Subscribe: cendawandungun
http://cendawandungun.blogspot.com/rss.xml
Preview: cendawandungun

cendawandungun





Updated: 2017-06-20T02:35:47.310+08:00

 



0 Comments

2017-02-20T02:31:38.950+08:00

TENTATIF KURSUS ASAS CENDAWAN TIRAM KELABU
SESI PAGI

8.45 AM :
PENDAFTARAN PESERTA

9.00-10.00 AM: PENYEDIAAN MEDIA

Mengenal peralatan asas
Mengenal bahan mentah
Cara penyediaan habuk kayu
Cara mengaul media kaedah manual dan mesin
Cara mengisi habuk dan padatkan media.
Cara mengunakan mesin 8 lubang

10.00 AM – 11.00 AM: MENGUKUS BEG MEDIA

Mengenal alat pengukusan beg media.. tong drum dan steamer
Cara penyusunan beg media dalam pengukus
Langkah-langkah sebelum proses pengukusan dilakukan

11.00 AM – 12.00 PM: PENYUNTIKAN BENIH

Teknik asas penyuntikan benih
Cara mengenal jenis benih berkualiti
Pelajari masalah asas melibatkan benih

12.00 PM – 12.30 PM:  
SESI PERTANYAAN SOALAN BERKAITAN



SESI PETANG

2.00 PM – 3.00 PM:
INFO BANGSAL DAN RAK CENDAWAN

Pelajari bahan asas pembinaan bangsal dan rak
Pelajari masalah berkaitan bangsal dan rak cendawan

3.00PM – 4.00 PM:

PENGURUSAN BANGSAL CENDAWAN

Cara menyusun beg media
Proses pengasingan beg matang, separuh matang dan beg rosak
Proses penyiraman
Rekod buka tutup beg media
Kawalan penyakit dan kebersihan di dalam bangsal
Cara kutip cendawan, proses penyimpanan
Teknik jualan cendawan segar

4.00 PM – 5.00 PM

PENYAKIT DAN KAWALAN PEROSAK

Pelajari jenis- jenis penyakit cendawan
Masalah serangan serangga
Cara kurangkan masalah berkaitan






Kursus Asas Tanaman Cendawan

2017-02-19T21:09:20.522+08:00

Tahun 2017. Kami di Cendawandungun telah mengadakan beberapa siri kursus asas tanaman cendawan.

Semoga peserta yang hadir berpuas hati dengan ilmu yang kami berikan.

Pada yang berminat boleh hubungi kami

WhatsApp  >>> 016 886 5004 <<<

Hari : Setiap Hari Sabtu

Masa : 9 pg hingga 5 ptg

Yuran : RM 180.00 seorang

Makan minum disediakan

Sijil kursus

Saguhati beg cendawan dan tepung goreng cendawan







Rawatan Kulat Hijau dengan 'Greeno Pro"

