Preview: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / j-QAF SK. LEBAN CHONDONG, KUALA ROMPIN, PAHANG
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / j-QAF SK. LEBAN CHONDONG, KUALA ROMPIN, PAHANGIlmu Penjana Insan RabbaniUpdated: 2012-02-03T10:11:12.524+08:00
j-QAF 2010 2010-03-18T12:55:32.338+08:00 Assalamualaikum dan salam Sejahtera...Sejak lima tahun j-QAF diperkenalkan, maka tahun ini kita akan melihat hasilnya...debaran mula terasa bagi sekolah-sekolah Program j-QAF terutamanya j-QAF Kohort 2005...Bagaimanakah penguasaan murid Tahun 6 dalam membaca Al-Quran, tulisan jawi fardu Ain dan Bahasa Arab.Adakah keadaannya seperti sebelum wujudnya program j-QAF atau sebaliknya...
Sama-sama kita berusaha supaya anak didik kita yang berada di Tahun 6 pada tahun ini mencapai sasaran yang diidamkan!!
Program Ihya' Ramadhan SKLC 1430H 2009-09-11T22:54:38.890+08:00 Assalamualaikum dan salam RamadhanAntara pengisian Ihya, Ramadhan adalah : - Tadarus Al-Quran mengikut kumpulan yang telah ditetapkan - Tazkirah Harian berkaitan dengan Bulan Ramadhan - Info Ramadhan - Kuiz Ramadhan - Pertandingan Tulisan Jawi -Majlis Khatam Al-Quran - Majlis Iftar Jama'i Semoga pengisian ini dapan berjalan lancar hingga ke penghujung Ramadhan yang mulia ini..
Kem Bestari Solat Tahun 4 2009-07-24T17:14:17.480+08:00 Tarikh : 18 Julai 2009Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang Perkara yang di nilai: 1. Masbuk dan Muafik 2. Bacaan -bacaan dalam solat Fasilitator : 1. Ustazah Norhaslina 2. Ustazah Rohani 3. Ustazah Nor Akma Sabrina 4. Ustazah Ramlah 5. Ustazah Nur Rahayu 6. Ustazah Hadijah 7. Ustaz Azizur Rahman Imam Solat Zohor : Ustaz Sukairi Panorama sepanjang KBS (image) (image) (image) (image) (image) (image) (image)
Sambutan Hari Guru 2009 2009-05-29T18:42:02.792+08:00 (image) Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi warga guru SKLC. Pelbagai bentuk penghargaan dan ucapan diberikan sama ada daripada murid, ibu bapa dan pentadbir
Bagi warga GPI j-QAF juga tidak ketinggalan menerima penghargaan yang amat bermakna ini. Tidak disangka pada hari ini kami telah menerima anugerah khas yang disenaraikan...Anugerah Khas Pengurusan Panitia Terbaik...Sebenarnya ini sebagai langkah permulaan kepada kami untuk melangkah lebih jauh ke hadapan Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi penghargaan ini....Syukran Jazilan...Semoga sama-sama mencapai kegemilangan dalam mendidik anak bangsa sejajar dengan tema hari guru pada tahun ini " Guru Pembina Negara Bangsa"
Bank Soalan Dan Bahan jQAF 2009-05-27T19:17:01.233+08:00 Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hamidi dari SK Telok Menegun, Selangor dalam blognya http://www.kalammurabbi.blogspot.com kerana menghasilkan banyak input yang boleh dikongsi bersama dengan guru-guru jQAF yang lain. Kesempatan ini juga kami menumpang pautan untuk muat turun yang telah dihasilkan oleh beliau. Sila klik pada ruangan Muat Turun bahan jQAF.
Data e-Pelaporan j-QAF 2009 2009-05-22T23:45:38.129+08:00 Sekarang dah hampir enam bulan pertama persekolahan tahun 2009. Tiba masanya guru-guru GPI/ j-QAF mengumpul data-data untuk melengkapkan e pelaporan yang akan dimaklumkan oleh PPD dan JPN tak berapa hari lagi..Hari ini maklumat daripada j-QAF Melaka mengatakan menyuarat penyelarasan data telah diadakan dan pada tahun ini CD juga tidak dibekalkan...Bersedialah kita menyiapkan segala ujian 6 bulan pertama dan apa-apa maklumat mengenai data yang diperlukan untuk melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran kita dalam tempoh 6 bulan pertama ini.
