Subscribe: Info Yang Ku Tahu
http://luhur-hati.blogspot.com/rss.xml
Added By: luhurhati Feedage Grade B rated
Language:
Tags:
air  akan  berkata  catuan air  catuan  dalam  dengan  ini  itu  kepada  mereka  pada  selangor  taman  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Info Yang Ku Tahu

Info Yang Ku Tahu





Last Build Date: Thu, 08 Sep 2016 04:22:38 +0000

 



Sarang Pelacuran

Fri, 09 May 2014 01:30:00 +0000

KUALA LUMPUR: Menyasarkan golongan lelaki berumur sebagai pelanggan utama, sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Taman Connaught, Cheras di sini dikesan turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggannya.

Beroperasi di sebuah bangunan kedai yang usang tanpa papan tanda, menjadi modus operandi pusat hiburan itu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
 
Bagaimanapun, hasil risikan dan maklumat awam, premis berkenaan akhirnya diserbu polis dari Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, kira-kira jam 11 malam, tadi.


Hasilnya, sembilan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia antara 19 hingga 46 tahun ditahan kerana menyalahgunakan pas pelawat selain dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan yang berhibur.

Dalam serbuan yang diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais itu, dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai Deejay dan juruwang berusia 44 dan 49 tahun turut ditahan, manakala 28 pelanggan yang sedang berhibur dan sebahagian besarnya lelaki yang sudah berumur 40 tahun ke atas, dibebaskan selepas data peribadi mereka direkodkan.

Menurut Mohammad, pusat hiburan yang beroperasi sejak lebih enam bulan lalu dibuka dari jam 6 petang hingga 3 pagi dan selain berhibur, pelanggan boleh menempah GRO di situ untuk melayan nafsu mereka.

"Selepas membuat tempahan, GRO terbabit akan membawa pelanggannya ke sebuah hotel berhampiran untuk melakukan seks dengan kadar bayaran tertentu.
"Ketika diserbu tadi, tiga orang GRO sudah sedia ditempah oleh pelanggan," katanya yang turut memberitahu kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan menurut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.



3 kawasan ipu sederhana

Fri, 09 May 2014 01:24:00 +0000

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara secara keseluruhannya baik dengan hanya tiga kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 8 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 50 ialah Balok Baru, Kuantan (60), Pasir Gudang (52) dan Kemaman (63).Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. - BERNAMA
 
 



Darah Keluar bagaikan HAID

Fri, 09 May 2014 01:08:00 +0000

Saya melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah 'mitral regurgitation'.

Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?


Rohaya,

Kuala Lumpurudahkah anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.




