Subscribe: Manjung Mari
http://manjongmari.blogspot.com/feeds/posts/default
Added By: Feedage Forager Feedage Grade B rated
Language: Malay
Tags:
ada  aku  apa yang  apa  boleh  dah  dalam  dengan  ini  lagi  najib  nak  parti  pas  pun  tak  tidak  umno  yang 
Rate this Feed
Rate this feedRate this feedRate this feedRate this feedRate this feed
Rate this feed 1 starRate this feed 2 starRate this feed 3 starRate this feed 4 starRate this feed 5 star

Comments (0)

Feed Details and Statistics Feed Statistics
Preview: Manjung Mari

Manjung Mari Membina Semula Negara





Updated: 2018-04-14T23:04:00.385+08:00

 



Jom kita lihat isu ni pulak -

2016-02-16T22:11:39.901+08:00

Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu moga-moga dapat mengurangkan keperitan yang mereka alami... Jom kita kita lihat video ni dulu...  allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dyDNiDiEmf98ZkwxNjM8tOck4DjVad5A1GYS4zHlvQ69m76mIoMKOtHioYaShHYFAtjonhM5ORuoQ5d2ASAYA' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' /> Tak kira lah mereka-mereka ini sebelum ini menyokong parti mana, kewajipan parti politik yang ingin kan undi-undi mereka pada PRU 14 nanti perlu tampil membela mereka ...Pimpinan Pas lebih senang dan enak berjumpa Ahli Parlimen Baling di Tabung Haji, daripa berjumpa penduduk warga Baling... habis tu cam no.. Bila musim raya Cina, mereka-mereka pun sama-sama sibuk mengacau makanan tradisi China, walaupun tak kelihatan sorang pun dari kaum China... Apakah ini termasuk dalam sunnah nabi atau sunnah parti...Apa pun tahniahlah, kerana masih menaruh harapan nak tawan kembali,,, moga-moga dapat lampu ajaib aladin...   Hantam sajalah Labuuuuuuu.......[...]



Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...

2016-02-07T22:33:29.870+08:00

Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahlah,, bukan lagi nak ganti umno, malah errmmm...Ni ada lagi satu kisah terkini,, menjadi perbualan ramai....  Kalau berpakaian macam ni OK lagi, satu pembaharuan, sumber inspirasi, mana tahu nanti akan ada feshion designer dari ahli Pas buat Jubah Beruniform macam ni hantar kat negera Arab,,, mungkin boleh dapat derma lagi,, kalau dulu Najib Presdien Umno dapat, kali ini Presiden Pas pula dapat 2.6 Billion..Boleh simpan tabung jihad tin milo. Tapi 3 gambar dibawah ni seorang Adun Pas Selangor punyalah nak dapat undi Cina sanggup berpakaian tok pekong Cina,,, agak-agak la...   Bab hukum aku tak berani nak pertikai, sebab parti Pas ramai ulama,,, tapi,, adoi.... susah mau celita... lu sendiri fikir la.... Lim Kit Siang tok Pe Kong DAP pun tak perlu pakai macam tu,,, ni lebih dari Lim Kit Siang lagi,,, patutla duk benci sangat dengan Dap..[...]



Sayang ! Tembakan Tuan Guru Presiden Tak menepati sasaran...

2016-01-28T21:39:11.773+08:00

Nak kata apa lagi dah... dah terlepas cakap... pakat-pakat diam lah nampaknya...






 Kalau ya pun marah sangat,, agak-agak patutlah... 




Keputusan di parlimen semalam apa cerita ? Siapa yang sokong,, siapa yang menentang..hangpa pun tau kan,, semua Ahli Parlimen Dap pakat sokong,,, jahat sungguh depa,, nasib baik ada ahli Parlimen umnoooo.....








Ini Fakta, Bukan Auta , Kenapa Parti Pas ?...

2016-01-25T06:52:21.819+08:00

Sejarah Ekonomi Malaysia merudum yang lepas rasanya macam ada persamaan dengan apa yang berlaku sekarang ini....Kalau yang lepas berlaku sekitar tahun 1998 ke 1999, dimana waktu tu Perdana Menteri Dr Mahathir tetapi beliau tidak merangkap Menteri Kewangan..Menurut cerita DS Anwar Ibrahim Menteri Kewangan mahu menerima bantuan dari Tabung Ekonomi Dunia, melalui Goerge Soros yang di gelar Penyamun mata wang Dunia, Tapi Dr Mahatir bertegas menolak tidak mahu rancangan tu,, maka bermula dari situ berlaku pemecatan jawatan, Timbalan Perdana menteri dan juga Menteri Kewangan,Dari segi kesan di atas, negara jiran yang menerima bantuan bantuan Goerge Soros seperti Thailand, Indonesia dan juga Korea rasa ekonomi mereka tidak seteruk negara kita Malaysia sekarang...  Jadi sekarang sapa yang bersalah dalam hal ekonomi Malaysia ni... Najib, Mahathir atau Anwar...jawab sendiri lah..Dari segi politik waktu tersebut Pas mendapat keuntungan besar, apabila PRU 1999 Pas dapat perintah Terengganu, jadilah rasa sepenggal, secara realitinya ini adalah adalah atas kebijaksaan arwah Dato Fadzil Nor selaku Presiden Pas...Sayang waktu tu, pengundi kaum Cina masih memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional..Berbalik pula pada situasi sekarang, tak payah nak ulaslah apa bahana yang rakyat terpaksa tranggung, sedangkan pemimpin masih boleh bermewah, masih mendapat kenaikan gaji yang tinggi peratusannya..Apa yang ada persamaan seperti aku katakan diatas,,, ialah.. kalau zaman Mahathir ia Pecat Anwar, tetapi dizaman Najib@Rosmah, ia pecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin, Menteri Luar Bandar Dato Shafie Afdal, di bersarakan Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail sebelum ini merupakan salah sorang Key man yang menyebabkan Anwar ke penjara, Timbalan Ketua Pengarah SPRM, Governor Bank Negara nyaris-nyaris nak sangkut sama...    Itu yang kena pecat, yang terbunuh ka, atau kena bunuh pun ada dalam kes ni, masih dalam siasatan polis, harap polis bertindak tegas, rasanya pegawai-pegawai dan anggota polsi pun dah tak larat dengan isu apa yang berlaku, mana mungkin mereka tak tahu siapa benar siapa salah,,, tapi nak buat guana... makan gaji, saya yang menurut perintah.Jadi siapa lagi hebat di antara Mahathir VS Najib@Rosmah, mungkin waktu Mahathir dulu, bininya Tun Dr Siti Hasmah hanya bertugas sebagai Dr peribadi kepada Mahathir, itu sahaja secara resminya, berbanding dgn sekarang,, errmmh tak payah ceritalah, satu dunia orang dah tahu.. Jom dengar apa Najib kata, yang mana satu yang benar ... allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dz6sRvZdAcMg9VjNnztgNB7Me0IhKFAaywCte7jRfWYkv9QMXq3HOPbEltTml0lzs9kGzDoFz-nEQ5cm4hwKw' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />Jadi sekarang, macam Pas boleh nak bersatu,,, apakah kerana ini..Agenda apa lagi,,, negara dah nak bangkrap dah woiii.. agenda mamat dlm gambar tu dah bejaya dah, dapat jadi CEO,, nak apa lagi ,,, habuan dunia dah berbaloi-baloi dah, untung nasib badan, bagai mana nasib rakyat,,, peduli apa.. nasib hangpa la,, sapa suruh undi .... kalau dah bekas Menteri Kewangan, Bendahari Umno, orang kuat Bursa saham, depa kata kalau ia demam Index saham pun turut jatuh, komen hangpa nak kata apa lagi... Cuma aku yang nak kata, Polis tak ambik tindakan ka kat Tun Daim ni, boleh menimbul kata hasutan yang meresahkan rakyat Malaysia..Bagi aku masih bersangka baik kat parti aku sendiri, cuma berpendapat, harap-harap betoi la kut ,walaupun tak betoi... jadi yang mana satu ni... ikut hangpa lah.. Hangpa jangan baca kata-kata Ketua kepada Presiden parti aku tu.. Baca index Dap dengan Umno ,, yang mana the best ...itu secara pukal , kalau secara detail satu persatu, 100 muka surat A4 huruf font Arial 10 pun tak muat lagi... Mungkin lepas ni ada penulis-penulis yang nak buat salah laku umno..  Mungkin kah,,, ini pendapat aku dari hati yang luhur ikhlas lag[...]



