Subscribe: Nisah Haron Online
http://annyss.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  buku ini  buku  dalam  dari  dengan  ini  itu  juga  karya  kepada  menjadi  pada  saya  tidak  untuk  yang 
Rate this Feed
Rating: 3 starRating: 3 starRating: 3 starRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Nisah Haron Online

Nisah Haron Online



~ Lakaran Tinta Terkini ~



Updated: 2018-03-29T22:12:08.637+08:00

 



Nikmat Membaca Buku-buku Tentang Buku

2014-09-08T13:02:31.352+08:00

Nota : Ini ialah catatan yang panjang tentang buku, kedai buku, perpustakaan, membaca dan segala-gala yang berkaitan dengannya. Menyusun buku di rak buku di dalam Kutubkhanah Nisah Haron merupakan kerja santai sampai menyusun kembali minda yang berserabut. Ya, menyusun buku ialah suatu terapi yang memberikan ketenangan. Di samping itu, saya dapat kemas kini senarai buku yang mungkin terselindung di belakang buku lain (rak buku saya berlapis); atau mungkin ada yang saya terlupa langsung saya pernah memilikinya. Inilah akibatnya apabila tidak menyusun buku secara sistematik dengan menggunakan kaedah tertentu sama ada mengikut sistem Library of Congress atau Sistem Perpuluhan Dewey.Namun sebagai penulis, saya ada cara untuk menyusun buku di rak saya supaya saya sendiri dapat mencarinya semula. Sistem Library of Congress atau Sistem Perpuluhan Dewey mungkin lebih sesuai jika buku-buku yang sama dikongsi dengan beberapa orang pengguna yang lain. Jadi, antara pengkategorian atau pembahagian rak meliputi (tetapi tidak terhad kepada) : Sasterawan Negara Kumpulan PuisiNovel Kumpulan Cerpen Kumpulan Drama Autobiografi Budaya Sastera Umum dan Kritikan Agama Buku Mewah KembaraBahasaFiksyen SainsMotivasiTentang Penulisan  Buku-tentang-bukuAda beberapa rak yang tiada nama khusus, tetapi saya tahu kandungan buku pada rak tersebut. Isinya barangkali rencam tetapi ia memudahkan saya mencari buku tersebut.Baru-baru ini saya menyusun semula kategori "buku-tentang buku". Kandungan rak ini ialah buku yang memperkatakan tentang buku, pembacaan, dunia buku, kedai buku, perpustakaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ini juga antara rak kegemaran dan banyak buku di dalamnya yang sama baca berkali-kali. Andai ke kedai buku juga, saya akan menghabiskan masa di rak yang mempamerkan buku-buku di dalam kategori ini.Ex Libris - esei-esei Anne Fadiman yang penuh kecindan antara buku terawal yang saya baca dalam kategori iniEntri ini sekadar mahu saya jadikan dokumentasi tentang buku-buku yang termasuk di dalam kategori ini. Selebihnya, ia menjadi makluman kepada sahabat-sahabat buku yang mungkin menggemari judul bacaan buku-tentang-buku ini.Sebelum membaca buku Anne Fadiman yang berjudul Ex Libris sewaktu saya berada di kampus, saya tidak mengetahui kewujudan jenis buku yang berada di bawah kategori yang saya namakan "buku-tentang-buku" ini. Saya terasa seperti seorang kanak-kanak yang mendapat gula-gula yang manis - yang belum pernah saya rasakan. Baru tahu bahawa ada buku yang memperkatakan tentang dunia buku dan kegilaan manusia di dalamnya. Dalam dunia saya yang serba kecil pada ketika itu, saya fikir saya seorang sahajalah yang menggilai buku dan saya mungkin spesis terakhir!Buku rampaian tentang buku, penulis dan sasteraRupa-rupanya tidak. Melalui sahabat pembaca seperti Jiwa Rasa, Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim, Najibah Abu Bakar dan Nor Azzah Mo'min (sekadar menyebut beberapa nama) saya menjumpai lebih banyak buku yang berada di bawah kategori ini.Kebanyakan buku ini dalam bahasa Inggeris, sehinggalah saya bertemu dengan buku Keanehan dan Keunggulan Buku, iaitu esei-esei tulisan Shahrom TM Sulaiman. Saya amat tertarik dengan isu-isu tentang buku, pembacaan, perpustakaan dan kedai buku yang diungkap penulis.Buku-tentang-buku di dalam bahasa MelayuBeberapa judul buku tentang buku di dalam bahasa Melayu.Tiada di dalam gambar : Bukuku Kubuku (Roosfa Hashim & Jeniri Amir) dan Kapsul Nurani : 50 Catatan Inspirasi Penulis-PembacaTidak lama selepas itu muncul pula bukunya Ada Apa Dengan Buku  dan Buku Kekasih (kedua-duanya oleh Shahrom TM Sulaiman juga). Perlahan-lahan koleksi buku saya tentang buku, di dalam Bahasa Melayu bertambah dengan Pemuliharaan Buku dan Manuskrip (Wan Ali Hj. Wan Mamat), Bahasa Sastera Buku - Cetusan Fikiran (Hassan Ahmad), dan buku-buku yang di dalam gambar di atas. Buku-buku yang diterbitkan di Indonesia juga menjumpai jalan pulang ke rak saya ini seperti Spiritual Reading dan Karena Buku Senikmat Susu. Judul Nilai Masa di Sisi Ulama' (Ustaz Hj Shuhadak) menghimpun[...]



Robohnya Surau Kami

2014-02-19T10:22:52.577+08:00

Tiada siapa yang suka kegagalan, pengakhiran sedih atau pun sebuah kematian. Ya, kita tahu, kegagalan dan kematian ialah satu pusingan yang melahirkan sesuatu yang baharu. Itupun, jika kita dapat melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar. Lalu, kita mengerti fungsi sebuah kegagalan dan juga fungsi sebuah kematian. Surau kampung kami mula dirobohkan kerana surau baharu akan dibina di tempat yang sama. Pembaharuan ini ialah sesuatu yang amat diraikan, namun tidak dapat tidak, saya berasa sedih kerana surau ini betul-betul di sebelah rumah. Ia sebuah surau cuma. Tiada kelebihan yang luar biasa. Namun, barangkali ada jiwanya di situ. Jiwa itulah yang sedang direnggut keluar. Saya terkenang zaman menjadi peguam syarie yang telah saya tinggalkan hampir 8 tahun yang lalu. Ketika di dalam mahkamah, saya paling tidak suka berada sewaktu pasangan mahu melafazkan talak. Saya rasa tertikam setiap kali suami melepaskan isterinya. Saya tahu ia tidak salah di sisi syarak. Saya faham bahawa jodoh mereka hanya sampai di situ. Namun, saya amat terkesan apabila lelaki melafazkan akad sewaktu menikahi isterinya kini melafazkan talak dari bibir yang sama. Sebagai peguam, saya terus memakai wajah profesional. Seolah-olah tiada 'rasa'. Saya terkesan beberapa hari setiap kali kes permohonan cerai harus tamat dengan cara yang demikian. Ibarat terkena radiasi, saya harus 'kuarantin' jiwa dan perasaan supaya tidak dibawa oleh emosi. Mungkin juga hal yang sama dirasakan oleh para doktor yang menghadapi pesakitnya, saat pesakitnya menghadapi kematian. Doktor juga manusia yang harus memakai wajah profesional pada setiap kali menghadapi kematian. Kematian ialah sesuatu yang wajib dilalui. Namun, kematian itu juga harus dilihat dalam kerangka yang lebih besar, bukan sesuatu yang individualistik. Kematian Ahmad Ammar, misalnya, menjadikan almarhum ikon kepada anak-anak muda pada saat mereka mencari seorang suri teladan (role model). Hendak diharapkan pada Imam Muda, mungkin kerana sifatnya sebagai selebriti, saya kurang percaya kepada trend. Sifat trend amat bermusim dan tidak akan kukuh mengakar. Saya memandang pokok belimbing di luar pagar. Buahnya sedang lebat walaupun sudah saya sedekah kepada ramai sahabat dan taulan, sudah diambil juga oleh jiran-jiran yang terasa mahu menggulai telur masak lemak dengan belimbing. Namun, masih banyak yang jatuh melecak-lecak. Pangkalnya penuh dengan belimbing gugur yang ranum lalu menjadi baja kepada pokok belimbing untuk terus menjadi pokok belimbing yang berbakti kepada sesiapa sahaja di sekelilingnya. Menjadi teduhan kepada sang unggas. Menyejukkan angin yang panas. Kematian Ahmad Ammar telah 'menghidupkan' nama Ahmad Ammar. Kematiannya ibarat baja yang menyuburkan pohon perjuangan. Kematian menjadi gapura kepada kehidupan yang lain. Ramai antara kita yang mahu masuk syurga tetapi enggan mati terlebih dahulu. Aneh sekali!Terima kasih kepada surau lama yang sudah dirobohkan ini untuk memberi laluan kepada sebuah surau yang lebih baik, khabarnya. Semoga yang dibina kelak, bukanlah sekadar bentuk fizikal sebuah surau tetapi surau yang ada jiwa yang langsung dapat menarik minat anak-anak muda bagi memenuhkan saf pada waktu Subuh, khasnya. Bukankah lelaki-lelaki yang hebat itu ialah mereka yang mampu menerjah kedinginan subuh, berjihad melawan nafsu sendiri dan berdiri membina saf-saf subuhnya? Nota : Surau baharu ini dijangka siap menjelang Ramadhan tahun ini, insya-Allah. [...]



