan makan malam sempena sambutan tahun baru Cina  dari Persatuan Keturunan Chia di Dewan Rakyat Bagan Teochew, Pulau Ketam. Beliau disambut mesra dengan tarian singa.
Dewan dipenuhi dengan ahli keluarga keturunan Chia yang dikatakan menguasai 80% daripada kawasan Bagan Teochew. Yang lebih menarik, keturunan Chia dari luar kasawan Pulau Ketam juga turut serta dalam makan malam tahunan ini. Maka penganjur terpaksa menyediakan meja hingga keluar dewan  untuk menampung tetamu pada malam tersebut.
Beliau juga berbesar hati menyumbang RM 5ribu kepada Persatuan Keturunan Chia



Kuasa Memilih

2017-01-30T11:57:57.830+08:00

ADA PILIHAN....we have got the freedom to chooseKuasa ada pada kitaKita boleh rancang apa yang mata kita lihat. Memang ada perkara yang kita ternampak dengan tidak sengaja disebabkan kita kebetulan lalu di sesuatu tempat: apa orang pakai, apa orang buat apa orang tampal atau iklan ,kita tidak ada kuasa untuk tentukan. Namun, kita masih ada kuasa untuk tidak terus melihat perkara yang menganggu kita dengan mengalih pandangan daripada perkara punca tersebut.Kita juga boleh merancang apa yang kita dengar. Logiknya memang ada suara atau bunyi yang kita ‘terdengar’ kerana kita melalui kawasan yang wujudnya punca suara atu bunyi tersebut. Contoh, kita berjalan di kawasan yang orang berkelahi atau pasaraya yang memasang lagu cinta. Kita juga boleh pilih ke mana kaki kita jejaki. Ke pantai, ke pasaraya, ke sungai, ke dewan orang ramai? Kita juga boleh pilih apa yang tangan kita lakukan. Apa yang kita pegang. Apa yang kita usap. Apa yang kita tolak. Apa yang kita tarik.Hakikatnya, kita boleh pilih tempat yang kurang risiko untuk melihat perkara yang tidak baik atau tidak senonoh.Kita boleh pilih dengar apa yang bagus untuk kita. Kita boleh pilih ke mana kaki kita jejaki, yang akan menambah ilmu pengetahuan dan banyak manfaat untuk kita dan keluarga kita.Kita ada pilihan untuk tidak memilih sesuatu. Contoh kalau kita tahu sesuatu lokasi adalah  wabak DENGGI atau ZIKA kita mungkin elakkan ke tempat itu. Atau tempat penyamun dan perompak, kita boleh pilih untuk tidak melawat di situ contoh:Kawasan tidak ada airKawasan tidak ada makananKawasan gempa bumiKawasan di isytihar tidak diterima oleh Donald Trump Itulah kuasa memilih kita. Orang berakal mempunyai kuasa memilih yang sangat berharga dan menguntungkan diri,keluarga dan masyarakat umumnya.Kita perlu menyedari dan menghargai kuasa memilih yang ada pada kita.Paling penting, gunakan kuasa memilih pemimpin pada pilihanraya. Ia menentukan arah tuju sesebuah negeri dan negara.....Cuba perhatikan apa terjadi kepada Amerika Syarikat setelah Presiden Donald Trump dapat kuasa diberi majoriti oleh rakyatnya.......Siiru ‘ala barakatillah[...]



Happy Prosperous Chinese New Year 2017

2017-01-29T14:49:49.550+08:00



 Bismillah
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Cina  kepada semua rakyat kaum Tionghua.
Saya sangat berharap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas samada dari segi ekonomi, kesihatan, keselamatan bahkan keharmonian.
Saya yakin kaum Tionghua lebih ke depan daripada kemampuan mengharungi isu kemelesetan ekonomi samada di peringkat lokal mahupun global.
Apa yang tidak kurang pentingnya ialah kita menyediakan persekitaran yang  positif dan produktif untuk anak cucu kita untuk membina daya tahan, daya saing dan daya maju untuk menjadi warga Malaysia yang saling konstruktif bagi mencapai tamaddun yang unggul.
Saya juga berdoa agar kaum Tionghua tidak mudah terpedaya dengan 'fear tactics' sesetengah pihak yang menggusarkan.
#bokiapas
Selamat menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga.

Xin Nian Kuai Le

YB Dr Halimah Ali
ADUN SELAT KLANG
Pengerusi
Biro Perpaduan Nasioanal PAS Selangor