2013-01-08T11:06:22.937+08:00

Kali ini kita bincang tentang masalah kulat hijau yang menjadi ancaman utama pengusaha cendawan. Terdapat 2 jenis serangan yang biasa dilihat iaitu sebelum dan selepas beg media matang.Jangkitan Sebelum Matang: Berlaku selepas aktiviti menyuntik benih berpunca dari masalah benih, kukus tidak cukup dan kandungan dedak yang tinggiJangkitan Selepas Matang:  Berlaku selepas hasil pertama dan kedua. Biasanya disebabkan oleh beg tidak cukup, kualiti benih, bangsal kotor, serangan serangga 'bari-bari' dan kandungan air dalam beg media yang tinggi.Jika serangan ini berlaku kadar kerosakan beg menjadi tinggi kerana spora kulat hijau dibawa oleh bari-bari merebak kepada beg cendawan yang lain. Beg media yang terkena jangkitan yang teruk tidak dapat mengeluarkan hasil kerana mesila telah dimusnahkan oleh kulat hijau. Kerugian akan berlaku kepada pengusaha. Boleh mencapai 50-60% kadar kerosakan bergantung kepada keadaan serangan.Kawalan yang biasa dibuat oleh pengusaha adalah:Asingkan beg media yang rosakBuat bukaan dibelakangkan begTutup beg media dan sembur racun serangga dalam bangsal serta bilas dengan air paipKini terdapat cara untuk menyelesaikan masalah kulat hijau dengan Rawatan Greeno Pro yang bertindak mematikan pergerakan kulat hijau. Ciri-ciri ProdukDibuat dari bahan 100% organik berasaskan herbaBukan larutan EMTiada kesan sampinganTidak memberi kesan kepada kualiti rasa cendawanMurah dan menjimatkanSelepas 2 hari beg media dibuka, tanda-tanda serangan akan dapat dilihat. Untuk memberi hasil rawatan yang berkesan disyaratkan untuk menyembur beg media yang diperingkat awal jangkitan dimana kulat hijau belum lagi merebak lebih dalam. Kesan RawatanHanya sekali semburan sahaja disyorkan kerana kesan semburan telah dapat memberi perubahan kepada kulat hijau. Selepas 3 hari semburan kulat hijau menjadi hitam dan kering. Selepas itu bersihkan beg media dengan membuang lapisan tadi serta tutup beg media selama 10 hari.Semburan yang berlebihan akan menyebabkan beg media menjadi lebih berair dan ini tidak begitu sesuai untuk pengeluaran hasil. Jika berlaku hendaklah membuang leher beg dan buat bukaan yang luas untuk pertumbuhan cendawan yang lebih baik.Beg dibersihkanBeg Media dibukaHasil Cendawan Selepas Rawatan Greeno ProKegunaan lain:Semburan dalam bangsal untuk menghalau serangga perosak Campuran dalam beg media untuk memberi ketahanan awal kepada serangan kulat hijauSemburan disekeliling bangsalGreeno Pro boleh membantu memberi rawatan kulat hijau yang lebih baik dan mengurangkan kerugian kepada pengusaha cendawan. Dapatkan Greeno Pro untuk sebagai langkah pengcegahan serangan kulat hijau sekarang !!Tidak salah kalu mencuba, mana tau boleh membantu anda.PROMOSI!!!                                         Greeno ProKAPASITI:   500MLHARGA:       RM 20.00KADAR CAIRAN = 1 LITER GREENO PRO : 3 LITER AIR (kesan yang lebih baik untuk rawatan kulat hijau)KAPASITI:   3 LITERHARGA:       RM 100.00KADAR CAIRAN = 1 LITER GREENO PRO : 3 LITER AIR (kesan yang lebih baik untuk rawatan kulat hijau)HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARANPERINGATAN:Semburan pada peringkat awal jangkitan untuk memberi kesan yang baik.Hanya sekali semburan sahaja dilakukan[...]



