Subscribe: KHASIAT DAN MANFAAT BUAH BETIK
http://khasiatbuahbetik.blogspot.com/rss.xml
Added By: michaelbay123 Feedage Grade B rated
Language:
Tags:
anda  ayam  bahan  bawang  besar  che mat  che  dalam  dengan  guna  hingga  masak  masukkan  mat  saya  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: KHASIAT DAN MANFAAT BUAH BETIK

Buku Resepi Anda





Last Build Date: Thu, 17 Aug 2017 02:56:40 +0000

 



Resepi sayur kobis

Mon, 11 May 2015 14:02:00 +0000


 (image)

Bahan-bahan yang diperlukan adalah sos tiram, garam, bawang kuning, bawang putih. Mula-mula tumiskan bawang kuning bersama bawang putih yang telah dihiris. Setelah pecah minyak, masukkan secawan air atau lebih. Jika suka kuah banyak, masukkan lebih air.

Biar mendidih sedikit. Kemudian masukkan sayur kobis, sos tiram sebanyak 2 sudu besar dan garam secukup rasa.

Biar masak selama 3@4 minit supaya sayur kobis jadi lebih lembut. Jika suka sayur berbunyi rangup apabila dikunyah, cepatkan sedikit tempoh memasak tersebut.

Boleh juga ditambah sotong, daging lembu atau ayam. Jika ingin lebih save budget. Potong 2 batang sosej kecil-kecil dan goreng. Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba!!



Hanya di pasar tani

Fri, 08 May 2015 07:56:00 +0000

Bila saya teringat dan teringin nak makan sayur kampung pasar tani la tempat yang saya pergi sebab macam-macam jenis sayur kampung ada dijual kat pasar tani . Semua sayur-sayur dan ulam-ulam segar sebab baru di petik sebelum dijual . Hujung minggu baru ni masa cuti 1 Mei kami sekeluarga balik kampung di Kuala Klawang . Syukur alhamdulillah seronoknya balik kampung , masa kat kampung cuaca cukup sejuk sebab sekarang ni musim hujan so memang berkabus la pekan Kuala Klawang ni masa awal pagi . Masuk saja pasar tani mata saya terpesona tengok warna hijau sayur-sayur kampung yang segar bugar ni , ikut kan selera semuanya nak di beli hehehe tapi saya beli sayur yang hanya nak dimasak . Alhamdulillah dan insyallah cuti lain kali kita boleh balik kampung dan singgah paar tani ^_^ macam-macam ada......Pekan Kuala Klawang pada pukul 7.30 pagi , berkabus sejuk macam kat Cameron Highland . Tenang dan nyaman . Pekan Kuala Klawang maintain sama saja suasananya , udara bersih dan pekan kecil ni masih sama macam 18 tahun dulu .dari kiri - pucuk tangkis , pucuk paku bara dan pucuk paku tanjungDaun mamanSegar bugar pucuk paku , banyak sungguh pucuk paku sebab sekarang ni musim hujan so memang banyak pucuk paku tumbuh di kawasan kampung . Dulu bapa mertua kutip sendiri pucuk paku bila pergi menoreh getah tapi sejak berhenti menoreh kalau nak makan pucuk paku kami akan beli . Dulu bapa mertua masa masih aktif menoreh getah memang banyak kutip pucuk daun dari kampung macam pucuk paku , pucuk cemperai , cendawan kukur yang sebesar syiling 30 sen , cendawan busut , daun tangkis dan macam-macam lagi . Macam-macam ada huhuh rambang mato den ni tengok , ikut selera semua nak di beli hehePucuk paku dan pucuk selom.Dear hubby beli potai sebab nak masak sambal pucuk kayu Perjalanan pulang ke rumah mertuo den , sojuk cuaca dengan pemandangan yang sangat mendamai kan . Mano nak dapek suasana dan cuaco macam ni kat pokan bosa . Balik kampung kumpul adik-beradik bestnyaaa...Mcam-macam anak pokok dijual kat pasar tani pokan Kuala Klawang ni , amak pokok getah pun ada dijual nasib la den tak boli ^_^Selesai beli barang kat pasar kami singgah  kat kedai makan berhampiran pasar , orang Klawang mesti tau kedai makan ni sebab roti canai kat kodai makan ni memang sodapppp terbaik . Balik kampung baru dapat makan pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis ni . Kat kampung suami den menu pulut ni memang biasa di makan pada waktu pagi kalau kat negeri lain pulut kuning dimakan dengan rendang tapi di sini pulut dimakan dgn sambal tumis ikan bilis yang dimasak campur santan . Selalunya kalau rewang waktu nak kenduri akan dihidangkan sarapan menu pulut dengan sambal ikan bilis .from RESEPI NENNIE KHUZAIFAH http://ift.tt/1InkN6Z[...]



SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA ZAHRA...

Thu, 07 May 2015 16:04:00 +0000

( gambar dari www.benashaari.com )

Masih teringat kegembiraan jiran che mat, Ben Ashaari dan Azila (isteri beliau) menerima kehadiran seorang puteri sebagai pelengkap kehidupan mereka setelah lahir anak 'lanang' mereka sebelum itu (sorry Qhaliff, pak tua mat terlupa hari lahir Qhaliff tempoh hari ). Dan pada saat anda baca entri ini, cukup setahun sudah usia anakanda Zahra Nur Iman. Ini pertama kali pak tua mat tulis entri untuk Zahra. Pak tua mat doakan Zahra diberi kesihatan dan dipermudahkan untuk menjalani kehidupan hingga dewasa nanti. Menjadi anak perempuan, hebat dugaannya, tapi pak tua mat percaya, Zahra, in sha Allah dapat menempuhinya dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Moga Allah swt beri keteguhan iman pada jiwa dan raga anakanda. Sebagai pesanan seorang pak tua pada Zahra, ingatlah, siapa pun kita, di mana pun kita berada dan apa pun kedudukan kita nanti....ibu dan ayah jangan sesekali kita belakangkan....Selamat hari lahir anakanda Zahra Nur Iman Bt Salbani..

