Subscribe: ...: Coretan Sebuah Perjalanan :...
http://aqustatic.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Indonesian
Tags:
adalah  akan  apa  dalam  dari  dengan  ini  itu  kepada  lelaki  mereka  saya  tak  telah  tetapi  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: ...: Coretan Sebuah Perjalanan :...

...: Coretan Sebuah Perjalanan :...





Updated: 2016-09-29T14:19:23.405+08:00

 



10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

2010-08-30T14:07:34.113+08:00

Artikel di bawah adalah kutipan langsung dari laman sesawang Haluan PalestinSeorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum [...]



Ramadhan 2 Zaman...

2010-08-27T15:26:52.240+08:00

(image)

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama...
Natijah berbeza...

Ramadhan mereka gembira cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman...

Mereka gembira
Kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur Al Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur...

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga...



Kelebihan Ayat Kursi...

2010-03-30T01:15:07.274+08:00

(image) Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari? Sabda Rasulullah s.a.w, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."


Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda s.a.w Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.




Bergayut Untuk Ke Sekolah

2010-08-30T14:04:01.427+08:00

(image) Petikan dari Kosmo Online

BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.

Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.

Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.

Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi

* Betapa beruntungnya kanak-kanak di Malaysia...



Ayat Lazim Seorang Wanita...

2010-02-11T11:28:46.866+08:00

FINEIni la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai.LIMA MINITIni sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.TAKDE APA-APAIni bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga. Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.PERGILAH! (dengan kening terangkat)Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.MENGELUH YANG KUATIni sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.MENGELUH YANG PERLAHANLagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.OKAY LAHIni adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.BUAT LAHSatu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.TOLONGLAHIni bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.TERIMA KASIHSeorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.TERIMA KASIH BANYAK-BANYAKIni banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.* Petikan Blog Omar[...]



Kenangan Zaman Sekolah...

2010-02-10T00:09:32.970+08:00

(image) Perbualan Bersama Pelanggan
Dialog 1 :
Bang, saya fotostat banyak ni. Takkan boleh kurang.

Dialog 2 : Murahnya, sekeping 5 sen je. Baki tu abang ambil jela.

Dialog 3 : Bang, saya nak buat 2 dalam 1 je ek. Cikgu suruh. Dapat jimat sikit.

Dialog 4 : Kenapa tak jelas ni? Awak gelapkan sikit boleh?

Dialog 5 : Bang, bagi resit boleh? Nanti kawan-kawan tak percaya pulak.

Dialog 6 : Nasib baik awak buka kedai fotostat di sini. Senang kami. Tak perlu susah-susah fotostat di luar.

Dialog 7 adalah dialog paling “sengal”.

Saya berkata “Maaf dik, elektrik takde la. Mesin tak dapat jalan. Tengok kelas tu pun tiada elektrik”. Adik itu membalas “Ala bang, saya nak guna cepat ni. Takkan tak boleh tolong. Saya membalas di dalam hati “mesin ni guna elektrik la, bukan bateri”

Dialog-dialog di atas adalah rutin seharian yang saya tempuh kecuali dialog yang ke 7. Dialog ke 7 dialami sewaktu Sekolah Menengah Paduka Tuan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Pengalaman Sepanjang Hayat
Bekerja sementara dengan menempuh suasana persekolahan mengingatkan saya kepada kenangan sewaktu zaman persekolaan. Mungkin suasananya berbeza kerana sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 6 saya bersekolah di sekolah arab, namun demikian karenah para pelajar sekolah menengah biasa boleh membuatkan sesetengah guru pening dan sakit jantung.

Ada juga guru yang meluahkan bahawa mereka rasa terbeban dengan karenah para pelajar. Bahkan juga jika terdengar para guru ini dimaki adalah perkara biasa. Tidak mengira lelaki maupun perempuan.

Cuti berbaki saya hanya tinggal sebulan setengah sahaja lagi, sedangkan kerja yang sepatutnya saya laksanakan belum dapat saya sempurnakan. Kenapa? Tidak mempunyai masa, ruang dan peluang. Tetapi saya merancang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan sepenuhnya, walaupun jadual agak padat dengan pelbagai agenda yang telah dirancang dan diterima. Insya-Allah.