Isu Terkini Penanaman Cendawan di Terengganu

2012-12-29T21:52:44.849+08:00

Ramai yang tertanya-tanya kenapa industri cendawan sekarang ini semakin merosot..tidak seperti 4 tahun lepas. Sana sini orang bercerita tentang tanaman cendawan baik di  tv atau surat khabar...semua nya bercerita tentang kejayaan seseorang pengusaha. Adakah bisnes cendawan kini seperti projek pertanian yang lain seperti projek ikan keli, fertigasi, cacing dll..sudah merudum atau sunyi sepi?Mengikut info penulis terima setakat ini hanya lebih kurang 13-15 orang sahaja di terengganu berbanding dulu beratus-ratus orang. Mengapa semua ini terjadi?Mari kini selidik kenapa ini terjadi..Masalah Penyakit Punca utama yang tidak dapat dielakkan. Biasanya masalah penyakit kulat hijau selepas hasil pertama atau kedua. Dimana setelah beg media disuntik benih dan diperam selama 60 hari kemudian proses membuka tutup beg media. Serangan akan berlaku ketika beg terdedah kepada persekitaran. Puncanya dari persekitaran dalam bangsal yang kotor, bawaan serangga bari-bari, benih cendawan tidak berkualiti, beg media tidak cukup matang dan kandungan dedak yang berlebihan dalam beg media. Apabila pengusaha menghadapi masalah in mereka akan tidak bersemangat untuk meneruskan kan projek kerana mengalami kerugian.Masalah Benih CendawanIsu yang selalu diperkatakan..masalah benih. Ok, masalah ini menjadi sebahagian punca kegagalan. Mengikut pengalaman penulis susah untuk menilai atau menentukan benih yang berkualiti kerana pengeluar yang berpengalaman pun belum tentu boleh menjamin kualiti yang  baik..apa yang terjadi apabila guna benih yang tak elok?Meselia tak bergerak- 7 hari selepas suntik benih tidak bergerak..beg media rosak..rugiBenih lembik - kandungan kelembapan tinggi..benih tidak bergerak..beg berulat..rugi  Contoh: Buat 5000beg media dalam seminggu dan suntik benih yang tidak berkuliti..selepas itu semua beg rosak...pengusaha akan mengalami kerugian yang tinggi..kos, masa dan tenaga hanya sia-sia..duit tidak menjadi masalah tetapi semangat akan hilang. Masalah Bahan MentahKekurangan bahan mentah juga menjadi alasan untuk meneruskan projek. Tetapi masalah ini tidak begitu ramai yang menghadapinya..biasanya masalah habuk kayu dan dedak padi. Beragantung kepada kawasan dan kos yang terlibat Terlampau Agresif Ayat biasa kita dengar..buat kecil-kecilan dulu, bila dah pandai, dah yakin baru komersialkan. Ramai juga yang mula buat projek terus nak ada alat-alat yang lengkap, bangsal yang cantik. Kurangnya pengalaman dan ilmu,apabila projek mengalami masalah pengusaha gagal untuk meneruskan projek. Penerima Bantuan 100%Kita hairan kenapa projek cendawan yang menerima bantuan sepenuhnya masih lagi gagal untuk meneruskan projek walaupun penguasaha tidak mengeluarkan modal cuma titik peluk sahaja. Ada beberapa sebab yang boleh kita pikiran...Cara pemilihan pesertaKurang berminat, tapi mahu juga terima bantuanKurang galakkan dan kesungguhanTidak nampak projek cendawan memang menguntungkanMasalah pasaran  Kurang BerminatAda juga dikalangan pengusaha yang berhenti kerana kurang berminat disebabkan menjadikan projek cendawan sebagai budaya ikut-ikutan, tengok orang buat kita pun nak buat. Bukan atas dasar minat dan potensi yang ada pada bisnes cendawan itu sendiri.Masalah PasaranAlasan biasa kita dengar..bukan sahaja projek cendawan malah produk pertanian yang lain pun mempunyai alasan yang sama. Pasaran bukan tiada cuma pengusaha itu sendiri yang perlu cari di mana dan cara untuk pasaran cendawan. cth: semua pengusaha hantar ke pasar borong dan akan berlaku lambakan...harga akan turun. Kalau tidak mahu menghadapi masalah kita pengusaha perlu guna cara lain seperti hantar terus ke restoran, kedai makan tengahari, kedai jual barang basah, makcik goreng pisang dan dll. Tidak semestinya projek cendawan atas nama 'contract farming' belum boleh menjamin pasaran. Yang paling kita perlu bergantung pada diri kita sendiri.P/S....Banyak lagi punca-punca kegagalan yang berlaku. Tunggu sambungan artikel ini akan datang , penulis akan menceritak[...]