~: Pak Tua Mat :~
12.00 a.m bersamaan 8hb Mei 2015 


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1QqkNWN



Chennai Kami Datang

Thu, 07 May 2015 12:23:00 +0000

Sungguh tak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke Chennai kerana jika India, pasti yang terbayang dan yang ada dalam angan angan ialah New Delhi dan Agra. Hmm pastinya Taj Mahal yang merupakan salah satu dari keajabiban dunia yang mesti dilawati. Tapi kesempatan menghadiri seminar di India menjadikan Chennai, bandar pertama di India yang saya jejaki. Saya membawa sekali Juita dan Aween sebagai peneman kerana saya memang risau untuk ke negara seperti India berseorangan diri. Kami menaiki Flight MH 0182 yang sepatut berlepas pada pukul 9.35 pagi tapi telah lewat hampir 30 minit dan bertukar gate sebanyak 3 kali. Kami mendarat di Lapangan Terbang Chennai pada pukul 1.47 petang waktu Malaysia. Iaitu kira kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Perjalanan ke hotel menyaksikan jalan raya yang sibuk, panas dan berdebu. Semasa dalam perjalanan ke hotel, saya mengambil kesempatan melihat keadaan bandar dan masyarakatnya yang kelihatan agak susah berbanding dengan tempat kita di sini. Ramai yang duduk di kaki lima jalan yang berdebu dan kenderaan yang penuh dan bersesak sesak. Melihatkan keadaan ini menjadikan saya merasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah.Kami menginap di Hotel Courtyard Marriott Chennai yang terletak berdekatan dengan tempat seminar. Sesampai di hotel, saya menunaikan solat dan terus mengambil teksi hotel untuk ke T Nagar yang sangat terkenal sebagai tempat membeli belah terutama kain sari. Pelbagai cerita yang tidak enak dibaca mengenai Chennai. Antaranya ialah kesesakan jalanraya yang melampau, kekotoran dan bau serta masyarakatnya yang homeless. Saya bernasib baik kerana pada hari Ahad, jalanraya tidaklah sesak seperti yang saya baca. Kedudukan hotel yang dalam kira kira 10 minit perjalanan sahaja untuk ke T Nagar.Memang best membeli belah di India disebabkan nilai ringgit berbanding Indian Rupee menjadikan harga barang di sana sangat murah. Namun kerana saya ke sana untuk menghadiri seminar menjadikan masa untuk bershopping adalah terhad kecuali hari pertama. Hari hari lain seminar habis agak lewat dan ada lawatan yang sehingga ke malam. Saya pula jenis yang tak berapa suka berada di luar di malam hari. Terasa lain macam jer untuk berada di tempat sibuk di waktu malam.Hari pertama kami menyewa teksi melalui pihak hotel dengan kadar IR1067 untuk selama 2 jam. Pemandunya membawa kami ke Hayagrivas, sebuah kedai yang menjual kain sari. Oleh kerana ianya adalah kedai pertama, jadi saya tak pasti jika ianya lebih murah berbanding dengan kedai lain. Namun begitu, banyak juga saya memborong di situ. Seperti biasalah, bila harganya murah, kita mencari kain yang lebih mahal supaya alah membeli menang memakai. Saya membeli kain sari sutera untuk dibuat baju kurung dipakai sempena hari raya nanti. Dari situ, kami singgah makan briyani di Buhari hotel yang briyaninya sangat sedap walaupun nasi dimakan begitu sahaja. Satu yang saya perhatikan, di sini lauk yang diberikan adalah sangat kecik portionnya menjadikan kita orang Malaysia merasa tak puas makan lauknya. Selepas makan kami le Pothys di mana Aween membeli beberapa helai baju kemeja. Gedung ini sangat besar dengan menpunyai lebih dari 8 tingkat.Pengalaman pertama makan makanan India yang sebelum ini saya tidak berapa gemari adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tapi kerana dah tak ada pilihan, saya terpaksa makan lah juga. Dari sini barulah saya mengenali beberapa jenis makanan India yang sedap. Antaranya ialah Tosai Massala, Paneer paratha, Idli, Idiyappam dan Masalla Teh. Makanan yang disediakan di hotel semasa sarapan juga sangat sedap. Semasa seminar, saya perhatikan nasi yang dihidangkan bersama lauk yang berupa sayuran dan dhal. Lauk seperti ikan atau mutton hanya satu sahaja setiap hari dan itu pun sangat kecik saiz yang diberikan pada setiap orang. Ini bererti makanan mereka sangat ringkas dengan bersumberkan sayuran dan kekacang sahaja.Manakala minuman yang dihidangkan sepanjang seminar iala[...]



SWEET SOUR IKAN BERNENAS

Thu, 07 May 2015 08:11:00 +0000

Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni hari masak ringan2. Errr, bukan hari2 ke che mat masak ringan2. Ada masa kita nak masak menu yang mudah dan cepat. Contoh macam hari ni, che mat tadi dah masak sup petola sama tauhu telur, tapi sebab menu tu mudah sangat, che mat dah kongsikan di Instagram. Anda boleh lihat di instagram che mat di @matgebu . Lepas tu, goreng pulak ikan selar papan sekor. Ikan ni saiz dia agak besar juga, lepas goreng tu, nampak macam biasa2 sangat, macam togel aje. Dan dalam peti sejuk ada baki nenas semalam punya. Ok, jomm kita bikin sweet sour campur nenas. Resipi pun bukan susah sangat, lambakkan apa yang ada dalam kuali, masak dengan sos cili dan sos2 lain...ok siap dah. Nampak pun menarik, rasa dia...ehemm, tentulah sedap. Sesuai ni kalau anda ibu2 bekerja dan balik nak masak menu yang cepat, boleh cuba resipi che mat ni.....Jommm kita memasak!...BAHAN-BAHANNYA :-)1 ekor ikan selar papan (atau anda boleh guna ikan bawal, siakap atau kerapu), siang dan cuci bersih1 camca teh serbuk kunyit*3/4 camca teh garam*1/2 camca teh serbuk lada sulah*1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu1/3 cawan isi nenas yang didadu1 camca besar cili kisar1 camca besar sos plum LIFE2 camca besar sos cili Thai LIFE2 camca besar sos tomato JALEN1 biji bawang besar saiz kecil, belah 4 dan leraikan2 ulas bawang putih, cincang halus1 hirisan nipis halia, cincang halus1/2 cawan air1 biji limau kassturiSedikit sos ikanHirisan daun bawang untuk hiasanCARA MEMBUATNYA :-)Ikan disiang, kemudian cuci bersih. Buat beberapa kelaran  pada ikan tadi. Gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata. Kemudian goreng hingga masak kekuningan. Angkat, toskan minyaknya dan alihkan ke dalam pinggan sesuai. Ketepikan sementara kita bikin sosnya.Panaskan 4 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai, sos plum dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.Masukan nenas dan bawang besar. Masak hingga nenas lembut dan masukkan trafficlight capsicum. Perasakan dengan sos ikan secukupnya. Akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau rata dan rasa (mesti ada rasa masam, manis dan masin), jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan goreng tadi, ratakan dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain... Selamat mencuba!!.from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1EZKNEt[...]



Nasi Ayam Simple Versi Dr Nana

Wed, 06 May 2015 13:35:00 +0000

Entah kenapa saya tidak ada mood untuk memasak kebelakangan ini. Pertamanya kerana anak anak semua diet dan tak nak makan nasi. Keduanya kerana saya sendiri yang tiada mood untuk ke dapur. Entah lah terasanya sangat diri ini kosong dan sepi. Telah lebih dari 2 bulan, saya tidak ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Rasanya sejak Boy memulakan pengajian peringkat Ijazah. Sejak itu juga, hidup saya menjadi begitu sepi dan seperti tidak bersemangat. Beginilah hidup manusia yang ada masa nya suka dan ada masanya duka. Tapi saya akan cepat cepat memujuk hati dan mengingati Allah kerana dengan mengingatiNya sahaja lah hati akan menjadi tenang. Bila dalam keadaan stress, saya akan makan walaupun tidak lapar, saya akan keluar shopping walaupun tak tahu bila kainnya mahu ditempah. Bahaya sebenarnya keluar shopping di waktu stress kerana kita akan membeli sesuatu yang bukan keperluan pun. Sekarang kita masuk bab resepi nasi ayam yang saya mahu kongsikan hari ini pula.Hari ini Nana masuk kerja sebelah malam, jadi dia memberitahu melalui WA famili yang dia ingin memasak nasi ayam untuk dimakan sewaktu berbuka puasa. Memang jadual dan waktu kerja dia agak pelik sedikit. Balik kerja petang dan pukul 9 malam masuk kerja lagi sekali, seolah bekerja 2 shif pula. Hmm mendengar beliau ingin memasak, saya cepat sahaja menyokong. Maklumlah dah lama tak makan di rumah. Jom layan resepi nasi ayam simple dimple tapi sedap dari hasil air tangan anakanda saya. Saya pun tak tahu dari mana Nana belajar resepi ini dan yang pasti ianya lainlah sedikit dari cara saya. Dia lebih yakin bila memasak, semuanya ikut gerak hati dia sahaja tanpa mengikut sukatan tertentu. Sambil dia memasak, saya hanya memerhati sambil mengambil gambar. Dalam hati terfikir, bilalah Nana akan menemui jodohnya bila asyik bekerja sahaja siang malam. Jodoh dan pertemuan semuakan telah ditentukan Illahi. Hmm ayat memujuk hati. Ooops terlebih sudah. OK lah sekarang kita layan resepi yang saya catit dari pemerhatian saya bila melihat dia memasak...Nasi Ayam Dr NanaOleh: Azie Kitchen Kuah Sup3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihSedikit haliaAirGaramKayu manis, bunga lawang, buah pelaga2 biji ubi kentang - potong daduBawang goreng - taburDaun sup - tabur Panaskan air secukupnya. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar. Masukkan garam dan setelah menggelegak, masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak. Angkat ayam keluar dan toskan. Ketepikan sedikit air rebusan ayam untuk memasak nasi.Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau. Masukkan air  rebusan ayam dan masak sehingga menggelegak. Kemudian masukkan pula kentang yang dipotong dadu. Setelah kentang lembut, masukkan bawang goreng dan tabur daun sup.Nasi Ayam3 pot beras - basuh dan tos1 kiub ayam2 ulas bawang merah - hirisKayu manis, bunga lawang, buah pelagaAir rebusan ayam1 helai daun pandan2 sudu majerinPanaskan kuali dan masukkan majerin, setelah panas masukkan bawang dan rempah penumis. Tumis sehingga wangi. Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah ditos. Masukkan daun pandan, kiub ayam serta sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk nasi. Kemudian baru dituangkan air rebusan ayam secukupnya. Masaklah nasi seperti biasa.Ayam MaduAyam MaduKicapSos tiramSedikit minyak jagungSatukan bahan bahan di atas dan lumur pada ayam. Perapkan seketika sebelum digoreng dengan minyak yang banyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Sambal Cili 3 batang cili merah5 ulas bawang putih1 biji limau nipisSedikit air1-2 sudu besar gulaSedikit garamKisar cili, bawang putih, air limau nipis dan sedikit air. Tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.Sambal KicapSos tomatoSos ciliKicapSedikit air perapan ayam, jika sukaSatukan semua bahan dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan.SayuranDaun saladTimu Tomatofrom Azie Kitchen http://ift.tt[...]