Maklumat Sekolah 2010-02-11T22:53:59.932+08:00 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala RompinKod Sekolah : CBA8006 No Telefon Sekolah : 094549823 No Faks : 094149823
PERTANDINGAN NASYID MAULIDUR RASUL 1430 H SEMPENA BULAN DAKWAH KEBANGSAAN 2009 2009-05-22T18:26:10.113+08:00 Sempena sambutan Maulidur Rasul 1430H, satu pertandingan nasyid peringkat sekolah telah diadakan.Butirannya seperti berikut:Hari : RabuTarikh : 1 April 2009Masa : 3.00 ptg hingga 5.00 petangTempat : Dewan Bestari SKLCAnjuran : Panitia Agama Islam dan j-QAFPenyertaan : Murid Tahap DuaTerdapat 11 kumpulan yang menyertai kumpulan ini...kita saksikan panorama sepanjang Majlis Pertandingan.Murid berkumpul di dalam Dewan Bestari untuk mendengar taklimat mengenai peraturan pertandingan Taklimat disampaikan oleh Cikgu Abd Manap selaku pengacara majlisKelihatan para hakim sedang membincangkan sesuatu sebelum pertandingan bermula Pertandingan di mulakan dengan kumpulan pertama dan berikutnya sehingga tamat Kumpulan 1: Nama Kumpulan : Al-Israq Kelas : 6 Bestari Lagu: Cahaya Rasulullah dan Al-Quran sebagai WawasanKumpulan 2: Al-Nur Bestari Kelas: 5 Bestari Lagu: Junjungan Mulia dan Selawat JunjunganCikgu-cikgu SKLC sedang asyik mendengar lagu yang didendangkan oleh peserta [...]
Kem Bestari Solat Kali Pertama (Tahun 3) Sempena Bulan Dakwah Kebangsaan 2009 2009-05-22T18:18:51.714+08:00 Alhamdulillah...Bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya telah memberi kesempatan kepada kami mengadakan KBS Kali Pertama bagi murid-murid Tahun 3. Ketetapan programnya adalah seperti berikut:Hari : SabtuTarikh : 28 Mac 2009Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 PagiTempat : Sekolah Kebangsaan Leban ChondongPerkara yang dinilai ialah Lafaz niat Solat Berjemaah dan bacaan Tahiyat AwalFasilitator yang mengendalikan Kem tersebut terdiri daripada Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF SKLCRakaman sepanjang KBS Kali 1 Tahun 3Selepas sesi pendaftaran semua murid Tahun 3 yang hadir KBS kali ini berkumpul di dalam Bilik j-QAF 1 untuk mendengar taklimat dan penyerahan Buku Panduan Solat.Asyiknya membaca....Moga dapat hafal semua bacaannya ye...(guru-guru j-QAF sedang sibuk menyemak borang Penilaian sebelum memulakan LDK.....Moga berjaya Ustazah!...Antara bahan P&P yang digunakan sewaktu KBS1. Buku Panduan "Mari Kita Solah"2. Kad Imbasan yang dilekatkan pada Papan Putih Peserta KBS sedang menghafal bacaan dalam Solat.Ustazah Rohani sedang merekod bacaan adik Ijlallnuni (Tahun 3 Bestari)Lancar bacaannya...Tahniah! Ustazah Nor Azlina sedang mengajar Lafaz Niat Solat berjemaah kepada peserta di bawah kendaliannya....Good Luck Ustazah...!Kumpulan yang dikendalikan oleh Ustaz Zulkifli...Dengar betul-betul ye anak-anak, ustaz nak terang ni...lepas ni nak dengar hafal pula...Ustazah Nur Rahayu sedang menunjukkan satu persatu lafaz niat solat berjemaah...Tumpukan perhatian semua!!..Kumpulan Ustazah Nor Haslina...semua dah dapat agaknya, tersenyum lebar je semua....Semoga dapat amalkan dalam kehidupan seharian.. Ustazah Nor Akma Sabrina sedang mendengar bacaan peserta...Teruskan Usaha..!!Secara kesimpulannya, KBS pada kali ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya...Semoga ia akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada Masa akan datang.InsyaAllah....[...]
KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2009 2009-05-22T18:17:09.734+08:00 KBS kali pertama telah diadakan pada 28 Februari yang lalu dan hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Tumpuan diberikan sepenuhnya dalam penguasaan wudhuk serta perbuatan dan bacaan pendek dalam solatKem ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Murid dikehendaki membawa keperluan solat dan bekalan makanan disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing....seronok bila melihat ibu bapa juga turut memberikan kerjasama sepenuhnya.. Rakaman sepanjang perjalanan KBS kali pertama (image) Murid sedang berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan sementara menunggu Fasilitator masing-masing ambil wudhuk betul-betul ye...bagi semua anggota wudhuk kena air.kalau tak, tidak sah sembahyang nanti...Begitu bersungguh-sungguh cikgu Azmawati (Guru Sains) memerhati dan membetulkan kesilapan anak-anak di bawah kendaliannya...Fasi lain pun sama juga..cuma juru foto tak sempat nak ambil gambar (image)
PROGRAM BAHASA ARAB (MINGGUAN) 2009-05-22T18:19:25.562+08:00 (image) Bahasa Arab, Bahasa Al-Quran. Sama seperti bahasa-bahasa lain yang perlu dipraktikkan... Seronoknya bila dengar anak-anak pandai berkomunikasi dalam Lughah Arabiah ni... Program ini dilaksanakan pada setiap hari Jumaat..Ada ketika murid yang mengadakan persembahan dan sekiranya tidak sempat untuk melatih murid, guru yang tampil ke hadapan.. Gambar Ustazah Haslina sedang bercakap dalam Bahasa Arab untuk menjemput peserta Persembahan "Hiwar Fi Al-Lughati Arabiati" yang bermaksud perbualan dalam Bahasa Arab Kita saksikan persembahan mereka.. (image) (image) Kumpulan Hiwar murid Tahun 2....cakap kuat sikit ye...kalau salah ustazah boleh betulkan. Pandai anak-anak kita cakap Arab ...baru darjah dua.
Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Kelompok 2009-05-22T18:27:44.415+08:00 Pada 7 Mac 2009 sekolah-sekolah Kelompok Pantai yang terdiri daripada SK Kampung Kolam, SK Sungai Puteri, SK Rompin, SK Selendang 4, SK Pontian, SJKC Rompin dan SK Leban Chondong telah mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) Peringkat Kelompok yang bertempat di SK Kampung Kolam selaku Tuan RumahSekolah Leban Chondong tidak ketinggalan menghantar peserta Tilawah Al-Quran lelaki dan perempuan, Nasyid, Bercerita kisah-kisah nabi lelaki dan perempuan, Hafazan lelaki dan perempuan serta Tulisan Jawi Begitu bersemangat peserta yang mewakili SKLC. Setiap hari mengadakan latihan...sehingga menjelang hari pertandingan. .......Gambar akan dimasukkan kemudian sebagai bukti perlaksanaannya...... Namun demikian...menang atau kalah adat pertandingan...yang penting berusaha dan tidak menyerah kalah sebelum masuk ke medan perjuangan... Peserta dapat menonjolkan bakat dan memupuk sifat berani tampil ke hadapan..bukan sahaja belajar di dalam kelas tetapi mereka juga mampu untuk bersaing dengan rakan-rakan sekolah lain. Tahniah dan syabas kepada peserta SKLC!!...Jangan berputus asa...tahun depan cuba lagi. Oleh yang demikian, untuk memantapkan MTQ yang akan datang....Panitia Pendidikan Islam telah memutuskan guru yang bertugas untuk melatih murid bagi setiap acara dan latihan tersebut wajar bermula dari sekarang...Itu satu cadangan yang baik....Teruskan perjuangan wahai guru-guru PAI / j-QAF dan murid-murid sekalian....Jadikan kekalahan dan kesilapan lalu sebagai pengajaran. Bagi peserta yang menang pula, mantapkan usaha anda!! SELAMAT MAJU JAYA semua..