Pernikahan Kawan2
Dalam tempoh bercuti juga, saya dapat menghadiri majlis perkawinan 2 orang kawan saya iaitu Ustaz Ahmad Zainan dan Ustaz Mohd Faiz Abidin dan yang bakal menyusul Ustaz Zarul Salleh, Ustaz Mohd Ridwan Roslan dan Ustaz Mohd Rasul Amat Al-Hafiz. Ramai juga yang Tanya “Hai, asyik pergi majlis orang je, kau tu bila pula?” “Kawan2 ada yang dah ada anak, kau tu je masih belum berkawin”. Saya menjawab,” Masih belum ada rezki la. Lagipun aku belum habis belajar lagi. Si dia tu pun masih belajar lagi la”. Namun hakikatnya, masih belum dapat lampu hijau dari mak saya sendiri yang mengenakan syarat supaya dah ada kerja, baru boleh memasang hajat untuk berkahwin.



Seadainya Perempuan Tahu Hal Yang Sebenarnya…

2010-01-13T22:10:32.644+08:00

(image) 1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

* petikan dari blog Ustaz Ridzuan



Pengalaman "Bekerja" Sebelum Bekerja...

2010-01-12T20:39:45.135+08:00

(image) Hari ini hari kedua saya bekerja secara sambilan kerana "bercuti" di Malaysia. Bukan bercuti suka-suka, tetapi kerana nak siapkan skripsi. Ini juga adalah pengalaman kedua saya bekerja secara sambilan. Pengalaman pertama di nurseri @ kedai bunga pada tahun 2001.

Apa Itu Skripsi?
Ramai kawan yang tanya "Apa itu skripsi?" Pengertian skripsi menurut buku Pedoman Penulisan Skripsi & Karya Ilmiah yang telah diterbitkan oleh IAIN Press adalah karangan dalam bentuk karya tulisan ilmiah yang disusun berdasarkan hasil penelitian oleh seorang mahasiswa dalam rangka penyelesaian studi tingkat Sarjana program strata satu (S1) atau di dalam istilah di Malaysia lebih dikenal sebagai tesis.

Kerja...
Kerja apa dan di mana? Kerjanya adalah menjaga kedai fotostat di sekolah Menengah Paduka Tuan. Memberikan perkhidmatan fotostat di sekolah menengah adalah hal yang tidak saya jangkakan sebelum saya pulang bercuti di Malaysia. Pada hari pertama, saya menolong kawan saya membuka pameran buku di Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam.

Seronok apabila hidup di kelilingi dengan buku-buku. Melihat kepada pameran buku tersebut, saya terus terkenang kepada mata kuliah Wirausaha yang dipelajari di Semester Lapan, Kuliah Syariah, Institut Agama Islam Negeri, Sumatera Utara. Setiap pelajar diminta membuat kertas kerja mengenai rancangan perniagaan (bisnes planning) yang diminati. Saya telah memilih untuk membina empayar perniagaan kedai buku yang besar. Namun itu semua hanya perancangan.

Bercuti...
Jumaat ini adalah genap 2 minggu saya bercuti di Malaysia. Saya pun masih berkira-kira untuk mencari masa yang sesuai untuk membuat penelitian bagi menyiapkan tugasan skripsi. Penelitian pertama di Yayasan Pembangunan Keluarga dan yang kedua di Mahkamah Syariah Segamat.

* menanti hadirnya key chain yang separuh lagi.... hehehehehe. Nur Kasih :)



Mencari Identiti Diri...

2009-12-02T17:10:34.272+08:00

(image) Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...
Selawat Dan Salam atas Rasul Junjungan S.A.W

Ketika Cinta Bertasbih...

Seusai menonton filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB), hati terasa sayu. Bukan kerana jalan ceritanya yang menyentuh perasaan saya, tetapi disebabkan oleh terkenang kembali apa yang saya pernah alami sejak dari 01 Oktober 2002 sehingga 26 Oktober 2007. Hati terasa meronta-ronta ingin kembali ke Mesir. Rindukan suasana pengajian tafaqquh, belajar ngaji dengan Syeikh Azim, dan apa sahaja yang banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Namun, kerana takdir-Nya, saya beralah dan kembali ke Malaysia. Namun saya sedar, saya bukan gagal, tetapi hanya belum berjaya.