Kursus Asas Tanaman Cendawan Tiram Kelabu

2015-12-12T09:59:19.866+08:00

Aktiviti PesertaPihak kami akan menganjurkan Kursus Asas Tanaman Cendawan di lokasi ladang kami di Lot 1273, Kg Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun, Terengganu.Maklumat KursusYuran:                          RM 200/seorangJangkamasa Kursus: 1 hariMasa :                           9.00pg - 5.00 ptgBilangan peserta:         1-10 0rang/sesiTarikh Kursus:              Setiap hari Sabtu# Makan dan Minum disediakan# Sijil dan Nota Kursus disediakanDeposit RM 50.00 untuk tempahan kursus, bayar kepada Agro Mesra Trading, RHB bank: 21305600015746Telefon/SMS kami untuk maklumat lanjutTel:  0168865004Apa yang akan anda pelajari didalam kursus ini.?Pihak kami akan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk memulakan projek tanaman cendawan untuk individu yang betul-betul berminat tetapi kekangan modal yang sedikit. tidak perlu melihat projek skala yang besar, hanya perlu tau bagaimana bermula dengan kecil-kecilan terlebih dahulu. Anda akan mendapat layanan dan tunjuk ajar selepas hadiri kursus kami dan itu adalah secara PERCUMA.Kenapa bisnes cendawan menguntungkan?Ketahui kenapa ada pengusaha gagal dan berjaya dalam projek tanaman cendawanKetahui cara bagaimana untuk bermula sekiranya berminat tetapi modal sedikit.Bagaimana tanaman cendawan boleh memberi pendapatan lumayan kepada andaPelajari jenis cendawan yang sesuai ditanam dan mempunyai pasaran yang tinggi dan luasPelajari teknik membuat beg media dengan betul, cepat, mudah dan murahPelajari cara bagaimana hendak memulakan projek cendawan dengan modal yang sedikit.Pelajari kaedah pembinaan rumah cendawan yang jimatPengunaan alat yang jimat tanpa menggunakan mesin modenBagaimana membuat rak cendawan untuk memaksimunkan ruangKetahui teknik penyuntikan benih yang betulKalau tiada bilik suntik..bagaimana cara untuk menyuntik benih?Cara pemilihan bahan mentah spt habuk,dedak,benih, kapur dll dengan betul Kaedah susunan beg cendawan dengan betulCara menyelesaikan masalah penyakit kulat perosakCara menyelesaikan masalah serangan seranggan perosakTeknik-teknik pengurusan rumah cendawan dengan betul Pelajari cara untuk mendapat pendapatan 2000, 4000,6000 sebulan dengan tanaman cendawanTambah pendapatan dengan produk hiliran berasaskan cendawanKetahui bagaimana Kiosk Cendawan Crispy boleh membantu anda memasarkan produk cendawanPelajari cara mendapatkan bantuan jabatan pertanian dan agensi lain.Pelajari cara bagaimana pesaing anda boleh membantu anda dan bukannya bermusuh dengan mereka.Ketahui kaedah pemasaran cendawan yang berkesanpelajari kaedah penghasilan cendawan yang cepatTeknik-teknik yang betul untuk  tempoh pertumbuhan cendawan yang betul. cara pengendalian cendawan selepas mengutip hasilKaedah pengurusan rekod dengan betulSedikit Motivasi untuk peserta kursus  bagi mengharungi masalah dan dugaan untuk berjaya dalam bidang tanaman cendawanTawaran harga istimewa untuk Pakej Kiosk Cendawan Crispy kepada peserta yang menyertai kursus dengan syarikat kami.[...]



Francais Cendawan Crispy

2012-03-21T01:15:52.986+08:00

Agro Mesra Trading mengorak langkah dalam biz berasaskan cendawan dengan memperkenalkan sistem pemasaran cendawan yg lebih menarik dan mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk merasai keenakan cendawan goreng.

