Subscribe: Zul's Blog
http://mrzull.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss
Added By: yanzzload Feedage Grade B rated
Language:
Tags:
anda  assalam  blog  boleh  dalam  dengan  ini  kalori  malaysia  nak  plate –  satu  semua  untuk  yang  – plate   
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Zul's Blog

Zul's Blog





Last Build Date: Fri, 28 Jul 2017 06:06:48 +0000

 



Senarai Jumlah Kalori Dalam Makanan Seharian Di Malaysia

Tue, 17 Jan 2012 06:28:00 +0000

Assalam semua..Ok hari ni nak kongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua tentang jumlah kalori dalam pemakanan seharian kita. Diharap dengan sedikit perkongsian ini dapatlah anda semua rancang atau ubah gaya pemakanan dengan cara yang lebih sihat, hehe.Kategori:Kuih Muih1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori5. Popia goreng (satu) = 130 kalori6. Popia basah (satu) = 95 kalori7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kaloriKategori: Lauk Pauk1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori11. Telor goreng (sebiji) = 110 kaloriKategori: Makanan Rutin1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kaloriKategori: Makanan Segera1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori5. Burger keju (satu) = 425 kalori6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalorikategori minuman1.minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal2.minuman kotak 250g – 105 kal3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal5.aiskrim 2 skop- 390 kal6.susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal7.yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal8.mentega 2 sudu teh – 75 kal9.keju chedar 1 keping -58 kalMurtabak/mutton – 1 piece – 722 kaloriCheese Cake – 1 slice – 400 kaloriRoti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kaloriLaksa Kari – 1 bowl – 589 kaloriNasi Lemak – 1 complete – 644 kaloriMee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kaloriLor Mee – 1 bowl – 383 kaloriMee Rebus – 1 plate – 556 kaloriMee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kaloriKuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kaloriMee Wantan – 1 plate – 409 kaloriLaksa Penang – 1 bowl – 436 kaloriMee sup – 1 bowl – 381 kaloriLor Mai Fun – 1 plate – 422 kaloriNasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kaloriNasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kaloriNasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kaloriCentury Egg Porridge – 1 bowl – 423 kaloriNasi Ayam – 1 plate – 600 kaloriNasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kaloriNasi Claypot – 1 bowl – 898 kaloriBah Kut Teh – 1 bowl – 348 kaloriSotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kaloriSup Krim – 1 rice bowl – 375 kaloriCheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kaloriFried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalorisundae chocolate – 1 cup – 380 kaloriApple Pie – 1 piece – 260 kaloriCheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kaloriSandwich chicken salad – 1 whole – 481 kaloriPasembur – 1 plate – 752 kaloriRojak Buah – 1 plate – 443 kaloriTteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl riceAir kacang soya segelas = 60 kaloriAir tebu segelas = 184 kaloriAis krim sehidangan = 335 kaloriApam balik sepotong = 300 kaloriAyam goreng kepak = 102 kaloriAyam goreng peha = 120 kaloriAyam kari seketul = 250 kaloriAyam tandoori sepotong = 220 kaloriBakso semangkuk = 320 kaloriBihun sup semangkuk = 350 kaloriBijirin sarap[...]



Ruangan Chat Baru

Fri, 06 Jan 2012 17:37:00 +0000

Assalam semua..



Mohon maaf kepada kawan-kawan kerana saya lambat untuk menukar ruangan chat lama blog ini yang sudah tidak boleh digunakan kerana sebelum ni saya menggunakan Shoutmix yang sudah pun menutup plan percumanya. Tanpa ruangan chat ni memang susah untuk kita menjalankan aktiviti "Blogwalking" dan meninggalkan jejak kat blog orang lain.

So sekarang saya dah gunakan cbox untuk menggantikan ruangan chat lama, boleh tengok kat sebelah kanan blog ni. Kepada kawan-kawan yang berkunjung kat blog ni, boleh lah tinggalkan jejak anda di situ untuk memudahkan saya berkunjung balik ke blog anda semua ok.



Apa Azam Tahun Baru 2012?

Fri, 30 Dec 2011 17:39:00 +0000

Assalam semua..