Diam tak diam, sudah 2 tahun saya meninggalkan bumi Mesir dan sudah 2 tahun juga saya berjauhan dengan para ulama, tok guru, "sahabat", dan kawan-kawan saya. Tahniah kepada kawan-kawan yang sudah menamatkan pengajiannya pada tahun ini. "Sahabat" saya pula akan menyusul menamatkan pengajian pada 2010. Penantian adalah satu penyiksaan, tetapi saya kagumi semangatnya yang masih lagi tabah dan setia. :)

Aidil Adha 1430 H

Aidil Adha tahun ini adalah Aidil Adha kedua saya menyambutnya di Medan, Indonesia. Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang melimpah rumah. Banyak sungguh daging korban yang diterima berbanding tahun lepas. Namun yang lebih penting lagi, ini adalah tahun terakhir saya berhari raya di perantauan. Saya teringat peristiwa tiga tahun yang lalu (2006). Saya pernah berniat untuk membuat korban pada tahun 2007 dengan hajatnya untuk menyembelih
sendiri. Tetapi, semuanya berkubur sekelip mata kerana terpaksa pulang ke Malaysia pada 2 minggu selepas Syawal. Hanya Allah yang tahu betapa remuknya hati saya di saat itu. Rezeki saya bukan di Universiti al-Azhar as-Syariff, Kaherah tetapi rupanya di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan.

Skripsi

Saya kini meniti detik terakhir untuk menamatkan pengajian sebagai seorang sarjana. Namun, masih lagi diuji dengan masalah skripsi. Ada kawan-kawan yang sibuk menyiapkan skripsi kerana sudah mendapat pembimbing.Tetapi saya masih lagi menanti untuk diterima judul. Kerana kesilapan diri yang kurang peka, telah mengakibatkan tajuk pertama ditolak mentah-mentah sewaktu seminar proposal. Belajar dari kesilapan boleh membantu kita membuat yang
terbaik.

Tetapi hari ini, 02 Disember 2009 tajuk saya telah diterima. Walaupun hampir2 ditolak, namun akhirnya diterima dengan pembaikan judul serta penambahan data dan contoh2 permasalahan yang ditimbulkan... Perihal skripsi akan saya ulas pada entry seterusnya...



Pantun Tudung...

2009-12-02T17:11:04.933+08:00

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...Selawat Dan Salam atas Rasul Junjungan S.A.WMencari Idea...Tengah memikir-mikir nak tulis entry terbaru, sambil tengok-tengok hasil penulisan orang lain, tiba-tiba saya terjumpa sebuah pantun nasihat yang dipanggil Pantun Tudung. Mungkin ada yang boleh diambil pengajaran daripadanya.....Mungkin ada yang memandang enteng terhadap pantun ini, namun yang penting isinya dibaca dan diambil pengajaran sebagai didikan kepada diri sendiri...Pantun Tudung...Tutup aurat satu tuntutan,Dalam keluarga wajib tekankan,Kalau keras hati gunalah rotan,Demi melaksanakan perintah Tuhan.Aurat ditutup mestilah lengkap,Tudung litup termasuk skap,Mini telekong pun org cakap,Elok dipandang tak payah pun 'make up'.Berbaju kurung bukanlah mengurungLebih elok jubah jika direnung,Kaki pula eloklah bersarung,Agar syaitan susah nak bertarung.Kalau wanita menutup aurat,Org jahat tk berani ngorat,Bahkan boleh menjadi ubat,Org memandang boleh bertaubat.Pakaian modern memanglah hebat,Harganya mahal walaupun ketat,Walaupun cantik tapi singkat,Orang memakai pun nampak pusat.Berseluar ketat baju pun ketat,Jarangnya pulak boleh dilihat,Orang yg memakai memanglah dipandang jahat,Dimurka oleh Allah, Rasul & para malaikat.Apa yang aneh bila dipandang,Lengan pendek tapi bertudung,Nampak seperti orang yang kudung,Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.Lagilah aneh bila difikir,Baju kebaya tudung berukir,Nampak dada iman terjungkir,Kain terbelah peha terukir.Bila ditanya kenapa begitu,Dia kata fesyennya dah macam tu,Di dalam hati niat tertentu,Menggoda jantan sudah lah tentu.Menutup aurat boleh berfesyen,Tapi jangan menunjuk eksyen,Sesuaikan diri ikut profesyen,Kalau dilaknat tak guna sesen.Kalau nk "Make Up" biarlah padan,Jangan terlebih bila berdandan,Minyak wangi juga fikirkan,Bedak & gincu sekadar keperluan.Kasut tinggi cuba jauhi,Kerana ia melahirkan bunyi,Boleh menarik perhatian lelaki,Perbuatan ni dibenci Ilahi.Apatah lagi menghentakkan kaki,Menarik perhatian orang laki2,Melenggok punggung membinasakan diri,Ustaz melihat pun separuh mati.Buat apa nak tayang jambul,Kecantikan tak usah ditonjol2,Mahkota disimpan tak jadi bisul,Memakai tudung Islam tersimbol.Seloka ku ni bukanlah jahat,Cuma saja mau peringat,Kepada semua para sahabat,Terutama sekali rakan sejawat.Kalau nak ikut nasihat ni,Jangan bertangguh ubahla diri,Benda yang baik tak payah diuji,Akan terserlah akhlak terpuji.Kepada semua kawan lelaki,Jangan tergelak wanita diperli,Keluarga kita tak terkecuali,Terutama sekali anak & bini.Sudahkah kita tanamkan iman,Menutup aurat sepanjang badan,Ke sana sini dilindungi Tuhan,Keluarga menjadi contoh teladan.Setakat ni seloka kami,Harap dapat menghibur hati,Apa yang baik hendaklah ikuti,Kalau boleh besok amali.[...]