Darul Insyirah

Wed, 07 May 2014 01:22:00 +0000

DEWASA ini kesibukan adalah kekangan utama yang dihadapi oleh kita semua, golongan mereka yang bekerja. Pagi-pagi lagi terpaksa keluar ke tempat kerja manakala lewat petang atau malam baru balik ke rumah. Sekiranya masih mempunyai ibu dan bapa yang sudah tua, pada waktu ini masalah besar yang dihadapi adalah ketidaksanggupan mereka untuk meninggalkan warga emas berkenaan berseorangan kerana khuatir pelbagai perkara buruk yang menimpa. Ini termasuklah kecederaan, kebakaran dan sebagainya apatah lagi sekiranya warga emas yang ditinggalkan itu mengalami masalah ingatan. Jika diletakkan di bawah pengawasan pembantu rumah mungkin tidak serasi begitu juga dengan pengawasan cucu atau sebagainya, justeru menjadikan ramai warga emas yang terbiar atau terabai semakin bertambah akibat kadar hayat orang tua makin panjang. Di sinilah fungsi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, yang ditubuhkan dalam usaha membangunkan sebuah rumah penjagaan orang-orang tua beragama Islam dengan menyediakan pelbagai kemudahan, keselesaan dan menjamin kesejahteraan dan kebajikan kehidupan warga emas. Bukan itu sahaja, menurut Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas merangkap Pengerusi Darul Insyirah, Asral Widad Ahmad Asnawi, pusat jagaan ini juga bertujuan untuk merangka dan melaksana program pendidikan yang dapat meningkatkan maruah, harga diri dan kualiti hidup warga emas dalam masyarakat. Pada masa sama ia turut menjalinkan program kerjasama dengan masyarakat dan individu bagi memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif. "Rumah penjagaan warga emas yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor ini dikendalikan di bawah Yayasan Ikhlas, dengan cara jagaan harian, jagaan mingguan atau bulanan. "Darul Insyirah ditubuhkan secara rasmi pada 1 September 2013, mempunyai enam bilik, empat bilik air, dapur kering dan dapur basah, ruang tamu, gazebo serta laman yang besar dan indah dengan keluasan rumah 10,000 kaki persegi. "Setakat ini masih baharu dan hanya terdapat tiga warga emas di bawah jagaan rumah ini yang boleh memuatkan sehinggakan 15 penghuni dan sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Pusat ini kami buka untuk menempatkan warga emas wanita sahaja dan sekiranya ada permintaan akan dibuka pula pusat jagaan warga emas lelaki," kata Asral Widad. Pengambilan berbeza Katanya, kriteria pengambilan penghuni rumah ini adalah berbeza dengan rumah-rumah penjagaan warga emas yang lain kerana di sini bukan tempat untuk meletak atau 'membuang' warga emas. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai tempat jagaan dan anak-anak harus juga bertanggungjawab untuk mengambil ibu mereka semula sebagaimana dijadualkan. "Bagi anak-anak yang berkemampuan akan dikenakan sedikit bayaran sebagai bayaran bulanan, manakala yang sebatang kara atau kurang mampu akan dicarikan dana atau anak angkat, untuk menampung kos hidup mereka di sini," jelasnya. Dalam pada itu seorang lagi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Ikhlas, Siti Nadzrah Sheh Omar yang juga Bendahari Darul Insyirah bekata, setakat ini ada anak-anak yang meletakkan ibu mereka untuk penjagaan harian, iaitu menghantar ibunya pada waktu pagi dan mengambil semula pada lewat petang. Bagi yang tinggal jauh, mereka akan menghantar ibu mereka pada pagi Isnin dan menjemputnya semula pada petang Jumaat, manakala bagi yang terlalu sibuk mereka akan menjemput ibu mereka sebulan sekali. Itu semua adalah peraturan di sini yang mana telah termaktub dalam syarat-syarat yang telah dipersetujui ketika ditemuduga sebelum penghantaran dilakukan. Bermakna ketika temuduga sekiranya ada salah seorang adik-beradik yang sanggup menjaga ibu mereka, maka pusat jagaan ini tidak akan menerima warga emas itu sebaliknya menggalakkan dijaga oleh anak mereka sendiri. "Pusat jagaan ini umpama kelab untuk warga emas. Di sini kita pastikan warga emasnya sentiasa positif, produktif dan tidak murung, sebab itu kita adakan kelas agama untuk [...]



Catuan Air Di 17 Kawasan

Tue, 29 Apr 2014 19:34:00 +0000

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan. Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini. Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu. Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini. Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)."Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya. WILAYAH HULU LANGATZon 1 Taman Juara Jaya Taman Bukit Belimbing Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3 Taman Harmoni Indah Taman Puncak Utama, Seri Kembangan Taman Putra Budiman Taman Balakong Jaya Taman Seri Timah Taman Tanming Jaya Kawasan perindustrian Balakong Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan Taman Industri Balakong Taman Tanming Permai Taman Industri Lifong Taman Tanming Ria Taman Sungai Besi Indah Zon 1 Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan Zon 2 Kawasan Perindustrian Cheras Jaya Taman Impian Ehsan Seri Kembangan Taman Desa Karunmas Seri Kembangan Kampung Baru Balakong Taman Kasturi Cheras Taman Sri Indah Cheras Taman Bukit Emas Taman Cheras Jaya Taman Impian Indah Taman Taming Indah Taman Sejati Taman Seri Sungai Long Taman Bukit Sungai Long Rumah Kenangan Cheras Taman Dutamas Taman Setia Kasturi Cheras AEON Cheras Selatan Taman Industri Balakong Jaya Taman Setia Balakong Taman Sinaran Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan Dataran C180 Balakong WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANGZon 1 Kampung Olak Lempit Kampung Bukit Changgang Kampung Labohan Dagang Selangor Dredging Taman Changgang Jaya Kompleks Perabut Olak Lempit RTB Bukit Changgang Bandar Sri Ehsan Bandar Mahkota Bandar Sungai Emas Taman Arked Taman Ambar Taman Sri Dagang Taman Langat Murni Taman Langat Utama Taman Murnimas Taman Seri Telok Datok Taman Sri Cheding Sekolah Tamil Sungai Sedu Zon 2 Kota Warisan Warisan Bestari Taman Bunga Raya Taman KLIA Indah Tiara Heights Taman Ixora Taman Dahlia Taman Seroja Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa ) Taman Kenanga Taman Desa Vista Taman Desa Bestari Salak Permai [...]