Cerita Cinta Ahmad Ammar

2014-02-14T15:44:55.607+08:00

Cerita Cinta Ahmad Ammar by Grup Penjejak Tamadun DuniaMy rating: 4 of 5 starsSaya sengaja tidak menonton sebarang video yang viral atau catatan orang lain tentang Almarhum Ahmad Ammar sebelum saya menyentuh buku ini. Tujuannya, supaya saya tidak terpengaruh dengan bahan lain selain daripada buku ini sendiri. Biarlah saya dapat semua maklumatnya terus daripada buku ini untuk mengetahui latar belakang dan sejauh mana buku ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan medium yang lain. Alhamdulillah, buku ini menghimpunkan catatan ibu, ayah, adik beradik, sahabat karib dan mereka yang mengenali Almarhum Ahmad Ammar sewaktu kecil dan sepanjang hayatnya yang singkat itu - 20 tahun sahaja! Secara keseluruhannya, ia merupakan percubaan yang baik dalam menghimpunkan kenangan terhadap insan yang istimewa, baik, dan tidak terkenal sewaktu hayatnya, kecuali dalam kalangan lingkungan persahabatan, ahli keluarga dan ahli pertubuhan yang disertainya. Semuanya menjadi viral dan mencetuskan 'fenomena' setelah pihak Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) menyediakan video yang pada asalnya untuk tontonan keluarga dan sahabat. Video hampir setengah jam itu kemudiannya menjadi pencetus yang menyebabkan nama "Ahmad Ammar" dikenali sehinggalah usaha-usaha dilakukan bagi menerbitkan buku ini. Melalui warkah ibunya, pembaca dapat mengenali watak Ammar sewaktu kecil manakala ayahnya pula memang telah menyediakan ruang dan tapak supaya satu-satunya anak lelaki keluarga ini menjadi insan luar biasa apabila dewasa kelak. Paling terkesan ialah kedua-dua pasangan ini tidak menganggap anak-anak itu sebagai harta yang dimiliki tetapi anak-anak (khususnya dalam kes Ammar) ialah amanah untuk ummah. Konsep inilah yang menjadi Puan Nur Azlina dan Tuan Ahmad Adzam amat redha dengan pemergian Ahmad Ammar. Melalui kaca mata sahabat-sahabatnya, pembaca akan mengenali Ahmad Ammar sewaktu bersekolah di SAMBEST, RMC dan seterusnya di Turki. Sebagai pelajar kedua terbaik RMC, sistem akan meletakkan beliau mengambil jurusan sains (perubatan, kejuruteraan dan bidang sains yang lain) tetapi keluarga dan Ammar sendiri bertekad untuk mendalami bidang Daulah Uthmaniah di Turki. Ammar juga membuat persediaan mempelajari Bahasa Turki sebelum berangkat ke sana. Hal ini memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. Biasanya, pelajar terbaik akan didorong oleh semua pihak supaya mendalami bidang sains sahaja. Bidang-bidang sains sosial dan sastera tidak akan mendapat dokongan daripada mana-mana pihak. Pemilihan Universiti Marmara di Turki juga suatu lagi risiko yang telah diambil kira apabila Ammar mendaftar di sana. Universiti tersebut langsung tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia. Namun, ayahnya dan Ammar sendiri tahu akan keputusan yang mereka ambil itu. Selebihnya, ada beberapa bahagian yang telah disebutkan terlebih awal oleh sahabat yang lain, tetapi turut diulang juga. Ada yang boleh melihatnya sebagai pengukuhan kalau pun bukan sedikit kelewahan. Namun, penerbitan buku yang berwarna-warni boleh memotivasikan sesiapa sahaja, khususnya pelajar dan juga ibu bapa yang bakal mencorakkan kehidupan anak-anak. Ada beberapa model tarbiah dan tip-tip yang boleh digunakan. Mungkin bukan semua orang boleh menjadi sehebat Ammar - insan biasa yang luar biasa. Namun, Ammar ialah suatu iktibar dan isyarat daripada Tuhan bahawa anak-anak muda usahlah mensia-siakan hidup mudanya. Ammar telah banyak mengisi dadanya dengan ilmu dan bukan perkara-perkara yang 'lagha'. Hidupnya cuma 20 tahun tetapi hidupnya telah memberi bekas kepada orang lain, ya, orang lain yang langsung tidak dikenali semasa hayatnya. Setiap orang perlulah mengambil posisi dakwah masing-masing kerana setiap seorang daripada umat Islam itu bertanggungjawab dalam misi dakwah dalam kapasiti yang tersendiri. Jika termampu, ambillah jalan yang pernah dirintis oleh Almarhum Ahmad Ammar. Jika tidak terdaya, lakukan sahaja dengan ikhlas tetapi dengan cara yang terbaik. Almarhum pastinya istimewa kerana pengakhiran hidupnya yang amat istimewa - sebuah husnul khatimah : mening[...]



Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom & Dublin dalam Anugerah Buku PNM-RTM 2013

2013-09-07T08:06:09.681+08:00

Salam hormat kepada semua peminat buku Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom dan Dublin. Jika tuan/puan sangat menyukai buku ini berasa ia layak dicalonkan dalam Anugerah Buku PNM-RTM, saya mohon 5 minit daripada masa tuan/puan supaya dapat mengundi buku ini di laman yang disediakan di bawah.



allowfullscreen="" frameborder="0" height="344" src="//www.youtube.com/embed/6JAmfpsDpFw" width="459">

Caranya mudah.

1. Layari laman ini: http://www.pnm.gov.my/anugerahbukupnm-rtm/pencalonan.php

2. Copy & paste maklumat ini pada borang tersebut:

Nama buku: Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom & Dublin
Nama penulis: Nisah Haron
No. ISBN: 978-983-068-879-4

2. Isikan butiran nama buku, nama penulis, no. ISBN dan kemudian butiran peribadi anda yang mengundi. Ada hadiah misteri untuk pengundi bertuah.

Terima kasih atas sokongan tuan/puan. Setiap masa dan undi yang tuan/puan amat bermakna kepada saya. Tiada kata secantik bahasa untuk saya ungkapkan penghargaan itu. Hanya doa supaya Allah murahkan rezeki tuan/puan untuk mengembara jua. Amin!


Boleh juga klik pada imej borang di bawah untuk ke laman undian.



Sekiranya tuan/puan masih belum membaca buku ini, boleh pesan terus secara atas talian dari laman web Ujana Ilmu.

ikhlas daripada,

(image)



MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL

2013-08-27T22:31:12.734+08:00

Simposium Penulis Wanita Sarawak 2013Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 24 Ogos 2013MENULIS DARI RUMAH : SUATU KERJAYA PROFESIONAL *Oleh : Nisah Haji Haron **(www.annyss.blogspot.com) APABILA saya mengambil keputusan untuk menjadi pengarang sepenuh masa muncul pelbagai reaksi. Apatah lagi, saya telah memilih untuk meninggalkan profesion guaman yang dianggap sesetengah masyarakat sebagai berprestij, menguntungkan dan mempunyai masa depan yang amat menjanjikan. Keputusan untuk menjadi pengarang merupakan suatu pilihan dan saya tidak melakukannya atas dasar terpaksa ataupun mempunyai tanggapan yang negatif terhadap kerjaya sebagai peguam. Saya berani untuk membuat keputusan ini kerana saya sungguh-sungguh percaya bahawa rezeki yang diperoleh ini bukan ditentukan oleh kerjaya yang dimiliki. Rezeki merupakan urusan Tuhan dan sebagai manusia kita boleh memilih dalam memvariasikan kerjaya. Ketika saya bergelar graduan undang-undang juga, saya percaya bahawa kerjaya harus dicipta dan bukannya sekadar menunggu dan mengharapkan kerjaya tertentu supaya nanti boleh memiliki rumah atau kenderaan besar serta dihormati masyarakat. Semua itu boleh datang dalam apa-apa sahaja bentuk kerjaya yang menjadi pilihan. Asalkan tugas itu mendatangkan rezeki yang halal dan tidak menyalahi undang-undang. Oleh hal yang demikian, saya tinggalkan kerja guaman yang telah saya gulati selama lebih kurang lapan tahun kerana saya mencari kepuasan dalam kerjaya. Menjadi pengarang sepenuh masa bukanlah sesuatu yang asing kerana saya telah menulis secara sambilan dan suka-suka sejak di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, saya dapati honorarium menjadi pengarang sambilan telah memberikan pulangan yang boleh dianggap besar sebagai pelajar sekolah. Bayangkan, honorarium menulis cerpen (pada tahun 1990) di dalam majalah Dewan Siswa ialah RM100. Wang tersebut boleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan ataupun digunakan untuk membeli sesuatu yang bermanfaat. Fahamilah, bahawa dalam dunia penerbitan, setiap suatu yang diterbitkan di majalah, akhbar ataupun diterbitkan di dalam bentuk buku, pengarangnya akan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu. Bayaran apabila karya diterbitkan di majalah ataupun akhbar dipanggil honorarium; sementara bayaran secara tahunan berdasarkan jumlah jualan buku dipanggil royalti. Sejak daripada hasil penulisan saya yang pertama itu, saya terus menjadi pengarang sambilan dengan hanya menumpukan kepada penulisan cerpen. Saya fikir, jika saya turut menumpu di dalam bidang lain seperti esei dan puisi, pastinya saya dapat menambah wang saku lagi. Untuk menjadi pengarang sepenuh masa, kita harus cuba menjadi pengarang versatil. Ertinya, pengarang yang boleh menulis hampir keseluruhan genre. Tidak mungkin cerpen kita akan dipilih pada setiap bulan ataupun 3 – 4 bulan sekali dalam majalah yang sama. Peluang harus diberikan kepada orang lain juga.Oleh itu, pengarang ada pilihan, iaitu : Menghantar karya kepada majalah atau akhbar lain yang boleh menerbitkan karya berikutnya Menulis bidang yang lain seperti esei, rencana dan artikel, puisi, cerpen, skrip drama dan yang seumpamanya.Dengan cara ini, pengarang akan dapat terus berkarya secara tekal serta dapat menulis secara selang-seli antara pelbagai bidang penulisan yang ada. Walau bagaimanapun, sebelum memulakan tugas sebagai pengarang sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa, kita harus menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. Aspek paling utama di dalam penulisan sama ada penulisan kreatif ataupun bukan kreatif ialah bahasa. Bahasa merupakan alat kepada pengarang seperti mana warna, berus dan kanvas kepada pelukis. Tanpa penguasaan terhadap alat, sesiapa pun tidak mungkin menjadi ahli ataupun mahir di dalam bidangnya. Seorang pengarang merupakan pembaca. Minat membaca haruslah tumbuh subur di dalam diri pengarang dan suka membaca seluas mungkin. Pengarang yang tidak suka membaca samalah seperti penebang pokok yang mempunyai kapak yang tumpul. Orang seperti itu [...]