Di Jalan Dakwah Aku Menikah.....

2009-12-02T17:11:43.879+08:00

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...Selawat Dan Salam atas Rasul Junjungan S.A.WMencari Judul...Hampir-hampir aku berputus asa. Teman-teman serumah semuanya sudah diterima judul. Tetapi aku? Masih terkapai-kapai mencari judul skripsi yang sesuai. Kenapa ye? Dugaan demi dugaan, sedangkan masa semakin suntuk. Kaffarah kepada diri supaya selalu muhasabah dan memperbaiki setiap kesalahan.Dalam setiap perjalanan, jika tidak ada halangan, sudah pasti sampai ke destinasinya. Cepat atau lambat, bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang kita memang dah merancang dengan baik, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Jika bukan kesalahan kita, disebabkan orang lain kita pun boleh tergendala. Tetapi, kita masih boleh berusaha.Di Jalan Dakwah Aku MenikahDi Jalan Dakwah Aku Menikah adalah judul buku yang sedang aku baca ketika ini. Sebuah karya hasil tulisan Ustadz Cahyadi Takariawan. Orang akan memAndang sinis jika melihat pada tajuk, tetapi hakikatnya banyak perkara yang boleh dipelajari daripadanya. Ingin saya nukilkan sedikit isi dari hasil pembacaan saya (sebab belum habis membacanya). Bukanlah dari hasil tulisan Ustadz Cahyadi, tetapi adalah nukilan isteri beliau iaitu Ibu Ida Nur Laila di dalam kata pengantarnya. Saya telah edit sedikit untuk memudahkan ia difahami.Ibu Ida Nur Laila telah menulis di dalam buku ini dengan :Menikah, sepertinya indah dan penuh bunga-bunga harapan. Memulai hidup berdua dengan seseorang yang (akan) kita cintai sepenuih hati. Membingkai ibadah dalam sebuah rumah tangga, satu keindahan yang tak bisa diungkap dengan kata-kata.Tetapi nikah juga menyiratkan segurat kekhawatiran. Mungkinkah ada seseorang yang “tepat” bagi saya? Bukan hanya tepat dalam pAndangan fisik duniawi, tetapi tepat dalam semangat dan cita-cita untuk senantiasa produktif berkarya bagi umat.Pernikahan adalah sebuah fase dalam kehidupan manusia. Pernikahan bukanlah terminal terakhir, bahkan ia menjadi awal bagi sebuah proses perubahan. Artinya, janganlah Anda berharap akan menemukan seseorang dengan segala sifat kesempurnaan sesuai idealitas yang Anda bangun. Bahkan jika Anda agak lambat mendapat pencerahan, proses perubahan atau pembalikan menuju kebaikan, bisa saja dimulai setelah beberapa waktu pernikahan berjalan. Tak ada kata terlambat. Hanya saja jika salah pilih, prose situ akan berjalan lambat, atau bahkan akan bergeser dari arah kebaikan.Anda jangan hanya ingin “terima jadi”, bahwa seorang ikhwan yang ideal, atau akhawat yang sempurna, datang kepada Anda dan memenuhi segala criteria yang Anda harapkan. Tetapi Anda harus rela dan berani untuk bersama-sama membangun peribadi yang diharapkan. Menerima tidak hanya pada kelebihannya, tapi juga pada kekurangan yang pasti ada padanya, sebagaimana juga ada pada Anda. Yang penting Anda mantap bahwa ia yang terpilih adalah seorang yang memiliki visi dan misi yang sama.Itulah antara apa yang telah dicoretkan oleh Ibu Ida Nur Laila di dalam buku tersebut. Ingin dijelaskan bahawa jika kita mahukan yang terbaik, kita mestilah menjadi yang terbaik. Bagaiman caranya, jawapannya ada pada diri masing-masing.*Adakah saya boleh menjadi yang terbaik untuk .......?[...]