Perancangan jQAF 2009-05-22T18:21:33.078+08:00 SEKOLAH KEBANGSAAN LEBAN CHONDONG 26810 KUALA ROMPIN , PAHANG " Perancangan yang sistematik akan membuahkan hasil berkualiti" Antara program yang dirancang dan akan dilaksanakan:
Pencapaian jQAF 2009-05-22T18:15:59.615+08:00
Jumlah murid yang beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 5 ialah 350 orang Berikut adalah pencapaian murid Khatam Al-Quran sehingga Februari 2009 Tahun Lima : 17 orang Tahun Empat :5 Orang Tahun Tiga : 1 orang Tahun Dua : 2 orang Tahun Satu : Tiada Jumlah : 25 orang Jumlah murid yang telah membaca Al-Quran ialah seramai 109 orang Iqra' 4-6 seramai 63 orang Iqra' 1-3 Seramai 108 orang
Aktiviti jQaf 2009 2009-05-22T18:22:49.111+08:00 Assalamualaikum....pembaca yang dihormati,Sekiranya anda mempunyai cadangan membina, cadanglah kepada kami untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan...Kami bukan aktif sangat tetapi tanggungjawab...Bermula aktiviti 2009Tasmik Al-Quran Januari 2009...Kelas Tasmik Al-Quran telah bermula untuk murid Program j-QAF iaitu murid Tahun 1-Tahun 5.Semua murid diwajibkan hadir. Bukan apa, untuk diri mereka juga..Kalau guru je bersungguh tapi mereka asyik lari je, mereka juga yang rugi.....Walau macam mana pun guru-guru kena bersungguh-sungguh..Murid yang masih membaca buku Iqra' diberi penekanan yang lebih.Ye lah....untuk Tahun 5, tahun ini merupakan tahun akhir untuk mereka....mudah-mudahan objektif j-QAF untuk khatam Al-Quran tercapai....Guru j-QAF seluruh Malaysia pasti tahu objektifnya kan?ini gaya Tasmik di SKLCTekunnya mereka latih tubi membaca... Jangan nak harapkan ajar je.... kalau tak baca sendiri alamatnya ...lambatlah beralih muka surat.Ini pula ketekunan dan kesungguhan Ustazah Haslina mendengar bacaan murid. Setiap kesalahan bacaan kena tegur tau...PROGRAM KHATAM AL-QURAN 6 BULAN PERTAMAKaedah yang digunakan talaqqi dan musyafahah, latih tubi bacaan tan tasmik bacaan. Ia dilaksanakan dalam P&P berdasarkan sukatan Pendidikan Islam daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian pelbagai teknik dan cara perlu bersesuaian dengan kemahiran muridKita saksikan.......Ini adalah murid Tahun 5 Bestari SK. Leban chondong.. Mereka merupakan sasaran yang perlu khatam Al-Quran sebelum Oktober 2009. Al-hamdulillah mereka telah membaca Al-Quran dan boleh dikatakan dapat membaca dengan lancar. Maka mudah untuk guru memperbetulkan bacaan mereka dan mempercepatkan proses Khatam Al-QuranTekunnya mereka mengaji......Moga cepat khatam Al-Quran.Ustazah Azlina sedang membaca dan diikuti oleh murid secara talaqqi dan musyafahahIni pula gaya murid Tahun satu belajar Al-Quran. Guru pula perlu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka samada semasa membaca atau menulis....berjalan-jalan dalam kelas tu adatlah...cuma guru kena lah pandai kawal kelas........Guru yang mengajar....Ustazah Nor Akma Sabrina....PROGRAM KHAS KHATAM AL-QURANProgram khas Khatam Al-Quran untuk Tahun 5 sedang dijalankan....Mudah-mudahan tercapai lah hasrat untuk mengkhatamkan 88 orang murid Tahun 5 ni....Walaubagaimanapun adik-adik di bawahnya tidak di abaikan.KEM BESTARI SOLAT 2009 Latihan Solat Zohor Berjemaah dan Solat Zohor Berjemaah . Masa Tasmik Al-Quran