Buku pertama Enid Blyton yang saya baca

2013-08-12T10:50:46.941+08:00

Enid Blyton. Sumber dari sini. Saya tidak pernah kenal akan nama Enid Blyton sehinggalah saya mendapat hadiah buku sewaktu di sekolah rendah. Ketika itu saya berada di dalam darjah empat. Saya mendapat hadiah untuk tempat pertama pada peperiksaan penggal akhir (darjah tiga). Sebuah buku lagi untuk hadiah mata pelajaran Bahasa Inggeris terbaik.Itulah titik perkenalan yang terawal untuk karya-karya Enid Blyton.Dua buku pertama Enid Blyton yang berada di dalam koleksi saya.Semalam hari lahir Enid Blyton (lahir pada 11 Ogos 1897; meninggal dunia pada 28 November 1968). Semasa kanak-kanak, saya tidak pernah terfikir pun sama ada Enid Blyton ini lelaki atau perempuan. Saya hanya tahu yang cerita-ceritanya menarik dan saya suka membaca karya-karya beliau. Selepas mengenali nama ini, saya terus mencari dan membaca buku-buku Enid Blyton dengan rakus. Saya banyak membaca sehingga masuk ke sekolah menengah. Mungkin setelah masuk ke menengah atas, barulah saya beralih.Bukan semua ceritanya saya faham. Namun, itu bukan soal. Yang penting, saya baca dan telan. Hadam tak hadam, itu soal lain. Buku ini antara yang memahirkan saya dengan Bahasa Inggeris dan saya percaya, bukan saya sahaja yang mengalaminya. Enid Blyton telah memberikan rangsangan untuk pembaca kanak-kanak remaja. Selain Beatrix Potter (juga penulis buku kanak-kanak, yang lebih banyak menulis untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya berbanding pembaca Enid Blyton), beliau juga antara penulis yang karyanya terlaris sepanjang zaman.Amalan menghadiah buku kepada pelajar sekolah semakin kurang kini. Anak-anak saya sendiri juga sudah tidak menerima hadiah dalam bentuk buku apabila pada Hari Anugerah Kecemerlangan. Malah, ada perpustakaan yang menghadiahkan hamper berbentuk makanan ringan dan air bergas sebagai hadiah untuk hadiah yang sepatutnya diberikan buku.  Bukannya plak atau piala itu tidak bagus, hakikatnya, plak itu ialah barang yang tidak dapat dimanfaatkan, selain mengumpul habuk di atas almari. Hendak dibawa tidur seperti buku, bimbang tercucuk pula di sana sini. Lantas, bukulah hadiah yang paling sesuai untuk menghargai pencapaian akademik seseorang.Kini, buku ini sudah boleh saya wariskan kepada anak-anak. Mereka dapat lihat suatu kenangan yang sedikit sebanyak, bolehlah dijadikan sebagai dorongan mahupun cabaran. Hadiah 30 tahun nan lalu masih lagi dapat dimanfaatkan pada hari ini.Anak-anak yang mula gila membaca juga terkena tempias buku-buku ini, walaupun mereka kini sudah ada bahan bacaan pilihan masing-masing. Mereka juga mengenali Roald Dahl, Beatrix Potter dan siri-siri yang lain untuk bacaan di dalam bahasa Inggeris.  Berbanding piala-piala  yang saya kumpul sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti, buku-buku yang menjadi hadiah ditempatkan di rak perpustakaan mini saya ataupun di ruang tamu. Piala-piala itu terbiar di dalam almari di bahagian belakang rumah kerana banyak memakan ruang. Bukanlah tidak menghargai hadiah yang sedemikian, tetapi kurang manfaatnya. Andai lukisan, boleh juga digantung. Kalau sijil, boleh dimasukkan ke dalam fail.Kembali kepada buku-buku terawal Enid Blyton yang menjadi sejarah pembacaan saya, bagaimana dengan anda? Adakah Enid Blyton pernah membentuk dunia remaja anda? Apakah pula buku Enid Blyton yang terawal yang anda baca? Kongsi di sini.   [...]



Warkah dari Sahabat Lama

2013-07-17T21:43:29.104+08:00

IMenemui kembali para pembaca yang budiman,Sudah agak lama saya tidak mengisi laman ini dengan entri yang baharu. Atas kekangan tugas rasmi, menulis tesis, melayan FB, Twitter dan seribu satu alasan yang lain, saya telah abaikan blog ini. Seperti yang pernah saya janjikan (di FB), saya bercadang untuk menghidupkan semula blog ini setelah tesis saya selesai. Alhamdulillah, tesis itu sudah pun selesai dikerjakan. Hanya menunggu saat untuk viva. Doakan saya.II Hari ini saya sungguh-sungguh teruja kerana menerima bingkisan yang tidak terjangka. Sampul surat besar berwarna perang, di dalamnya ada pula bubble wrap. Saya semakin tertanya-tanya. Saya keluarkan satu-satu barang dari dalam sampul itu. Ada bekas pensel berzip (dari Paris?) dan dua buah penanda buku masing-masing bertulis "Praha" dan New Zealand.Kemudian ada sekeping kad ucapan Selamat Hari Raya. Tulisan pada sampul surat itu saya lihat kembali. Masih cuba meneka kerana tulisan itu pernah akrab dengan saya. Cuma sudah agak lama kami tidak saling menulis. Teknologi merapatkan dan dalam masa yang sama memisahkan keakraban kami. Di dalam bekas pensel yang saya katakan itu, tersimpan sepucuk surat bertulis tangan.Ah, benarlah. Ini tulisan sahabat saya, Tan Li Li, rakan karib sejak dari sekolah rendah di SK Dato' Klana Ma'amor, Seremban (1980 - 85). Memori persahabatan kami menerjah masuk ibarat empangan kenangan yang pecah.Saya terus membuka lipatan warkah itu dan membacanya sehingga noktah yang terakhir. Enam muka surat kesemuanya. Ditulis pada halaman depan dan belakang. Kami mula berutus warkah sejak berpisah kerana sambung belajar di sekolah menengah yang berasingan. Setiap kali menulis, kami menceritakan segala yang di sekeliling kami. Saya menulis dalam bahasa Inggeris dengan beliau kerana itu sahaja caranya untuk memahirkan penguasaan bahasa itu. Zaman tersebut tiada blog untuk meluahkan ekspresi. Jadi, menyurat menjadi medan terbaik.Kami masih menulis sehinggalah masing-masing bertugas. Kesibukan melanda. Pun, kami cuba mengirimkan sekurang-kurangnya poskad atau setidak-tidaknya kad ucapan pada hari perayaan. Setelah saya berkeluarga, kerja-kerja menyurat tinggal begitu sahaja. Kami hantar SMS pada ketika tertentu dan hubungan itu masih lagi tidak terputus sehingga kini.IIIBuku Kembara Sastera ini boleh didapati dari siniHari lahir Li Li yang tahun lalu, saya kirimkan senaskhah "Kembara Sastera Nisah Haron - UK & Dublin". Saya harap dia teruja menerima bingkisan daripada saya. Biasanya, pasti dia akan kirimkan SMS. Paling tidak SMS terima kasih.Seminggu berlalu. Tiada satu mesej yang singgah ke telefon saya. Tidak mungkin dia tidak ada nombor saya. Bukanlah sikapnya untuk tidak membalas pesanan saya. Apatah lagi hadiah istimewa pada hari yang istimewa itu.Hampir dua minggu berikutnya, usai makan malam. Li Li menelefon saya mengucapkan terima kasih atas hadiah yang baru diterimanya. Hati saya tertanya-tanya, "Baru terima?" Mungkin dia bertugas di luar negara sewaktu kiriman tersebut sampai, saya menerka. Pertanyaan saya terjawab apabila Li Li menerangkan yang dia sudah berpindah rumah. Alamat rumahnya memang saya cukup hafal kerana sering berutus surat sejak dahulu. Mujurlah rumah itu kini dimiliki oleh sahabat ayah Li Li. Tuan rumah yang baharu itu menerima bungkusan saya untuk Li Li, lalu dipanjangkan kepada ayah sahabat saya.Oh, saya lega. Seketika saya membayangkan, kalaulah tuan rumah itu tidak kenal akan Li Li dan keluarganya. Entah ke mana pula buku saya itu dicampakkan?Panggilan telefon itu kembali memesrakan keakraban kami. Dia cukup teruja dengan persembahan buku itu dan dia tidak sabar untuk memulakannya. Namun, kami bukanlah pembaca yang 'rakus'. Kami sama-sama suka 'berlama-lama' ketika membaca supaya dapat menikmati setiap buku yang dibaca. Apatah lagi, jika buku itu sangat menarik. Kami akan berasa 'kehilangan' jika membaca terlalu cepat kerana membaca buku yang sama buat kali k[...]