LEMAK CILI PADI...WARISAN ORANG REMBAU...

Wed, 06 May 2015 06:41:00 +0000

Assalammualaikum, salam Rabu semua. Hari ni che mat masukkan entri yang sepatutnya beberapa hari lepas punya. Tapi tak berkesempatan dan menu ini che mat masak Jumaat lepas. Lemak cili padi satu menu yang amat2 sinonim dengan negeri tanah adat, iaitu Negeri Sembilan. Pada pendapat che mat orang2 Negeri Sembilan amat2 pentingkan sedara mara atau 'waghih2' (waris2). Macam mana che mat tau, ehemm, datuk che mat (melayu) orang sana (Labu), dari suku biduanda dan uwan (Rembau) dari suku tiga nenek....errr, bertambah pelik kan sebab kat sana ada suku2..yang tu anda boleh google pasal negeri adat pepatih. Lemak cili padi babat sama rebung ni bahan2nya amat mudah dan betul2 mengikut gaya orang nismilan masak. Hanya gunakan cilipadi, kunyit, serai, santan, asam gelugor, garam dan secubit gula. Identiti masakan mereka, kuning, pekat dan pedas. Kalau teringin nak mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram babat, cuci dan toskan*
1 inci halia, diketuk*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*(*direbus hingga babat lembut)
600 gram rebung (boleh guna yang jeruk atau yang segar)
4 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, disiat
2 liter santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
40 biji cili padi kampung
2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan babat yang telah direbus tadi, biar sejuk. Kemudian potong kecil, masukkan ke dalam periuk bersama rebung (kalau rebung jeruk, cuci dan toskan. Kalau rebung segar, rebus 15 minit dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam, kemudian toskan), serai dan bahan2 kisar halus. Kacau rata.
  2. Masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor dan tuang santan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, masukkan daun kunyit. Kacau sentiasa dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna cili padi kampung warna hijau, anda akan dapat masak lemak cili padi yang kehijau2an, kalau guna cili padi masak (warna merah), kuah masakan anda seperti dalam gambar...Kalau tak tahan pedas boleh kurangkan...Selamat mencuba!!


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1DRLbQ6



Malam Anugerah Kurshiah 2015

Tue, 05 May 2015 15:08:00 +0000

Seperti biasa ETHICA, Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menaja meja untuk Majlis Malam Anugerah Kurshiah yang merupakan majlis makan malam tahunan untuk meraikan penghuni kolej. Walaupun dalam kepenatan kerana acara yang tidak putus putus sejak balik dari Chennai, saya gagahkan juga apabila hubby memberitahu yang beliau telah mengesahkan kehadiran saya ke majlis ini. Antara ahli ETHICA yang hadir adalah Dato Mohd Shafie Abdullah, Haji Kamaruddin, Dr Abdol Aziz, Encik Zulkifli dan Adibah, Encik Elias dan Linda Yasmin, Encik Azhar dan Dr Nor Salita serta Puan Yasmin Kamaruddin.Majlis ini dihadiri oleh YBhg Tan Sri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Pada malam ini juga buat pertama kalinya diperdengarkan lagu tema Kolej Ketiga yang telah diberi nafas baru. Di samping itu, diperkenalkan juga maskot baru Kolej Ketiga iaitu Si Kurshiah yang merupakan seekor burung Enggang. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan majlis ditambah seri dengan acara persembahan dari penghuni kolej serta penyanyi jemputan dari kumpulan I Am Neeta. Celoteh 3 orang pengacara majlis yang bersahaja juga membuatkan majlis menjadi sangat meriah dan tidak kering gusi dibuatnya. Selepas majlis, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan sesama sendiri, termasuk bersama Pengetua Kolej Master Jamaludin dan isteri. Kalau tidak kerana majlis seperti ini, agak sukar untuk kami bersua muka. Hanya sekadar berhubung melalui group WhatsApp sahaja.Akhir sekali tahniah kepada pihak penganjur Majlis Malam Anugerah Kurshiah atas pengelolaan majlis yang sangat lancar dan meriah.from Azie Kitchen http://ift.tt/1GYcik5[...]



Di suatu pagi yang nyaman

Tue, 05 May 2015 07:44:00 +0000

Ini lah rutin harian kucing-kucing saya yang suka duduk depan pintu setiap pagi . Releks sambil tengok suasana di luar . Dalam gambar ni hanya ada 5 ekor dari 6 ekor kucing-kucing saya , kucing yang first saya bela ialah Bubu kemudian adik-beradik Oyen dgn abang dia Nestum . Awal Disember 2014 saya jumpa anak kucing di tepi jalan yang basah kuyup dengan sakit mata dan selsema , saya kutip dan bawa balik dans ekarang anak kucing tu dah berumur 6 bulan dan saya bagi nama Boboy . Kucing yang paling bongsu ialah Adora yang saya beli dari sebuah pet shop sebenarnya Adora adalah adik Oyen dan Nestum . di sebab kan sangat adorable saya bagi nama Adora ^_^ So sekarang ni saya dan anak-anak menjaga 6 ekor kucing yang sangat kami sayang dan menjadi penghibur hati kami sekeluarga . Saya share beberapa keping gambar my anak-anak bulus yang gebu gebas ni ^_^

Oyen tak dapat nak sama duduk depan pintu , kat belakang pun jadi la ya Oyen asal dapat releks sama-sama dengan geng ^_^


 Bestnya....


Paling kiri Boboy , Adora , abang sador Nestum , kak Bubu dan yang belakang tu kak Oyen . Love my cats ^_^


 Hai Adora , bulatnya mata tu..


Yang tengah ni la si adorable Adora , gerammmm tengok dia duduk macam tu ^_^



from RESEPI NENNIE KHUZAIFAH http://ift.tt/1R8M0i2



MALAS MASAK?...KITA MAKAN KUEY TEOW GORENG.