dari jam 12.50 tengahari hingga 2.20 petang adalah suatu jangka masa yang lama terutama bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2. Justeru itu, sebagai pengisiannya setelah murid selesai membaca Al-Quran kami mengadakan latihan solat zohor berjemaah dan sekali gus solat Zohor Berjemaah yang diimamkan oleh ustaz...Bukan apa, dengan adanya latihan ni boleh memantapkan lagi pengetahuan murid tentang solat. Masa ni lah mereka mempraktik dan mengamalkan apa yang diajar semasa Kem Bestari Solat. Solat Zohor berjemaah di adakan setiap hari mengikut kelas yang terlibat dengan Tasmik Al-Quran.Sembahyang elok-elok ye anak-anak...Allah Maha melihat apa yang anda lakukanGambar murid Tahun Satu sedang Solat Zohor yang diimamkan oleh Ustaz Azizur RahmanLokasi: Bilik j-QAF SKLCWalaupun perlakuan tidak berapa betul....tidak mengapa...Ibarat kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. Mereka ni masih muda...kalau ia dilakukan secara istiqamah, InsyaAllah..segala yang tak molek akan jadi cantik.KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA [...]
Kenali Guru jQaf SKLC 2009-05-22T18:24:05.076+08:00 7 Orang guru1. Norazlina binti Mohd SharifMula Berkhidmat 2005Berasal dari Pekan, PahangGuru jQaf bahasa ArabLulusan Al Azhar, MesirBerkahwin dan mempunyai seorang cahayamata2. Rohani binti Sa'adMula berkhidmat 2006Berasal dari Keratong, PahangGuru jQaf pendidikan IslamLulusan UKMBerkahwin dan mempunyai dua orang cahayamata3. Azizur Rahman bin RamliBerasal dari Pekan, PahangMula berkhidmat 2006Guru j-QAF Pendidikan IslamLulusan Al-Azhar, MesirBerkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata4. Nor Haslina binti HassanBerasal dari Pekan, PahangMula berkhidmat 2007 Guru Bahasa ArabLulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia5. Nor Akma Sabrina binti Ahmad6. Nur Ruhayu binti Yusof7. Hadijah binti Jaafar[...]
Sekilas pandang 2009-05-22T18:23:25.925+08:00 jQAF Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang bermula sejak Tahun 2005. Ia merupakan sekolah terawal yang melaksanakan program j-QAF. Pada mulanya ia merupakan sesuatu yang asing....Ye lah..mula-mula diperkenalkan. Lama kelamaan ia mendapat keserasian dan kini tidak asing lagi. Pendedahan demi pendedahan diberikan kepada Ibubapa dan guru.Bermula dengan murid Tahun 1 2005, kini murid j-QAF telah berada di Tahun 5 dan bilangan muridnya 352 orang..... Bukannya suatu perkara yang mudah untuk membentuk seorang insan... Alangkah bahagianya jika kesemua murid ini khatam dan dapat membaca Al-Quran dengan lancar, pandai membaca tulisan Jawi, Pandai dan istiqamah dalam menunaikan solat serta pandai berkomunikasi dalam Bahasa Arab Bercakap memang mudah tetapi perlaksanaannya tidak semudah itu....Ia memerlukan ketabahan, ketakwaan, kesungguhan dan doa yang berterusan..... Justeru itu, hubungan erat dan kerjasama daripada ibubapa, semua guru, murid dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam membentuk anak-anak amat penting untuk merealisasikan hasrat ini...
KENALI jQAF SKLC 2009-05-22T18:24:32.049+08:00 Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Leban ChondongBermula pada tahun 2005.Bermula dengan murid Tahun 1 dan kini berada di tahun 5 |
||||||||