Ostad-Ostad... Patutlah berebut nak jawatan.. Jom pakat dengaq ni...

2016-01-18T21:04:26.535+08:00

Dengan menggunakan sedikit ayat quran, diputarnya makna ayat tersebut,, maka halallah perbuatan mereka...


Siapa yang memberikan ceramah jawapan ni ,, aku tak pasti... hangpa siasatlah sendiri... 


allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dw5nOdhVc8FiLv0EP8ZOJP8C-hWpmcbvA2rwKmMQ0EHmqXLzERDMRgyOmrn4w7Zt8_zk_pXzFB2zBkkTG6gIw' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />

 Woi pakai la 4-5 biji kalau mampu... kalau minat... bab duit kegunaan parti hangpa isthihar derma kilat pada ahli dan penyokong, duit hangpa buat beli kereta, buat rumah macam istana..
Dimana sifat yang bersederhana yang dianjurkan islam... ini pemimpin parti islam,,, phuiii...
 



Bukan aku nak dengki dengan apa yang mereka perolehi, tapi ada malu dengan pimpinan parti bukan yang berjenama Islam, malah pemimpin tu pun buka beragama Islam, tetapi beliau seorang profesional...

Ini baru pemimpin untuk rakyat, dapat AP untuk beli kereta luar negara pun, ia tak guna,,, ia jual.. hasil dari jualan bernilai RM75,000.00 ia buat jambatan untuk penduduk di Sungai Siput.. 

Sayang, sifat yang sederhana yang dipelopori oleg Allahyarhan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, di turu oleh orang bukan Islam,,, yang mengaku pemimpin parti Islam,, dah rupa umno juga dah... tak ada bezanya...











Inikah tujuan utama Kerjasama PAS - Umno ?..

2016-01-17T14:22:09.896+08:00

Kalau boleh aku tak mau nak ambik kisah lagi bab hal politik parti aku ni, tapi bila bersangkut paut dengan umno, aku tak boleh duduk dengn berdiam diri, rasa tak tenang, tiada kepuasan dalam diri...  Timbul persoalan diruang fikiran aku,, kombinasi Pakatan Harapan ditubuhkan untuk ke Putrajaya untuk menghalau parti umno dan BN,,,  Parti umno @ bn dan sekutu yang seangkatannya diam tak menyalak apa-apa pun, alih alih ada parti lain pulak yang duk tolong jawab..... Ni kira kut mana ni,,, Berita semalam, ni yang agak panas...   Kalau dah Ketua Dewan ulama yang bersuara, nak komen lagi ka... harap-harap ini mungkin dah dapat petunjuk ni,,, tu yang berani,,, walau pun sebelum ni pertandingan 3 penjuru Pas dapat undi paling ciputtt....Tolongla,,, kalau secara teori, kalau buat kerja ni, bagi aku adalah salah satu kerja membazir,, yang menjadi mangsa ahli-ahli dan penyokong parti,,, tok sah duk cerita banyak la... Apa tujuan nak bertanding dalam PRU 14,,, tu yang timbol persoalan... kalau macam ni,,, kut mana pun secara zahirnya yang tentu menang PRU 14,,, errrmm tak payah cakap... hangpa tentu boleh agak dah...Tak kesiankan kat rakyat marhaein ,,, Dalang utama dah pun dapat imbuhan dah,,, kalau dulu ada juga pakai kopiah putih atas kepala,,, standard ulama Pas, kemudian,, sesekali timbul songkok hitam atas kepala,,, yang terkini dah tak ada apa-apa dah.. kosong... mana ngam seorang CEO pakai songkok,,, tak jadilah 1malaysia.. [...]



Parti DAP umpama Air Nira/Air Tapai .........!

2016-01-13T21:28:41.977+08:00

Duk pening 2-3 hari ni,,, selepas terbaca satu kenyataan dari Naib Presiden parti aku... adoi.. nak jadi apa ni... nak kata pelik bin ajaib,, rasanta tak bertepatan.. jadi aku nak kata apa...


Macam ni pun ada.. 