(image)
Kiosk Cendawan Crispy
Bukan hanya menjual cendawan goreng malah popia cendawan, samosa cendawan, cucur cendawan, popcorn cendawan dll boleh juga dijual untuk mendapat lagi sumber pendapatan. Amat sesuai untuk pengusaha cendawan secara kecilan sbg contoh penerima bantuan dari kerajaanyang menerima bantuan projek tanaman cendawan dimana mereka boleh jadikan kiosk ini sbg kaedah pemasaran mereka. seterusnya tidak bergantung kepada orang tengah, mereka boleh menjual sendiri cendawan segar dan produk berasaskan cendawan. Ramai penerima sebelum ini yang telah berhenti dari menjalankan projek cendawan padahal mereka menerima 100% bantuan tetapi macamane boleh gagal. Kemungkinan besar maalah pemasaran yang menjadi punca kegagalan ini, berpunca dari itulah syarikat Agro Mesra Trading memperkenalkan kaedah pemasaran cendawan yang lebih efisien bagi membantu usahawan yang baru berjinak dengan tanaman cendawan dan kepada individu lain untuk menambah pendapatan.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut



Kembali Bersemangat!

2012-02-13T23:33:04.835+08:00

Assalamualikum....

(image)

Terima kasih...kepada yang sudi membaca artikel dalam blog ni walaupun sudah lama tidak update...lebih kurang 3 tahun..banyak respon yang diterima oleh pencari info tentang cendawan diluar sana mengatakan maklumat yg diberikan telah dpt membantu mereka..banyak pengalaman yg nak diceritakan tetapi penulis berasa kecewa pada individu yang dengan sengaja atau tidak mengaku salah satu artikel dr blog ni kepunyaan beliau...langsung tiada etika....sbb 2 la blog ni dh lama xupdate (malas)..penulis menulis ikhlas dari hati untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca tentang penanaman cendawan...info yg bagus adalah info yang tersirat pada sesuatu perkara...bkn yg tersurat....kini penulis kembali bersemangat untuk menulis di blog setelah mendapt respn dr pelanggan supaya kngsikan lg pengalaman atau apa yang berkaitan dgn penanaman cendawan...

terima kasih pada semua yang menyokong Cendawandungun..



FAQ Projek Tanaman Cendawan

2009-12-14T21:39:48.024+08:00

Salam Kembali kepada pelawat blog ini...dah lama tak update maklumlah sibuk yang teramat2...so setakat ini alhamdullah projek tanaman cendawan makin maju..pelanggan pun semakin ramai..pelawat pun makin ramai yang datang kat tempat projek..ada yang datang yang saje nak tgk2 dan ada jugak yang datang pasal minat nak buat projek cendawan ni...Dari pengalaman sy la ramai yang berminat tentang projek berdasarkan kepada :-1. Pasaran cendawan semakin meningkat2. Mengikut trend projek pertanian3. Orang buat,kita pun nak buatBagi pandangan sy kepada yang baru nak mula projek cendawan ni anda perlu melihat kepada minat anda terlebih dahulu. Buat kajian terlebih dahulu dari segi kehendak pasaran,cara kerja,kos permulaan,risiko yang perlu di tanggung dan masa yang anda perlukan untuk menjalankan projek anda.Disini ada sedikit FAQ projek cendawan yang biasa yang ditanya kepada pelawat yang datang di ladang saya.1. Berapa kos permulaan projek cendawan?kos permulaan bergantung kepada berapa bongkah yang anda ingin mulakan. Bahan yang anda gunakan untuk membuat bangsal tidak perlulah hebat sgt...sekadar kukuh dan teduh dari hujan pun dah cukup. Jimatkan kos membuat bangsal lebihkan modal untuk membeli bahan mentah atau bongkah cendawan matang kerana itu lebih baik dari bangsal yang mahal2. 2. Apakah cara memulakan projek cendawan?Pertama:Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil. anda hanya perlu sediakan bangsal cendawan dan rak sahaja. Tugas anda hanya siram,kutip cendawan,jual, dan rekod. Kaedah yang mudah dan menjimatkan masa anda. Sesuai dibuat secara partime.Kedua: Dapatkan bongkah cendawan matang yang sedia untuk pengeluaran hasil.Mula belajar selok-belok pengeluaran hasil dan apabila anda sudah yakin anda boleh mula membuat bongkah sendiri. Kaedah yang susah sedikit andaperlu mengambil kursus,cari peralatan dan bahan mentah, proses membuat media sendiri masalah bongkah rosak dan penyakit dll.Perlu mesin atau steamer ke?Kalau projek cendawan anda 5k bongkah ke bawah bagi saya tak perlu anda membeli mesin gaul ataupun steamer. Memadai gaul media secara manual dan pengukusan guna tong drum sudah cukup. Tidak berbaloi anda membeli peralatan ini dan lebih baik anda gunakan untuk membeli bahan mentah membuat media spt benih, habuk kayu dll. PasaranIsu yang biasa di tanya oleh peminat projek cendawan. Sebenarnya setiap bisnes yang kita buat mesti ada pasaranya cuma kita perlu mencari pasaran bukanya menunggu pasaran itu sendiri datang kepada kita. Begitu juga dengan cendawan, ianya merupakan produk makanan yang di di perlukan oleh manusia hampir setiap hari...lagipun banyak produk yang boleh kita hasilkan dari cendawan..sebagai cth cendawan boleh dijadikan sbg kerepek, serunding, sos cendawan, karipap, popia, cendawan goreng tepung dll. Di mana nak jual cendawan segar? Katakan lah ramai pengusaha cendawan disekitar anda yg telah menjalankan projek ini...anda perlu selidik dimana mereka memasarkan cendawan segar. sbg contoh kalau ada ramai pengusaha jual di pasar anda tidak perlu turut jual disana...cuba cari alternatif lain spt jual di kedai runcit atau dll. cara lain anda boleh pasarkan cendawan segar spt kedai makan, restoran masakan panas, kantin, kedai runcit basah, penjual goreng pisang, pejabat2, rakan, supermarket. Bila dah ramai orang tau anda menjual cendawan maka pasaran anda sebanyak dan anda hanya perlu bersabar. Ini adalah pandangan saya sahaja,,,mungkin anda ada idea yang lebih baik boleh kongsikan bersama.[...]