Tue, 05 May 2015 07:11:00 +0000

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat cuma nak makan kuey teow goreng saja, tapi bukan yang susah buat, nak yang senang dan cepat. Ok, che mat bikin sesenang boleh, tak guna sambal tumis, tapi guna cili kisar sahaja dan ditambah air rebusan tulang (sebenarnya kuey teow goreng ni sedikit berkuah dan basah). Kalau takde anda boleh guna air biasa saja atau masukkan sedikit kiub pati ayam. Selain tu che mat masukkan udang dan isi kerang, tapi isi kerang kiut sangat, sampai tak kelihatan, puas juga korek2 dan taruk kat atas tapi tetap kurang kelihatan, mungkin kalau anda lihat betul2 akan nampak terselit kat mana2, celah cili jeruk tu ada sekor. Ok lah sebab che mat dalam mood boring sangat, tak boleh nak bebel lama2. Jomm kita lihat resipi mudah ini...Hidangan untuk 2 orang...BAHAN-BAHANNYA :-)200 gram kuey teowTaugeh secukupnya, dibersihkan, cuci dan toskan7-8 tangkai pokok kucai, potong pendek1 camca besar cili kisar1 camca teh petis (otak udang)1 biji telur, kacau sedikit8 ekor udang saiz besar, dibersihkan1/4 cawan isi kerang2 ulas bawang putih, cincang halus2 camca besar kicap lemak manis JALEN1 camca besar kicap pekat JALENSos ikan secukup rasa2 cawan air rebusan tulang lembu (atau boleh guna air biasa + sedikit kiub pati ayam)Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama kuey teow gorengCARA MEMBUATNYA :-)Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah kicap lemak manis dan petis, kacau rata. Masukkan udang dan isi kering. Gaul rata dan masak sekejap.Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan bila telur kental, hancurkan dan gaul rata. Tuang air rebusan, kacau dan biar mendidih. Sederhanakan api, sementara itu, taruk kuey teow dalam tapis dan cuci bawah air paip. Toskan sekejap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata.Masukkan kicap pekat dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Gaul rata. Tambah taugeh dan kucai, kacau hingga mesra, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan cili hijau jeruk. Sedap dimakan panas....Selamat mencuba!!.from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1Ece3TE[...]



Selamat Pengantin Baru Buat Faiq dan Wani

Mon, 04 May 2015 12:38:00 +0000

Sekembali dari Chennai, saya mempunyai jemputan dan jadual yang sangat padat. Ianya bermula dengan majlis pernikahan anak sahabat baik kami, Haji Abdul Nasir dan Dr Sabariah iaitu Faiq dan Wani di Taman Alam Megah sebelah pagi 1 Mei 2015 dan diikuti di sebelah malamnya dengan majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya. Oleh kerana terdapat beberapa kekosongan tempat, saya membawa bersama Nelly, Juita dan Aween bersama ke majlis tersebut.Majlis ini yang walaupun ringkas tetapi sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang berpakaian cantik anika warna. Bila bertemu, pastinya sessi bergambar tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Kali ini kami diminta untuk makan bersama pengantin di meja utama. Makanan yang dihidangkan sangat istimewa dan pastinya sangat sedap dimulai dengan lamb shank dan diikuti dengan nasi briyani dengan beranika lauk pauk dan diakhiri dengan creme brulle sebagai hidangan pencuci mulut.Keesokannya adalah pula majlis meraikan tetamu yang diadakan di rumah pengantin perempuan. Hidangannya memang sangat sedap kerana lauk pauk Kelantan dihidangkan antaranya seperti Gulai Daging Buku Besar, Ayam Percik serta kuih Akok sebagai pencuci mulut. Serasa seperti lama tak makan lauk kenduri di Kelantan, apalagi ayam percik yang telah jarang dihidangkan kepada tetamu di majlis kenduri kahwin kerana ianya agak rumit untuk disediakan dalam jumlah yang banyak, menjadikan saya makan menambah nambah.Akhir sekali, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Faiq dan Wani. Terus terang, saya merasa sangat sebak bila melihat Faiq selamat diijabkabulkan. Saya merasa sangat rapat dengan Faiq dan adik adiknya kerana persahabatan kami dengan kedua ibubapanya sejak di zaman universiti lagi. Saya merasakan mereka seperti anak anak sendiri yang sejak kecil melihat mereka membesar sehingga kini. Sebelah malamnya pula, kami menghadiri Majlis Anugerah Kurshiah, majlis makan malam tahunan Kolej Ketiga Universiti Malaya. Tunggukan entrinya di dalam entri akan datang....from Azie Kitchen http://ift.tt/1PhN8Mu[...]



Laksa Penang Di Kelantan

Mon, 04 May 2015 03:08:00 +0000

Saya mengakui yang kebelakangan ini masa saya agak terhad untuk mengemaskini blog. Jika ada pulak masa, saya yang tiada mood untuk menulis disebabkan perkara perkara yang tidak dapat dijelaskan lagi di sini. Tapi saya akan mencari masa untuk menulis berkenaan perjalanan saya ke Chennai dan juga Majlis Makan Malam Anugerah Kurshiah yang saya hadiri. Kali ini saya ingin berkongsi resepi laksa Penang yang saya sediakan  semasa di rumah kakak selepas terdapat banyak lebihan laksa. Masih menggunakan resepi yang sama di SINI. Sebenarnya orang Kelantan tak ramai yang biasa makan dan menyukai laksa Penang. Kami lebih menggemafi laksa Kelantan yang berkuah lemak, termasuklah saya sendiri. Apa apa pun laksa yang disediskan sendiri lebih sedap dari yang dibeli kerana kita boleh meletak lebih ikan. Hmmm cer tengok betapa banyak nyer ikan di dalam laksa ini.Tanpa melengah lengahkan masa, jom lah kita semak resepi dulu. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya, Puan Yarina yang memang pakar dalam menyediakan masakan utara...Laksa PenangOleh: Azie KitchenBahan bahan:Laksa2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi2 biji bawang besar15 bawang merah2 ibu jari belacan1 senduk cili kisar22 keping asam keping2 bunga kantan - belah 41 ikat daun KesumGaramBahan hiasan:Telur - rebus & belah 2Timun - hirisSalad - hirisBawang besar - hirisCili hidup - hirisLimau kasturi - belah 2Daun pudina - jika sukaCili padi - jika sukaOtak udang - jika sukaCara cara:Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan halus dan separuh pula di blend kasar kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Manakala bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Kenudian akhir sekali ditabur bahan bahan dan sayuran yang dihiris. from Azie Kitchen http://ift.tt/1OSsIic[...]



KERABU PERUT SAMA TAUGEH

Sun, 03 May 2015 07:46:00 +0000

Assalammualaikum, salam Ahad. Jumaat dan Sabtu che mat tak berkesempatan nak mengadap laptop, sibuk dengan urusan lain. Dan hari Jumaat tu ada masak dan sempat juga ambil gambar, Esok in sha Allah che mat masukkan entri tu yea, walaupun dah basi. Hari ni kita lihat resipi yang mudah. Kerabu perut sama taugeh yang mudah dibuat dan cukup sedap dimakan bersama nasi panas dan topup ikan goreng sudah memadai. Katalah anda tak suka taugeh, boleh saja ganti dengan kacang panjang atau kacang botol. Tak pun ganti dengan daun selom. Menggunakan santan pekat sebagai salah satu bahan utama. Tips untuk mendapat kerabu yang sedap senang saja...ikut citarasa anda yang penting dalam setiap kerabu mesti ada rasa pedas, masin, manis dan masam yang seimbang. Dan aroma dari herba2 yang kita gunakan seperti serai, bunga kantan dan limau purut dan sebagainya memberi identiti kerabu. Nak mencuba?...jomm lihat resipi seperti dibawah ini...BAHAN-BAHANNYA :-)300 gram perut lembu (babat) cuci bersih*1 inci halia*3 ulas bawang putih*3/4 camca teh garam*(*disatukan dan rebus hingga babat empuk)2 genggam longgar taugeh, dibersihkan1 biji bawang besar, hiris halus1 kuntum bunga kantan, hiris halus1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja dan hiris halus2 helai daun limau purut muda, hiris halus (jika saiz daun besar, guna 1)5 biji cili padi hijau, hiris halus5 biji cili padi merah, hiris halus2 camca besar kerisik3/4 cawan pati santan3 biji limau kasturiGaram dan gula secukup rasaBAHAN TUMBUK HALUS :-)1 biji cili merah1 biji bawang merah kecil1/2 inci belacan,dibakarCARA MEMBUATNYA :-)Toskan babat, biar sejuk kemudian hiris halus. Satukan bahan tumbuk halus dengan santan. Kacau rata dan masak sekejap, tak perlu sampai mendidih, masak hingga suam, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Taugeh letak dalam tapis dan siram dengan air panas, tos dan biar sejuk.Dalam satu bekas, masukkan hirisan perut, taugeh, bawang besar, bunga kantan, daun limau purut, serai. cili padi dan kerisik. Gaul hingga rata. Masukkan santan yang dimasak tadi dan gaul lagi hingga mesra.Perahkan jus limau kasturi secukupnya (jangan perah semua anda perah 1-2 biji dulu ke dalam kerabu, gaul dan rasa, jika perlu baru tambah lagi). Rasa dan tambah apa yang perlu sama ada garam atau gula. Kemudian boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.... Selamat mencuba!!..from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1GH7IkS[...]