 Aku nak tanya,, hangpa tau dak air tuak...rasanya generasi tak berapa nak tau, air tuak ni kalau disebelah pantai barat, adalah sejenik arak minuman kaum orang India, kalau orang Cina pula dipanggil samsu... 

Air Tuak diperbuat dari Nira kelapa, manakala samsu dibuat dari beras pulut, guna ragi lebih kurang macam orang buat tapai..

Air Nira kelapa boleh di minum, halal...tetapi kalau diperam mengikut kaedah tertentu ia akan jadi tuak (arak) dan haram hukumnya dalam islam jika kita meminumnya,,, 

begitu juga tapai pulut, boleh dimakan,, sedap bagi peminat tapai,, tetapi jika terlebih had diperam, tapai akan berubah menjadi samsu... maka haram dimunim...

Apakah Parti Dap pun dianggap sedemikian... adoi,, macam kaedah tuak atau samsu... 

Ha ha ha,, ataupun ikut kaedah kahwin mutaah, ada jangka masa tertentu,dah puas pakai lepas tu cerai,, woi jangan buat pasai... malu la...










Kisah Hari Ini .... Adoi.. apa nak jadi ni..

2016-01-09T23:18:31.849+08:00

Rasa-rasa macam mals nak ambik pot bab parti piltik ni,, tapi entahlah,, bila duk terbaca kisah-kisah yang berlaku hari ini,, adoi.. sakit mata nak bacanya,, walaupun hanya sepintas lalu..Mula-mula aku terjumpa keratan ni....Kenyataa Ust Deris, Ok lah.. sekadar nak maklum tak nak ikut sekail,, bagi aku tak palah... no komen.. walau pun aku ada benda nak komen.. Tapi yang yang ini,, dah kira lain macam dah... Mungkin beliau seorang pakar strategic.... ha ha ha,, jadi mungkin ada ilmu kasyaf ni.... boleh tahu perkara yang akan datang.... Tetapi yang ini punya statement paling best...   Macam macam kan... ini lah yang ada lagi dalam Pas... tak ada dalam mana-mana parti bani melayu lain...Cuma aku duk tertanya-tanya... sekarang ni dan masa yang akan datang, siapakah musuh politik utama kepada Pas, parti Umno seperti yang duk dilaung-laungkan atau Pakatan Harapan yang terang dan jelas nak lawan Umno?...  [...]



Ni apa cerita ? Yang mana satu ni ?..

2016-01-04T21:29:59.021+08:00

Dalam minggu-minggu kebelakangan ni suasana agak panas,, macam-macam cerita... 

Banyak perkara kalau nak aku komen, cuma sekarang aku duk cari isu sendiri-sendiri pula.. ha ha ha ..


Sebelum ni seminggu dua yang lepas... 



Tetapi hari ni terjumpa keratan ni pulak.. apa cerita ?
 


 Jangan salah faham... tak mau bagi kat Amanah.. kalau Umno yang minta rasanya boleh kut,, kalau tidak macam mana nak nasihat dan kerjasama.. tak gitu..
 







 



Siapa lebih Istiqamah antara parti Pas dengan !.......

2016-01-02T20:15:55.853+08:00

Sejak menerima berita kemenanganya pada pertengahan bulan lepas lagi, aku dah duk terfikir, cuma faktor masa dengan kesihatan menyebabkan sedikit terbantut... Sekadar percambahan minda, walaupun perbandingan yang akan dibuat ini berbeza 100 peratus...  Kisah penuh boleh dibaca Klik SiniSeorang wanita, yang berjuang hanya dengan berlandaskan demokerasi, tanpa ada sedikit pun perjuangan untuk menegakkan Islam, berjuang lebih dari 20 tahun, dengan bermacam-macam tekanan yang dihadapinya, berbeda dengan apa yang Pas berjuang di Malaysia, masih ada ruang-ruang kebebasan... Cuma wanita ini yang lebih dari Presiden Pas, ialah dari faktor umur, beliau dah 70 tahun....Kesungguhan beliau berjuang menetang Junta Tentera, bukan umno,,, selama lebih 20 tahun, baru Allah memberi kemenangan, ...Kenapa Pas, yang dah pun nak menghampiri kemenangan, menentang umno, alih-alih boleh pi bersekongkol dengan umno yang semakin hari semakin menzalimi rakyat dengan alasan nak memberi nasihat.Seorang sahabat memberitahu aku, jangan risau, tok guru seorang yang cerdik?...ha ha ha,, ia lupa, penasihat utama Najib Apco yahudi laknatullah, lagi cerdik, apakah mereka redha dgn Islam,,Cuma aku tak tergamak nak cakap, kalau cerdik, waktu diberi peluang selepas PRU 1999, Pas memerintah Terengganu, Tok Guru mengetuainya sebagai MB, kenapa hanya sepenggal,....Dan sekarang ini di media sosial, hari-hari ada sahaja kawan-kawan dari Pas yang duk menghentam Amanah, termasuk seorang ustaz di masjid An Najah, Padang Serai, Kedah yang menjadi viral di Facebook, sedangkan hadis yang dibaca ustaz tu pun dipertikai kesahihannya,(kitab rujukan agama Syiah), boleh baca sepenuhnya di Facebook     Kenapa boleh jadi begini, sedang kan musuh asal kita bersama adalah umno laknatullah... Jawabnya... UMNO dan pun menang, umno dah dapat apa yang mereka hajati sejak tahun 2008 selepas tsunami politik lagi, tak sampai 10 tahun mereka dah berjaya memecah belahkan Pas dan Pas sekarang telah balik ke takuk lama, tahun 60-70han yang... Tolonglah sedar wahai sahabat-sahabat sekelian,, anda masih percaya dengan umno lagi ?...  [...]



Penyatuan Umat Melayu Pas - UMNO, tak ada manafaat !!!.