Belum dapat kata putus tamat catuan

Tue, 29 Apr 2014 19:32:00 +0000

Shah Alam: Masih belum ada kata putus sama ada catuan air akan ditamatkan kerajaan negeri Selangor dalam tempoh terdekat walaupun peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri ini dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga semalam,

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penamatan catuan itu perlu diteliti kerajaan negeri dengan mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan mengenai perkara berkenaan.
Sehingga hari ini (semalam), catuan air tetap diteruskan. Selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat 1.18 peratus saja kepada tahap 40.08 peratus.

"Bagaimanapun, Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang petang ini (semalam) untuk mempertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, semalam.


Minggu lalu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, catuan air membabitkan hampir tujuh juta pengguna dijangka ditamatkan hari ini atau esok kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.


Pada 22 April lalu, Empangan Klang Gates mencatat paras takungan 13.74 juta meter padu bersamaan 54.24 peratus, manakala semalam paras takungan meningkat kepada 14.82 juta meter padu (58.49 peratus).




Aduhai Catuan oh catuan

Mon, 28 Apr 2014 18:20:00 +0000

WARGA Lembah Klang amat berharap catuan bekalan air berakhir minggu ini. Air empang­an khabarnya sudah menunjukkan peningkatan. Hujan pula semakin kerap. Biarlah hari ini atau esok tiada lagi catuan. Cukuplah 'ke­­sengsaraan' yang dialami. Bukannya tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi sekadar menyelak kembali bagaimana jika manusia mampu merancang untuk mengelak 'kesengsaraan' ini dan tidak menunjukkan 'keangkuhan'. Janganlah mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Masing-masing ada kepakaran. Gunakanlah kepakaran itu sebaik mungkin bagi kepentingan ramai. Contohnya penggunaan air lombong. Tidak dinafikan, air najis pun kalau diproses akhirnya boleh diminum, tetapi biarlah semua itu menjadi pilihan terakhir. Kalau ada pihak menyatakan tanpa Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) air mencukupi untuk tempoh beberapa tahun akan datang, maka tidak timbullah idea mengepam air lombong. Kalau pakar kata air bekas lombong boleh menimbulkan masalah maka janganlah kebimbangan itu ditolak mentah-mentah. Jangan timbulkan keresahan rakyat. Buatlah kajian kesesuaiannya. Sekarang, air bekas lombong terpaksa dipam dan bukannya percuma. Ada kos di situ. Adakah lebih murah jika dibandingkan dengan Langat 2? Menjelang titisan pertama air Langat 2 dalam tempoh tiga tahun lagi, eloklah kerajaan negeri atau pihak yang bertanggungjawab mencari jalan supaya apa yang dialami tidak berulang. Minggu ini, selepas catuan berakhir, tong, baldi, botol untuk simpanan air yang menjadi rebutan akan terbiar, disimpan di dalam stor atau tidak dipedulikan. Bagi yang mempunyai tangki air mencukupi, mungkin mereka tidak terasa dengan catuan lebih-lebih lagi jumlah penggunaan atau isi rumah teramat kecil sehingga tidak perlu bayar bil. Seorang sahabat memberitahu, semasa catuan, air tangki masih ada. Dia bersyukur tinggal di Selangor. Itu katanya yang hanya berdua. Bayangkan bagi isi rumah yang ramai. Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Oii yang sekali sekala pulang ke Selangor dan terpaksa 'mandi kerbau' pun marah kepada Menteri Besar yang didakwa gagal menangani isu air. Disebabkan isu ini, beliau juga meminta Khalid Ibrahim meletak jawatan. Seperkara lagi, sejauh mana catuan air mampu mendidik masyarakat untuk menghargai air? Apa pula langkah yang diambil oleh mereka yang tidak mengalami catuan? Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) baru-baru ini menjelaskan pemilihan kawasan catuan air bukan berdasarkan status sosioekonomi pengguna. Pemilihan berdasarkan pertimbangan teknikal sistem agihan. Pengecualian hanya pada kawasan secara khusus dikecualikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya dan kerajaan Selangor serta pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ia turut meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pelabuhan Klang, Zon Perdagangan Bebas, hospital kerajaan dan swasta, pusat dialisis serta Stesen Janakuasa Salahudin Abdul Aziz di Kapar. Adakah mereka yang tinggal di kawasan pengecualian ini mengambil iktibar masalah yang dihadapi kebanyakan penduduk di Lembah Klang? Adakah selepas ini, bekalan air percuma atau subsidi yang diberi akan ditarik balik untuk mendidik pengguna menjimatkan air? Adakah Kerajaan Selangor akan membuat pusingan U? Baru-baru ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dilaporkan akan mengemukakan cadangan kepada SPAN untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus. Cadangan itu diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan dan mengelakkan catuan air. Kenaikan itu diharap dapat mengurangkan penggunaan air. Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama seba­nyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). Adakah kita bersetuju kenaikan tarif elek&[...]