JEMPUT MAKAN MI KARI...

Wed, 29 Apr 2015 07:11:00 +0000

Assalammualaikum, salam Rabu semua. Memandangkan bonda che mat masih dalam mood berpuasa hingga esok (Khamis), jadi untuk makan tengah hari che mat masak mi kari sudah lah, yang senang dan mudah disediakan. Mi kari ada macam2 gaya, dan sebenarnya kita sendiri boleh pelbagaikan cara memasaknya. Kalau tak makan ayam, anda boleh guna udang atau ketam. Boleh guna daging (nak sedap guna daging tetel) dan ayam, macam che mat bikin ni guna ayam dan bebola ikan. Bagi yang takut nak guna santan, toksah khuatir, boleh guna susu cair. Selain mi kuning, anda bebas nak guna mi hoon, kuey teow, spaghetti atau pun mi laksa. Tapi kebiasaannya mi kari paling sesuai guna mi kuning. Che mat guna 2 keping peha ayam bersaiz besar dan bebola ikan kurang lebih 10 biji. Biasanya mi kari tidak lah pedas sangat, setakat rasa pedas ringan2 saja. Perasan tak daun yang kelihatan dalam gambar atas ni, che mat takde stok sawi, tapi daun salad ada, maka ku gunakan saja daun salad sebagai bahan 'hijau2' untuk mi kari, masih ok, masih sedap , kan kita buat dia. Kuah mi kari ada yang suka pekat dan ada yang suka tidak berapa pekat. Che mat lebih suka kuah yang sederhana, kalau pekat sangat dah serupa mi rebus pulak. Biar kuah dia agak cair sedikit tapi bukan cair sangat. Ada yang tambah kentang lecek untuk memekatkan kuah, tapi che mat masukkan buah keras saja. Bahan2 tambahan anda boleh gunakan kerang jika suka, tak jadi masalah ikut selera masing....Bagi yang berpuasa dan tatau nak masak apa petang nanti untuk berbuka, apa kata cuba masak mi kari....in sha Allah pasti ia tidak mengecewakan anda....Resipi seperti berikut.BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI :-)2 keping bahagian peha ayam bersaiz besar, potong kecik, cuci dan toskan10 biji bebola ikan (che mat guna jenama Mushroom)3 camca besar rempah kari daging (baba's)1 camca besar cili kisar*1 batang kayu manis*1 kuntum bunga lawang*2 biji buah pelaga*5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)3 biji bawang merah, hiris2 ulas bawang putih, hiris400 ml pati santan1.5 liter air rebusan ayam Garam dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)6 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1/2 inci kunyit hidup4 biji buah keras, hiris1.2 inci lengkuasBAHAN-BAHAN LAIN :-)Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskanHirisan daun bawangHirisan cili merahHirisan cili hijauTauhu, digoreng dan hirisTelur, direbus, kupas dan belah 2Taughe, dibersihkan, cuci dan tosLimau kasturi, dibelah 2Sawi, dicelur dan toskan (che mat guna daun salad butterhead dan tak perlu dicelur)Bawang goreng secukupyaCARA MEMBUATNYA :-)UNTUK KUAH MI KARI :- Bancuh rempah kari dan bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta rempah tumis (*), masak hingga wangi dan bawang kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masak sekejap.Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air rebusan ayam (atau anda boleh guna 1 kiub pati ayam maggi dan 1.5 liter air). Kacau rata dan biar mendidih dan masak hingga ayam epuk. Masukkan bebola ikan dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar hingga pecah minyak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.UNTUK MI KARI :- Ambik secukupnya mi kuning dan isikan ke dalam mangkuk sesuai. Jika anda guna daun salad, susun daun salad atas mi tadi dan curahkan kuah kari panas atasnya bersama isi ayam dan bebola ikan. Tabur taugeh, hirisan cili merah, cili hijau, daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan perahkan jus[...]



AYAM MASAK MERAH...LAGI!

Tue, 28 Apr 2015 06:08:00 +0000

Assalammualaikum, salam Selasa semua. Bagi yang masih berpuasa sunat bulan Rejab, selamat berpuasa. Hari ni che mat masukkan lagi sekali entri ayam masak merah. Entah kenapa ia mendapat permintaan pulak. Anak buah che mat pun suka, mungkin sebab tak pedas. Cuma bagi yang suka ia manis sedikit, anda boleh tamba gula. Dan gula itu juga salah satu faktor masak merah menjadi 'merah' gelap. Selain ayam, anda bole juga guna daging atau kalau nak test guna udang pun boleh. Tak cuba tak tau yea dak. Masak merah boleh dikatakan femes di Johor dan sering disajikan bersama nasi minyak atau nasi briyani. Makan dengan nasi putih pun sedap. Kali ni che mat guna 1/2 ekor ayam saiz besar dan anda boleh potong ikut suka, jangan lah besar sangat, pada saiz sederhana baru lah comel, tapi ikut saiz ayam yang anda guna. Kalau anda buntu nak masak apa hari ni, jomm cuba masak merah yang muda disediakan ini...BAHAN-BAHANNYA :-)1/2 ekor ayam potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*1 camca teh serbuk kunyit*1/2 camca teh lada sulah serbuk*1 camca teh garam*(*gaul rata dan perap sekejap)1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan2 batang serai, diketuk2 camca besar cili kisar2 camca besar sos cili3 camca besar tomato puree1/2 cawan kacang tanah, goreng sekejap dan toskan1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawangGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaHirisan daun bawang, untuk hiasanBAHAN KISAR HALUS :-)1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 inci halia1/2 inci lengkuasCARA MEMBUATNYA :-)Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembap2 saja. Angkat dan toskan, Cedok keluar minyak dan tinggalkan dalam 1/3 cawan. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan2 kisar dan masak hingga naik minyak.Tambah cili kisar dan sos cili. Kacau rata dan masukkan tomato puri. Kacau dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan kacang tanah dan tuang air (anggaran 1 cawan), biar mendidih hingga pekat sedikit.Masukkan ayam, gaul rata, tambah bawang.p Prasakan dengan garam dan gula secukup rasa (yang ni terpulang pada anda, nak rasa manis, taruk lebih, kalau tak nak, taruk kurang, che mat guna 1 camca besar penuh). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1Kp0ZQe[...]



URAP PEDAS PUCUK TURI

Sun, 26 Apr 2015 12:07:00 +0000

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat kongsikan satu lagi menu tradisi yang agak terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Tapi rasanya untuk tekak anak2, mereka kurang menerima. Bila che mat kongsikan resipi2 macam ni, bukan nak 'paksa' sesiapa bikin, sekadar nak memelihara resipi2 yang biasa orang2 kita makan. Buat anak2 muda, kalau tak makan tak pe, janji anda tau macam mana rupa 'urap' setidak2nya bila nampak ia terhidang, tidak lah rasa jakun dan berwajah pelik sangat. Kalau sebut urap, ia boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis sayur2an seperti taugeh, pegaga, pucuk ubi, pucuk beremi, pucuk paku hijau, kacang botol, daun selom, bunga betik jantan dan pelbagai lagi. Bahan utama urap sudah semestinya kelapa parut, selain bahan perencah dan sayur2an. Ada yang tanya urap dengan kerabu tu sama ke, ia lebih kurang sama, tapi tak sama. Kerabu kalau anda perhatikan ada yang tak letak kelapa atau ada yang campur kelapa goreng yang ditumbuk kasar. Tapi urap, kelapa adalah bahan wajib...BAHAN-BAHANNYA :-)1 cekak pucuk turi, dilurut dari tangkainya, cuci dan toskan1 cawan kelapa parut putih2 ekor ikan selayang, dibersihkan, bakar dan ambil isinya2-3 biji cili padi, dihiris untuk hiasanGaram dan gula secukup rasaBAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)4 biji bawang merah kecil1 ulas bawang putih1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam dalam air panas sekejap dan toskan1 biji cili merah7 - 8 biji cili padi hijau1/2 inci kunyit hidup1 inci isi cekur1/2 inci belacan, dibakarCARA MEMBUATNYA :-)Dalam satu bekas, gaul rata kelapa parut, isi ikan selayang (tinggalkan sedikit untuk hiasan), cili padi hiris dan bahan2 tumbuk halus hingga rata. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (kalau anda guna serbuk perasa, tak payah taruk gula). Kemudian gaul daun turi hingga mesra.Panaskan kuali, masukkan urap tadi dan goreng tanpa minyak hingga daun turi lembut. Matikan api, taburkan baki ikan selayang tadi dan sedikit cili padi hiris sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas dan lauk2 lain...Selamat mencuba!from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1HH2o4X[...]