2015-12-19T11:16:31.547+08:00

Terbukti sudah apa yang diperkatakan sebelum ini, pada Khamis lalu, cuma pelaksanaan nya sahaja masih kena tunggu dan lihat...Aku tak mau nak komen banyak dalam isu ni... Nanti aku akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan, biasalah,, kritik ulama..   Apa pun aku terpaksa luahkan apa yang terbuku dalam ruang akal fikiran aku yang serba sempit dah jahil ni...Penyatuan umat melayu.................... memang baik,, aku tak nafikan, apatah lagi nak menghalangnya... Cuma apa yang telah berlaku tidak kena pada tempat dan masanya,,, memang tak bertepatan langsung untuk mendapat hasilnya atau impak dari isu ni... Kenapa aku kata tidak !!!!..Kita imbau balik kes Anwar Ibrahim mata lebam tahun 1998,,, dimana Arwah Mantan Presiden Pas Dato Fazdil Nor, pergi bersama-sama dengan Anwar, beliau dikecam,,, oleh ahli-ahli Pas, tetapi Allahyarham seorang yang bijak berpolitik, pandai mengambil peluang yang ada,,, diketika Anwar di zalimi oleh Mahathir, dimana sebahagian besar rakyat Malaysia turut bersimpati dengan apa yang berlaku, peluang sebegini turut diraih oleh Pas,,, maka Pas berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999...Tetapi apa yang berlaku dua lepas adalah sebaliknya,,, itu pasal aku kata tak bertepatan langsung... Najib bukan orang yang dizalimi atau kena zalim, malah boleh dikatakan Najib menzalimi rakyat dengan begitu rakus dan gelojoh,, sehingga Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie Afdal pun turut mengecamnya,,, tak termasuk Dr Mahathir, dan otai-otai politik umno yang lain...Alih-alih Presiden Pas sanggup pi bersekongkol dengan Najib atas nama penyatuan umat melayu dengan mendapat sokongan agamawan cari makan... Dan aku tak hairan kalau lepas ni Majlis Raja-Raja Melayu pun turut memberi sokongan kepada agenda penyatuan melayu ni...Apakah rakyat marhaen yang hidup serba cukup makan akan mendapat hasil dari imfaq penyatuan melayu ni...GST akan di mansuhkan, PPPTN untuk anak-anak kita akan dihapuskan.. Harga barang-barang akan kembali murah.Subsidi-subsidi akan diadakan semula..Tambang pengangkutan awam dibatalkan kenaikannya..dan banyak lagi yang tak perlu aku tulis.....Cuma aku tanya.. Apakah dengan penyatuan ni apakah tindakan boleh diambil keatas Najib dalam skandal 1MDB 2.6 Billion,, skndal Ypeim, Tabung Haji, Wang Zakat, skandal lembu NFC dan banyak lagi,,, termasuk skandal balak di Kelantan... melayu woi...Atau dengan penyatuan ini, Najib akan terus berkuasa dan akan terus mengcengkam dengan RUU MKN yang baru diluluskan, manakala orang-orang melayu terus hidup merimpat... Dan tak mustahil lepas ni Dr Mahathir menjadi teman Anwar Ibrahim di penjara Kajang....Yang menjadi kambing hitam,, semuanya salah DAP..Apakah Umno dan Pas akan mendapat undi dari golongan muda pada PRU14 nanti.... Hidup Melayu....  [...]



Kita berdiri di pihak yang mana?

2015-12-14T19:57:46.624+08:00

Salam 2.6 Bilion.. Sebagai rakyat Malaysia bangsa melayu, sedikit sebanyak aku terpandang, terdengar juga apa yang berlaku sehari dua yang lepas.... Cuma aku nak quote waktu pengulongan PAU oleh Mat 2.6 Billion..  Aku sendiri pun dengar seperti mana yang ditulis oleh macai-macainya tu... Mungkinkah dengan ucapan-ucapan yang diselang selikan dgn bahasa arab maka Najib dah bersih dari segala dosa yang ia lakukan?...Cuma duk teringat soalan dari Bang Mat Sabu,,, Siapalah yang tukang tulis ucapan Mat 2.6 Billion tu..Terbaca satu komen atau pendapat yang menusuk kalbu buat umat melayu,, Kita berdiri di pihak yang mana? Dr Awang Mat Puteh13 Disember 2015APABILA berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit. Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang ‘jadong’, iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana. Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos diFilipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai hart[...]



Keliru - Ustaz mana yang nak tolong jawab ni!!

2015-12-12T09:54:19.392+08:00

Timbul persoalan, semacam mana dalam kotak pemikiran aku juga! Cuma aku tak pandai nak olah ayat-ayat yang begitu baik untuk difahami dengan apa yang sedang berlaku.. Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat.  Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu. Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut: 1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya? 2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara? 3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS? 4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam. 5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan. 6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup. Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar. Tidak percaya? 7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR. Ingatkan dulu kita berperang? 8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno. 9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan. PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali? Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di [...]



Surat Terbuka buat Dr Wan Wan Azizah ..