Hikayat - Ninotaziz

2013-04-01T09:55:14.683+08:00

Hikayat: from the Ancient Malay Kingdoms by ninotazizMy rating: 5 of 5 starsSaya tidak tahu tentang kewujudan buku ini sebelum penerbitannya. Saya 'terjumpa' buku ini sewaktu Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur 2012 atau mungkin buku ini yang 'terjumpa saya kerana ia tahu minat saya terhadap karya-karya sebegini. Umumnya, buku ini ditulis di dalam Bahasa Inggeris dan ditujukan untuk bacaan kanak-kanak / remaja. Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak yang sudah biasa dan terdedah dengan buku-buku berbahasa Inggeris. Kanak-kanak demikian, biasanya 'lemah' apabila diberikan teks berbahasa Melayu. Apatah lagi teks itu pula ditulis di dalam bahasa Melayu arkaik atau klasik. Tanpa guru dan bantuan mereka yang lebih mahir, cerita-cerita lisan seperti Awang Sulong Merah Muda, Malim Deman, Malim Dewa, Sejarah Melayu, Panji Semirang dan yang seangkatan dengannya akan hilang ditelan zaman kerana tiada usaha untuk mempermudahkan persembahan buku tersebut dalam konteks hari ini. Buku ini saya gunakan sebagai bahan untuk bercerita kepada anak-anak. Ertinya, saya bacakan kepada anak-anak terlebih dahulu dengan gaya penglipur lara moden. Apabila mereka sudah terpaut dengan cerita dan gaya, anak-anak yang lebih besar memilih untuk membaca sendiri. Anak-anak yang lebih kecil akan menunggu supaya ceritanya dibacakan. Panjang setiap cerita adalah sederhana dan ada jeda (pause) disediakan untuk memudahkan pembacaan dihentikan dan kemudian boleh disambung semula. "Hikayat" dibahagikan kepada 3 bahagian utaman iaitu : 1. "The Epics of a Millenia" yang mengandungi kisah-kisah dari Sulaltus Salatin, Malim Deman, Hang Tuah, Merong Mahawangsa, Awang Sulong Merah Muda, Syair Siti Zubaidah Perang China, Panji Semirang, Huminodun (Sabah). 2. "Seven Royal Princesses" mengangkat kisah putri-putri Melayu iaitu Puteri Gunung Ledang, Teja, Hang Li Po, Puteri Saadung, Mayang Sari, Mahsuri dan Puteri Santubong. 3. "From the Ancient Arts" pula mengandungi kisah-kisah Wayang Kulit Kelantan Tulen - Hikayat Mahraja Wana, Mak Yong, Dewa Muda, Anak Raja Gondang dan Raja Besar Ho Gading. Terdapat juga Glosari disediakan pada bahagian akhir buku kerana beberapa perkataan arkaik akan diberikan makna. Penulis turut memasukkan petikan daripada teks asal di dalam Bahasas Melayu pada bahagian-bahagian tertentu untuk memberikan kesan aunthentic kepada karya ini. Penulis bukan menterjemah teks asal, sebaliknya menceritakan semula dengan laras dan lenggok bahasanya yang tersendiri. Misalnya, dalam bab "Tun Teja" ada disebut tentang kecantikan Tun Teja : Pipi bak pauh dilayangBetis bak bunting padi Kulit umpama telur dikupas Bibir bagai delima merekah A beauty unparalleled... Jika penulis menterjemahnya (apatah lagi secara literal) tulisan itu boleh menjadi lucu dan maknanya mungkin tidak sampai. Pada bab yang lain pula, misalnya di dalam bab Puteri Gunung Ledang, penulis telah mengarang bait-bait puisi (di dalam Bahasa Inggeris) bagi menyampaikan kisah puteri tersebut. Sekali lagi, bahasa yang digunakan amat sesuai bagi kanak-kanak yang sudah biasa membaca puisi di dalam bahasa Inggeris. Ringkasnya, saya boleh katakan buku ini sesuai dibaca kanak-kanak urban atau bandar sebagai satu cara menarik perhatian mereka terhadap khazanah bangsa Melayu. Melalui kaedah begini, mereka yang ingin tahu lebih lanjut, pastinya akan menyelongkar kembali teks-teks asal dan membaca dalam bahasa asalnya. Kalau kita boleh memahami kisah-kisah tulisan Shakespeare kerana ia telah dipermudah terlebih dahulu, kemudiannya, barulah sesiapa yang berminat mencari kembali teks asalnya, hal yang sama boleh sahaja berlaku setelah membaca buku "Hikayat" ini. Tidak cukup dengan itu setiap bab dihiasi dengan lukisan-lukisan yang memukau dan boleh menjentik inspirasi pembaca muda (juga pembaca dewasa) dalam mengenali bangsa Melayu dari aspek budaya, pemikiran dan jati diri. Sesungguhnya, buku ini harus menjadi bacaan[...]



Seorang Nadim Pada Waktu Subuh

2013-01-06T13:15:53.395+08:00



Cerpen "Seorang Nadim Pada Waktu Subuh"
dalam Berita Harian (Ahad) 6 Januari 2013.

(image)



Rakaman Resensi Buku RTM 1
Bersama-sama Sayed Munawwar

2012-11-01T08:16:26.899+08:00

Ini bukanlah kali pertama bersiaran dalam Resensi Buku RTM1. Kali pertama, barangkali di studio RTM sewaktu membicarakan novel Mencari Locus Standi dan juga kemudiannya buku Karya Kita Hak Kita. Kedua-duanya ditangani Tuan Sayed Munawwar. Memang mudah bekerja dengan perantara seperti beliau yang mahir dengan buku, faham tentang dunia buku dan juga penulis. Soalannya membuatkan kita mudah berbicara tentang apa yang kita mahu perkatakan dan menepati pula kehendak penerbitan.

(image)
Bahagian luar Perpustakaan Kuala Lumpur. Foto ini diambil pada waktu lain
kerana semalam hujan. Kredit foto masih Nisah Haron.
Semalam rakaman kali pertama di luar studio. Rakaman dijalankan di aras satu Perpustakaan Kuala Lumpur yang sangat cantik. Bangunannya cantik di luar dan cantik lagi di bahagian dalam. Kondusif untuk buat rujukan sambil termenung memerhatikan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Rakamannya singkat tetapi seperti biasa, persediaan sebelum rakaman lebih panjang. Persediaan seperti solekan, memasang mikrofon dan posisi yang sesuai untuk penggambaran.

(image)
Sedang rakaman. Menerangkan kandungan buku dan tentang kembara.
Terima kasih, Cik Ainunl Muaiyanah, pegawai ITBM yang tolong merakam
foto-foto "The Making of..." Kredit foto : Nisah Haron

Nantikan siarannya. Saya juga tidak pasti tarikh dan masa. Akan diumumkan kemudian. Untuk foto-foto lain, ada di Facebook Nisah Haron - Pengarang.


(image)



Ismail Kassan - Penerima Anugerah S.E.A. Write (Malaysia) 2012

2012-10-23T11:30:57.485+08:00

Tahniah kepada Tuan Ismail Kassan atas penanugerahan “S.E.A Write Award” tahun 2012 bagi negara Malaysia. Ismail Kassan. Kredit foto : Dewan Bahasa dan Pustaka Biodata Ismail KassanDilahirkan di Johor Bahru pada 26 September 1954, ISMAIL KASSAN atau nama penuhnya Ismail bin Kassan mendapat pendidikan awal di Singapura dan di Johor sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Ekonomi (1976-1978). Penglibatan beliau dalam bidang penulisan bermula dengan karya dan arahan pertama beliau berjudul "Fajar Merah di Teluk Ketapang" pada tahun 1972. Sejak itu, Ismail telah mengarahkan lebih 10 pementasan teater dan menghasilkan lebih 35 karya dalam pelbagai genre, khususnya drama pentas. Ismail merupakan antara penulis yang paling banyak memenangi anugerah dan hadiah utama untuk karya drama beliau, antaranya “Pelayaran Inderaputera 2” “Menanti Puteri Hijau” , Gelanggang Tuk Wali”, “Jambatan Merah” dan lapan(8) yang lain,termasuk sebuah novel yang pernah menjadi teks sekolah di Malaysia dan Singapura (2007-kini). Beliau sering diundang membentang kertas kerja di dalam dan luar negara, menjadi hakim pelbagai pertandingan teater dan mengendalikan berpuluh-puluh bengkel penulisan di samping menjadi pensyarah sambilan bidang teater di beberapa IPT sejak tahun 2004. Beliau pernah menjadi Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia dan pernah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Persembahan Istana Budaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Ismail Kassan.Drama Pentas1. “Pelayaran Inderaputra” : Sayembara Menulis Skrip Drama Panjang Anjuran DBP, 1979 (Tempat Pertama).2. “Menanti Puteri Hijau” : Sayembara Menulis Skrip Teater Anjuran Berita Harian – Yayasan Seni Berdaftar, 1988 (Tempat Pertama).3. “Istiqamah” : Sayembara Menulis Skrip Teater Anjuran DBP – Indah Water Konsortium, 1990 (Tempat Pertama).4. “Gelanggang Tuk Wali” : Sayembara Menulis Skrip Drama Berunsur Islam Anjuran DBP – Yayasan Pelajaran Islam, 1997 (Tempat Kedua).5. “Kilung Musung” : Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2001 (Kategori Eceran)6. Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali : Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2003 (Kategori Buku).7. “Bukan Dejavu” : Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), 2009 (Kategori Eceran).8. “Hang Nadim" : Sayembara Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak (Muzikal) Anjuran Istana Budaya, 2005 (Hadiah Sagu Hati).9. “Kembang Cempakasari” : Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka, Anjuran DBP, 2008 (Tempat Pertama).10. “Bukan Dejavu” : Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka, Anjuran DBP, 2008 (Tempat Kedua).11. “Jambatan Merah” : Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas, Anjuran DBP, 2012 (Tempat Kedua).Novel1. Restu : Sayembara Menulis Novel Anjuran Kumpulan Perangsang - GAPENA, 1997 (Tempat Kedua).(Teks KOMSAS Malaysia (2001-2005) / Singapura (2007 – kini).HASIL KARYAA. Drama Pentas1. “Fajar Merah Di Teluk Ketapang” (dipentaskan dari 1972- 1973).2. “Meriam Besar di Kuala” (dipentaskan dari 1974 - 1975)3. “Syajar” (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1977 – 2010).4. “Megat Terawis” (dipentaskan dari 1978 -1980).5. “Pelayaran Inderaputra II” (DBP, 1979 / (dipentaskan dari 1979 - 1995).6. “Sabda Seorang Pendeta” (dalam Antologi Drama 1400, DBP,1980 / dipentaskan dari 1981 –1990).7. “Dejavu Seorang Perempuan”, dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Dejavu Seorang Perempuan, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1999 – 2010).8. “Menanti Puteri Hijau”, (dalam Kumpulan Drama Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan pada1999).9. “Gelanggang Tuk Wali”, dalam Kumpulan Drama Ismail Kassan, Gelanggang Tuk Wali, DBP, 2003 / dipentaskan dari 1998 - 2010).10. “Kilun[...]