Mencari Arah...

2009-11-03T21:17:09.423+08:00

(image) 1. Kecewa kerana proposal kene tolak sebab tak berkait dengan jurusan Ahwal Syakhsiah, jadi kene buat tajuk baru.

2. Pening nak buat proposal baru, agak2 apa tajuk yang sesuai?

3. Masa aku bentang proposal, kene soal dari 4 sudut (wakil dari Jurusan Muamalat, Jinayat, Ahwal Syakhsiah dan Sekretaris Jurusan Ahwal Syakhsiah), tapi time kawan2 selepas tu, mereka disoal dari 2 sudut (Ahwal Syakhsiah dan Sekretaris Jurusan Ahwal Syakhsiah) sahaja. Rezeki mereka.

4. Kepimpinan MPMM sudah berubah. Tunggu2 juga parasit2 yang banyak cakap dating, tapi tak berani tunjuk muka. Yang datang membising pun, rupanya tak bayar yuran. Tak layak untuk mengikuti persidangan. Sama je dengan Pengerusi Tetap. Tak berkredibiliti langsung.

* akhirnya budak2 UMNO yang kuasai melalui boneka mereka. Abis budak2 pro mahasiswa sendiri tak turun padang mengundi calon mahasiswa...



Sistem Pesanan Ringkas (SMS)...

2009-10-27T22:27:18.524+08:00

(image) Selawat dan salam atas Rasul Junjungan s.a.w

Short Messages System atau Sistem Pesanan Ringkas lebih dikenal dengan SMS sangat sinonim dengan kita. Jika 10 tahun yang lalu, hanya golongan yang agak berada ataupun mewah memiliki kemampuan bertelefon bimbit, namun kini ianya adalah satu keperluan. Bahkan juga ada yang mampu untuk memiliki lebih dari satu unit telefon bimbit yang mempunyai nombor jaringan yang berbeza.

Saya geram apabila orang yang saya mesej tidak membalas ataupun lambat membalas. Saya tidak suka lambat balas mesej kerana saya tidak mahu orang tertunggu-tunggu, begitu juga saya tidak suka orang lambat membalas mesej saya kerana saya tidak suka menunggu. Sebab itu apabila berjanji dengan orang dan orang tersebut tidak menepati janji atau lewat, saya tidak akan berurusan dengannya perihal yang melibatkan masa melainkan orang itu memang sudah berubah kepada orang yang menepati masa.

Mungkin alasannya kredit tidak ada, tetapi saya sebenarnya memang susah untuk menerima alasan tersebut. Entahlah. Ada sesetengah orang jika nak mesej atau membalas mesej kawan sejenis bukan main susah, tetapi jika yang berlainan jenis, cepat pula bertindak. Bahkan yang lebih teruk jika saudara kandung punya mesej diabaikan tanpa respon, tetapi yang kawan pula lebih diutamakan. Tetapi yang lebih malang lagi apabila mesej untuk ibu atau bapa diambil mudah berbanding kawan-kawan.