Kurang 24 jam saja lagi tahun 2011 bakal menjadi sejarah dan selamat datang tahun baru 2012 untuk kita lalui bersama. Sebut pasal tahun baru, mesti ramai bertanyakan soalan "Apa azam tahun baru ni", betul tak? hehe. Apapun azam kita, pastikan azam kita itu tercapai dan terlaksana selagi azam kita itu tidak menyalahi disisi undang-undang dan syariat agama.

Kepada kawan-kawan, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.



Tips Diet Kuruskan Badan

Mon, 26 Dec 2011 01:35:00 +0000

Assalam semua..



Ok, kali ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai beberapa tips mudah yang boleh anda praktikkan dalam misi anda untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

1. Amalkan minum air putih sebaiknya air suam sekurang-kurangnya sebanyak 2 liter sehari.

2. Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi, Biarpun sesibuk mana pun anda, ambil sedikit masa untuk bersarapan kerana sumber tenaga anda bermula dari situ.

3. Amalkan makan malam sebelum jam 7.00 malam dan cuba elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu ini. Ini kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan yang anda makan disimpan menjadi lemak.

4. Kurangkan makan makanan yang berlemak dan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Cuba makan roti dan bijirin sebagai pengganti nasi. Kurangkan juga makanan yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, sos cili / tomato dan sebarang jeruk.

5. Dan yang paling penting sekali, buat senaman yang mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti berjogging, berenang dan bagi sesiapa yang duduk berhampiran dengan gym, boleh lah pergi gym ye, hehe.

6. Rajinkan diri untuk melakukan senaman membina otot seperti sit up, tekan tubi dan lain-lain senaman yang boleh membina otot-otot badan. Senaman membentuk otot dapat membantu membakar lemak.



Yusri (KRU) Dan Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012

Sun, 25 Dec 2011 02:33:00 +0000

Assalam semua..



Segala teka-teki mengenai pernikahan antara Yusri KRU dan Lisa Surihani telah terjawap apabila Yusri telah mengesahkan pernikahannya dengan Lisa Surihani akan berlangsung pada 23 Februari 2012 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. 

Pengumuman itu dibuat di Marriot Putrajaya Resort & Spa. Manakala Majlis resepsi perkahwinan mereka pula diadakan pada 26 Februari 2012 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).


P/s: Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat, Amin.




Wang Kertas Dan Syiling Baru 2012

Fri, 23 Dec 2011 19:28:00 +0000

Assalam semua..


Wang kertas dan syiling ringgit Malaysia bakal bertukar wajah dan tampil dengan reka bentuk dan warna yang lebih menarik. Wang kertas dan Syiling baru tersebut akan dikeluarkan pada bulan Julai tahun depan.



Turut di perkenalkan juga nilai wang kertas RM20 baru, yang warna kuning tu.


Syiling baru kini tampil dengan reka bentuk yang lebih moden dan dipadankan dengan warna yang menarik.



GiveAway by darkbatman.com

Fri, 23 Dec 2011 05:12:00 +0000

Assalam semua..


Wahh, blogger darkbatman dah lunch Giveaway untuk FOLLOWER setia sempena penutupan tahun 2011 ni. Boleh ushar video di bawah untuk melihat dengan lebih dekat hadiah yang bakal diberikan.


allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/bRBtBKkf8OQ" width="420">

Berminat nak join? senang je, anda boleh klik banner giveaway di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Tag:




Gambar Ariff Alfian Rosli Kahwin Gay Pelajar Cemerlang SPM

Mon, 19 Dec 2011 18:26:00 +0000

Assalam semua..Ariff Alfian 28, pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 13 Disember yang juga pelajar cemerlang dalam SPM dan bekas tajaan Petronas telah ditemui selamat di Dublin, Ireland. Dan yang paling mengejutkan, Arif telah berkahwin dengan gay bernama Johathan.Keluarga Arif dikatakan sudah lama terputus hubungan dengan Arif dan kemudian telah membuat laporan atas kehilangan anak mereka itu sejak tahun 2009. Arif mendapat tajaan pinjaman boleh ubah Petronas dalam bidang perubatan di University college Dublin (UCD).Nak tahu lebih lanjut, boleh ushar di sini --> NurizspaceKredit gambar --> Nurizspace[...]