HSKU 2011 : Kembar Sastera dan Hadiah Berganda

2012-10-09T17:15:45.682+08:00

Tahniah kepada semua pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (HSKU 2011). Majlisnya telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2012.Secangkir teh panas di penghujung acaraSecara peribadi, ada sesuatu yang mengusik nostalgia ketika berada di hotel ini. Inilah hotel tempat saya menerima anugerah sastera yang pertama dalam hidup saya pada 5 Jun 1992. Pada tarikh yang sama juga, buat pertama kalinya saya sampai ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Nostalgia 20 tahun yang lalu singgah kembali. Kala itu, saya menang cerpen "Atlantis, Duniaku Duniamu". Cerpen yang kedua tersiar dalam sejarah penulisan saya dan pertama kali dimenangkan. Ada debar dan rasa teruja sama-sama berbaur. Itulah suatu permulaan yang manis dalam sejarah penulisan yang telah berlangsung lebih dua dekad ini.Untuk HSKU 2011, saya mendapat Hadiah Utama Rencana Sastera untuk tulisan saya "Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan". Paling manis, sahabat saya Dr. Mawar Safei turut sama menerima Hadiah Utama Kajian Sastera apabila makalahnya "Tradisi dalam Novel Remaja Sri Rahayu". Kedua-dua tulisan kami tersiar tersiar di dalam Jurnal Pemikir (Jan-Mac 2011).Dr. Mawar Safei (kiri bertudung merah jambu)Komen paling lazim apabila kami berdua berada di dalam majlis yang sama (dan malam tadi kami duduk semeja pula) ialah rupa kami yang dikatakan ada iras. Ramai yang keliru yang mana Mawar dan yang mana Nisah. Pernah juga saya diberikan gelaran "Dr. Nisah" dan entah berapa ramai pula yang menegur saya "Apa khabar, Dr. Mawar?"Namun, saya bahagia sahaja dengan situasi ini. "Kekembaran" kami sering mendapat perhatian. Malam tadi, lengkaplah "kekembaran" kami. Menang kategori yang sama, duduk di meja yang sama dalam majlis yang sama!Majlis penyampaian hadiah sastera ialah "Hari Raya" buat penulis. Di sini, kami bertemu, bertanya khabar, bergambar dan saling menyokong (dengan membeli karya). Pertembungan Majlis HSKU dan Bengkel Penulisan ITBM-PENA (yang mungkin disengajakan?) telah membawa lebih ramai penulis ke dalam majlis ini. Seharusnya, keadaan seperti ini mestilah diteruskan. Penulis yang belum sempat memenangi apa-apa hadiah akan berasa teruja dan berbahagia apabila diundang ke majlis seperti ini. Saya sendiri pernah meraikan sahabat-sahabat penulis dalam majlis-majlis hadiah sastera yang saya tidak menang sebarang hadiah. Ini disebabkan, akhirnya bukanlah soal menang-kalah dalam apa-apa bentuk pertandingan. Yang penting ialah semangat untuk menulis dan meneruskan perjuangan melalui mata pena.Mana-mana penulis yang berasa 'dengki' dan menyuarakan rasa 'kedengkian' itu atau apa-apa sahaja perasaan negatif melalui laman-laman sosial seringkali menjadi penulis yang tidak sampai ke mana-mana pun. Tenaga kita cuma satu, eloklah tenaga yang tersimpan itu disalurkan kepada perasaan-perasaan yang positif. Apabila kita percaya bahawa rezeki dan anugerah itu kerja Tuhan, kita telah pun berdamai dengan diri. Nanti apabila sampai ketika yang sesuai Allah akan aturkan sesuatu.Menerima hadiah daripada Sasterawan-Sasterawan Negara Dato' Kemala dan Dato' Anwar Ridhwan. Kredit foto : Ladin Nuawi.HSKU saya yang sebelum ini ialah pada tahun 2008 ketika memenangi novel Tawarikh Cinta. Sejak itu, tiada karya saya tersenarai dalam HSKU dan dua kali dalam senarai pendek iaitu cerpen "Resipi Dari Istana 3" dan "Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu". Namun, ada juga komen yang saya terima bahawa 'setiap tahun menang' mungkin keliru ketika saya juga memenangi hadiah sastera yang lain, misalnya :Hadiah Sastera Berunsur Islam melalui cerpen "Aset Istiqamah"Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 melalui cerpen "Pusaka Cendana" dan puisi "Sumpah Setia Tanjung Piai"Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009 melalui cerpen "Lemang Nan Sebatang" Boleh rujuk biodata saya untuk maklumat[...]



Kembara Sastera Italiana :
Pasar Rialto dan Marco Polo

2012-09-20T14:11:33.602+08:00

"I believe it was God's will that we should come back, so that men might know the things that are in the world, since, as we have said in the first chapter of this book, no other man, Christian or Saracen, Mongol or pagan, has explored so much of the world as Messer Marco, son of Messer Niccolo Polo, great and noble citizen of the city of Venice." - Marco Polo Sebelum menjejakkan kaki ke Venice, asosiasi yang paling hampir dengan nama bandar ini ialah The Merchant of Venice karya Shakespeare. Karya yang sudah saya baca sejak kecil dahulu, memperkenalkan saya pada bandar Venice, walaupun pada ketika itu saya tidak dapat membayangkan bagaimanakan rupanya. Yang terbayang hanyalah Venice sebagai sebuah pelabuhan kerana mengikut cerita The Merchant of Venice, Antonio yang menjadi 'saudagar Venice' ini sedang menunggu kapalnya berlabuh di pelabuhan Venice. Dia yang sudi menjadi penjamin kepada Bassanio yang meminjam wang dari Shylock untuk mengahwini Portia. allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/mdbzRtxVtns" width="560">Kisah memulakan perkahwinan dengan hutang ini ada disentuh di dalam cerpen saya "Sepaun Daging Hutang" (Dewan Budaya, April 2007) sebuah cerpen berbaur interteks yang saya berikan makna baharu terhadap hipoteks Shakespeare ini. Betapa memulakan perkahwinan dengan hutang dan riba menimbulkan banyak petaka, hatta dalam karya Shakespeare sendiri. Sebelum ke Venice, imej visual yang saya ada tentang bandar ini juga datangnya dari filem Casanova (2005) lakonan mendiang Heath Ledger. Saya banyak melihat lokasi-lokasi penting di Venice di dalam filem ini, khususnya kawasan Piazza San Marco dan The Grand Canal. Imej-imej Venice pastilah sangat sinonim dengan tempat-tempat ini selain pendayung gondola juga.Dengan maklumat yang sangat minimum dan tiada maklumat lain tentang sastera yang boleh dikaitkan, kecuali karya Shakespeare, The Merchant of Venice, saya berhasrat untuk menyelongkar lagi budaya dan kalau boleh khazanah kesusasteraan yang terdapat di sini. Khabarnya, ramai penulis yang singgah di tempat ini kerana tempatnya yang dikatakan sungguh menumbuhkan inspirasi untuk berkarya. Hemingway pernah ke sini dan dikatakan selalu minum di Caffe Florian tidak jauh dari kawasan Piazza San Marco. Nama penulis Inggeris yang disebut-sebut turut menjadi Venice sebagai inspirasi menulis termasuklah Thomas Mann, Ezra Pound dan Robert Browning (sekadar menyebut beberapa nama).Peta kembara Marco Polo dari tahun 1271 - 1295 MasehiSaya juga mengasosiasikan tempat ini dengan Marco Polo, pengembara dunia yang terkenal itu, berasal dari Venice. Marco Polo juga dibesarkan di bandar yang menjadi pusat perdagangan di Mediterranean pada tahun 1200-an. Lokasi Venice yang menghadap Laut Adriatik ini turut menjadikan tempat ini sebagai pelabuhan yang penting dan strategik antara benua Eropah dan Asia. Kedudukannya dari segi geografi yang terlindung kerana berada di dalam sebuah teluk dan juga lagun, menjadikan tempat ini selamat untuk kapal berlabuh dan berlindung daripada angin kencang. Terbayang-bayang di ruang mata, gambaran Venice pada tahun Marco Polo memulakan pengembaraannya kira-kira satu abad lebih awal dari Ibnu Battutah (yang lahir pada tahun 1304, manakala Marco Polo meninggal dunia pada tahun 1324). Saya bayangkan kapal-kapal dagang yang besar yang singgah di kawasan dermaganya yang terlindung. Hidup berhampiran dengan laut, pastinya menjadikan warganya berani menempuh badai. Kalau tidak, pasti tidak akan ada pepatah yang menyatakan, "Kalau takut dilebur pasang, usah berumah di tepi pantai". Menurut bukunya, The Travels of Marco Polo, beliau mengembara sehingga ke negeri China, Mongol dan sempadan Rusia, Asia dan seterusnya kembali ke Venice. Namun, yang lebih pe[...]