Mon, 28 Apr 2014 18:07:00 +0000

(image)

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.



Ingkar Pada Suami

Mon, 28 Apr 2014 17:56:00 +0000

Kuala Lumpur: "Seorang isteri berhak menuntut cerai fasakh sekiranya dipaksa suami melakukan perkara diharamkan syarak," kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.
Menurutnya, seorang isteri tidak dianggap 'nusyuz' walaupun melanggar perintah suami kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri, malah kepada agama.


Beliau mengulas pendedahan berita Harian Metro Sabtu lalu berhubung tindakan ganas seorang suami yang memukul isterinya selain memaksa wanita terbabit menjadi pelacur bagi melangsaikan hutang judi.
Mangsa yang menderita sejak setahun lalu akhirnya melarikan diri dari rumah bersama bayi berusia lapan bulan sebelum turut membuat laporan polis di Balai Polis Cheras, di sini.


Musa berkata, seorang isteri juga mempunyai hak untuk melawan suami sekiranya dipaksa melakukan perbuatan maksiat.


"Terdapat dua tindakan yang boleh diambil si isteri iaitu membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam dan si suami boleh didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah jika melacurkan isteri.


"Tindakan kedua adalah si isteri berhak untuk memfailkan cerai fasakh dengan keluar daripada rumah berkenaan, duduk di tempat selamat serta meminta cerai fasakh," katanya, semalam.


Menurutnya, seorang isteri mempunyai pilihan sama ada patuh kepada arahan suaminya untuk melakukan perbuatan maksiat atau patuh kepada perintah Allah.


"Dalam soal ini, isteri harus berani dan tidak menurut sahaja arahan suami secara membuta tuli walaupun disakiti secara fizikal," katanya Sementara tokoh agama yang juga pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud menasihati golongan suami supaya memelihara amanah Allah SWT serta menjaga keselamatan dan kehormatan diri isteri.


Menurutnya, setiap pasangan perlu menjaga amanah Allah ini dan tidak patut berbuat perkara berdosa, kejam serta dilarang dalam Islam.


"Malah dalam Islam, isteri diibaratkan seperti pakaian kita di mana ia perlu dijaga dengan baik dan diletakkan di dalam almari bukan dengan mencampaknya ke dalam tong sampah.


"Dalam soal ini, suami atau lelaki yang bertindak sedemikian kemungkinan mempunyai kerosakan di dalam dirinya dan perlu dirawat dengan segera dari segi fizikal, mental dan rohani," katanya, semalam.
 