BBQ CHICKEN WRAP

Sat, 25 Apr 2015 12:42:00 +0000

Salam semua, sebenarnya ini sarapan che mat pagi tadi. Alah benda2 mudah saja, bukan apa sangat. Bila entri macam ni che mat taruk malam, kira ini idea untuk anda bikin sarapan esok hari. Che mat guna wraps MISSION, tapi kalau agak sukar nak dapat di tempat anda, anda boleh guna capati atau roti canai (tapi rasanya zaman sekarang ni tak susah da nak jumpa benda2 macam ni, Tesco, MyDin, Aeon Big, Giant semua ada jual...). Untuk inti tu anda bole taruk apa2 saja yang anda suka. Che mat bikin ayam BBQ dan baki dia guna untuk inti wrap. Kalau nak bikin untuk bekal anak2 anda ke sekolah pun boleh juga, buat dan potong 2 atau 3. Untuk mengelakkan ia terbuka, anda boleh cucuk dengan lidi sate. Guna sosej pun pun boleh, daging burger pun ok atau jika anda bikin salad, masukkan daging ayam yang direbus, kemudian bungkus guna wrap. Jika anda tambah keju dan nak ia meleleh, boleh digrill sekejap, tapi pastikan wrap anda bukan jenis berinti ada sayur2an segar....nak mencuba?...jomm kita mulakan.BAHAN-BAHANNYA :-)1 keping dada ayam, cuci bersih dan cucuk2 dengan garfu*1/2 camca teh garam*1/2 inci halia, tumbuk halus*2 ulas bawang putih, tumbuk halus*1 camca teh madu*1/2 camca teh kicap pekat*1/2 camca teh lada hitam kisar*(*gaul rata dan perap 30 minit)2 keping wrap jenama MISSION Sedikit trafficlight capsicum dihiris memanjang1 biji timun jepun saiz kecil, hiris memanjang1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikanDaun salad secukupnya (che mat guna butterhead salad)Mayonnaise atau sebarang sos kegemaran andaKeju  cheddar dihiris nipis, jika sukaCARA MEMBUATNYA :-)Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (che mat guna minyak zaitun dalam 1 camca teh), kemudian taruk dada ayam yang diperap tadi. Masak dengan api kecil hingga ayam masak (kurang lebih 4-5 minit untuk setiap bahagian). Tutup permukaan pan untuk mempercepatkan proses memasak. Angkat sejukkan sekejap dan hiris memanjang. Ketepikan.Panaskan sekejap wrap dalam kuali. Keluarkan dan letak atas pinggan atau papan pemotong. Sapu sedikit sos kegemaran anda, kemudian susun daun salad, trafficlight capsicum, timun, keju dan hirisan ayam bbq tadi. Taruk beberapa gelelang bawang, paipkan dengan sedikit lagi sos dan gulung wrap anda, boleh cucuk dengan lidi sate atau bungkus dengan kertas minyak macam che mat bikin tu. Buat kaedah sama untuk baki wrap dan bahan2. Hidangkan segera..from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1HCLF2E[...]



AYAM KAMPUNG MASAK KURMA.

Sat, 25 Apr 2015 08:11:00 +0000

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni masak menu permintaan Bak, iaitu masak kurma. Menu yang agak senang dimasak dan che mat guna seekor ayam kampung. Memang che mat masak lebih, sampai esok pun boleh makan. Masakkan macam ni, lepas sehari lagi sedap, cuma anda kena jaga betul2, sebab masakan kurma antara masakan yang cepat rosak atau basi. Jika anda panaskan, pasti ia menggelegak dengan sempurna dan kacau sekali sekala. Jangan tutup periuk rapat2 ketika lauk masih panas, ini akan menyebabkan wap air yang terkumpul, menitik balik dalam lauk akan buat masakan kurma cepat basi. Ini petua yang che mat selalu amalkan untuk semua jenis masakan bersantan. Kuah kurma biasanya agak pekat. ini terpulang pada anda nak yang berkuah atau pekat. Dan selain ayam, boleh guna daging lembu, daging kambing atau pun telur rebus (telur rebus kasi goreng sekejap sebelum dimasak kurma). Sedap dimakan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa. Cicah roti canai, roti jala atau lempeng pekak pun sedap. Bahan2 nampak agak banyak, tapi percayalah, membuatnya amat mudah....BAHAN-BAHANNYA :-)1 ekor ayam kampung, potong ikut suka, cuci dan toskan4 - 5 biji kentang, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam3 camca besar penuh rempah kurma Baba's (atau sebarang jenama)1 cawan pati santan (atau susu cair)2 camca besar kerisik1 biji tomato masak ranum, cincang halus1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus1/2 camca besar gula melaka1 camca besar minyak sapiGaram secukup rasaAir secukupnyaBAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)1 biji bawang besar5 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia2 biji cili hijau3 biji buah keras, hiris1 camca teh lada hitamBAHAN-BAHAN TUMIS :-)1 biji bawang besar, hiris2 ulas bawang putih, hiris2 tangkai daun kari, dilurut1 helai daun pandan, disimpul1/2 camca teh jintan kasar1/2 camca teh jintan halus1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang3 biji buah pelaga5 kuntum bunga cengkihCARA MEMBUATNYA :-)Bancuh rempah kurma sama bahan2 kisar halus dan kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar minyak sapi cair. Masukkan semua bahan2 tumis dan masak hingga wangi dan bawang perang. Tambah bancuhan pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.Masukkan tomato cincang, gaul rata dan tambah ayam. Gaul hingga mesra dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih, masak hingga ayam empuk, tambah air panas jika kuah kering tapi ayam masih keras.Masukkan kentang (toskan) dan masak hingga kentang empuk. Tambah kerisik dan pati santan (atau susu cair). Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan masukkan gula melaka. Masak sekejap dan akhir sekali masuk belahan cili merah dan hijau. Biar mendidih seketika dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti...Selamat mencuba!!.from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1ITY15c[...]



SPAGHETTI OLIO BERKUPANG..

Fri, 24 Apr 2015 06:11:00 +0000

Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ni kita taruk entri spaghetti saja. Yang mudah dan senang dimasak. Spaghetti Olio Berkupang bukan susah nak disediakan dan satu yang che mat suka dengan spaghetti olio ialah dari segi rasa yang asli dan tidak membebankan. Anda boleh masukkan apa saja dan seperti anda nampak spaghetti olio bukan lah jenis berkuah dan terlampau kaya dengan bahan2 perasa. Minyak zaitun paling penting dalam memasak spaghetti olio. Kupang tu anda boleh ganti dengan udang atau pun ayam. Sotong rasanya tak sesuai, kalau scallop boleh. Kupang che mat guna dalam 6 ekor (errr...kupang penjodoh bilangan dia 'ekor' ke eks?...). Ada beberapa bahan yang che mat guna, anda boleh beli di pasaraya2 besar dan mana yang takde tu boleh abaikan saja. Ok, Jommm kita mula memasak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti rebus hingga lembut dan toskan
10 biji buah zaitun hitam (black olive)
1 camca teh jeruk capers, cincang halus
2 biji cili padi, cincang halus
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
3 ekor jeruk anchovies, cincang halus
6 ekor kupang saiz besar
1 biji bawang besar, cincang 
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit garam
Minyak zaitun secukupnya
Sedikit air (guna air dari rebusan spagetti)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga ayu. Masukkan cili padi cincang. anchovies dan jeruk capers cincang. Kacau rata dan masukkan trafficlight capsicum dan buah zaitun. Masak sekejap.
  2. Masukkan kupang, kacau dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Tambah sedikit garam dan masukkan spaghetti, gaul rata2 dan masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke pinggan sesuai dan jika suka boleh drizzle sedikit extra virgin olive oil sebelum dihidangkan.....Selamat mencuba!!.