Ulasan "Kembara Sastera" di Mingguan Malaysia

2012-09-18T23:21:01.472+08:00


(image)
Mingguan Malaysia, 16 September 2012
Ulasan oleh Ku Seman Ku Hussain
"Buku ini juga memperlihatkan bagaimana seorang sasterawan melihat sesuatu tempat yang mempunyai hubungan dengan sastera dan tamadun manusia. Kembara ini tentunya sangat menginspirasikan bukan sahaja Nisah malah pembaca yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Ketika kecenderungan sesetengah pihak di negara ini yang kurang selesa untuk memberi kedudukan penting kepada sastera, buku Kembara Sastera Nisah Haron pula menunjukkan masyarakat di negara yang lebih maju tetap memanfaat dan menyanjungi sastera. Cuma kita yang aneh." - Ku Seman Ku Hussain

Baca lanjut di sini.


(image)



Rakaman Drama Khas Merdeka di Negeri FM

2012-08-31T19:04:13.713+08:00

Terima kasih kepada pihak Negeri FM yang menyiarkan Drama Khas Merdeka pada malam ini pukul 9.30 malam. Drama yang saya tulis ini berjudul "Sebatang Lemang Merdeka".

Berikut sedikit sedutannya :

allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/0Z0y0F-VNqc" width="420">

Nyonya Tan:      Terima kasih, Ani. Terima kasih, Encik Muzaffar. Kalau tidak, tak tahu apa jadi pada suami saya.
 
Muzaffar:    Lupakan saja, nyonya. Yang penting, kita cepat sampai. Sebenarnya, saya pula yang rasa bersalah dalam hal ini.

Ani :     Ya lah, nyonya. Saya tak sangka pula Tauke Tan bersungguh-sungguh pula mahu carikan buluh lemang tu. Sampai jatuh-jatuh dan luka-luka pula.

Tauke Tan:     Tak jadi hal. Luka sikit saja. Tak perasan ada tanah licin.

Muzaffar :     Lain kali, ajaklah saya, tauke. Boleh juga saya temankan. Kalau ada apa-apa hal begini, tidaklah tauke seorang diri luka. Mujur juga lukanya kecil. Kecil-kecil pun sembilu buluh ni boleh tahan bisanya.

Tauke Tan:    Ya, saya tahu. Sembilu buluh ini memang sangat bisa. Nasib baik telefon ada dalam poket saya. Kalau tidak susah juga mahu cari orang.

Muzaffar :     Mana tauke tahu di situ ada buluh lemang?

Tauke Tan :     Saya memang tahu. Tapi, orang sini tak ramai yang pandai buat lemang. Jadi, buluh di situ tak ada orang yang ambil.

Muzaffar :     Saya tak sangka tauke kenal yang mana satu buluh lemang, ya.

Ani :     Abang ni, kan tauke ni tauke tapak semaian. Mestilah dia kenal jenis-jenis buluh. Tak begitu, tauke?
 
Tauke Tan:     (ketawa) Itu kerja saya. Saya mesti tahu. Kalau orang mahu cari anak buluh, saya mesti tahu yang mana satu buluh lemang, buluh biasa, buluh madu.

Ani :     (memotong) Buluh perindu pun tauke mesti tahu

K.B.     SEMUA KETAWA.   

Muzaffar:     Tauke susah payah carikan buluh untuk kami, jadi tauke dan nyonya saya mesti saman!

Ani :     Abang ni, apa pula saman menyaman? Ini semua salah kita juga.

Muzaffar :     (ketawa) Nanti dulu. Saya tak habis ayat lagi.

Ani :     Saman apa pula ni, bang?

Muzaffar :     Saman untuk datang ke rumah terbuka kami. Nyonya Tan dan Tauke Tan jadi VIP kami. Datang ya, kami buat rumah terbuka pada cuti hari kemerdekaan ni.

* * * 
Frekuensi Negeri FM di Negeri Sembilan dan kawasan berhampiran : 92.6 MHz
Melaka : 107.7Mhz

(image)



Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H

2012-08-18T13:13:50.135+08:00





Terima kasih kerana menjadi pembaca saya yang setia sama ada yang rajin meninggalkan komen atau pembaca senyap yang mendorong dalam diam. 

Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Mohon maaf zahir dan batin jika ada kata-kata, perbuatan dan isyarat yang saya tampilkan di sini menyinggung perasaan mana-mana pembaca.

(image)



Kreativiti MacGyverisme Dalam Sastera

2012-08-17T08:00:46.713+08:00

© Nisah Haron Kreativiti MacGyverisme Dalam SasteraOleh : Nisah Haji Haron Dewan Sastera, Mac 2012.© Nisah Haron IDEA dan kreativiti itu sering bergandingan. Dalam penulisan kreatif, kedua-duanya sangat diperlukan. Sesuai dengan namanya ‘penulisan kreatif’, seseorang pengarang kreatif amat dituntut supaya dapat mengemukakan idea-idea baharu dalam bentuk tulisan dan mestilah disampaikan di dalam bentuk yang kreatif. Menurut Hizairi Othman, di dalam bukunya Kreativiti dalam Penciptaan Karya Kesusasteraan (DBP, 1996), satu cara yang mudah untuk meninjau kreativiti ialah dengan membandingkan dua buah karya. Dengan cara itu, dua perkara yang dapat dinilai iaitu kreativiti karya dan juga kreativiti pengarangnya. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat melihat sesuatu karya itu sebagai kreatif? Seringkali juga ditemukan dalam pembacaan : karya A lebih menarik dibaca daripada karya B sedangkan kedua-duanya mengungkap tema dan persoalan yang sama. Jawapan yang sering diterima pula ialah cara penyampaian karya A lebih kreatif dan menarik daripada karya B. Sifat kreatif seiring dengan bakat dilihat sebagai anugerah Tuhan kepada individu tertentu. Kreativiti bukanlah sesuatu yang magis sebaliknya kreativiti ialah sikap dan pengamatan yang berbeza seseorang individu. Pendek kata, sifat kreatif itu boleh ditanam ke dalam diri, malah boleh dipelajari. Sumber di sini. Pada sekitar tahun 1985 – 1992, dunia televisyen tiba-tiba mendapat wira baharu bernama MacGyver.*  Wataknya sederhana, namun apa menarik tentang dirinya ialah bagaimana dia melepaskan diri daripada situasi maha genting dengan menggunakan apa-apa sahaja yang ada di sekitarnya. Tambahan pula, MacGyver mempunyai pengetahuan sains yang tinggi, khususnya kimia, fizik dan teknologi. MacGyver ialah manusia biasa yang menyelesaikan masalah dengan kaedah yang kreatif sehingga timbul istilah ‘MacGyverisme’ iaitu menyelesaikan sesuatu masalah yang mustahil. Ramai remaja (khususnya lelaki) di sekolah-sekolah yang menggunakan ayat seperti “kalau pintu ini tidak boleh dibuka, aku MacGyverkan saja!” MacGyver menjadi idola televisyen kepada remaja pada akhir 80-an kerana kreativiti yang ditampilkan dalam setiap episod. Genius rekacipta, Zulkifli Haron, turut diberi jolokan ‘MacGyver Malaysia’. Kelebihan melihat benda atau situasi yang sama melalui sudut pandangan dan tindakan yang berbeza inilah yang dinamakan sebagai kreativiti. Sifat kreatif itu universal, wujud di dalam semua bidang dan tidak terhad kepada penulisan kreatif atau sastera semata-mata. Berfikir dengan cara luar biasa atau berfikir di luar kotak juga merupakan istilah yang sering digunakan bagi mengungkap hal-hal kreativiti. Menghasilkan karya sastera kreatif dewasa ini semakin mencabar. Untuk kekal dilihat sebagai kreatif, setiap pengarang perlu menghasilkan sesuatu yang baharu. Dalam istilah penciptaan, novelty bermakna baharu, ertinya belum pernah dihasilkan orang lain. Lantas, novel sebagai sebuah karya kreatif haruslah mempunyai kelainan tertentu untuk menjadikannya jauh berbeza dengan sebuah novel yang lain. Novel yang mengungkap tema yang sama dengan pendekatan yang sama atau menggunakan ‘formula’ tertentu dilihat sebagai kurangnya daya kreativiti pengarang. Kreativiti sesebuah karya sastera dilihat kepada beberapa aspek seperti :Kreativiti berbahasaKreativiti jalan cerita Kreativiti menjalin ilmu tertentu ke dalam karyaKreativiti dalam pembinaan watak Kreativiti meneroka persoalan Kreativiti membina konflikKreativiti menyelesaikan konflikSenarai di atas tidak bersifat eksklusif kerana kreativiti itu harus berkembang dalam memberikan makna baharu dalam setiap [...]



Buku & Syiah -
Kesan Pengharaman Buku kepada Penulis

2012-08-03T13:46:46.770+08:00

(image)
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.
Kredit foto : Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai

 Majlis Diskusi Perpustakaan - "Buku & Syiah : Apa yang Perlu Diketahui".
9 Ogos 2012 (Khamis)
2.00 petang
Bilik Seminar, Aras 4,
Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan

Sila sahkan kehadiran tuan/puan melalui pautan ini. 
Terima kasih. 

(image)
Peta untuk ke USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.
Insya-Allah, saya akan membawa buku-buku untuk dijual semasa majlis ini berlangsung.





Ucapan Hari Raya yang betul

2012-08-02T11:41:35.960+08:00

Ucapkan salam hari raya itu dengan betul.