2015-12-11T21:49:25.752+08:00

Bila rakyat marhaen pro pembangkang dah mula marah kat PAS, maka inilah jadi nya.... SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PKR.Dato’ Seri Wan Azizah IsmailPresiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahli Parlimen Permatang Pauh10 haribulan Disember tahun 2015.Yang Berhormat Dato’ Seri Wan Azizah,Tidak mungkin Kak Wan lupa bahawa orang yang paling bertanggungjawab menzalimi DS Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.... Kalau Kak Wan tak mahu fikir tentang isu-isu lain seperti GST, 2.6b, TPPA, kenaikan harga barang, nilai ringgit begitu rendah; tak apa dah.... Cukup dah... Cukup dengan memikirkan penganiayaan Najib terhadap Anwar sahaja, sudah lebih dari cukup alasan bagi Kak Wan untuk menentang Najib habis-habisan..Janganlah kata ini semua mahkamah yang jatuhkan hukum kononnya tidak ada kena-mengena dengan politik, itu semua bohong.... Kalau betul begitu, rakyat tidak lupa mahu bertanya kenapa Pak Lah boleh bebaskan Anwar dari penjara tahun 2004 dulu? Kesalahan Mahathir dulu telah ditebus oleh Pak Lah, sekarang siapa yang menebus kesalahan Najib…? Tidak ada..! Bukannya Najib tak boleh buat, boleh..! Tetapi memang dia tidak mahu buat.. Mereka tidak mahu bebaskan Anwar…. Najib tidak ada perasaan… Kalau ditakdirkan Anwar mati di dalam penjara, Najib macam tu juga…. Dia tidak akan rasa bersalah, tidak menyesal, macam tak ada apa-apa pun..Kak Wan,Agaknya bagaimana perasaan Kak Wan selepas melihat Ustaz Hadi yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim, yang menghina Anwar depan-depan, yang mengfitnah Anwar, yang percaya Anwar ada masalah moral yang serius, yang menyebarkan fitnah kononnya Anwar agen Yahudi; apa perasaan Kak Wan bila melihat persengkokolan antara Ustaz Hadi dan Najib Razak yang menyebabkan hubungan sulit antara PAS dan UMNO… apa perasaan Kak Wan agaknya..Atau perlu saya ulang sekali lagi, Najib penjarakan Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik, Ustaz Hadi langsung tidak menunjukkan apa-apa simpati atau kritik kezaliman itu, tidak ada…! Bahkan Ustaz Hadi seakan-akan menyokong keputusan itu bila semua pengikutnya seolah-olah beriman kepada keputusan hakim… Ramai pengikut Ustaz Hadi percaya Anwar liwat Saiful..! Bagaimana fikiran Kak Wan bila melihat semuanya itu…? Ustaz Hadi bersekongkol dengan Najib… Titik..Itu jelas. Berlaku depan mata rakyat. Dalam keadaan di mana orang UMNO sendiri pun tekan Najib, Ustaz Hadi tetap istiqamah menyokong Najib… Dia pertahankan Najib dalam isu 2.6b, dengan mengatakan kalau nak tuduh Najib kena bawa dua saksi…. Dalam isu GST, dia diam membisu…. Apa saja isu, Ustaz Hadi tidak akan membangkang Najib, bahkan sentiasa menyokong dan memuji Najib… kemudian Najib puji Ustaz Hadi pula….. Kalaulah ditakdirkan Anwar mati dalam penjara, Kak Wan ingat Ustaz Hadi sedih atau tidak…? Saya berani kata, dia tak sedih langsung..!.Kak Wan,Ustaz Hadi ialah PAS, PAS ialah Ustaz Hadi… Dia ada kuasa veto dalam PAS… Keputusan mesyuarat dia letak bawah tapak kaki saja….. Ustaz Hadi yang berpeluk dengan Najib dengan pelukan yang jujur dan ikhlas itu, dia ialah PAS…. Jadi atas dasar apa PKR masih mahu percaya kepada PAS…??? Atas pertimbangan alasan apa yang PKR mahu bekerjasama dengan PAS…? Apa yang Kak Wan fikirkan, sebenarnya..?.Jangan terpedaya dengan cakap-cakap kononnya undi sebahagian besar orang melayu masih bersama PAS, itu semua propaganda Merdeka Centre, Kak Wan. Rakyat bawahan mahu parti yang berprinsip… Di mata rakyat kebanyakan, mereka melihat PKR dan Kak Wan sendiri tidak ada prinsip…! Samada suka atau tidak suka, samada mahu atau tidak mahu, tidak boleh tidak, kalau PKR terus mahu bekerjasama dengan PAS dalam keadaan PAS mahu berkejasama dengan UMNO, PKR diwa[...]



Parti Pas terkini - Harap-harap cerita ini tak benar!..

2015-12-08T22:19:05.723+08:00

Salam 2.6 Billion..Dalam suasana Najib mengalami kegawatan politik untuk meneruskan masa depan, alih-alih nampaknya mendapat talian hayat baru...Beruntunglah lah ko Najib...Aku terbaca satu berita ni siang tadi,,, perkongsian dari mantan AJK Pas Pusat.. aku salin balik..Perkongsian Mazlan Aliman di Kedah: 1. Resolusi yang dapat saya buatkan disini, saya amat yakin Pas akan berganding bahu dengan Umno. Cuba lihat balik statement Najib hari ini.Juga boleh dibaca  Klik Sini 2. Kebanyakan statement Presiden PAS berunsur kan maklumat dari Zuhdi. Kalau nak lihat pemikiran Hj Hadi banyak berunsur kan pemikiran Zuhdi. 3. Pas Penang, Kelantan dan Tganu memang dah ready utk bersama Umno kerana peluang cerah utk memerintah Negeri. 4. Pas berpecah 2. A. Kumpulan TITM yg masih mahu menentang Umno. B. Kumpulan Nik Abduh, Tantawi sudah bergerak kearah Umno. 5. Perbincangan MB di 3 Negeri iaitu Kedah, Tganu dan Kelantan. Umno hanya bersetuju menyerahkan MB kepada Kelantan dan Nik Amar sebagai MB. 6. Kajian Pas sedang berlangsung utk menilai sejauh mana sokongan atau tentangan akar umbi terhadap perpaduan Umno-PAS. Jalan mudah menghadapi tentangan ialah menawarkan jawatan kepada penentang. 7. Nik Amar dan Iskandar Samad bergaduh kerana perpaduan dgn Umno. Iskandar menolak Tahalluf Siasi dgn Umno kerana beliau percaya Selangor akan tumbang jika ini berlaku. 8. Hj Hadi yakin kemenangan PRU hanya boleh di capai dengan sokongan besar bangsa Melayu hasil kerjasama Pas-Umno. 9. Johor, PKR bersama Amanah. Jemputan Dr Mahfozd utk berbincang dgn PKR telah ditolak PKR. 10. Nasaruddin Md Isa di tawarkan jawatan CEO yg menentukan hala tuju dasar UMNO. Tentulah mempunyai impak yg besar terhadap Umno dan Pas. 11. Selepas ini akan berlaku persempadanan semula di Semananjung. MP Pas di jangka akan menyokong Umno yang dikatakan Taawun. 12. Pas menjangkakan 100K akan keluar parti tetapi mereka yakin sokongan org Melayu akan memberikan undi kepada Pas-Umno. 13. Merdeka Center di bayangi Azmin. 14. DAP kini mempunyai kekuatan 90%di kalangan pengundi mereka terutamanya orang Cina. 15. Pas Penang bertanding di DUN dan Parlimen majoriti org Melayu. Bersama DAP tidak menguntungkan Pas Penang. Jadi mereka perlu bersama UMNO. 16. PKR amat yakin berdasarkan Merdeka Center bahawa sokongan Melayu ada pada Pas. Jadi PKR amat memerlukan Pas sedangkan Pas kini sudah mula mengorak langkah utk bersama Umno. Pada saya ini adalah helah Azmin dengan menggunakan Merdeka Center bagi bersama Pas dan mengenepikan Amanah. 17. Jika tahaluf siyasi bersama bukan Islam pun di benarkan apatah lagi tahaluf siyasi bersama Umno kata Hj Hadi.********************************************************************* Komen aku.. Tak ada yang mustahil dalam politik Malaysia.. sepertimana kata Dr Mahathir satu ketika dulu.Dan KALAULAH perkara seperti ini benar-benar berlaku, aku harap AHLI-AHLI PAS jangan gabra, jangan kalut tak tentu pasal, dan yang paling aku harap jangan ambik tindakan bodon keluar parti,, jangan.. jangan sesekali keluar dari parti.Tunggu masa muktamar dan pemilihan kepimpinan,, waktu tu ... tak kan aku nak cerita lagi kut,, sendiri fikirla.. [...]