Bekalan air

Mon, 28 Apr 2014 17:49:00 +0000

SHAH ALAM: Pelaksanaan sistem catuan air secara bergilir-gilir di Selangor akan bermula esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan sejak 7 Februari lalu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sistem ini dijalankan bagi mengekalkan jumlah air di empangan negeri ini supaya dapat bertahan untuk dua bulan lagi jika musim panas berlarutan
Setiap pengguna di Selangor tidak perlu bimbang kerana mereka akan menerima bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan setiap dua hari.

"Menerusi sistem ini, pengguna akan menerima sekurang-kurangnya empat bekalan air penuh untuk satu minggu dan ia akan diteruskan sehingga suatu masa yang sesuai iaitu apabila musim hujan bermula, dijangka akhir Mac ini," katanya selepas menghadiri perjumpaan bulanan penjawat awam di sini, hari ini.
 
PENDUDUK Pelabuhan Klang, Raja Abdul Karim Raja Musahar, 40, membeli baldi dan tong untuk mengisi air berikutan catuan bekalan air yang akan bermula esok yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. FOTO Asyraf Bokhar

Abdul Khalid berkata, sekiranya musim hujan tiba lebih awal, sistem itu akan dihentikan dan tindakan lanjut serta keadaan sebenar krisis air di negeri ini akan dimaklumkan Mac depan.
 
 



Persatuan Hindu Sangam Malaysia

Sat, 26 Apr 2014 07:00:00 +0000

KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia bersetuju agar penjualan arak dalam peswat penerbangan dihentikan kerana ajaran agama tersebut melarang perbuatan itu.

Presidennya Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ianya boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap di mana peminumnya boleh hilang kesedaran diri. Seterusnya individu tersebut mungkin akan melakukan sesuatu di luar kawalan.

"Oleh itu Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) berkata, walaupun ada ajaran yang tidak menghalang penganutnya meminum arak, namun beliau mencadangkan agar isipadu yang dihidang dalam pesawat dihadkan.

"Syarikat penerbangan perlu memastikan agar penumpang tidak terlebih minum sehingga mabuk kerana ia mungkin boleh membawa keburukan kepada penumpang lain," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF) berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

Menurut beliau, oleh kerana penumpang dalam pesawat terdiri daripada pelbagai negara dan budaya, pramugari harus sensitif dan menghidangkanya kepada penumpang yang tiada larangan sahaja.

Bagaimanapun ujarnya, hidangan arak dalam pesawat sebenarnya tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam peswat.

"Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang lama. Apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya dipetik akhbar berbahasa Melayu itu



Kecam Gambar Wan Azizah

Sat, 26 Apr 2014 06:58:00 +0000

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

(image) Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata  ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya.



Lagi Kisah Catuan Air

Sat, 26 Apr 2014 06:56:00 +0000

SHAH ALAM: Catuan air sejak beberapa bulan lalu di Selangor akan mula dilonggarkan ekoran berlaku peningkatan paras empangan.

Di empangan Sungai Selangor, peningkatan  sebanyak 1.18 peratus iaitu daripada 38.53 peratus pada 19 April, kepada 39.71 peratus pada bacaan 25 April iaitu semalam.

(image) Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, peningkatan kecil itu disebabkan kadar hujan yang diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukan di empangan.

Bagaimanapun, katanya, kadar hujan di hilir membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

"Justeru, kelonggaran catuan air boleh dilakukan apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengambil air sungai untuk dirawat dan disalurkan kepada pengguna.

"Namun jika aliran air sungai rendah, kita perlu lepaskan air empangan untuk diambil dan dirawat LPA," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sekali lagi menegaskan, catuan keseluruhan hanya akan ditamatkan hanya apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%.

Ini kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60 peratus keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan air akan ditamatkan minggu depan sekiranya projek pengepaman air dari kolam bekas lombong ke empangan Sungai Selangor mendapat hasil positif.

Penggunaan air dari bekas lombong sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor katanya dijamin selamat berdasarkan hasil kajian mendalam daripada pakar.

