Subscribe: Comments on Ibnu Hasyim: Hadiahku Untuk Deepavali..
http://www.ibnuhasyim.com/feeds/416265159425255672/comments/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade A rated
Language: Indonesian
Tags:
adalah  bukan islam  bukan  dalam  dengan  hari  ini  islam  itu  kepada  kita  mereka  pada  perayaan  tidak  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Comments on Ibnu Hasyim: Hadiahku Untuk Deepavali..

Comments on Ibnu Hasyim: Hadiahku Untuk Deepavali..





Updated: 2018-02-20T12:26:41.622+08:00

 



Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena h...

2008-11-28T17:38:00.000+08:00

Mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu' (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan.Jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang hati dengan kegembiraan mereka berhari raya, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.Meneliti beberapa fatwa yang dipamerkan melalui laman-laman web, seperti Islam-Online.net, Islam.qa.net. Islamweb dan lain-lain, saya dapati beberapa ulama terkemuka di dunia Islam kini turut memfatwakan hukum merayakan hari-hari kebesaran kaum-kaum bukan Islam. Antara mereka yang mengeluarkan fatwa dan pendapat ialah:1. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau ialah:Pertama: Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripadagolongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Kedua: Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolaksekeras-kerasnya sikap itu.Ketiga: Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).Sebagai kesimpulan, mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka adalah suatu bentuk kasih sayang dan merelai kekufuran mereka. Keadaannya sama dengan merelai berlakunya kejadian-kejadian maksiat dan dosa-dosa seperti zina, minum arak dan sebagainya.Saya berminat memberi dua komen kepada pandangan Syeikh al-Munajjid ini, iaitu:a. Pendapat beliau tidak membezakan antara jenis kafir, sama ada musyrikatau ahli kitab, kafir yang memusuhi Islam dan yang tidak memusuhinya, sedangkan al-Quran membezakan antara jenis-jenis kafir itu, lalu al-Quran membenarkan umat Islam berbuat baik terhadap kafir yang tidak memusuhi Islam dan memberi sedikit keistimewaan kepada kafir ahli kitab seperti harus kahwin dengan wanita mereka dan makan haiwan sembelihannya.Hubungan dua halaKhusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, Allah mengharuskan berbuat baik kepada mereka, iaitu dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 yang bermaksud:Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.Tentang ahli kitab pula Allah berfirman dalam surah al-Ma'idah, ayat 5 yang bermaksud: Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi kitab itu adalah hala[...]



LARANGAN KONGSIRAYA DAN DEEPARAYAArtikel di bawah ...