Tanaman Cendawan Berbaloi

2013-01-22T20:41:51.509+08:00

DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra Trading.

"Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia," katanya ketika ditemui di tapak semaian berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.

Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.

Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya telah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.

"Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.

"Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu, kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,'' katanya.

Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.

Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 019-6056213 untuk keterangan lanjut.


#Sumber dari Utusan Online - Edisi Pantai Timur



Prosedur Memulakan Projek Tanaman Cendawan TIram Kelabu

2009-09-10T21:24:18.311+08:00

1. Kenalpasti lokasi tapak bangsal cendawan..tiada berlaku banjir.

1,000 bongkah 2m x 3m
2,000 bongkah 3m x 4m
3,000 bongkah 4m x 5m
4,000 bongkah 5m x 6m

2. Siapkan Bangsal cendawan, rak, dan peralatan

3. Beli bahan mentah

Dinasihat supaya beli bongkah matang (sedia dibuka) bagi yang baru nak mula projek. Sekurangnya 1000 bongkah matang supaya anda boleh belajar selok-belok pengeluaran hasil cendawan tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

4. Penjagaan Rumah Cendawan

Sentiasa bersihkankan rumah cendawan untuk kurangkan penyakit dan serangga. Monitor kelembapan dan cahaya.

5. Periksa jangkitan kulat perosak dan penyakit
Periksa paling kurang 2 kali seminggu.

6. Menuai hasil

Kutip cendawan 2 atau 3 kali sehari utunuk mendapat cendawan yang muda dan segar.

7. Jualan dan pemasaran

Jual terus atau supply kat hotel dan kedai makan. Sentiasa respon kepada harga dan permintaan pelanggan.

8. Simpan rekod

Rekod penting untuk kita tahu keuntungan yang diperolehi dan kos2 yang terlibat.



Harga Pasaran

2009-09-10T21:24:33.323+08:00

Ada pengusaha tertanya-tanya…berapa harga nak jual? Kat mana nak jual? Tu maslah biasa bagi yang baru nak mula tanam cendawan ni…nak jual mahal takut tak laku. So, ni ada tip untuk anda…
Berapa harga nak jual?