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1OjIXo5



PUCUK TURI MASAK LEMAK SAMA KACANG HIJAU

Thu, 23 Apr 2015 06:33:00 +0000


Assalammualaikum, salam Khamis.  Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Hari ni che mat masak satu menu yang agak unik dan orang Johor biasa masak gaya macam ni. Pucuk turi masak lemak sama kacang hijau. Pucuk turi atau belah2 utara panggil pucuk geti sedap dimasak lemak, dibikin urap dan ada juga yang masak asam (yang ni che mat tak pernah cuba). Ada yang suka disimpul seperti selalu che mat masak. Tapi kali ni kita masak seperti biasa, iaitu daun turi dilurut dari tangkainya. Ada beberapa jenis daun turi, ada yang bunga putih dan ada yang bunga bewarna ungu kemerahan. Bagi yang tak biasa makan pucuk turi, mesti tertanya2 rasa dia macam mana. Rasa pucuk turi lemak dan selalunya guna daun yang lembut saja untuk dimasak...


Ini pertama kali che mat masak sendiri pucuk turi dicampur dengan kacang hijau. Pernah sekali dulu che mat pergi ke rumah saudara dan beliau masak dalca, disebabkan kacang dhal habis, dia ganti dengan kacang hijau. Che mat mula2 pelik, macam was2 nak cicah roti canai, lepas dia kasi tau  kacang dhal habis, ganti dengan kacang hijau, baru lah che mat berani rasa..dan serius sedap ,agak unik. Menu ini cara memasaknya mudah dan untuk rencah terpulang pada anda, samada nak guna ikan bilis atau udang kering. Jangan lupa sambal belacan dan ikan goreng atau ikan masin sebagai pelengkap hidangan. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk turi, asinglan dari tangkainya, cuci dan toskan
1/3 cawan kacang hijau, rebus hingga kembang
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 kiub ikan bilis Maggi (optional)
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan santan cair, udang kering tumbuk, bawang besar dan bawang putih ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan pucuk turi dan masak hingga pucuk turi lembut, Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan kiub ikan bilis, hancurkan (jika guna) dan kacang hijau rebus tadi. Kacau perlahan dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih, kacau sentiasa. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, dan masak sekejap. Rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng @ ikan masin..


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1FfRLWv



Perlunya Sentiasa Bersyukur

Wed, 22 Apr 2015 11:08:00 +0000

Walau saya tidak cantik, ada sesuatu yang saya tak suka dan selalu merasa rendah diri, namun saya bersyukur. Walau saya tidak berpangkat dan berkedudukan dan selalu merasa rendah diri, namun kini saya bersyukur. Walaupun saya tidak kaya walaupun bekerja seumur hidup, namun kini saya sangat sangat bersyukur. Ini adalah kerana masih ramai manusia yang hidup di dalam kepayahan. Rupa rupanya di belakang bangunan moden, terselit kesukaran dan kepayahan hidup lebih sukar dari sebarang kesukaran yang saya alami. Walaupun siapa mereka, namun mereka pasti mengimpikan kehidupan seperti mana orang lain juga.Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak kepada kedua ibubapa saya. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhamad SAW. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan setelah melihat dengan mata sendiri betapa payahnya kehidupan setengah orang.Namun begitu saya yakin, walaupun tinggal dalam serba kekurangan, mereka tidak kekurangan dari segi kegembiraan. Mungkin hati mereka lebih berbunga dan bahagia dari saya sendiri. Baru malam tadi saya memikirkan bahawa tiada kejayaan hakiki dalam hidup kerana setelah memiliki apa yang dihajati, pasti kita akan mengimpikan kejayaan yang lain pula.Saya hanya ingin menjadi diri sendiri dan tidak mahu merasa rendah diri apabila melihat kelebihan orang lain. Hakikatnya, saya tidak mampu memiliki apa yang dicapai orang lain, tidak bermakna nya saya harus tidak bersyukur kepada Illahi. Sekadar mencoretkan luahan hati yang sentiasa perlu diberi peringatan.from Azie Kitchen http://ift.tt/1G6b8gz[...]



AYAM MASAK MERAH

Tue, 21 Apr 2015 15:08:00 +0000

Salam semua, ingatkan nak taruk entri ni esok, tapi takpe lah, buat untuk malam ni punya. Sekarang ni che mat hanya mampu satu hari satu entri saja, sebab tak berapa masak sangat dah...tak kencang macam dulu, dah tua kan, Tapi hari ni, petang tadi che mat masak ayam masak merah, sebab utama, bonda berpuasa dan Bak pulak siang tadi tak nak makan kata dia, jadi malam dia makan. Takkan nak jamu dengan lauk2 semalam, tak bess lah kan. Jadi tu yang che mat bikin ayam masak merah. Guna 5 ketul kepak ayam saiz besar, bila dah potong 2 setiap 1, dapat lah 10 bahagian. Terpulang pada anda nak guna mana2 bahagian sekali pun. Nampak tak ada kacang tanah dalam masak merah tu...Ini sala satu bahan tambahan untuk menyedapkan ayam masak merah. Teringat arwah Pak Utih (al-fatihah) che mat bila masak ayam masak merah, arwah akan masukkan kacang tanah. Che mat guna kacang tanah saiz besar yang telah dibuang kulit, anda goreng sekejap kacang tu dalam 40 saat dalam minyak panas, kemudian baru masukkan dalam kuah masak merah. Ok jomm kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ketul kepak ayam saiz besar, kerat 2 setiap 1, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*(*gaul rata dan perap 15 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 genggam kacang tanah saiz besar, dibuang kulit dan goreng 40 saat, angkat dan toskan
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
1 camca besar penuh sos cili
2 batang serai, diketuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Goreng ayam hingga masak, tak perlu sampai garing, biar lembap2 saja. Cedok keluar minyak gorengan dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan saja. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi.
  2. Tambah cili kisar, sos cili dan tomato puree, kacau rata dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan kacang tanah goreng dan ayam, gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan gula (selalunya masak merah manis sedikit). Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat. Masukkan bawang besar dan gaul rata. Masak sekejap lagi, sesuaikan rasa dan bila bawang layu, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1ICqix3