2008-10-28T11:01:00.000+08:00

LARANGAN KONGSIRAYA DAN DEEPARAYAArtikel di bawah ini menerangkan kepada kita semua mengapa kita dilarang sama sekali merayakan DEEPARAYA dan KONGSIRAYA, diharap kita semua dapat menghayatinya, bukan beerti kita tidak menghormati dan bertoleransi antara kaum tetapi setiap kebebasan ada batas-batasnya. Artikel ini diperolehi dari http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/web/sn200644_hidup_harmoni_hanya_di_bawah_naungan_islam.htm , sekian terima kasih, yang benar Shazli Shahuddin….————————————————————————————————-[SN] Sejak beberapa tahun yang lepas, hari-hari perayaan beberapa penganut agama di Malaysia telah jatuh pada tarikh yang sama atau hampir sama. Dari sinilah bermulanya idea ‘kongsi raya’ yang sebelum ini tidak pernah muncul atau diperbincangkan. Dan tahun ini, sekali lagi, dua perayaan masyarakat Malaysia jatuh pada waktu yang hampir sama. Umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan masyarakat Hindu pula menyambut Perayaan Deepavali. Dua tahun lepas, persoalan ‘kongsi raya’ ini telahpun dijelaskan kedudukannya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram [http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm]. Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik [Utusan 14/06/06]. Kenyataan Mufti Perak ini juga telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan ‘kongsi raya’ ini.Baru-baru ini timbul pula isu yang berkaitan dengan perkara yang sama. Sebuah e-mail bertarikh 3 Oktober 2006 telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang menyeru agar kakitangan Takaful tidak mengucapkan ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada individu beragama Hindu. Di dalam e-mailnya, beliau menekankan implikasi ucapan tersebut terhadap akidah seorang Muslim dan keharaman melakukannya. E-mail ini, yang asalnya hanya ditujukan kepada kakitangan Syarikat Takaful, telah tersebar luas dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat. Persatuan Hindu Sangam telah membuat laporan polis mengenainya dan menganggap e-mail ini sebagai satu hasutan. Dalam komennya terhadap isu yang sama, Datuk Seri Samy Vellu menganggap bahawa pandangan seperti ini adalah pandangan ekstremis yang bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini [NST 15/10/06].Ekoran dari ini, beberapa orang ulama’ di Malaysia, termasuklah Datuk Seri Harussani telah membuat kenyataan bahawa mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada seseorang individu bukan Islam diperbolehkan selama mana ucapan selamat tersebut tidak ditujukan kepada ‘tuhan’ individu tersebut [NST 15/10/06]. Perdana Menteri sendiri telah campurtangan dan menyatakan aktiviti kongsi raya yang diamalkan oleh rakyat negara ini tidak mencemar kesucian agama Islam…..ia juga tidak ada langsung membabitkan perlanggaran akidah umat Islam. Beliau berkata, memandangkan kedua-dua perayaan itu disambut dalam tempoh yang hampir antara satu sama lain maka bersama-samalah rakyat Malaysia merayakannya [Utusan 19/10/06].Hukum Meraikan Perayaan Agama LainSekiranya diteliti, kenyataan dan pandangan umum terhadap isu kongsi raya ini banyak disandarkan kepada aspek perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian antara golongan etnik berbeza agama di Malaysia. Sebelum perbincangan mengenai isu ini boleh diteruskan, realiti permasalahan ini perlu difahami terlebih dahulu. Perlu dijelaskan di sini bahawa bagi seorang Muslim, setiap perbuatan kita dipandu sepenuhnya oleh hukum [...]



SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM D...

2008-10-28T10:49:00.000+08:00

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM DARI KACAMATA YANG LAINAmalan ‘Kongsi Raya’ yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dahulu lagi telah menimbulkan cukup banyak kekeliruan dan kontroversi dalam masyarakat. Tentangan dan pandangan yang menolak amalan ini cukup dominan dari kalangan alim ulama’ khasnya yang berada di luar kerajaan manakala para cerdik pandai yang bekerja dengan kerajaan hanya diam membisu dan mengiyakan sahaja tindakan UMNO dan Barisan Nasional.Jika selalunya, kita sebagai ahli dalam salah sebuah parti dan harakah Islamiah ini akan menuruti semua pandangan dan pendapat daripada alim ulama’ kita sendiri. Dalam isu ini juga kita berterusan menempelak UMNO kerana melakukan perkara yang kita katakan sebagai melanggar syariat dan hukum Islam. Isu kongsi raya sememangnya bukan perkara baru dan telah pun banyak diperkatakan oleh kepimpinan parti kita. Namun, hari ini kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan atas kepentingan dakwah dan juga politik Islam di Malaysia yang kita cintai ini. Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius. Beberapa Pandangan yang Melarang Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2). Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa: “Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya. Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093). Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa Gerakan Sebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hu[...]



Isu kongsi raya dan pembebasan tahanan ISAYusri Mo...