Rasa-rasanya macam dah menang 1-0 buat Dato Husam Musa...

2015-11-18T18:28:25.890+08:00

Nampaknya kena layan balik blog ni, terpaksalah.. bantu sesama saudara jemaah yang memerlukan, walaupun beliau tidak memintanya,, aku sekadar nak menyampaikan apa yang Dato Husam nukilkan yang aku rasa cukup BERSENI...Aku Copy Paste balik, tanpa apa-apa edit.. DATO MUSTAFA ALI : SAYA TANYA ANDA JAWAB Sifatnya rawatan pemulihan, seharusnya santai dan relaks. Mode bersantai menjadikan respon saya lambat sedikit. 1. Cabaran Bersumpah Cabaran TGHH agar saya bersumpah SOLO saya kira adalah petanda kejayaan saya. Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti se orang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya. Sukan gusti memerlukan regu.  Mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang se orang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali. Jika fiqh mengenai li'an dan fiqh pendakwaan baik bersaksi atau tanpa saksi digunakan, kedua pihak perlu bersumpah. Saya tidak berniat memalukan Presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara Pas - Umno sejak Tok Guru masih hidup lagi. Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti se orang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya. 2014 - Presiden Pas ada mencadangkan kerajaan Pas-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun Pkr menyertai Pas. Noktah. 2. Cabaran Debat Dato Mustapa Ali Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa. Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang. Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya. Beliau boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu. Seumpama : Saya Tanya Anda Jawab. Merujuk cadangan beliau tujuan debat itu juga antara lain menentukan duduk cerita perjumpaan Pas - Umno di Selangor dua hari selepas Pru 2008. Rasanya bila matahari sudah keluar, petunjuk bintang tidak lagi mustahak.  Maksud saya, dengan kenyataan, qarinah atau bukti dan perkembangan terbaru, bukti lama sungguh pun kekal berguna, ditelan oleh bukti baru yang lebih besar. (Rujuk kenyataan terbaru Mursyidul Am tentang kerjasama Pas-Umno). Bintang digunakan untuk menentukan kedudukan timur barat di gelap malam. Munculnya matahari, petunjuk bintang tidak lagi berguna kerana demikian cerahnya sinar matahari hinggakan bintang seakan sirna. Pertemuan Pas-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah - terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya. Arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah. Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila. Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil YB Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya. Ada pun pertanyaan beliau sama ada saya menjadi alat Dap, saya pertanyakan kembali kepada Cik Gu: Adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi? Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ? Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini? Alat siapa Cik Gu? 3. Kenyataan Terbaru Mursyidul Am Mengenai Kerjasama Pas-Umno Saya merujuk kepada laporan media seperti keratan di bawah. Sekalipun kenyataan ini belum lagi bertaraf seterang matahari, tetapi ia lebih mudah difahami. Paling tidak, seterang bulan purnama. Mengikut Islam, sekecil hilal ( bulan sabit) pun sudah boleh dijadikan dalil untuk memulakan ibadat sebesar puasa, ini kan pula bulan purnama. Sudah cukup bagi yang prihatin, untuk mengambil pedoman. Kenyataan itu menunjukkan, perundingan kerjasama antara Pas-Umno MEMANG WUJUD. Jadi atau tidak, belum pasti,[...]



Ke Manakan halatuju Parti PAS seterusnya..

2015-11-15T10:26:28.038+08:00

Pas Pusat akan panggil Dato' Husam Musa! Itulah tajuk sensasi sehari dua ni...  Tindakan ke 2 Dato' Husam dalam pemyampaian Ceramahnya "Demo Tanya Hamba Jawab" telah membuat aku teringat nak memblog kembali setelah begitu lama aku tinggal...Satu kata-kata DHM dalam ceramah tersebut iaitu beliau lebih menyayangi Parti Pas dari segala-galanya hatta melebihi dari Presiden parti adalah bagi aku itu adalah satu password untuk beliau membongkar seterusnya apa yang berlaku dalam parti sebelum ini..Bermula dari burok kelaku Mursyidul Am Pas yang membela Najib dalam isu 1MDB, aku dah mula merasakan cukop kecewa dah, cuma menahan persasaan sedih dgn apa yang berlaku, kemudian Presiden pun tumpang sekali membela Najib, adoi...., sehinggalah keluar kenyataan satu demi satu, isu bajet 2016, dan yang terakhir nak jadi penasihat,, buatlah apa yang patut, ikut suka hampalah.. buat masa ini aku hanya sekadar melihat apa yang akan berlaku dan terus berlaku...Pada dasarnya aku ingat kut selesai sudah masaalah dalaman Pas apabila keluarnya beberapa pimpinan yang diketuai oleh Bang Mat Sabu dgn menubohkan parti baru PAN, maka pakat riuh rendahlah pimpinan Pas menghentam salah seorang Ahli parlimen Pas yang menukar ke PAN dalam isu tertalak isteri, tak terjawab mereka, nasib baik ada golongan ulama tak berparti menidakkan apa situasi yang berlaku dengan keluar Kenyataan secara adil...Apa yang berlaku pada Pas dua hari lepas merupakan satu petaka yang tak disangka-sangka,, kalau pimpinan PAN yang buat cerita mungkin ada pihak akan membuat andaian atau persepsi yang boleh menimbulkan keraguan,, tetapi apa yang menyedihkan adalah ahli Pas sendiri dan mantan Naib Presiden parti sebelum ini, malah bukan beliau keseorangan, ada lagi pimpinan Pas Kelantan yang lain di belakang beliau turut bersama,,, jadi adakah kita nak kata Dato Husam tak betul?...  Bila DHM keluar kenyataan PAS nak bergabung dalam BN sejak tahun 2008 selepas PRU12 yang lalu, kenyataan beliau turut disokong dalam satu ceramah pimpinan Umno Kelantan iaitu Ketua Pembangkan DUN Kelantan mencerita apa kisah tersebut..  allowFullScreen='true' webkitallowfullscreen='true' mozallowfullscreen='true' width='320' height='266' src='https://www.blogger.com/video.g?token=AD6v5dzli9b4wCqCYYHndxp6n7J3RQ0TYwDil4elhURbPXeyBUCXj3hGzR6h2GWl_k4aZBCQV0PkvNS5GZuY4ZIkuA' class='b-hbp-video b-uploaded' FRAMEBORDER='0' />Apa nak dikatakan lagi.... sedih hati aku mengingati apa yang berlaku, kita sebagai ahli bawahan tungging terbalik mempertahankan Pas , alih-alih ini yang berlaku..   Cukopkah sekadar PAS Pusat memanggil Husam untuk memberi kenyataan ?... Ingat tak lagi apa yang berlaku bila Nasharuddin, Hasan Ali dan Mustaffa Ali dalam isu PAs Umno, yang mana Almarhum TGNA mengarahkan ada satu muktamar khas, tetapi Presiden parti tak ikut pun arahan tersebut,, Dan dalam isu Husam ni pun, sepatutnya Pas Pusat laksanakan satu muktamar Khas, biar Husam menerangkan hal yang sebenar di hadapan semua perwakilan,, biar perwakilan yang membuat keputusan secara adil tanpa ganggu gugat dari tangan-tangan ghaib dan cai-cai tertentu.Jikalau sekadar PAS Pusat sahaja yang buat keputusan, dan keputusannya memang dah dijangkan dengan kenyataan dari Dewan Ulama Pas, sebelum ini, percayalah akan keluar lagi kenyataan lain yang serupa Husam akan menimpa lagi parti Pas, kenapa boleh berlaku begini, kerana mereka semua sayangkan Pas sebagaimana Husam yang sayangkan parti sampai mati..    [...]