Rohingya, sabar ye.... tangismu sedang didengar

2017-01-11T23:12:17.499+08:00

11 Januari 2017KlangAlhamdulillah, keprihatinan masyarakat Malaysia kepada insan menderita di mana jua di bumi ini amatlah membanggakan. Apa sahaja bencana yang menimpa mana mana kelompok manusia, rakyat Malaysia memang proaktif bergegas mahu membantu.Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO futuristik yang senantiasa bersama denyut nadi mangsa bencana alam mahupun mangsa peperangan.Terdekat, isu kekejaman, kezaliman yang menzahirkan hilang perikemanusiaan kepada etnik minoriti Rohingya di Rakhine , Myanmar mencuri tumpuan dunia. Bukan sahaja premis fizikal seperti masjid dan rumah dimusnah, wanita turut diratah dan dimamah bengis oleh haiwan berupa manusia. Wanita dirogol dan dimusnah segalanya. Kanak kanak yang tidak berdosa dibunuh kejam dalam adegan tragis. Darah berhamburan. Mayat bergelimpangan. Yang tinggal diselimuti trauma, sakit, lapar, sejuk dan pilu.Ya Rohingya, kami cuba mengerti dari secubit informasi yang diperolehi. Kami tampil mencari sumber menampung keperluanmu.....Semoga dipermudahkan Ilahi. Pakaian, makanan asas seperti beras, minyak, makanan dalam tin, keperluan bayi dan kanak kanak.....Kami cuba....kami cuba.Maafkan kami kalau terlambat. Banyak cabaran yang menghambat. Namun insya Allah , dengan izinNya jua, kasih saudaramu ini akan dikongsi jua.Semoga Allah terima segala pengorbanan, sumbangan dan doa kita semua.AAMIIN.DR HJH HALIMAH ALIKETUA AMALNITA MALAYSIATahniah kepada MAPPIM yang telah berjaya melibatkan kerajaan Malaysia untuk menghantarkan bantuan makanan, pakaian, perubatan dll kepada etnik Rohingya di Rakhine. Yayasan Amal Malaysia menyokong penuh misi kemanusiaan yang diketuai oleh Malaysia dan melibatkan 14 negara.[...]



ROHINGYA.....Mana hilang perikemanusiaan.....

2016-12-30T00:18:44.529+08:00

Kemanusiaan.....Kehaiwanan....

Benci......sebenci bencinya....
Rumah kerdil di hapus musnah...
Masjid diranapkan....
Seluruh kampung nun di pendalaman dikepung dan dihancurkan
Tak kira lelaki mahupun wanita....
Tak kira kanak kanak atau warga tua....
Kamu ratah, kamu aibkan, kamu tunggu panah........
Sang Pencipta leka tak pernah....

Kamu musnah maruah
Kamu mamah jasadnya
Kamu mahu penjara akalnya
Kamu mahu pupus keturunannya

Mereka berdarah
Mereka diselubung ketakutan
Mereka menjerit kesakitan
Mereka menyaksi tindakan kesyaitanan
Mereka merayu belas kasihan

Tetapi kamu pekak, bisu dan bijak menipu
Satu dunia tidur lena
Sekarang tidaaaak lagi
Haiwan berupa manusia berhati syaitan
Jangan burukan agenda jahat mu

Kerana kamu sudah dikesan
Tindakan melampau teroris, ekstremis
Jiwa kacau puak pelampau
Hentikan kezaliman
Stop Ethnic Cleansing
Rohingya berhak
Mereka juga manusia seperti kamu

Kami....kami....kami...
Manusia sedunia dengan mereka
Memerhati kamu

Dr Halimah Ali
30 hb DISEMBER 2016




SABAR , ISTIQOMAH, YAKIN

2016-11-19T00:15:21.767+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/2nFDmrLGgYM" width="560">



150 EXIT UMNO

2016-10-15T22:24:49.788+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/h-FdyyVfAH0" width="560">



Luahan rasa pimpinan UMNO ,

2016-10-15T22:20:03.459+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/tDfXxdEXN6M" width="560">



PROGRAM PERPADUAN DI -PULAU KETAM: PESTA BULAN TANGLUNG ADUN SELAT KLANG

2016-09-15T17:03:17.368+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/DxYJprkF5X0" width="560">



NAIB PRESIDEN PAS turun padang ke PULAU KETAM

2016-09-15T16:36:27.938+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/38Xedlmkmrc" width="560">



Pengarah SPRM dalam program pesta bulan dan tanglung ANJURAN ADUN SELAT KLANG

2016-09-15T16:10:22.841+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/5i99KFADIqc" width="560">



#Pulau Ketam@Selat Klang UNIQUE

2016-09-15T16:01:39.923+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/vfntvPXa-zM" width="560">



PULAU KETAM, ADUN SELAT KLANG amalkan Politik matang dan sejahtera

2016-09-15T14:57:08.503+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/TxgE0Ht79e0" width="560">



BULAN sungguh bermakna

2016-09-05T15:07:39.254+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/3XXTUJJIsfA" width="560">



Bakti kepada rakyat

2016-08-06T23:56:21.994+08:00

6 Ogos 2016 ADUN SELAT KLANG KHITANKAN BAYI JALAN YADI- Seramai 32 orang bayi perempuan menyertai program Khitan/sunat anak-anak perempuan siri ke-32. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Adun Selat Klang itu telah dilangsungkan di Surau As-Syukriah, Jln Yadi, pagi tadi. YB Dr Halimah Ali, selaku Adun Selat Klang telah mengkhitankan ke semua peserta-peserta khitan kali ini termasuk ke semua 31 siri program khitan yang telah diadakan sebelum ini.+281 person reached[...]



Di antara tanda-tanda keindahan Allah

2016-04-14T13:17:43.418+08:00

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/4b7QNHYd9kc" width="560">