2008-10-28T10:12:00.000+08:00

Isu kongsi raya dan pembebasan tahanan ISAYusri Mohamad, Presiden ABIMMon | Oct 23, 06 | 3:26:27 pm MYTAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengambil kesempatan bersempena kedatangan 1 Syawal 1427 ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Mudah-mudahan Ramadan al- Mubarak yang baru sahaja meninggalkan kita berjaya menyuntikkan bekalan rohani dan jasmani jangka panjang demi meningkatkan kualiti diri kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.ABIM juga turut ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu yang telah menyambut perayaan tersebut pada hari Sabtu , 21 Oktober 2006.Rakyat Malaysia amnya perlu terus bersyukur kerana Malaysia masih berada di dalam situasi yang relatif baik dan stabil dalam konteks hubungan antara kaum dan agama walaupun tidaklah ke tahap sempurna.Walaupun masih terdapat pelbagai rungutan daripada orang Islam dan bukan Islam dari masa ke semasa, namun masyarakat kita masih amnya terhindar dan terselamat daripada pertembungan yang ganas dan melampau kecuali dalam tahun 1969 dahulu.Tidaklah keterlaluan untuk kita mengakui bahawa rekod hubungan antara kaum dan agama di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, tentunya, dengan mengambil kira komposisi dan realiti sosio ekonomi di Malaysia.Kita semua harus berusaha keras agar pencapaian ini terus dapat dipertahankan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Dalam suasana perayaan Aidilfitri dan Deepavali ini, dua perkembangan berkaitan perlu turut diulas.Kongsi RayaIsu ini bukannya isu baru dan telahpun timbul sebelum ini apabila Aidilfitri kebetulan jatuh berdekatan dengan perayaan lain. Kali ini ia begitu hampir dengan Deepavali sehingga ada pihak yang menggunakan istilah gabungan "DeepaRaya".Pada pandangan saya, kebanyakan perbezaan pandangan berkaitan dengan isu ini sebenar terhad kepada perbezaan tafsiran istilah terutamanya istilah 'Kongsi raya'.Contohnya, apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan istilah tersebut, beliau lebih merujuk kepada program rumah terbuka bersama yang dianjurkan oleh Kerajaan semasa hari-hari perayaan tersebut, dan bukannya merujuk kepada perkongsian dan penyatuan perbuatan merayakan hari-hari tersebut secara keseluruhan.Manakala Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria pula lebih merujuk kepada perkongsian falsafah dan konsep hari-hari kebesaran yang melibatkan keyakinan agama yang sudah tentunya bercanggah dengan ajaran Islam.Oleh hal yang demikian, masalah utama dalam hal ini adalah pada pentafsiran istilah 'Kongsi Raya'. Dalam ilmu Usul Fiqh, yang mengatur kerangka berfikir umat Islam, sudah lama ditegaskan tentang ketidakwajaran timbulnya perselisihan pandangan yang berpanjangan semata-mata kerana perbezaan dalam mentafsirkan istilah.Dalam Usul Fiqh telah masyhur beberapa kaedah tentang hal ini termasuk kaedah 'Tidak ada perselisihan dalam hal-hal peristilahan' dan kaedah 'Yang diambil kira dalam sesuatu urusan adalah maksud di sebalik label atau nama, bukannya label-label atau nama-nama itu sendiri'.Sehubungan ini, adalah menjadi harapan agar pertelingkahan ini tidak akan berpanjangan dan pandangan para ulama tidak harus disalahertikan. Pandangan dan nasihat mereka sewajarnya dihormati dan dipatuhi seadanya dan dengan objektif. Maksud kata-kata Perdana Menteri pula tidaklah wajar dikelirukan daripada konteks sebenar.Ucapan Selamat Kepada Penganut Agama Lain Semasa Hari Perayaan MerekaSelain isu Kongsi Raya, ada juga timbul kontroversi berkaitan amalan mengucapkan selamat ketika perayaan-perayaan yang disambut oleh para penganut agama lain. Berhubung dengan isu baru ini, waLlahua`lam, saya cenderung untuk berpandangan seperti berikut,Jika seorang Islam mengucapkan selamat Deepavali atau seumpamanya dengan iktikad untuk mengiktiraf perayaan tersebut sebagai benar dan sah dalam neraca keagamaan, maka perbuatannya itu adalah bercanggah dengan syariah Islam.Jika ucapan tersebut dilakukan tanpa niat atau iqt[...]



Seorang Ustaz dari keluarga Hindu menciertakan bet...

2008-10-28T09:32:00.000+08:00

Seorang Ustaz dari keluarga Hindu menciertakan betapa ugama Hindu ini mempunyai banyak ajaran Islam yang telah diselewengkan termasuk tentang Nur semesta Alam ini.
Pemujaan berhala sendiri dilarang dalam kitaba agama mereka dan juga kepercayaan kepada banyak tuhan sendiri tidak wujud.
Semua ini samalah seperti ulamak silah yahudi yang mereka-reka cerita dalam kitab Talmud mereka yang menghina dan merendahkan martabat para Nabi. Akhirnya Toaurat itu sendiri telah rosak dan dicanouraduk mengikut hawa nafsu mereka.
Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dari golongan munafik yang sedang giat menggadaikan Quran demi nafsu mereka. Amin.