KUIH BAKAR PANDAN

Tue, 21 Apr 2015 08:33:00 +0000

Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak lambat dan dalam masa yang sama ada juga rasa agak kurang rajin nak masak. Sebab lauk semalam masih berbaki, jadi che mat masak nasi dan masak yang simple2 sudah memadai. Dalam masa sama, teringin pulak nak makan kuih bakar pandan, nak kuih bakar yang lembut dan sesuai untuk yang kurang gigi....ehhh..silap2 bukan kurang gigi, tapi gigi belum habis tumbuh, maklumla baby...baby tua kerepot..haha. Ini resipi biasa yang che mat selalu bikin, dan kalau tak silap resipi asal dari sorang teman blog masak yang sekarang tidak berblog lagi...terima kasih 'Joe'. Kuih bakar pandan atau ada yang panggil kuih bingka atau bengkang merupakan kuih tradisi orang melayu kita dan kaum peranakan baba nyonya. Antara kuih tradisi popular di Malaysia dan Singapura...Che mat bikin dalam acuan kuih baulu, tapi leceh sikit. Nak senang bakar dalam bekas besar saja sudah. Cuma kalau bikin dalam bekas comel, nak hidang pun nampak senonoh dan menarik. Rasanya in sha Allah sedap, nak2 kalau ia berkerak sikit dan garing. Kuih bakar akan naik tinggi semasa dibakar, tapi bila masak ia akan turun dan sedikit mengecut. Anda boleh bakar dalam acuan 4 segi, 8 inci x 8 inci x 3 inci. Kalau guna acuan kuih bakar bunga pecah 6 atau 8, anda mungkin dapat 4 - 5 biji bergantung pada saiz acuan anda guna. Susah ke nak bikin?...Serius tak susah, anda boleh kisar dalam blender saja, tapi sebelum tu meh che mat tuliskan bahan2 serta cara membuatnya....Jommmm!BAHAN-BAHANNYA :-)6 helai daun pandan, cuci dan hiris kecil*300 ml air*(*dikisar hingga hancur dan tapis jusnya)600 ml santan segar (atau anda boleh guna santan kotak dan campur air untuk cukupkan)3 biji telur gred A1 cawan gula (che mat cedok keluar 1 camca besar rata)2 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan2 cawan tepung gandum1/3 camca teh garamSedikit pewarna hijau makananBijan secukupnya untuk hiasanCARA MEMBUATNYA :-)Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lenser juga aluminum foil tadi, pastikan anda lebihkan aluminium foil tadi hingga ke tepi tin, tujuannya agar mudah anda nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur. Tuang santan dan jus daun pandan. Kacau rata, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau hingga sebati dan tapiskan. Ketepikan sekejap. Masukkan tin pembakar dalam oven dan biar 10 minit. Berhati2 keluarkan tin dari oven dan tuang bancuhan kuih (kacau dulu sebelum dituang dalam tin). Tabur bijan rata2 dan bakar 45 - 50 minit atau hingga masak. Untuk mendapatkan permukaan kuih bakar yang berkerak, tukar fungsi api oven pada 'grill' dan bakar 5 - 6 minit hingga permukaannya keperangan (pusing2kan tin untuk mendapat warna sekata), pastikan anda jaga selalu untuk mengelakkan permukaan kuih hangus.Keluarkan dari oven, biar hingga kuih sejuk sedikit dan keluarkan dari acuan, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong....Selamat mencuba!!..from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1O9XDGz[...]



IKAN KELI SALAI LEMAK TEMPOYAK SAMA PUCUK UBI SIMPUL..

Mon, 20 Apr 2015 08:41:00 +0000

Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat masak lewat sikit. Sebab bonda berpuasa dan che mat malas nak masak awal. Yang tak puasa santap aje lah apa yang ada...ada biskut, sila makan biskut, ada roti sila makan roti yea. Hari ni kita bikin ikan keli salai lemak tempoyak sama pucuk ubi simpul. Nama bukan main menjela panjang, tak muat surat beranak. Ikan keli anda boleh salai atas bara api, taruk sabut biar banyak asap untuk dapat rasa 'salai' yang lebih ampuh. Atau boleh juga salai dalam kuali ajaib. Cuma kalau guna kuali tu, takde lah rasa 'salai' yang asli, rasa ke asap an. Menu tradisi orang Negeri Sembilan ini biasanya menggunakan santan kelapa yang pekat sekurang2nya dari 2 biji kelapa untuk jumlah ikan seperti dalam gambar (2 ekor ikan keli saiz besar). Tapi che mat guna sebiji sudah lah. Tahap kepedasan bergantung pada selera dan ketahanan mental anda. Tapi identiti masakkan seperti ini memang kena pedas dan berapi, cuma jangan sampai masuk hospital sudah lah. Che mat guna cili padi kampung dalam segenggam, atau kurang lebih 35 biji, banyak ke?...errr...boleh kurangkan, toksah khuatir. Bahan2 dia pun kalau anda tengok mudah dan 'asas' sahaja. Serai che mat taruk 3 dan perasan tak daun kunyit yang guna untuk alas ikan salai tu?...Yang tu pun che mat campakkan sekali dalam piuk. Jangan membazir...zaman gst ni kena jimat cermat..Bagi yang tak berapa pasti nak simpul pucuk ubi, che mat kongsikan gambarnya (ni gambar lama). Guna pucuk ubi yang muda (terpulang nak guna pucuk ubi batang hijau atau merah atau pucuk ubi pulut, tapi pastikan guna pucuk yang muda sahaja). Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan toskan. Kemudian ambik 2 - 3 helai pucuk yang lembut, gentel skit kasi lembut (nanti bila masak cepat empuk, sebab kita tak rebus dulu pucuk ubi tadi), dan simpul seperti dalam gambar. Tak susah kan (kalau tak kuasa, tak yah simpul pun boleh, cuma kurang ke asli annya sikit...ehemm)....Ok jom kita mula masak...BAHAN-BAHANNYA :-)2 ekor ikan keli saiz besar (che mat guna ikan keli liar)1 camca teh serbuk kunyit*1/2 camca teh garam*1 camca teh minyak masak*3 batang serai, diketuk1 camca besar penuh tempoyak1 helai daun kunyit, dihiris halus1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2)20 tangkai pucuk ubi (atau secukupnya), cuci, toskan dan disimpul1 liter santan cair500 ml pati santanAir jika perluGaram secukup rasa35 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)1 1/2 inci kunyit hidupCARA MEMBUATNYA :-)Ikan keli disiang, kerat 2 atau 3 bahagian bergantung pada saiz ikan keli, bersihkan. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum, biar 5 minit dan cuci bersih. Perap sekali lagi dengan jus limau nipis sekalam 10 minit. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata. Panggang atau salai ikan keli tadi atas api bara yang ditambah sabut kelapa (untuk mendapat bau aroma asap). Salai hingga ikan keli masak, balik2kan sentiasa agar masak rata. Ketepikan.Dalam alam pengisar (blender), masukkan cili padi, kunyit hidup (hiris kecil), tempoyak dan 1/2 cawan santan cair. Kisar hingga halus dan tuang ke dalam periuk. Tambah serai titik dan asam gelugor. Tuang baki santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.Masukkan ikan keli salai dan pucuk ubi simpul tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pucuk ubi lembut, tuang sedikit air jika perlu. Kemudian tuang pati santan dan masukkan hirisan daun kunyit. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil dan kacau[...]



KARI KAMBING UNTUK HARI INI...

Sat, 18 Apr 2015 12:42:00 +0000

Assalammualaikum, salam Jumaat. Malam baru dapat nak mengadap laptop. Sekarang ni memang che mat lena awal. Resipi hari ni yang mudah2 saja. Kari kambing, alah benda biasa yang anda juga pernah buat, tapi yang makan kambing lah yea. Che mat cicah dengan roti, Ingat esok nak buat lempeng pekak pulak untuk sarapan..ehemm. Seperti biasa, che mat kalau masak benda2 macam ni selalunya guna periuk tekanan atau pressure cooker. Periuk tekanan tidak lah bahaya juka kita guna dengan betul, dan sebenarnya periuk tekanan sebelum merdeka lagi memang dah ada di pasaran, jangan tatau. Tapi nak masak guna periuk biasa pun boleh, cuma makan masa sikit nak2 kalau guna kambing yang agak berumur. Ok, tanpa banyak bicara, che mat kongsikan resipi kari kambing... BAHAN-BAHANNYA :-) 1 kg kambing4 biji kentang1 keping asam gelugor3 camca besar rempah kari daging1 camca besar ketumbar serbuk2 camca besar cili kisar300 ml pati santanGaram secukup rasaSebesar ibu jari, gula melakaAir secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 7 biji bawang merah kecil3 ulas bawang putih2 inci halia1/2 inci lengkuas1/2 inci kunyit hidup2 batang serai, dihiris5 biji cili padi (opitonal) BAHAN-BAHAN TUMIS :-) 4 biji bawang merah, hiris2 ulas bawang putih, hiris2 tangkai daun kari, dilurut1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang6 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga CARA MEMBUATNYA :-) Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung jagung, gaul rata dan perap 15 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, kemudian belah empat setiap satu, rendam. Bancuh bahan2 kisar halus sama rempah kari dan serbuk ketumbar, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga bawang garing. Tuang pes rempah dan kacau rata2, masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.Masukkan kambing, gaul rata dan masak hingga daging kambing kecut. Tuang air hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak dan sederhanakan api, terus memasak hingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika kuah kering tapi daging belum empuk.Masukkan kentang (toskan), dan masak hingga kentang 1/2 empuk. Tuang santan, masukkan asam gelugor dan masak hingga kentang empuk. Tambah gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng...from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1zsPwZz[...]