Saya sering terjumpa ungkapan sesetengah pihak yang mahu menggunakan Bahasa Arab apabila mahu mengucap Selamat Hari Raya, seperti (terjemahan langsung daripada saya) :
  • Eid Mubarak (hari raya yang berkat)
  • Kullu 'amin wa antum bikhair  (secara harfiah bermaksud - sejahteralah kamu sepanjang tahun) 
  • Minal 'aidin wal faizin 
 Antara tiga ucapan di atas, "minal 'aidin wal faizin" agak popular kerana sering disebut di dalam lirik lagu raya. Namun, kesilapan lazimnya ialah disebut sebagai 'minal aidil wal faizin'. Lantas, saya menjumpai kesilapan yang sama ini diulang-ulang dalam media cetak, media elektronik atau media baharu.

Jadi, hari ini marilah kita betulkan ucapan tersebut kerana ejaan di dalam bahasa Arabnya adalah seperti yang di bawah :

(image)
kredit foto : Nisah Haron

Kalau tidak pasti, tidak menjadi kesalahan pun jika kita ucapkan di dalam bahasa Melayu, Inggeris, Jawa, Bugis atau apa-apa sahaja dialek yang mempunyai makna yang sama. Asalkan jangan salah sebut. Ayuh kita hormati dan betulkan apa juga jenis bahasa yang kita gunakan. Bukan setakat bahasa Melayu, Inggeris, Arab malah bahasa-bahasa lain juga.

Lagu raya yang di bawah ini menyebut ungkapan tersebut dengan betul :

allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/tK3NDqd0gTE" width="420">


(image)



Hadiah Ramadhan
The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore

2012-08-05T20:52:24.226+08:00

Imej jaket buku "The Fantastic Flying Books of Mr Morris Lessmore"Kredit foto : Nisah Haron Imej buku tanpa jaket. Kredit foto : Nisah Haron Ulasan ini merupakan ulasan saya yang dipetik dari Goodreads:The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore by William JoyceMy rating: 5 of 5 starsSaya sudah menonton filem pendek tentang buku ini agak lama dahulu sebelum mendapat bukunya. Saya juga tidak sedar bahawa bukunya sudah diterbitkan. Kenapa saya suka buku ini? Mungkin saya ada kesendengan (bias) kerana saya memang menyukai apa-apa sahaja "buku-tentang-buku" atau (books-on-books). Jadi, ulasan ini pasti ada kesendengan itu. Watak dalam buku ini Mr. Morris Lessmore seorang penulis dan pencinta buku yang hilang segala-galanya di dalam sebuah taufan (Taufan Katrina, Louisiana). Dia bukan sekadar hilang buku-buku kesayangannya malah huruf-hurufnya juga berterbangan sebagai simbol bahawa dia juga kehilangan kata-kata akibat malapetaka itu. Pengenalan tentang pengarang dan ilustrator pada jaket bahagian dalam buku. Ketika dia kehilangan arah itu, Morris terlihat seorang wanita terapung diudara kerana diterbangkan oleh sekawan buku yang sedang menariknya terbang. Buku itu masing-masing mengibas-ngibaskan 'sayap'nya. Wanita itu melihat kesedihan Morris dan meminta buku kegemarannya supaya pergi ke arah Morris. (Imaginasi saya terus kepada cerpen saya sendiri "Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu" : pada hujung cerpen ada buku-buku yang berterbangan seperti itu.Dipendekkan cerita, buku itu membawa Morris ke sebuah bangunan yang seni binanya juga seperti sebuah buku dan di dalamnya penuh dengan buku-buku juga, tentunya. Bangunan itu seolah-olah merumahkan buku-buku yang tidak bertuan. Di sinilah Morris belajar hidup semula dengan buku dan buku-buku itu pula hidup dengan kehadirannya. Bertambah menarik apabila buku-buku ini disimbolkan sebagai 'hidup' semula apabila setiap satunya dibaca. Sebuah buku yang sudah nazak juga kembali bernyawa apabila Morris membaca setiap patah perkataan di dalam buku itu. Makna yang diberikan oleh buku itulah yang menjadi nyawa penyambung hayat setiap buku. Seperti mana saya berasa tersentuh dan sebak pada penghujung filem pendek itu, buku bergambar ini juga tidak kurang memberikan saya perasaan yang sama. Suatu hari nanti, kita akan berlalu pergi tetapi buku-buku ini tetap sama dan berada dalam keadaan yang serupa - sehinggalah datang satu tangan lain yang menghidupkan kembali buku yang sama. Filem pendek The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore sebelum ini boleh ditonton di YouTube, tetapi pihak penerbit telah menuntut hak cipta pada filem pendek ini. Jadi, hanya video-video promosi sahaja yang ada di YouTube sekarang.Anak-anak saya cukup teruja apabila terlihat buku ini di atas meja kerja. Kami pernah sama-sama menontonnya dahulu dan kini sebagai keluarga yang menjadikan buku pendahulu segala-galanya, kami seolah-oleh tenggelam di dalam ilustrasi William Joyce dan John Bluhm ini. Beberapa imej ilustrasi di dalam buku saya kongsi di bawah :Antara ilustrasi kegemaran saya : imej 'roh' wanita ini diterbangkan oleh buku-buku kesayangannya. Tetapi dia tinggalkan sebuah buku (yang adadi lengannya itu) kepada Morris sebagai penyambung warisan.Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun, Morris masih lagi menulis sambil menjadi 'penjaga' kepada buku-buku di dalam bangunan istimewa itu.The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore ini ialah hadiah yang tidak tersangka daripada seorang sahabat pembaca di Goodreads Malaysia, The Malaysian Reader - pemblog buku tegar. Terima kasih daun [...]



Hang Tuah :
Satu daripada Tiga Genius Orang Melayu!

2012-06-21T07:52:51.324+08:00

Saya tinggalkan tugas hakiki buat seketika.Saya tinggalkan tesis juga.Saya berkejar ke Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mendengar buah fikir antara Sasterawan Negara yang amat saya senangi - Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh.Saya tahu beliau akan membincangkan tentang pengalamannya menterjemah satu karya besar milik orang-orang Melayu : Hikayat Hang Tuah.Saya tidak peduli apabila ada sesetengah pihak mengatakan Hang Tuah itu tidak wujud. Saya lebih tidak peduli dengan mereka yang bersetuju tanpa sekalipun mengimbas halaman teks Hikayat Hang Tuah. Biarlah mereka dengan pendapat masing-masing.Pada saya, Hang Tuah itu wujud dan merupakan karya yang mesti dibaca orang-orang Melayu berkali-kali di dalam hidupnya. Paling 'kokak' pun sekali seumur hidup!Bacalah teks yang asal betapa kisahnya menginspirasikan dan sangat jauh berbeza daripada filem Hang Tuah (1956) lakonan P. Ramlee (arahan Phani Majumdar) atau filem Hang Jebat (1961) arahan Husain Haniff yang mengangkat Hang Jebat sebagai hero rakyat. Kita pun dibesarkan dengan ingatan secara visual yang dimainkan berkali-kali. Kita pun jadi percaya bahawa yang benar dan teraniaya itu tetaplah Hang Jebat. Lebih mengharukan Hang Tuah (lakonan M. Nasir) di dalam filem Puteri Gunung Ledang (2004) berguling-guling di dalam lumpur seperti manusia tiada maruah kerana gilakan Puteri Gunung Ledang @ Puteri Majapahit. Di MPH versi ini sungguh berleluasa sekali kisah skandal Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang ini sehingga dipentaskan berkali-kali kesilapan mentafsir teks di Istana Budaya!Mukadimah Hikayat Hang Tuah (terbitan ITBM)Padahal, jika kita benar-benar membaca teks, Hang Jebat bukanlah sebenarnya mahu membela kematian Hang Tuah. Ya, mungkin pada awalnya begitu. Niatnya terpesong apabila mendapat kuasa. Dia lebih banyak menggunakan kesempatan itu untuk kepentingan dirinya, menggunakan harta raja (yang didakwa sebagai harta rakyat itu) untuk kepentingan dirinya, bersuka-sukaan di dalam istana, berzina, membunuh dayang dan akhirnya, mahu menjadi raja! Itukah ikon yang memperjuangkan rakyat? Fikir semula. Di dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat adalah gambaran manusia biasa yang tiba-tiba mendapat kuasa dan terpancarlah dirinya yang sebenar. Tidak mampu mengawal segala bentuk nafsu yang menguasainya.Hang Jebat menjadi hero sosialis dan ikon kepada sebarang bentuk anti-establishment. Mengangkat Hang Jebat sebagai hero rakyat apatah lagi wira orang-orang Melayu samalah seperti menganggap Jack Sparrow sebagai hero! Betapa filem dan visual telah menyebabkan ramai antara kita yang mengagung-agungkan lanun!Peta Melaka berdasarkan teks HHT juga disertakan dalam edisi ITBMSaya percaya orang-orang Melayu tidak ada wira sebenar apatah lagi wira dalam sastera. Ini juga antara propaganda mereka yang menafikan kewujudan Hang Tuah. Anak-anak muda yang tidak tahu hujung pangkal ini pun taksublah dengan dakwaan bahawaHang Tuah tidak wujud. Apa perlunya Hang TuahMengapa perlu ada institusi berajadan banyak lagi soalan sehingga orang-orang Melayu sendiri sanggup menghina rajanya. Di Facebook beranilah hendak mengata-ngata. Tindakan bacul orang-orang zaman kini yang berani sekadar menaip di Facebook, tidak mampu berhujah apatah lagi memberi komen secara koheren dan kalau komen di blog pun cuma berani guna nama "anonymous" (entah sesiapa). Cubalah bertentang mata dan katakan apa yang anda berani hendak katakan. Sebab itulah kebanyakan blogger yang saya temui lebih banyak yang kelu apabila disuruh berkata-kata. Di blog, bukan main l[...]