Makasih udah berkunjung ke blog-ku ..:)

2008-10-28T09:29:00.000+08:00

Makasih udah berkunjung ke blog-ku ..:)



menarik betul cerita pertama tu. cita2 saya untuk ...

2008-10-27T23:18:00.000+08:00

menarik betul cerita pertama tu. cita2 saya untuk habiskan hikayat ramayana tak pernah kesampaian.



DAILOG DEEPAVALIDeepavali itu seperti apa bentuk p...

2008-10-27T11:00:00.000+08:00

DAILOG DEEPAVALI

Deepavali itu seperti apa bentuk perayaannya?

Saya pernah mendengar bahAwa di Nepal Deepavali merupakan hari besar umat Hindu dan dirayakan selama 10 hari berturut-turut. Ada yang punya cerita atau pengalaman dalam acara atau perayaan tersebut?

JAWAPAN 1

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut agama Hindu diseluruh dunia & merupakan hari cuti di India & Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang berarti cahaya dan perkataan "Gavali" yang berarti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (Antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya (Festival Cahaya).

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan & semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka


Menurut buku panduan wisata, Little India sangat ramai pada saat perayaan Deepavali, yang merupakan perayaan paling utama umat Hindu, atau Lebaran menurut istilah kita. Deepavali menandai kemenangan sifat baik atas sifat jahat. Seperti yang boleh disaksikan di film-film Bollywood, pada perayaan Deepavali banyak rumah menyalakan lampu minyak kecil untuk menyambut cahaya dan keberuntungan. Kerana itu, perayaan ini disebut juga Festival of Light.

JAWAPAN 2

Deepavali disebut juga Diwali, adalah hari raya umat hindu, jadi tidak hanya dirayakan di Nepal, tapi juga di Malaysia maupun India. Pada sejarahnya, Diwali awalnya merupakan perayaan panen terakhir dalam satu tahun sebelum musim dingin, namun pada perkembangannya juga dijadikan ajang memperingati kemenangan kekuatan cahaya atas kegelapan.

Perayaan dan tanggal perayaannnya di setiap negara menjadi sedikit berbeda satu sama lain disesuaikan dengan kultur masing-masing. Namun biasanya tidak terlalu jauh perbedaannya. Di nepal sendiri tahun 2007, Deepavali dirayakan pada 9 November, dan berlangsung selama 3 hari.

Di Malaysia, perayaan ini dilaksanakan dengan membersihkan rumah dan menghias jendela serta atap rumah dengan lampu-lampu dari tanah liat agar pada malam hari cahaya menerangi rumah mereka. Dengan ini diharapkan Dewi Lakshmi, Dewi kesuburan dan kemakmuran umat Hindu, datang ke rumah mereka dan memberkati mereka.

Demikian sebagai tambah makluman.

Abu Hafsin.KL



Bagaimana Hukum Menyambut Deepavali Dari Sudut Aga...

2008-10-27T10:34:00.000+08:00

Bagaimana Hukum Menyambut Deepavali Dari Sudut Agama Islam?

Perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat Islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman,
“Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)
Justeru, umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku Muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama ‘wish’ dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (al-Isra’, 17: 36)
Kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

Bagaimana cara terbaik untuk membalas ucapan dari non Muslim?

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut? Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.
Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non Muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Menurut Imam as-Suyuti : Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka untuk menzahirkan perayaan mereka”. (As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas: “Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”Dari Eropah, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropah (Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`)

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata: “Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”. - http://asyrafaziz.blogspot.com / http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
Sekian untuk makluman.

Ahmad Maulana.KL.



Satu pendekatan dakwah yang baik. Cuma cerita itu ...

2008-10-27T10:10:00.000+08:00

Satu pendekatan dakwah yang baik. Cuma cerita itu memnunjukkan seolah-olah AS menjamin kebebasan beragama Islam di sana.

Apakah benar begitu di AS?