Perkahwinan Jarak Jauh Menyusahkan?

Fri, 16 Dec 2011 18:31:00 +0000

Assalam semua..


Ramai orang kata berkahwin dengan orang berdekatan atau senegeri adalah lebih menyenangkan. Antara alasan yang sering diberikan, senang balik kampung kalau musim cuti sekolah atau raya. Masih ada lagi ke yang beranggapan seperti ni? Jika ada, please change you mindset..sekarang kan zaman moden, zaman teknologi yang hampir semua perkara boleh dilakukan dengan pantas. 

Tak semestinya kalau berkahwin dengan orang jauh tu susah, kalau malas sangat nak beli tiket, YM,skype kan ada. On webcam tu luas-luas untuk tengok satu keluarga pun boleh, hehe. Ada jugak member-member saya yang kahwin dengan orang semenanjung, senang je kalau nak balik kampung diorang, hehe. Apa yang penting masing-masing kena adil la..tahun ni balik rumah mentua, tahun depan balik rumah kita dan begitulah seterusya..kan senang.

Lagi satu, bagi mereka yang berkemampuan tu kalau rasa takde masa nak balik kampung..boleh lah sponser tiket flight untuk mentua dan ibubapa. Sekali salah apa salahnya kan..hehe. 

Pada mereka yang masih lagi beranggapan berkahwin jarak jauh ni menyusahkan, sila ubah pemikiran anda itu and think positive. Fikir-fikirkan lah ye..



Samsung Notebook Series 7 Chronos Terbaru Yang Cool

Thu, 15 Dec 2011 06:56:00 +0000

Assalam semua..


Baru-baru ini samsung telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Samsung Notebook Series 7 Chronos.  Komputer riba terbaru dari Samsung ini hanya berukuran 7mm dan kelebaran skrin 14" sahaja.


Ditambah lagi chasing aluminium yang nipis dan nampak ranggi, memang smart!



Reka bentuk yang mantap dan bergaya, Soal kepantasan semasa start up pula, memang pantas. Samsung series 7 ini boleh dihidupkan dalam masa 2 saat sahaja berbanding komputer riba yang lain. Jangka hayat bateri pula mampu bertahan selama 8 jam. Harga di pasaran bagi samsung series 7 ni boleh diperolehi pada harga RM3600.

Untuk maklumat lanjut, boleh ushar di sini --> Samsung.com.my

P/s : Bila lah boleh beli samsung 7 series ni :)



Shoutmix Bakal Hentikan Perkhidmatan Percuma

Mon, 12 Dec 2011 07:16:00 +0000

Assalam semua.. 



Shoutmix akan memberhentikan perkhidmatan percumanya yang berkuatkuasa pada 1 January 2012. Selepas   tarikh  tu..shoutmix akan mengenakan plan berbayar kepada sesiapa yang ingin menggunakan shoutmix dengan yuran langganan sebanyak $0.99 dikenakan setiap bulan. Bagi pengguna shoutmix..anda boleh lihat Important Notice tu kat atas ruangan sembang shoutmix di blog anda.

"The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan."

Bagi mereka yang tidak mahu bazirkan duit bayar yuran shoutmix tu nanti..anda bolehlah beralih kepada cbox jika masih memerlukan ruangan sembang di blog anda. Kalau tak ada ruangan sembang pun tak best jugak kan..ruangan sembang ni lah yang memudahkan kita tinggalkan jejak kat blog lain. 

So lepas ni..semua kena ucapkan selamat tinggal kepada shoutmix yang selama ini menjadi widget wajib ada di setiap blog. Cbox? hemm...mungkin saya jugak akan beralih kepada cbox..hehe. Apapun pilihan di tangan anda semua..hee.



Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Secara Online

Sun, 11 Dec 2011 15:20:00 +0000

Assalam..

Mulai hari ini..Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 sudah boleh diperolehi di semua Pejabat Cawangan dan pusat khidmat lembaga hasil dalam negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan borang di Jabatan-jabatan dan sekolah-sekolah yang terpilih, anda bolehlah mendapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini secara online.