Dato Mursyidul Am, lain kali potong pulut kuning udah lah..

2015-07-22T22:23:27.212+08:00

Adoi,adoi,,, sengaja gatai duk pi cari penyakit, yang gatai duk usik-usik buat apa.. kan dah duk kena jawab lagi.. Entahlah, dalam jiwa aku, aku tak boleh tengok sesuatu yang aku rasa tak berapa nak kena dengan budaya dan agama islam sendiri,, jadi aku sekadar tegur...  Aku terjumpa gambar ni.. memang tersentuh perasaan...bila dlm gambar tu, gambar potong kek, selalunya bila acara sebegini upara sambut ulang tahun, atau kalau pengantin yang dalam acara program majlis kahwin... tak ada pulak potong kek sempena nak bersunat ,.... Bagi pada mulanya masuk dlm FB kerana aku sedih juga, bila terbaca  dan juga terpandang dalam berita di TV 3....Apa cerita ni,, kalau waktu banjir dulu, ketika Najib di tunjuk tgh main golf dgn Obama,  aku pun turut rasa tak puas hati... Tiba-tiba time nak raya,,, lebih kurang sama... di ketika ada rakyat di negeri yang Pas tadbir berlaku sesuatu yang tak sepatutnya berlaku,,, ada pula pimpinan tertinggi Pas boleh pakai lawa. potong kek tunjuk kat public... apa cerita... Namun aku kena hentam diruangan komen, sebabnya hentam ulama,,, tak boleh ka aku nak komen kalau rasa tak berapa nak bertepatan dengan keadaan.. ada yang suruh aku pi belajaq lagi. sebab perkara yang dilakukan tu tak salah.... dan yang paling sedih kata aku sengaja nak hentam ulama sebab geng ulama yang menang dlm muktamar baru-baru ni... ikut suka hangpa lah... jadi bila bab salah atau tidak,, aku tak boleh nak kata apa,, aku hanya blogger merapu yag tak seberapa tak kena,, hanya pandai komen orang... Namun dalam pada masa yang sama,, aku duk belajaq jugaa,, cuma aku tak duk cerita kat orang,, nak heboh satu dunia....  aku belajaq sebagai nak melengkap amal ibadat ku mengikut sunnah nabi... maka aku terjumpa dengan isu yang aku tulis ni dalam buku di bawah ni.. Bermula dari muka surat 181 - 187...Tak boleh di nafikan, potong kek budaya orang kafir,, bukan budaya kita,, budaya kita potong pulut kuning... buat lah,, tak tiru sesiapa... Moga-moga sesiapa yang ada rasa ingin ikut sunnah nabi, tinggallah perkara sedemikian, banyak lagi acara yang tak bertentangan dgn islam boleh kita buat,,, Aku sendiri hairan, kenqapa kita nak berbangga dengan budaya sedemikian, kalau ya pun rasa nak makan kek beli makan sudah lah,, apa halnya nak potong-potong macam tu,,, heran aku..  [...]



Selamat Hari Raya dan Harapan Baru buat Parti PAS.