• Harga pasaran RM 8-15 sekilo….siasat dulu harga sekita kawasan anda..jika pengusaha lain jual RM10/kg..anda kena la jual sama jugak..tak perlu nak jatuh harga orang lain

• Boleh jual pack dgn plastik saiz 7x10x06..1 pack 100g atau 1 pack 80g…anda boleh jual 5 pack RM5 atu 6 pack RM5..bergantung kepada berat tiap pack.
Kat mana nak jual?

• Kedai makan atau kedai tomyam
• Sekolah
• Restauran
• Pasaraya
• Hotel
• Kedai runcit basah
• Pasar tani
• Pasar malam
• Pasar basah
• Jiran atau kawasan rumah anda

Anda juga perlu kenal pengusaha lain sekitar anda kerana jika anda tidak cukup bekalan anda boleh beli dengan mereka atau sebaliknya supaya pelanggan anda tidak lari. Digalakkan buat kerjasama dengan pengusaha lain dari segi pasaran dan harga supaya masing2 boleh cari makan.



Masalah dan cara penyelesaian

2009-09-10T21:24:50.116+08:00

Penanaman cendawan juga mengalami masalah yang boleh merugikan dan melemahkan semangat pengusaha. Tetapi sebarang masalah mesti ada sebab dan cara untuk menyelesaikannya. Disini terdapat beberapa masalah yang dihadapi, punca dan cara untuk mengatasinya.

Mesilia gagal untuk berkembang

Air klorin atau air kotor -----guna air telaga atau peram air paip semalaman
Bahan mentah rosak---- pastikan bahan mentah elok dan segar
Kukus tidak sempurna----pastikan kukus 7-8 jam
Beg media panas----biarkan sejuk baru suntik benih
Benih tidak berkualiti
Lupa nak suntik benih

Mesilia tumbuh, tapi gagal hasilkan cendawan

Formula media tidak betul----ubah formula, periksa pH, habuk kayu, dedak
Serangga, kulat perosak, virus, bacteria dan hama---periksa proses kukus, suntik benih, dan kebersihan rumah cendawan
Benih tidak berkualiti---dapatkan dan pembekal lain
Cendawan terbentuk, tetapi payung tidak terbentuk
Cahaya tidak cukup---ubah cahaya dalam rumah cendawan
Pengudaraan tidak sempurna----tingkatkan pertukaran udara luar dan dalam

Anak tumbuh, tapi sikit yang berkembangMasa peram terlalu lama

Cahaya kurang
Media campuran berkualiti rendah
Kadar pentumbuhan mesilia kurang—benih kurang
Benih tidak berkualiti

cendawan gagal tumbuh pada pusingan kedua

formula campuran tidak betul
benih tidak berkualiti

saiz cendawan kecil

terlalu banyak anak cendawan tumbuh
formula tidak betul
benih tidak berkualiti

cendawan ringan—periksa kelembapan semasa gaul media

cendawan cepat rosak
cendawan dikutip terlalu tua—kutip yang muda sebelum tepi berombak
cendawan suam sebelum pek—sejukkan dulu baru bungkus dalam plastic
cendawan lembap
cendawan disimpan terlalu lama

bintik2 kuning pada cendawan

serangan bakteria---periksa kelembapan dan rumah cendawan 80-85%



Beli bongkah VS Buat Bongkah

2009-09-10T21:25:05.734+08:00

(image) Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? Harus diingat jika anda betul2 mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macm ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak2 dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik2 buka tutup penutup untuk tau macamne nak keluarkan hasil tiap2 hari. Ini ada sedikit tip untuk anda lihat kelebihan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah

Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll

Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh

Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual

Tiada masalah penyakit..kalu da pun sedikit

Boleh test market dulu…da tak permintaan penduduk setempat

Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la

Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung

Boleh buat separuh masa

Buat bongkah

Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…

sesetengah tempat susah nak dapat bekalan

Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit

Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih

Masalah penyakit kulat perosak

Jimat kos

Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z

Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih itu bergantung la….ikut kemampuan masing2…