Jika anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkenaan borang atau apa sahaja, anda boleh menghubungi satu talian hotline (Bebas Tol) atau menghantarkan emel khas yang disediakan.

Talian Hotline : 1-800-222-500
Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Pada hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my




Games terkini yang di gemari sang jejaka

Sat, 10 Dec 2011 16:21:00 +0000

Assalam..Ok hari ni nak cerita sikit pasal games yang di gemari oleh para jejaka diluar sana yang kekadang sampai tak sedar 3-4 jam dah main games tu..hehe. Just for sharing with you all..1. Pro Evolution Soccer - PES 2012Ni merupakan salah satu games kegemaran saya..baru je 2 minggu lepas dapatkan games ni..memang terbaik.  So far memang tiada komen. dari segi grafik pun memang mantap..tapi bergantung juga kepada spesifikasi sebuah pc tu. Games ni memang wajib dimiliki bagi mereka yang suka games kecuali lah memang tak minat bola..hee.2. Call Of Duty - Modern Warfare 3 & Battlefield 3danDalam kategori perang-perang ni pula...kedua-dua games ni adalah yang terlates sekali di pasaran. Grafik yang seakan 'real' ini memang memberi kepuasan kepada gamer. Tak percaya? jom tengok trailer games ni kat bawah.Call Of Duty Trailer allowfullscreen="" frameborder="0" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/coiTJbr9m04" width="460">Battlefield 3 Trailer allowfullscreen="" frameborder="0" height="300" src="http://www.youtube.com/embed/9DM7NsxOS0Q" width="460">P/s : Ada juga wanita yang lebih pro kalau main games ni..hehe.[...]



Sebab lemak terkumpul di pinggang dan perut

Tue, 06 Dec 2011 13:51:00 +0000


Assalam..

Mesti ramai lelaki dan wanita diluar sana mengeluh kenapa lemak di bahagian perut susah sangat nak dikempiskan walaupun dah macam-macam exercise dilakukan perut still membesar..hehehe.

Perut yang buncit dan lemak di bahagian pinggang menunjukkan anda seorang yang sensitif terhadap makanan yang bergula dan karbohidrat. So produk tenusu seperti yogurt dan tenusu adalah digalakkan diambil setiap hari untuk pembakaran lemak. Ini kerana produk tenusu mengandungi kalsium untuk menggalakkan pembakaran lemak diperut.

Buah-buahan seperti betik dan nenas juga digalakkan diambil untuk menghapus lemak terutamanya dibahagian perut. Ini kerana betik dan nenas mempunyai enzim yang mempercepatkan proses penghadaman. Ini dapat mengelakkan perut dari buncit.







'Tango 12' Bola Rasmi EURO 2012

Sat, 03 Dec 2011 14:56:00 +0000


Assalam,

'Tango 12', itulah nama bagi bola rasmi yang akan digunakan di Kejohanan Bolasepak Eropah 2012 (EURO 2012) nanti. Bola keluaran jenama terkenal Adidas ini akan digunakan sepanjang saingan EURO 2012 yang akan diadakan di 2 venue iaitu Poland dan Ukraine. Retail price untuk bola ni adalah RM399 dan boleh didapati di mana-mana stor Adidas kat Malaysia ni. So bagi mereka2 yang berminat nak dapatkan bola 'Tango 12' ni boleh la cari kat kedai2 sukan berhampiran ye.






RM57.47 juta Ditawarkan Kepada David Beckham

Thu, 01 Dec 2011 09:07:00 +0000



Assalam,

Memang satu jumlah yang besar ditawarkan kepada pemain midfield LA Galaxy ini. RM57.47 juta dalam matawang kita, itulah yang sanggup ditawarkan oleh pendahulu liga Perancis iaitu Paris Saint Germain untuk mendapatkan khidmat bekas kapten England itu. Jumlah itu ditawarkan kepada Beckham untuk kontrak selama 18 bulan bersama kelab itu. Pemain itu kini masih menimbangkan tawaran kelab dari Perancis itu.