Katanya pakar juga mendapati air dari bekas lombong adalah jauh lebih baik lebih-lebih lagi lombong berkenaan berusia puluhan tahun.

"Saya jangka catuan ditamatkan minggu depan jika keadaan ini baik dan akan diumumkan Yunus sebagai jurucakap kerajaan negeri," katanya.




Sedia Jumpa DEngan Semua Pihak

Sat, 26 Apr 2014 06:55:00 +0000

KOTA BAHARU: Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dalam memberi penjelasan berhubung perlaksanaan hudud.

Menurut Presiden PAS itu, perbincangan dengan semua pihak itu perlu supaya setiap orang memahami dengan tepat bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, itu akan diaplikasi di negeri ini.

Bagaimanapun menurut beliau, terserah keada pihak terbabit untuk menentukan masa dan tempat perbincangan tersebut.

"Kita sedia memberi penjelasan kepada semua pihak.

"(Soal tarikh) itu jangan tanya pihak kami sahaja, kena tanya pihak lain juga. Tidak jadi kalau bertepuk sebelah tangan," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk "Wisma Ilmuan Kelantan" di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini,malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mencadangkan muzakarah antara PAS dan Umno diadakan bagi menjelaskan hasrat melaksanakan hukum Islam itu supaya pemahaman dan persetujuan bersama dapat dicapai.

Muzakarah atas isu perlaksanaan hukum syariah ini pernah dilontar oleh Ustaz Hadi sendiri ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Stadium Malawati, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pada 24 November tahun lalu.

Dalam ucapan itu beliau berkata, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam.

"Kita ada ramai ahli. Ada yang tua, ada yang muda. Kita ada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Harun Taib. Kalau yang muda, kita ada Nik Abduh, Nik Zawawi. Kalau peguam, kita ada Tun Salleh Abbas atau Wan Mutalib Embong. Yang muda, ada Asmuni Awi, Hanipa Maidin," kata beliau ketika itu.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS sudah beberapa kali berbincang dan bermuzakarah berkaitan hukum Islam, termasuk dengan DAP dan juga badan-badan agama lain.

Malangnya, kata beliau yang paling kuat menentang Islam ialah Umno, bukannya DAP, malah Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS.

"DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP bercakap dengan kita jika tidak setuju dengan hukum Islam. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan kristian, buddha, sikh datang, Umno yang tidak datang," kata beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi berkata Umno tidak mampu mengikut hukum Islam kerana ia berbeza dengan ideologi perjuangan yang dibawa parti Melayu terbesar itu.




Kisah Rumahtangga Adam ( Penyanyi )

Tue, 22 Apr 2014 01:21:00 +0000

Tiba-tiba saja rumah tangga penyanyi Adam dan isterinya Fiza menjadi buah mulut ramai pihak termasuk media tempatan minggu lalu. Angin bertiup kencang mengatakan Fiza mahu failkan perceraian dan ini mencetuskan tanda soal yang cukup besar terhadap pasangan yang baru berumah tangga tahun lalu.

Lalu ketika diminta komen Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, terus memberi jawapan yang menyejukkan hati.
Saya sebenarnya tak suka nak menjaja cerita rumah tangga saya kepada orang luar malah dalam Islam pun melarang kita berbuat begitu. Sekarang bapa mentua saya sudah keluar dari hospital dan Fiza terus menjaganya. Kepada semua di luar sana usahlah mendengar spekulasi dan doakanlah kebahagiaan kami berdua," katanya.




Akibat Laman Sosial

Tue, 22 Apr 2014 01:19:00 +0000

Ipoh: "Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti. "Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti," kata Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu.  Berita Utama Suriku cabut lari  5 1Google +0 0 0 Cetak Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Hafizee Mohd Arop Ipoh: "Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti. "Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti," kata Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu. Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas. Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya [...]



Sebar Gambar Aib Bekas Isteri

Tue, 22 Apr 2014 01:17:00 +0000

(image)

SEKADAR GAMBAR HIASAN



Sebar gambar aib Bekas Isteri

Tue, 22 Apr 2014 01:13:00 +0000

Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shida berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya berikutan sikap panas barannya dan selepas bercerai, dia tidak menghubungi lelaki itu.