Entry ini bukanlah berniat untuk ditujukan kepada sesiapa, tetapi saya nak luahkan ketidak puashatian saya di dalam blog ini kerana blog ini adalah blog saya dan saya bertanggungjawab dengan apa yang saya tulis….



Terima Kasih...

2009-10-19T11:44:11.508+08:00

(image) Selawat dan salam atas Rasul Junjungan s.a.w

Membaca komen dari Fairuz di atas komennya melalui entry saya Menuju Garis Penamat… membuatkan saya tersenyum. Rupa-rupanya masih ada lagi kawan yang sudi membaca blog saya. Huhuhuhu. “Maaflah Pai sebab ambil headernye je….. Kau pun tau yang aku ni memang jenis cerewet orangnya…”

Fairuz telah membantu saya membangunkan kembali blog saya yang telah dijelmakan semula. Tetapi alamat url nya masih yang sama, tetapi tak banyak yang berubah. Tapi isinya masih entah apa-apa entah….. Memang tahap kerajinan saya untuk update telah hilang entah ke mana. Sehinggakan mendapat teguran dari Najmi, Fairuz, Akhmal, Firdaus Sulaiman (walaupun dia lagi lama tak update), Noreha dan lain-lain yang saya tak ingat namanya.

Melihat kepada kawan-kawan yang rajin mengupdate blog membuatkan saya cemburu, terutamanya kepada Akhmal. Rajin betul mamat sorang ni. Jika dihiris lengannya, mungkin darah hijau yang akan mengalir. Saya doakan semoga semangat dan roh perjuangan yang ada padanya akan istiqamah dan tidak luntur seperti kawan-kawan yang pernah saya kenal. Allah yang memberikan hidayah, namun sekiranya hati kita dipalingkan dari jalan-Nya, hanya Allah yang tahu sebabnya.

Namun, apabila telah setahun mengharungi kehidupan di bumi Indonesia ini, banyak yang telah saya pelajari. Sebelum-sebelum ini, saya tertanya-tanya juga kenapa Indonesia kerap kali dilanda bencana. Semasa belajar di sekolah menengah dulu, memangla Indonesia ini termasuk di dalam lingkungan Negara yang berada di jaluran gempa bumi. Tetapi, hanya kebelakangan ini dapat disaksikan kekerapan berlakunya bencana alamnya. Tapi kini, saya sudah mula mendapat jawabannya, iaitu Islam Liberal. Saya akui aliran Islam Liberal semakin kuat di sini, tetapi hal ini akan saya rungkaikan dalam entry yang berikutnya.

Keterbatasan waktu kerana skripsi dan lain-lain urusan yang terpaksa diharungi.Maaf zahir batin.
Wassalam… adios



10 Hak...

2009-10-19T13:06:19.480+08:00

(image)
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.
Iaitu : Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu : Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Menuju Garis Penamat...

2009-10-15T13:36:55.601+08:00

(image) Alhamdulillah, pada 13 Oktober 2009 yang lalu, tajuk skripsi saya telah diterima oleh Ketua Jurusan Ahwal Syakhsiah, Kuliah Syariah. Nampak macam mudah, tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu.

Sebanyak 2 judul yang telah diajukan yaitu (1) Penyelewengan Perhubungan Antara Lelaki dan Perempuan Serta Dampak Negatifnya Kepada Moral Masyarakat dan (2) Peraturan/Enakmen Pusat Zakat majlis Agama Islam Negeri Johor tentang Tatacara Pelaksanaan Pembayaran Zakat Melalui Sistem Potongan Gaji di Johor Darul Takzim.

Saya Merancang, Tapi Allah Juga Merancang…

Pada mulanya, saya memang berkeyakinan bahawa tajuk pertama akan diterima. Oleh kerana itu, bahan2 yang berkaitan sudah ku bawa dari Malaysia. Manakala tajuk yang kedua adalah sebagai tajuk alternatif sekiranya tajuk pertama sudah pernah dibahaskan. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya dengan tajuk yang kedua pula diterima oleh pihak jurusan. Ini adalah kerana tajuk tersebut dikatakan menarik untuk dikaji disebabkan system ini masih lagi belum digunakan di Indonesia.