P/s : Kalau aku tak payah fikir panjang..terus je sign kontrak kalau kena tawarkan gaji banyak tu..wakakaka:P



Keputusan Malaysia vs Indonesia Final Sea Games

Tue, 22 Nov 2011 05:27:00 +0000


Assalam,

Setinggi-tinggi tahniah kepada sekuad Harimau Muda yang telah menundukkan pasukan Indonesia di halaman sendiri semalam melalui sepakan penalti. Biarpun pada awalnya kita dikejutkan dengan jaringan awal pihak lawan, tetapi itu tidak mematahkan semangat pemain negara dan bangkit menyamakan kedudukan dan jaringan seri itu kekal sehingga tamat masa permainan. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang berlangsung semalam.


MALAYSIA VS INDONESIA
1     -     1
Penentuan sepakan penalti
MALAYSIA (4)   -    (3) INDONESIA



7 Keajaiban Dunia Terbaru Pada Tahun 2011

Mon, 21 Nov 2011 06:19:00 +0000

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/V6F5FdNygTk" width="510">Assalam,Just want to sharing dengan korang semua, keputusan untuk 7 Keajaiban Dunia terbaru telah pun diumumkan..korang boleh tengok video yang ada kat atas ni. Dan 7 keajaiban dunia terbaru itu adalah seperti dalam pic kat bawah ni..The Amazon Rain ForestHalong Bay, VietnamIguazu Falls, Argentina and BrazilJeju Island, South Korea Komodo National Park, IndonesiaPuerto Princesa River, PhilippinesTable Mountain, South Africa[...]



Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011

Sun, 20 Nov 2011 13:48:00 +0000




Assalam,

Bagai mimpi jadi realiti, itulah yang mampu di ungkapkan setelah skuad bimbingan Ong Kim Swee telah berjaya layak ke pentas final setelah menundukkan Myanmar 1-0 di stadium Gelora Bung Karno semalam walaupun diasak hebat oleh pasukan Myanmar yang juga mahu melayakkan diri ke final. 



Apapun tuah memihak kepada Malaysia apabila Ahmad Fakri Saarani menjadi wira menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan itu. Dalam pada itu, Indonesia mengalahkan Vietnam 2-0. 

Malaysia bertemu Indonesia esok (21hb November 2011) pada jam 8.00 malam waktu Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno..



Keputusan Malaysia vs Indonesia sea games

Thu, 17 Nov 2011 16:54:00 +0000



Assalam,

Alhamdulilah..satu lagi berita gembira dari sekuad bola sepak negara yang beraksi di sukan sea di Indonesia, di mana sekuad bimbingan Ong Kim Swee itu telah membuktikan kemampuan mereka dengan menewaskan pasukan Indonesia 1-0. Tahniah di atas kejayaan mereka itu. Diharapkan mereka akan lakukan yang terbaik di peringkat separuh akhir nanti.



Cara Menulis Tips Dan Tutorial Blogging

Wed, 09 Nov 2011 13:05:00 +0000


Assalam,

Semakin ramai blogger2 yang menulis artikel berkenaan tips dan tutorial blogging di blog mereka. Ini kerana tips dan tutorial sangat diperlukan bagi blogger baru mahupun yang sudah lama dalam dunia blogging. Mungkin ada antara blogger baru yang masih pening apa tips yang patut dikongsikan dan yang sering dicari. Ok..disini aku nak share sedikit tips macam mana nak menulis tips yang baik. Antara tips dan tutorial yang sering dicari adalah seperti:

1. Tips memasang iklan diblog.

Masa mula2 blogging pun aku sentiasa tercari-cari macam mana nak pasang iklan dalam blog. Search je di google memang belambak tips2 macam mana nak pasang iklan dalam blog. Kebanyakannya cara memasang iklan nuffnang di blog. Tips ni juga memang agak popular dikalangan blogger baru. Kalau korang dah advance..korang boleh share macam mana nak masukkan kod HTML iklan melalui editing template blog. Kebanyakan blogger baru kurang memahami cara ni.

2. Tips memasang widget di blog.

Korang boleh kongsikan bagaimana nak pasang widget dalam blog blogspot ataupun wordpress bagi mereka yang menggunakan platfrom wordpress. Widget ni kalau nak pilih satu2 memang banyak, so korang kongsikan widget apa yang patut ada dalam blog mereka dan kebaikannya kepada blog. Ni ikut kepandaian masing2 la ye..mana2 widget yang bagi korang berguna untuk blog.