2015-07-16T16:54:13.949+08:00

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, kita akan meninggalkan Ramadhan Al Mubarak... Apa yang aku nak perkatakan suasana apa yang berlaku dalam sepanjang hidup aku, di Ramadhan kali ini, aku terfikir, apakah Parti Pas, parti yang aku anuti mencapai kemenangan di dalam bulan yang penuh barakah?..  Hari selasa lepas, aku terima 1 PM...Terkejut aku, seorang sahabat , seorang ahli yang istiqamah, sama-sama mengikuti perjuangan salaf, tetapi dalam jiwa beliau ada keberanian dan inginkan perubahan,,, kenapa boleh jadi begini ?...Dalam hal ini apa yang berlaku, aku tak mau nak kata mana-mana pihak yang bersalah, cuma yang pasti dalam hal ini umno yang bersalah, kerana berjaya meletak jarum-jarum halus dengan atas nama perpaduan melayu tanpa erti kenal jemu, dan akhirnya mereka berjaya.... Aku tak mau nak merapu banyak,, cuma aku baru nak rasa kecapi kemenangan , yang pertama PRU12 Dun Pasir Panjang, paling nikmat yang dapat dirasai.. Apa yang bestnya aku diberi tanggungjawab sebagai pencadang, calon Pas DS IR Nizar menang,, perghhh siapa tak rasa seronok , lepas tu dilantik jadi MB Perak... Kemudian PRK Bukit Gantang, DS IR Nizar menang lagi,,, pergh,,, tak tau nak cerita betapa nikmatnya mengecapi kemenangan... Selepas fenomena tersebut, Parti Pas semakin mencipta nama, semakin dikenali di seluruh semenanjung Malaysia, Pas berja mennag di bumi umno iaitu di Johor, beerti Pas dah cukup kuat... semua rakyat Malaysia terutama bukan Islam dan bukan Melayu terutamanya Cina dan India dan sanggup jadi Ahli bersekutu, kelab penyokong, dan berbagai lagi,,, sehingga timbul Pas For All..Tetapi sayang,,, dalam suasana muta'akhir ini, nampaknya Harapan Baru bakal melanda Pas... aku yakin Harapan baru itu Pas akan kembali di zaman tahun 70han dimana waktu aku mengenali Pas.... cukoplah,, aku tak mau zama yang lepas berulang kembali... Aku tak mau menuding kepada sesiapa dalam hal ini... cuma terfikir, sebagai sesama dalam satu jemaah, tak bolehkah duduk semeja diantara sesama yang berkrisis, cari jalan penyelesaian untuk mempertahankan keemenangan parti... Tak boleh kah.... kenapa tak boleh... Dalam hal ini rasanya Parti MCA , parti Cahuvanist Cina lebih baik dari parti jemaah islam,,, pimpinan oti-otai MCA sanggup melepas jawatan dan bersara dari parti dan memberikan kepada pimpinan muda untuk meneruskan perjuangan... yang penting parti terpelihara dan tidak berpecah... Kenapa Pas tak boleh lakukan sedemikian,,, apakah masing-masing sayangkan jawatan dalam parti dan sanggup melihat parti menuju ke belakang era tahun 70han semula... Tolonglah,,, lihatlah realiti generasi yang bakal nak mengundi, mereka bencikan umno... tetapi kena ingat,,, umno ni syaitan-syaitan yang cerdik,,, dan aku harap Pas jangan tertipu buat yang dah keberapa kali aku tak pasti...Selamat hari raya maaf zahir batin...  [...]



Masya Allah, apa sudah jadi!... berat nanang ni..

2015-06-17T20:26:05.460+08:00

Dah lama blog ni tak dipedulikan,, banyak isu-isu yang nak disampaikan,, tapi sayang tak kesampaian... 

Apa pun, esok kita mula nak menjalankan ibadat berpuasa,, di sini aku ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadat berpuasa , moga-moga mendapat keredhaan Allah.


Bila nak mendapat keredhaan Allah, kenalah kita melaksanakan ibadah berpandukan dengan apa yang nabi Mohammad buat dengan melalui hadis-hadis sohih... 

Cuma di sini kita timbul sedikit kekeliruan bila nak melakukan berpuasa,, dalam bab imsak,,, 

Boleh layan di sini...


Apa yang arwah mantan PM pertama Tunku Abd Rahman merasai semasa pertembungan S46 dengan umno baru pimpinan Mahathir di era tahun 90 han, kini Mahathir pula ambik giliran apa yang Tunku Abd Rahman rasai,, sampai mana ia nak melalak,, dan secara resminya ia juga mengaku ketua-ketua umno menerima jawatan dan duit... layan..

Posted by Manjung Mari II on 11hb April 2015
a



Eeeiii, Apa ni..! ... Malaslah nak baca!..

2015-04-08T19:07:35.443+08:00

Apakah keputusan mahkamah persekutuan tidak adil, sebelum ini suara-suara dari pembangkang sahaja yang mengatakan mahkamah tak adil,, sekarang apa macam?




Mak dan yah Sirul pi jumpa Mahathir...

Apa cerita ni, ahhh malas lah aku nak layan ni... lu punya sukalah Mahathir,, bagi aku yakin dengan permintaan Allahyarham Dato Fadzil Nor, mahukan Mahathir lihat sendiri kehancuran umno, maka sekrang dah bermula... sama-sama kita tunggu dan lihat.. 



Siapakah yang akan dapat selamatkan Najib..

2015-04-05T22:50:09.068+08:00

Dalam sehari dua ni bermacam perkara berlaku, malang duka yang bertimpa-timpa saling tak putus-putus menguji kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri...Apakah kejadian ini secara kebetulan atau sebaliknya wallahu hu aklam,, bila mantan PM Dr Matahir suruh Najib bersara secara terbuka dengan lantang kononnya demi nama baik Malaysia di mata dunia... dengan cara tak semena-mena helikopter vvip pula meletup diudara dan terhempas,, dan mangsa yang meninggal pula ada ada kaitan penting dengan Najib.. Siapa tak kenal Jamaluddin Jarjis yang turut sama menjadi arwah, arwah, Husni Handzalah dan Ismail Sabri adolah exco Najib semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno, maka mereka dilantik menteri melainkan arwah diberikan jawatan Duta ke Amerika taraf menteri setelah ada kes yang kecoh disatu ketika dahulu..Terkedu Najib...Rosmah pun turut bersedih...Hangpa lihat sendiri mimik muka Najib, aku sendiri kesian..Mengikut cakap-cakap di media, helikopter meletup di udara sebelum terhempas,,, secara teknikal helikopter kalau mengalami kerusakan tidak akan meletup di udara melainkan perbuatan khianat. Helikopter yang terhempas semalam boleh dikategorikan sebagai  helikopter yang canggih (dlm kelasnya) dan selamat dinaikki. Helikopter ini dibuat oleh Airbus Helicopter. Nama Airbus Helicopter adalah yang terbaik di dunia, Sebab ia mendapat kepercayaan untuk membawa VVIP dan koperat tentang keselamatannya.Jika andaian aku ini benar sekali pun, apakah Najib boleh mengambil tindakan diatas siapa punya kerja yang terlibat?.. Tugas ini semua terletak diatas kuasa Ketua Polis Negara,,, namun beranikah KPN membuat siasatan dan mengambil tindakan undang-undang,,, Kesian Najib,,,menteri yang jaga polis bukan sepupunya lagi, kerana sekarang dia dah jaga askar...Apa pun kita sama-sama tunggu, apa akan jadi dalam politik umno seterusnya,,, yang bakal lenyap dibumi Malaysia..[...]