Setelah judul diterima, peringkat seterusnya adalah penyediaan proposal untuk dibahaskan oleh Senat Penilai Skripsi sebelum mahasiswa diberikan pembimbing bagi membimbing di dalam pengisian bahan skripsi dan bimbingan kesesuaian bahasa yang digunakan.

Jadi, selepas ini seandainya ada yang mencari atau cuba menghubungi saya, tetapi tidak dapat, anggaplah saya berada di luar kawasan kerana sibuk menyiapkan skripsi. Tetapi sekiranya ada yang berhajat membantu memberikan metode @ bahan2 yang boleh menyumbang kepada penghasilannya, boleh berhubung terus kepada saya di email ini atau +6287868655700. Harap2 kepada sahabat2 seperti Fairuz dan Firdaus dapatlah membantu saya.

Wassalam.

• Penghasilan skripsi adalah tahapan terakhir yang mesti dilalui oleh mahasiswa setelah menghabiskan kesemua mata kuliah bagi memperoleh gelar Sarjana. Skripsi adalah karya ilmiah setebal minima 60 muka surat yang mesti dihasilkan oleh Mahasiswa Institut Agama Islam Negeri-Sumatera Utara khususnya dan Mahasiswa yang belajar di Universiti di Indonesia secara umumnya. Jika di Malaysia, ia boleh diibaratkan sebagai tesis.
• Tahniah kepada skuad Johor FC diatas kejayaan mara ke suku akhir Piala Malaysia. heheheheh




Ukhuwah Malaysia-Indonesia Kian Pudar?

2009-10-15T13:37:46.770+08:00

(image) Penulis sudah kembali ke Medan setelah bercuti lebih kurang 3 minggu sempena lebaran. Ramai juga yang tanya bagaimana keadaan di Medan, Sumatera Utara. Adakah keadaan di sana selamat selepas kejadian gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera Barat? Jadi ingin penulis jelaskan bahawa Alhamdulillah keadaan di Medan selamat dan harap2nya akan terus selamat. huhuhu.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana keselamatan bagi rakyat Malaysia yang ada di Indonesia selepas berlakunya provokasi bodoh lagi dungu yang dilakukan oleh media massa Indonesia yang menganjurkan kempen “Sweeping Malaysia” atau “Ganyang Malaysia”. Sehinggakan Malaysia digelar dengan “MALINGSIAL”. Namun apa yang jelas, hanya sebahagian kecil rakyat Indonesia yang tidak berpendidikan terkesan dengan hal yang sedemikian. Namun apa yang jelas sekarang, isu tersebut sudah sedikit reda dan sejuk lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku kepada bahagian Sumatera Barat Indonesia. Mungkin Allah turunkan bala bagi memberikan peringatan kepada mereka.

Sebelumnya, penulis sendiri tertanya-tanya kenapa ada sebahagian kecil rakyat Indonesia yang tergamak menganjurkan kempen menghapuskan orang Malaysia, bahkan ada di antara mereka yang bodoh itu sanggup menghantar surat ugutan bunuh kepada pelajar Malaysia yang belajar di Medan, sedangkan mereka sendiri sepatutnya sedar diri bahawa terdapat ramai bangsa Indonesia yang mencari rezeki, menyara keluarga dan berkelana di Malaysia. Memang diakui terdapat sebahagian kecil di antara bangsa Indonesia yang membenci Noordin Mat Top, Dr Azhari kerana mereka dituduh sebagai pengganas sedangkan pada pandangan sebahagian dari mereka kedua-dua merekan ini dianggap sebagai wira dan mereka mati dalam keadaan syahid. Wallahu A’lam….. Akan tetapi, hal2 seperti tarian Pendet, Reog Ponorogo, batik, dan hal-hal lain tidaklah sepatutnya dijadikan sebagai sebab utama untuk dijadikan alas an untuk berperang dengan Malaysia.

Di sini penulis ingin memetik tulisan Ahmad Muhajir yang telah disiarkan di dalam akhbar Harakah versi cetak bilangan 1476 edisi Jumaat yang secara ringkasnya menyebut bahwa memang terdapat sebahagian kecil Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang membawa maslah sosial dan keharmonian masyarakat Malaysia, namun adalah perlu diketahui bahawa kedatangan mereka yang baik-baik banyak membantu proses pembangunan Malaysia, terutama dalam bidang pembinaan dan perkebunan.