Kesimpulannya, Tips dan tutorial mestilah dalam bentuk yang ringkas tapi padat dan mudah untuk difahami oleh semua pembaca. Tips yang baik adalah tips yang disertakan sekali gambar2 screecshot bagaimana melakukannya dari mula sehingga tamat. Tapi pastikan korang dah cuba dan memang terbukti menjadi. Sebab kalau ada pertanyaan mengenai tips yang di kongsikan, senang nak jawab dan selesaikan masalah mereka. Sekian dan wassalam.



Selamat Hari Raya Aidiladha

Sat, 05 Nov 2011 14:25:00 +0000


Assalam,

Disini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam di Malaysia. Maaf zahir dan batin sekiranya ada tersalah cakap dalam blog ni..hehe. Aku pun tak tahu lagi apa nak ucapkan..so semoga berbahagia selalu di samping family..wassalam.




Iphone 4 vs Samsung Galaxy S 2

Mon, 17 Oct 2011 17:55:00 +0000

allowfullscreen="" frameborder="0" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/96_4uMsosdc" width="500">

Assalam,

Mana satu pilihan kalbu??..semestinya Samsung Galaxy S 2 la..hehe. Sebabnya aku dah miliki satu Samsung Galaxy S ni..bukan versi S 2 tapi S 1 plus je..tu je yang mampu. Nak tahu power ke tidak Samsung Galaxy S 2 ni, jom tengok video ni..enjoy:).



Tips Kesihatan

Tue, 20 Sep 2011 14:04:00 +0000

Penghapus Toksin BadanTaburkan harba pasrsli pada makanan anda. Ia dipercayai boleh membantu membersihkan buah pinggang, saluran kencing dan hati.Jika batuk kering...Anda sudah lama mengalami masalah batuk dan ia seakan kering? Ia tidak sembuh walaupun anda sudah memakan pelbagai jenis ubat daripada doktor?Apa kata, anda cuba minum teh jintan manis.Anda boleh membuat teh ini dengan merebus dua sudu kecil jintan manis dengan dua cawan air. Kemudian, tapis air rebusan dan kacau ke dalam dua cawan teh.Tambahkan madu sebagai perisa jika anda suka.Anda juga boleh meminum air rebusan jintan manis tanpa teh jika mahu. Teh ini dipercayai boleh mengeluarkan lendir dan memperbaiki pernafasan dan dada yang seakan sesak.Melembapkan rambut keringLemak di dalam avokado dipercayai dapat melembapkan rambut. Pisang pula dikatakan boleh membuat rambut berkilat. Pilih biji avokado yang sudah ranum. Kemudian, letak avokado itu bersama pisang ke dalam sebuah mangkuk. Kacau dengan beberapa sudu besar minyak zaitun. Kisar semua bahan sehingga halus. Sapukan pada rambut dan biarkan ia bertindak sebagai perapi rambut selama 15 minit. Bilas rambut dengan air suam.Mereda Slaran MatahariAduh! Sakitnya jika mengalami selaran matahari di kulit. Salah satu cara murah untuk meredakan kesakitan pada permukaan kulit ialah dengan menyapukan jus kentang.Anda boleh mengisar kentang lalu tapiskan airnya untuk mengambil jus atau merendam kentang ke dalam semangkuk air. Lalu, sapukan cecair pada kulit muka.kredit:bloger sha[...]



Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2011

Thu, 15 Sep 2011 16:00:00 +0000


Assalam,

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan diadakan serentak pagi esok iaitu 16 September 2011 bersamaan dengan hari jumaat. Pastinya akan meriah dengan perarakan dan acara perbarisan. Agak kecewa sedikit sebab tahun ni tidak tersenarai mewakili kontinjen perbarisan jabatan tempat aku bekerja...hehe. Harap tahun depan ada peluang lagi..insyallah.

Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54 dan hari Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan negara akan berkekalan. Dan selamat bercuti juga untuk semua..tapi aku tetap bekerja sebab kerja "On Syif". Tak dapat la tengok perarakan ..hehe.