"Namun, tiba-tiba bekas suami menghubungi saya kelmarin dan menyatakan niatnya untuk berjumpa.




umrah tak jadi

Tue, 22 Apr 2014 01:12:00 +0000

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas kempunan untuk menunaikan umrah apabila wang tunai miliknya berjumlah RM30,000 sebaliknya dilarikan ahli sindiket pelaburan Internet.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 60 tahun dikatakan teruja untuk menyertai pelaburan itu selepas mendapat tahu seorang individu memperolehi keuntungan RM3,000 dengan hanya bermodalkan RM30.

Menurutnya, mangsa dikatakan mula tertarik dengan pelaburan itu selepas mendapat risalah iklan dan nombor telefon suspek yang kononnya mampu membantu menjana keuntungan melalui pelaburan mudah.

"Mangsa kemudian menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor syarikat pelaburan tertera di iklan itu sekitar Februari lalu.

"Suspek lelaki yang dihubungi memberi keyakinan pelaburan ini benar dan bukan penipuan menyebabkan mangsa termakan pujukan," katanya.




Kereta Porchee di rompak guna tektik langgar

Tue, 22 Apr 2014 01:11:00 +0000

Sumber polis berkata, mangsa yang sedang memandu bersendirian bagaimanapun terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang keretanya.

Menurutnya, mangsa yang menyangka keretanya dilanggar secara tidak sengaja memberhentikan kenderaan untuk memeriksa.

"Difahamkan dua lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berpura-pura meminta maaf.

"Bagaimanapun belum sempat berbuat apa-apa, seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugutnya," katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian terus melarikan kenderaan mangsa tanpa mencederakannya.

"Mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields di sini," katanya.




KP Selangor nafi berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang

Fri, 18 Apr 2014 14:37:00 +0000

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan berkenaan.


Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini



Pembantu rumah mendiang Karpal Singh masih kritikal - Polis

Fri, 18 Apr 2014 14:36:00 +0000

IPOH: Pembantu rumah mendiang anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang cedera parah dalam kemalangan di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar semalam, masih kritikal dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon ketika dihubungi berkata, pembantu rumah warga Indonesia itu, Selfiana Rengga, 24, juga mengalami pendarahan di bahagian otak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini
berkata beliau dimaklumkan mayat pembantu peribadi Karpal Singh, Michael Cornelius, 39, akan dihantar ke India Sabtu ini bagi upacara pengebumian.


Karpal Singh, 74, yang juga bekas pengerusi DAP, dan pembantu peribadinya itu maut dalam kemalangan kira-kira jam 1.10 pagi semalam itu apabila kenderaan serbaguna (MPV) Toyota Alphard yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori. - BERNAMA



Kisah Anwar Lagi...

Fri, 18 Apr 2014 14:24:00 +0000

PUTRAJAYA: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan. Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar). Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan. Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan. "Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata hakim berkenaan. Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar. Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara. Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya. "Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu. Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu. Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya. Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu. Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu. Mengenai isu pengesahan identiti "Lelaki Y", mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting. - BERNAMA [...]