Ulasan "Kembara Sastera Nisah Haron" di Harakah

2012-06-13T07:50:08.182+08:00


(image)



Ray Bradbury
(22 Ogos 1920 - 5 Jun 2012)

2012-06-07T21:49:09.679+08:00

Saya tidak banyak membaca karya fiksyen sains kerana lebih banyak menggulati karya-karya fantasi Inggeris pada awal pembacaan sewaktu remaja. Hanya setelah dewasa, saya mencari-cari karya fiksyen sains yang sesuai dengan jiwa. Apatah lagi, dalam kebanyakan fiksyen sains Barat walaupun yang dipamerkan ialah kehebatan sains dan manusia, ada banyak karya yang menafikan Tuhan.Saya tidak menggemari karya Isaac Asimov kerana kandungannya kurang mesra-pembaca. Namun, saya menggemari autobiografinya. Saya suka sikapnya sebagai pengarang.Sumber foto dari GoodreadsDalam pencarian dan pembacaan buku-buku fiksyen sains, saya bertemu dengan Fahrenheit 451, sebuah karya tentang masa depan atau futuristik yang gelap dan hancur (dystopian). Kehancuran masyarakat itu tidak digambarkan secara fizikal. Ini bukan kisah bangunan yang hancur kerana diserang alien dari planet yang jauh. Novel ini mengisahkan kehancuran tamadun dan pemikiran manusia kerana mereka tidak lagi membaca. Pada zaman ini, membaca telah menjadi satu dosa besar dan mereka yang memiliki di dalam rumah boleh dihukum. Rumah dan buku-buku mereka aka dibakar!Tugas seorang anggota bomba pada zaman ini bukanlah memadamkan kebakaran tetapi membakar buku!Itulah Fahrenheit 451 di tangan pengarang fiksyen sains Ray Bradbury yang baru sahaja meninggal dunia di California dua hari yang lalu.Ray Bradbury (22 Ogos 1920 - 5 Jun 2012)sumber foto di sini. [...]



Puisi : Warkah Untuk Tanah Melayu Dari Al-Aqsa

2012-06-05T07:21:16.049+08:00

Ini sebuah sajak lama yang telah dideklamasi pada tahun 2010. Namun, sajak ini saya cipta khusus untuk "Konsert Demimu Al-Aqsa". Oleh sebab, saya berhasrat untuk menghantar sajak tersebut ke media cetak, sajak itu tidak pernah saya siarkan di blog ini. Kini sajak ini telah pun diterbitkan dalam dua bahagian di dalam Dewan Sastera dan waktu pengedarannya sudah tamat. Dengan itu, saya turunkan sajak yang telah diterbitkan itu untuk bacaan sesiapa sahaja yang mungkin berminat dan melihat isu Palestin dari sudut yang berlainan.Semoga bermanfaat.WARKAH UNTUK TANAH MELAYU DARI AL-AQSA(Telah dideklamasi sewaktu "Konsert Demimu Al-Aqsa, Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan")Mengutip manik-manik peristiwadari tasbih sejarah yang panjangAl-Aqsa itu akuBaitul Muqaddas itu akuAkulah saksi perjuangandengan api semangat yang tak mungkin terpadamAkulah rebutan aku juga pialaantara bulan, palang dan bintang berpecah enam.Ini tanah subur yang pernah merdekaPohon anggur dan zaitun pernah menari bersamaAirnya jernih dari lembangan bahagiaIni tanah warisan anbiya’Dari Ishak, Yaakub, Yusuf yang muliaDi atas tanah ini aku redhaSalahuddin Al-Ayubi berdiriPanji-panji berkibarBersama laungan Allahu akbar!Di lembah kemanusiaan insan terlekaSekeping tanah subur yang pernah merdekaHancur luluh anggur, zaitun dan segala yang melataDarah hitam dan temulang melekat di dinding masaYang mengalir hanya air mata deritaTanah warisan anbiya’ ternodaPanji-panji terbakar dalam nyala yang berkibarDi neraka dunia menyimpan nestapa bertebarWarkah ini untuk putera-puteri Melayu yang memperaku agamanyaDi sini tiada senyuman dan saki-baki bahagiaAndai hari ini kita bertemuEsok belum tentu     Setiap saat ialah kematian     Setiap saat ialah detik terakhir     Setiap saat adalah perjuangan.Ketika kamu memicit aksara pada telefon bimbit     Putera kami menggenggam sebiji batu     Bersama sepotong doaKetika kamu ligat melayan facebook, youtube dan blog     Putera kami melontar batu yang sama     Pada tentera dan jenteraKetika kamu mengalihkan kiblat dari Al-Aqsa ke Mekah     Kemudian sebulan ke Afrika Selatan     Putera kami masih terus melontar batu     Walau tubuhnya hancur dimamah bedilan ituKetika bibirmu melepaskan asap     Rumah kami hangus dan ranap     Setiap batang yang dihisap     Sedulang peluru penuh azabKetika siasahmu berbeza, parti politik yang tidak sama     Perpecahan kita penyatuan mereka     Adakalanya kami mengumpul sangsi     Masih adakah benih harapan di tanah iniAnak-anak muslimin,Setiap kali kau bakar bendera ituDemonstrasi gagah pada suatu hari bertuahPekikan “Allahu Akbar” bergegarMengejutkan merpati di pejabat seorang duta     Pernahkah kau bertanya     Apakah amanatmu sampai ke tanah ini?          Injaklah!          Rabaklah!     Semua bendera putih berbintang pecah enam          Pijaklah!          Koyaklah!Semua potret Shimon Peres dan NetanyahuDi sini mereka ter[...]



Kembara Sastera Italiana : Venice oh Venice...

2012-06-03T19:51:59.080+08:00

Menggambarkan Venice dengan kata-kata, bimbang tidak tercapai apa yang saya ingin katakan. Mungkin untuk mereka yang belum pernah sampai ke Venice, video Yuna - Terukir di Bintang (Unofficial MTV) di bawah boleh menjadi suatu permulaan. Cuma, dalam kesemua perjalanan di dalam video itu, Yuna bukan sekadar ke Venice, dia juga ke Rome dan Vatican City. Namun, videonya masih dapat saya asosiasikan dengan kembara saya kali ini. Video ini saya tonton hanya setelah berada di Malaysia, jadi mungkin saya ada kesendengan (bias) terhadap kandungannya. allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/SjHTJywVmAI" width="560">Subuh seawal 4.00 pagi di Venice menyebabkan saya boleh memulakan kembara solo di Venice ini lebih awal juga. Malam sebelumnya saya keletihan kerana belum mendapat tidur yang sempurna sejak memulakan kembara ini dari Kuala Lumpur. Bayangkan sahaja :15 Mac 2012 11.45 malam Bertolak dari KLIA16 Mac 2012 5.55 pagi Sampai di Schiphol, AmsterdamPenerbangan lebih 12 jam di dalam kapal terbang, tidak mungkin dapat tidur dengan lenyak. Siang 15 Mac itu juga saya masih melangsaikan kuliah di Universiti Malaya sehingga pukul 6.00 petang. Pulang, terus capai bagasi. Usai solat Maghrib, suami terus menghantar saya ke KLIA. Rehat di dalam lapangan terbang? Tidak mungkin. Saya bukannya terbang dengan kelas perniagaan. Pendek kata, duduk sahajalah mana-mana yang boleh di dalam lapangan terbang.Saya juga tak mungkin berbaring di dalam kapal terbang apabila memilih tiket kelas ekonomi. Oh, ini bukanlah rungutan. Namun, ini sekadar justifikasi kepada rasa penat yang amat berganda sewaktu tiba di Venice. Setelah tidur-tidur ayam di dalam kapal terbang (kalau betul-betul terlena pun, mungkin dalam satu ke dua jam), bangun menonton filem, membaca dan menyiapkan juga minit mesyuarat agung PEN tempoh hari. Lebih 12 jam kemudian saya pun sampai di Schiphol.Seperti catatan yang lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol sentiasa membuat saya teruja. Masih tidak tidur sampailah saya tiba di Bologna. Di Hotel EuroGarden, saya cuma daftar masuk, letak bagasi dan kemudian keluar semula untuk ke Bologna Centrale. Setelah melalui segala cabaran untuk ke Venice - cabaran bahasa dan cabaran mencari tempat - dan segala-gala yang baharu, tidak mungkin saya tidur di dalam kereta api menuju Venice, walaupun saya tahu kereta api yang saya naiki itu akan berhenti di stesen terakhirnya di Venezia Santa Lucia. Terlalu banyak yang ingin dilihat!Lantas, malam itu setelah sampai di Hostel L'Imbarcadero yang terletak betul-betul di tepi jeti bernama Riva di Biasio. Jika saya mahu menjelajah Venice melalui jalan air, memang saya hanya perlu melangkah dari hostel ini dan melangkah dalam 50 meter sahaja untuk ke jeti dan menghadap The Grand Canal atau jalan air utama di Venice. Saya pilih hostel ini selain harga yang berpatutan (48 Euro untuk 2 malam), ia hampir dengan Stesen Santa Lucia dan berhampiran The Grand Canal. Untuk sampai ke hostel ini, saya perlu betul-betul ikut apa yang tertulis pada peta yang saya google dan juga panduan perjalanan yang disediakan oleh pihak hostel melalui e-mel. Saya perlu patuh kerana tiada jalan pintas atau alternatif di kawasan ini, kecuali mahu berenang! Jambatan hanya ada pada lokasi tertentu. Oleh itu, ikut sahajalah peta yang disediakan. Tempat mereka memang begitu. Klik pada peta untuk paparan yang lebih jelas. Malam itu, saya tu[...]