Apa yang jelas kini, Malaysia tidak mempunyai sifat dendam terhadap Indonesia. Hal ini dapat dilihat selepas kejadian gempa baru-baru ini di Sumatera Barat yang mana Malaysia adalah antara Negara terpantas menghulurkan bantuan kemanusiaan. Itu belum lagi dilihat sumbangan dari masyarakat Malaysia yang bertali arus tanpa “mengambil hati” atas apa yang telah dilakukan oleh sebahagian kecil masyarakat Indonesia.

Semoga apa yang dicanang-canang selama ini bahawa Malaysia dan Indonesia adalah Negara serumpun direalisasikan tanpa ada rasa prejudis dan dendam kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain…..

Islam Memimpin Perubahan….



Selamat Hari Raya Aidilfiti...

2009-09-20T01:33:17.189+08:00

(image)
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin...





Pergaulan Bebas...

2009-09-23T01:30:23.190+08:00

(image) Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah bersendirian dengan perempuan lain. Yang dimaksudkan dengan perempuan lain iaitu bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untu selama-selamanya seperti ibu, saudara dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w bersabda sebgai berikut : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-sekali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” Riwayat Ahmad.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurtubi dalam menafsiri firman Allah s.w.t yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang ertinya :
“Apabila kamu meminta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu. "

Maksudnya adalah perasaan-perasaan yang timbul dari orang lelaki terhadap orang perempuan dan perasaan orang perempuan terhadap orang lelaki. Cara seperti itu lebih mudah untuk menghilangkan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dala hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu, menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.



Berkawanlah Dengan Orang Berjaya...

2009-09-23T01:30:08.754+08:00

(image) Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "Kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya".

Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.

Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa...



Adab Menuntut Ilmu...

2009-11-07T23:54:45.990+08:00

(image) Telah berkata al-Imam as-Syafie r.a : Aku mengadu kepada guruku, Waqi' akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat.

من حفظ على الآداب حفظ على السنن, ومن حفظ على السنن حفظ على الفرائض, ومن حفظ على الفرائض كتب له الايمان ومات عليه

"Siapa yang menjaga adab maka dia telah menjaga sunnah (amalan-amalan sunat). Dan siapa yang menjaga sunnah maka dia telah menjaga fardhu (amalan-amalan fardhu). Dan siapa yang menjaga fardhu maka akan dituliskan kepadanya keimanan dan dia akan dimatikan bersama-sama iman."

Di antara adab2 menuntut ilmu :
Imam Al-Ghazali telah menggariskan lapan Adab Penuntut Ilmu di dalam kitabnya Bidayah Al-Hidayah:

Jika kamu seorang pelajar, maka adab pelajar bersama guru adalah :

1- Memulakan (perbicaraan atau pertemuan) dengan salam
2- Mengurangkan bercakap ketika bersama guru.
3- Tidak mengatakan apa yang tidak disoal (atau diminta) oleh gurunya.
4- Tidak bertanya sebelum meminta izin darinya.
5- Tidak berkata untuk menyanggah kata-katanya. Contohnya: "Telah berkata seseorang berbeza dengan apa yang kamu katakan". - maksudnya, jangan berkata mengenai pendapat, pandangan atau kata-kata yang berbeza daripada pendapat guru.
6- Tidak menunjukkan tentang perbezaan pendapat kamu dengannya. Sehingga menyangka yang kamu lebih betul daripada guru.
7- Tidak bercakap dengan orang lain (hadirin) ketika di majlisnya.
8- Tidak banyak bergerak (ke kiri dan ke kanan). Duduk diam dan tenang penuh beradab seperti ketika solat.
9- Tidak banyak bertanya kepadanya ketika guru letih atau penat.
10- Bangun (berdiri) ketika guru bangun.
11- Tidak mengajuk dengan kata-katanya dan soalan-soalannya.
12- Tidak bertanya ketika guru sedang berjalan kecuali setelah sampai di rumahnya (atau tempat yang dituju).
13- Tidak berburuk sangka dengan perbuatannya walaupun zahirnya salah disisi kita. Sesungguhnya guru itu lebih tahu apa yang beliau lakukan. Seperti yang berlaku antara nabi Musa dan nabi Khidir a.s.