Pengaruh air kepada kehidupan, politik

Fri, 18 Apr 2014 13:59:00 +0000

Di kawasan yang mengalami catuan air, ramai yang merungut. Pada mereka, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku atas alasan apa sekali pun. Malaysia adalah negara yang pesat membangun.   Kita menguar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara teknologi tinggi dan lengkap dengan segala kemudahan prasarana, tetapi bila kemarau panjang, rakyat dihukum dengan catuan air. Rungutan mereka tidak akan berakhir selagi catuan itu berterusan berikutan paras air di kawasan tadahan air berkurangan kerana kemarau. Rakyat mempersoalkan tidak ada sebab Malaysia yang akan diisytiharkan negara maju enam tahun lagi terpaksa menghadapi krisis bekalan air. Catuan air boleh menyebabkan imej negara terjejas. Pelabur tidak berani menanam modal kerana ketiadaan air boleh menjejaskan operasi mereka. Mereka pelik, Malaysia yang mempunyai kadar hujan tinggi dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dan takungan air besar menghadapi masalah bekalan air yang meruncing. Rakyat yang menyedari hak mereka, menyalahkan pihak berkuasa terbabit kerana gagal menyediakan prasarana asas kepada rakyat. Sasaran utama ialah kerajaan PKR Selangor yang lewat membuat keputusan untuk melaksanakan Loji Rawatan Air Langat 2. Jika kerajaan negeri bersetuju dengan projek itu lama dulu, mungkin catuan air tidak berlaku. Kerajaan bukan saja rugi dari segi masa dan kos yang meningkat, malah kepakaran jurutera tempatan yang tidak dapat digunakan akibat penentangan kerajaan pembangkang Selangor. Hari ini, beberapa pihak berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan PKR Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pihak yang dianggap sebagai punca kepada masalah yang berpanjangan ini. Air jadi isu politik Masalah air dan catuan bekalan air sudah menjadi isu politik panas. Jika dulu, isu ini membabitkan perbalahan antara Kerajaan Pusat dan parti pembangkang khasnya di Selangor, hari ini ia menjadi pertikaian dalaman sesama sendiri antara pemimpin parti pembangkang. Paling jelas, isu ini memberi tekanan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2. Isu air ini menjadi penentu kepada kedudukan Abdul Khalid, sama ada akan terus kekal menerajui negeri itu atau sebaliknya. Ujian getir yang akan beliau hadapi ialah saingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin sudah pun berkempen menjadikan isu Abdul Khalid menandatangani MoU dengan kerajaan Februari lalu itu sebagai modal politik untuk 'membunuh' kerjaya politik Menteri Besar itu. Beliau dan penyokongnya tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Khalid yang bertindak tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pucuk pimpinan PKR. Abdul Khalid pula dalam penjelasannya mengatakan beliau berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan rakyat. Selagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dilaksanakan, rakyat akan terus menghadapi catuan khasnya apabila berlaku kemarau. Mohamed Azmin pula secara terbuka mengatakan Abdul Khalid membelakangkan parti. Tindakan Abdul Khalid itu dijaja menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti. Jika Mohamed Azmin berjaya meyakinkan perwakilan mengenai tindakan salah Abdul Khalid itu, bermakna Menteri Besar itu terpaksa mencari jalan keluar. Sebaliknya, jika perwakilan berasakan Abdul Khalid mempunyai alasan kukuh[...]



LAP tamatkan catuan air di Taiping, Kamunting Ahad ini

Fri, 18 Apr 2014 13:58:00 +0000

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) menamatkan sepenuhnya catuan bekalan air di sekitar kawasan Taiping dan Kamunting berkuatkuasa Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata keputusan itu dibuat berikutan hujan yang berterusan di kawasan tadahan air sejak kebelakangan ini yang menyumbang kepada peningkatan bekalan air mentah ke Loji Rawatan Air Taiping Headworks dan Empangan Air Kuning
 
Empangan Air Kuning sudah menunjukkan aliran peningkatan dan sudah melebihi aras selamat 38 meter.


"Menerusi penamatan ini, tiada lagi catuan air berjadual di kawasan Taiping dan Kamunting," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) membenarkan catuan air secara berperingkat mengikut zon bermula 3 hingga 16 April dan boleh disambung jika keadaan memerlukan di kawasan Taiping dan sebahagian Kamunting berikutan paras air di Loji Rawatan Air Taiping Headworks yang merosot.

Zainol Fadzi berkata, di dalam tempoh pemulihan dalam beberapa hari ini, kemungkinan akan terdapat kawasan yang mengalami tekanan rendah terutama waktu puncak.

Beliau juga berkata, pengguna air di negeri ini khususnya di Taiping dan Kamunting dinasihatkan supaya berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.
Katanya, langkah berjimat cermat dalam penggunaan air terawat akan membantu mengurangkan pengambilan air mentah dan boleh memanjangkan penggunaan air simpanan dalam empangan.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi bilik gerakan/operasi serta pusat aduan pengguna LAP di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-7788 atau Pusat Operasi Taiping 05-8911437 atau laman web rasmi www.lap.com.my atau emel ke aduanadmin@lap.com.my.